-
Hak Cipta KakTeh Asma’
Penulisan ini adalah milik KakTeh Asma’.
Tidak dibenarkan untuk mengedarkan Ebook ini dalam apa jua bentuk tanpa
kebenaran daripada pihak KakTeh Asma’. Boleh dapatkan Ebook ini melalui
saluran yang sah di www.kaktehasma.com/fit.
Segala panduan yang diberikan mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu
dan tiada jaminan setiap individu akan menghasilkan keputusan yang sama.
Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas dan nasihat
professional mungkin diperlukan.
Tiada jaminan bahawa kandungan dan maklumat di dalam buku ini adalah
tepat. Segala penulisan yang ada di dalam Ebook 9 Rahsia Badan Sihat & ‘Fit’
ini adalah daripada pengetahuan serta pengalaman yang telah KakTeh lalui.
Tujuan utama KakTeh menghasilkan Ebook ini adalah untuk membantu mereka
yang mempunyai masalah badan yang terasa berat serta membantu mereka
yang sukar mengawal tabiat pemakanan yang akan menyebabkan pelbagai
penyakit kronik yang bakal mendatang.
Ebook ini mendedahkan 9 Rahsia yang mudah untuk diikuti untuk
mendapatkan badan yang sihat dan ‘FIT’.
Kepada anda yang belum kenal KakTeh, boleh klik sini (www.kaktehasma.com)
untuk mengenali KakTeh dengan lebih dekat.
Selamat membaca. Semoga ia bermanfaat untuk anda.
http://www.kaktehasma.com/fitwww.kaktehasma.com
-
Setiap orang mempunyai impian untuk kelihatan lebih langsing dan dalam masa
yang sama memiliki badan yang sihat dan ‘FIT’ dengan fizikal anda.
Untuk mencapai impian itu, ada yang menyiksa badan dengan tidak memberi
tubuh badan makanan yang mempunyai nutrisi-nutrisi yang diperlukan dengan
pengambilan produk yang tidak berkhasiat, yang rendah kalori tetapi tidak
mempunyai keperluan nutrien yang seimbang, atau pun produk kurus yang
membahayakan kesihatan jangka masa panjang anda.
Jadi, atas kesedaran ini, KakTeh ingin membantu anda untuk tidak menyiksa jiwa
dan raga anda untuk menyekat makanan-makanan yang diingini dan yang paling
penting yang berkhasiat untuk masuk ke dalam badan anda. Dalam masa yang
sama anda dapat menjaga tubuh badan anda dengan sangat baik.
Ketahui 9 RAHSIA ini untuk anda memiliki tubuh badan impian iaitu badan yang
SIHAT & ‘FIT’!
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
1
-
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
-
Rahsia #1: CARA MUDAH MINUM AIR 2 LITER
Ini RAHSIA yang paling utama.
Kenapa perlu minum air yang cukup?
Lebih kurang 72% daripada badan anda terdiri daripada air dan perlu sentiasa diisi semula.
Air diperlukan untuk mengekalakan metabolisma yang sihat kerana ia hampir terlibat dalam setiap proses biokimia badan.
Minum 8 gelas (2 liter) air setiap hari akan membantu:
✓ Berasa kenyang, ✓ Menyingkirkan toksin ✓ Mengekalkan kulit yang sihat serta ✓ Mendapat kesihatan yang optima.
Mari KakTeh bantu anda untuk ‘CARA MUDAH MINUM AIR 2 LITER’.
3
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
6.00 pagi 8.00 pagi 10.00 pagi 12.00 tengahari
2.00 petang 4.00 petang 6.00 petang 8.00 malam
MINUM SEGELAS AIR (250ml), SELANG 2 JAM.
-
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
-
Rahsia #2: PEMAKANAN SEIMBANG
Dalam setiap kali pengambilan makanan, perlu pengambilan yang seimbang.
NASI – KARBOHIDRAT
➢ Memberikan tenaga untuk menjalankan aktiviti harian.
