Download - Ilmu Organisasi Dakwah
1
ORGANISASI DAKWAH PERINGKAT NASIONAL DAN
INTERNASIONAL: SUATU PENGENALAN
1. TABUNG HAJI MALAYSIA
Tabung Haji ialah singkatan bagi 'Lembaga Urusan dan Tabung
Haji (LUTH) Malaysia yang peranan asalnya menguruskan
perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Makkah setiap
tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun
Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. Tabung Haji merupakan
institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan
perbelanjaan pergi dan balik dari Makkah. Rakyat Malaysia tidak
perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional yang riba
dan tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke
Makkah.
2
Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk
dunia dan akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah
s.w.t. memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad
mengerjakan haji, umat Islam terdorong mengumpulkan wang
bagi membolehkan mereka berkemampuan memenuhi
perbelanjaan ke Tanah Suci.
Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam,
berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada
juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi
mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya
mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga,
semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji.
Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur
ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi
negara.
Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu
mereka menyimpan sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkara-
perkara yang haram, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal
Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi
pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil
3
penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz
bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada
tahun 1959.
Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan
kepada bakal-bakal haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut
dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang
beroperasi di Pulau Pinang, dan dengan itu lahirlah Lembaga
Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang
ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung
Haji 1969 dengan tujuan untuk :
Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara
beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan
fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan
mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di
bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi
Islam; dan
Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada
jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan
menadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.
4
Merasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah
menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan
yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah
haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji;
memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-
pendeposit atas wang simpanan mereka.
Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung
Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan
pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga
berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam
Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara
halal dan mengikut lunas-lunas Islam.
Sebagai sebuah badan yang berunsurkan korporat Tabung
Haji amat peka dengan perkembangan dan perubahan yang
melanda dunia di era 90an. Demi menjamin
kesinambungan daya saingnya dalam era globalisasi satu
kajian telah dibuat dalam tahun 1995 bagi meluaskan lagi
skop dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995
akta baru Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga
Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan
akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji
digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos
5
1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan
sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung
Haji.
Lembaga Tabung Haji sebagai sebuah organisasi Islam yang
dinamik dan prihatin dalam pengurusan dan pengendalian haji dan
umrah yang sempurna serta berhemat dalam penggembelengan
segala sumber untuk pengukuhan ekonom ummah, beriltizam
melaksanakan dan mencapai wawasan ini dengan:
Memberikan perkhidmatan yang cekap dan cemerlang
kepada pelanggan.
Mengamalkan semangat berpasukan yang beramanah,
profesional, produktif dan berhemah tinggi.
Beriktikad memberikan pulangan yang tinggi dan
setanding dengan pasaran.
Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk
pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti.
6
2. SISTERS IN ISLAM
Sisters in Islam (ditubuhkan pada tahun 1988) atau dikenali SIS
merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang dianggotai
sekumpulan wanita profesional beragama Islam yang
memperjuangkan hak-hak wanita dalam kerangka Islam. SIS
menekankan pentingnya untuk mentafsir semula Qur'an dan hadith
mengikut konteks sejarah dan budaya. Pada tahun 1988,
sekumpulan peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita
termasuk Zainah Anwar bersama-sama menubuhkan satu
pergerakan untuk menyelesaikan masalah wanita Islam di
mahkamah syariah. Pada tahun 1993, gerakan ini secara rasmi
didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan di bawah nama
SIS Forum (Malaysia) Berhad dan sehingga kini dikenali sebagai
Sisters in Islam atau ringkasnya SIS. Tumpuannya adalah untuk
mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang
mendiskriminasikan wanita. Tumpuan SIS kemudiannya
diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokrasi, hak asasi
manusia dan perlembagaan.
Logo SIS berbentuk rahim, sebagai simbolik alat
reproduksi wanita anugerah Tuhan yang melaluinya kehidupan
7
lahir dan juga nama Tuhan iaitu Rahim, diambil daripada lukisan
Sharifah Zuriah Aljeffri bertajuk RAHIM (1995). SIS menyokong
semangat revolusi Islam dan mengakui Islam telah
mempertingkatkan martabat wanita apabila ia diturunkan 1,400
tahun dahulu. Mereka percaya Islam menolak penindasan wanita
dan penafian hak-hak asasi mereka seperti kesaksamaan dan
martabat kemanusiaan. Objektif utama SIS adalah:
Menegak dan membangunkan satu kerangka hak-hak
wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan
realiti wanita
Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap
wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai
yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah
daripada lelaki
Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-
undang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan, keadilan,
kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.
Aktiviti SIS merangkumi empat bidang program:
Penyelidikan dan tafsiran sumber-sumber teks Islam
8
Advokasi untuk pembaharuan dasar dan undang-undang
Meningkatkan kesedaran orang ramai dan pendidikan
awam
Perancangan strategik dan pembentukan dasar
Antara isu kontrovesi SIS:
1. Buku "Muslim Women and the Challenge of Islamic
Extremism"
Pada 25 Januari 2010, Hakim Mohamad Ariff Md Yusof
memutuskan bahawa edaran buku itu tidak mengancam
ketenteraman awam kerana hanya tujuh dari 215 halaman buku itu
dikatakan menyinggung garis panduan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM). Menteri Dalam Negeri telah bertindak secara
tidak sah dan tidak rasional dalam mengharamkan buku itu pada
31 Julai 2008, selepas ia berada dalam edaran selama dua tahun
(sejak 2005). Ia hanya diharamkan pada tahun 2008. Menteri
Dalam Negeri membayar kos kepada SIS. Pengharaman buku itu
adalah di luar bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
1984 dan melanggar Artikel 8(2), 10(1)(a) dan 11(4)
Perlembagaan Persekutuan. Koleksi esei itu telah disunting oleh
9
Prof Norani Othman dari Institiut Kajian Malaysia dan
Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku itu tentang
undang-undang keluarga Islam dan undang-undang jenayah
syariah. Tidak ada yang menyentuh prinsip Islam.
2. Isu poligami
Pada 8 Januari 2002, SIS telah membuat kenyataan bahawa SIS
ingin menegaskan bahawa Islam bukanlah mewujudkan atau
menggalakkan poligami. Poligami tanpa had pernah menjadi
amalan sedia ada di zaman sebelum al-Quran diwahyukan. SIS
turut mempersoalkan sama ada poligami patut terus dibenarkan di
bawah Undang-Undang Keluarga Islam.
3. Cadangan SIS diharamkan
Pada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium
Malawati Shah Alam, usul PAS Shah Alam (Khalid Abd Samad)
diterima tanpa bahas. Usul itu mendesak Majlis Fatwa
Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa
aliran Islam liberal. Seterusnya mengharamkan sister in Islam
sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta
10
membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya. Pada 12 Jun
2009, Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota
Majlis Fatwa Kebangsaan menggesa Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia menyiasat kenyataan ganjil SIS. Antaranya berhubung
isu poligami dan pembahagian harta pusaka yang
membelakangkan ayat al-Quran. Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO, Khairy Jamaluddin dan mantan Perdana Menteri
Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Karpal Singh
membantah cadangan tersebut.
3. JEMAAH ISLAH MALAYSIA
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, atau juga dikenali dengan
singkatan JIM, adalah sebuah NGO berasaskan Islam di Malaysia.
Organisasi ini didaftar secara rasmi pada 27 Julai 1990 dan kini
mempunyai cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia dan di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. JIM adalah organisasi yang
bercirikan aliran kontemporari (sezaman dan realistik) dan
inovatif (kreatif dalam usaha pembaharuan). Istilah "Islah" banyak
disebut di dalam al-Qur'an; Surah Hud (11):88, Surah Hujurat
(49):9 dan 10. Kalimah "Islah" pada nama JIM membawa maksud
pembaikan, pencegahan daripada kerosakan dan pemulihan,
11
perubahan kepada persekitaran yang baik, serta pembaharuan dan
pembangunan serta tuntutan untuk mewujudkan perdamaian dan
keamanan. "Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah
(pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku
melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan
kepada-Nyalah aku akan kembali" (Hud:88)
Visi JIM
Kewujudan JIM adalah untuk merealisasikan visi berikut:
Membangun sebuah negara Malaysia yang melaksanakan
sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020
Misi JIM
Untuk mencapai visi yang telah ditetapkan, maka JIM perlu
melaksana misi berikut:
Menjadi Gerakan Islam ulung yang:
membangun sumber manusia untuk melahirkan insan salih
wa muslih;
membudaya pendekatan perkongsian dan permuafakatan;
dan
12
mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah
penegakan kebenaran dan keadilan sejagat.
Kesemua ini dirumuskan dalam satu pernyataan Motto JIM yang
berbunyi "Bersama Islam Membina Masyarakat".
Pendirian dan Pendekatan
JIM ditubuhkan kerana ia yakin boleh menyumbang untuk Islam
dan pembangunan masyarakat. Selain meluaskan rangkaian usaha
dakwah ia juga menyediakan satu lagi wadah dan pendekatan
dakwah bagi penglibatan ummah dan masyarakat. JIM
menganggap semua organisasi, kumpulan atau individu yang
bergiat untuk Islam sebagai sebuah keluarga. Setiap pertubuhan
dakwah mempunyai keistimewaan dan sumbangan yang tersendiri
kepada dakwah dan masyarakat. Menceburi bidang penglibatan
yang sama tidak harus ditanggapi sebagai persaingan atau
pertandingan yang negatif, tetapi perluasan (coverage) serta
mempelbagai pilihan bagi meningkatkan penyertaan. Semangat
kerjasama dan persefahaman untuk membuahkan kerja Islam yang
berkualiti perlu dipupuk dan perselisihan dielakkan. Berusaha ke
arah kesatuan menjadi tanggungjawab semua. Menjaga muslimin
dari bahaya lidah dan tangan kita, melunakkan mereka di hati,
13
perkenalan, saling memahami dan kerjasama menunjuk arah
menuju kesatuan.
JIM sentiasa menghulurkan salam persahabatan serta
mencari jalan kerjasama dalam usaha yang disepakati bersama.
Menjadi hasrat JIM melihat semua usaha untuk Islam berjaya
tidak mengira siapa yang mengusahakannya.
Dalam rangka mengembalikan pengabdian kepada Allah, JIM
berjuang untuk pelaksanaan Islam sepenuhnya. Usaha JIM
berasaskan prinsip Islam, mengambilkira realiti (waqi')
masyarakat dan kemampuan JIM sendiri. JIM percaya strategi
dakwah yang baik bagi Malaysia adalah satu strategi yang
menyeluruh dan bersepadu. Kemampuan ummah perlu
digembeling. Kedudukan yang berpengaruh dalam masyarakat
perlu diusahakan supaya dipegang oleh mereka yang mengongsi
komitmen untuk menghayati Islam. JIM memilih pendekatan yang
bercirikan:
Memberi keutamaan kepada kepentingan Islam, ummah
dan masyarakat
Positif dan membangun; dengan penilaian dan sikap yang
objektif
14
Penggembelingan sumber dan kemampuan ummah dan
masyarakat
4. PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
Parti Islam Se-Malaysia adalah sebuah parti pergerakan Islam di
Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru
Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan
nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam.
Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang
berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak
tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh
golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat
pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh
al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha)
yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang
muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat
Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan
didaulatkan di negara ini.
Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai
sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam
15
melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Didokongi oleh
para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi
orang-orang melayu yang berpendidikan agama. Pun begitu
setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima
cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru
yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN). PAS adalah
diantara parti pengasas BN. Penglibatan PAS didalam BN
berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. Akhirnya
PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Para penyokong
PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka.
Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh
pada ketetapan BN. Pun begitu, krisis dalaman PAS telah
membawa kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan
seperti Berjasa dan Hamim.
PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun
semula perjuangan mereka. Ketika Tuan Guru Yusuf Rawa
mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan
semula parti tersebut dibawah slogan "Kepimpinan Ulama".
Kini PAS adalah sebahagian dari sebuah perikatan yang namakan
sebagai Pakatan Rakyat, bersama Parti Keadilan Rakyat dan Parti
Tindakan Rakyat (DAP). Pencapaian PAS pada Pilihanraya
16
Umum 2008 adalah diantara yang terbaik. Selain dari
mengekalkan penguasaan PAS di Kelantan dengan majoriti yang
besar, PAS turut membentuk kerajaan di Kedah. PAS juga adalah
sebagai dari kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang. Sejarah
penubuhan Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan
secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada
fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24
November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan
Melayu 25 November 1951).
Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun
bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta
kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS
ditubuhkan. Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah
didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955
dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang). PAS atau
Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah pertubuhan
atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang
ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin
diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948. Golongan reformasi
ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang
betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi
17
mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan
pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah
berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut
ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam
al-Quran dan Sunnah.
Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang
betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906
mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura
yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit
pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan
pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928. Dengan terbitnya
akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya
mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu
dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah
mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa
kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan
umat Islam pada tahun-tahun berikutnya. Persatuan Melayu
pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini
ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji
Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan
atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta
18
membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah
oleh penjajah British. Malangnya, kesatuan ini tidak dapat
bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa
Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 - 1945. Selepas
tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu
dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la
ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin
awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah
tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh
agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris
disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan
matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.
Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau
mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan
politik bagi menentang penjajah. PKMM telah berjaya
memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga
ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam
struktur organisasinya. Selain Angkatan Pemuda Insaf (API),
Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya
(BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga
merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi
PKMM.
19
MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui
MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya
melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM
melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi
mengumpulkan tenaga para ulama.
Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul
Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir
mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang
berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan
kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam
atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM
tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.
Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada
Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping
menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah
Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang
Darurat atau Emergency Regulations. Sungguhpun aktiviti Hizbul
Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat
khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya
amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental
inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan
20
PAS pada tahun 1951. Dalam hal ini, ramai ahli sejarah
berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan
kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan
seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian
besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk
memudahkan penubuhan PAS.
Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih
tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan
pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara
aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah,
Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan
Ustaz Yunus Haji Yatimi. Besar kemungkinan juga Bahagian
Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan
turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan
lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa
dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja
perjudian (loteri). Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal
penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian
besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya
Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan,
Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
21
1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
2. Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
6. Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
7. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan
Negeri Sembilan.
Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan
serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan
nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha
mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan
Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama
perseorangan, para kadhi dan juga mufti. Walaupun perhimpunan
ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian
Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan
Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli
Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya
as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan
Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-
Malaya yang dicadangkan pada mulanya.
22
Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan
atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:
1. Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
2. Persatuan ulama dari Kedah.
3. Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM)
Perak.
4. Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
5. Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
6. Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
7. Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau
Pinang.
8. Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah
terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan
kadhi atas nama peribadi. Adapun Perlembagaan awal PAS yang
digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:
PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam
untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan
segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
23
KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk
menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan
dan kehormatan agama dan umat Islam.
KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah
yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak
berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi,
keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS
termasuklah:
1. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung
2. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang
Dipertua Agung
3. Tuan haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung
(Utara)
4. Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung
(Tengah)
5. Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang
Dipertua Agung (Selatan)
6. Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung
7. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Bendahari Agung
Ahli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:
24
1. Tuan Haji Yahya Joned
2. Tuan Haji Uthman Talib
3. Tuan Haji Mohammad Nor
4. Tuan Haji Zabidi Ali
5. Tuan Haji Abdul Wahab
6. Tuan Haji Assaiya
7. Muhammad Mahzub
8. Tuan Haji Ahmad Nadur.
Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir
semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang
kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak
langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan
Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya
lagi. Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila
usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz
Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National
Conference tajaan Dato‟ Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di
sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara
politik Dato‟ Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak
diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS.
25
Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan
penyokong-penyokong PAS ini sekali lagi menunjukkan bahawa
kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan
penyokongnya telah wujud walaupun PAS sendiri ketika itu masih
berada pada tahap yang lemah. Akhirnya, dalam satu Perhimpunan
Khas pada September 1953, Haji Ahmad Fuad terpaksa
mengambil jalan keluar dengan meninggalkan PAS bagi bersama-
sama Dato‟ Onn (menyertai Parti Negara). Kesedaran Islam di
kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu
ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS walaupun sepanjang
sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya
meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental
dan subur.
Tujuan
Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan
wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan
pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam
dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta
mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan
kedaulatan negara.
26
Dasar
Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya
ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS
ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan
Qias yang terang dan nyata.
Usaha
Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangannya, usaha-usaha
yang dilakukan oleh PAS termasuklah:
1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah
Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan
mahupun amalan.
2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta
menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta
memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan
keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan
dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan
pendidikan.
27
3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan
menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara
kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-
pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan
memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup
lslam.
5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki
susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik,
keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat
lslam dan rakyat seluruhnya.
6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-
persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan
tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ia mustahak dan
sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara
yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha
mengembangkan bahasa al-Quran.
8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan
nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam.
9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini
tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan
28
terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan
keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu
serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan
menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala
macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di
kalangan umat manusia.
11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas
Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua
tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.
5. JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
(JAKIM)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau ringkasnya (JAKIM)
merupakan agensi kerajaan Malaysia yang mentadbir hal ehwal
agama Islam di Malaysia. JAKIM dipimpin oleh Ketua
Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
29
Sejarah
Pada tahun 1968, persidangan Majlis Raja-Raja Malaysia telah
memutuskan bahawa perlunya suatu badan bagi menggembleng
usaha pembangunan dan kemajuan umat Islam di Malaysia,
selaras dengan taraf negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam
yang semakin kukuh serta mendapat perhatian dunia antarabangsa.
Menyedari hakikat itu, satu urusetia kepada Majlis Kebangsaan
Hal-Ehwal Ugama Islam Malaysia telah ditubuhkan, bagi
memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam. Urusetia ini
kemudiannya telah dikembangkan sebagai Bahagian Ugama,
Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya dinaikkan taraf sekali
lagi menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS). Pada 1
Januari 1997, selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam
yang bertambah mantap di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sebagai
mengambil alih kuasa dan peranan (BAHEIS).
30
Fungsi
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri akan
berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan
Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi
seperti berikut:
Bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan
pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara
ini;
Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di
negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam
Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang
dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan
menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran
yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk
menyelesaikan masalah-masalah umat Islam;
Melaksanakan program-program pembangunan ummah
dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara;
Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang
serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di
seluruh negara;
31
Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam
yang dilaksanakan di negara ini;
Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan
maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan
Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui
kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.
Carta Organisasi
Organisasi-organisasi berikut diletakkan di bawah JAKIM:-
Bhg. Undang-Undang
Unit Audit Dalam
Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM)
Darul Quran
JAKIM Cawangan Sabah
JAKIM Cawangan Sarawak
Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI)
Masjid Negara
Di JAKIM, terdapat dua sektor utama iaitu sektor pengurusan
dan sektor operasi. Di dalam sektor pengurusan, ianya
dibahagikan kepada lima bahagian:-
32
Bhg. Pentadbiran & Kewangan
Bhg. Keurusetiaan & Perhubungan Antarabangsa
Bhg. Media Elektronik & Penyiaran
Bhg. Perkhidmatan ICT
Bhg. Penerbitan
Manakala di dalam sektor operasi dibahagikan kepada tujuh
bahagian:-
Bhg. KESUMA
Bhg. Dakwah
Bhg. Pembangunan Pendidikan Islam
Bhg. Penyelidikan
Bhg. Latihan
Bhg. Penyelarasan & Penguatkuasaan Undang-Undang
Bhg. Hub Halal
6. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA
(IKIM)
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan untuk
memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga
kesucian ajaran Islam yang sebenar tanpa menyentuh perkara-
33
perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18
Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan
untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai
aturcara dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel,
forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3
Julai 1992 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia pada ketika itu.
Polisi Kualiti
"Pemantapan Kefahaman Islam Menerusi Prestasi
Cemerlang"
Objektif Kualiti
Memberi kefahaman Islam yang tepat dan berkesan
melalui kaedah semasa yang sesuai.
Sentiasa berusaha ke arah pencapaian mesej Islam
yang sebenar dan menyeluruh (syumul) sampai
kepada segenap lapisan masyarakat.
Mempertingkatkan aktiviti kefahaman Islam yang
berkualiti melalui penggunaan sumber yang
optimum.
34
Berusaha ke arah penggubalan piawaian nilai untuk
membolehkan sesebuah organisasi mengamal
amalan terbaik (best practices) mengikut prinsip-
prinsip Islam.
Sentiasa berusaha ke arah pencapaian kepuasan
pelanggan.
7. ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
Angkatan Belia Islam Malaysia dikenali sebagai ABIM adalah
sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia. Presiden ABIM
masakini adalah Muhammad Razak Idris. Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hasil
beberapa pertemuan generasi pengasas ketika itu. Pengerusi
penaja rasmi ketika itu ialah Ustaz Abdul Wahab Zakaria dan
Fauzi Abd. Rahman (sekarang Dato‟) sebagai Setiausaha Agung.
ABIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan Islam yang
berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Ogos 1972 di
bawah Akta Pertubuhan 1966.
35
Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun
1972 di mana Ustaz Razali Nawawi (sekarang Profesor Dr) telah
dipilih sebagai Presiden ABIM yang pertama manakala Anwar
Ibrahim (sekarang Dato‟ Seri) dipilih sebagai Setiausaha Agung.
Pada tahun 1974 Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden
ABIM yang kedua. Ustaz Siddiq Fadzil (sekarang Dato‟ Dr) pula
telah dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden
ABIM selepas penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada
tahun 1982. Ustaz Muhammad Nur Manuty (sekarang Dr) telah
dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991. Pada September 1997,
Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden ABIM
yang kelima di Muktamar Sanawi ABIM ke-26 di Alor Setar,
Kedah. Pada Ogos 2005 pula, saudara Yusri Mohamad dipilih
sebagai Presiden ABIM yang keenam di Muktamar Sanawi ABIM
ke-34. Dalam era 1970-an, semasa ABIM berada di bawah
kepimpinan Ustaz Razali Nawawi dan Anwar Ibrahim, ABIM
mengambil pendekatan konfrontasi dan dengan demikian, ABIM
menjadi lantang terhadap beberapa dasar dan pendirian pihak
pemerintah. Pendekatan ini dirasakan sesuai dengan tuntutan dan
keperluan era itu. Pada dekad kedua, di tahun-tahun 1980-an,
ketika kepimpinan Ustaz Siddiq Fadzil, pendekatan ABIM
ditandai oleh perubahan orientasi ke arah pendekatan menangani
36
dan menyelesaikan masalah (problem-solving). Pendekatan ini
melahirkan banyak institusi dan agensi ABIM seperti Islamic
Outreach-ABIM dan seumpamanya. Ketika dekad ketiga 1990-an
pula, ABIM yang berada di bawah kepimpinan Ustaz Muhammad
Nur Manuty berperanan lebih proaktif sebagai rakan dalam
pembinaan negara (partner in nation-building).
Di alaf baru, Ahmad Azam Abdul Rahman membawa tema
pemugaran semula idealisme untuk menggilap semula dinamika
perjuangan serta agenda pemersatu ummah, bertepatan dengan
tuntutan semasa yang begitu mendesak. ABIM terus menjadi
jurubicara umat dalam pelbagai dimensi agar umat seluruhnya
terpelihara iman, nyawa, harta, maruah, kebebasan, hak dan
keselamatan mereka. Kini ABIM di bawah pimpinan saudara
Yusri Mohamad memberikan tumpuan kepada agenda dakwah
serta memperkasa agama dan bangsa. Pada 1 Ogos 2009,
Muhamad Razak Idris dipilih sebagai Presiden ABIM yang
ketujuh di Muktamar Sanawi ke-38.
37
Misi dan Visi
ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu
(knowledge-based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka
serta sederhana berasaskan realiti masyarakat setempat di samping
memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu,
iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun
ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap non-
partisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada
kepentingan mana-mana parti-parti politik.
Visi ABIM: 'Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah'
Misi ABIM: 'Gerakan Islam Yang Komprehensif untuk
Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah'.
Budaya ABIM:
1. Menghayati Budaya Ilmu,
2. Menghayati Amalan Kerohanian,
3. Menghayati Amal Shura dan Amal Jama‟iyy,
4. Memahami dan Melibatkan Diri Pada Isu Semasa, dan
5. Menghayati Ruh - Jihad fi Sabilillah.
38
Objektif
1. Menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita
Islamiah sesuai dengan ajaran asasi al-Qur‟an al-Karim
dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
2. Menjalankan da‟wah Islamiah dengan cara yang progresif
kepada seluruh lapisan masyarakat;
3. Menggembleng tenaga belia seluruhnya dan
mengarahkannya untuk kebaikan masyarakat;
4. Mewakili belia-belia Islam Malaysia di persidangan-
persidangan luar negeri;
5. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak berlawanan
dengan ajaran al-Qur‟an dan al-Sunnah.
8. IKHWANUL MUSLIMUN
I. Siapakah Al-Ikhwan Al-Muslimun?
Al-Ikhwanul muslimun (ikhwanul muslimin) adalah salah satu
jamaah dari umat Islam, mengajak dan menuntut ditegakkannya
syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang
diturunkan Allah kepada Rasulullah saw, dan diserukan oleh para
39
salafush-shalih, bekerja dengannya dan untuknya, keyakinan yang
bersih menghujam dalam sanubari, pemahaman yang benar yang
merasuk dalam akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih
(anggota tubuh), perilaku dan politik. Mereka berdakwah kepada
Allah. Komitmen dengan firman Allah: “Serulah mereka ke jalan
Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik” (An-Nahl:125)
Dialog yang konstruktif, sebagai jalan menuju kepuasan
dan memberikan kepuasan bersandarkan pada al-hujjah
(alasan),al-mantiq (logika), al-bayyinah (jelas), dan ad-dalil
(dalil). Kebebasan adalah keniscayaan, hak mendasar yang telah
Allah anugerahkan kepada setiap hamba-Nya, meski kulit, bahasa
dan aqidah mereka berbeda; Kebebasan berkeyakinan, beribadah,
mengungkapkan pendapat, berpartisipasi dalam membuat
keputusan, dan hak untuk memilih dari beberapa pilihan secara
bebas dan bersih, sehingga tidak boleh ada pengekangan hak
untuk mendapatkan kebebasan, hak mendapatkan ketenangan,
sebagaimana seseorang tidak boleh berdiam diri dan pasrah pada
setiap permusuhan atau pengekangan terhadap kebebasannya.
Ilmu merupakan salah satu pondasi tegaknya daulah Islamiyah,
berprestasi tinggi bagian dari kewajiban setiap umat agar dapat
beramal menuju pengokohan iman dan sarana kemajuan umat,
40
mendapatkan ketenangan, merasakan kebebasan, menghadang
permusuhan, menunaikan risalah alamiyah (da‟wah) seperti yang
telah Allah gariskan, memantapkan nilai-nilai dan ajaran-ajaran
perdamaian, menghadang kediktatoran, imperialisme, kezhaliman,
dan perampasan kekayaan bangsa.
Dasar dari pendidikan, konsep, akhlaq, fadhail, undang-
undang, sistem, jaminan, nilai-nilai, dan perbaikan adalah
Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya yang jika keduanya dipegang
oleh umat maka tidak akan sesat selamanya. Islam menurut
pemahaman Al-Ikhwanul Muslimun adalah sistem yang mengatur
segala urusan kehidupan berbangsa dan bernegara, mengatur hajat
hidup manusia sepanjang masa, waktu dan tempat. Islam lebih
sempurna dan lebih mulia dibanding perhiasan kehidupan dunia,
khususnya pada masalah duniawi, karena Islam meletakkan
kaidah-kaidah secara sempurna pada setiap bagiannya,
memberikan petunjuk ke jalan yang lurus dijadikan sebagai
manhajul hayat (life style), dipraktekkan dan selalu berada di atas
relnya. Jika shalat merupakan tiang agama, maka al-jihad adalah
puncak kemuliaannya, Allah adalah tujuan, Rasul adalah teladan,
pemimpin dan panutan, sedangkan mati di jalan Allah adalah cita-
cita yang paling mulia.
