Hak cipta © 2015, Kementerian PendidikanRepublik Singapura
Hak cipta terpelihara. Penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan di dalam sesebuah sistem dapatan semula, atau disalurkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara, elektronik, mekanikal, cetakan, rakaman atau sebaliknya, sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta ini.
Semua maklumat yang terkandung di dalam penerbitan ini tepat pada masa cetakan.
ISBN: 978-981-09-7138-0
Direka bentuk oleh Orgnix Creatives Pte Ltd
PANDUAN PENDIDIKBAHASA MELAYUUNTUK PRASEKOLAH
Memupuk Pelajar pada Peringkat AwalKurikulum untuk Tadika di Singapura
Kementerian Pendidikan mengucapkan terima kasih kepada para guru tadika dan tajaka yang berikut atas maklum balas yang diberikan:
Pusat Penjagaan Kanak-kanak PCF Sparkletots @ Tampines Central Blok 725
Pusat Penjagaan Kanak-kanak PCF Sparkletots @ Tampines West Blok 140
Tadika Cavenur
Tadika Masjid Al-Mukminin
Tadika MOE @ Punggol Green
Tadika MOE @ Tampines
Penghargaan kami kepada pengetua, guru dan kanak-kanak tadika dan tajaka yang berikut atas pelibatan mereka dalam sesi fotografi:
Little Dolphins Playskool (Choa Chu Kang)
Pusat Pembangunan Kanak-kanak PPIS (Bukit Batok)
Pusat Pendidikan PCF Pasir Ris West @ Blok 517
Pusat Pendidikan PCF Punggol Central @ Blok 231
Tadika Iman (CCK) Sdn Bhd
Tadika Kidz Meadow (Pasir Ris)
Tadika MOE @ Dazhong
Tadika MOE @ Frontier
PENGHARGAAN
BAB 1: Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah 3
BAB 2: Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu 15
BAB 3: Penilaian 37
BAB 4: Bahan Pengajaran 47
BAB 5: Persediaan Guru 53
Kandungan
• Matlamat Pembelajaran Bahasa Melayu 5
• Pertimbangan Apabila Merancang Kurikulum Bahasa Melayu 6
• Waktu Kurikulum 7
• Kemahiran yang Diajarkan 8
• Tema Pelajaran Bahasa Melayu 13
• Nilai Murni dan Budaya 14
• Memahami Matlamat Pembelajaran 17
• Kaedah dan Strategi Pengajaran 26
• Tujuan Penilaian 39
• Proses Penilaian 40
Lampiran 59
Rujukan 78
Pendahuluan 1
Pengenalan 2
Panduan Pendidik Bahasa Melayu untuk Prasekolah
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
1
Panduan Pendidik Bahasa Melayu untuk Prasekolah
Pada peringkat awal usia, kanak-kanak mula mempelajari sesuatu dengan memberikan respons kepada objek atau peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Perkara-perkara yang melibatkan deria lihat, dengar, hidu, sentuh dan rasa memainkan peranan yang penting. Dengan menimbangkan perkara-perkara yang menarik perhatian mereka dan cara kanak-kanak belajar sesuatu dengan cepat dan efektif, kita akan dapat memahami cara yang baik untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses perkembangan mereka.
Begitu juga dengan cara kanak-kanak mempelajari bahasa. Mereka mempelajari perkataan-perkataan yang dekat dengan diri mereka dan yang konkrit sebelum mempelajari perkataan yang bersifat abstrak. Pada peringkat awal, kanak-kanak tidak membezakan bahasa, sama ada yang diterima itu dalam bahasa pertama atau bahasa kedua. Bagi mereka, perkataan yang dipelajari boleh digunakan untuk menyampaikan maksud mereka. Justeru, kanak-kanak mungkin boleh berdwibahasa tanpa mereka menyedarinya.
Pendidikan dwibahasa menjadi tunjang sistem pendidikan Singapura. Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan Singapura dan satu daripada bahasa rasmi negara harus diajarkan kepada anak-anak kita. Dengan mempelajari bahasa Melayu, kanak-kanak diharap akan sedar tentang jati diri, nilai dan budaya masyarakat Melayu Singapura. Dengan kesedaran ini, mereka akan menghargai nilai-nilai sejarah, sastera, seni dan budaya masyarakat Melayu.
Semoga penerangan dan panduan yang disediakan ini dapat membantu para pendidik prasekolah menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
PENDAHULUAN
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum
Kumpulan Prasekolah, Unit Bahasa MelayuBahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum (CPDD)Kementerian Pendidikan (MOE)
2 PENGENALAN
Tujuan Panduan Pendidik Bahasa Melayu untuk Prasekolah
Panduan Pendidik Bahasa Melayu untuk Prasekolah ini disediakan untuk membantu pendidik, pentadbir dan perancang kurikulum prasekolah untuk merancang dan melaksanakan program bahasa Melayu di tadika (kanak-kanak berumur 4-6 tahun) dengan berkesan.
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk memupuk kanak-kanak yang berfikir dan sentiasa menimba ilmu sepanjang hayat. Oleh itu, panduan ini dibina dengan berpandukan:
•LaporanJawatankuasaSemakanBahasaIbunda:MemupukPelajarAktifdan Pengguna Cekap (MOE, 2010);•Rangka Kerja Memupuk Pelajar pada Peringkat Awal - Rangka Kerja Kurikulum untuk Tadika di Singapura (MOE, 2012); dan•RangkaKerjaMemupukPelajarpadaPeringkatAwaluntukBahasaIbunda (MOE, 2014).
Pada masa yang sama, Panduan Pendidik Bahasa Melayu untuk Prasekolah ini disediakan dengan mengambil kira keperibadian yang hendak dipupuk dalam diri kanak-kanak pada peringkat prasekolah. Ciri-ciri ini termasuklah:
•seseorangyangberkeyakinan;•mempunyaiarahkendiri;•menyumbangsecaraaktif;dan•warganegarayangprihatin.
Oleh itu, saranan-saranan program Bahasa Melayu di tadika yang diberikan dalam panduan ini mengambil kira kandungan, kemahiran, proses dan produk yang akan menyumbang ke arah pencapaian tujuan tersebut. Justeru, kandungan panduan ini merangkumi matlamat, kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, pengisian kurikulum, pedagogi dan cara-cara memberikan maklum balas.
BAB 1
MEMPELAJARI BAHASAMELAyU PADA PERINGKAT
PRASEKOLAH
4
Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan Singapura dan salah satu bahasa rasmi Singapura (Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris). Oleh itu, bahasa Melayu perlu diajarkan kepada kanak-kanak ketika mereka berada pada peringkat prasekolah lagi.
Proses mempelajari Bahasa Melayu pada peringkat awal tertumpu pada keupayaan kanak-kanak mendengar dan bertutur. Pengukuhan kemahiran ini disokong dengan pengalaman berbahasa Melayu dengan keluarga, sekolah dan masyarakat. Semakin kerap kanak-kanak mendengar orang di sekeliling menggunakan bahasa Melayu, semakin baik penguasaan bahasa mereka dan meningkat keyakinan mereka untuk menggunakan bahasa Melayu.
BAB 1MEMPELAJARI BAHASA MELAyU PADA PERINGKAT PRASEKOLAH
Permainan boneka dapat menarik minat kanak-kanak untuk menggunakan bahasa Melayu.
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
5
BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah
Kanak-kanak prasekolah yang mempelajari Bahasa Melayu diharap mempunyai ciri-ciri yang berikut:
MATLAMAT PEMBELAJARANBAHASA MELAyU
Mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Melayu
Membina kemahiran asas bahasa dan literasi
Mengenali budaya etnik tempatan
Pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif apabila kanak-kanak belajar dalam suasana yang menyeronokkan.
6
BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah
Untuk memastikan bahawa kurikulum bahasa Melayu yang dilaksanakan berkesan, pengajaran yang dijalankan perlulah dirancang dan mengambil kira perkara-perkara yang berikut:
Titik permulaan pembelajaran kanak-kanak
Bahan dan aktiviti yang sesuai
Aktiviti yang bermakna dan autentik
Mulakanlah dengan perkara-perkara yang diketahui dan yang boleh dilakukan oleh mereka sebelum bergerak kepada sesuatu yang baharu (contohnya, mengenalkan/berbincang tentang pengalaman menaiki bas sebelum mereka berbincang tentang pengalaman menaiki kapal terbang).
Gunakanlah bahan dan aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah (contohnya menggunakan doh sebelum menggunakan tepung untuk kegiatan membuat kuih).
PERTIMBANGAN APABILAMERANCANG KURIKULUM BAHASA MELAyU
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Berikanlah peluang kepada kanak-kanak melakukan sesuatu yang dapat dialami secara langsung seperti membuat layang-layang, membuat aiskrim, melakukan pembayaran di kaunter juruwang sebuah pasar serbanika atau menyaksikan kacang hijau tumbuh menjadi kecambah atau tauge.
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
7
BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah
PERTIMBANGAN APABILAMERANCANG KURIKULUM BAHASA MELAyU
Kefasihan untuk berbahasa biasanya dikaitkan dengan kekerapan seseorang itu menggunakan bahasa tersebut. Hal ini sama dengan kanak-kanak prasekolah. Untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak menggunakan bahasa Melayu secara berterusan, guru-guru dan pentadbir tadika disarankan agar menyediakan waktu kurikulum yang membolehkan kanak-kanak belajar bahasa Melayu sekerap mungkin.
