i
ii
FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENINGKATKAN MINAT PELAJAR
TERHADAP BIDANG MASAKAN DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN
HIDUP BERSEPADU DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH
JASIN, MELAKA. SATU TINJAUAN.
NORLIZAH BINTI HAJI JANTAN
Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup ).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
iii
iv
DEDIKASI
Teristimewa untuk :
Ayahanda dan Bonda, Jua kedua mertuaku,
Hj. Jantan B.Hj. Abas, Siti Aminah Bt.Rasiman, Adi B.Dollah, Saleha Bt.Hj Ibrahim
Doa dan pengorbanan kalian tidak dapat dinilai dan dibayar hingga akhir hayat
Seiring dengan doa restu, moga Allah merahmati dan memberkati kalian.
Suami Yang dikasihi,
Imran Bin Adi
Kasih sayangmu dan pergorbananmu, Pendorongku mengecap kejayaan
Serta kebahagiaan di dunia dan akhirat
Terima kasih atas segalanya
Tanpa mu takkan ku berada di sini.
Buat Permata Hati,
Miza Najwa Binti Imran
Kehadiranmu adalah sumber kekuatan jiwa raga ku.
Buat adik beradik dan ipar duai,
Sokongan kalian amatlah dihargai.
Buat para pensyarah, guru-guru, dan rakan taulan,
Didikan dan galakan yang diberi, akan ku genggam sebagai pedoman diri.
Hanya kepada Allah s.w.t daku berserah
Moga diberkatiNya, Insan-insan yang menjadi nadi perjuanganku ini.
v
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya,
saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan
Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).
Ucapan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional,
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi pendedahan dan
peluang untuk saya menjalankan penulisan ilmiah ini.
Rakaman ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah
terlibat dan terbabit terutamanya pensyarah pembimbing, Encik Md.Yusup Bin Kayat
yang telah banyak menyumbangkan idea dan memberi tunjuk ajar berguna sebagai
pedoman untuk saya menghasilkan tesis ini.
Terima kasih tidak terhingga juga kepada pengetua, guru-guru dan pelajar
sekolah yang telah memberikan kerjasama semasa kajian dijalankan. Terima kasih
juga saya ucapkan kepada pihak Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Malaysia
(EPRD) di Kementerian Pendidikan Malaysia serta Jabatan Pendidikan Negeri melaka
kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.
Norlizah Binti Haji Jantan
Februari, 2004
vi
ABSTRAK
Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran yang penting dan ianya
memainkan peranan yang besar dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar di
dalam bidang kerjaya.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang dapat
meningkatkan minat pelajar dalam bidang masakan di dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup di 3 buah sekolah menengah Daerah Jasin, Melaka. Skop kajian ini
adalah tertumpu kepada faktor-faktor yang dapat meningkatkan minat pelajar di
dalam bidang masakan. Faktor-faktor yang dikaji ialah dari aspek sikap pelajar,
kandungan kurikulum, peranan guru, persekitaran, keluarga dan rakan sebaya.
Jumlah populasi dan sampel kajian yang terlibat adalah seramai 214 orang. Kajian
rintis dan kajian sebenar dijalankan dengan kerjasama pihak Jabatan Pendidikan
Negeri dan pihak sekolah. Sementara itu, borang soal selidik telah digunakan sebagai
instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisa menggunakan perisian SPSS versi
11.5 berdasarkan kepada frekuensi dan peratusan.
Hasil kajian menunjukkan, peratusan keseluruhan bagi kelima-lima faktor
adalah pada tahap yang baik, namun faktor kandungan kurikulum, peranan guru dan
faktor persekitaran merupakan tiga faktor utama yang meningkatkan minat pelajar
berbanding dengan faktor yang lain. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini boleh
membantu kajian lanjutan dan seterusnya kepada pihak-pihak yang berkenaan di
dalam meningkatkan minat pelajar terhadap bidang masakan dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup.
vii
ABSTRACT
Living Skills is one of the important subject, that give students first expression
in their carrier.