LAUK – PROTEIN
➢ Membantu membina otot dan mengurangkan lemak.
SAYUR – SERAT
➢ Membantu menjadi kenyang dengan lebih lama dan membantu insulin
menukarkan gula(@karbohidrat) kepada tenaga.
Mengapa perlu pengambilan PROTEIN?
Protien adalah nutrien asas pembinaan bagi setiap sel dalam badan anda.
Dalam usaha membina atau membaiki tisu-tisu dan otot-otot, asid amino
yang hanya boleh diperolehi daripada protein amat diperlukan.
Kajian menunjukkan bahawa protein juga penting dalam penurunan berat
badan.
Pengawalan kalori dalam sajian tanpa protein yang mencukupi akan
menyebabkan kehilangan jisim otot sebelum berjaya mengurangkan
lemak.
Makanan yang berkalori rendah tidak semestinya membekalkan nutrien
seimbang yang diperlukan untuk menyahtoksik dan mengurangkan berat
badan.
5
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
-
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
-
Rahsia #3: JAGA MASA MAKAN
Rutinkan masa makan harian anda.
Ketahui masa makan yang betul untuk memudahkan anda merutinkan masa makan anda.
PEAK TIME
3 masa makan yang utama:
SARAPAN: 7 pagi – 9 pagi
MAKAN TENGAHARI: 12 tengahari – 2 petang
MAKAN MALAM: 6 petang – 8 malam
Pastikan selang 5-6 jam antara masa Peak Time. Pengambilan makanan sebanyak 6 senduk rata setiap kali makan.
SNEK TIME
3 masa makan snek:
MAKAN PAGI: 10 pagi – 11 pagi
MAKAN PETANG: 4 petang – 6 petang
SUPPER: 9 malam – 10 malam
Pastikan selang 3-4 jam selepas Peak Time. Pengambilan makanan sebanyak 2 – 3 senduk rata setiap kali makan.
7
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
-
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
-
Rahsia #4: MAKANAN BEBAS
Nikmati makanan bebas berikut tanpa had setiap hari. Makanan-makanan ini
adalah sangat rendah kalori sehinggakan tiada saiz hidangan spesifik.
Anda juga boleh makan makanan yang berkalori rendah yang membekalkan
vitamin, mineral, fitonutrien dan serat yang tinggi untuk membendung rasa
lapar.
Makanan rendah kalori ini perlu diambil sekali atau 2 kali sahaja setiap hari.
9
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
MAKANAN
BEBAS DIMAKAN
Sawi
Timun
Brokoli
Saderi
Kobis
Bayam
Terung
Daun Bawang
Daun Sup/Kucai
Salad
MAKANAN RENDAH KALORI
YANG TINGGI SERAT
Oren
Epal
Ceri
Kiwi
Strawberi
Anggur
Beri Biru/Hitam
Resberi
Aprikot
Kacang Soya
-
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
-
Rahsia #5: SENAMAN
Berapa lamakah senaman yang diperlukan?
➢ Sangat penting untuk melakukan senaman aerobic selama 30 minit setiap
hari.
➢ Walaupun anda boleh membahagikannya kepada 2 sesi (15 minit/sesi),
tetapi PILIHAN TERBAIK adalah menjalankan keseluruhan senaman untuk
30 minit sekali bersedia untuk pembakaran lemak.
SENAMAN BERIMPAK RENDAH – SEDERHANA
✓ Walaupun senaman adalah penting tetapi latihan yang berimpak rendah dan sederhana adalah lebih sesuai untuk orang baru.
✓ Aktiviti ini akan merangsang kadar metabolisma badan anda: ♥ Berbasikal ♥ Berjalan pantas ♥ Berenang ♥ Aerobik ♥ Mendaki ♥ Menari ♥ Sepatu Roda ♥ Treadmil
✓ Pastikan anda mengambil masa 2 minit untuk meregangkan diri dan 5 minit
untuk memanaskan badan sebelum bersenam selama 30 minit.