Waktu kurikulum yang disarankan dan dianggarkan mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pada peringkat prasekolah ialah:
WAKTU KURIKULUM
Peringkat Tadika
Waktu Seminggu
Jumlah MingguSetiap Penggal
Jumlah Waktu Setiap Penggal
Jumlah Penggal Setiap Tahun
Tahun 1
5 Jam
10 Minggu10 Minggu
50 Jam
4 Penggal 4 Penggal
50 Jam
5 Jam
Tahun 2
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
8
BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah
Kemahiran bahasa merujuk kepada empat kemahiran utama iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Untuk membina kemahiran asas bahasa dan literasi, kanak-kanak perlu memperoleh lima sistem bahasa dalam bahasa Melayu iaitu: fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik.
Kebolehan membina ayat. Bermula dengan gabungan dua perkataan dan bertambah bilangannya di peringkat umur yang lebih tinggi, contohnya:Saya duduk.Saya mahu duduk.Saya mahu duduk di situ.
Kebolehan menggunakan bahasa yang sesuai dengan konteks dan dapat menggunakan ungkapan biasa seperti ‘Selamat pagi’, ‘Terima kasih’ atau bahasa yang sesuai dengan suasana dan konteks perbualan.
KEMAHIRAN yANG DIAJARKAN
Keupayaan memperoleh perkataan baharu dalam bahasa Melayu. Perkataan yang dekat dengan kehidupan kanak-kanak diperkenalkan dahulu seperti saya, emak, bapa, makan dan kerusi sebelum memperkenalkan perkataan yang jarang dilihat atau didengari oleh kanak-kanak seperti buyut, cicit, moyang dan oneng-oneng.
Kebolehan melahirkan bunyi, menyebut perkataan dan ayat. Contohnya: bunyi vokal dan konsonan, bunyi sebutan perkataan (sebutan baku) dan menyebut binaan ayat bahasa Melayu.
Pengetahuan makna perkataan dan ayat. Perkataan yang konkrit seperti ‘kerusi’ dan ‘rumah’ difahami dahulu sebelum perkataan abstrak seperti ‘hilang’ dan ‘cari’. Hal ini juga berkaitan dengan kebolehan memahami cerita yang disampaikan.
FONOLOGI
MORFOLOGI
SINTAKSIS
SEMANTIK
PRAGMATIK
(BUNyI)
(PERKATAAN)
(AyAT)
(MAKNA)
(KONTEKS)
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
9
BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah
Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak mempelajari Bahasa Melayu agar mereka boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan berkesan. Justeru, pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat prasekolah akan memberikan tumpuan kepada kemahiran Mendengar dan Bertutur.
Kanak-kanak perlu mendengar cara dan sebutan bahasa Melayu digunakan untuk membolehkan mereka menggunakannya dalam pertuturan. Contohnya, guru mengajar dengan menggunakan sebutan baku. Dengan cara ini, kanak-kanak akan cuba meniru sebutan yang digunakan. Mereka juga memerlukan peluang menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Apabila kanak-kanak berpeluang menggunakan bahasa Melayu ketika bermain dengan kawan-kawan mereka atau orang di sekeliling mereka, kanak-kanak dapat menggunakan bahasa Melayu dalam konteks yang asli dan bermakna. Contohnya: bergilir ketika berbual dan memahami intonasi, gerak tubuh, dan ekspresi wajah. Pada umumnya, kanak-kanak menjalani empat fasa ketika mempelajari sesuatu bahasa (Holdaway, 1979), termasuk bahasa Melayu, iaitu:
Dalam fasa ini, kanak-kanak hanya memerhatikan sahaja. Mereka tidak berbual semasa pelajaran dijalankan atau ketika bermain dengan kawan-kawan. Mereka memerhatikan dan belajar apabila guru dan kawan-kawan mereka menggunakan bahasa untuk menyampaikan maksud dan berkomunikasi dengan orang lain.
Pemerhatian
Pelibatan Kanak-kanak menyertai main peranan, perbualan atau perbincangan dengan bimbingan guru.
Latihan Kanak-kanak berlatih menggunakan bahasa apabila diberikan peluang oleh guru dalam main peranan, perbincangan kumpulan besar atau sesi unjuk dan ujar.
Penggunaan Kanak-kanak berasa yakin dan secara kendiri menggunakan bahasa dengan orang lain untuk menyampaikan gagasan atau pandangan.
Kemahiran Mendengardan Bertutur
10
BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah
Oleh itu, aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu perlulah memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk membina kemahiran memahami perkara yang didengar dan bertutur untuk menyampaikan buah fikiran dalam bahasa Melayu.
Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak termasuklah:
Mendengar: Mendengar dengan pemahaman •Memahamimesejdanarahanyangmudah •Memahamiideautamadalamperbualan
Bertutur: Bertutur untuk menyampaikan maksud •Memberitahu keperluan dan keinginan peribadi •Bertanya dan memberikan respons kepada soalan-soalan yang mudah •Berkongsi pengalaman peribadi dengan orang lain •Menyertai perbualan yang ringkas dan mudah
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Kemahiran mendengar dan bertutur ditekankan dalam pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat prasekolah.
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
11
BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah
Pada masa yang sama, kanak-kanak juga mempelajari kemahiran-kemahiran bahasa yang membolehkan mereka menguasai kosa kata dan membaca dengan bantuan guru dalam bahasa Melayu. Kanak-kanak membina kemahiran membaca dengan membuat hubung kait makna yang terdapat pada bahan bercetak. Contohnya, kanak-kanak belajar tentang tajuk buku, penulis buku, pelukis seperti yang terdapat di kulit buku dan arah yang ditunjuk ketika membaca buku, termasuk cara membelek buku dan menyelak halaman buku.
Mengenali perkataan dan membaca dengan bantuan
•Mengenaliperkataan-perkataanlazim
•Mempunyaikesedaranmengenaibahancetakdanbuku
•Menunjukkanpemahamankepadaisiceritaataupuisi
Kemahiran Membaca
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Pembelajaran kanak-kanak boleh diperhatikan apabila mereka sedang memegang buku dengan cara yang betul.
12
BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah
Ketika kanak-kanak melakukan aktiviti dalam kelas Bahasa Melayu, mereka juga perlu melakukan tugasan-tugasan yang memerlukan mereka memegang, mengawal dan menggunakan alat tulis seperti marker, pensel, krayon dan pensel warna. Kebolehan ini termasuklah:•membuattanda;•melukissimbol;dan•menulisabjad/aksarauntuk melambangkan idea.
Terdapat dua kategori utama pramenulis, iaitu:•penulisanmekanikal;dan•penulisanekspresif.
Kemahiran Menulis
Penulisan mekanikal: Pembentukan abjad, frasa atau ayat untuk menghasilkan bentuk tulisan yang boleh dibaca. Peralatan yang sesuai seperti krayon, kapur tulis, pensel dan kertas kosong pelbagai jenis, saiz dan warna harus disediakan. Ini akan memberikan peluang kepada kanak-kanak mencuba dan meneroka.
Penulisan ekspresif: Pengalaman kanak-kanak yang dirakamkan dalam bentuk lukisan atau/dan penulisan. Kanak-kanak diharap akan dapat menjelaskan secara lisan dalam bentuk perkataan, frasa atau ayat mengenai idea-idea atau maklumat apabila ditanya oleh kawan-kawan atau guru. Bergantung pada tahap keupayaan kanak-kanak, guru bolehlah meminta kanak-kanak menyalin atau menulis dalam bentuk perkataan, frasa atau ayat selepas mereka menjelaskan hasil kerja tersebut.
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
13
BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
18 19
Bahasa Melayu digunakan dalam interaksi harian untuk konteks yang pelbagai. Selain itu, penguasaan Bahasa Melayu membolehkan murid berkomunikasi dengan bahasa yang betul dan bertatasusila.
Aktiviti-aktiviti pelajaran bahasa Melayu dijalankan dengan berpandukan tema. Tema-tema ini memberikan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri sebelum belajar tentang orang dan tempat di sekeliling mereka di Singapura dan selanjutnya di peringkat dunia. Hal ini dirancangkan berdasarkan Teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner (1979) yang menerangkan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh interaksi kanak-kanak dengan keluarga, persekitaran dan konteks sosio-budaya yang lebih luas.
Rajah yang berikut menunjukkan bagaimana tema-tema tersebut disusun:
TEMA PELAJARANBAHASA MELAYU
Perkara-perkara yangBerlaku di Sekeliling Saya
Negara danDunia Saya
Keluarga, kawan,Masyarakat danPersekitaran Saya
Diri Saya
Pada akhir Tahun 2 Tadika (K2), kanak-kanak diharapkan dapat mencapai tiga matlamat pembelajaran iaitu mempunyai minat dalam pembelajaran Bahasa Melayu, mempunyai kemahiran asas literasi dan bahasa serta mempunyai kesedaran tentang budaya etnik tempatan.
Memahami Matlamat Pembelajaran
bermainberceritaberbualbersoal jawab
permainan tradisionalmengalamimenyentuhmerasa
mendengarmelihatmenghidu
menontonmenyanyiberpuisipermainan bahasa
16
BAB 2PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
2 Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dijalankan dengan berpandukan tema. Tema-tema ini memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri sebelum belajar tentang orang dan tempat di sekeliling mereka di Singapura dan selanjutnya di peringkat dunia. Hal ini dirancang berdasarkan Teori Sistem Ekologi (Bronfenbrenner, 1979) yang menerangkan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh interaksi kanak-kanak dengan keluarga, persekitaran dan konteks sosio-budaya yang lebih luas.