41
Jika keadilan menurut Al-Ikhwan adalah salah satu tonggak setiap
negara, maka persamaan merupakan bagian dari karakteristiknya,
dan undang-undang yang bersumber dari syariat Allah; agar dapat
merealisasikan keadilan yang mempertegas adanya persamaan.
Hubungan antara bangsa, negara, dan umat manusia adalah
hubungan gotong royong, saling membantu, dan bertukar pikiran,
sebagai jalan dan sarana kemajuan berdasarkan persaudaraan,
tidak ada intervensi, tidak ada pemaksaan kehendak, kekuasaan
dan kediktatoran atau pengkerdilan hak orang lain. Al-Ikhwanul
Muslimun adalah jamaah yang memiliki cita-cita, mencintai
kebaikan, bangsa yang tertindas, dan umat Islam yang terampas
hak-haknya. Dakwah mereka adalah salafiyah, karena mereka
selalu mengajak umat untuk kembali kepada Islam, kepada
penuntunnya yang suci, kepada Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya.
Sebagaimana Al-Ikhwan adalah thariqah sunniyah (beraliran
sunni), karena membawa jiwa mereka pada perbuatan dan dalam
segala urusan sesuai dengan sunnah yang suci khususnya pada
masalah aqidah dan ibadah. Al-Ikhwan adalah jamaah shufiyah,
mereka memahami bahwa dasar kebaikan adalah kesucian jiwa,
kebersihan hati, kelapangan dada, kewajiban beramal, jauh dari
akhlaq tercela, cinta karena Allah dan ukhuwah karena Allah.
42
Al-Ikhwan juga merupakan jamaah yang bergerak dalam
bidang politik, yang menuntut ditegakkannya reformasi dalam
pemerintahan, merevisi hubungan negara dengan yang lainnya,
dan membina umat pada kemuliaan dan kehormatan diri. Al-
Ikhwan adalah jamaah yang memiliki vitalitas tinggi,
memperhatikan kesehatan, menyadari bahwa mukmin yang kuat
lebih baik dari mukmin yang lemah, dan berkomitmen dengan
sabda nabi saw, “Sesungguhnya badanmu memiliki hak atas
dirimu”, dan menyadari bahwa kewajiban-kewajiban dalam Islam
tidak akan terlaksana kecuali dengan fisik yang kuat, hati yang
penuh dengan iman, akal yang diisi dengan pemahaman yang
benar. Al-Ikhwan adalah jamaah persatuan keilmuan dan tsaqafah,
karena ilmu dalam Islam merupakan kewajiban yang harus
dikuasai, dicari walau hingga ke negeri cina, negara akan bangkit
karena iman dan ilmu.
Al-Ikhwan adalah jamaah yang memiliki ideologi
kemasyarakatan, memperhatikan penyakit-penyakit yang
menjangkit masyarakat dan berusaha mengobati dan mencari
solusinya serta menyembuhkannya. Al-Ikhwan adalah jamaah
yang memiliki kebersamaan ekonomi, karena Islam adalah agama
yang mengatur hal-hal yang berkaitan dengan harta dan cara
43
memperolehnya, nabi saw bersabda, “Sebaik-baik harta adalah
milik orang yang shalih. Barangsiapa yang pada sore harinya
mencari nafkah dengan tangannya sendiri maka ampunan Allah
baginya.” Pemahaman ini menegaskan kesempurnaan makna
Islam, keuniversalan dalam segala kondisi dan sisi kehidupan,
pada segala urusan dunia dan akhirat.
II. Prinsip-Prinsip Al-Ikhwanul Muslimun
Sejak 1400 tahun lalu, nabi Muhammad bin Abdullah menyeru
masyarakat di kota Makkah, di atas bukit Safa: “Wahai sekalian
manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kalian
semua yang memiliki kerajaan langit dan bumi, tiada Tuhan
selain Dia, Yang dapat Menghidupkan dan Mematikan, maka
berimanlah kepada Allah dan Rasul-nya yang ummi, yang
beriman kepada Allah dan ayat-ayat-Nya dan ikutilah dia agar
kalian mendapatkan petunjuk”. (Al-A‟raf:158) Dakwah menjadi
pemisah dalam kehidupan secara menyeluruh, antara kehidupan
masa lalu yang penuh dengan kezhaliman, masa depan yang
cemerlang dan gemerlap, dan masa kini yang penuh dengan
kesenangan, pemberitahuan yang gamblang dan transparan akan
sistem yang baru. Pembuat syariatnya adalah Allah, Yang Maha
44
Mengetahui dan Maha Mendengar. Penyampai risalahnya adalah
nabi Muhammad saw, pembawa kabar gembira dan peringatan.
Kitab dan undang-undangnya adalah Al-Quran yang jelas dan
terang. Tentaranya adalah para salafush shalih, generasi pendahulu
dari golongan Muhajirin dan Anshar serta mereka yang datang
dengan kebaikan. Itulah shibghah Allah. Dan manakah shibghah
yang terbaik selain shibghah Allah?! “Padahal sebelumnya kamu
tidak tahu mana al-kitab dan mana iman yang benar, namun Kami
jadikan kepadanya cahaya yang memberikan petunjuk kepada
siapa yang Kami Kehendaki dari hamba-hamba Kami. Dan
sesungguhnya kamu akan memberikan petunjuk ke jalan yang
lurus. Jalan Allah yang memiliki apa yang ada di langit dan yang
ada di bumi, ketahuilah hanya kepada Allah kembali segala
urusan”. (As-syura:52-53)
Al-Quran adalah kumpulan dasar-dasar kebaikan pada
seluruh sisi kehidupan, kumpulan berbagai prinsip yang
memisahkan masyarakat pada jalannya menuju ketenangan,
keamanan, kemajuan dan kepemimpinan. Allah telah memberikan
dalam Al-Quran kepada umat penjelasan terhadap segala sesuatu,
dasar-dasar dan prinsip-prinsip yang menjadi sumber kekuatan
dan potensi. Beberapa prinsip yang termaktub dalam Al-Quran
45
dan Sunnah Nabi-Nya saw yang harus dipegang teguh oleh insan
muslim, rumah tangga Islami, masyarakat Islami, negara dan umat
Islam adalah:
1. Rabbaniyah; segala orientasi individu, sosial atau negara, segala
perbuatan, perilaku, pandangan dan politik harus berkomitmen
dengan apa yang diridhai Allah, mentaati perintah-Nya, dan
menjauhi larangan-Nya.
2. Menjaga jati diri manusia dari hal-hal yang dapat membuat
Allah murka, mulia dari segala yang rendah, dan berusaha
menggapai tingkat kesucian diri (ikhlas).
3. Beriman pada hari berbangkit, hisab, pembalasan dan siksa.
4. Bangga dengan ikatan ukhuwah sesama manusia dan
melaksanakan hak-haknya.
5. Perhatian dengan peran wanita dan laki-laki sebagai sekutu
yang tidak dapat dipisahkan dalam membangun masyarakat,
komitmen dengan kesempurnaan, persamaan, dan menegaskan
akan pentingnya peran keduanya dalam pembangunan dan
kemajuan masyarakat.
6. Kemerdekaan, kepemilikan dan musyarakah, hak untuk hidup,
bekerja, dan mendapatkan ketenangan adalah hak mendasar setiap
46
warga, di bawah naungan keadilan, persamaan dan undang-
undang secara adil.
7. Nilai-nilai dan akhlaq merupakan jaminan ketenangan dan tegas
dalam memerangi kemungkaran, kerusakan dan pengrusakan.
8. Kesatuan umat merupakan hakikat yang harus diwujudkan dan
direalisasikan.
9. Jihad merupakan jalan satu-satunya bagi umat.
10. Umat yang berambisi menggapai ridha ilahi dalam perilaku
dan perbuatan, politik dan orientasi, setiap individu bangga
dengan ikatan ukhuwah yang dapat menyatukan dan menyambung
tali persaudaraan di antara mereka, berusaha untuk hidup dengan
bebas tidak pengkebirian dan penindasan, pemahaman yang utuh,
kesadaran dan keseriusan dalam merealisasikan prinsip-prinsip,
melebihi pemahaman dan perbuatan:
a. Umat sebagai sumber kekuasaan
b. Keadilan sebagai tujuan hukum dalam berbagai tingkatannya
bahkan pada tingkat dunia
c. Syura sebagai asas dalam mengambil berbagai keputusan, tidak
ada kediktatoran, individualisme dalam kekuasaan, bangga dengan
kebebasan dan berusaha mempertahankannya dan menjadikannya
sebagai hak setiap umat manusia sebagai anugerah dan karunia
dari Allah untuknya.
47
Sebagaimana beberapa prinsip yang menjamin keabsahan
di bidang ekonomi:
1. Tidak boleh menjadi perpanjangan tangan orang-orang kaya
dan mengindahkan fakir miskin
2. Diharamkannya riba
3. Diharamkannya menimbun harta
4. Diharamkannya monopoli
5. Memberikan penghargaan terhadap kepemilikan pribadi yang
dipergunakan untuk jamaah dan sesuai dengan syariat Allah.
III. Misi dan Tujuan Al-Ikhwan Al-Muslimun
Imam Al-Banna menyampaikan misi dan tujuan yang ingin
dicapai jamaah, beliau berkata: “Kami menginginkan
terbentuknya sosok individu muslim, rumah tangga Islami, bangsa
yang Islami, pemerintahan yang Islami, negara yang dipimpin
oleh negara-negara Islam, menyatukan perpecahan kaum
muslimin dan negara mereka yang terampas, kemudian membawa
bendera jihad dan dakwah kepada Allah sehingga dunia
mendapatkan ketenteraman dengan ajaran-ajaran Islam.”
Sebagaimana beliau juga memfokuskan dua target utama:
“Saya ingatkan untuk kalian dua tujuan utama:
48
1. Membebaskan negeri Islam dari kekuasaan asing, karena
merupakan hak alami setiap manusia yang tidak boleh dipungkiri
kecuali orang yang zhalim, jahat atau biadab.
2. Mendirikan negara Islam, yang bebas dalam menerapkan
hukum Islam dan sistem yang Islami, memproklamirkan prinsip-
prinsip yang mulia, menyampaikan dakwah dengan bijak kepada
umat manusia. Jika hal ini tidak terwujudkan maka seluruh kaum
muslimin berdosa, akan diminta pertanggungjawabannya di
hadapan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung karena
keengganan mendirikan daulah Islam dan hanya berdiam diri.”
Imam Syahid juga menyampaikan tujuan periodik yang
harus dicapai oleh kaum muslimin, atau kaum muslimin dapat
meraih dua tujuan besar dengan teliti dan jelas:
1. Membentuk sosok muslim yang berbadan kuat, berakhlaq sejati,
berpikiran luas, mampu bekerja dan mencari nafkah, beraqidah
suci, beribadah yang benar, berjiwa sungguh-sungguh, pandai
mengatur waktu, disiplin dalam segala urusannya, dan bermanfaat
bagi orang lain, masyarakat dan negaranya.
2. Membentuk rumah tangga Islami; memelihara adab-adab dan
akhlaq-akhlaq Islami dalam segala aspek kehidupan rumah tangga
dan masyarakat. Jika sosok muslim itu baik secara aqidah,
49
tarbiyah dan tsaqafah, maka akan baik pula dalam memilih
pasangan, mampu menunaikan hak dan kewajibannya, dan
berperan serta dalam pembinaan anak-anak dan bergaul dengan
orang lain, serta berpartisipasi dalam kebaikan di tengah
masyarakat dan umat.
Jika terbentuk rumah tangga Islami, maka akan terwujud
pula masyarakat muslim yang menyebar ke segala penjuru dan
aspek dakwah yang mengajak pada kebaikan dan memerangi
keburukan dan kemungkaran, memotivasi perbuatan baik dan
produktif, memiliki sifat amanah, memberi dan itsar. Mencapai
pada masyarakat Islami hingga pada tahap pemilihan
pemerintahan yang Islami, komitmen dengan syariat Allah,
menjaga hak-hak Allah dalam berbangsa dan bernegara, menjaga
dan memelihara hak-hak-Nya, komitmen dengan undang-undang
kebebasan, keamanan, amal dan perubahan, mengungkapkan
pendapat dan mengikutsertakannya dalam musyarakah dan
mengambil keputusan. Pemerintahan Islam yang didukung oleh
masyarakat muslim, menunaikan perannya sebagai khadimul
ummah, digaji dengannya, bergerak demi kebaikannya,
pemerintahan ini membentuk anggotanya komitmen dengan Islam
dan ajarannya, menunaikan kewajibannya, membantu non-muslim
50
dari berbagai golongan masyarakat; demi merealisasikan
eksistensi umat dan persatuannya. Berdirinya pemerintahan Islam
yang dipilih oleh masyarakat muslim secara bebas, pemerintahan
yang komitmen dengan syariat Allah sehingga melahirkan negara
Islam yang diidamkan, negara yang memimpin negara-negara
Islam lainnya, menyatukan perpecahan, mengembalikan
kemuliaan dan harga dan mengembalikan negara mereka yang
telah terampas. Kepemimpinan negara Islam terhadap negara yang
dipimpin harus memiliki karakteristik, kemampuan dan pondasi
kepemimpinan, bukan hanya sekadar tuntutan namun sebagai
realisasi dengan baik dan memiliki pertanggungjawaban yang
besar. Membentuk persatuan umat Islam adalah suatu keniscayaan
bukan kemustahilan, khususnya dalam bidang politik, ekonomi,
dan militer yang tidak ternilai. Berdirinya daulah Islamiyah yang
bersatu atau kesatuan negara-negara Islam, mengembalikan
eksistensi negara kepada umat, mengokohkan perannya dalam
peradaban dan perdamaian serta ketenteraman di seluruh dunia,
tanpa menggunakan kekuasaan dari kekuatan lainnya. Imam
syahid berkata, “Sesungguhnya seluruh kaum muslimin akan
berdosa dan bertanggung jawab di hadapan Allah yang Maha
Tinggi dan Bijaksana karena keculasan mereka dalam
menegakkan daulah Islamiyah dan berdiam diri tidak
51
mahumewujudkan negara Islam dan berpangku tangan dari
kezhaliman dan kejahatan sekelompok manusia di dunia saat ini,
berdiri dengan angkuh di hadapan negeri-negeri dan dunia Islam,
menyerukan prinsip-prinsip kezhaliman, meneriakkan suara
kekejian, dan merampas hak-hak asasi manusia, sehingga tidak
ada yang mau berkorban untuk membebaskan umat dan
melakukan perlawanan demi berdirinya negara yang penuh
dengan kebenaran, keadilan, perdamaian, ketenteraman dan
kebebasan”
Adapun tujuan yang ingin dicapai negara Islam bersatu
adalah tersebarnya Islam ke seluruh penjuru dunia dan dakwah
yang memiliki nilai-nilai, akhlaq dan adab, mengokohkan nilai-
nilai kebebasan, keadilan dan persamaan, ikhlas menghadap
Allah… begitu berat beban dan begitu agung peran yang
dipandang orang sebagai khayalan… padahal menurut kaum
muslimin adalah merupakan kenyataan; karena umat Islam tidak
mengenal putus asa… tidak berhenti dalam berjalan, bekerja, dan
memberi untuk mencapai tujuan; demi mengharap keridhaan
Allah.
52
9. JAMAAT AL-ISLAMI
Jamaat al Islami merupakan satu pergerakan politik Islam yang
ditubuhkan oleh Sayyid Abul Ala Maududi pada 24 Ogos 1941
sebagai sebuah parti politik di Pakistan. Tapi pada hakikatnya ia
sebuah jamaah akidah atau harakah Islamiah untuk menegakkan
sistem hidup Islam di muka bumi ini. Akidahnya ialah 2 kalimah
syahadah. Kalimah syahadah ini telah ditafsir dan dihuraikan
dengan begitu teliti sehingga ia menjadi teras kepada perjuangan
Jamaat-i Islami. Maududi lahir pada 1903 dan meninggal pada
1979. Tempat kelahirannya ialah Aurangabad, Hydrabad
(Deccan). Beliau meninggal dunia ketika permulaan Islamisasi Zia
Ul Haq di Pakistan. Mulai 1918 (umur 17 tahun), beliau menjadi
wartawan / editor akhbar Taj di Jabalpur. Kemudian menjadi
editor akhbar Muslim di Delhi iaitu saluran rasmi gerakan Jamiat
al-Ulama -i Hind. Seterusnya ke Delhi untuk memimpin akhbar al
Jamiat. Ini dikuti dengan perpindahannya untuk memimpin
majalah bulanan Tarjuman al Quran. Majalah ini menjadi saluran
pemikiran dan perjuangan Maududi. Pada tahun 1937, Dr
Muhamad Iqbal menemui Maududi.Mereka berbincang tentang
pembentukan semula undang-undang Islam di India. Maududi
amat menekankan penggubalan perlembagaan Islam dan
53
pengguatkuasanya. Lantaran kemahirannya itu Presiden Muammar
Ghadafi pernah menjemputnya untuk menggubal perlembagaan
negara Jamahiriyah Libya.
Dr Muhamad Iqbal menjemputnya ke Punjab kerana dia
tertarik dengan idea perjuangan Maududi. Jemputan Dr Muhamad
Iqbal itu diterima oleh Maududi tapi malangnya pada tahun 1938,
Dr Muhamad Iqbal pula meninggal dunia. Oleh itu Maududi
pindah ke Lahore dan menjadi pensyarah jemputan di Sekolah
Himayat al -Islam. Beliau pernah menjadi dekan Fakulti Teologi,
Islamic College di Lahore. Pada bulan Ogos 1941, Maududi
menubuhkan Jamaat-i Islami. Gerakan ini lebih luas, agresif lalu
mendapat tentangan dari pada rakyat dan pemerintah sendiri.
Maududi pernah dipenjarakan dari tahun 1948-1950. Ketika
zaman Ayub Khan, Yahya Khan dan Zulfikar Ali Butto, Maududi
dan pengikut Gerakan Jamaah Islami ditindas. Pada tahun 1953,
Maududi sekali lagi dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana
perjuangannya menentang ajaran Qadiani. Mazhab Qadiani
ditentang habis-habisan oleh Maududi kerana pengasasnya Mirza
Ghulam Ahmad mengaku menjadi nabi dan rasul. Tetapi pada
tahun 1955 beliau dibebaskan kerana desakan massa.
54
Reformasi Politik
Jamaat-i Islami merupakan gerakan fundamentalis di benua kecil
India yang menuntut Darul Falah Islam daripada kuasa British.
Setelah Pakistan merdeka, Jamaat menuntut masyarakat kembali
kepada sumber al Quran dan hadis. Markas Jamaat-i Islami
terpaksa dipindahkan dari Pathankot ke Lahore bagi disesuaikan
dengan iklim politik ketika itu. Melalui Islami Jamiat Tullabae,
Jamaat berjaya 'mengislamkan semula' golongan terpelajar
Pakistan. Kejayaan 'mengislamkan semula' golongan terpelajar ini
membolehkan mereka turut serta dalam 'A Renaissance movement
in Islam. Banyak sekali gagasan yang diutarakan oleh genius
Maududi. Baginya, kedaulatan manusia (rakyat) tidak ada , yang
ada hanya kedaulatan Allah. Dialah yang mesti ditaati secara
tunggal dan mutlak dalam segala bentuk hukuman, undang-
undang dan peraturan-peraturan . Ini bertentangan dengan nilai-
nilai demokrasi yang dibawa, dicanang dan dipaksakan oleh barat.
Ia juga bertentangan dengan pemerintahan yang didominasi oleh
kaum 'ulama'. Teori politiknya ini mendapat dokongan kuat dari
Sayid Quth tetapi mendapat tentangan hebat dari kerajaan dan
ulama kontemporari ketika itu.
55
Beliau tidak pernah jemu mengkritik kerajaan Pakistan
yang tidak menjalankan peraturan dan kaedah-kaedah hidup Islam
secara menyeluruh. Hal ini menyebabkan beliau meringkuk dalam
penjara beberapa kali. Setiap gerakan politik atau berbau politik
pasti akan menerima tentangan. Tokoh penting yang bertindak
keluar dari Jamaat al Islami ialah Manzur Numani dan Abul
Hassan al-Nadwi. Abul Hassan al-Nadwi berpendapat Rasulullah
mengamalkan tauhid Ubudiyah dan tidak tauhid Rububiyah.
Sedangkan Maududi menyatakan: “Mestilah diterima hukuman
dan peraturan-Nya dalam urusan kehidupan. Jadi yang dikatakan
syirik itu bukan semata-mata kerana menyembah yang lain
daripada Allah, tetapi juga dengan mengikuti peraturan yang lain
daripada yang diturunkan-Nya”
Maududi amat mementingkan kualiti. Lantaran itu Jamaat
Islami tewas tiga kali dalam pilihanraya umum di Pakistan . Ini
kerana idealismenya hanyak didokong oleh golongan intelek,
tetapi golongan marhaen gagal memahami sepenuhnya perjuangan
Jamaat. Jamaat tersilap perhitungan dengan menjangkakan selepas
Pakistan merdeka, Jamaat dengan mudah menguasai politik.
Sebaliknya mereka tidak sedar mengenai perubahan yang telah
terjadi setelah merdeka bahawa ada kekuatan lain selain Muslim
56
League : askar, pegawai pentadbiran awam, tuan-tuan tanah, tuan-
tuan empunya kilang yang masing-masing mempunyai
kepentingan sendiri. Tetapi Jamaat percaya bahawa kalau Muslim
League dapat diatasi ia dapat beroleh kekuasaan sebagaimana
Muslim League telah dapat mengambil kekuasaan dari orangg
Ingggeris. Sungguhpun dalam tulisan-tulisan Maududi
menyatakan demokrasi bukan cara mencapai perubahan Islam,
tetapi Jamaat terpaksa mengikut arus demokrasi dengan menyertai
pilihanraya. Sememangnya Jamaat tidak berupaya untuk menang
dalam ketiga-tiga pilihanraya tersebut.
57
CABARAN MEMBANGUN ORGANISASI DAKWAH:
KAJIAN AWALAN
Dakwah Islam adalah dakwah yang meliputi semua persoalan
hidup dan kehidupan manusia. Menyentuhi masalah aqidah,
menerangi bashirah (pandangan), serta mampu memperlihatkan
kepadanya yang haq itu haq dan yang batil itu batil dan membawa
mereka untuk mengikuti kebenaran dan menjauhi kebatilan.
Tugas dakwah adalah menyeru manusia agar tetap berada
dalam fitrahnya yang hanif, dan tetap mematuhi hukum Allah swt.
Untuk memimpin manusia kepada jalan fitrah ini, menuntut suatu
uswah hasanah (teladan yang baik). Diperlukan metodologi yang
memiliki kebijaksanaan dalam mengajak manusia mengimani
(mengikuti peraturan dan hukum) Allah dan mengingkari segala
macam bentuk thaghut, sehingga dapat mengeluarkan mereka dari
kegelapan (jahiliyah) menuju nur Islam yang penuh rahmat.
58
Keberhasilan sebuah dakwah banyak ditentukan oleh
keutuhan sesebuah organisasi dakwah itu sendiri. Organisasi yang
tersusun rapi dengan misi dan visinya serta pembahagian tugas
yang jelas, akan memberikan impak yang besar bagi keberhasilan
sebuah dakwah. Menurut Dr. Fathi Yakan, keruntuhan dan
ketempangan yang sering terjadi di dalam perjalanan dakwah
disebabkan oleh beberapa faktor seperti kepimpinan, personaliti
dan tekanan semasa. Sebenarnya, sesebuah organisasi dakwah
yang mengalami kelesuan dan gagal mengajak masyarakat untuk
tetap berada dalam orbit peraturan Allah swt. disebabkan kerana
kelemahan dalam pengurusan organisasi, terutama dalam
pengagihan tugas dan fungsi yang tidak jelas. Selain daripada itu,
faktor aliran komunikasi yang tidak jelas antara kepimpinan dan
anggota organisasi juga menjadi penyumbang kepada kepincangan
organisasi dakwah.
Pelaksanaan program yang tidak dilandasi dengan
pembahagian kerja yang teratur akan mengakibatkan tertumpunya
kesibukan kepada orang-orang tertentu sahaja sedangkan masih
ada kekosongan peranan pada sebahagian besar tenaga yang
lainnya. Selain itu, berlaku juga keciciran dalam
mengoptimumkan potensi anggota kerana tidak mendapat
59
perhatian dari kepimpinan organisasi, kebijakan bertindak yang
tidak tepat, tidak adanya inventori keahlian para anggotanya
mengikut kepakaran dan tingkat mustawa pentarbiahan yang
terperinci, adanya dilema dalaman organisasi dalam menentukan
halatuju organisasi, sikap ahli organisasi yang tidak peka kepada
perkembangan organisasi dalam menghadapi tuntutan perubahan
semasa, pemimpin yang lemah dan kurang memiliki kemampuan
di dalam mempertahankan dan mengembangkan organisasi sesuai
dengan tuntutan zaman dan semasa. Kesemua di atas merupakan
penyebab kepada kelesuan bahkan petunjuk kepada kelembapan
perkembangan sesebuah organisasi.
Menurut Dr. Fathi Yakan dan Dr. Sayid Muhammad Nuh
dalam pemerhatian mereka terhadap pasang surut gerakan
organisasi Islam juga dipengaruhi oleh beberapa faktor individu
dalam organisasi, iaitu:
1. Faktor Ujian di dalam organisasi dakwah dan kehidupan
pendakwah merupakan cubaan yang getir. Al Quran telah
menjelaskan kepastian ujian di dalam kehidupan seorang mukmin
untuk menjernihkan saf dan perbezaan kualiti, serta sebagai
penduga kedalaman iman.
60
“Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka
akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang
mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al Ankabut:1-2)
“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai
orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata
pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang
dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam
menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat
mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan
kamu.” (Muhammad: 31)
2. Tekanan pihak keluarga dan kesibukan dalam kerjaya.
Permasalahan yang sering dihadapi oleh mereka yang
berkecimpung di medan Islami adalah dari pihak keluarga seperti
isteri, suami, anak-anak dan ibu bapa. Manakala dalam pembinaan
kerjaya, para dai‟e telah disibukkan dengan pelbagai misi dan
tugasan kerjaya sehingga tidak mampu memberi masa dan tenaga
yang semaksimanya kepada tugasan dakwah. Impaknya dalam dua
perkara di atas, iaitu faktor kekeluargaan dan kerjaya telah
mengesampingkan keutamaan amal dalam menjayakan misi dan
visi dakwah organisasi. Mendukacitakan lagi apabila prestasi
61
mereka lebih kehadapan dan profesional dalam urusan kerjaya dan
keluarga sebaliknya terkebelakang dan tidak profesional dalam
urusan dakwah Ilallah. Sedikit sekali yang dapat melepasi dari
faktor ini sehingga dapat dihilangkan rasa takut yang selalu
mendominasi dada para da‟ie, firman Allah swt yang bermaksud:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan
anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri
(atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta
benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang
akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
- (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai
lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk
agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan
keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (At Taubah:
24)
3. Penyakit futur. Futur ialah suatu penyakit yang dapat
menimpa sebahagian aktivis dan akan menimpa mereka secara
praktikal (dalam bentuk perbuatan). Tingkatannya yang paling
rendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau melambat-
62
lambatkan. Sering memberi alasan bahawa tugas dakwah itu sukar
dan tidak mampu untuk melaksanakannya, meminimakan
penglibatan diri dalam misi dakwah organisasi atau sekadar
menawar diri untuk membuat tugasan yang paling mudah sahaja.
