BALING, Januari. – Majlis Daerah Baling telah
mengadakan Hari Koprat yang dikelolakan oleh
Jabatan Khidmat Pengurusan. Acara dimulakan
dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri
Kedah dan Lagu Perkhidmatan Awam. Dalam
ucapan, Tuan Setiausaha memberitahu kepada
para pekerja supaya sentiasa berdisiplin dan
menepati masa semasa melakukan pekerjaan.
HARI KOPRAT MAJLIS DAERAH BALING
Pengerusi Majlis Hari Koprat
Bacaan Doa
Ucapan Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan
Ucapan Tuan Setiausaha
Penyampain Sijil
Harijadi Kakitangan Bulan Januari
BALING, Januari. – Majlis Daerah Baling telah
berjaya menganjurkan PROGRAM GOTONG-
ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PERKUBURAN
yang bertujuan memupuk semangat cintakan
kepada kebersihan dan juga salah satu program
khidmat masyarakat kepada penduduk Daerah
Baling.
Program ini telah disertai oleh pegawai
dan kakitangan Majlis Daerah Baling, Ahli-Ahli
Majlis, Majlis Daerah Baling dan penduduk
kampung
Penduduk kampung juga bergotong-
royong bagi menyediakan juadah untuk makan
tengahari.
PROGRAM GOTONG –ROYONG
MEMBERSIHKAN KAWASAN TANAH
PERKUBURAN PULAI, KEDAH ANJURAN
BERSAMA JKKK DAN MAJLIS DAERAH
BALING
BALING, Januari. – Majlis Daerah Baling telah
mengambil inisaitif untuk mendekatkan jabatan
dengan orang awam dengan menganjurkan
Forum Perdana Bertajuk “ Rasullullah (S.A.W)
Sentiasa Dihatiku”.
Program dimulakan dengan Nasyid “Ya
Hana” dari anak-anak murid Madrasah Tembak,
Kuala Ketil. Panel jemputan yang dijemput ialah
PU Yeop dan Iman Muda Jabbar. Sambutan
orang ramai begitu mengalakkan.
Program diserikan dengan kehadiran Tuan
Yang Dipertua Majlis Daerah Baling (Tuan Haji
Muhamad Helwi bin Harun), Tuan Setiausaha
(Encik Mohamad Shahuri bin Mohamad Norlin)
serta Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Baling.
FORUM PERDANA MAULIDUR RASUL DI
DATARAN MAJLIS DAERAH BALING
BALING, Januari. – Dalam memastikan warga
Majlis Daerah Baling sentiasa sihat , pihak Majlis
Daerah Baling telah mengambil inisiatif dengan
melaksanakan pemeriksaan kesihatan secara
berkala-kala. Pemeriksaan ini dilakukan oleh
kakitangan Majlis Daerah Baling yang terlatih..
Seramai 100 kakitangan telah melakukan
pemeriksaan iaitu pemeriksaan tahap kolestrol,
ujian kandungan gula dalam darah dan ujian
tekanan darah. Bagi pekerja yang mendapat
keputusan yang tidak memuaskan akan dirujuk
kepada Hospital Daerah Baling.
PEMERIKSAAN KESIHATAN
KAKITANGAN MAJLIS DAERAH BALING