Gambar rajah yang berikut menunjukkan bagaimana tema-tema tersebut disusun:
TEMA PELAJARANBAHASA MELAyU
Negara danDunia Saya
Perkara-perkara yangBerlaku di Sekeliling Saya
Keluarga, Kawan,Masyarakat danPersekitaran Saya
Diri Saya
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
14
BAB 1 Mempelajari Bahasa Melayu pada Peringkat Prasekolah
Penerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu sangat penting untuk memastikan kanak-kanak menjadi insan yang berhemah tinggi. Nilai murni boleh diterapkan, diserapkan dan disebatikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Nilai-nilai ini termasuklah bertanggungjawab, integriti, hormat-menghormati, kasih sayang, berdaya bingkas dan harmoni. Guru-guru Bahasa Melayu pada peringkat prasekolah diharap akan dapat menyerapkan nilai-nilai ini dalam pengajaran dan pembelajaran agar kanak-kanak berupaya mengenali budaya Melayu. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai-nilai ini haruslah dilaksanakan secara terancang dan sistematik sama ada secara langsung atau tidak langsung.
NILAI MURNIDAN BUDAyA
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Nilai-nilai murni boleh diterapkan melalui aktiviti membaca.
BAB 2PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAyU
16
Bahasa Melayu digunakan dalam interaksi harian untuk konteks yang pelbagai. Selain itu, penguasaan bahasa Melayu membolehkan kanak-kanak berkomunikasi dengan bahasa yang betul dan bertatasusila.
Pada akhir Tahun 2 Tadika (K2), kanak-kanak diharap akan dapat mencapai tiga matlamat pembelajaran, iaitu mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Melayu, mempunyai kemahiran asas bahasa dan literasi serta mengenali budaya etnik tempatan.
Untuk mencapai matlamat pembelajaran tersebut, pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan utama haruslah dipupuk dalam diri kanak-kanak.
Memahami Matlamat Pembelajaran
BAB 2PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BAHASA MELAyU
Aktiviti membaca bersama-sama rakan dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dan membantu kanak-kanak membina kemahiran asas literasi.
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
17
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Kanak-kanak akan menyertai kegiatan Bahasa Melayu secara aktif jika kegiatan-kegiatan yang dirancang itu relevan dengan kehidupan mereka. Peluang yang pelbagai harus diberikan agar mereka berupaya bertanya, memerhati, meneroka dan menimba pengalaman secara langsung (first-hand experience).
Matlamat Pembelajaran 1
MEMAHAMI MATLAMAT PEMBELAJARAN
Kanak-kanak boleh menunjukkan minat terhadap aktiviti Bahasa Melayu melalui beberapa cara. Salah satu daripadanya adalah dengan membaca buku Bahasa Melayu. Ketika membaca, mereka akan melihat gambar-gambar dengan teliti, memberi komen atau bertanya tentang cerita tersebut.
Kanak-kanak yang mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Melayu akan terdorong untuk melibatkan diri dalam kegiatan yang menggunakan bahasa Melayu. Bagi matlamat pembelajaran ini, terdapat dua kecenderungan yang utama:
Mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Melayu
MENyERTAI KEGIATAN BAHASA MELAyU SECARA AKTIF
MENIKMATIKEGIATANBAHASA MELAyU
Guru boleh mengajak kanak-kanak menyanyi lagu dan melakukan aksi yang sesuai.
18
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Contoh:
Pembelajaran kanak-kanak dapat dilihat, contohnya apabila mereka...
Aktiviti Cadangan Bahan/Alat/Catatan
•mengikutiaksi dalam sebuah lagu, bermain permainan dan/atau membaca cerita-cerita dalam bahasa Melayu.
•berusaha menggunakan perkataan- perkataan baharu dalam perbualan.
Menyanyi sambil membuat pergerakan kreatif apabila sesuatu perkataan disebut. Contohnya, kanak-kanak melakukan aksi ketika menyanyi lagu 'Pak Mamat Ada Kebun'.
Aktiviti Tembok Kata:Guru menampal Kad Imbasan Kosa Kata mengikut tema di ruang ‘Tembok Kata’.
Lagu kanak-kanak seperti 'Pak Mamat Ada Kebun', 'Bintang Kecil,' 'Saya Ada Kuda', 'Tanya Sama Pokok', dan lain-lain lagi.
Kad Imbasan Kosa Kata.
•melihatdan menunjuk gambar- gambar dalam buku dengan teliti, memberikan komen atau bertanya tentang cerita yang disampaikan.
•sukaakancerita rakyat dan lagu- lagu/puisi kanak- kanak tradisional.
Aktiviti Tanya Jawab: Bertanya jawab tentang buku berdasarkan gambar pada kulit buku.
Aktiviti Bacaan Lantang: Guru membacakan cerita rakyat dan membincangkan isi cerita.
Buku Besar
Buku cerita rakyat seperti 'Pak Pandir' atau lagu rakyat seperti 'Bangau, Oh, Bangau'.
Mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Melayu
Pengetahuan/Kemahiran/Kecenderungan Utama
Menyertai kegiatan Bahasa Melayu secara aktif
Menikmati kegiatan Bahasa Melayu
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
19
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas bahasa dan literasi boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan yakin. Bagi matlamat pembelajaran ini, terdapat empat pengetahuan/kemahiran/kecenderungan yang utama.
Membina kemahiran asas bahasa dan literasi
Kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan boleh memahami perkara yang didengar apabila mereka:
•memahamimesejdanarahanyangmudah;dan•memahamiideautamadalamperbualan.
MENDENGARDENGANPEMAHAMAN
Kanak-kanak bertutur dalam Bahasa Melayu untuk menyampaikan sesuatu maksud:
•memberitahukeperluandankeinginanperibadi;•bertanyadanmemberikanresponskepadasoalan-
soalan yang mudah;•berkongsipengalaman peribadi dengan orang lain; dan•menyertaiperbualan
yang ringkas dan mudah.
BERTUTUR
UNTUK MENyAMPAIKAN
MAKSUD
Matlamat Pembelajaran 2
20
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Buku Besar, carta dan buku-buku cerita boleh digunakan sebagai permulaan ketika berbincang mengenai sesuatu tema untuk membolehkan kanak-kanak:
•mengenaliperkataan-perkataanlazim; •mempunyaikesedaranmengenaibahancetak dan buku; dan•menunjukkanpemahamankepadacerita/puisi.
Kanak-kanak gemar menulis, membuat tanda, melukis dan menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan buah fikiran mereka. Pada akhir Tahun 2 Tadika (K2), kanak-kanak diharap akan dapat memperoleh kemahiran pramenulis, iaitu:
•menunjukkan kawalan dan manipulasi semasa memegang pensel/marker besar; •menunjukkan gaya yang betul dan memegang pensel/marker besar dengan genggaman pensel yang betul; dan•menunjukkan pemahaman bahawa melukis dan menulis simbol pada halaman ialah satu cara untuk memerihalkan sesuatu topik.
MENGENALI PERKATAAN DAN MEMBACADENGAN BANTUAN
MEMBUAT TANDA,
MELUKIS SIMBOL
DAN MENULIS
ABJAD/
AKSARA
UNTUK
MELAMBANGKAN
IDEA
Matlamat Pembelajaran 2
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
21
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
MEMBUAT TANDA,
MELUKIS SIMBOL
DAN MENULIS
ABJAD/
AKSARA
UNTUK
MELAMBANGKAN
IDEA
Contoh:
Pembelajaran kanak-kanak dapat dilihat, contohnya apabila mereka...
Aktiviti Cadangan Bahan/Alat/Catatan
Pengetahuan/Kemahiran/Kecenderungan Utama
mematuhi 1-2 arahan yang diberikan secara lisan.
Memberi arahan kepada pasangan dan meminta pasangan itu mematuhi arahan satu persatu. Kemudian, membincangkan sama ada arahannya menepati matlamatnya.
Contoh arahan: • Tolongambilkan pensel itu.• Tampalgambarini di atas kertas.
melakukan pergerakan dan aksi apabila menyanyi atau membaca puisi.
Guru mengajar aksi-aksi yang bersesuaian dengan lagu kanak-kanak.
Lagu kanak-kanak seperti 'Bangun Tidur' dan 'Bila Kita Berkumpul'
Memahami mesej dan arahan yang mudah
Memahami idea utama dalam perbualan
Membina kemahiran asas bahasa dan literasi
Mendengar dengan pemahaman
Matlamat Pembelajaran 2
22
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
menyampaikan mesej yang mudah kepada guru-guru, rakan-rakan dan keluarga.
Membuat pengenalan yang ringkas mengenai diri sendiri. Contohnya, •Namasaya_____.•Umursaya_____ tahun.
menggunakan kelantangan dan nada yang sesuai apabila bercakap (contohnya bercakap dengan nada yang sopan).
berkongsi pengalaman dengan menggunakan ayat-ayat yang mudah dengan orang lain (contohnya tentang makan malam bersama keluarga, bersiar-siar atau wisata kelas).
bertanya untuk mengetahui lebih lanjut tentang rakan-rakan mereka.
Berbual dengan pasangan atau kumpulan kecil dengan menggunakan intonasi yang betul. Contohnya mengenai:•Dirisendiridan keluarga•Pengalaman peribadi•Poster/buku
Aktiviti Unjuk dan Ujar:Berkongsi gambar-gambar dan pengalaman dengan rakan-rakan (contohnya tentang lawatan sambil belajar).
Aktiviti berpasangan: Berbual tentang makanan kegemaran dan kemudian membuat kolaj ‘Makanan Kegemaran Saya & Kawan Saya’.
Gambar-gambar yang berkaitan dengan topik perbualan
Gambar-gambar yang berkaitan dengan topik perbualan
•Kertas•Gam •Gambar-gambar yang berkaitan dengan topik perbualan
Memberitahu keperluan dan keinginan peribadi
Bertanya dan memberikan respons kepada soalan-soalan yang mudah
Berkongsi pengalaman peribadi dengan orang lain
Menyertai perbualan yang ringkas dan mudah
Bertutur untuk menyampaikan maksud
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
23
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
mengecam perkataan-perkataan lazim di dalam kelas dan pusat pembelajaran (seperti label yang ditampal di dinding kelas atau pusat pembelajaran).
menggunakan pensel/penanda untuk membuat contengan dan menulis huruf.