Sedangkan kemuncak penyakit futur ini adalah berhenti sama
sekali setelah sebelumnya rajin dan bersemangat. Firman Allah
swt. yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) segala yang ada di langit dan di bumi adalah
milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat yang ada di
sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada
beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan
letih. Mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhenti-
henti.” (Al-Anbiya‟: 19-20)
Nabi saw. bersabda:
“Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu, kerana
sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri
yang merasa bosan. Dan sesungguhnya amalan yang paling
dicintai oleh Allah swt. ialah uang dilakukan secara rutin
meskipun hanya sedikit.” (Muttafaqa‟alaih).
63
“Bagi tiap-tiap amal ada masa-masa rajinnya, dan tiap-tiap masa
rajinnya itu ada kehangatannya. Barangsiapa yang
kehangatannya itu kepada sunnahku, maka sesungguhnya ia telah
memperolehi petunjuk; dan barangsiapa kehangatannya kepada
selain sunnahku, maka sesungguhnya ia telah tersesat.” (H. R.
Al-Bazzar)
4. Cabaran rakan sekitar. Seseorang muslim dibesarkan di
lingkungan keluarganya, kemudian berpindah tempat kerana
faktor pendidikan atau pekerjaan dan akan bertemu dengan rakan-
rakan yang baru. Di sinilah awal terjadinya tarikan jahiliah dan
disini jugalah bermulanya pertentangan jiwa. Faktor ini biasanya
menguji kepada generasi muda, golongan ini di peringkat awal
menerima fikrah dan tanggungjawab dakwah di kampus, aksi
mereka begitu bersemangat ketika zaman kampus, merekalah
penggerak dan aktivis dakwah kampus. Namun apabila beralih ke
medan pekerjaan, mereka ketinggalan dalam gerabak keretapi
dakwah, sedangkan potensi, kekuatan dan semangat mereka amat
diperlukan oleh organisasi dakwah. Hal ini terjadi apabila mereka
tidak bijak memilih rakan taulan dan mereka tidak bijak dalam
mengelola waktu dalan berkerjaya. Apabila rakan taulannya di
tempat kerja adalah berakhlak baik maka ia akan baik juga, namun
64
apabila sebaliknya maka ia mampu menjadi orang yang hina dina.
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
”Seseorang itu mengikuti keagamaan temannya, kerana itu
hendaklah kamu memperhatikan orang yang akan kamu jadikan
teman.” (H.R. Abu Daud)
5. Tidak sistematik dalam melakukan sesuatu, baik yang
dilakukannya sendiri mahupun bersama-sama. Ramai aktivis baik
secara individu mahupun dalam organisasi yang melakukan
kegiatan dakwahnya secara sambilan, tidak sistematik dan tidak
teratur. Sehingga mereka mendahulukan masalah yang tidak
penting dan mengakhirkan (bahkan mengabaikan) yang prinsip.
Penglibatan diri secara sambilan dalam misi dakwah organisasi
serta melaksanakan amanah secara tidak sistematik ini akan
menyebabkan jalan perjuangan menjadi beban dan tidak
berkembang. Kesan lanjutnya mereka ini akan mudah lelah dan
bosan. Barangkali dari sinilah kita mengerti rahsia wasiat
Rasulullah saw. kepada Mu‟adz bin Jabal ketika baginda
mengirimnya ke Yaman. Sabda Nabi saw:
65
” Sesungguhnya engkau akan mendatangi kaum ahli kitab, maka
ajaklah mereka untuk bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
dan bahawa aku adalah Rasul Allah. Jika mereka telah
mentaatimu dalam hal ini, maka beritahulah kepada mereka
bahawa Allah memfardhukan kepada mereka zakat yang dipungut
dari orang-orang kaya di antara mereka, lantas dikembalikan
(diagih-agihkan) kepada orang-orang fakir mereka. Jika mereka
telah mematuhi hal ini, maka janganlah engkau merosak harta
mereka yang baik-baik, dan takutlah engkau akan doa orang yang
teraniaya kerana antara doanya dengan Allah tidak ada
penghalang.” (Muttafaqa‟alaih)
Hadis ini merupakan kaedah pokok melaksanakan urusan
dakwah secara sistematik, terancang, sesuai dengan keutamaan
dan tingkat kepentingannya yang menuntut kecermatan dan
ketelitian. Sikap Mu‟adz bin Jabal yang faham akan maksud dan
panduan yang diberikan oleh Baginda Rasul saw, menjadikan
dakwah beliau berjaya di bumi Madinah Al Munawwarah.
66
ILMU ORGANISASI DAKWAH: PENERANGAN DEFINISI
1. Ruanglingkup Dakwah
1.1 Pendahuluan
Dakwah merupakan suatu gerakan yang perlu dititik beratkan oleh
semua umat Islam. Kita perlu mengetahui pengertian sebenar
dakwah bagi memahami matlamat yang dibawa. Di samping itu,
perlu bagi umat Islam mengetahui gerakan ini kerana ia
merupakan satu kewajipan bagi setiap umat Islam untuk
berdakwah sama ada secara umum atau khusus. Di dalam gerakan
ini juga mempunyai metode yang tertentu sebagai satu garisan
yang dijadikan sebagai petunjuk bagaimana cara seseorang itu
boleh berdakwah. Konsep dakwah adalah menyeru kepada
kebaikan dan menghalang daripada keburukan seperti Firman
Allah s.w.t yang maksudnya:
67
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh
berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala
perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman
kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli
Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang
semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka.
(Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan
mereka: orang-orang yang fasik” (Surah al-Imran (3): 110)
Dalam menjalankan dakwah ini, pendakwah perlu
mempunyai ilmu dan pengalaman bagaimana berhadapan dengan
orang yang hendak didakwah. Cara berdakwah setiap orang adalah
berbeza, jadi ilmu adalah asas yang penting untuk
mempelbagaikan teknik berdakwah dalam berhadapan dengan
mereka. Terdapat begitu banyak dalil yang menuntut umat Islam
agar menjalankan kegiatan dakwah seperti firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berda‟wah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan
menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang
68
daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya” (Surah al-
Imran (3):104)
1.2 Definisi Dakwah
Dakwah mengikut Kamus Dewan Edisi ketiga ialah kegiatan
menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu
kepercayaan. Menurut Ensiklopedia Islam dakwah membawa
maksud setiap kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan
memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah s.w.t
sesuai dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Secara
kebahasaan, dakwah adalah kata dasar (masdar) dari kata kerja
da‟a-yad‟u yang bererti panggilan, seruan atau ajakan. Kata
dakwah sering dirangkaikan dengan kata “ilmu” dan kata “Islam”,
sehingga menjadi “ilmu dakwah” dan “dakwah Islam” atau al-
da‟wah al-Islamiyah.
Manakala menurut Ensiklopedia Malaysiana dakwah
bererti menyeru. Dalam konteks agama dakwah ialah menyeru ke
jalan Allah. Perkataan dakwah juga bermaksud masyarakat Islam.
69
Pada zaman Fatimiyyah, dakwah bererti doktrin, agama,
masyarakat, mazhab dan parti kepada imam.
Menurut Idris Ahmad pula dakwah ialah mengajak
manusia kepada pengabdian diri kepada Allah s.w.t, ia adalah
suatu tugas yang mulia dan ia juga merupakan tugas para nabi dan
rasul apabila diutuskan menjadi rasul. Menurut Abu „Urwah,
pengertian dakwah dari segi bahasa membawa maksud menyeru
atau memanggil, sama ada kepada perkara yang haq atau batil.
Selain itu, seruan kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman:
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad), Inilah jalanku,
aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia
umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan
dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci
Allah (dari segala i‟tiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah
aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu
yang lain” (Surah Yusuf (13): 108)
Dari segi istilah syara‟ pula membawa pengertian yang
lebih khusus iaitu seruan atau panggilan ke jalan Allah s.w.t.
Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu
program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya
70
mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh
manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi
menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada
mereka. Menurut Ibn Taimiyyah dakwah adalah satu usaha seruan
ke arah beriman kepada Allah s.w.t dan apa yang disampaikan
oleh rasul-rasul-Nya iaitu dengan membenarkan segala perkara
yang disampaikan oleh para rasul dan mentaati perintah mereka.
Antara tugas dakwah adalah menyuruh (al-amru) melaksanakan
apa yang disukai Allah dan rasul-Nya akan perkara yang wajib
dan sunat, zahir dan batin. Tugas dakwah juga terdiri daripada
menegah (an-nahyu) segala larangan Allah dan rasul-Nya sama
ada zahir atau batin. Tidak sempurna dakwah kiranya tidak ke
arah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah dan meninggalkan
apa yang tidak disukai-Nya, sama ada dari perkataan atau
perbuatan zahir.
Berdasarkan pengertian tersebut, dakwah merupakan satu
kegiatan yang dijalankan oleh segolongan manusia untuk
menjalankan menyeru manusia kepada mentaati Allah s.w.t dan
Rasulullah s.a.w. Di samping itu menegah manusia yang
melakukan kemungkaran agar kembali ke jalan yang benar.
71
1.3 Hukum Dakwah
Hukum berdakwah kepada golongan yang sesat dan memerlukan
pertolongan adalah wajib ke atas semua umat Islam, seperti firman
Allah s.w.t, Maksudnya: “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika
Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya
mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka
menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan
kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah
jualah kesudahan segala urusan. (Surah al-Hajj (17):41)
Merujuk kepada ayat di atas, jelaslah bahawa dakwah
merupakan suatu kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap umat
Islam. Kewajipan ini adalah keperluan bagi menyeru dan
membawa manusia kepada jalan Allah s.w.t dan menegah manusia
dari melakukan kemungkaran.
1.4 Matlamat Dakwah
Matlamat dakwah tertakluk kepada keadaan situasi yang dihadapi
oleh masyarakat Islam. Matlamat dakwah iaitu “amar ma‟ruf nahi
mungkar” wujud di negara Islam bagi memastikan Islam sentiasa
72
kekal dalam masyarakatnya serta negara-negara yang masih dalam
kekufuran serta ingkar kepada Allah. Seperti firman Allah s.w.t,
Maksudnya: “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi
fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas)
bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari
kekufurannya dan gangguannya nescaya mereka diberikan
balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat
akan apa yang mereka kerjakan” (Surah al-Anfal (9): 39)
Ayat di atas telah menunjukkan bahawa Allah s.w.t
menyeru kepada umatnya agar membuat kebaikan dan mencegah
kepada kemungkaran. Ini bererti tugas untuk melaksanakan amar
makruf nahi mungkar tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan
adanya pemerintahan Islam seperti wujudnya undang-undang
Islam, hukum Hudud dan berjihad ke atas negara-negara kafir.
Jika dalam keadaan tiada negara Islam pula, maka matlamat
terakhir dakwah ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam,
seperti firman Allah s.w.t, Maksudnya: “Allah menjanjikan orang-
orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu
(wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka
khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi,
sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum
73
mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan
dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah
diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi
mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari
ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak
mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan, (ingatlah)
sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-
orang yang derhaka” (Surah al-Nur (18): 55)
Oleh itu, tugas pendakwah untuk berdakwah ke atas setiap
manusia adalah wajib dilaksanakan agar manusia tidak berada di
dalam kesesatan. Ini seiiring dengan perintah Allah s.w.t amar
makruf nahi mungkar.
1.5 Metodologi Berdakwah
Keperluan cara dalam berdakwah adalah penting untuk
diaplikasikan kepada umat Islam. Ini kerana setiap metode atau
cara yang disampaikan kepada masyarakat adalah berbeza tetapi
berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, metodologi adalah
satu perkara yang penting dalam dakwah kerana ia merupakan
penggunaan cara yang teratur dalam penyampaian dakwah untuk
74
mempengaruhi orang yang didakwah. Sesuatu pengajaran
walaupun baik, adalah susah diterima oleh mereka jika
penyampaian itu tidak betul. Setiap metodologi mempunyai cara
dan asas dalam dakwah kerana ia menentukan keberkesanan
sesuatu dakwah yang diusahakan. sepertimana firman Allah s.w.t:
Maksudnya: ”Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)
dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,
dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua
yang lebih meengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan
Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
mendapat hidayah petunjuk” (Surah al-Nahl (14): 125)
Ayat tersebut menyatakan cara dakwah yang harus
dilakukan oleh setiap pendakwah iaitu dengan cara berhikmah,
nasihat yang baik, melalui cara perbincangan, dialog dan
perbahasan yang baik. Ketiga-tiga cara tersebut merupakan asas
utama kepada metodologi dakwah. Berdasarkan pengertian
tersebut, metodologi dakwah merupakan satu sistem untuk
menjalankan kegiatan menyeru manusia kepada mentaati Allah
s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Sistem ini diwujudkan supaya
75
dijadikan sebagai garis panduan untuk melaksanakan gerakan
dakwah kepada umat manusia.
Di dalam bahasa Arab metodologi membawa maksud
uslub, manhaj dan wasilah. Perkataan tersebut membawa maksud
jalan atau cara. Ia adalah cara membentuk atau cara menggunakan
sesuatu atau cara-cara tertentu untuk melakukan sesuatu
pekerjaan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga menjelaskan
metodologi bermaksud sistem yang merangkumi kaedah dan
prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan
sebagainya. Manakala menurut Ensiklopedia Malaysiana
bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan
semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu
ia juga diertikan sebagai cabang yang merumuskan dan
menganalisis prinsip-prinsip yang terangkum untuk mendapatkan
kesimpulan.
Uslub dakwah terdapat dua pengertian iaitu uslub dakwah
dengan makna khusus dan uslub dakwah dengan makna umum.
Uslub dakwah dengan makna khusus adalah tertentu kepada cara
penyampaian atau bentuk persembahan isi kandungan sahaja
seperti melalui cerita, perbandingan, rangsangan, contoh teladan
76
yang baik dan sebagainya. Adapun uslub dengan makna umum
atau am ialah cara dakwah yang melibatkan pemilihan isi untuk
disesuaikan dengan sasaran, pemilihan saluran dan media untuk
disesuaikan sasaran dan pemilihan bentuk penyampaian yang
lebih menarik sasaran. Uslub dengan makna am ini sama dengan
pengertian manhaj kerana manhaj dakwah itu ialah jalan yang
jelas dan teratur dalam semua aspek untuk mencapai matlamat
dakwah. Maka metodologi ialah satu ilmu berkenaan dengan
kaedah dan prinsip bagi menjalankan sesuatu urusan atau kegiatan
seperti kegiatan berdakwah. Ilmu ini penting untuk menghasilkan
kerja yang berkualiti.
Di dalam al-Quran telah menyebut tentang asas-asas utama
yang perlu ada pada setiap pendakwah supaya cara dakwah yang
dilakukan berkesan kepada semua manusia, seperti Firman Allah,
Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)
dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,
dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua
yang lebih meengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan
Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
mendapat hidayah petunjuk” (Surah al-Nahl (14): 125)
77
Berdasarkan ayat di atas para ahli dakwah bersepakat
bahawa ayat tersebut dijadikan sebagai landasan metode dakwah.
Walau bagaimanapun metode tersebut masih bersifat mujmal dan
memang hampir kebanyakan pesanan di dalam al-Quran
menggunakan kata yang global kemudian dihuraikan melalui
hadis-hadis Nabi s.a.w dan tafsiran para ulama yang kadang-
kadang mengikut pertimbangan berdasarkan situasi dan keadaan.
Oleh itu, bahagian-bahagian metode dalam menyampaikan
dakwah perlu difahami, di analisa dan diagnosiskan melalui
pendekatan ilmu dakwah. Kemudian dijadikan sebuah rumusan
yang sistematik sehingga mampu dijadikan sebagai pedoman
dalam berdakwah. Para ahli dakwah sepakat, surah al-Nahl seperti
ayat di atas, dijadikan sebagai landasan bagi metode dakwah iaitu:
1) Hikmah.
2) Nasihat pengajaran yang baik (al-Maw„izah al-Hasanah).
3) Berbahas(al-Muja dalah).
Ketiga-tiga metode di atas masih bersifat umum dan
sememangnya metode tersebut kebanyakan dari pesanan al-Quran
menggunakan kata yang umum kemudian dihuraikan melalui
hadits-hadits Nabi dan interpretasi para ulama yang kadang-
kadang atas pertimbangan situasi dan kondisi. Oleh kerana itu,
78
jenis metode dakwah (al-hikmah, al-maw„izah hasanah dan al-
mujadalah) tadi perlu difahami dan dianalisi melalui pendekatan
ilmu dakwah yang kemudian dijadikan sebuah rumusan yang
sistematik sehingga bisa diharapkan menjadi pedoman dalam
berdakwah oleh para da‟iyah.
Dakwah secara hikmah bermaksud cara berdakwah
menggunakan uslub yang sesuai dengan keadaan orang yang di
dakwah. Iaitu sesuatu tindakan boleh menjadi sesuai bagi
seseorang individu tetapi tidak sesuai bagi orang lain. Menurut al-
Bayanuni, uslub hikmah terdapat pada sudut-sudut berikut iaitu
melalui pemilihan isi atau pendekatan isi, bentuk persembahan isi
dan pemilihan saluran atau media. Oleh itu, hikmah boleh
dilakukan dalam bermacam-macam bentuk dan gaya, ada dengan
cara lembut dan ada dengan cara keras mengikut kesesuaian
keadaan orang yang di dakwah. Menurut Muhammad Abduh
dakwah bi al-hikmah adalah ilmu yang benar menggerakkan
kehendak untuk melakukan sesuatu perbuatan yang bermanfaat.
Diikuti pendapat Isfahani pula ialah mencapai kebenaran dengan
ilmu dan akal. Manakala Prof. Dr. H. Agil Husin al-Munawar
ialah kemampuan untuk memahami semua unsur dalam dakwah
meliputi materi dakwah, unsur mad‟u, metode dan sebagainya
79
sehingga merupakan daya penggerak untuk menentukan langkah
yang tepat dan menjalankan metode dakwah yang efektif. Oleh
itu, metode ini memerlukan kebijaksanaan pendakwah untuk
disesuaikan ke atas setiap mad‟u. Seperti pepatah melayu ada
menyatakan rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Dakwah yang
berjaya di sampaikan adalah bergantung kepada kebijasaan da‟i
dalam menentukan aspek apakah yang diperlukan.
Dakwah secara al-Maw„izah al-Hasanah iaitu dakwah
menggunakan nasihat-nasihat yang baik. Menurut Rauf Shalabi,
nasihat yang baik bererti kata-kata yang dilakukan secara halus,
lembut, tenang, boleh menyejukkan hati, jauh sekali dari
menyinggung dan terpancar dari hati yang ikhlas. Nasihat seperi
ini memerlukan kefahaman orang orang yang dinasihati bahawa
tujuan dari nasihat tersebut adalah untuk kebaikan dirinya, masa
depannya sama ada di dunia dan di akhirat. Menurut Prof. Dr. Said
Agil Husin al-Munawar, al-Maw„izah al-Hasanah membawa
maksud nasihat yang baik. Kata nasihat berasal dari bahasa Arab,
dari kata kerja nasoha ( ) yang membawa maksud kholaso
( ) iaitu bersih dari segala kotoran. Dan dikatakan bahawa kata
nasihat berasal iaitu orang menjahit pakaiannya.
Apabila mereka menjahitnya, maka mereka mengumpamakan
80
perbuatan menasihat yang selalu menginginkan kebaikan orang
yang dinasihatinya dengan jalan memperbaiki pakaiannya yang
robek. Menurut al-Asfahani pula ia adalah tindakan mengingatkan
seseorang dengan baik dan lemah lembut agar dapat melunakkan
hatinya. Apabila ditarik suatu pemahaman bahawa al-Maw„izah
al-Hasanah merupakan salah satu manhaj dalam dakwah untuk
mengajak ke jalan Allah dengan cara memberi nasihat. Menurut
pendapat al-Bayanuni, terdapat beberapa bentuk kata-kata yang
termasuk ke dalam nasihat yang baik iaitu:
1) Kata-kata yang berterus-terang tetapi dengan nada yang lembut
dan halus.
2) Suatu penjelasan yang lembut dan difahami.
3) Suatu kiasan yang beradab.
4) Bentuk cerita atau jenaka.
5) Mengingati nikmat-nikmat yang boleh membawa kepada
kesyukuran.
6) Penjelasan tentang pujian dan celaan dari Allah.
7) Penjelasan tentang janji-janji Allah dengan kemenangan dan
kekuatan.
Dakwah secara al-Mujadalah iaitu perbincangan
bersemuka dengan berusaha mengeluarkan hujah-hujah untuk
81
mempertahankan pihak masing-masing. Menurut Rauf Shalabi,
perbincangan dengan cara paling sesuai hendaklah dilakukan
dengan menjaga adab-adab supaya tidak difahami untuk
menjatuhkan pihak yang terlibat dan tidak pula untuk
memburukkan dan menghina pendapat yang berkenaan. Tetapi, ia
semata-mata untuk mencari kebenaran. Ia bukan untuk menang,
mengada-adakan perbahasan, menaikkan nama dan lain-lain,
tetapi semata-mata untuk dakwah dan menyampaikan kebenaran.
Manakala menurut Dr. Abdul Karim Zaidan menyatakan
bermujadalah membawa maksud perbincangan dan hiwar yang
berlangsung antara dua orang atau lebih. Setiap pihak mempunyai
pandangan yang tersendiri dalam sesuatu masalah. Mungkin
dalam sesetengah keadaan sasaran dakwah tidak dapat menerima
dakwah yang disampaikan oleh pendakwah sebaliknya mereka
mahu berdialog dan berdebat dengan pendakwah. Menurut al-
Bayanuni menjelaskan bahawa al-Mujadalah mempunyai
keistimewaan. Antaranya:
1) Berdasarkan kepada ilmu dan pengetahuan yang mantap. Kalau
tidak, tidak boleh dilakukan dengan cara ini.
2) Mengemukakan alasan dan hujah kepada sasaran dan ia
diperlukan oleh Islam kerana kebenaran Islam berdasarkan hujah
yang jelas dan alasan yang kukuh.
82
3) Mendapat kesan yang bermacam-macam seperti kepuasan
fikiran untuk menerima pihak yang kuat hujahnya, menyuburkan
intelektual dan dapat menghilangkan taksub dan ikutan membabi
buta terhadap sesuatu pendapat tanpa usul periksa dan tanpa
memikirkan kebenarannya.
2. Ruanglingkup Organisasi dan Pengurusan Organisasi
2.1 Definisi Organisasi
Setiap organisasi, secara amnya, merupakan himpunan individu (
dua atau lebih ) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit
kerja, yang kemudiannya diselaraskan bagi mencapai sesuatu
matlamat yang telah ditetapkan. Kenyataan di atas menunjukkan
bahawa organisasi merupakan satu sistem sosial yang merangkumi
semua bentuk kumpulan, termasuk syarikat perniagaan, badan
kerajaan dan separruh kerajaan, kumpulan sukarela, badan
kebajikan, agama dan sebagainya.
2.2 Definisi Pengurusan Organisasi
Pengurusan, pada amnya dapat didefinisikan seperti berikut:
83
1. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan,
pengarahan, dan pengawalan usaha ahli- ahli organisasi dan
menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat
organisasi.
2. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan
pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat
yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.
Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi
bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu
mengandungi perkataan "proses" dan "matlamat". Ini bermakna,
dua aspek penting di dalam pengurusan ialah:
1. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara
sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu
aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.
2. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi
itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu
antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat
84
dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif
(subjektif) atau kuantitatif (objektif).
1.3 Ciri-ciri organisasi
1. Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan
identitinya yang tersendiri.Misalnya, sebuah universiti seharusnya
melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai sebuah pusat
penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi
perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam
bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, dan pengajaran dan
pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau nilai- nilai
tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti
hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh
masyarakat kampus khususnya dan masyarakat awam amnya.
Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza
dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif
tertentu.
2. Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau
besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika
dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah
85
tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan
bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya,
organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat
autoriti dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih
daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggung-jawab kepada
ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih
tinggi lagi.
3. Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja
berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada
umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian
sepertibahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian
pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel,
pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga
bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut
tanggungjawab yang tertentu.
4. Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan
lebih teratur seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem
pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan
aktiviti. Dengan demikian, di dalam sesebuah organisasi,
peraturan, dasar, prosedur, dan sistem hubungan hendaklah
86
dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata.
1.4 Proses/ fungsi pengurusan organisasi
Proses atau fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada
beberapa fungsi bergantung kepada cara kita mengelaskan
fungsi-fungsi perancangan, penyusunan, penyelarasan,
penstafan, dan pengawalan. Pada amnya, fungsi pengurusan
dibahagikan kepada empat sahaja, iaitu perancangan,
penyusunan, pengarahan, dan pengawalan. Fungsi tersebut adalah
berkait rapat antara satu dengan yang lain bagi mewujudkan satu
proses pengurusan yang berterusan.
87
PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM DI DALAM
ORGANISASI
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengurusan hal ehwal
Islam pada kebiasaannya adalah melibatkan hal-hal pentadbiran
dalam organisasi yang besar seperti sesebuah negara atau negeri,
atau dalam organisasi yang mempunyai kuasa yang luas
seumpama sesebuah jabatan yang dipertanggungjawabkan
terhadap sesuatu hal ehwal atau „portfolio‟. Walaupun begitu,
ramai umat Islam percaya bahawa pengurusan hal ehwal Islam itu
sepatutnya bermula daripada sekecil-kecil organisasi. Keadaan ini
berlaku kerana tidak ada ruang lingkup yang khusus berkaitan
perlaksanaan pengurusan hal ehwal Islam ini.
88
Cendikiawan Islam mengakui bahawa pengurusan hal
ehwal Islam itu boleh berubah mengikut keadaan dan masa atau
dengan lain perkataan perlaksanaan pengurusan ini mempunyai
keanjalan (fleksibiliti) dalam keadaan tertentu. Berikut adalah satu
kenyataan yang ditegaskan oleh seorang cendikiawan Islam
berkaitan perkara tersebut:
“…demikian juga cara Rasuullah s.a.w mengurus dan
mentadbirkan kerajaan tidak semestinya diikut secara total oleh
generasi kemudian kerana soal pengurusan boleh berlaku
perubahan dan perkembangan mengikut perubahan masa dan
keadaan. Apa yang wajib kita ikuti dan contohi ialah konsep
„Islah‟ iaitu menjaga kemaslahatan umat dan mengawasi isi
kandungan syariat Islam agar tidak diselewengkan oleh sesiapa”
(Ahmad Ibrahim, 1991:43)
Oleh kerana luasnya ruang lingkup pengurusan hal ehwal
Islam yang hendak dilaksanakan, maka timbul satu persoalan
berkaitan apakah perkara yang sepatutnya ditekankan atau diambil
kira dalam melaksanakan jenis pengurusan ini di dalam organisasi
89
yang kecil? Kebanyakkan perbicaraan berkaitan kecemerlangan
pengurusan Islam dalam organisasi kebanyakannya meberi
penekanan kepada beberapa perkara berikut:
1. Perancangan.
Perancangan adalah langkah awal dalam melaksanakan sesuatu
tindakan. Ini bermakna perancangan adalah punca sesuatu
tindakan itu diambil. Ada yang mentakrifkan perancangan itu
adalah sebagai “mengkaji aspek-aspek atau perkara-perkara yang
berbagai-bagai sebelum melakukan sesuatu kerja, kemudian
memilih satu cara yang paling baik yang membolehkan
tercapainya matlamat dalam masa tertentu, mengikut keupayaan
serta suasana dan keadaan yang tertentu” (Ahmad Ibrahim, 1991:
111). Ada pula yang mentakrifkannya sebagai berikut: “…kaedah-
kaedah yang terperinci yang diatur terlebih dahulu sebelum
membuat sesuatu” (Jaafar Muhammad, 1988:39)
90
Jika diperincikan dan dilihat dari sudut organisasi,
perancangan itu adalah meliputi perkara-perkara seperti merangka
dasar dan objektif, merangka kewangan dan peruntukkan,
merangka strategi pelaksanaan dan yang paling penting ialah
merangka atau menyusun program perlaksanaan aktiviti untuk
sesuatu tempoh tertentu. Oleh yang demikian perancangan ini
dilihat sebagai satu menu utama dalam sesebuah organisasi dalam
perlaksanaan pengurusan hal-ehwal Islam. Perancangan inilah
yang akhirnya akan menghasilkan tindakan-tindakan yang dilihat
sebagai perlakuan kepada pengurusan.