The purpose of the research is to identify the factors that can make students
more interest in learning cooking of Living Skills at 3 secondary schools in Jasin
District, Malacca. The focus of the study was towards the factors that can increased
more interest in learning this subject. The aspects are students attitude, curriculum
content, teachers, environment factor, family and adolescent. The sample were
involved in the research is 214 respondent. This research have been done successfully
and get cooperated by Educational Department of State and schools. A
questionnaires was used as an instrument in the research. The data was analyzed by
using SPSS for Windows Version 11.5 to asses frequency and percentage.
From research, all the five factors showed as a positive condition. The main
factors that make students more interest are curriculum content, teacher and
environment. From the research in the future hope that the research can help and
guide all related personnel to make more interest in the cooking of Living Skills
subject.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
HALAMAN SENARAI JADUAL ix
HALAMAN SENARAI LAMPIRAN xi
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Objektif Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.7 Skop kajian 13
1.8 Definisi Istilah 14
1.8.1 Faktor 14
1.8.2 Meningkatkan 14
1.8.3 Menyumbang 15
1.8.4 Bidang masakan 15
1.8.5 Pelajar 15
1.8.6 Kemahiran Hidup 15
1.8.7 Minat 16
ix
1.8.8 Kurikulum 16
1.8.9 Sikap 16
1.8.10 Rakan Sebaya 17
1.8.11 Keluarga 17
1.8.12 Guru 18
1.8.13 Persekitaran 18
1.9 Penutup 18
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 20
2.2 Faktor-faktor yang Menyumbang Dalam
Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap
Bidang Masakan.
2.2.1 Kandungan Kurikulum 22
2.2.2 Sikap 24
2.2.3 Peranan Guru 25
2.2.4 Keluarga dan Rakan Sebaya 27
2.2.5 Persekitaran 28
2.3 Penutup 29
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 32
3.4 Instrumen Kajian 33
3.5 Tatacara Kajian 35
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Dapatan Kajian Rintis 37
x
3.8 Analisis Data 37
3.9 Penutup 39
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 40
4.2 Dapatan Latar Belakang Responden 41
4.3.1 Jantina 42
4.3.2 Bangsa / Kaum 43
4.3.3 Pengkhususan / Pilihan Elektif 44
4.4 Dapatan Kajian Bahagian B
4.4.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 46
4.4.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 49
4.4.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 52
4.4.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 55
4.4.5 Analisis Persoalan Kajian Kelima 58
4.5 Purata Keseluruhan Persoalan Kajian 60
4.6 Penutup 62
BAB 5 RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 63
5.2 Rumusan 64
5.2.1 Rumusan Hasil Dapatan Kajian 64
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian A 68
5.4 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian B 68
5.4.1 Perbincangan Soalan Kajian 1 68
5.4.2 Perbincangan Soalan Kajian 2 71
5.4.3 Perbincangan Soalan Kajian 3 72
5.4.4 Perbincangan Soalan Kajian 4 74
xi
5.4.5 Perbincangan Soalan Kajian 5 75
5.5 Cadangan 77
5.5.1 Kepada Pelajar 78
5.5.2 Kepada Ibu bapa 79
5.5.3 Kepada Guru 79
5.5.4 Kepada Jabatan Pendidikan Negeri 81
5.5.5 Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia 81
5.6 Saranan Untuk Kajian Lanjutan 82
5.7 Penutup 83
RUJUKAN 84
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Populasi Mengikut Sekolah 33
3.2 Pembahagian soal selidik Berdasarkan
Persoalan Kajian 34
3.3 Skor Skala Likert 5 Mata 35
3.4 Jadual Nilai Alpha Cronbach 36
3.5 Pengelasan Skor Skala 3 Mata 38
3.6 Tahap Pertimbangan Peratusan 38
4.1 Taburan Jantina Responden 42
4.2 Taburan Bangsa Responden 43
4.3 Taburan Elektif Pengkhususan Responden 44
4.4 Analisis Faktor Sikap Yang Dapat Meningkatkan Minat
Pelajar Terhadap Bidang Masakan. 46
4.5 Analisis Faktor Kandungan Kurikulum Yang Dapat
Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Bidang Masakan 49
xiii
4.6 Analaisis Faktor Peranan Guru Yang Dapat Meningkatkan
Minat Pelajar Terhadap Bidang Masakan. 52
4.7 Analisis Faktor Persekitaran Yang Dapat Meningkatkan
Minat Pelajar Terhadap Bidang Masakan. 55
4.8 Analisis Faktor Keluarga dan Rakan Sebaya Yang Dapat
Meningkatkan Minat Pelajar Terhadap Bidang Masakan. 58
4.9 Taburan Purata Peratusan Keseluruhan
Berdasarkan Persoalan Kajian 60
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Contoh Borang Soal Selidik
B Analisis Kajian Rintis
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di
Sekolah-sekolah, Maktab Perguruan, Jabatan
Pendidikan Di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia.
D Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan
Di Sekolah-sekolah Menengah / Rendah
Negeri Melaka
E Surat Memohon Kebenaran Melakukan Kajian
Di Sekolah-sekolah Di Bawah Jabatan Pendidikan
Negeri Melaka.
F Surat Akuan Pelaja
G Surat Pengesahan Menjalankan Kajian Rintis.
D Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian
Di Sekolah-Sekolah Dari Kementerian Pendidikan
F Surat Permohonan Menjalankan Kajian Rintis
xv
G Surat Permohonan Menjalankan Kaji Selidik
H Surat Kebenaran Menjalankan Kaji Selidik
I Surat Pengesahan Item Kajian Soal Selidik
J Carta Morgan
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Falsafah Pendidikan Negara mentafsirkan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah
merupakan satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992 ).
Menerusi Falsafah Pendidikan Negara dapatlah disimpulkan bahawa satu perkara
yang asas dan amalan penting dalam pendidikan ialah wawasan. Wawasan tentang apa
dan bagaimanakah rupa dan jiwa anak bangsa yang akan dilahirkan adalah menjadi tugas
dan tanggungjawab sekolah dan guru. Falsafah ini menegaskan matlamat pendidikan di
2
Malaysia dan wawasan ini sekaligus menyebabkan peranan sekolah dan guru sangat
penting agar matlamat Falsafah Pendidikan Negara tercapai ( Tajul Ariffin Noordin,
1992 ).
Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara diatas dan wawasan negara
dalam menuju era 2020, sistem pendidikan masa kini bertujuan untuk membina
masyarakat penyayang dan bersopan santun di samping mempunyai teknologi yang tinggi.
Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terdapat subjek Pengurusan Diri
( Masakan ) yang merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan perancangan menu,
penyediaan dan penyajian hidangan dan etika makan yang baik merupakan salah satu
salur bidang pendidikan yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat dalam
melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan
juga dapat menyediakan generasi yang mempunyai daya tahan serta daya saing yang
cemerlang.
Dengan adanya pendidikan yang berkesan, seseorang lebih mudah berhadapan
dengan cabaran hidup kerana pendidikan yang memperkembangkan potensi individu
kearah kesejahteraan dan kemantapan ilmu. Ini bersesuaian dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara yang mahukan pendidikan di Malaysia sebagai usaha berterusan
kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Sebagai pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran yang diterima di sekolah
seharusnya dapat dikuasai dengan baik. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
komponen Masakan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu seharusnya
dititik beratkan agar pelajar-pelajar menaruh minat sepenuhnya. Dengan itu pencapaian
pelajar akan menjadi baik seterusnya dapat digunakan dalam kehidupan yang serba
mencabar ini.