Guru menampal perkataan-perkataan lazim di dinding pusat pembelajaran. Guru menyuruh kanak-kanak mengecam perkataan-perkataan tersebut.
Membuat aktiviti tulisan pelangi pada bentuk-bentuk abjad yang dipelajari.
Kad perkataan-perkataan lazim
• Lembaran Kerja ‘Tulisan Pelangi’• Pensel warna• Krayon
bercakap tentang watak yang digemari oleh mereka dalam cerita (contohnya sebab mereka suka akan watak itu).
menggunakan pensel untuk menyurih atau menulis huruf.
menceritakan semula urutan cerita.
menggunakan simbol-simbol untuk meluahkan idea.
Membaca dengan bantuan guru, kemudian berbincang tentang watak yang digemari oleh mereka dalam cerita.
Aktiviti menyurih abjad.
Membaca dengan bantuan guru, kemudian mengimbas kembali urutan cerita tersebut.
Melukis gambar mengenai tajuk-tajuk tertentu seperti ‘Haiwan Peliharaan’ & ‘Perayaan’ lalu menceritakannya kepada kawan-kawan dan guru.
• Buku cerita• Buku Besar
Lembaran Kerja ‘Menyurih Abjad’
• Buku cerita• Buku Besar
• Pensel warna• Krayon
Mengenali perkataan-perkataan lazim
Menunjukkan kawalan dan manipulasi semasa memegang pensel/marker besar
Mempunyai kesedaran mengenai bahan cetak dan buku
Menunjukkan pemahaman kepada cerita/puisi
Menunjukkan gaya yang betul dan memegang pensel/marker besar dengan genggaman pensel yang betul
Menunjukkan pemahaman bahawa melukis dan menulis simbol pada halaman ialah satu cara untuk memerihalkan sesuatu topik
Mengenali perkataan dan membaca dengan bantuan
Membuat tanda, melukis simbol dan menulis abjad/aksara untuk melambangkan idea
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
24
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Mengenali budaya etnik tempatan
Pembelajaran Bahasa Melayu berkait rapat dengan tradisi dan adat resam. Aspek budaya dan nilai moral yang sering digambarkan dalam cerita-cerita yang didengar oleh mereka akan menjadi relevan.
Kanak-kanak sudah mula sedar akan identiti bangsa dan kumpulan etnik mereka pada peringkat yang awal. Mempelajari Bahasa Melayu membolehkan kanak-kanak memahami identiti mereka. Hal ini dapat dilakukan dengan memberi mereka peluang untuk mengalami kegiatan budaya masyarakat Melayu dan tempatan.
Penggunaan Bahasa Melayu tidak terbatas dalam kelas Bahasa Melayu. Selain guru, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berinteraksi dengan kawan-kawan, keluarga dan masyarakat Melayu agar bahasa Melayu menjadi bahasa yang hidup dalam diri kanak-kanak.
MENGENALI
ADAT DAN
TRADISI
BERINTERAKSI DENGAN KAWAN-KAWAN, KELUARGA DAN MASyARAKAT
Matlamat Pembelajaran 3
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
25
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Pembelajaran kanak-kanak dapat dilihat, contohnya apabila mereka...
Aktiviti Cadangan Bahan/Alat/Catatan
Pengetahuan/Kemahiran/Kecenderungan Utama
bertanya tentang sambutan perayaan.
bertutur/berbual mengenai aktiviti yang selalu dilakukan oleh mereka bersama keluarga.
•Mengadakan sambutan perayaan di tadika dengan memakai pakaian tradisional/ mengadakan perhiasan mengikut perayaan/menyanyi lagu perayaan.
•Membincangkan pakaian tradisional dan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk bertanya tentang sesuatu perayaan.
Membuat aktiviti/projek yang melibatkan ibu bapa. Kanak-kanak melukis, mewarnakan dan menceritakan tentang isi gambar kepada ibu bapa. Contohnya mengenai:•MakananTradisional Melayu•SambutanHariRaya
•Gambarperayaan•Video/Audio tentang perayaan masyarakat Singapura
•Penselwarna•Krayon
Mengenali adat dan tradisi
Berinteraksi dengan kawan-kawan, keluarga dan masyarakat Melayu
Mengenali budaya etnik tempatanContoh:
Matlamat Pembelajaran 3
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
26
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Kanak-kanak memperoleh kefasihan berbahasa Melayu apabila mereka sering berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pemerolehan ini diperkukuhkan lagi di dalam kelas Bahasa Melayu yang melibatkan perkara-perkara berikut:
Guru merupakan suri teladan yang menggunakan bahasa Melayu yang baik. Apabila kanak-kanak menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan orang-orang di sekeliling mereka, guru boleh memberikan galakan dengan mendengar dan memberikan respons yang sesuai. Dengan menimbangkan penguasaan bahasa Melayu kanak-kanak, guru boleh membantu mereka dengan menggunakan ayat-ayat mudah dan bertutur dengan tahap kelajuan yang sesuai.
Sekiranya kanak-kanak membuat kesilapan, guru boleh menunjukkan contoh yang betul tanpa menegur kesilapan mereka. Contohnya, apabila kanak-kanak menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris dalam interaksi berikut:
Kanak-kanak: Azim stomach pain. Dia pergi toilet. Guru: Ohh... Azim sakit perut. Dia pergi ke tandas.
Ketika bertutur, guru boleh menjadi suri teladan kepada kanak-kanak dengan:•menghadap muka kepada kanak- kanak ketika bertutur;•bertentangmata;•mendengar apa yang diujarkan oleh kanak-kanak; dan•mengulangperkataanataumemparafrasa untuk menunjukkan pemahaman.
KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN
Menjadi Contoh
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
27
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Buku ialah salah satu bahan penting dalam pemerolehan bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Apabila guru membacakan buku cerita kepada mereka, minat untuk mengetahui cerita dan membaca akan timbul. Dalam kurikulum Bahasa Melayu di peringkat prasekolah, pembacaan buku secara lantang bertujuan untuk:
•menarikminatkanak-kanakpadaceritadalambahasaMelayu;•membantu kanak-kanak memahami cerita yang disampaikan dalam bahasa Melayu;•membolehkankanak-kanakbertuturtentangceritayangdidengar;dan•membantu kanak-kanak memperoleh dan menggunakan kosa kata yang didengar.
Oleh itu, aktiviti-aktiviti bacaan yang disediakan memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa Melayu.
Untuk meningkatkan kesan aktiviti bacaan lantang, guru perlulah mengetahui dahulu cerita yang hendak disampaikan. Ketika membaca, duduklah berhadapan dengan kanak-kanak (contohnya dalam bulatan). Cara penyampaian cerita juga penting.
Sebutan Baku ketika Membaca LantangSebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan berdasarkan ejaan. Guru perlulah memberikan contoh membaca secara lantang dengan sebutan baku. Dengan demikian, kanak-kanak dapat menggunakan sebutan huruf dan suku kata dalam perkataan-perkataan yang dibaca secara lantang.
Bacaan Lantang
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
ISBN 978-981-09-8246-1
Yu dan Gemi
ISBN 978-981-09-8251-5
Pulau Ubin
28
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Dalam Pendekatan Membaca Bersama (Shared Book Approach atau SBA), guru menggunakan buku (biasanya Buku Besar) untuk membacakan cerita. Dengan menggunakan Buku Besar, kanak-kanak dapat melihat gambar dan teks serta mengambil bahagian secara aktif dalam pembacaan. Guru menggunakan penunjuk untuk menunjukkan gambar atau teks (huruf, perkataan, frasa atau ayat) untuk dihubungkaitkan dengan cerita. Lazimnya, Buku Besar yang sama dibaca berkali-kali agar kanak-kanak lebih faham isi cerita, mengukuhkan kosa kata dan mendapat maklumat baharu. Secara umumnya, matlamat SBA adalah untuk:
•memberikanpengalamanyangmenarikminatkanak-kanakkepadabuku;•menunjukkancontohmembacabukuyangbaik;•menggalakkan kanak-kanak menggunakan bahasa Melayu dalam suasana yang selesa;•mengukuhkanpemahamantentangceritayangdidengar;dan•mengajardanmengukuhkankemahiranberbahasaMelayu.
Pada dasarnya, SBA untuk pelajaran bahasa Melayu boleh dijalankan dengan adaptasi agar fokus penggunaan Buku Besar adalah untuk meningkatkan minat dan pemahaman kanak-kanak pada cerita dalam bahasa Melayu.
Pendekatan MembacaBersama
Guru menggunakan penunjuk semasa membaca bersama-sama kanak-kanak.
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
29
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Mengenalkan tema dan konsep yang akan disentuh dalam Buku Besar melalui perbincangan dan aktiviti. Contohnya, untuk Buku Besar mengenai Hari Raya, guru bolehlah menayangkan video, memainkan lagu Hari Raya, melukis ketupat atau memperagakan pakaian Melayu.
Langkah 1
Langkah 3Guru membaca buku sekali lagi tanpa henti. Sekiranya ada pertanyaan, guru bolehlah memberikan respons ringkas agar bacaan tidak terlalu terganggu. Kanak-kanak yang sudah mempunyai kemahiran membaca digalakkan membaca secara lantang bersama-sama guru. Langkah 3 bolehlah diulang beberapa kali sekiranya perlu.
Ketika guru menjalankan langkah-langkah yang disarankan, guru boleh mengambil peluang untuk:
•mengajarkosakata;•menggunakanlagudanpuisi;•mainperanan;•menggunakanpermainanbahasa;dan•menulisbersama.