2. Pengurusan sumber manusia (penstafan).
Perkara yang tidak kurang pentingnya dan perlu diberi tumpuan
ialah berkaitan pembangunan sumber manusia (penstafan) atau di
dalam sesebuah organisasi dipanggil sebagai perjawatan. Terdapat
beberapa perkara yang perlu diberi tumpuan dalam pembangunan
sumber manusia (penstafan) ini, antaranya ialah:
91
i) Akauntabiliti (Mas‟uliyyah) – iaitu berkaitan kepimpinan
di dalam tugas dan tanggungjawab yang diberi. Penerapan bahawa
setiap individu itu adalah pemimpin dan bertanggungjawab
kepada kepimpinannya (tugasnya) perlulah diterapkan dalam
pembangunan sumber manusia.
ii) Penentuan perjawatan – iaitu mengenalpasti mereka yang
mempunyai kelayakan yang sewajarnya diberi perjawatan yang
sepatutnya. Di dalam hal ini, Ibn Taimiyyah (1995) pernah
menganjurkan bahawa seseorang yang dilantik dalam apa juga
jawatan mestilah mempunyai dua sifat asas, iaitu amanah dan
quwwah.
iii) Latihan (ilmu) – iaitu mendedahkan penjawat jawatan
dengan kepelbagaian ilmu dalam bidang penjawatan mereka untuk
membantu mereka dalam melaksanakan tugas harian mereka dan
secara tidak langsung juga membantu dalam pencapaian
organisasi.
92
3. Pengorganisasian.
Pengorganisasian boleh diertikan sebagai gabungan dua orang
atau lebih yang bekerja bersama-sama secara koordinasi bagi
mencapai sesuatu objektif (Jaafar Muhammad, 1988:64). Di dalam
proses pengorganisasian, beberapa kegiatan perlu dilakukan,
antaranya menentukan kerja-kerja yang mesti dijalankan,
mengumpul tugas-tugas yang perlu dilaksanakan, membahagi
kerja-kerja kepada pekerja-pekerja yang sesuai dan mengadakan
mekanisme bagi menyelaras semua kerja.
4. Penilaian hasil kerja.
Amalan melihat semula hasil sesuatu kerja sudah lama diamalkan
di dalam Islam. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa melihat dan
mengadakan perbincangan semula terhadap sesuatu kerja yang
telah dilakukan, contohnya setiap kali melalui peperangan
Rasulullah s.a.w akan mengumpulkan para sahabatnya untuk
bertanya berkaitan hasil peperangan dari berbagai sudut.
93
Di dalam organisasi moden amalan ini amat penting dalam
menilai sesuatu aktiviti yang dijalankan. Ini kerana sesetengah
aktiviti akan berulang pada tahun-tahun berikutnya. Oleh itu,
kelemahan yang wujud dan pembaharuan yang akan dilaksanakan
pada tahun berikutnya akan mudah dibaiki dan dilaksanakan.
Penilaian hasil kerja boleh dilakukan dengan berbagai cara
antaranya termasuklah mengadakan perbincangan (Syura), laporan
tahunan, statistik dan perangkaan dan seumpamanya. Dengan
adanya penilaian hasil kerja ini apa juga kelemahan akan dapat
diatasi.
94
DASAR AMALAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM:
TUMPUAN KEPADA ORGANISASI
Di dalam amalan dan praktis pengurusan hal ehwal Islam di dalam
kehidupan manusia, terdapat beberapa dasar dan intipati yang
menjadi tujahan penting untuk ditonjolkan, antaranya adalah;
1. Amalan nilai-nilai murni.
Menurut Rokeach (1973), amalan dan praktis nilai-nilai murni
adalah berfungsi sebagai ukuran yang membantu individu
mengenalpasti kedudukannya di dalam sesuatu isu sosial atau
moral. Tegasnya, nilai bukan sahaja memberi satu tunjuk arah
kepada seseorang tentang bagaimana dia patut berkelakuan
terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai tingkahlaku
sendiri serta orang lain. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa amalan
nilai-nilai menyediakan satu piawai yang asas dan kekal
95
(konsisten) supaya dapat membantu individu dalam pemikiran dan
perlakuannya.
Imam al-Ghazali di dalam bukunya Ihya‟ Ulumuddin telah
menggariskan beberapa kefungsian amalan nilai murni di dalam
kehidupan. Antaranya amalan nialai-nilai ini akan menjadikan
seseorang itu sentiasa berpegang dengan prinsip-prinsip agama
yang kukuh. Lantaran itu, dua faedah didapati pertama; individu
yang mengamalkannya akan sentiasa dipandang mulia dan
keduanya; terjalinnya hubungan antara seseorang dengan
seseorang atas dasar kasih sayang yang akrab. Perkara asas yang
ingin disimpulkan oleh al-Ghazali ialah dengan amalan nilai-nilai
murni ini dapat menjaga dua hubungan, iaitu hubungan
keagamaan dan hubungan interpersonal.
2. Etika keperibadian mulia.
Etika keperibadian mulia ialah penonjolan sifat, perangai dan
perwatakan mulia. Perkara ini mula-mula dibincangkan oleh
Aristotle (384-322 S.M) dengan menggunakan perkataan 'virtues'.
Di dalam dunia Arab perbincangannya menggunakan perkataan
'Fadhilah' atau 'Muruwwah'. Sifat, perangai dan perwatakan ini
adalah merangkumi perlakuan keadilan, kemurahan hati,
96
keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang
memainkan peranan penting di dalam moral. Kehidupan manusia
sentiasa dilingkungi oleh sifat dan perwatakan tersebut samada
dalam bentuk individu atau interpersonal. Sifat dan perwatakan ini
sekaligus menjadi ukuran terhadap amalan moral seseorang selain
daripada amalan nilai-nilai murni. Oleh itu, tidak keterlaluan jika
dikatakan orang yang mempunyai sifat dan perwatakan yang
berlawanan dianggap sebagai manusia yang tidak mempunyai
keperibadian mulia atau tidak beretika.
Etika keperibadian mulia memerlukan asuhan dan didikan
yang sempurna. Ini kerana pada asasnya manusia dilahirkan serba
boleh di dalam perlakuannya. Ini bermakna di samping
mempunyai etika keperibadian mulia, manusia juga mempunyai
etika yang berlawanannya dengan keperibadian mulia tersebut.
Oleh itu, kecenderungan untuk tidak beretika juga adalah salah
satu dari sifat semulajadi manusia. Tempat bekerja atau organisasi
tempat kerja adalah contoh etika keperibadian mulia ini.
97
3. Kemoralan sosial.
Iaitu etika yang berkaitan perlakuan manusia di dalam masyarakat
sekeliling tempat hidupnya. Perlakuan ini asalnya dinyatakan di
dalam bentuk percakapan dan akhirnya dibuktikan melalui
perbuatannya. Contohnya, etnik Jawa umpamanya berpegang
kepada peraturan tradisi bahawa sesuatu permintaan tidak boleh
terus ditolak dengan jawapan 'Mboten' (tidak), jawapan yang lebih
baik dan tepat ialah 'Engggih' (ya) dan jika permintaan itu
terpaksa ditolak, alasannya dinyatakan dengan penuh sopan dan
tertib. Perlakuan bergini dianggap sebagai sesuatu yang biasa pada
masyarakat timur dengan alasan tidak mahu mengecilkan hati
masyarakat sekeliling. Tatakromo ini adalah sebagai satu bentuk
kemoralan sosial.
Tetapi kemoralan sosial ini perlu mengambil kira beberapa
perkara. Antaranya ialah sensitiviti masyarakat, sensitiviti agama,
sensitiviti individu dan keupayaan mengenalpasti sesuatu
permintaan tersebut samada boleh dicapai atau tidak. Perlakuan ini
juga mestilah mengambil kira permintaan tersebut samada ianya
bersifat mendatangkan faedah bersama atau sebaliknya. Praktis
98
perlakuan ini sebenarnya telah memenuhi amalan etika
interpersonal.
4. Insan bermoral.
Insan bermoral lebih kepada dasar pembentukan keperibadian atau
sahsiah mulia sekalipun tidak melibatkan individu atau
masyarakat. Ini bermakna, individu itu sepatutnya berfikir tentang
kebaikan insan bermoral berbanding dengan insan yang tidak
bermoral. Selepas itu individu tesebut seharusnya menjadikan
insan bermoral ini sebagai prinsip dalam mengatur hidupnya.
Contohnya, individu yang mengamalkan nilai jujur dan amanah di
dalam pekerjaan sehariannya, maka nilai-nilai tersebut akan
sentiasa terserlah walaupun individu tersebut bekerja tanpa
pemantauan ataupun dengan pemantauan yang minimum.
Motivasi diri yang tinggi adalah asas kepada perlakuan
insan bermoral ini. Oleh itu, seringkali dilihat mereka yang tidak
mempunyai prinsip diri gagal di dalam mencapai sesuatu matlamat
atau cita-cita. Ini kerana kejayaan itu datangnya daripada amalan
prinsip atau amalan moral peribadi yang bersungguh-sungguh.
99
Praktis nilai dalam pengurusan hal ehwal Islam
Terdapat beberapa nilai yang cuba diterapkan oleh pengurusan hal
ehwal Islam ini jika disentuh daripada sudut etika kerja Islam.
Legitimasinya, tanpa nilai-nilai tertentu di dalam etika kerja tidak
akan bermakna sesuatu tindakan atau pekerjaan itu. Oleh yang
demikian, maka Islam telah mencadangkan etika kerja Islam yang
mengandungi satu rangkaian nilai-nilai murni terutama yang
terkandung di dalam pengurusan hal ehwal Islam. Rumusan
mengenai nilai-nilai yang terkandung di dalam pengurusan hal
ehwal Islam yang berkaitan dengan etika kerja Islam termasuklah;
1. Mas'uliah dalam tindakan dan pekerjaan.
Mas'uliah adalah perkataan Arab yang membawa maksud konsep
sikap dan amalan pertanggungjawaban di dalam etika kerja Islam.
Di dalam konsep Mas'uliah ini setiap pekerja mestilah
mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam setiap tindakan
pekerjaannya dan Mas'uliahnya yang utama ialah kepada
penciptanya. Konsep Mas'uliah dalam pengertian pengurusan hal
ehwal Islam ini jelas seperti maksud di dalam firman Allah s.w.t
yang bermaksud:
100
"Barangsiapa melakukan kebaikan, meskipun
seberat zarah timbangannya, akan dilihatkan
balasan kebaikan itu, Barangsiapa melakukan
kejahatan, meskipun sebesar zarah timbangannya,
akan diperlihatkan balasan kejahatannya itu"
(129:7-8)
Di dalam memahami konsep Mas'uliah di dalam
pengurusan hal ehwal Islam ini, secara umumnya dapat
dibahagikan kepada beberapa kategori berikut;
i) Mas'uliah peribadi - menanamkan sikap bertanggungjawab
terhadap kerja yang selari dengan kehendak Syariah semata-mata
kerana amanah yang datang daripada ketua dan yang lebih penting
ialah untuk menunaikan amanah kerja kerana Tuhan.
ii) Mas'uliah kepimpinan - Menanamkan sikap kepimpinan di
dalam tindakan yang dilakukan. Ini kerana setiap orang itu tanpa
mengira kerjayanya adalah seorang pemimpin. Sifat kepimpinan
ini direalisasikan dengan tindakan-tindakan yang baik dan boleh
dijadikan teladan kepada orang lain.
101
iii) Mas'uliah pekerja - Menanamkan sikap bertanggungjawab
melakukan sesuatu tindakan berdasarkan kepada peranan yang
telah diberikan. Di dalam perkara ini kepatuhan kepada arahan
adalah menjadi ukuran kepada sesuatu tindakan yang dilakukan.
iv) Mas'uliah organisasi - Organisasi yang baik adalah sebuah
organisasi yang beroperasi berdasarkan kepada 'Maqasid Syariah'
iaitu meletakkan batasan Syariah sebagai undang-undangnya dan
yang lebih penting ialah organisasi mempunyai rasa
bertanggungjawab terhadap apa yang dipanggil 'Dharuriyyah'
pada seseorang pekerja, iaitu lima perkara agama, nyawa, akal,
keturunan dan harta.
2. Al-Wala' dalam pekerjaan.
Pada dasarnya konsep al-Wala' dalam pengertian pengurusan hal
ehwal Islam ialah sifat kepatuhan, ketaatan dan keakuran di dalam
melakukan sesuatu tindakan di dalam sesebuah organisasi atau di
dalam melakukan pekerjaan yang melibatkan hubungan dua hala.
Kepatuhan ini bukan sahaja dari skop hubungan manusia dengan
manusia sahaja seperti hubungan pekerja dengan majikannya
102
tetapi melangkaui sifat-sifat dalaman seperti mengutamakan
kepatuhan kepada Tuhan dan juga termasuklah konsep al-Wala'
disini ialah kepatuhan di dalam bentuk-bentuk dokumentasi
seperti undang-undang, peraturan-peraturan, etika-etika dan
seumpamanya.
Suatu perkara yang menarik berkaitan konsep al-Wala'
terutama di dalam pengertian pengurusan hal ehwal Islam ini ialah
maksud yang tersirat di sebaliknya. Ramai ilmuan Islam
mengaitkan konsep al-Wala' ini dengan nilai-nilai kasih sayang,
tolong menolong, bantu membantu, bekerjasama dan mencari
persefahaman di dalam tindakan untuk menghasilkan
permuafakatan. Perbicaraan cendikiawan Islam tentang perkara ini
berkemungkinan dilihat dari sudut kesan perlaksanaan konsep al-
Wala' ini di dalam organisasi atau masyarakat, iaitu apabila
dilaksanakan maka akan terhasillah nilai-nilai yang dinyatakan
tersebut.
Walaupun begitu, terdapat beberapa tegahan dan larangan
perlaksanaan konsep al-Wala' ini terutama di dalam pengertian
pengurusan hal ehwal Islam di dalam pekerjaan. Secara umumnya,
103
tegahan dan larangan tersebut boleh dilihat dari maksud ayat al-
Quran di bawah:
i) "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-
orang yang tidak beriman sebagai teman rapat (memberi
al-Wala') dengan meninggalkan orang-orang yang
beriman. Sesiapa yang melakukan (larangan) yang
sedemikian, maka tiadalah ia (mendapat perlindungan)
dari Allah dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak
menjaga diri daripada sesuatu yang bahaya yang dditakuti
dari pihak mereka (golongan orang yang tidak beriman
itu). Allah telah memerintahkan supaya kamu beringat-
ingat terhadap kekuasaaan diriNya. Kepada Allah juga
tempat kembali" (3:28)
ii) "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu
menjadi orang dalam (yang diberi al-Wala'). Mereka tidak
akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana
kepada kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka
pada pertuturan mulut mereka dan apa yang
disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.
104
Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu
keterangan-keterangan itu, jika kamu memahaminya"
(3:118)
iii) "Sampaikanlah khabar berita kepada orang yang berpura-
pura bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka
seksaan yang tidak terperi sakitnya (orang yang berpura-
pura ialah orang yang mengambil orang yang tidak
beriman untuk di beri al-Wala'). Tidaklah patut orang
yang berpura-pura ini mencari kekuatan dan kemuliaan
dengan menjadikan orang-orang yang tidak beriman ini di
beri al-Wala'. Sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu
semuanya milik Allah" (4:144)
3. Ahsan dalam pengurusan.
Konsep Ahsan secara umumnya ialah menanamkan sifat-sifat
terbaik dalam semua aspek kehidupan. Jika dilihat dari sudut
pekerjaan, Ahsan dimaksudkan sebagai melakukan tindakan-
tindakan yang terbaik dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
Perbincangan yang lebih detil berkaitan konsep Ahsan ini dari
105
sudut etika pekerjaan ialah menekankan strategi, taktik dan metod
dalam setiap tindakan yang dilakukan berdasarkan kepada aplikasi
keilmuan dan kemahiran semasa dan sejagat. (Osman Ayub, 1988:
4)
Konsep Ahsan diaplikasikan di dalam dunia moden ini
dengan apa yang disebut sebagai profesionalisme di dalam
pekerjaan. Terdapat beberapa perbezaan khusus perlaksanaan
Ahsan ini dengan apa yang difahami melalui konsep
profesionalisme. Paling utama ialah Ahsan di dalam pengurusan
hal ehwal Islam merangkumi sifat dalaman dan luaran, iaitu jika
disentuh dari sudut dalaman, perbicaraannya adalah menyentuh
tentang nilai-nilai kejujuran dan keikhlasan dalam tindakan untuk
Tuhan dan manusia, manakala di sudut luaran pula ialah
personalia Islam atau akhlak Islam yang berdasarkan kepada ilmu
dan kemahiran. Ukuran konsep profesionalisme pula hanya dilihat
dari sudut luaran semata-mata iaitu, seseorang itu mestilah
bertindak mengikut keilmuan dan kemahirannya. Keilmuan dan
kemahiran pada kebiasaannya ditandakan dengan jawatan yang
dipegang.
106
Perlaksanaan Ahsan di dalam pengurusan hal ehwal Islam
dapat dicapai melalui penumpuan tiga cara berikut;
i) Ahsan al-Jasd - iaitu dengan menanamkan dan
melaksanakan personalia Islam seiring dengan keilmuan dan
kemahiran seseorang. Perkara ini menuntut seseorang itu
walaupun mempunyai tahap keilmuan dan kemahiran yang sejagat
untuk mengetahui konsep-konsep perlaksanaan akhlak Islam.
ii) Ahsan al-Akl - iaitu menjaga kesihatan akal fikiran
daripada unsur-unsur negatif seperti hasad dengki, cemburu,
mengutamakan diri sendiri dan lain-lain lagi. Ini kerana seseorang
yang mempunyai sifat-sifat begitu pada kebiasaannya akan
menterjemahkannya di dalam tindakan. Maka akan wujudlah
selepas itu etika kerja yang mempunyai unsur-unsur negatif.
iii) Ahsan al-Roh - iaitu satu fenomena yang tidak dapat
difahami oleh orang lain kecuali yang empunya diri. Roh yang
sentiasa mahukan kebaikan dalam tindakan dan mahu sentiasa
memperbaiki tindakan dan pekerjaannya adalah sesuai untuk
diterapkan konsep Ahsan ini.
107
4. Menjaga kualiti kerja dalam pengurusan hal ehwal Islam.
Secara konvensionalnya nilai kualiti dapat difahami melalui
ungkapan berikut: Quality is the degree to which a product or
service conforms to a set of predetermined standards related to
the characteristics that determine its value in the market place and
its performance of the function for which it is designed" (Wan
Azmi Ramli, 1994: 255)
Pada dasarnya perlaksanaan nilai kualiti mestilah
mempunyai beberapa prasyarat utama, antaranya mestilah
mempunyai „standard‟ atau piwaian yang khusus sebagai ukuran,
mempunyai ciri-ciri menepati piawaian dan sejauhmana ciri-ciri
tertentu tersebut menepati piawaian. Ukuran kepada kualiti jika
diterjemahkan di dalam tindakan dalam pekerjaan bermaksud,
sejauhmana tindakan-tindakan yang dilakukan menepati ukuran
piawaian yang telah ditetapkan. Di dalam perkara ini kualiti
tindakan di dalam pengurusan hal ehwal Islam adalah menepati
untuk diukur kerana mempunyai prasyarat utama. Ruanglingkup
pengurusan hal ehwal Islam sendiri sebagai „standard‟ atau
ukuran piawaian, tindakan-tindakan dalam lingkungan maksud
pengurusan sebagai ciri untuk diukur.
108
Kecemerlangan di dalam Islam tidak diukur dari segi
pertimbangan utilitarian yang hanya dilihat melalui penilaian
manfaat berbanding kos semata-mata tetapi ia tertakluk kepada
keredhaan Tuhan. Oleh itu, ibadah adalah satu bidang yang berkait
terus dengan mendapat keredhaan Tuhan ini dan perkara yang
kedua ialah tindakan dan pekerjaan seseorang yang mengikut
landasan yang dibenarkan juga menuju kepada keredhaan Tuhan.
Oleh yang demikian, maka memperelokkan tindakan atau dengan
erti kata yang lain mempunyai „standard‟ penilaian di dalam
tindakan dan pekerjaan adalah perlu dan menjadi wajib kepada
orang-orang Islam. (Wan Liz Ozman Wan Omar, 1997: 73)
5. Menghalang etika kerja Mazmumah.
Apabila di teliti daripada sudut penerapan nilai-nilai di dalam
pengurusan hal ehwal Islam ini, ia menunjukkan kepada
perlaksanaan tingkahlaku atau perbuatan manusia yang dianggap
ideal dan bersifat universal. Ia bersesuaian dengan semua lapisan
pekerjaan masyarakat. Nilai-nilai yang cuba diterapkan adalah
nilai-nilai yang tergolong di dalam ketegori Mahmudah dan
menghalang daripada perlaksanaan tingkahlaku Mazmumah.
109
Larangan melaksanakan tindakan yang berunsur
Mazmumah walaupun tidak dinyatakan secara jelas tetapi daripada
contoh pemahaman pengurusan hal ehwal Islam yang telah
dinyatakan terdapat beberapa tingkahlaku Mazmumah yang
dilarang samada yang bersifat dalaman atau yang bersifat luaran,
antaranya;
i) Riya' (niat yang tidak baik) - jelas menunjukkan bahawa
pengurusan ini meletakkan kepentingan teologi iaitu niat bekerja
kerana Tuhan pada tempat yang utama kemudian barulah
meletakkan kepentingan lain sebagai susulan. Riya' adalah unsur
dalaman yang tergolong di dalam tingkahlaku Mazmumah. Jika
difahami dari sudut pekerjaan, ia bermaksud meletakkan
kepentingan lain seperti menunjuk-nunjuk, bekerja kerana bos
disebalik tindakan yang baik dan positif yang dilakukan dan
seumpamanya.
ii) Penipuan - khusus di dalam tingkahlaku dan tindakan yang
dilakukan. Ia berkait rapat dengan konsep kejiwaan. Ini
bermaksud ketinggian ilmu dan kemahiran bukan jaminan untuk
110
menghalang tindakan Mazmumah ini. Hanya kepercayaan
metafizik sahaja yang dapat menghalang tingkahlaku ini.
iii) al-Kasal - iaitu sifat pemalas di dalam melakukan gerak
kerja. Pengurusan hal ehwal Islam secara terang-terangan
menghalang daripada berlakunya tindakan al-Kasal ini dengan
penekanan unsur-unsur sentiasa memperbaiki diri.
iv) al-Hasad - di dalam melakukan tindakan yang boleh
menjatuhkan orang lain. Sifat dengki ini akan dapat dilihat melalui
tindakan dan tingkahlaku seseorang terutama sekali di dalam
mengejar cita-cita.
v) al-Riswah - iaitu suatu sifat yang bukan sahaja dihalang di
dalam agama tetapi juga di dalam undang-undang masyarakat.
Tindakan rasuah adalah satu tindakan yang boleh menjatuhkan
bukan sahaja maruah diri tetapi juga keteguhan organisasi dan
masyarakat.
111
AMALAN PENGURUSAN ISLAM DI MALAYSIA
Pendahuluan
Sebelum kita dapat membincangkan perkara di atas, perlulah jelas
dalam pemikiran kita tentang apakah sebenarnya yang cuba kita
perkatakan. Ini memandangkan tajuk di atas kelihatan begitu
umum dan dari satu segi, tidak begitu releven untuk dihuraikan
jika yang hendak disentuh di sini adalah pengurusan Islam itu
sendiri sebagai satu korpus ilmu baru yang telah dibangunkan
dengan rapi dan sistematik lalu dijadikan sebagai premis utama
dalam pengamalan pengurusan di Malaysia.
Sebenarnya, semenjak negara kita mengecapi kemerdekaan
sehinggalah pada alaf baru ini, belum banyak lagi usaha yang
dilakukan dengan giat dan sistematik oleh mana-mana pihak sama
ada pusat pengajian tinggi awam atau mana-mana institusi
112
kerajaan bagi membangunkan disiplin pengurusan yang benar-
benar dilandaskan kepada kesatuan dua bentuk ilmu iaitu ilmu
naqli dan ilmu aqli1 yang boleh dicapai melalui empat saluran
ilmu2 yakni:
i. Pancaindera (kaedah empirikal);
ii. Khabar Sadiq (al-Qur‟an, al-Hadith, dan Khabar
Mutawatir);
iii. „Aql Salim; dan
iv. Ilham (penampakan tentang hakikat sesuatu yang
dipancarkan oleh Allah atas jiwa yang mutma‟innah).
1 Usaha yang dinyatakan di atas hanya dilakukan secara individu oleh tokoh
pentadbir dan tokoh akademik seperti Tuan Haji Mohd Affandi Hassan yang
sering menghuraikan tentang pendekatan Tawhid dalam pengurusan, Profesor
Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud yang sering memperkatakan tentang prinsip
adab pengurusan, Profesor Dr. Muhammad Kamal Hassan yang sering
menjelaskan tentang aspek perbandingan pengurusan, dan Saudara Mohd Zaidi
Ismail yang acapkali secara bersungguh-sungguh mena‟rifkan istilah tadbir dan
adab sebagai inti pati utama teori pengurusan.
2 Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Oldest Known Malay Manuscript: A
16th
Century Malay Translation of the „Aqa‟id of al-Nasafi (Kuala Lumpur:
Dept. of Publications, The University of Malaya, 1988), p. 101.
113
Usaha-usaha Awal Pembangunan Disiplin Pengurusan Islam
Dalam aspek membangunkan disiplin pengurusan Islam, Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN) misalnya telah memulakan
langkah awalnya dalam hal ini dengan menerbitkan buku yang
berjudul Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam
Islam pada tahun 1990 yang diselenggarakan oleh Shafie Hj.
Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan; disusuli kemudiannya
pada tahun 1992 dengan penerbitan buku The Tawhidic Approach
in Management and Public Administration: Concepts, Principles
and an Alternative Model yang dikarang oleh Mohd. Affandi
Hassan, dan penerbitan Buletin Pengurusan Islam; muncul
selepas itu buku Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam
Perkhidmatan Awam yang diterbitkan pada tahun 1994; dan
kemuncaknya apabila diadakan satu bengkel di peringkat
kebangsaan pada 21 hingga 22 September 1995 yang dihadiri oleh
wakil-wakil penting dari semua institusi-institusi latihan kerajaan
dan institusi-institusi pengajian tinggi awam bagi tujuan
membincangkan tiga perkara penting yang berkaitan dengan
pengurusan dan pentadbiran dari perspektif Islam iaitu:
i. cadangan mewujudkan kurikulum kursus pentadbiran
dan pengurusan dari perspektif Islam;
114
ii. usaha-usaha bagi meningkatkan tahap
kepakaran/kemahiran tenaga pengajar/pensyarah di
institusi-institusi latihan di seluruh negara dalam
bidang yang berkaitan; dan
iii. penubuhan sebuah pusat sumber maklumat pengurusan
dan pentadbiran Islam.
Ekoran daripada bengkel tersebut, beberapa siri kursus pengurusan
dan pentadbiran Islam yang berbentuk latihan untuk jurulatih dan
beberapa seminar umum telah diadakan. Kursus dan seminar yang
diadakan ini lebih menjurus ke arah memberi pendedahan awal
kepada para peserta tentang kerangka dasar pentadbiran dan
pengurusan Islam yang menyentuh perkara-perkara penting seperti
prinsip al-Tawhid sebagai teras pembangunan organisasi,
mu‟amalat Islam sebagai asas dalam metodologi pengurusan,
kepemimpinan Islam berlandaskan hakikat iman, ilmu, amal dan
ihsan, pemupukan semangat syura, dan konsep ikhtiar sebagai
asas pembinaan kreativiti.
Walau bagaimanapun, usaha yang kelihatan dilakukan secara
bersungguh-sungguh di peringkat awal ini akhirnya mulai malap,
mungkin disebabkan oleh beberapa faktor:
115
i. usaha ini, walaupun berlaku di peringkat organisasi,
tetapi ia lebih merupakan inisiatif perorangan yang
penuh ikhlas, beristiqamah, bersemangat ilmu, berani,
dan yakin bahawa prinsip Islam dapat diolah untuk
dilahirkan sebagai satu sistem pengurusan yang
beradab. Patut diingat bahawa tidak sekelumit pun
timbul dalam jiwa orang yang sebegini matlamat yang
berkepentingan peribadi yakni sama ada untuk
mengejar kedudukan, kuasa dan pangkat. Contoh usaha
dan keperibadian yang dipancarkan oleh individu-
individu ini sebenarnya tidak dipupuk dengan
sewajarnya dalam diri pegawai-pegawai awam yang
lain, ditambah pula dengan kurangnya pengiktirafan
organisasi terhadap hasil usaha yang sebegini hingga
mengakibatkan terbantutnya perjalanan program
tersebut;
ii. kurangnya keutamaan yang diberikan oleh peringkat
pengurusan terhadap aspek pembinaan disiplin
pentadbiran dan pengurusan Islam lalu program yang
sebegini dibiarkan dalam keadaan terumbang-ambing.
Akibatnya, amanah bagi melaksanakan program
tersebut diletakkan atas bahu orang yang tidak beradab
116
terhadap ilmu, selekeh dari segi mengolah bidang yang
diceburi, atau melaksanakan tanggung jawab tersebut
dengan ala kadar sahaja sehigga mengakibatkan usaha
yang bersepadu dalam hal yang berkaitan tidak dapat
dilaksanakan;
iii. terpahatnya budaya kerja kebendaan yang bersifat anti
ilmu yang berpaksikan “hawa” dan zann atau rasa
agak-agak di peringkat individu; tuntutan sosio-politik
dan desakan ekonomi jangka pendek di peringkat
institusi dan negara.3 Ini sebenarnya menjadi punca
kepada lahirnya pemimpin organisasi yang rakus
jiwanya yang hanya berlumba-lumba mengejar
kedudukan dan pangkat hinggakan komitmen yang jitu
tidak dapat diberikan kepada program di atas yang
secara zahirnya seolah-olah tidak dapat menjanjikan
apa-apa keuntungan kebendaan; dan
iv. lahirnya kelompok pentadbir dan pengurus yang begitu
pragmatik terhadap sistem pemikiran Barat yang
sekular yang bilangan mereka lebih ramai berbanding
3 Wan Mohd. Nor Wan Daud, “Budaya Kerja Bersepadu” , Kecemerlangan
Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam, diselenggarakan oleh Shafie Hj.
Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan (Kuala Lumpur: INTAN, 1992), m.s.
130.
117
dengan kelompok yang mempunyai ilmu dan
keyakinan yang kukuh terhadap Islam. Kelompok
tersebut sebenarnya mengendong pemikiran beku ,
bebal dan penuh keraguan (sceptic) hinggakan tidak
terbit pada jiwa mereka hakikat dan kebenaran sesuatu.
Bagi mereka, perkara seperti metafizik, tasawwuf,
tawhid, dan prinsip fiqhiah amat tidak releven untuk
diketengahkan dalam konteks pengurusan masa kini.
Usaha bagi membangunkan disiplin pengurusan Islam ini juga
turut dilaksanakan oleh Akademi Pengurusan Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dengan
menggunakan prinsip al-Tawhid sebagai teras dalam latihan.
Usaha yang baru dimulakan ini dan berterusan sehingga kini lebih
tertumpu kepada soal menerapkan semangat keIslaman sejati
dalam konteks pengurusan dan pembangunan organisasi.
Program yang sebegini, walaupun pada dasarnya tidak lagi
bersifat apologatik atau akomodatif terhadap sistem pengurusan
Barat tetapi masih di peringkat permulaan kerana subjek-subjek
utama dalam kursus yang ditampilkan ini hanya berkisar pada
elemen-elemen teras yang menjadi tunjang kepada pembinaan
disiplin pengurusan Islam. Banyak lagi usaha yang perlu
118
dilakukan dalam hal ini misalnya menyenaraikan istilah-istilah
dan konsep-konsep utama pentadbiran Islam sambil pada masa
yang sama membina teori dan sistem pentadbiran dan pengurusan
Islam.
Amat malang sekali, usaha sedemikian masih belum dapat
dilakukan secara kolektif atau secara gabungan dengan institusi-
institusi “unggul” yang lain kerana program sebegini lahir bukan
atas dasar minat dan kesedaran bersama tetapi masih dalam
lingkungan inisiatif individu yang begitu yakin dan berazam tinggi
bagi menampilkan prinsip pentadbiran Islam sebagai landasan
utama sistem pengurusan. Keadaan ini menggambarkan betapa
ceteknya fahaman para pengamal pengurusan tentang Islam;
hanya memberi perhatian terhadap aspek ritualnya semata-mata
sehingga Islam sanggup dijadikan sebagai alat untuk
bersandiwara. Mereka alpa terhadap hakikat dan kebenaran kukuh
yang menandai Islam yang secara batin menghendaki kita supaya
menyuburkan satu bentuk kehidupan yang membolehkan kita,
pada setiap detik dan ketika, menghadirkan diri ke hadrat Illahi.
Kehidupan subur yang dinyatakan di atas, pada hakikatnya, perlu
dimulakan di peringkat diri terlebih dahulu. Keaiban, kadaifan,
119
dan kemaksiatan diri hendaklah senantiasa diperhitungkan
(muhasabah); kemahabesaran mu‟jizat Illahi yang ditajallikan
dalam diri hendaklah tidak boleh tidak direnung dan difikirkan
(tafakkur); dan, pengawasan diri dalam maksud diri aqali
mengawali dan seterusnya menakluki diri hayawani sudah
semestinya setiap masa dilakukan (muraqabah). Perlu diingat
bahawa amal-amal yang terkandung dalam aspek pengurusan dan
pentadbiran jika dilakukan bukan atas tujuan untuk menyucikan
jiwa, membaiki laku perangai dan budi pekerti, serta mencapai
rasa dan pengalaman rohani yang boleh menghampirkan diri
kepada Allah, kelak ia akan menfasadkan diri dan membutakan
mata hati. Berwaspadalah! Barang siapa yang buta (mata hati
kerohaniannya) dalam dunia ini akan butalah juga ia di akhirat
kelak, bahkan lebih sesat lagi jalannya.4Oleh itu kita dapat
perhatikan bahawa ramai pengurus dan pentadbir yang asyik
menyuarakan slogan kecemerlangan dan kemajuan organisasi
sebaliknya diri mereka semakin terbantut dan jiwa mereka pula
semakin keroh;banyak melakukan helah terhadap hukum agama
dan banyak mengeluarkan dalil-dalil palsu; sering merobek
kesusilaan dan kesopanan insaniah; hinggakan hakikat iman, Islam
4 Rujuk Surah al-Isra‟: 73
120
dan ihsan ditanggapi sebagai tiada kaitan dan keserasian dengan
sains pengurusan moden.
Hakikat Sistem Pengurusan Moden
Akibat daripada pengabaian terhadap pembangunan disiplin
pentadbiran dan pengurusan Islam maka apa yang terhidang
kepada kita pada masa kini hanyalah sistem pengurusan yang
diwarisi dari Barat yang secara zahirnya kelihatan enak tetapi
terselit dalamnya racun yang bakal mengundang bencana pada
jiwa dan kefasadan pada aqal. Jika dinukilkan sebagai satu
misalan, disiplin pengurusan Barat itu ibarat sebatang pohon palsu
yang dihiasi dengan daunan yang indah warnanya dan buah-
buahan yang rupanya mempersonakan tetapi sayang, isinya tidak
dapat dikecapi malah jauh sekali daripada memberi kelazatan pada
batin. Kebaikannya hanya semata-mata terhad sebagai hiasan
belaka yang bakal diubah-ubah rupanya dan kedudukannya sejajar
dengan keinginan nafsu yang jahil tentang batasan ma‟na
keindahan kerana butanya terhadap maksud ilmu.
Sains pengurusan Barat serta sistem yang turut serta bersamanya,
jika direnung melalui hati nurani yang hening, menampilkan
121
penafian secara halus terhadap beberapa prinsip teras agama. Ini
diakibatkan oleh beberapa faktor:
i. Faktor Pandang Alam (Worldview)
Sains pengurusan itu lahir dalam kerangka pandang alam sekular
yang biasa digelar dengan nama humanisme. Faham inilah yang
menobatkan manusia sebagai penentu utama nilai kehidupan
dunyawi ini dan pada masa yang sama meletakkan kebendaan
pada satu kedudukan yang paling istimewa.5 Proses menduniakan
manusia ini dilakukan dengan keadaan yang begitu licik melalui
perancanaan disiplin pengurusan yang bersifat rasional dan liberal
sehingga sampai pada tahap mematikan iman lalu pengurusan itu
muncul dalam keadaannya yang bebas dari petunjuk ilmu wahyu.
Walaupun perkara-perkara yang menyangkut tentang agama
munkin diperkatakan, tetapi ianya berlaku atas dasar „utiliti „
dalam kaitannya dengan faedah ekonomi dan politik dan agama
itu sendiri hanya dianggap sebagai salah satu cabang budaya yang
senantiasa perlu disesuaikan dengan order baru kehidupan.
5 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin (Kuala
Lumpur: ISTAC, 2001), para 9, ms. 18 – 22.
122
Perkembangan yang tidak sihat ini berlaku sejajar dengan
peringkat kematangan yang kononnya dicapai oleh Barat dalam
faham mereka tentang Tuhan. Peringkat kematangan ini
mengandaikan bahawa manusia telah berupaya untuk mengetahui
segala rahsia yang terkandung di sebalik kejadian alam ini melalui
pendekatan yang bersifat empirik dan rasional yang boleh terhasil
daripada penggunaan panca indera.6 Peringkat inilah yang
menandai kemunculan doktrin yang menyisihkan manusia
daripada kekangan agama, mengandaikan bahawa tidak ada alam
lain kecuali alam nyata ini, menetapkan bahawa manusialah yang
layak menentukan nasibnya sendiri, berpegang bahawa prinsip
taqdir Illahi tidak berlaku atas manusia, dan menthabitkan bahawa
tanggung jawab kepada Tuhan telah beralih sepenuhnya kepada
tanggung jawab kepada manusia.7
“Kematangan” inilah yang digunakan oleh Barat bagi
mematangkan disiplin-disiplin ilmu yang lain, salah satunya
adalah pengurusan. Ini terbukti melalui kemunculan pemikiran
6 Ibid, para 15 ms. 42. Lihat juga Nicola Abbagnano, “Humanism”, The
Encyclopedia of Philosophy, reprint edition 1972, vol. 4: 66 – 72.
7 Bagi memahami selanjutnya tentang aspek dasar Sekularisme,sila rujuk Syed
Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularisme (Kuala Lumpur: ABIM,
1978).
123
dan teori pertama dalam pengurusan yang dianggap sebagai klasik
yang tertumpu kepada pendekatan yang bersifat saintifik dan
rasional. Teori ini mulai diperkenalkan oleh Frederick Taylor
(1856 – 1915), seorang jurutera daripada Amerika Syarikat. Teori
pengurusan yang diperkenalkan oleh Taylor ini telah secara nyata
merendahkan martabat kemanusiaan dengan mengandaikan
manusia sebenarnya tidak lebih daripada faktor pengeluaran
seperti mesin dan modal yang tenaganya perlu dimanipulasikan
supaya sesuai dengan aspirasi dan matlamat industri.
Teori ini dimantapkan kemudiannya oleh Henry Fayol dengan
menggariskan beberapa rangka dasar pengurusan saintifik yang
berkisar pada fungsi perancangan, penyusunan, urusan kakitangan,
kepimpinan, dan pengawalan. Dalam perkembangan ini, akan
terzahir pada pandangan akal-budi kita bahawa golongan
pragmatis dalam disiplin pengurusan ini semakin menonjolkan
keangkuhan mereka dengan mencanangkan unsur kenisbian
(relativity) dalam persoalan nilai. Ini disebabkan persoalan nilai
dalam rangka penyusunan sistem pentadbiran, bermula daripada
peringkat perencanaan hinggalah ke peringkat pelaksanaan,
dihuraikan dalam konteks perkadaran (kuantitatif) yang banyak
bergantung kepada faktor-faktor keberhitungan (quantifiable
124
factors), yang pada hakikatnya lebih bersifat fungsian (functional).
Oleh sebab itu, nilai yang diletakkan pada setiap aspek pengurusan
itu tidak lagi mengandungi makna yang mutlak sebaliknya makna-
makna itu senantiasa diubah suai mengikut ciri dan suasana
perubahan sesuatu industri.
Pada tahap akhir pembentukan teori pengurusan yang dianggap
klasik ini, Max Weber muncul bagi memperkenalkan teori
organisasi yang berasaskan birokrasi. Teori ini sebenarnya muncul
sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh para pemikir Barat ke
arah mengubah sepenuhnya (transformation) ideologi Kristian
supaya sesuai dengan rasionaliti teknologi dan ekonomi.
Rasionaliti inilah nanti yang dipakai sebagai asas dalam kajian
dan pembentukan organisasi sambil pada masa yang sama
mengenakan pengaruh saintisme dan modernisme. Nilai
kerohanian tidak lagi dijadikan kriteria utama dalam mengukur
kemanusiaan seseorang sebaliknya banyak bergantung kepada
pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan teknikal. Ekoran
daripada itu, lahirlah satu bentuk hubungan dalam organisasi yang
bersifat vertikal yang menampakkan penyataan kehendak
golongan atasan bagi mengukuhkan kuasa mereka yang perlu
dilaksanakan oleh golongan bawahan. Akibatnya, beberapa
125
fenomena yang tidak menyenangkan jiwa kelihatan muncul dalam
persekitaran organisasi seperti pergelutan mencari kuasa,
semangat puak atau kelompok (cronisme), paksaan pendapat tanpa
pensahihan, konflik kepentingan, kecenderungan melakukan fasad
sama ada pada aspek rohani dan jasmani, cemburu dan berhasad
ke arah menghilangkan peluang yang dikecapi oleh seseorang,
pengaturan dan perundangan yang menjurus ke arah memuaskan
nafsu kelompok minoriti yang memegang autoriti tertentu
(oligarchy), dan pembentukan wawasan dan matlamat yang
menghanyutkan.
Secara umum, kita dapat menthabitkan bahawa teori-teori
pengurusan yang dihasilkan pada fasa pertama ini pada hakikatnya
tertumpu pada dua aspek dasar sekularisme, iaitu:
i. penyuburan semangat positivisme yang membawa
kepada penafian hakikat kerohanian daripada alam
semesta. Semangat ini kemudiannya dibangunkan
dalam akal manusia yang terbukti melalui teori-teori
pengurusan yang dibentuk lalu dinyatakan melalui
amalan-amalan pengurusan yang berkaitan; dan
ii. pemantapan aspek existencialisme dalam erti kata
menyatakan maksud kewujudan manusia di atas muka
126
bumi ini tanpa dikaitkan dengan akhirat. Akibatnya,
ketetapan agama dan adab kerohanian telah
dipinggirkan lalu diganti dengan prinsip kebebasan dan
autonomi yang berteraskan akal hayawani. Hakikat ini
terpampang pada setiap nilai yang disandarkan pada
faham- faham dan sistem-sistem pengurusan yang
ditampilkan.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah pada ketika itu, muncul tokoh-
tokoh birokrat yang berperi laku songsang, tidak bermaruah, dan
tidak berjiwa, tetapi pada pandangan Weber, sifat sebegini amat
berfaedah kepada organisasi.8 Apa yang cuba ditekankan
hanyalah kecenderungan diri hayawani ke arah mencapai
keselesaan tubuh, mengisi kepuasan nafsu, dan memperolehi
kuasa. Kesemua keinginan ini terangkum dalam prinsip hedonisme
(inti pati kepada budaya hawa nafsu) yang tertumpu pada aspek
utilitarian bagi tujuan memaksimumkam atau mengoptimumkam
8 Kenyataan Weber ini telah ditentang oleh Merton, sarjana Barat yang terkenal
dalam bidang pengurusan, dengan menyimpulkan bahawa budaya organisasi
yang dibangunkan berdasarkan impersonal behaviour ini akan mengakibatkan
lahirnya anggota organisasi yang tidak dapat memahami makna yang tersirat
pada sesuatu fenomena dan situasi (tunnel vision) dan akan terikat dengan
tradisi red-tape. (Rujuk Robert K. Merton et al. (eds.), Reader in Bureaucracy
(New York: The Free Press, 1952), m.s. 364 – 371.
127
keuntungan ekonomi. Pendekatan pengurusan ini juga
menerbitkan satu budaya kerja yang bersifat total-empirical yang
mengenepikan unsur-unsur non-factoral seperti maruah dan adab
insani. Budaya pengurusan yang sebegini disuburkan sampailah ke
peringkat di mana fungsi akal manusia dianggap semata-mata
sebagai gerak balas kimia yang terangsang melalui keinginan
terhadap kebendaan.
Di sinilah mulanya bertapak pemikiran pengurusan yang kedua
sebagai satu kelangsungan daripada pendekatan saintifik dalam
pengurusan. Pada peringkat ini, tumpuan utama dialihkan kepada
aspek tingkah laku dan motivasi yang dipengaruhi oleh teori-teori
hasilan ahli psikologi Barat yang bergelar behaviourist, antaranya
B.F. Skinner, A.H. Maslow, dan Sigmund Freud. Pendekatan
humanistik dalam pengurusan ini dimulai dengan uji kaji yang
dilakukan oleh Elton Mayo dan rakan-rakannya di Hawthorne (the
Hawthorne Experiments) pada akhir tahun 1920-an, yang
merumuskan bahawa kepentingan sosial dalam organisasi perlulah
lebih diutamakan berbanding dengan kepentingan individu
manakala para pengurus hendaklah bertindak sebagai perantara
dalam hubungan pekerja dengan pihak pengurusan.
128
Rumusan ini membawa kepada lahirnya kajian-kajian seterusnya
dalam pengurusan yang menumpukan aspek dorongan manusia
yang berdasarkan prinsip rangsangan (stimulus response) dan
gerak balas lazim (conditioned reflexes) terhadap perkara-perkara
yang menyenangkan dan menimbulkan keghairahan pada nafsu.
Kesemuanya ini dibincangkan dalam skop kebahagiaan jasadiah
dan kebahagiaan emosi sebagai faktor utama bagi membangkitkan
motivasi para pekerja. Keperibadian yang kukuh sama ada bagi
pekerja atau bagi mana-mana manusia hanya digambarkan dalam
bentuk perasaan keamanan yang mencukupi, hubungan yang
berkesan dengan faktor-faktor zahiriah, dan kepuasan jasmaniah,9
yang secara umumnya, ke arah melahirkan manusia saintifik. Di
sekitar perkembangan idea inilah, banyak sekali teori yang
dihasilkan melalui uji kaji makmal terhadap haiwan telah
dialihkan untuk dipakai pada manusia. Sebagai mana yang
dijelaskan oleh J.B. Watson,
(behaviorism) attempts to do one thing: to apply to the
experimental study of man the same kind of procedure and the
same language of description that many research men had found
9 Untuk keterangan lanjut tentang hal ini, sila rujuk A.H. Maslow dan
B.Mitteman, Principles of Abnormal Psychology (New York: Harper, 1957).
129
useful for so many years in the study of animals lower than man.
We believe then, as we believe now, that man is an animal
different from other animals only in the types of behavior he
displays.10
Sebagai rumusan, secular reductionist view yang menjadi
tunjangan dalam pemikiran pengurusan di peringkat ini akhirnya
mengakibatkan kejatuhan pada martabat kemanusiaan
(dehumanisation). Pendekatan yang dianggap objektif dan tidak
berat sebelah dalam memahami persoalan tingkah laku ini
sebenarnya disejajarkan dengan ideologi Barat yang bersifat
kebendaan dan menganggap agama sebagai satu khayalan yang
perlu dibuang kerana ia dianggap menyekat kebebasan akal.11
Tidak hairanlah ketika berleluasanya gejala behaviorisme dalam
pemikiran pengurusan ketika itu, perkataan-perkataan seperti
kesedaran, kepercayaan, dan roh dianggap sebagai sebahagian
daripada perkataan yang menjijikkan.12 Oleh sebab itu, segala
10 J.B. Watson, Behaviourism (London: W.Norton & Co., 1970), m.s. ix.
11 H.F. Ellenberger, The Discovery of the Unconscious (London: Allen Lane,
the Penguine Press, 1970), m.s. 525.
12 Dalam menggambarkan era berleluasanya behaviorisme di Barat, John
Eccles menyatakan,
“ words like mind, consciousness, thoughts, purposes and belief were
considered dirty words…..Ironically, the most prominent philosophical
130
teori sama ada yang menyentuh tingkah laku atau motivasi
pekerja hanya berkisar pada gejala yang dapat dikesan oleh panca
indera semata-mata sehinggakan aspek nilai yang terbentuk dalam
diri seseorang pekerja itu dianggap berlaku atas dasar
kemungkinan yang didokong oleh faktor pengukuhan positif atau
pun negatif.
Agenda pembentukan manusia saintifik sebagaimana yang
terkandung dalam faham behaviorisme dan yang kemudiannya
disebatikan dengan pendekatan tingkah laku dalam pengurusan,
kelihatannya semakin dimajukan pada tahap ketiga pemikiran
pengurusan yang menggunakan pendekatan sistem. Dalam
pendekatan ini, manusia bukan sahaja dianggap saintifik tetapi
pada masa yang sama, dianggap sebagai pemproses maklumat.
Andaian yang dipakai pada ketika itu ialah perkembangan setiap
organisasi bukan sahaja bergantung kepada faktor dalaman tetapi
juga saling berkait dengan rangsangan yang ditonjolkan oleh
obscenities were a new class of four-letter-words – mind, self, soul, will.”
Evolution of the Brain: Creation of the Self (London: Routledge Publishers,
1991) m.s. 225.
131
sesuatu faktor luaran khususnya faktor pembangunan sosio-
budaya yang berlaku sejajar dengan perkembangan teknologi.
Kesalingberkaitan antara faktor dalaman dan faktor luaran bagi
sesuatu organisasi dimisalkan seperti interaksi yang berlaku antara
unsur karbon, hidrogen dan oksigen dalam proses photosynthesis
tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab itu, setiap faktor luaran hendaklah
turut diberi tumpuan dan perlu dianggap sebagai fakta yang perlu
difikirkan,diklasifikasikan dan disaring sebagai manfaat bagi
melancarkan fungsi dan mengembangkan lagi sumber dalam
organisasi.
Ahli-ahli teori pengurusan yang muncul ketika itu telah
mengkritik pendekatan saintifik yang diperkenalkan oleh Taylor,
sistem birokrasi Weber, dan pendekatan humanistik kerana
mengandaikan organisasi sebagai sistem yang tertutup sehingga
menyebabkan sesuatu objektif, prosedur, dan proses dibangunkan
hanya berdasarkan pemboleh ubah dalaman (internal variables)
semata-mata. Oleh itu, mereka menetapkan bahawa organisasi
perlulah dianggap sebagai sistem yang terbuka yang perlu
mengambil kira tentang kesan yang turut dibawa oleh pemboleh
132
ubah luaran (external varibles)13 walau pun pada hakikatnya
sistem itu lebih tertutup kerana masih tidak memberi pengiktirafan
yang sewajarnya terhadap unsur kerohanian yang menjadi
pendorong utama pada tingkah laku manusia.
Dalam mengaitkan setiap pemboleh ubah dengan sesuatu masalah
yang timbul dalam organisasi, muncullah aspek pengurusan
operasi yang tertumpu kepada kaedah saintifik dan matematik .
Ekoran daripada itu,pendekatan kuantitatif dalam pengurusan
mula diberi penekanan utama. Segala penyelesaian masalah
bersifat kebetulan (contingency) kerana berdasarkan semata-mata
kepada hasil penyelidikan yang bertunjangkan hipotesis yang
diandaikan.
Di samping itu, skop pengurusan yang sedemikian lebih banyak
tertumpu kepada aspek perkhidmatan berteraskan pelanggan
(consumer-driven services), peningkatan imej (image-based
campaigning), autoriti yang bersifat sementera dan mengikut
konteks (temporal-contextual and rule-bound authority), dan
13 Bagi mengetahui keterangan lanjut tentang hal ini, lihat David Easton, A
System Analysis of Political Life (Chicago: University of Chicago Press,1979).
Lihat juga Charles W. Churchman, The System Approach (New York:
Delacorte Press, 1968).
133
persekitaran sama ada mikro atau makro serta transformasi yang
perlu dilakukan ke atasnya. Oleh sebab itu, kita akan dapati
bahawa teori-teori pengurusan yang muncul ketika itu amat
mementingkan soal menghasilkan makna14 pada sesuatu objek
dan tindakan serta soal hubungan kuasa yang terzahir dalam
sesuatu proses dan sistem pengurusan. Tindakan manusia hanya
dimisalkan seperti teks sastera yang tertakluk kepada analisis dan
kaedah kritikan yang terhasil melalui sesuatu teori sastera (literary
theory). Ini menunjukkan bahawa spekulasi berperanan sebagai
faktor penting dalam aspek penilaian sesuatu tindakan, manakala
pada masa yang sama, persoalan yang paling utama yang perlu
senantiasa difahami iaitu hakikat amal semakin tidak diendahkan.
Hasil daripada fungsi meletakkan makna pada setiap objek dan
tindakan, maka dalam dua dekad kebelakangan ini, kita dapat
perhatikan bahawa persoalan nilai mula dibincangkan dengan
14 Perlu diingat bahawa makna yang cuba diberi terhadap setiap objek dan
tindakan itu adalah bersifat relatif kerana ia dilahirkan melalui kerangka
pemikiran secular-humanism dan merangkumi konsep tragedi yang
menggambarkan kekecewaan terhadap agama. Dalam hal ini, keraguan telah
dipakai dengan meluasnya bagi mencapai kebenaran yang sudah tentu
merupakan satu perkara yang mustahil. Akibatnya, sesuatu makna yang diberi
itu telah menimbulkan kacau-bilau pada adab terhadap diri, bahasa dan
alam.Bagi melihat tentang makna tentang „makna‟ (ma‟na), lihat Prof. Syed
Muhammad Naquib al-Attas, Islam and the Philosophy of Science (Kuala
Lumpur: ISTAC, 1989), m.s. 15.