Minat yang sepenuhnya terhadap Komponen Masakan akan memberikan
pengetahuan dan kemahiran tentang makanan , pengendalian makanan serta mengetahui
etika ketika makan yang betul. Ini akan memberikan kesan tingkah laku yang positif di
3
kalangan pelajar dan bersesuaian dengan kehendak sukatan pelajaran bagi Komponen
Masakan agar dapat membekalkan pelajar satu persediaan asas dan kemahiran tertentu
untuk mempertingkatkan potensi pelajar dalam pemilihan dan pengendalian makanan
serta memupuk nilai-nilai murni dalam etika semasa makan ( Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2002 ).
Menurut Menteri Pendidikan Malaysia Dato’ Najib Tun Abdul Razak,
pengambilan untuk mengikuti pengajian dalam latihan kemahiran yang diperkenalkan
mulai sesi persekolahan tahun 1999 ini akan diberi keutamaan kepada pemohon yang
memperolehi keputusan paling minimum dalam PMR. Najib berkata lagi, calon
memperolehi pencapaian agak rendah dalam peperiksaan PMR digalakkan mengikuti
aliran kemahiran yang ditawarkan di Sekolah Menengah Vokasional bagi mendapat Sijil
Kemahiran Malaysia. Sebelas kursus di tawarkan di antaranya ialah jurusan katering, ini
adalah kerana pihak kementerian ingin mengelakkan dari gejala sosial di kalangan remaja.
Selaras dengan langkah itu sejumlah 7,600 tempat disediakan di sekolah tersebut ( Amad
Bahri, Berita Harian, Januari 1999 ).
1.1.1 Sejarah Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
Mata pelajaran KHB merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan
teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata
pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah
mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif,
inovatif dan produktif.
Mata pelajaran ini telah digubal kearah membekalkan tenaga kerja yang
berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan
4
sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian
rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun
dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat.
Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan
semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan
warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran
kehidupan masa kini dan masa akan datang. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif
dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif. Nilai murni, sikap yang
positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa murid menjalankan aktiviti amali
bagi meneruskan konsep kesepaduan dalam mata pelajaran.
Perubahan dari segi kandungan memperlihatkan beberapa tajuk Kemahiran Hidup
Bersepadu telah disusun semula, digugurkan atau ditambah, dengan hasrat untuk
mengukuhkan kesinambungan dan menggelakkan pertindihan serta mengemaskinikan
kandungannya.
Dua tajuk dalam Bahagian Teras Huraian Sukatan Pelajaran Edisi Tahun 1992,
‘Perdagangan dan Keusahawanan’ dan ‘Kekeluargaan’ digugurkan. Elemen Reka
Bentuk dan Teknologi diberi lebih fokus dan tajuk Lukisan Teknik diberi lebih
penekanan dalam mata pelajaran pilihan Kemahiran Teknikal. Pertukaran nama tajuk
juga berlaku. Tajuk ‘Kemahiran Manipulatif’ dalam bahagian teras Edisi 1992 ditukar
kepada nama baru iaitu “Rekabentuk dan Teknologi” dan pilihan ‘Kemahiran Manipulatif
Tambahan’ ditukar kepada “ Kemahiran Teknikal”.
Walaupun tajuk Perdagangan dan Keusahawanan digugurkan daripada Bahagian
Teras, Huraian Sukatan Pelajaran 1992 tetapi dalam edisi 2002 satu bidang baru iaitu
Perniagaan dan Keusahawanan merupakan satu-satu bidang yang merentasi tiga pilihan
iaitu Pilihan 1,2, dan 3. Di samping itu satu pilihan baru diwujudkan sebagai Pilihan 4
iaitu Perdagangan dan Keusahawanan sebagai tambahan kepada pilihan yang sedia ada
( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002 ).
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Peranan Kurikulum adalah untuk membentuk dan mengembangkan minat pelajar
agar minatnya dapat dikekalkan untuk tujuan pendidikan ( Sharifah Alwiyah Al Sagof,
1985 ).