Langkah 2Mengenalkan buku, ilustrasi pada kulit buku, tajuk buku, nama penulis dan nama pelukis. Guru membincangkan tentang ilustrasi buku dengan kanak-kanak. Selepas setiap halaman, guru membaca teks yang tercetak dengan menggunakan penunjuk.
SBA boleh dijalankan dalam beberapa langkah:
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
30
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Mengenalkan buku, tajuk buku, nama penulis dan pelukis. Guru mengajak kanak-kanak berinteraksi tentang ilustrasi buku (termasuk kulit buku dan halaman judul) pada setiap halaman. Sekiranya respons kanak-kanak bercanggah dengan jalan cerita, guru tetap meneruskan interaksi. Guru juga tidak perlu mengaitkan isi di halaman dengan halaman sebelumnya.
Langkah 1
Langkah 3Guru membaca buku tanpa henti pada hari-hari yang selanjutnya. Sekiranya ada pertanyaan, guru bolehlah memberikan respons ringkas agar bacaan tidak terlalu terganggu. Langkah 3 bolehlah diulang beberapa kali sekiranya perlu.
Langkah 2Selepas berbincang mengenai ilustrasi pada setiap halaman, guru membaca tajuk buku serta nama penulis dan pelukis buku sekali lagi. Guru mula bercerita berdasarkan plot tanpa membaca teks yang tercetak. Guru digalakkan menggunakan teknik drama, menggunakan intonasi yang sesuai, alat bercerita dan kesan bunyi. Guru mengajukan soalan ketika bercerita untuk mengukur pemahaman dan melibatkan kanak-kanak secara aktif.
Berinteraksi dan Bercerita
Apabila menjalankan SBA, guru juga boleh memberikan fokus kepada aspek berinteraksi dengan kanak-kanak dan bercerita kepada mereka. Langkah-langkah Berinteraksi dan Bercerita adalah seperti yang berikut:
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
31
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Berinteraksi dan Bercerita
Meluaskan: Guru meluaskan respons kanak-kanak agar interaksi berkenaan cerita akan lebih luas dan mendalam agar kanak-kanak juga berfikir mengenai isu yang diutarakan.
E (Expand)
Menilai: Guru menilai respons kanak-kanak sebelum memberikan maklum balas dengan rangsangan yang sesuai.
Semasa menjalankan sesi 'Berinteraksi dan Bercerita', guru bolehlah menggunakan teknik Pembacaan Dialogik (Dialogic Reading). Menerusi teknik ini, kanak-kanak diajak meneka kandungan cerita. Guru melibatkan kanak-kanak dalam pembacaan dengan menggunakan rangsangan dan mengajukan soalan-soalan agar kanak-kanak lebih banyak bertutur dan terlibat dalam kegiatan bercerita itu. Untuk menggunakan teknik ini, guru bolehlah mengaplikasikan akronim PEER dan CROWD (Zevenbergen & Whitehurst, 2003).
PEER
Rangsangan: Guru mengajukan soalan rangsangan yang sesuai untuk menyediakan interaksi yang bermakna.
Mengulang: Guru mengulang respons kanak-kanak untuk mengukuhkan pemahaman kanak-kanak tersebut dan kanak-kanak yang lain. R (Repeat)
Pembacaan Dialogik
C (CompletionPrompts)
CROWD
Melengkapkan (sesuatu): Guru membina soalan yang perlu dilengkapkan dengan perkataan/frasa oleh kanak-kanak (contohnya: Umang-umang itu takut sebab______).
Mengingat kembali: Guru bertanya tentang peristiwa atau watak dalam cerita (contohnya: Apakah yang dilakukan oleh umang-umang?).R (Recall
Prompts)
Menanyakan soalan yang berkaitan dengan gambar dalam buku.O (Open-ended Prompts)
W (Whs Prompts)
Soalan rangsangan lazimnya bermula dengan 'apa', 'bila', 'di mana', 'mengapa' dan 'bagaimana'.
Rangsangan yang mengaitkan pengalaman kanak-kanak (contohnya: Pernahkah awak rasa takut seperti umang-umang? Ceritakan). D (Distancing
Prompts)
P (Prompts)
E (Evaluate)
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
32
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Langkah 3
Nyanyian
Kanak-kanak prasekolah berasa teruja apabila menyanyi bersama-sama atau menyanyi beramai-ramai. Nyanyian ialah satu aktiviti yang amat menyeronokkan bagi kanak-kanak. Antara kategori-kategori lagu yang sesuai untuk kanak-kanak ialah lagu yang berunsur nasihat, lagu rakyat, lagu beraksi, lagu permainan dan lagu bertema. Lazimnya, lagu digunakan bagi memenuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema tentang diri saya, keluarga dan haiwan.
Semasa memilih lagu kanak-kanak, pilihlah lagu yang mengandungi banyak ulangan lirik dan melodi yang mudah dipelajari. Kaitkan lagu dengan pergerakan badan yang sesuai. Berikut ialah beberapa langkah yang dapat dijadikan panduan semasa mengajar menggunakan nyanyian dalam pembelajaran kepada kanak-kanak.
Pilih lagu kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti lirik yang pendek, berulang dan mudah difahami serta melodi yang menarik.
Nyanyikan atau perdengarkan berulang kali sebelum mengajak kanak-kanak bernyanyi sambil melakukan aksi yang sesuai.
Kenalkan gerak-geri atau aksi bersama perkataan. Hal ini akan membantu kanak-kanak memahami dan mengamati perkataan dalam seni kata lagu. Sebut perkataan dalam senikata bersama kanak-kanak untuk membantu penyebutan yang betul.
Langkah 1
Langkah 2
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
33
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Nyanyian Bermain
Bermain ialah aktiviti utama yang menentukan perkembangan kanak-kanak dan mewujudkan zon perkembangan proksimal (Vygotsky, 1966).Pembentukan konsep berlaku semasa kanak-kanak bermain secara imaginatif dan semasa mereka sedang meneroka (Fleer, 2011).
Antara jenis-jenis permainan yang dikemukakan oleh Parten (1932) ialah:
Permainan Sendirian (solitary play):Kanak-kanak bermain secara sendirian dan tidak berinteraksi orang lain.
Permainan Selari (parallel play): Kanak-kanak bermain secara bebas dan bersendirian tetapi berhampiran dengan kanak-kanak lain. Contohnya, dua orang kanak-kanak mungkin bermain permainan yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama.
Permainan Asosiatif (associative play): Seorang kanak-kanak bersama kanak-kanak yang lain terlibat dalam aktiviti yang sama tetapi tidak ada kerjasama. Contohnya, semasa aktiviti main peranan, beberapa orang kanak-kanak ingin melakonkan watak Adik. Tiada pula yang mahu melakonkan watak Ayah. Guru perlu membimbing dan memberikan cadangan.
Permainan Kooperatif (cooperative play):Seorang kanak-kanak bermain dengan kanak-kanak yang lain. Ada kerjasama dan tolak ansur. Minat individu dapat dijadikan minat kumpulan.
Menurut Gray (2013), bermain boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu fizikal, konstruktif, penerokaan, fantasi, sosial dan bahasa.
Bermain ialah salah satu jentera yang akan mendorong kanak-kanak untuk menggunakan bahasa. Bermain dikaitkan dengan keseronokan dan perasaan tidak terancam yang menjadi perangsang utama untuk kanak-kanak menggunakan bahasa.
34
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Bermain untuk mencapai matlamat pembelajaran
Bermain Secara Terarah (Purposeful Play)
Permainan terarah mencapai matlamatnya apabila kanak-kanak: • berasaseronok;• melibatkandirisecaraaktif;dan• mempamerkanperlakuansepertiyangdinyatakandalammatlamat pembelajaran.
Dalam permainan secara terarah, guru memainkan peranan penting. Guru merancang aktiviti bermain untuk kanak-kanak dengan berpandukan objektif dan guru juga memainkan peranan yang aktif dalam menyokong permainan tersebut (Fleer, 2013).
Bermain secara bebas tanpa struktur Bermain secara terarah
Bermain secara berstruktur
Kanak-kanak mengarah
permainan tanpa
sokongan atau dengan
sokongan guru yang
minimal.
Kanak-kanak dapat meneroka
persekitaran menerusi aktiviti bermain
yang dirancang dan dibimbing guru
agar matlamat pengajaran dan
pembelajaran dapat dicapai.
Guru mengarah
kanak-kanak ketika
bermain manakala
kanak-kanak bermain
mengikut arahan.
Konsep bermain secara terarah merupakan sebahagian daripada kontinum bermain. Gambar rajah di bawah merupakan ilustrasi pelibatan guru ketika kanak-kanak terlibat dalam permainan yang terarah.
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
35
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Berfikir – berpasang – berempat (Think – pair – square)
•setiap kanak-kanak dalam kumpulan berfikir secara individu mengenai tugasan yang diberikan;
Pembelajaran kooperatif merujuk pada penggunaan kaedah kumpulan-kumpulan kecil sama ada secara berpasangan atau berkumpulan bagi mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan bersama. Pembelajaran kooperatif penting dalam perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, sosial dan emosi. Kanak-kanak berpeluang mengajar dan belajar antara satu sama lain dan menghormati kebolehan kawan-kawan. Guru berperanan memerhatikan kanak-kanak semasa aktiviti dijalankan secara kooperatif untuk menentukan tahap kesediaan mereka.