134
serius dalam pengurusan. Persoalan nilai yang dibincangkan
ketika itu sering dikaitkan dengan matlamat untuk melahirkan
budaya korporat yang nampaknya menepati ciri-ciri post-
capitalist . Ini disebabkan budaya korporat dengan nilai-nilai yang
ditanam bersamanya itu didorong oleh cita rasa stakeholder yang
bersifat eclectic15 dan senantiasa ingin menyerlahkan apa yang
boleh dipanggil sebagai expressive individualism. Walau pun apa
yang dilakukan itu bertujuan untuk menjamin kelangsungan
(survival) organisasi tetapi apa yang terhasil akhirnya adalah
suasana yang tidak tenteram bukan sahaja dalam ruang lingkup
organisasi tetapi juga luar organisasi. Anasir yang sering muncul
dalam suasana yang sedemikian adalah eksploitasi oleh peneraju
sesebuah organisasi bagi memenangi persaingan dan
menyerlahkan kehebatan organisasinya. Tenaga dan perbelanjaan
organisasi banyak dihabiskan secara tidak wajar untuk membentuk
imej, menampilkan daya penarik (glamour), dan supaya menjadi
tarikan media atau awam (media or public figure) manakala istilah
yang sering disalahgunakan untuk menjustifikasi perkara ini
adalah objektif strategik. Keadaan sebegini tidak ubah seperti
15 Menurut J.F. Lyotard dalam bukunya The Postmodern Condition: A Report
on Knowledge (Manchester: Manchaster University Press, 1984): “Eclecticism
is the degree zero of contemporary general culture” (m.s. 76).
135
menjadikan organisasi sebagai sebuah sarkas yang ahlinya
sentiasa berada dalam tragedi untuk menyempurnakan
pertunjukannya dan mendapat tepukan gemuruh dari para
penonton.16 Apa yang penting untuk kita perhatikan di sini adalah
maruah manusia dalam organisasi masih belum dikembalikan,
yang terbukti melalui apa yang dikatakan oleh Charles Handy,
…..people are regarded as a competative asset to be led,
motivated, deployed and developed, together with the firm‟s other
resources….17
Secara umumnya, perkembangan budaya korporat yang berlaku
itu berkait rapat dengan perkembangan yang pesat dalam bidang
sosial, ekonomi, politik, dan teknologi. Perubahan pesat ini
disebut oleh J.F. Lyotard sebagai “postmodern condition”18 yang
membawa perubahan yang fundamental dari segi pengalaman
manusia bukan sahaja kepada negara-negara Barat tetapi juga
kepada negara-negara yang sedang membangun. Postmodern
16 Organisasi sebagai sebuah sarkas ini dihuraikan dengan begitu menarik
sekali oleh Tuan Haji Mohd. Affandi Hassan dalam artikelnya Citra Organisasi:
Nilai dan Etika dalam Pentadbiran, Buletin Nilai dan Etika, Jld. 1 Bil. 1/1992.
17 Charles Handy (ed.), The Making of Managers (London: NEDC/BIM/MSC,
1987), m.s. 13.
18 J.F. Lyotard, ibid.
136
condition ini juga dianggap oleh J. Habermas19 sebagai
melengkapkan lagi agenda Enlightenment yang dirasakan tidak
dapat disempurnakan dalam era kemodenan.
Jika pengaruh pengurusan yang sebegini, menurut Tuan Haji
Mohd. Affandi Hassan, berjaya melahirkan tiga kelompok
penjawat awam iaitu kolonial-pragmatik, birokratik-nasionalis,
dan tradisional-moralis,20 maka saya ingin mengukuhkan lagi
kenyataan beliau itu dengan merangkumkan ketiga-tiga kelompok
tersebut sebagai new petit bourgeoisie.21 Bagi kelompok ini, imej
merupakan perkara yang amat dipentingkan sehingga kadangkala
sampai pada peringkat mengorbankan matlamat dan inti pati
utama organisasi malah agama sekalipun. Dari satu segi,
kelompok ini sebenarnya memancarkan simbol postmodern yang
memuja dan mendewakan keinginan hawa nafsu (hedonisme) dan
pada masa yang sama mewakili satu klas elit masyarakat
19 J.Habermas, Modernity an Incomplete Project dalam H.Foster (ed),
Postmodern Culture (London: Pluto Press, 1983).
20 Lihat kenyataan dan penjelasan beliau ini dalam artikelnya Pendekatan
Tauhid dalam Pengurusan dan Pentadbiran Awam: Konsep, Prinsip, dan Model
Alternatif, Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam.
Diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd Salleh dan Hj. Mohd Affandi Hassan
(Kuala Lumpur: INTAN, 1990) m.s. 29 – 31.
21 Sekadar meminjam istilah yang digunakan oleh P.Bordieu dalam bukunya
Distinction: a Social Critique of the Judgement of Taste (London: Routledge &
Kegan Paul).
137
antarabangsa sebagaimana yang dihasratkan dalam proses
globalisasi. Akibatnya, keseluruhan proses pengurusan yang
dikendalikan oleh kelompok ini, bermula daripada peringkat
matlamat sehinggalah ke peringkat pelaksanaan, semuanya
bersifat artificial dan palsu. Apa yang jelas kelihatan di sini ialah
terkongkongnya amalan pengurusan itu pada tiga bentuk
keutamaan yang berteraskan keinginan hawa nafsu yang sentiasa
meluap-luap iaitu:
i. keutamaan untuk merebut autonomi tertentu dalam
sistem pentadbiran sehingga membolehkan lahirnya
kebebasan untuk bertindak sepenuhnya bagi mencapai
matlamat yang berteraskan hedonisme;
ii. keutamaan ke arah mengukuhkan kuasa dalam bentuk
penyataan kehendak pengurusan atasan yang
senantiasa dipaksakan untuk dilaksanakan oleh
golongan bawahan walaupun kehendak tersebut
mengandungi unsur-unsur syubahah dan kadang-
kadang bertentangan secara jelas dengan prinsip Islam;
dan
iii. keutamaan pada soal pengagihan kuasa, fungsi dan
sumber sehingga melalaikan aspek yang lebih penting
untuk sentiasa dititikberatkan iaitu bagaimana kuasa,
138
fungsi dan sumber tadi, dari segi penggunaannya,
berupaya menepati prinsip keutamaan yang telah
digariskan dalam Syari‟ah supaya kemuliaan manusia
di sisi Allah S.W.T. akan terus dapat dipelihara
manakala fitrah kemanusiaan akan dapat diisi dengan
sebaik-baiknya.
Secara jelas juga boleh dikatakan di sini bahawa inti pati
pengurusan Barat yang disajikan dalam sistem pengurusan negara
ini lalu dimamah dengan lahapnya oleh sebahagian pentadbir yang
menduduki tampuk pentadbiran kerajaan, sebenarnya membawa
satu aspek kebebasan dalam amalan pengurusan yang
bertentangan sama-sekali dengan makna sebenar kebebasan dalam
Islam yang dapat difahami melalui konsep ikhtiyar. Kebebasan
dalam Islam merujuk kepada keadaan bebasnya diri natiqah
daripada cengkaman dan penguasaan diri hayawaniyyah yang
cenderung mengajak kepada kejahatan; bebasnya aql daripada
dikuasai oleh nafsu yang lazimnya jahil tentang had kebenaran;
dan pada masa yang sama bebas daripada sebarang bentuk
keraguan sama ada zann, syakk dan wahm. Penghuraian yang jelas
tentang makna kebebasan ini telah diberikan oleh Prof. Dr. Syed
Muhammad Naquib al-Attas sebagaimana berikut:
139
The activity that is called „freedom‟ is in ikhtiyar, which is an act,
not in hurriyah, which is a condition. The act that is meant in
ikhtiyar is that of making a choice, not between many alternatives,
but between two alternatives: the good or the bad. Because
ikhtiyar is bound in meaning with khayr, meaning „good‟, being
derived from the same root khara (khayara), the choice that is
meant in ikhtiyar is the choice of what is good, better, or best
between two alternatives. This point is most important as it is
aligned to the philosophical question of freedom. A choice of what
is bad of two alternatives is therefore not a choice that can be
called ikhtiyar, in fact it is not a choice, rather it is an act of
injustice (zulm) done to one self. Freedom is to act as one‟s real
and true nature demands --that is, as one‟s haqq and one‟s fitrah
demands – and so only the exercise of that choice which is of what
is good can properly be called a „free choice‟. A choice for the
better is therefore an act of freedom, and it is also an act of justice
(„adl) done to oneself.22
22 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to The Metaphysics of
Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam
(Kuala Lumpur: ISTAC, 1995), m.s. 33 – 34.
140
Ekoran daripada ketidakfahaman tentang makna kebebasan,
kebanyakan amalan pengurusan yang dilaksanakan telah
mencerminkan kesempurnaan manusia sebagai haiwan yang
semakin ghairah ditunggangi oleh syaitan. Ini mengakibatkan
dunia pengurusan dipenuhi dengan nilai-nilai palsu yang
bertunjangkan nafsu, emosi, dan khayalan yang tidak
menampakkan lagi kesederhanaan dan keadilan manakala pada
masa yang sama menyisihkan nilai-nilai iman, ilmu dan amal
saleh. Apabila nilai-nilai ini tersisih, maka hati akan menjadi keras
dan mula terpalam dengan wajah syirik, kufur dan nifaq. Oleh itu,
tidak hairanlah jika kebanyakan amalan pengurusan ditampilkan
dengan pola dan gaya yang bersesuaian dengan nilai yang
ditetapkan oleh masyarakat umum atau stakeholder yang
sebahagiannya berintipatikan prasangka dan kepura-puraan
terhadap agama.
Akibatnya, ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya yang wajib
dijadikan sebagai tunjang dalam segenap aspek pengurusan
seolah-olah dianggap sebagai perkara yang bersifat sampingan,
yang ditekankan hanyalah aspek ritualnya sahaja. Pengorbanan
semata-mata kerana Islam dalam setiap khidmat yang ditaburkan
telah beralih kepada “pengorbanan” untuk mendapat nama,
141
pangkat, dan kedudukan. Penghormatan kepada al-Qur‟an, al-
Hadith, dan pendapat para ulama yang mutawatir sebagai sumber
ilmu terutama dalam aspek pengurusan dan pentadbiran, telah
mula lenyap. Karya-karya para ulama yang mu‟tabar yang pada
satu ketika dulu menjadi landasan dalam pembangunan tradisi
ilmu Islam yang begitu cemerlang telah tidak dijadikan rujukan
utama oleh para pengurus kini, kononnya tidak praktikal dan pada
pendapat mereka, perlu ditafsirkan semula. Pengiktirafan yang
sewajarnya tidak diberikan kepada para ulama dan ilmuwan Islam
masa kini, dengan anggapan bahawa mereka hanya pandai berteori
dan tidan layak untuk dilibatkan dalam mana-mana perencanaan
pengurusan dan pentadbiran negara kecuali yang hanya
menyangkut dengan agama semata-mata. Akhirnya, para pengurus
ini menjalankan setiap urusan pentadbirannya dalam keadaan
seolah-olah Tuhan itu tidak wujud atau Tuhan seperti tidak
mengetahui apa yang dilakukannya atau yang difikirkannya.
Keadaan yang digambarkan di atas berlaku dalam dunia
pengurusan masa kini kerana sebahagian daripada para pengamal
pengurusan di negara ini tidak sedar betapa palsunya gagasan
Pengurusan Barat yang menjadikan hawa nafsu sebagai asas peri
laku manusia. Hal ini terpampang jelas dalam kata-kata seorang
142
ahli psikologi, Abraham Maslow, dalam bukunya Eupsychian
Management, yang besar pengaruhnya dalam disiplin pengurusan
Barat:
My work on motivations came from the clinic, from a study of
neurotic people…. I would like to see lot more studies of this kind
before feeling finally convinced that this carry-over from the study
of neurosis to the study of labour in factories is legitimate.23
Hakikat pengurusan yang sedemikian rupa nampaknya telah
menghalang manusia daripada mencapai pengertian yang sebenar
tentang matlamat ia dizahirkan di atas muka bumi ini. Jika aspek
kegilaan inilah yang menjadi asas dalam pengurusan, terutama
dalam mengisi keinginan shahwat yang tidak mengerti suatu pun
akan batas kebenaran, tidak hairanlah jika semakin ramai manusia
telah menghumban jauh kemuliaan martabat kejadian yang
dianugerahi oleh Allah S.W.T. padanya. Tidak hairan juga jika
semakin ramai manusia telah berubah kedudukannya daripada al-
hayawan al-natiq kepada hayawan hedonistik sehingga ghaflah
23 Petikan ini dipinjam daripada petikan yang dibuat oleh Hj. Mohd. Affandi
Hassan, Pujangga Melayu (Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1977),
m.s. 636.
143
akan maksud „ubudiyyah kerana „ashiq dan khayal dalam
kemashghulannya mengejar kebendaan. Dalam keadaan yang
sebegini, manusia akan mula ditunggangi oleh unsur
shahwaniyyah dan ghadabiyyah yang lepas bebas yang bakal
menjunamkannya ke dalam jurang kecelakaan lalu akan terus
membiarkan jiwanya duduk dalam keadaan murung (huzn) dan
menderita (ghummah). Penderitaan jiwa ini kemudiannya akan
terjelma dalam reaksi-reaksi yang bersifat neurotic dan psychotic
sehingga menakibatkan seseorang itu akan terus diselubungi
dengan zulm dan fasad. Punca kepada berlakunya tragedi yang
sebegini sekurang-kurangnya telah dinyatakan oleh Scott Peck,
seorang ahli psychiatrist Amerika, seperti berikut:
The major reason for this strange state of affairs is that the
scientific and religious models have hitherto been considered
totally immiscible – like oil and water, mutually incompatible and
rejecting.24
24 M. Scott Peck, Denial of the Soul: Spiritual and Medical Perspectives on
Euthanasia and Mortality (Hemel Hempstead, UK: Simon & Schuster, 1997),
m.s. 129 dan 131.
144
Kenyataan sebegini dapat didokong seterusnya oleh kenyataan
Benson yang mengaitkan masalah ini dengan keadaan dunia
moden yang didominasi dengan semangat saintisme. Menurutnya:
Even when we (as scientist) acquire new information, even when
we conquer mysteries, we feel empty and unfulfilled. And faith is
the only long-term solace.25
Ciri-ciri pengurusan sebagaimana yang dinyatakan di atas, jika
dipakai dalam konteks pembangunan, adalah bertepatan dengan
apa yang telah dinyatakan oleh Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan
Daud, akan menghasilkan zero-sum development26 yakni
pembangunan yang semakin melambangkan keangkuhan manusia.
Walaupun amalan pengurusan tersebut menerbitkan satu bentuk
pembangunan yang berjaya dari segi kebendaan tetapi ia semakin
menjauhkan manusia daripada kesederan “keberhutangan”27
25 Herbert Benson, Timeless Healing (London: Simon & Schuster, 1996), m.s.
202 dan 208.
26 Pandangan beliau yang amat menarik ini boleh dirujuk dalam artikelnya
Some Basic Issues of Development, Malaysian Development Experience:
Changes and Challenges (Kuala Lumpur: INTAN, 1994), m.s. 875 – 878.
27 Prinsip keberhutangan yang dimaksudkan di sini adalah salah satu inti pati
utama yang dapat menyatakan konsep al-Din. Perkara ini dihuraikan dengan
terperinci oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam buku beliau
145
kepada Allah S.W.T.; menjadikan nafsu al-ammarah 28 semakin
bermaharajalela; dan melahirkan peri laku yang diistilahkan
sebagai schizophrenia atau split personality ( yakni keadaan
fikiran atau emosi yang kacau-bilau akibat tidak mempunyai
tujuan yang sehala) sehingga membawa kepada konflik kejiwaan
yang disebut oleh Emile Durkheim sebagai anomie atau
normlessness29. Bencana yang sebeginilah yang mungkin
mengakibatkan penyakit yang dinamai oleh Dr. V.E. Frankl
sebagai noogenic neurosis30 iaitu sejenis penyakit mental yang
berlaku disebabkan oleh konflik di antara jiwa dengan nilai yang
pelbagai. Ini berpunca daripada kegagalan manusia mengenali
makna sebenar kehidupan atau mengenali hakikat diri yang
sebenar.31
Islam: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality
(Kuala Lumpur: ABIM, 1976).
28 Keadaan ini merujuk kepada diri yang sentiasa terdorong untuk melakukan
perkara-perkara keji (mazmumah) dan munkar dalam agama atau perkara-
perkara yang melanggari fitrah insaniyyah.
29 Robert K. Merton, Social Theory and Social Structure, edisi semakan dan
penambahan (Glencoe: Free Press, 1957), m.s. 136 nota 6.
30 Sila rujuk V.E. Frankl, Man‟s Search for Meaning (London: Holder and
Stoughton, 1964).
31 Dalam Surah al-Hasyr 59:19, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,
“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang melupai Allah, lalu Dia
menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang yang
fasiq.” Dalam ayat sebelum ini, Allah memerintahkan kita supaya menilai dan
146
Kegagalan ini telah mengakibatkan faham liberal demokrasi Barat
terpampang jelas dalam matlamat pengurusan yang memberi
perhatian kepada sains dan teknologi dalam membina masyarakat.
Hakikat sebegini akan dapat dilihat dengan jelas jika kita sedari
bahawa sains pengurusan Barat sebenarnya telah dan semakin
hebat mendakyahkan satu pandangan hidup yang mengutamakan
tragedi dan nilai kebangsaan yang menepati jiwa Barat dan
kebudayaannya lalu dipaksakan untuk dialami oleh bangsa-bangsa
lain melalui ilmu-ilmu baru yang dibentuk bermula dari
terpancarnya anasir saintisme di Barat. Disiplin-disiplin baru yang
dimunculkan oleh Barat juga, tidak terkecuali pengurusan, secara
halus menyatakan kekecewaan mereka dalam pengalaman
beragama dan menggambarkan rasa tidak senang serta prasangka
mereka terhadap prinsip kewujudan Tuhan.
ii. Faktor Epistemologi
Kebatilan sains pengurusan Barat juga dapat diselami melalui
falsafah ilmu yang dijadikan sebagai landasan dalam penggubalan
memerhatikan dengan pandangan mata hati kita sama ada setiap usaha yang kita lakukan itu membawa manfaat atau tidak kepada kita pada Hari Akhirat.
147
disiplin tersebut. Kita perlu sedar bahawa pembinaan disiplin
pengurusan berlaku dalam keadaan pemikiran para pemikir
pengurusan Barat mengendong sikap saintifik yang secara jelas
menentang ilmu wahyu dan meragui sepenuhnya terhadap ma‟na
kerohanian. Landasan pemikiran yang tidak bertitik tolak daripada
kesedaran tentang hakikat wujud dan kewujudan ini kemudiannya
telah menerbitkan pelbagai bentuk kejahilan yang bermula
daripada zann, syakk dan berakhir dengan wahm.
Bentuk-bentuk kejahilan inilah yang “mewarnai” segala teori dan
prinsip pengurusan, lalu jika dipegangi, akan meranapkan
kemuliaan dan martabat kemanusiaan. Oleh itu, akan terlihatlah
dalam dunia pengurusan khususnya, ramai manusia yang tubuhnya
atau rupa zahirnya sahaja manusia tetapi jawhar diri yang
dikendongnya itu, yang pada asalnya bersifat kemalaikatan, telah
bertukar sifat sama ada sebagai hayawan, syaitan, atau taghut
(pewaris utama sifat fasad Fir‟aun, Hamman, Qarun dan Namrud).
Tidak hairanlah jika amalan pengurusan itu dijalankan dengan
penuh bernafsu yang bercapur-baur dengan perasaan dengki,
dendam, hasad, iri hati, angkuh, riya‟, „ujub, takabbur dan penuh
dengan matlamat peribadi. Asas ketenangan dan kedamaian
dalam organisasi yang berteraskan semangat jihad dan
148
pengorbanan jiwa raga bagi melaksanakan keadilan dalam setiap
aspek pengurusan mula diabaikan. Prinsip mewaqafkan seluruh
hidup dan tenaga bagi mencapai maslahah ummah melalui amalan
pengurusan tanpa rasa terikat kepada sesiapa kecuali kepada
hukum Allah dan sunnah Rasul-Nya, telah tidak dipegangi.
Maqam yaqin kelihatannya tidak banyak dicapai oleh para
pengurus masa kini. Maqam yaqin ini pada hakikatnya terpancar
melalui kesediaan seseorang pentadbir dan pengurus itu bertaubat
apabila ia sedar telah membuat keputusan yang salah; sabar jika
belum sampai maksud yang dihajati; shukur setelah mencapai
sesuatu kejayaan; ridha dengan natijah yang diperolehi; takut
(khauf) akan melakukan kebatilan dan kezaliman; berkeadaan
mengharap (raja‟) untuk senantiasa dapat melaksanakan
kebenaran dan menyempurnakan „ubudiyyahnya kepada Allah
S.W.T.; dan tidak putus bermunajat dan bertawakkal kepada Allah
S.W.T. dalam melakukan sesuatu ikhtiyar.
Dalam hal ini, benarlah sebagaimana yang sering diungkapkan
oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam tulisan-
tulisan dan syarahan-syarahan beliau tentang ilmu bahawa
kekacauan dan kefasadan yang dilakukan dalam aspek keilmuan
akan mengakibatkan keadaan kacau-bilau dari segi adab sehingga
149
sesuatu itu tidak disusun dengan tertib dalam sistem kewujudan
berdasarkan martabat dan darajatnya masing-masing sebagaimana
yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.. Dalam disiplin
pengurusan yang banyak berkisar pada pengkajian tentang
tingkah-laku manusia dalam kehidupan berorganisasinya,
kebenaran ini terbukti apabila teori-teori pengurusan itu dihasilkan
melalui kaedah sains tabii (natural scientific method) yang penuh
dengan ideologi saintismenya ke arah melahirkan kebenaran yang
bersifat objektif. Apabila terpakainya kaedah ini, maka dengan
jelas terjadinya pemisahan antara fenomena kerohanian dan
jasmani. Keadaan ini sinonim dengan gerakan logical positivism
yang menobatkan akal hayawani manusia sebagai sumber untuk
mencapai ilmu dan pada masa yang sama menghancurkan wibawa
ilmu wahyu sebagai sumber utama ilmu. Inilah juga yang
dinyatakan oleh Syed Hossein Nasr sebagai reductionist , iaitu
label kepada sains Barat kerana ia bukan sahaja memisahkan
antara akal dan wahyu bahkan menolak sama sekali wahyu
sebagai punca dasar ilmu.
Berdasarkan kepada suasana ilmu yang sebegini, Barat
menetapkan bahawa kebenaran sesuatu teori itu bergantung
kepada sejauh mana teori tersebut menepati skala akal hayawani
150
manusia dan sejauh mana teori tersebut berjaya membuahkan
faedah-faedah kebendaan yang menyeronokkan hawa
nafsu(hedonisme). Dalam kata lain, hujah bagi menetapkan
kebenaran sesuatu teori itu bergantung kepada khayalan dan emosi
yang penuh dengan kepalsuan nilai. Bagi Barat juga, teori
pengurusan yang dihasilkan melalui kaedah ini dianggap begitu
pragmatik dan begitu unggul kerana berjaya menggabungkan
dalamnya kaedah logical dan empirical. Bagi kita pula sebagai
orang Islam, kita sewajibnyalah menetapkan kaedah ini sebagai
kaedah shirik kerana ternyata wujudnya pemisahan antara kaedah
naqli dengan kaedah aqli.
Cabaran dalam Pelaksanaan Pengurusan Islam
Melalui kenyataan di atas dan berdasarkan pengalaman
pengurusan yang dilalui oleh negara kita semenjak kemerdekaan
sehinggalah kini, sememangnyalah mustahil bagi kita untuk
memperkatakan amalan pengurusan Islam yang telah dan sedang
dilaksanakan di Malaysia. Cuma yang boleh difikirkan di sini
adalah amalan pengurusan yang bermiripkan Islam yang tidak
semestinya Islam, atau pun amalan pengurusan yang
berperspektifkan Islam tetapi masih diletakkan dalam dominasi
151
pemikiran pengurusan Barat yang akibat akhirnya, beberapa
prinsip Islam diubah suai dengan tidak beradab sekali supaya
menepati semangat sains pengurusan Barat tadi.
Usaha yang dilakukan oleh kerajaan dengan mengenengahkan
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran pada
tahun 1985 dan menggubal Pekeliling Am tentang Garis
Panduan bagi Mengadakan Ceramah Penerapan Nilai-nilai
Islam dalam Perkhidmatan Awam pada tahun 2001 bukanlah
boleh dijadikan sebagai justifikasi utama bagi kita menthabitkan
bahawa kita telah mengamalkan pengurusan Islam. Walau pun
usaha tersebut merupakan usaha murni kerajaan bagi memastikan
semua tanggung jawab dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh
semua penjawat awam, namun terdapat beberapa persoalan utama
yang perlu dijawab terlebih dahulu sebelum kenyataan bahawa
kita telah mengamalkan pengurusan Islam dapat dikeluarkan.
Pertama, apakah matlamat kita sebenarnya di sebalik usaha
penerapan nilai-nilai Islam. Adakah semata-mata mahu digunakan
sebagai alat bagi mencapai maksud kenegaraan yang
menumpukan kepada kepentingan pragmatik ekonomi dan sosio-
politik, atau sebagai teras bagi melahirkan insan adabi yang
152
senantiasa sedar tentang amanah keinsanannya. Jika ianya
dijadikan sebagai alat dalam maksud utilitarianisme bagi
mencapai keinginan yang bersifat hedonistik, sudah tentu ini akan
membantu menyemarakkan api kefasadan yang bakal merobek
kalbu-diri yang selama ini telah dibekalkan dengan kalimah
tawhid. Kelak, akan lahirlah anasir pendewaan diri yang
membayangkan akibat pemikiran humanisme yang menetapkan
bahawa Tuhan bersifat statik dan tidak layak mencampuri urusan-
urusan keduniaan kerana kononnya akan menghilangkan
kekudusan Tuhan. Di sinilah punca yang membawa kepada
faham kenisbian (relativeness) nilai lalu ma‟na pada sesuatu nilai
itu senantiasa diubahsuai mengikut dorongan hawa nafsu.
Alangkah baiknya jika pelaksanaan nilai-nilai Islam dalam
pentadbiran kerajaan sekarang dimulakan atas kesedaran untuk
mengembalikan manusia kepada prinsip taklif yang benar-benar
menepati fitrah kemanusiaan yang meliputi dua aspek amanah
yakni amanah sebagai hamba Allah yang setiap detik wajib
mengenal dan mengiktiraf kewujudan-Nya dalam setiap sudut
kehidupan dalam konteks menthabitkan tawhid rububiyyah, dan
amanah sebagai khalifah-Nya yang berperanan memakmurkan
153
serta membangunkan kehidupan dunyawi ini menurut ketetapan
Illahi iaitu dalam konteks menthabitkan tawhid uluhiyyah.
