HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN
PENDEKATAN SAINTIFIK
SET 22
SEMESTER 1 2015/2016
LAPORAN
MAJLIS APRESIASI KELAB FIZIK
NAMA & NO. MATRIK :
NURFATIN AFEEQA BINTI BANIYAMI
A146138
NAMA PENSYARAH :
Dr. HERRYAWAN RYADI BIN EZIWAR DYARI
SINOPSIS PROJEK DAN PERANAN MENGIKUT HP
Majlis Apresiasi Kelab Fizik ini merupakan projek yang dianjurkan oleh mahasiswa/i di
bawah Kelab Fizik sesi 2014/2015. Projek ini telah diadakan di Dewan Gemilang UKM
bertujuan untuk meraikan mahasiswa/i yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam
akademik dan kokurikulum pada semester 1 2014/2015. Disamping itu, majlis ini turut diadakan
bagi menghargai jasa pensyarah-pensyarah yang mengajar di bawah program Fizik. Projek ini
juga menggabungkan pensyarah, kakitangan, alumni, mahasiswa/i yang berdaftar di bawah
program Fizik. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang projek ini berlangsung supaya
pensyarah, alumni, mahawiswa/i dapat mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain. Ahli
Jawatankuasa Kelab Fizik telah diberi mandat untuk merancang dan mengendalikan Majlis ini
yang bertemakan “Bedazzle & Charming”. Projek ini adalah satu usaha murni bagi mengangkat
visi dan aspirasi universiti melalui kegiatan berkonsepkan perpaduan dan kerjasama di kalangan
warga Program Fizik.
ELEMEN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN
PENDEKATAN SAINTIFIK:
Menentukan samada sesuatu kenyataan itu betul atau salah
Menilai mutu penghujahan yang digunakan untuk menyokong kesimpulan yang
dibuat
Mentafsir idea-idea yang kompleks
Menilai kesahihan idea yang dikemukakan
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, pelbagai kemahiran dan nilai-nilai murni telah saya pelajari
sepanjang perancangan program sehingglah hari terakhir projek dilaksanakan. Dalam
perancangan projek ini, saya telah mempelajari pelbagai cara untuk meningkatkan kemahiran
pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik dalam setiap gerak kerja yang
dilaksanakan. Dengan kemahiran ini, pelbagai tugasan dapat disempurnakan dengan mudah dan
cepat. Hasil kerja juga sangat memuaskan. Sepanjang program berlangsung, saya telah mendapat
pelbagai ilmu baru berkaitan dengan cara menguruskan program atau projek.
Walaubagaimanapun dalam setiap perkara yang dilakukan pasti terdapat cabaran dan
permasalahan yang timbul. Namun masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan jayanya.
LAMPIRAN
GAMBAR-GAMBAR SEBELUM DAN
SEMASA PELAKSANAAN PROJEK