♥ Apabila badan dan otot bersedia menjalankan senaman, ia akan pulih
dengan cepat.
✓ Setiap hari, terdapat banyak peluang untuk anda membakar kalori tambahan sepanjang hari. ♥ Jangan menggunakan lif, pilih untuk memanjat tangga. ♥ Meletakkan kereta lebih jauh dari destinasi untuk memanjangkan jarak
perjalanan kaki.
Apabila anda berasa lebih bertenaga serta bersedia, barulah lakukan aktiviti
fizikal yang lebih tinggi!
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
11
-
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
-
Rahsia #6: TIDUR YANG CUKUP
Berapa Lama Tempoh Sepatutnya Kita Tidur Setiap Malam?
Secara amnya, orang dewasa perlu mendapatkan 7 – 8 jam tidur setiap malam. Namun demikian, kajian menunjukkan kebanyakan orang dewasa di Malaysia hanya mendapatkan 6.4 jam tidur secara purata.
Ada beberapa sebab kenapa warga Malaysia kekurangan tidur:
✓ Alat mudah alih (hp) yang sentiasa berada di tangan.
✓ Ketagihan internet – menonton video tanpa henti.
✓ Tanggungjawab peribadi dan juga kerja.
Apakah yang akan terjadi jika anda tidak mendapatkan tidur yang mencukupi?
Kekurangan tidur yang mencukupi boleh mewujudkan kesan sampingan dan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan jangka panjang seperti:
➢ Rasa letih dan lesu yang berlebihan. ➢ Sakit kepala pada waktu pagi. ➢ Daya ingatan lemah dan susah untuk fokus. ➢ Kebimbangan dan kemurungan. ➢ Masalah kesihatan kronik seperti obesity, diabetes dan penyakit jantung. ➢ Terdedah kepada kemalangan jalan raya. ➢ Melakukan kesilapan di tempat kerja. ➢ Masalah perhubungan.
Apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan tidur yang cukup?
♥ Selaraskan jadual tidur.
♥ Sediakan badan dan minda untuk tidur.
♥ Elakkan hidangan besar beberapa jam sebelum tidur (snek boleh diambil).
♥ Pastikan suasana sesuai untuk tidur.
♥ Mandi air panas sebelum tidur.
♥ Bersantai sebelum tidur (contohnya, membaca buku atau mendengar
muzik yang menengkan).
♥ Jangan lihat hp sejam sebelum tidur.
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
13
-
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
-
Rahsia #7: PENGURUSAN EMOSI
Emosi sering dikaitkan dengan perasaan, perangai, keperibadian, dan motivasi.
Emosi adalah kompleks. Emosi boleh didefinasikan sebagai pengalaman positif
atau negatif yang dikaitkan dengan corak aktiviti fisiologi tertentu.
Bagaimana ingin mengubah emosi negatif kepada emosi positif?
1. Change Your Physiology (Tukar Fisiologi Tubuh Anda)
Cara pergerakan tubuh badan anda akan menghasilkan emosi yang berbeza.
Cuba anda bayangkan cara jalan orang tidak ada duit dengan cara jalan orang
ada duit. Berbezakan?
Anda boleh ubah pergerakan badan anda seperti orang berjaya, supaya anda
sentiasa merasa gembira. Perasaaan GEMBIRA ini akan menghasilkan EMOSI
yang positif.
Sudah cuba?
Cubalah sekarang! Anda akan terasa PERUBAHAN yang sangat ketara kepada
EMOSI anda.
2. Motion Create Emotion (Pergerakan Menghasilkan Emosi)
Apabila anda merasakan EMOSI negatif seperti malas, marah, benci dan
seumpamanya ini sedang menguasai diri anda, anda lakukan satu
pergerakan yang lain dari keadaan semasa anda.
Contohnya, anda sedang malas untuk melakukan apa-apa aktiviti dan dalam
keadaan sedang baring. Jadi anda buat satu pergerakan seperti melipat baju.