Kedua, adakah kita telah melakukan usaha yang bersungguh-
sungguh bagi menyisihkan (dewesternization) gagasan pemikiran
Barat yang berteraskan Sekularisme yang mendominasi disiplin
pengurusan. Adakah kita sudah cukup peka dan memahami setiap
andaian (presupposition) yang dipakai oleh Barat dalam
membentuk pelbagai teori pengurusan. Adakah kita sudah cukup
sedar tentang akibat akhir yang bakal merundung kehidupan kita
ekoran daripada
sikap kita yang membuta tuli mengikut apa saja pemikiran yang
dilambakkan oleh Barat yang membuaikan kita dengan dendangan
lagu kejayaan yang mengalpakan yang muziknya dimainkan oleh
pemusik-pemusik palsu.
Tidakkah kita mahu mengambil i‟tibar daripada peristiwa yang
menimpa Sayyidina Adam „alaihi al-salam yang dipesonakan dan
dialpakan oleh syaitan tentang buah pohon khuldi yang jika
dikecapi konon-kononnya dapat mengekalkan kehidupan baginda
di shurga, atau tidakkah kita sudah cukup diperingatkan oleh
Rasulullah sallahhu „alaihi wa sallam tentang bahana lubang
154
biawak yang kononnya dapat menyelamatkan dan membebaskan
kehidupan kita tetapi sebenarnya bakal menggelapkan kalbu diri
dan membebalkan akal-budi.
Perlulah kita perhati dengan bersungguh-sungguh bahawa
organisasi yang semata-mata digerakkan berteraskan falsafah
pengurusan Barat sebenarnya tidak berupaya menzahirkan
manusia sebenar yang benar-benar faham tentang ma‟na dan
hakikat insan sebaliknya hanya berupaya membanyakkan manusia
sekular, manusia politik atau manusia ekonomi yang lalai
bertafakkur tentang asal-usulnya, hakikat kejadiannya, amanahnya
di atas dunia ini, kedudukannya yang mulia sebagai makhluk
pilihan, ke‟aiban dirinya, hakikat amalnya, dan kesudahan
hidupnya. Organisasi yang sebegini hanya membayangkan siyasah
„akliah-hayawaniyyah yang senantiasa dikepungi kejahilan zann,
shakk, dan
wahm yang semakin meneguhkan penjara jiwa manusia yang
berada dalamnya: mereka merasakan sudah cukup mengenali
dunia tetapi sebenarnya mereka semakin diperdaya dan
dimudaratkan oleh kehidupannya. Inilah akibat hati yang menjadi
kerajaan di dalam tubuh itu tidak dijaga sebaliknya nafsu diangkat
155
menjadi raja hinggakan agama tidak dapat dipegang sebaik-
baiknya. Inilah api
yang terselindung di dalam sekam pengurusan Barat yang begitu
hedonistik matlamatnya sehingga membuat hati pengamalnya
menjadi keras dan terpadam cahayanya, lupa daratan kerana asyik
bergelumang dengan prinsip-prinsip pengurusan yang penuh
khurafat, shubahah dan haram, cetek akal, dan hilang semangat
peng‟abdian.
Ketiga, adakah dalam akal kita telah tertunjang pandang alam
Islam yang sempurna sebagai landasan bagi melaksanakan
Islamisasi dalam erti kata membebaskan diri daripada tradisi
tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan, dan selepas itu
membebaskan akal dan bahasa daripada pengaruh sekularisme lalu
kembali kepada kejadian asalnya yakni kepada fitrah, atau adakah
kehidupan kita semakin suram diselubungi dengan prinsip
dualisme, humanisme, dan tragedi yang menjadi inti pati utama
pengurusan Barat yang diwarisi oleh kita selama ini. Haruslah
disedari bahawa walaupun disiplin pengurusan Barat terkandung
dalamnya aspek kebijaksanaan jasmaniyyah
156
namun kekuatan tersebut tidak berupaya melahirkan kejayaan
dalam konteks al-falah jika disiplin tersebut tidak ditundukkan
kepada al-Din.
Pembentukan pandang alam Islam dalam akal amatlah penting
kerana ia kelak akan berfungsi sebagai acuan yang dapat
menampilkan perspektif yang jelas dalam setiap tindak-tanduk
yang kita lakukan khususnya dalam mengendalikan soal
pengurusan. Tanpa adanya pandang alam Islam, kita akan
cenderung menuruti nafsu dalam setiap pertimbangan dan
keputusan serta sangat kurang
memeliharakan yang sia-sia. Akibatnya, hati akan menjadi buta
hinggakan akhirat tidak akan menjadi nyata. Lebih malang lagi,
disiplin pengurusan pada masa kini banyak mengajar kita supaya
masyghul teramat pada dunia sehingga secara tidak sedar terlepas
pegang pada agama, lebih menjadikan kita jahil berbanding
ma‟rifat, sering menyalah suruh dan tegah Allah, tidak mengenali
hakikat diri kerana asyik bergelumang dengan cita-cita dunia yang
mudarat, dan lupa akan akhirat lalu kepada Islam amatlah khianat.
Persoalan-persoalan yang dibangkitkan di atas perlulah dianggap
sebagai cabaran yang terpaksa dihadapi dalam konteks
157
penggubalan disiplin pengurusan Islam kerana jawapan kepada
setiap persoalan tersebut akan dapat sekurang-kurangnya
menzahirkan ma‟na dan maksud asasi tentang aspek pengurusan
sebenar yang menepati prinsip dasar al-Din al-Islam. Apa yang
wajib dielakkan ialah pengurusan itu janganlah ianya sampai ke
peringkat pemujaan diri, akal dan nafsu sebaliknya hendaklah ia
dibataskan sebagai hiasan yang memancarkan lagi keindahan
sistem mu‟amalah Islam dan pada masa yang sama,
pelaksanaannya itu hendaklah dipastikan sejajar dengan hakikat
iman, Islam dan ihsan.
158
SYURA DALAM ORGANISASI ISLAM
Berbeza pandangan di antara satu sama lain adalah lumrah
manusia. Firman Allah SWT dalam Surah Hud, ayat 118: Dan
kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah
Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang
satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah
mereka terus-menerus berselisihan. Namun, jika perbezaan
pandangan ini tidak diuruskan dan diselesaikan dengan baik, maka
ia akan mewujudkan konflik yang akhirnya sukar untuk
diselesaikan. Di sinilah bermulanya kepentingan untuk
melaksanakan syura. Syura adalah proses perbincangan dan
perundingan untuk mengeluarkan keputusan atau untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Ia adalah merupakan sebuah
medan untuk mewujudkan kesatuan pemikiran (wehdatul fikr)
yang akan menjurus kepada kesatuan amal (wehdatul amal).
159
Pandangan-pandangan yang pelbagai ini perlu digarap dan
diharmonikan untuk mengeluarkan satu keputusan yang benar-
benar matang demi kepentingan bersama.
Perspektif
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa
dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-
mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di
antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).(al-Hujurat:
13)
Ayat al-Quran tersebut menggambarkan kepada kita betapa
manusia ini secara fitrahnya berbeza dari segi agama, bangsa,
latarbelakang keluarga, pendidikan, skop kerja, tanggungjawab,
kepentingan dan sebagainya. Kepelbagaian inilah yang akhirnya
mewujudkan perbezaan cara pemikiran, tingkah-laku dan
160
pembawaan. Wujudnya perbezaan pandangan kerana mereka
melihat dari sudut ruang lingkup dan perspektif masing-masing.
Oleh itu, mereka yang terlibat dengan syura perlu mempunyai
sahsiah yang terbaik demi menerapkan roh syura dalam
menyelesaikan kepelbagaian dan ketidaksatuan pandangan
tersebut. Antara akhlak dan disiplin dalam mesyuarat adalah:
Positif kepada orang lain. Individu yang menyertai atau
terlibat dalam mesyuarat perlu menganggap ahli-ahli mesyuarat
yang lain sebagai sahabat, bukan musuh. Jika dia menganggap
orang lain sebagai musuh, maka timbullah sikap negatif terhadap
mereka. Setiap pandangan orang lain akan cuba disangkal
walaupun ia sebenarnya tepat. Dalam sesi mesyuarat, dia akan
sibuk mencari kelemahan dan kesalahan orang lain. Setiap kali dia
bercakap, diungkit-ungkit kesalahan orang lain, bukannya mencari
penyelesaian terhadap masalah yang berlaku. Lalu masa terbuang
begitu sahaja.Mesyuarat berakhir tanpa sebarang keputusan. Hasil
yang ada hanya iri hati, cemburu, api kebencian dan permusuhan.
Fokus kepada matlamat mesyuarat dengan mengkaji dan
membuat analisis tentang isu yang akan dibincangkan. Semasa
bermesyuarat, dia perlu memberi penerangan atau taklimat kepada
161
anggota-anggota mesyuarat yang lain untuk memastikan mereka
faham terlebih dahulu matlamat dan objektif mesyuarat tersebut.
Dia juga perlu mengawal skop perbincangan agar tidak lari dari
matlamat asal. Individu yang mengendalikan mesyuarat sangat
berperanan memastikan mesyuarat menjadi medan yang berkesan.
Dia perlu membuat persediaan sebelum memulakan sesuatu
mesyuarat. Antaranya, beri ruang kepada semua pihak
mengutarakan pandangannya. Seterusnya, mengharmonikan
jurang-jurang perbezaan yang ada agar dapat menjaga kepentingan
semua pihak. Anggota jawatankuasa atau ahli mesyuarat juga
perlu mempunyai akhlak dan disiplin agar perjalanan proses
mengeluarkan keputusan itu lancar. Sekiranya ruang tidak dibuka
seluas-luasnya untuk bersuara, pastinya ada orang yang keluar dari
bilik mesyuarat dengan perasaan tidak puas hati.Mereka juga
mesti berlapang dada menerima pandangan dan teguran pihak lain.
Jangan merasa tercabar seolah-olah maruahnya dipijak-pijak
apabila pandangan ditolak oleh ahli mesyuarat. Tidak perlu untuk
merasa hina dan melenting ketika pihak lain mempunyai
pandangan kedua. Firman Allah SWT yang bermaksud:Dan
taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu
berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu akan menjadi
lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah
162
(menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati). Sesungguhnya
Allah beserta orang-orang yang sabar. (al-Anfaal: 46)Rasulullah
SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam soal ini.
Baginda mempamerkan sikap kepimpinan yang ideal dalam
menegakkan prinsip syura ini. Walaupun Baginda adalah seorang
rasul yang pastinya dibimbing oleh Allah SWT, tetapi masih
memberi ruang kepada sahabat-sahabat untuk mengemukakan
pandangan.Tidak ada halangan bagi mereka untuk terlibat sama
dalam proses mengeluarkan keputusan kerana keputusan tersebut
akan dilaksanakan untuk kepentingan bersama. Dalam peperangan
Badar, Rasulullah SAW menerima pandangan Hubab r.a
mengenai tempat pertempuran. Hubab r.a mencadangkan untuk
tentera Islam menduduki tempat yang paling dekat dengan air
kerana ia sangat penting bagi tentera dan haiwan tunggangan
mereka. Dalam perang Khandak pula, Rasulullah SAW bersetuju
dengan pandangan Salman al-Farisi yang berketurunan Parsi
untuk menggali parit bagi berhadapan dengan tentera Ahzab.
Strategi ini membantu pasukan tentera Islam berjaya dalam semua
peperangan dengan pihak musuh. Demikianlah antara episod-
episod betapa Rasulullah SAW menunjukkan contoh yang terbaik
dalam memimpin sesebuah organisasi. Iaitu mengambil dan
menerima pandangan sahabat-sahabat.
163
Merendah diri, jangan ego dan sombong. Sekiranya
Rasulullah SAW boleh menerima pandangan sedangkan baginda
adalah merupakan penghulu kepada rasul, nabi dan umat manusia,
maka mengapa kita terlalu ego dan sombong untuk sekurang-
kurangnya mendengar pandangan orang lain? Di sini
menunjukkan kepada kita bahawa jawatan dan kedudukan yang
dipegang, setinggi mana pun ia, tidak boleh menjadikan individu
tersebut kebal dengan sebarang teguran dan pandangan. Lebih-
lebih lagi kita adalah manusia yang tidak maksum. Memerlukan
bantuan daripada sahabat-sahabat yang lain untuk menampung
segala kekurangan.Jikalau tidak bersetuju dengan pandangan
tersebut, maka adalah lebih baik menggunakan bangkangan yang
paling lembut dan berhikmah. Kenapa perlu bertelingkah,
sedangkan kita mempunyai pilihan untuk bermesyuarat dalam
suasana yang cukup harmoni, aman dan penuh ukhuwah. Jangan
memperkecil dan meremehkan pandangan orang lain disebabkan
kedudukannya lebih rendah daripada kita. Ingat, Allah SWT yang
menggerakkan fikiran seseorang itu untuk mengeluarkan buah
fikiran, tidak kira tinggi atau rendah pangkatnya. Hayati firman
Allah dalam surat al-Hujuraat ayat 11. Ahli mesyuarat juga perlu
mengelak daripada membangkitkan isu-isu yang menyentuh
perkara sensitif dan terlalu peribadi yang akhirnya menimbulkan
164
permusuhan di kalangan anggota. Bahkan, mencetuskan dendam
kesumat yang tidak akan padam.
Jauhi prasangka buruk kerana prasangka buruk ini tidak
akan berlaku kecuali apabila kita mempunyai pemikiran yang
negatif. Cuba mulakan segalanya dengan positif terlebih dahulu.
Mendengar idea yang dikemukakan oleh orang lain memerlukan
penilaian secara positif terlebih dahulu. Sekiranya kita mempunyai
tanggapan yang negatif, maka kita akan cenderung untuk
menolaknya walaupun sebenarnya ia mempunyai kebaikan untuk
organisasi. Ingatlah firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat,
ayat 12.Sebenarnya, konsep syura bukan hanya berlaku semasa
waktu mesyuarat sahaja, tetapi ia juga perlu diaplikasikan dalam
rutin kehidupan harian di tempat kerja atau di rumah.Bayangkan
seorang suami mengaplikasikan konsep syura dalam
rumahtangganya. Tentulah akan mewujudkan suasana yang cukup
bahagia dan tenteram. Begitu juga sebuah institusi yang
mempunyai masalah dan konflik dalaman yang begitu parah. Ia
tidak akan dapat diselesaikan melainkan dengan aplikasi semangat
syura. Kita melaksanakan syura bukan kerana memenuhi prosedur
syarikat atau organisasi semata-mata, tetapi lebih besar daripada
itu adalah disebabkan perintah dan arahan Allah SWT. Firman
165
Allah SWT yang bermaksud:...Dan urusan mereka dijalankan
secara bermesyuarat sesama mereka. (asy-Syura)
166
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DARI PERSPEKTIF
ORGANISASI DAN PENGURUSAN ISLAM
Pengenalan
Strategi pengurusan dan pembangunan modal insan amat
penting kepada sesebuah organisasi kerana ia memberi
sumbangan yang amat besar kepad a kemajuan organisasi dan
pembangunan Negara. Pengurusan ditakrifkan sebagai proses
untuk mendapatkan modal atau men ggemblengkan segala input
di dalam sesebuah organisasi dengan cara paling optimum
untuk mencapai objektif organisasi. Ini disokong oleh George
dan Jones (2006) yang mengatakan p engurusan ialah perancan
gan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan modal
insan dan sumber-sumber modal yang lain untuk mencapai
matlamat organisasi secara cekap dan berkesan.
167
Seterusnya, pengurusan organisasi pula merujuk kepada
proses merancang, men gorganisasi, memimpin dan memantau
segala aktiviti anggota-anggota dalam sesebuah organisasi
dengan menggunakan segala sumber organisasi yang ada bagi
mencapai objektif organisasi yang ditetapk an. Secara tidak
langsung, pengurusan dan pengurusan organisasi ini adalah saling
berkait. Ianya merujuk kepada proses peningkatan produktiviti
tenaga insan atau dikenali sebagai pengurusan dan pemban
gunan modal insan yang melibatkan usaha-usaha
penggemblengan segala input atau sumber di dalam sesebuah
organisasi dengan cara paling optimum untuk mencapai objektif
organisasi.
Merujuk kepada senario di negara ini, strategi
pembangunan modal insan juga telah menjadi agend a utama
dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Bajet 2007 misalnya telah memberi peruntukan besar k epada
pembangunan modal insan iaitu sebanyak 21 peratus daripad a
keseluruhan perbelanjaan. Perdana Menteri Malaysia misalnya
telah mengumumkan bahawa daripada peruntukan sebanyak
RM33.4 bilion, RM6.7 bilion disalurkan kepada pendidikan
rendah, R M6.2 bilion untuk pendidikan menengah, RM10.4
168
bilion untuk pengajian tinggi dan sebanyak RM10.1 bilion
untuk program latihan. 3 Melalui peruntukan tersebut, sudah
tentu ini akan memudahkan usaha membangunkan modal insan
yang selama ini menjadi prasyarat penting dalam memacu
pertumbuhan rantaian ekonomi yang berpaksikan pengetahuan
serta teknologi terkini.
Dari perspektif pengurusan Islam, pen gu rusan dan
pembangunan modal insan merupakan komponen utama yang
p erlu dititikberatkan di dalam menggerak dan memajukan
sesebuah organisasi. Meskipun dari segi operasional,
pengurusan Islam dilihat seolah-olah h ampir sama dengan
konvensional, namun pada hakikatnya ia berbeza, khususnya
dari segi falsafah pengurusan. Falsafah atau ideologi ini akan
memberikan sistem tersebut asas-asas dan objektifnya di
samping memberikannya prinsip-prinsip dan ketentuan.
Falsafah ini juga yang merupakan asas kepada sistem
pengurusan Islam adalah bersumberk akan k epada al-Qur‟an
dan al-Sunnah. Falsafah inilah yang kemudiannya membawa
kepada matlamat dan pelaksanaan pengurusan modal insan yang
lebih holistik dan bukannya terlalu mementingkan kepad a
169
keuntungan dengan menidakkan aspek nilai, moral dan
kesucian. Modal insan yang berkualiti dalam konteks
pengurusan Islam merujuk kepada pembangunan pekerja yang
mempun yai nilai dan ciri-ciri yang baik seperti akhlak dan
etika yang baik, berperwatakan yang sopan dan juga
berkemahiran tinggi. Mereka ini sangat produktif dan
berkeupayaan untuk menyumbang kepada kemajuan sesebuah
organisasi sama ada dalam bentuk kuantitatif mahu pun kualitatif.
Seterusnya aspek pengurusan organisasi yang baik pula
menekankan tentan g pembangunan dan pengurusan modal insan
yang teratur dan dinamik. Organisasi yang tersusun biasanya
dicapai apabila organisasi tersebut bijak dalam mengurus
struktur organisasinya supaya selaras dan selari dengan fungsi–
fungsi pengurusan yang sesuai dalam membangunkan sumber
dan aset organisasi ke arah produk dan perkhidmatan yang
berkualiti. Oleh itu modal insan dalam Islam misalnya, tidak
didasarkan semata-mata kepada kekananan ( seniority) sahaja,
sebaliknya lebih dari itu dengan melihat kepada aspek-aspek lain
seperti akhlak, kualiti kerja, kecekapan, kelebihan ilmu
pengetahuan dan d aya kepimpinan di samping mempun yai
sikap berpandangan jauh, beridealisme dan lain-lain sifat terpuji.
170
Formula Islam dalam pembangunan modal insan adalah
menerusi landasan akidah, syariah dan akhlak. Aspek terpenting
yang lahir dari komponen tersebut adalah untuk
membangunkan modal insan melalui pembangunan spiritual
ummah berasaskan kepada kekuatan rohani untuk membina suatu
peradaban yang cemerlang dan mampan. Ianya mempunyai
hubungkait dengan aspek kerja berkualiti yang merujuk kepada
usaha dan kerja oleh pekerja yang mempunyai nilai dan ciri-ciri
yang baik seperti akhlak yang baik, berperwatakan yang sopan
dan juga berkemahiran tinggi. Merek a inilah merup akan
modal insan bersifat produktif dan berkeupayaan untuk
menyumbang kepada k emajuan sesebuah organisasi. Dalam hal
ini, strategi pembangunan dan pengurusan modal insan
sememangnya memberi perhatian yan g serius kepada aspek
pengurusan organisasi yang efisyen. Pengurusan secara efisyen
ini adalah perlu dan ianya merujuk kep ada pengurusan secara
menyeluruh dan komprehensif oleh modal insan yang bernama
pekerja yang baik yang berupaya untuk mempamerkan keupayaan
dan disiplin diri secara berkesan. Mer eka ini biasanya
menganggap menganggotai sesebuah organisasi itu sebagai
amanah dan tanggungjawab, yang wajib dilaksanakan dengan
171
segala daya upaya yang boleh. Manifestasi mengurus kerja
yang baik dalam pembangunan dan pengurusan modal insan
akan melahirkan modal insan yang seimbang, teratur dan
dinamik.
Pengurusan yang baik juga menitikberatkan tentang
hubungan di antara pihak pengurusan dengan pihak orang
bawahan (subordinates ) yang perlu dilakukan secara positif,
bertoleransi dan bersifat bek erjasama dan tolong-menolong
dalam memajukan pengurusan organisasi secara berkesan. Oleh
yang demikian, sifat diskriminasi sewajarnya dielakkan di dalam
pengurusan modal insan bagi menjamin pengurusan yang
berkualiti dan disegani. Struktur organisasi yan g tersusun dan
berkualiti akan dicapai apabila organisasi tersebut bijak dalam
menyusun struktur organisasinya supaya selaras dan selari den gan
fungsi-fun gsinya yang sesuai dalam membangunkan produk dan
perkhidmatan yang berkualiti. Struktur organisasi yang tersusun
ini amat perlu supaya para pekerja diberi ruan g dan peluang
yang lebih fleksibel dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab. Selain itu, kualiti pen gurusan modal insan
dari perspektif Islam juga melihat kepada kriteria-kriteria lain
seperti penilaian prestasi kerja, kualiti kerja, kecekapan,
172
kelebihan ilmu pengetahuan dan daya kepimpinan seseorang di
sampin g mereka ini berpandangan jauh, mempun yai idealisme
yang tinggi dan lain-lain sifat yang terpuji. Kecemerlan gan
sesebuah organisasi adalah ber gantung kepada kualiti
pekerjanya. Pekerja yang berkualiti bukan sahaja bergantung
kepada tahap pembelajaran mereka malah lebih penting adalah
tahap-tahap pengalaman mereka dilalui di dalam p elbagai
bidang. Oleh itu, pemb elajaran, kemahiran dan pengalaman
ini akan melahirkan individu yang mempunyai keyakinan dan
pakar dalam bidang mereka. Ia juga akhirnya akan membentuk
budaya kerja cemerlang di kalangan pekerja atau modal insan
yang telah dilatih semenjak awal.
Budaya kerja cemerlang inilah yang amat diperlukan
oleh organisasi. Ian ya merujuk kepada budaya kerja murni
dan berkualiti yang menjadi amalan kerja bersama,
diperkukuhkan dengan sistem, proses, prosedur, peraturan yang
jelas dan mudah dilaksanakan. Ianya perlu dimulakan oleh perin
gkat atas pentadbiran organisasi, seterusnya diturun dan
diimplementasikan di kalangan pengurusan eksekutif atau
pertengahan dan seterusnya diamal dan dihayati oleh pekerja
bawahan. Seterusnya pengurusan secara Islam melihat modal
173
insan melalui pekerja yang berkualiti sama ada dari segi
akhlak, tingkah laku dan juga kepakaran dan kemahiran
mereka. Mereka ini juga senantiasa bersedia untuk
menyumbang dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan
produktiviti organisasi demi mencapai al-falah. Hal ini bertepatan
dengan takrifan pengurusan Islam oleh Mohd Affandi Hassan
yang dipetik dari Ab. Mumin Ab. Ghani (2006)
sebagaimana berikut:
“ Pengurusan dan pentadbiran dalam Islam, ialah
penyempurnaan amanah yang diterima manusia dari Allah
S.W.T sebagai hamba dan khalifah-Nya di bumi, untuk
mengerjakan amal salih secara syura dalam organisasi.
Tujuan pengurusan dan pentadbiran ialah untuk membina
peradaban yang diredai Allah berlandaskan ajaran tauhid;
dengan itu pengurusan dan pentadbiran bertanggungjawab
menghapuskan al-fasad untuk menegakkan keadilan dalam
organisasi dan juga dalam masyarakat ”.
Oleh itu, semangat berusaha dan bekerja ke arah
kualiti dan prestasi yang lebih baik inilah yang amat perlu bagi
mengurus modal insan sesebuah organisasi secara lebih
174
sistematik dan berjaya. Sebagaimana merujuk kepada maksud
firman Allah S.W.T. “Allah tidak akan mengubah nasih sesuatu
kaum itu sehinggalah mereka itu sendiri merubahnya”.
Deskripsi Tentang Pembangunan Modal Insan
Modal insan merupakan individu yang tidak bersifat
individualistik tetapi bersifat sebahagian daripada masyarakat
Malaysia yang berilmu, berkeyakinan, memiliki nilai yang murni
dan moral yang tinggi. Juga beretika, berbudi pekerti, bersopan
santun, mempunyai keluarga yang mantap berdisiplin, dinamik,
berdaya tahan tinggi, berinovasi, kreatif, sihat, bersemangat
patriotik, cekal, berintegrasi dan berdaya saing. Modal insan ini
penting untuk mewujudkan personaliti yang unggul dan setiap
indiv idu perlu mengamalkan setiap unsur-unsur dalam modal
insan demi menentukan hala tuju negara, bangsa dan agama.
Sebagaimana memetik kenyataan YAB Dato‟ Seri Abdullah
Ahmad Badawi ketika membentangkan Belanjawan 2005
menjelaskan bahawa:
“ Kemajuan dan kekuatan ekonomi bukanlah segala-galanya.
Ia perlu dilihat sebagai landasan untuk mencapai kesejahteraan
175
hidup dan keutuhan sosial. Lantas, perseimbangan kebendaan
dan kerohanian sangatlah penting supaya akan lahir tamadun
yang agung. Kita perlu bersama-sama mengambil langkah
memperka ya jiwa bangsa, tradisi, budaya dan agama tidak
seharusnya menjadi halangan kep ada kejayaan sebaliknya
perlu digarap sebagai tunjang mendaki ke mercu
kecemerlangan yang akan mengangkat martabat bangsa dan
kewibawaan negara di mata dunia ”.
Dalam perutusan sempena men yambut Hari Pekerja
2006, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi turut menegaskan bahawa dalam konteks dunia global hari
ini, modal insan yang benar-b enar berku aliti adalah suatu
kemestian. Sebagaimana kata-kata beliau dalam kenyataan yang
dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya:
“ Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan
pengetahuan serta ingin menjadi bukan sahaja sekadar mana-
mana negara maju tetapi negara maju yang mempunyai
identitinya sendiri serta mampu terus kekal pada tahap itu,
pembangunan modal insan berminda kelas pertama harus
diutamakan ”.
176
Pembentukan modal insan harus dilihat secara
menyeluruh membabitkan semua aspek kehidupan dalam individu
dan masyarakat di negara ini. Oleh itu, terdap at pelbagai
aspek yang perlu diberi penekanan dalam usaha membina
modal insan yang bersepadu, iaitu ilmu pengetahuan, daya
intelek, kemahiran, tahap peningkatan ekonomi, kebudayaan dan
sebagainya.