Yang berikut ialah beberapa contoh teknik yang boleh dijalankan oleh guru Bahasa Melayu dalam pendekatan pembelajaran kooperatif:
Berfikir – berpasang – berkongsi (Think – pair – share)
•setiap kanak-kanak dalam kumpulan berfikir secara individumengenai tugasan yang diberikan;•kerjaberpasangan–Kanak-kanakAberbincangdenganseorangpasangan; misalnya, kanak-kanak B; Kanak-kanak C berbincang dengan seorang pasangan; misalnya, kanak-kanak D; dan•berkongsidengankelas.Salahseorangdaripadapasanganmenyampaikan hasil perbincangan.
Pembelajaran Kooperatif
•kerja berpasangan – Kanak-kanak A berbincang dengan seorang pasangan; misalnya, kanak-kanak B; Kanak-kanak C berbincang dengan seorang pasangan; misalnya, kanak-kanak D; dan•setiapkanak-kanakberkongsidengan kumpulan.
Perbincangan secara berpasangan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bertutur dalam bahasa Melayu.
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
36
BAB 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Pengajaran Pembezaan
Pengajaran pembezaan merupakan pendekatan pengajaran yang dapat menjangkau pelbagai kebolehan, minat dan keperluan kanak-kanak dalam situasi pengajaran. Secara am, pengajaran pembezaan bererti membezakan kandungan (konsep, prinsip dan kemahiran), proses (strategi dan aktiviti) dan produk (hasil dan cara penilaian) dalam pengajaran bagi kumpulan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza.
Yang berikut ialah penerangan ringkas tentang ketiga-tiga perkara ini:
KANDUNGAN
PROSES
PRODUK
Guru boleh membezakan kandungan atau bahan pengajaran. Contohnya, guru boleh mempelbagaikan bahan bacaan kanak-kanak mengikut tahap kesediaan dan minat mereka. Guru juga boleh mengembangkan pemikiran dan kemahiran kanak-kanak yang telah dapat menguasai kandungan yang diajar dengan kandungan pelajaran yang lebih mencabar.
Guru boleh membezakan proses dengan menggunakan pelbagai aktiviti di dalam bilik darjah. Contohnya, guru meminta kanak-kanak yang berkebolehan melakukan aktiviti secara kendiri manakala kanak-kanak yang masih belum menguasai kemahiran yang diajarkan diberikan bantuan bagi membolehkan mereka menyelesaikan tugasan tersebut.
Guru perlu mempelbagaikan tugasan berdasarkan keupayaan dan minat kanak-kanak. Contohnya, guru boleh membezakan produk dengan meminta kanak-kanak menghasilkan lukisan atau membuat perkongsian secara lisan, bergantung pada kebolehan atau minat mereka.
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Pengajaran Pembezaan
PROSES
BAB 3
PENILAIAN
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
38
Penilaian pada peringkat prasekolah amat berbeza dengan penilaian yang dijalankan pada peringkat sekolah rendah dan peringkat yang lebih tinggi. Hal ini kerana kanak-kanak prasekolah lazimnya membina pengetahuan apabila mereka mengalami sesuatu perkara, berinteraksi dan mempelajari sesuatu yang maujud atau amali (Bredekamp & Rosegrant, 1992, 1995). Penilaian juga amat mencabar ketika kanak-kanak masih kecil kerana perkembangan mereka sangat pantas, tidak tekal, episodik dan amat dipengaruhi oleh persekitaran (Shepard, Kagan & Wurtz, 1998).
Oleh itu, penilaian harus dijalankan secara berterusan, berbentuk tidak formal dan perlu dilakukan dengan sengaja, sebagai sebahagian daripada rutin pelajaran Bahasa Melayu. Proses ini melibatkan guru mengenal pasti dan mengumpulkan bukti ketika pelajaran Bahasa Melayu dijalankan. Dengan maklumat ini, guru berupaya:
•membuatkeputusanapabilamerancangpelajaranBahasaMelayu;•mengenalpastiperilakukanak-kanakyangperludiberikanperhatiankhusus atau secara peribadi; dan•membantupentadbirpusatprasekolahmengubahsuaikurikulumsekiranya perlu.
BAB 3PENILAIAN
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
39
BAB 3 Penilaian
TUJUAN PENILAIAN
Antara tujuan penilaian dijalankan adalah supaya guru dapat:
•mengenalpastikeperluanpembelajaransetiapkanak-kanak;•memantauperkembangankanak-kanaksecaramenyeluruh;dan•memberikan maklum balas kepada kanak-kanak, ibu bapa dan pihak pentadbiran pusat prasekolah.
Penilaian Pencapaian
Ujian bertulis atau cara-cara penilaian yang formal (secara individu atau dalam kumpulan besar) untuk membandingkan seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain tidak sesuai di peringkat prasekolah. Penilaian pencapaian tidak tepat dan tidak sah untuk kanak-kanak yang kecil dan tidak seharusnya digunakan untuk membuat keputusan penting (Shepard et al., 1998).
Penilaian perkembangan kanak-kanak boleh dilakukan ketika mereka sedang bermain dan berinteraksi.
40
BAB 3 Penilaian
PROSES PENILAIAN
Proses penilaian yang dijalankan bersifat putaran seperti yang dipaparkan dalam gambar rajah yang berikut:
Mengambil tindakan susulan berdasarkan keperluan
Memerhatikan kelakuan
Menggunakan data untuk memberikan maklum balas
Penilaian Kanak-kanakPada Peringkat Prasekolah
Merekod perkembangan
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Data boleh dikumpul melalui pemerhatian, ketika kanak-kanak sedang bermain.
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
41
BAB 3 Penilaian
Guru perlu memerhatikan gerak-geri, kelakuan, dan respons kanak-kanak terhadap pelajaran Bahasa Melayu, hubungan dengan guru, rakan-rakan atau dengan orang-orang di sekeliling yang lain. Guru boleh merekod perbualan, merakam video dan membuat catatan dalam senarai semak atau catatan anekdot.
Cara membuat pemerhatian
•Sekerapyangbolehdengantujuantertentu;•PadamasayangberbezaketikakelasBahasaMelayudijalankan–awalpagi/ petang atau lewat pagi/petang; dan•Ditempatyangberbeza–dalamkelas,ditamanpermainan,dikoridor.
Perkara-perkara yang boleh diperhatikan
•Corak kelakuan kanak-kanak yang memaparkan semangat untuk belajar Bahasa Melayu, contohnya kanak-kanak menunjukkan minat untuk menyertai kegiatan dalam kelas Bahasa Melayu seperti rajin bertanya dan tekun membuat tugasan;•Corak interaksi sosial (hal ini dapat mengenal pasti sama ada mereka cenderung untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan besar, kumpulan kecil atau bersendirian, di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah); dan•Kecenderunganutama(untukmengenalpastiminatkanak-kanak)seperti suka menyanyi, suka melukis dan sebagainya.
Memerhatikan Kelakuan
Penilaian perkembangan kanak-kanak boleh dilakukan semasa guru sedang mengajar.
42
BAB 3 Penilaian
Setelah guru mengenal pasti perkara yang hendak dinilai dan cara untuk menilainya, guru juga perlu merekod maklumat tersebut secara sistematik. Beberapa perkara yang perlu diambil kira ialah:
•Mengenal pasti aktiviti pembelajaran serta peringkat kepayahan aktiviti- aktiviti tersebut agar sesuai dengan kebolehan kanak-kanak;•Membuat keputusan yang produktif ketika merancang pelajaran Bahasa Melayu. Contohnya, cara menyiapkan sudut pembelajaran, aktiviti atau kegiatan yang boleh dilakukan seterusnya, soalan-soalan yang boleh ditanyakan atau cara merangsang pembangunan kanak-kanak; dan•Mengajardenganlebihberkesan.Maklumatyangdikumpulmembuatguru lebih peka dengan strategi yang boleh digunakan dalam pelajaran Bahasa Melayu.
Pada masa yang sama, kanak-kanak juga akan berasa bahawa kegiatan pelajaran penting memandangkan guru merekod perkara-perkara yang berlaku dalam kelas.
Beberapa alat penilaian yang berikut boleh digunakan untuk membantu guru mengikuti perkembangan kanak-kanak.
Alat Penilaian
Dengan adanya pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan utama yang disenaraikan, penggunaan senarai semak dapat membantu guru merekod perkara-perkara tersebut dalam waktu yang singkat tetapi memberikan maklumat yang berguna untuk rujukan guru. Contohnya, senarai semak boleh digunakan apabila kanak-kanak sedang menceritakan semula kandungan cerita dalam Buku Besar, kanak-kanak sedang berbincang di pusat pembelajaran dan sebagainya.
Merekod Perkembangan
Senarai Semak
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
43
BAB 3 Penilaian
Merekod Perkembangan
Catatan anekdot merupakan penerangan pendek dan faktual terhadap kelakuan dan kemahiran kanak-kanak dalam jangka masa tertentu. Catatan anekdot harus bersifat objektif dan panjangnya hanya beberapa potong ayat.
Contohnya, “Danial memilih untuk menyanyi di pusat pembelajaran hari ini. Dia menyanyi seperti seorang penyanyi terkenal dengan memegang mikrofon yang disediakan. Dia yakin dengan lirik lagu yang tersedia di Pusat Nyanyi dan Menari itu. Walaupun tidak membaca lirik tersebut, dia berlagak seperti dia merujuk dan membaca kertas lirik tersebut.”
Catatan terperinci hampir serupa dengan catatan anekdot. Guru mencatat segala perkara yang dikatakan dan dilakukan oleh kanak-kanak untuk jangka waktu tertentu, contohnya sepanjang 30 minit. Catatan terperinci amat berfokus kegunaannya, seperti mengikuti setiap sebutan kanak-kanak semasa membaca buku cerita.