Kurikulum sesuatu mata pelajaran adalah antara faktor penting dalam
mempengaruhi minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Kurikulum yang
dimaksudkan dalam kajian ini ialah segala pengalaman yang disediakan untuk pelajar di
sekolah. Ianya adalah saluran pengajaran yang digunakan untuk memberi pengajaran
yang dikehendaki ( Edward A.Crug, 1957, Nordin Sadali, 1995 dalam Jami’ah Md
Salleh,1999 )
Menurut kajian lepas Md Nawawi ( 1994 ), daripada pengalamannya dan hasil
tinjauan di dapati ada beberapa andaian telah dibuat di mana :
1. Pelajar-pelajar lelaki telah mengetahui tentang asas KHB, tetapi
pengetahuan mereka belum mencukupi dalam bidang masakan.
2. Pelajar lelaki atau perempuan tidak semua berminat terhadap
bidang masakan dan jahitan.
Kajian ini disokong oleh Nur Amirul Izaly ( 2003 ) dalam kajiannya di 5 buah
sekolah di Daerah Johor yang menawarkan subjek katering dan penyajian didapati hanya
15.74 % lelaki dan 84.26 % perempuan sahaja yang mengambil katering, ini bermakna
kekurangan pelajar lelaki mengambil bidang tersebut kerana tidak berminat dan
beranggapan bidang masakan adalah bidang orang perempuan. Faktor kekurangan guru
juga menyebabkan tidak semua sekolah menawarkan Katering dan Penyajian Masakan
kepada pelajar di mana setiap sekolah hanya terdapat seorang sahaja guru yang mengajar
katering. Ini menimbulkan masalah kepada guru dan pihak sekolah di mana terpaksa
6
menghadkan pengambilan pelajar-pelajar terhadap subjek Katering dan Penyajian
Makanan.
Apabila mata pelajaran vokasional Katering dan Masakan diperkenalkan di
sekolah berbagai –bagai masalah berkaitan dengan proses pelaksanaannya terpaksa
dihadapi seperti kurangnya kelengkapan peralatan dan bahan, kurangnya tenaga pengajar
yang benar-benar dari bidang tersebut dan kesediaan pelajar dimana perlu menghadapi
pembelajaran yang berbeza.
Menurut kajian lepas, terdapat beberapa masalah dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran di dalam bidang masakan khususnya subjek Katering dan Penyajian
dimana daripada dapatan kajian tersebut, guru-guru menghadapi masalah dari segi
disiplin pelajar, bahan rujukan untuk guru dan pelajar tidak mencukupi, penyediaan alat
bantuan mengajar dan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran sebanyak 75 %. Peratusan ini menunjukkan guru dan pelajar menghadapi
masalah dari segi yang disebutkan di atas, satu kajian lanjutan adalah perlu untuk
mengetahui adakah masalah ini menyebabkan pelajar-pelajar kurang berminat di dalam
bidang masakan. ( Nur Amirul, 2003 ).
Mengikut kandungan Kurikulum Kemahiran Hidup pelajar-pelajar tidak mengira
jantina sama ada pelajar perempuan atau pelajar lelaki tidak akan terkecuali mempelajari
bidang masakan secara teori dan amali. Latihan amali masakan dilakukan di bilik
masakan. Pelajar-pelajar secara berkumpulan melakukan latihan memasak untuk
menyediakan hidangan sepinggan lengkap dan seimbang dari segi kandungan nutriennya.
Pelajar juga diajar untuk mengurus dan menyimpan peralatan dan makanan serta adap
sopan semasa makan juga diajar ( Pusat Perkembangan Kurikulum 2003 ).
Menurut kajian Saadiah ( 1998 ), pelajaran Pengurusan Diri ( Masakan ) ini juga
mungkin memberi kejutan kepada mereka, kerana selama ini mereka menganggap bidang
masakan hanya sesuai dipelajari oleh pelajar perempuan sahaja. Ini pasti menimbulkan
masalah kepada pelajar lebih-lebih lagi baru pertama kali mereka menceburi bidang
7
masakan ini. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menghadapinya, ini akan menimbulkan
rasa tidak puas hati, tidak selesa dan kekok untuk menjalankan aktiviti masakan tersebut.