Menurut Ibn Khaldun (1993), faktor pembeza antara
masyarak at bertamadun dengan tidak bukanlah terletak p ada
pembahagian kerja, tetapi terletak kepada peningkatan
(produktiviti) pekerjaan. Masyarakat bertamadun merasa tidak
cukup dengan adanya pelbagai jenis pekerjaan antara mereka,
sehingga mereka merasa perlu mewujudkan pelbagai bentuk
peningkatan(produktiviti) pekerjaan yang berbeza-beza di antara
mereka. Kemahiran tenaga kerja akan menggunakan sumber
alam dan kekuatan modal insan secara optimum dan intensif
untuk kepentingan dan kesejahteraan masyarakat.Tambahan pula
dalam mentakrifkan perkataan “tamadun”, sangat jelas
ungkapan tersebut mempunyai kaitan secara lan gsung dengan
akhlak, iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan
177
perbandaran atau penempatan. Petikan berikut menjelaskan
perkaitan antara tamadun dan akhlak, iaitu:
… tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian
dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan
kemajuan, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain yang tinggi, baik,
halus dan sopan kea rah pembentukan peribadi dan komuniti
yang memiliki personality, tatasusila dan budi pekerti yang
terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau Negara
bangsa.
Selaras dengan itu, pengurusan modal insan
menekankan kepada proses persiapan tenaga insan yang
melibatkan usaha-usaha menggemblengkan segala input di
dalam sesebuah organisasi dengan cara paling optimum untuk
mencapai objektif organisasi. Pengurusan ini juga meliputi
proses merancang, mengor ganisasi, memimpin dan memantau
segala aktiviti anggota-anggota d alam sesebuah or ganisasi dengan
menggunak an segala sumber organisasi yang ada bagi
mencapai objektif organisasi yang ditetapkan. Pengurusan dan
seterusn ya pembangunan modal insan ini perlulah sentiasa
digilap kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan
178
organisasi k hususnya, terus berdaya saing dan berdaya tahan
terutama dalam zaman ekonomi sejagat yan g berlandaskan
pengetahuan dan bertunjangkan sains dan teknologi. Oleh kerana
itu, pembangunan modal insan dalam konteks pengurusan
Islam bukan sahaja setakat peningkatan tahap pendidikan,
mempunyai kemahiran dan ciri-ciri akhlak yang mulia,
berkeyakinan malah ia berkaitan dengan menghasilkan rakyat
yang mempunyai pemikiran minda kelas pertama ke arah
mengejar al-Falah iaitu kejayaan di dunia dan di akhirat.
Pembangunan Modal Insan Dalam Konteks Pendekatan Islam
Pembangunan modal insan dalam konteks pendekatan Islam
lebih memberi penekanan kepada kesedaran tentang betapa
perlunya setiap individu mengetahui tentang apa yan g perlu
dilakukan, dan bertanggungjawab sepen uhnya ke atas segala
tindakan atau perbuatan yang dilakukan supaya semua yang
dilakukan menjadi sebahagian daripada amalan terbaik (amal
soleh). Apa yang dipentingkan dalam konteks pendekatan Islam
ialah membangunkan keperibadian manusia seutuhnya selaras
dengan bakat dan potensi yang dimiliki menerusi program
pendidikan dan latihan. Penekanan yang diberikan ialah setiap
179
manusia perlu dibangunkan dengan kekuatan spiritual untuk
menggerakkan daya kerja yang tulus ikhlas, kekuatan minda
untuk memikirkan tentang kerja yang lebih sistematik dan
berdaya maju, kekuatan fizikal untuk melaksanakan kerja den
gan sepenuh ten aga serta dipupuk dengan kesedaran dalaman,
kesungguhan,disiplin dan visi masa hadapan yang jelas. Ini
kerana manusia perlu dididik supaya mempunyai nilai dan
harga diri, kep ercayaan diri dan keutuhan diri untuk merangsang
masa hadapan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Jelasnya, konsep pembangunan modal insan di dalam sesebuah
organisasi menurut pendekatan Islam mengkehendaki sesuatu
yang hendak dilakukan itu dilakukan dengan penuh ilmu
pengetahuan dan kesedaran. Setiap pekerja perlu mengetahui
dan mendapat keredaan Allah. Kejayaan sebenar ini dapat
dicapai apabila kedua-dua kehidupan tersebut dapat
diseimbangkan; menyedari tentang apa yang dilakukan kerana
ianya akan dihitung sebagai amalan soleh. Justeru, ian ya
berkehendakkan kepada satu perincian tugas dan
tanggungjawab. Oleh itu jelaslah pembangunan modal insan
perlu melip uti kekuatan jasmani dan rohani. Malah modal insan
melalui kekuatan jasmani dan rohani adalah aset terpenting yang
harus dijana sebaik mungkin demi mencapai al-falah. Ini
180
bertepatan dengan p ernyataan dan gesaan Allah dalam firman-
Nya yang bermaksud:
“Kami tinggikan darjat orang yang Kami kehendaki dan di
atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu, ada lagi yang
maha mengetahui”. 16
Pembentukan Modal Insan Sebagai Pekerja yang
Berakhlak Mulia
Akhlak memainkan p eranan penting dalam kehidupan individu
Muslim. Tanpa akhlak akan pincanglah sebuah kehidupan dan
akan hancurlah sesebuah negara. Dewasa ini pelbagai kejadian
yang berlaku ekoran d ari kelunturan akhlak di kalangan
individu seperti rasuah, jen ayah, bunuh diri, rogol dan
sebagainya. Apa yang menyedihkan ialah kelunturan akhlak
yang berlaku di kalangan individu Muslim khususn ya. Ramai
yang mengakui dirin ya sebagai Muslim, tetapi tidak memiliki
akhlak sebagaimana seorang Muslim yang benar-benar
menghayati Islam dan panduan yang digariskan dalam al-
Qur‟an. Sesebuah negara akan mencapai kemajuan jika
warganegaranya terdiri daripada individu yang berakhlak luhur.
181
Sebaliknya jika warganegaran ya berakhlak buruk, maka
rosaklah bangsa dan negara itu. Seorang pen yair Arab
bernama Syauqi Bey pernah berkata: “ Satu bangsa dikenali
kerana akhlaknya (budi pekertinya ). Jika akhlaknya telah
runtuh, maka runtuh pulalah bangsa itu ”.
Perbuatan kebaikan (ihsan) yang menentukan nilai dan
status akhlak seseorang dan inilah tujuan sebenar penciptaan
manusia sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“(Allah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji
kamu, siapa di antara kamu yang paling baik perbuatannya.”
Perbuatan atau akhlak yang baik itu bukan sahaja akan
membawa kebahagiaan kepada oran g lain, tetapi juga
membahagiakan pelaku itu sendiri. Allah S.W.T. turut mengasihi
dan berserta dengan orang-orang yan g melakukan kebaikan. Allah
S.W.T. tidak akan mensia-siakan pahala mereka dan tidak ada
balasan yang setimpal den gan kebaikan kecu ali kebaikan.
Antara kebaikan yang diperolehi oleh pelaku akhlak mulia
juga dinyatakan bahawa sesungguhnya perbuatan-perbuatan
kebaikan akan menghapus (memakan d osa) perbuatan-perbuatan
kejahatan. B ahkan lagi, amalan akhlak mulia akan menambah
rezeki daripada Allah S.W.T. sebagaimana Allah S.W.T.
182
menjanjikan bahawa sekiranya manusia bersyukur, nescaya Allah
S.W.T. akan tambahkan lagi rezeki dan sebaliknya jika mereka
kufur, sesungguhnya azab Allah S.W.T. sangat pedih.
Pembangunan Modal Insan Melalui Pendidikan Akhlak
Pendidikan akhlak merupakan wadah penting untuk merungkai
permasalahan akhlak individu dan untuk melahirkan
manusia yang baik. Penekanan pendidikan akhlak adalah
sangat penting bagi membangun dan melahirkan insan secara
bersepadu dan seimbang demi merealisasikan fungsi manusia
sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Pendidikan
akhlak Islamiyyah merupakan satu-satunya cara pendidikan
akhlak individu ke arah melahirkan manusia yang dap at
membina masyar akat yang membangun selaras dengan maksud
pembangunan dalam Islam. Melalui pendidikan yang benar dan
tepat, akh lak individu dapat dibentuk dan seterusn ya segala
kegiatan yang tidak bermoral akan dapat dikawal d an
dihapuskan.
Akhlak seseorang tidak bersifat jumud, beku atau statik
tetapi berubah melalui pendidikan, latihan dan disiplin. Menurut
183
Miskawaih, seseorang berpotensi untuk merubah akhlak
menjadi baik, sama ada dalam tempoh yan g singkat ataupun
panjang. Namun begitu, Miskawaih menyatakan lagi bahawa
kemampuan dan pencapaian seseorang dalam menerima p
endidikan dan perubahan lain adalah berbeza. Sesetengah
mereka bersikap responsif terhadap pendidikan dan berubah
menjadi baik dalam jangka masa yang singkat. Manakala
sesetengah yang lain pula, kekal dalam bentuk yang asal dan
akhlak mereka sukar dibentuk Selain itu, pembentukan insan
yang berakhlak mulia merupakan agenda utama dalam sistem
pendidikan negara. Ini jelas termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Keban gsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dengan jelas menyatakan ciri-ciri akhlak mulia iaitu insan yang
mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai baik dan buruk,
mempunyai kesedaran tentang kesan daripada perbuatan baik
dan buruk, berkeyakinan terhadap nilai murni, mengamalkan
perbuatan yang baik, menghindari perlakuan yang buruk,
menghayati nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian,
kemanusiaan dan kewargan egaraan.Pernyataan insan yang
„memiliki sahsiah seimbang dan sepadu‟ yang dijelaskan
dalam huraian Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut
antaranya ialah berkaitan den gan keseimbangan dari segi rohani
184
iaitu :
“ Men yedari dan menginsafi adanya Pencipta, menyedari dan
menginsafi tanggungjawab dan penanggungjawab, menghargai
dan mensyukuri pemberian Pencipta, memupuk dan membina
disiplin diri serta membentuk akhlak mulia .
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tu han. Usah a ini adalah
bertujuan untuk melahirkan rak yat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarak at dan negara. Pendidikan
akhlak merupakan asas pembinaan minda dan sahsiah individu
ke arah membentuk budi pekerti yang luhur sesuai dengan
fitrah kejadian manusia. Pendidikan akhlak yang benar akan
membentuk individu agar mampu mengendalikan kekuatan diri
daripada terdorong ke arah kejahatan. Justeru terdapat pelbagai
185
perspektif dalam al-Qur‟an yang melibatkan pelaksanaan akhlak
dan kepentingan akhlak sama ada kepada diri, masyarakat, bangsa
ataupun negara. Ini kerana kemurniaan akhlak individu turut
mempengaruhi kecemerlangan dan kejatuhan sesuatu tamadun.
Individu Muslim yang berupaya memindahkan pendidikan
akhlaknya kepada pembentukan peribadi mulia dan berbudi
pekerti indah akan mampu memberi kesan yang positif terhadap
pembinaan masyarakat dan tamadun manusia.
Mengurus Modal Insan Secara Holistik dalam Sesebuah
Organisasi
Kecemerlan gan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada
kualiti pekerjanya. Pekerja yang berkualiti bukan sahaja
bergantung kepada tahap pembelajaran mereka malah lebih
penting adalah tahap tahap pengalaman mereka yang dilalui di
dalam pelbagai bidang. Kemahiran dan pengalaman ini akan
melahirkan individu yang mempunyai keyakinan dalam bidang
mereka. Lantaran itu mengurus modal insan secara holistik
adalah perlu dititikberatkan. Perhatian perlu diberikan kepada
kumpulan profesional dan juga pengurusan dalam sesuatu
bidang yang merupakan aset penting dalam sesebuah
186
organisasi. Namun begitu, tumpuan dan perhatian juga perlulah
diberik an kepada kumpulan pertengahan seperti juruteknik,
penyelia, pengatur cara dan sebagainya dalam organisasi yang
sama. Kebajikan pekerja yang tidak terjaga akan menyebabkan
kumpulan tenaga kerja berpengalaman ini akan meninggalkan
organisasi apabila menerima tawaran yang lebih
baik.
Pihak majikan perlulah memperkenalkan sistem
pengurusan yang tidak memandang kepada kelebihan jawatan
ketua. Ketua hanya dilihat sebagai satu jawatan dalam
pengurusan sahaja. Dari segi pendapatan ia hanya bergantung
kepada pengalaman dan mutu perkhidmatan yang mereka
berikan kepada organisasi. Golongan muda juga perlulah
diberikan peluang menjadi ketua kepada kakitangan yang lebih
kanan dalam sesuatu projek. Ini mewujudkan persekitaran yang
menggalakan terutaman ya wujudnya kerjasama dikalangan
kumpulan yang lebih kanan. Ini pasti dapat membantu
mengurangkan bebanan pengurusan yang dihadapi oleh
pengurusan yang lebih kanan.
Oleh itu, bagi menjayakan pembangunan modal insan
187
maka kita perlu mengubah sistem pen gurusan dahulu bagi
mewujudkan suasana yang menggalakkan untuk bekerja.
Kebajikan pekerja perlulah dipelihara untuk memastikan
sesebuah organisasi tersebut berdaya maju dengan para pekerja
yang berpengalaman dan komitmen yang tinggi. Tegasnya,
pengurusan modal insan yang berkesan dalam sesebuah
organisasi perlulah berupaya untuk melahirkan pekerja yang baik
yang mempunyai ciri-ciri utama seb agaimana berikut :
1. Keikhlasan dan semangat
Keikhlasan dalam diri untuk memberi sumbangan yang
bermakna .sifat keikhlasan ini kita sendiri yang boleh mengetahui
dan merasainya. Sekiran ya keikhlasan wujud, ia sudah tentu
akan dapat menimbulkan semangat juang yang tinggi.
Keihlasan bukan terletak pada apa yang kita cakap atau apa yang
kita janji tetapi ianya terserlah melalui perbuatan dan etika
seseorang.
2. Berorientasikan pelanggan
Pekerja yang berjaya di dalam sesebuah organisasi mestilah
188
mengutamakan pelanggan. Pelanggan tidak semestinya orang
yang memberi kita perniagaan bahkan pelajar juga dianggap
pelanggan kepada seorang guru. Oleh itu pekerja yang baik
akan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Seorang pekerja yang baik hendaklah mempunyai pen getahu an
dan memahami pelanggannya. Bagi organisasi sekolah
misalnya, murid adalah pelanggan utama d an memahami pelan
ggan adalah memahami dari segi pembangunan jasmani, emosi,
rohani dan inteleknya (JERI).
3. Keupayaan berfikir
Pemimpin yang baik berupaya untuk berfikir dengan baik.
Pemikiran yang baik pula hanya dapat dihasilkan daripada ilmu
dan pen galaman yang dimiliki. Mereka yang tidak berilmu tidak
akan mampu menjadi pemimpin yang baik di dalam dunia
moden ini di mana ilmu merupakan sumber utama bagi
kejayaan sesuatu bangsa. Seseorang pemimpin yang baik bukan
sahaja perlu memiliki ilmu itu sendiri malah mereka berupaya
menggunakan dan mengolah maklumat bagi menghasilkan
strategi yang baik. Oleh itu kepelbagaian ilmu seperti memiliki
limu dalam bidang kepimpinan, pengurusan, kewangan, strategi
189
organisasi, sumber manusia dan lain-lain adalah penting dalam
membentuk strategi, program, aktiviti dan lain-lain tugasan.
Keupayaan berfikir boleh dipraktikkan den gan memperkayakan
ilmu. Cara yang paling mudah untuk mendapat ilmu adalah
dengan membaca. Nabi Muhammad S.A.W. diberi tugas
sebagai pemimpin bermula dengan BACA.
4. Keupayaan berkomunikasi
Kepimpinan dalam organ isasi sering didefinisikan sebagai
keupayaan seseorang untuk mempengaruhi satu kumpulan
untuk melakukan sesuatu yang lazimnya, tanpanya perkara
tersebut tidak dilakukan atau tidak dilakukan sebaliknya. Ini
bermakna pemimpin sebenar perlulah berupaya untuk memberi
nilai tambah kepada or ganisasi. Ianya juga bererti melibatkan
keupayaan mempengaruhi atau men gorientasikan orang lain
untuk melaksana atau menjaya sesuatu yang dihasrat oleh
pemimpin tersebut. Ini bermakna seseoran g pemimpin perlu
berupaya untuk berkomunikasi secara berkesan sama ada secara
lisan, penulisan atau lain-lain. Dalam konteks ini, komunikasi
bermakna pemimpin tersebut berupaya dan senantiasa
berkomunikasi secara berkesan dengan pegawai-pegawai dan
190
pekerja di bawahnya dalam konteks untuk sama-sama
memahami, menghayati dan komited dengan strategi, misi,
visi, matlamat dan wawasan serta aktiviti yang dirancang. Ini
juga bererti pemimpin mestilah selalu berbincang, meminta
pandangan, mendengar dan berinteraksi dengan baik dalam
organisasi yang diterajuinya. Dalam hal ini pendekatan
turunpadang (management by working around) adalah perlu
untuk menjayakan komunikasi dengan berk esan.
Bentuk-bentuk Kemahiran Dalam Pembangunan Modal Insan
Setiap pekerja di dalam sesebu ah organisasi perlu mewujudkan
suatu persefahaman dan rasa percaya mempercayai di antara
sesama pekerja sama ada peringkat atasan mahu pun peringkat
orang bawahan dengan mengambilkira aspek-aspek positif
seperti prihatin, mengambil berat, mesra, tulen, ikhlas dan
menerima. Kebolehan ini memerlukan b eberap a kemahiran
tertentu bagi memastikan hubungan yang dibina itu berada
pada tahap yang boleh diterima dalam situasi hubungan sosial
biasa.
Antara bentuk kemahiran yang diperlukan untuk
191
melahirkan modal insan atau pekerja yang berkualiti dan efisyen
ialah:
1. Kemahiran pekerja menggunakan bentuk-bentuk
komunikasi yang sesuai dengan keadaan orang lain supaya
hubungan yang terjalin di antara mereka adalah hubungan b
erkesan dan ia dapat membantu tahap kualiti pekerja dalam
bidang pengurusan
2. Kemahiran kepekaan pekerja terhadap keperluan
kemanusiaan yang diperlukan dalam aspek pekerjaan dan
tidak tertumpu kepada orientasi kualiti pengurusan semata-mata.
3. Kemahiran pekerja untuk memb ina su asana pengurusan
yang lebih harmoni, mesra, mengambil berat, empati, dan
memupuk semangat setiakawan di kalangan pekerja terh adap
pekerja mereka. Elemen-elemen ini penting kerana organisasi
perlu dirasakan oleh pekerja sebagai suatu tempat yang
kondusif dan disukai bagi mencapai matlamat pengurusan yang
maksimum.
4. Kemahiran pekerja sebagai seorang pemudahcara yang
192
berkemahiran dalam hubungan menolong. Peranan pekerja
bukan semata-mata kepada soal pengurusan kerja pekerjanya
sahaja, malah pada ketika tertentu pekerja juga terbabit dengan
urusan yang melibatkan masalah peribadi pekerja misalnya dalam
soal disiplin atau keluarga. Sehubungan itu, pekerja memerlukan
kemahiran untuk membantu menyelesaikan masalah pekerja.
5. Kemahiran memujuk atau mempengaruhi bagi mendorong
perubahan tingkahlaku terutama tingkahlaku negatif di
kalangan pekerja. Tanpa teknik dan kemahiran interpersonal yang
efektif sudah pasti tugas ini menjadi lebih sukar. Perkara yang
menjadi keutamaan dalam hal ini ialah perubahan tingkahlaku
negatif dapat dilaksanakan manakala hubun gan baik dengan
pekerja dapat diteruskan. Pengurusan organisasi perlu mengur
angkan jarin gan hubungan sosial yang tidak baik di antara pekerja
dan pekerja.
6. Kemahiran psikologi merupakan satu kemahiran yang
boleh membantu individu untuk mendapat keseimbangan dari
segi intelektual, fizikal, emosi dan kerohanian. Ini adalah kerana
psikologi merupakan ilmu sains mengenai tin gkahlaku manusia
dan proses memahami perkembangan kognitif serta afektif
193
seseorang individu. Melalui pendekatan psikologi, seseorang
individu mampu diterapkan dengan nilai-nilai murni dalam
kehidupan, kebolehan untuk berfikir dan menyelesaikan
masalah secara kritis dan kreatif. Kemahiran ini mampu
mendidik individu agar bijak untuk mengendalikan tingkahlaku
dengan baik seterusnya dap at memberi kesan yang positif dalam
sosialisasi sehari-hari. Ia juga mampu untuk memimpin
individu ke ar ah mengenali diri sendiri dengan lebih baik,
terutamanya dari aspek emosi.
7. Kemahiran melayan bermaksud memberi tumpuan dan
perhatian yang sepenuhnya kepada orang yang dilayan. Kemahiran
ini termasuk memberi perhatian terhadap aspek fizikal, observasi
atau melakukan pemerhatian terhadap perasaan, pemikiran dan
tindakan serta mendengar dengan b aik.
8. Kemahiran mendengar merujuk kepda keupayaan untuk
menangkap dan memahami mesej-mesej komunikasi orang lain
yang disampaikan secara lisan. Setiap pekerja harus
mendengar dengan aktif bukan mendengar secara pasif. Aktif
mendengar bermaksud kebolehan untuk mentafsir maklumat
yang didengar, kemudian melakukan penilaian terhadap
194
maklumat yang diterima tanpa menghukum seterusnya memberi
maklum balas yang berpatutan terhadap maklumat tersebut.
9. Kemahiran Memberi dan Menerima Maklum Balas juga
amat penting dalam mewujudk an hubungan yang berkesan di
antara pekerja dalam sesebuah organisasi. Dalam hubungan
berkesan, maklum balas biasanya berlaku daripada seorang
pekerja kep ada orang bawahan hasil pemerhatiannya terhadap
sebarang tingkahlaku yang ditunjukkan dalam pengurusan
organisasi. Maklum balas yang diberikan hendaklah merangkumi
kedua-dua aspek negatif dan positif yang ada p ada diri pekerja.
Kepentingan Pembangunan Modal Insan Bersepadu
Sistem pengurusan secara Islam adalah bersifat komprehensif
dan berteraskan kepada falsafah tauhid dan b erasaskan ilmu
wahyu iaitu al-Qur‟an, al-Hadith dan amalan ulama-ulama
silam. Oleh itu pembangunan modal insan bersepadu adalah
amat penting dalam konteks pengurusan Islam. Dalam sistem ini,
segala proses pembuatan keputusan, peran cangan, pengawalan,
pelaksanaan projek, perhubungan dan komunikasi,
tanggungjawab di antara majikan dan pekerja, etika kerja dan
195
aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pengurusan adalah
berpandukan kepada prinsip-prinsip pengurusan Islam yang telah
digariskan oleh ajaran Islam.
Walau bagaimanapun, pengurusan Islam tidak menolak
pengurusan barat seratus peratus. Sistem integratif amat
penting dalam membangun modal insan. Ia seharusnya
mengambilkira faktor bermanfaat daripada luar lingkungan sama
ada dari Barat atau Timur boleh dikembangkan sebagai pelengkap
asas yang memberi tumpuan kepada pembangunan akliah sains
dan teknologi serta pembangunan akhlak insan. Pengurusan
dalam Islam amat menekankan tentang aspek pengurusan kerja
berkualiti dan pembangunan modal insan secara terancang.
Ianya telah dibincangkan sejak wujudnya dan terbin anya
sejarah tamadun manusia. Dari segi sejarah misalnya, telah
ditonjolkan corak pengurusan Nabi Musa a.s. dalam catatan
penghijrahan bani Israel dari Mesir ke Semenanjung Sinai.
Pekerjanya iaitu Nabi Musa a.s. dan baginda mempunyai
pengikut yang ramai pada masa itu. Selepas diadakan mesyuarat,
Nabi Musa a.s. bersetuju untuk mengikut pandangan yang
diutarakan oleh bapa mertuanya iaitu menyediakan beberapa
orang yang berkemampuan menjadi pekerja. Pekerja ini dilantik
196
dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengikut
masing-masing. Corak pengurusan berasaskan kekuatan modal
insan ini telah dipraktikkan sehingga kini dan ianya
mempunyai persamaan dengan co rak pengurusan sekarang
yang menekankan kepada konsep disentralisasi dan
empowerment kepada subordinates yang dipilih dan dilantik oleh
pihak pengurusan. Rasulullah S.A.W. sendiri bagi o rang Islam
adalah model pekerja yang berwawasan dalam konteks
pengurusan Islam yang sebenar. Baginda telah mempelopori
sistem pengurusan Islam pada zaman awal Islam lagi, melalui
praktik-praktik kepimpinan dalam pengurusan organisasi dan
negara. Fungsi-fungsi pengurusan barat seperti perancangan
(plan), pengor ganisasian ( organize ), pengawalan ( control ),
penstaf an ( recruitment ), kepimpinan ( leadership ) dan
pelaksanaan ( execute ) telahpun dilaksanakan oleh Rasulullah
S.A.W. dalam mengurus modal insan iaitu pengikut-
pengikutnya semasa penghijrahan baginda dari Mekah ke
Madinah dan juga dalam usaha baginda menyeb arkan agama
Islam di muka bumi ini. Berpandukan fakta sejarah ini, adalah
perlu bagi setiap pekerja untuk mencontohinya. Dalam konteks
ini, seoran g pekerja o rganisasi yang baik akan sentiasa
berusaha untuk menambah baik pencapaian organisasi dengan
197
penuh komitmen dan semangat. Justeru itu, pekerja yang baik
akan menetapkan objektif-objektif yang beliau percaya
sepenuhnya akan dapat memberi kesan positif kepada
organisasi dalam suasana kerja yang penuh bersemangat dan
ceria. Ini bererti kepimpinan yang berkesan merup akan agen
perubah kepada organisasi. Mereka ini akan sentiasa berusaha
untuk menambahbaik organisasi. Dengan perkataan yang lebih
mudah, ciri utama pekerja yang baik ialah mengetahui dan
menetapkan halatuju organisasi dari segi visi dan misi serta
objektif yang jelas yang hendak dicapai. Malah pekerja juga
bertanggungjawab dalam mengawalselia perancangan dan
mengatur strategi, mewujudkan program dan memantau
pelaksanaan projek. Pekerja yang berkesan bukan sahaja
berupaya dalam melaksana perkara yang b etul dan dirancang
tetapi juga memastikan pelaksanaan nya adalah mengikut jadual
dan mencapai objektif dan matlamat dengan sumber mentah
yang boleh digemblengkan.
Seterusnya, budaya kerja cemerlang ialah budaya kerja
murni dan berkualiti yang menjadi amalan kerja bersama,
diperkukuhkan dengan sistem, proses, prosedur, peraturan yang
jelas dan mudah dilaksanakan. Ianya perlu dimulakan oleh perin
198
gkat atas pentadbiran organisasi, seterusnya diturun dan
diimplementasikan di kalangan pengurusan eksekutif atau
pertengahan dan seterusnya diamal dan dihayati oleh pekerja
bawahan (subordinates). Dalam hal ini, sesebuah organisasi
perlu sama-sama berganding bahu dengan pihak kerajaan
dalam membangunkan sumber manusia atau modal insan yang
berkualiti dan berpengetahuan tinggi. Ini boleh dilaksanakan
dengan cara menyediakan peluang pendidikan yang terbaik dan
secara berterusan kepada golongan pekerja sama ada di peringkat
atasan mahupun peringkat bawahan. Ini kerana sumber manusia
berpengetahuan tinggi itu akan menjadi tunjang kepada
organisasi atau industri yang mencatat pertumbuhan yang pesat.