CatatanAnekdot
Catatan Terperinci
Portfolio juga boleh digunakan untuk merekod penilaian. Pada masa yang sama, guru dapat mengumpulkan contohyangsesuaisecarasistematik–samaadauntuksetiap topik, setiap minggu atau setiap bulan. Dengan disertai komen guru, contoh-contoh yang dikumpulkan dapat menjadi bukti perkembangan pelajaran kanak-kanak tersebut.
Portfolio
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
44
BAB 3 Penilaian
Contoh Membina Portfolio
•Kenal pasti bahagian/aktiviti yang ingin dinilai –melukis,menulis huruf/ perkataan/ayat;•Tentukanbentuktugasanyangingindikumpulkan–lukisan,gambar,rakaman audio, kertas latihan menulis dan sebagainya;•Dapatkan juga maklumat tentang kanak-kanak daripada rakan guru yang lain;•Tentukansistemmenyimpandokumensepertifail,albumataustorandigital;•Kaitkan tugasan yang dikumpulkan dengan matlamat pembelajaran Bahasa Melayu;•Kumpulkancontohan yang menunjukkan pelbagai kebolehan yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak; dan•Kumpulkan data yang dapat menunjukkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
Jenis Portfolio
Portfolio yang dibina oleh guru boleh berbentuk portfolio kelas, portfolio pameran atau portfolio guru. Portfolio kelas merupakan kumpulan hasil kerja kanak-kanak yang dilakukan secara bersama. Portfolio pameran pula mengandungi hasil kerja yang dipilih oleh guru khusus untuk menunjukkan perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu perkara. Portfolio guru pula merupakan kumpulan bahan-bahan bagi setiap kanak-kanak yang dapat membantu guru mengenal pasti pencapaian, kebolehan, kekuatan dan keperluan kanak-kanak tersebut.
Catatan di Rumah
Ibu bapa mungkin melihat kelakuan dan kemahiran yang hanya diperagakan oleh kanak-kanak semasa di rumah. Catatan di rumah dapat dilakukan melalui maklum balas atau soalan-soalan yang memerlukan jawapan pendek yang boleh dilakukan oleh ibu bapa.
Portfolio
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
45
BAB 3 Penilaian
Portfolio
Guru dapat menggunakan maklumat yang dikumpulkan dalam portfolio atau melalui kaedah-kaedah lain untuk memberikan maklum balas kepada kanak-kanak, ibu bapa atau pihak pentadbiran prasekolah.
Kanak-kanak
Guru akan lebih prihatin apabila merancang pelajaran dan menjalankan pelajaran dengan maklumat intrinsik dan ekstrinsik yang diperoleh daripada kanak-kanak. Dengan cara itu, guru dapat menyediakan bentuk pelajaran yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak daripada pelbagai sudut – kognitif,sosial, emosi dan psikologi.
Ibu bapa
Dengan dokumentasi yang dilakukan, guru dapat memberikan maklum balas yang menyeluruh tentang perkembangan kanak-kanak. Bukti-bukti yang dikumpulkan dapat memberikan gambaran kepada ibu bapa mengenai perkembangan dan pencapaian anak-anak mereka. Sekiranya bukti-bukti tersebut disimpan dalam storan digital, guru juga boleh memberikan maklumat berkala kepada ibu bapa melalui lelaman pusat prasekolah atau menerusi e-mel kepada ibu bapa, bergantung pada cara pusat prasekolah berhubung dengan ibu bapa.
Pihak Pentadbiran
Guru perlu menyimpan rekod untuk membuat laporan kepada pihak pentadbiran prasekolah. Dengan dokumentasi perkembangan kanak-kanak, guru berupaya menyediakan laporan yang diperlukan. Kekuatan dan kelemahan kurikulum juga dapat dikenal pasti berdasarkan kelakonan kanak-kanak apabila melakukan kegiatan pelajaran yang disediakan.
Menggunakan Data untukMemberikan Maklum Balas
46
BAB 3 Penilaian
Mengambil Tindakan Susulan Berdasarkan Keperluan Kanak-Kanak
Tujuan utama pengumpulan data adalah untuk membolehkan guru mengubah suai pelajaran atau strategi pengajaran. Contohnya, berdasarkan data yang dikumpulkan, guru membuat keputusan untuk memberikan bimbingan khusus kepada kanak-kanak tertentu atau mengubah suai aktiviti agar menepati keperluan kanak-kanak.
Melibatkan ibu bapa
Ibu bapa harus dijadikan rakan kongsi dalam proses penilaian anak-anak mereka. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan maklum balas sekerap yang mungkin tentang perkembangan anak-anak mereka berdasarkan penilaian yang dilakukan. Guru digalakkan agar menerangkan kepada ibu bapa cara anak-anak mereka dinilai.
Melibatkan kanak-kanak
Kanak-kanak boleh dilibatkan dalam penilaian. Contohnya, mereka boleh menilai sejauh mana mereka sudah membesar dengan mengukur ketinggian mereka pada permulaan tahun dan penghujung tahun. Guru juga boleh berbincang tentang minat dan kebimbangan kanak-kanak secara peribadi atau berkumpulan. Kanak-kanak juga boleh memberikan pandangan tentang hasil tugasan yang dilakukan oleh mereka atau rakan mereka dengan menggunakan kriteria mudah seperti menandakan tugasan dengan jumlah bintang dan sebagainya.
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Penilaian dapat membantu kanak-kanak menghargai dan meyakini kebolehan diri sendiri.
Mengambil Tindakan Susulan Berdasarkan Keperluan Kanak-Kanak
BAB 4
BAHAN PENGAJARAN
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
48
Cuffaro (1995) menyamakan bahan pengajaran di peringkat prasekolah dengan buku teks bagi kanak-kanak yang lebih dewasa. Menurut beliau, bahan pengajaran prasekolah ibarat buku teks di dalam bilik darjah prasekolah. Kanak-kanak prasekolah meneroka, membesar dan belajar melalui bahan pengajaran yang disediakan. Bahan pengajaran yang baik dapat menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari Bahasa Melayu. Bahan yang dipilih haruslah menyokong pencapaian matlamat pelajaran yang dirancang dan mengambil kira kesediaan kanak-kanak. Bahan pengajaran di peringkat prasekolah boleh dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu bahan bercetak, bahan manipulatif, contohan autentik dan bahan elektronik.
BAB 4BAHAN PENGAJARAN
Permainan yang sesuai menggalakkan kanak-kanak berinteraksi dan meningkatkan kemahiran sosial.
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
49
BAB 4 Bahan Pengajaran
Bahan bercetak
Bahan bercetak seperti Buku Besar dan buku-buku cerita yang digunakan oleh guru dapat membina kemahiran-kemahiran penting dalam diri kanak-kanak. Salah satu cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah dengan menyediakan bahan bacaan yang menarik dan sesuai dengan peringkat usia mereka. Buku Besar dan buku-buku cerita boleh digunakan pada bahagian permulaan kanak-kanak berbincang mengenai sesuatu tema. Bahan-bahan ini juga boleh digunakan sebagai lanjutan sesuatu perbincangan dan juga memupuk kemahiran mendengar, merangsang minat membaca dan meluaskan perbendaharaan kata.
Selain buku, bahan bercetak lain yang boleh digunakan ialah kad bergambar, kad fonik, kad kosa kata dan poster. Bahan bercetak lazimnya digunakan untuk memupuk tiga komponen membaca iaitu kesedaran fonologi, pengetahuan tentang perkataan-perkataan lazim dan kefahaman.
Penggunaan bahan bercetak menggalakkan pembelajaran aktif.
50
BAB 4 Bahan Pengajaran
Bahan manipulatif
Bahan manipulatif merujuk pada alat permainan kanak-kanak, yang melibatkan kanak-kanak dengan objek itu secara visual dan fizikal. Antara contoh bahan manipulatif ialah susun suai gambar, bongkah, manik-manik dan doh. Bahan-bahan ini memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk melatih koordinasi badan dan meningkatkan keupayaan kemahiran motor halus. Aktiviti ini penting untuk mempersiapkan kanak-kanak dengan kemahiran menulis dan mendedahkan mereka kepada konsep asas seperti warna, saiz dan bentuk. Kanak-kanak juga berpeluang untuk bekerjasama dan menyelesaikan masalah semasa bermain dengan bahan manipulatif.
Contohan autentik
Persekitaran boleh dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum. Kanak-kanak belajar apabila mereka meneroka sekitaran mereka. Oleh itu, guru digalakkan supaya menggunakan contohan autentik seperti tumbuh-tumbuhan dan serangga semasa menjalankan kelas Bahasa Melayu. Sebagai contoh, semasa mengenalkan tema flora dan fauna, guru boleh membawa kanak-kanak ke taman eko untuk melihat bunga dan serangga. Kanak-kanak akan terdorong untuk mempelajari lebih banyak perkara tentang tema tersebut apabila mereka seronok meneroka. Pada masa yang sama, guru boleh menggalakkan kanak-kanak berinteraksi dengan menggunakan bahasa Melayu dan mengambil peluang untuk menerapkan nilai.
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
51
BAB 4 Bahan Pengajaran
Kad Gambar
Kad Kata
SusunSuai
GambarBongkah
BukuBesar
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Bahan mengajar yang baik dapat menyokong proses pembelajaran.
52
BAB 4 Bahan Pengajaran
Bahan elektronik
Bahan elektronik dalam bentuk audio dan visual juga memainkan peranan penting untuk menggalakkan kanak-kanak meminati pembelajaran Bahasa Melayu. Lagu dan video boleh digunakan semasa sesi induksi dan sebagai bahan utama dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru boleh menggunakan bahan elektronik untuk merakam kelakuan atau suara kanak-kanak semasa kelas kerana kanak-kanak secara amnya suka apabila kelakuan atau suara mereka dirakam dan berasa gembira apabila melihat atau mendengar rakaman tersebut.