Dari sini pelajar akan hilang minat tentang bidang masakan kerana ia terikat dengan
berbagai peraturan di dalam makmal masakan, contohnya pelajar perlu menggunakan
alatan yang betul ketika memasak dan pelajar harus mengikut prinsip-prinsip memasak
yang diajar oleh guru dengan betul, pelajar tidak boleh mengikut cara mereka memasak
di rumah yang tiada peraturan dan kita bebas memasak apa sahaja dan menggunakan apa
sahaja peralatan yang bersesuaian mengikut kehendak sendiri.
Umumnya ramai di kalangan kita yang tidak berminat menjadi tukang masak,
malah tidak pernah pun bercita-cita menjadikannya sebagai suatu kerjaya yang boleh
mencerahkan masa depan. Malahan ada juga dikalangan masyarakat yang memandang
hina, mencebir dan sentiasa menyindir kepada tukang masak kerana memilih bidang
tersebut. Ramai dikalangan kita juga menganggap kerja tukang masak itu rendah
kedudukannya, rendah martabatnya, tidak mempunyai masa depan, dan sesuai hanya
untuk kaum wanita sahaja ( Zaiton, Dewan Siswa, April 1987 ).
Oleh itu, minat pelajar terhadap bidang masakan harus disemai dari awal lagi dan
guru harus mengubah persepsi masyarakat, ibu bapa dan pelajar-pelajar terhadap bidang
masakan.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengenalan pelajaran Pengurusan Diri ( Masakan dan Jahitan ) dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah mungkin menimbulkan
masalah kepada pelajar lelaki kerana setiap pelajar diwajibkan mempelajari bidang
masakan dan jahitan walaupun mereka tidak biasa terhadap bidang tersebut.
8
Mungkin kita tidak sedar bahawa tukang masak yang paling masyhur di dunia
ialah kaum lelaki dan di negara kita juga chef yang terkenal adalah kaum lelaki
contohnya seperti Chef Wan, Chef Ismail dan lain-lain lagi. Menurut Carta Kedudukan
Jawatan Tukang Masak Dan Gaji, kerjaya tukang masak boleh memperolehi pendapatan
lebih RM 10,000 sebulan mengikut jawatannya. Tukang masak juga berperanan
membantu meningkatkan industri pelancongan.
Pengurusan sekolah disaran tidak mengehadkan pelajaran masakan kepada pelajar
perempuan semata-mata, sebaliknya turut memberi peluang kepada pelajar lelaki
menunjuk bakat dalam bidang tersebut. Pengarah Pendidkan Johor, Rokhani Mangi,
berkata ini kerana ramai tukang masak terkenal di hotel dan resort sama ada peringkat
negara dan antarabangsa adalah golongan lelaki. Sehubungan itu, katanya peluang untuk
pelajar lelaki dalam bidang itu perlu diperluaskan dan menjadi tugas guru untuk
mengesan dan mengenalpasti bakat pelajar dengan memberi banyak pendedahan kepada
mereka. “Seperti dipaparkan di televisyen, sebahagian besar tukang masak dan chef
terkenal di hotel dan warung adalah lelaki. Oleh itu, pendedahan dan proses
mengetengahkan bakat pelajar lelaki perlu dimulakan di peringkat sekolah,” katanya
( Berita Harian, Ogos 2003 ).