Sudah cuba?
Cubalah sekarang! In shaa Allah, anda akan merasakan EMOSI baru yang
lebih POSITIF daripada sebelumnya.
3. Change Your Language (Tukar Gaya Bahasa Anda)
Perasankan, kalau kita dalam keadaan marah, Bahasa yang kita gunakan
sangat kasar dan boleh menyakiti hati orang yang mendengarnya. Apa yang
perlu anda buat untuk menukarkan EMOSI negatif itu?
Anda duduk atau pergi menjauhi orang yang anda ingin marah itu. Kawal diri
anda dan berkatalah sesuatu yang baik.
Sudah cuba?
Cubalah sekarang! In shaa Allah, anda akan merasakan satu ENERGI yang
yang sangat LUAR BIASA.
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
15
-
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
-
Rahsia #8: MEMBUANG AIR BESAR
Perut menjadi punca kepada penyakit sebagaimana sabda Baginda Nabi
SAW: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala PENCEGAHAN itu
pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat Ad-Dailami)
Tanda Usus Kotor:
➢ Sembelit
➢ Senang naik berat badan
➢ Susah turun berat badan
➢ Kulit kusam dan berjerawat
➢ Cepat letih & lelah
➢ Mulut/badan berbau
➢ Selalu lapar
➢ Badan mudah masuk angin
➢ Mudah marah
➢ Masalah pencernaan
Anda perlu membuang air besar sekurang-kurangnya 1 kali sehari!
Jika tidak, anda bakal mengalami masalah penyakit-penyakit kronik.
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
17
-
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
-
Rahsia #9: PENGAMBILAN CLEAN 9
Program Clean 9 ini memberi permulaan baru kepada anda dengan membantu
supaya anda kelihatan lebih langsing dan sihat.
Setiap produk dalam Program Clean 9 ini dipilih khusus supaya ia dapat bekerja
secara sinergistik. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, anda perlu
mengambil setiap produk seperti yang disarankan dalam buku Clean 9 (buku ini
akan diberikan secara percuma kepada anda yang mengikuti Program Clean 9).
Bolehkah saya TAMPAK SIHAT & RASA HEBAT dalam masa 9 hari sahaja?
Ya. Program Clean 9 adalah PROGRAM PEMBERSIHAN yang berkesan dan
senang diikuti yang akan memberikan keperluan untuk transformasi badan.
Apakah yang boleh anda jangkakan dalam masa 9 hari ini?
✓ Anda akan TAMPAK SIHAT & RASA HEBAT, bermula dengan menyingkirkan
toksin yang terkumpul dalam badan yang mungkin menghalang penyerapan
nutrien yang terdapat dalam makanan.
✓ Anda juga akan berasa lebih ringan dan bertenaga kerana berjaya
mengawal pengambilan makanan dan mula merasai perubahan badan.
MENGHALA KE GAYA HIDUP YANG LEBIH SIHAT!
9 Rahsia Badan Sihat & ‘FIT’!
19
-
KESIMPULAN
Anda perlu ingat, dengan menjaga pemakanan sekarang, ia adalah penting
untuk menentukan kesihatan anda 15 tahun akan datang!
Anda masih boleh makan makanan kegemaran anda, tetapi jangan
mengambilnya secara berlebihan.
Jadi, pilihlah gaya hidup yang sihat tanpa perlu menyiksa jiwa dan raga anda.
In shaa Allah, KakTeh akan memberikan penjelasan yang lebih banyak untuk
setiap Rahsia yang KakTeh dedahkan di dalam Ebook ini di dalam Channel
Telegram Sihat Bersama KakTeh (t.me/FitOurBody) supaya anda dapat
memahami dengan lebih mendalam cara DIET SIHAT yang ingin KakTeh
sampaikan kepada anda.
Semoga bermanfaat. 😊
https://t.me/FitOurBody