Jadi disini dapatlah disimpulkan sebenarnya pelajar lelaki dan perempuan
berminat terhadap bidang masakan. Cuma kurangnya pendedahan di rumah dan juga di
peringkat sekolah. Menurut pakar-pakar masakan yang telah menceburi bidang ini
menyatakan bahawa kerjaya di bidang masakan begitu banyak dan meluas dan
menjanjikan kepuasan dari segi bidang kerja dan di samping gaji yang lumayan mengikut
kemahiran dan pengalaman mereka. Banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta
menawarkan kursus dalam bidang perhotelan, katering dan penyediaan makanan ,
contohnya Universiti Teknologi Mara. Jadi tanggapan bahawa kerjaya juru masak tiada
masa depan amatlah meleset sama sekali.
Kedudukan tukang masak cukup penting dan mereka dipandang tinggi dan
terhormat. Mereka dianggap mempunyai suatu taraf profesional. Peranan mereka boleh
9
juga menentukan sama ada hotel tempat mereka bekerja terkenal dan popular atau tidak
( Dewan Siswa, April 1987 ). Ini menunjukkan bidang masakan adalah penting dan tidak
sia-sia untuk dipelajari oleh setiap pelajar lelaki dan perempuan.
Menurut kajian Md Nawawi Ismail, (1994 ) , bidang pelajaran yang dipelajari di
sekolah ada hubungkaitnya dengan sikap, minat dan pemilihan kerjaya pada masa
hadapan. Minat pelajar yang berlainan dengan apa yang dipelajari di sekolah boleh
memberi masalah kepada seseorang dalam pembelajaran mereka. Oleh itu, kurikulum
sesuatu mata pelajaran dilihat berhubung dengan masa hadapan pelajar dan menjadi
penentu minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Begitu jugalah yang sepatutnya
terdapat dalam kurikulum Kemahiran Hidup khasnya dalam bidang Masakan.
Mata pelajaran ini juga akan dapat membekalkan pelajar dengan kemahiran asas
dan berfungsi bagi membolehkan mereka bertindak dan mengendalikan hidup secara
produktif dalam dunia yang maju teknologi dan perdagangan yang kompleks serta
sentiasa berubah ( Shahril Marzuki, 1992 dalam Ahmad Nizam Indar, 1997 ). Pendidikan
Masakan mempunyai tujuan yang tertentu iaitu membentuk kemahiran, kebolehan, sikap,
tabiat kerja serta tanggungjawab. Dengan mendalaminya pelajar dapat membantu serta
meningkatkan kemahiran dan teori yang diajar ( Mohd Mahbob, 1991 dalam Ahmad
Nizam Indar, 1997 ).
Minat juga merupakan satu tindakbalas ataupun tarikan kepada seseorang untuk
menyukainya. Apabila seseorang itu berminat dengan sesuatu perkara, ianya akan
berusaha untuk mempelajarinya sehingga ianya dapat menguasainya terutama perkara
yang diminati. Contohnya dalam pendidikan masakan atau dikenali sebagai katering, bagi
seseorang pelajar yang berminat dalam bidang masakan, ia akan berusaha untuk
mendalami atau menguasaai bidang ini sehingga berjaya. Seterusnya bolehlah
menggunakan ilmu serta minatnya untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan
membuka kedai atau restoran makanan.
10
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang dapat meningkatkan
minat pelajar-pelajar terhadap komponen masakan dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu di 3 buah sekolah menengah di Daerah Jasin, Melaka.
Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji adakah faktor sikap, kurikulum, peranan guru,
persekitaran, keluarga dan rakan sebaya dapat menyumbang minat pelajar-pelajar
terhadap komponen masakan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini akan menjawab soalan penyelidikan berikut :
1. Adakah faktor sikap menyumbang dalam meningkatkan minat pelajar terhadap
komponen masakan ?
2. Adakah faktor kandungan kurikulum dapat mempertingkatkan minat pelajar ?
3. Adakah peranan guru dapat meningkatkan minat pelajar terhadap komponen
masakan ?
4. Adakah faktor persekitaran menyumbang dalam meningkatkan minat pelajar
terhadap komponen masakan ?
5. Adakah keluarga dan rakan sebaya menyumbang dalam meningkatkan minat
pelajar terhadap komponen masakan ?