Sungguhpun bahan pengajaran penting, kaedah mengajar tidak ditentukan oleh bahan pengajaran. Bahan-bahan pengajaran berfungsi untuk menyokong proses pembelajaran. Berikut adalah beberapa ciri-ciri bahan pengajaran yang baik:
Senang diperoleh
Menggalakkan daya kreativiti
Sesuai dengan peringkat umur
Jenis dan bentuk yang pelbagai
Merangsang pembangunan minda
Dapat menarik dan mengekalkanperhatian
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
BAB 5
PERSEDIAAN GURU
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
54
Keberkesanan pendidikan prasekolah bergantung pada pelaksanaan guru yang memahami, menghayati dan mampu melaksanakan tugas mereka seperti yang dihasratkan.
Rangka Kerja untuk Pengajaran (Framework for Teaching)
Rangka Kerja untuk Pengajaran (Danielson, 2007) boleh dijadikan sebagai satu panduan bagi guru meningkatkan keberkesanan dalam perancangan serta pelaksanaan pengajaran. Rangka kerja ini mengandungi empat domain utama yang sesuai digunakan oleh guru yang baru mengajar mahupun memperkasa pengajaran guru yang berpengalaman.
BAB 5PERSEDIAAN GURU
Domain ini merangkumi semua aspek perancangan pengajaran, bermula dengan pemahaman yang mendalam tentang kandungan dan pedagogi serta penilaian.
Komponen domain ini menekankan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran.
Komponen domain ini termasuk melakukan imbas nilai pengajaran, mengekalkan rekod yang tepat, berkomunikasi dengan keluarga kanak-kanak dan pihak pentadbir pusat prasekolah.
Domain ini meliputi komponen berkomunikasi dengan kanak-kanak dan penggunaan teknik menyoal dan perbincangan.
Rangka Kerja Untuk Pengajaran
TanggungjawabProfesional
Persekitaran Bilik
Darjah
Pengajaran
Perancangan dan Persediaan
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
55
BAB 5 Persediaan Guru
Ciri profesionalisme guru Bahasa Melayu mencerminkan keberkesanan pengajaran serta mempengaruhi penguasaan bahasa kanak-kanak. Profesionalisme diri merupakan suatu proses yang memerlukan guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai guru, mengasah kemahiran dan meningkatkan pengetahuan tentang kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran (Day, 1999).
Rangkaian dengan Guru-guru Bahasa Melayu
Satu langkah untuk meningkatkan profesionalisme diri adalah dengan membina rangkaian dengan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dari tadika-tadika lain untuk berkongsi ilmu dan kemahiran. Perjumpaan dan perkongsian profesional boleh diadakan dengan guru-guru lain untuk membincangkan dan membuat refleksi tentang pengalaman mengajar topik-topik tertentu amatlah digalakkan. Guru juga bolehlah mendapatkan masukan baharu daripada fasilitator yang pakar dalam bidang-bidang tertentu.
Sistem Pementoran untuk Guru-guru Bahasa Melayu
Satu pendekatan untuk mempertingkat tahap profesional guru ialah menerusi pementoran di pusat prasekolah. Menurut Anderson & Shannon (1988), setiap guru haruslah mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas yang berperanan sebagai penasihat di samping mengadakan perbincangan kolaboratif dengan rakan-rakan guru yang lain agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka.
Strategi-StrategiPeningkatanProfesionalisme Diri
Guru berpengalaman boleh menjadi mentor kepada guru baharu.
56
BAB 5 Persediaan Guru
Kajian Tindakan
Satu lagi strategi adalah dengan menjalankan kajian tindakan dalam semua aspek pengajaran Bahasa Melayu. Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses perkembangan peribadi yang memerlukan suatu kesedaran tinggi tentang ‘Apakah yang sedang berlaku?’, ‘Mengapakah perkara sebegini berlaku?'’ dan ‘Apakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?’
Latihan dalam Perkhidmatan
Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan inovasi dalam pedagogi menuntut agar guru-guru dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. Justeru, latihan dalam perkhidmatan khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu membina kecekapan dan keyakinan guru agar menjadi lebih kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran.
Amalan Refleksi dan Penulisan Reflektif
Amalan refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) memberi peluang kepada guru Bahasa Melayu menganalisa diri agar menyedari kekuatan dan kelemahan diri. Refleksi seharusnya berlaku sepanjang proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, iaitu pada peringkat perancangan, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
57
BAB 5 Persediaan Guru
Bagi seseorang guru, refleksi dapat:
•menilaiamalanpengajarandanpembelajaranuntukmeningkatkankualiti;•menilaikesesuaianperancanganyangdigunakandantindakanyangdiambil; dan•menganalisanilai-nilaipendidikanyangmenjadiasasamalan.
Penulisan jurnal merupakan salah satu cara guru dapat merakamkan pengamatan mereka. Wadah ini boleh dijadikan jentera untuk guru membuat refleksi secara sistematik dan merangsang pemikiran reflektif.
Amalan refleksi amatlah penting untuk meningkatkan profesionalisme keguruan.
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
58
BAB 5 Persediaan Guru
Kerjasama dengan Ibu Bapa
Guru Bahasa Melayu dan ibu bapa perlu bekerjasama dalam usaha memantau perkembangan kanak-kanak. Perkongsian antara guru dan ibu bapa amat penting kerana banyak perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak, berbeza apabila berada di pusat prasekolah dan di rumah. Oleh itu, perkongsian yang boleh dilakukan secara formal dan tidak formal penting agar guru dan ibu bapa lebih memahami perkembangan yang berlaku dalam diri setiap kanak-kanak.
Peranan Ibu Bapa
•Mengukuhkanpembelajaran–amalansepertimengucapkan'selamatpagi' kepada guru dan rakan-rakan dan mengucapkan 'terima kasih'; dan•Mengukuhkanminatdalamamalanmembaca. Menyumbang Kepakaran atau sebagai Sumber Rujukan
•Denganmelibatkandiridalamprojekkanak-kanak,ibubapaakanlebihprihatin dengan pembelajaran anak-anak mereka di pusat prasekolah;•Membantudalamaktivitisepertiberceritadansebagainya;•Menjadiahlijawatankuasaprasekolah;dan•Menyertailawatanyangdirancangolehpihakprasekolah.
Guru Memahami dan Menghormati Peranan Ibu Bapa
•Memberimaklumatkepadaibubapadarimasakesemasa;dan•Melibatkan ibu bapa secara langsung atau tidak dalam pembelajaran anak-anak mereka.
Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak.
LAMPIRAN
Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak.
60
Kurikulum yang komprehensif
Dalam melaksanakan program Bahasa Melayu prasekolah, kurikulum yang dirancang haruslah bersifat komprehensif. Kurikulum yang komprehensif mengambil kira aspek-aspek pembentukan dan pembangunan kanak-kanak melalui pembangunan sosial dan emosi, fizikal dan kognitif. Selain itu, cara-cara pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah juga perlu diberi perhatian.
Aspek-aspek tersebut merupakan panduan bagi memastikan program yang dirancang bermutu dan menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini bertujuan untuk memastikan pembentukan dan pembangunan yang holistik dalam diri kanak-kanak.
Faktor-faktor yang Patut Dipertimbangkan ketika Membentuk Isi Kurikulum:
Pendekatan tematik merupakan salah satu cara pengajaran dan pembelajaran yang dipadankan dengan sesebuah tema. Cara sebegini membolehkan pembelajaran menjadi utuh dan dijalankan secara bersepadu. Cara ini juga membolehkan pembangunan literasi dan idea-idea yang dibincangkan berkembang secara progresif.
Tema merupakan idea utama, sesuatu konsep atau tajuk. Tema yang digunakan harus luas dan terbuka. Sebagai contoh, ‘Siapakah Saya?’ merupakan salah satu tema yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran mengenai topik diri saya, keluarga saya, makanan kegemaran dan aktiviti kegemaran saya.
1. Pendekatan Tematik
LAMPIRAN 1MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PROGRAM BAHASA MELAyU
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
61
Lampiran 1
Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak dan melibatkan guru sebagai pemudah cara. Kanak-kanak akan mendapat ilmu melalui pertanyaan-pertanyaan berdasarkan perkara yang ingin diketahui. Kanak-kanak membentuk soalan-soalan dan akan mencari jawapan dengan bimbingan guru. Hasil pembelajaran melalui sesebuah projek akan dipamerkan semasa sesi perkongsian.
2. Pengajaran berasaskan Projek
Melalui pengajaran secara tematik, kanak-kanak akan terdorong untuk memahami isi pelajaran dengan lebih mudah. Hal ini berlaku kerana kandungan pelajaran yang disampaikan menjadi sepadu dan tidak terpisah. Unit pelajaran yang tematik juga akan menggalakkan pelibatan kanak-kanak apabila topik bertema dianggap relevan. Kanak-kanak juga akan dapat mengaitkan pelajaran dengan pengalaman sendiri dan secara tidak langsung membina pengetahuan sedia ada mengenai topik-topik tertentu. Unit pelajaran yang tematik juga dapat membantu guru untuk mengajar kanak-kanak berdasarkan gaya pembelajaran kanak-kanak yang berbeza-beza.
Pemilihan tema
Tema dapat ditentukan melalui:•BukuBesarataubukuceritayangdibaca;•perayaansesuatubudayadalammasyarakat;•kurikulumyangdisyorkanolehpihakpentadbiran;dan•peristiwaatauminatkanak-kanakdalamkelastersebutdanlain-lainlagi.
Pengajaran berpandukan tema
Dalam proses pengisian kurikulum, beberapa soalan dapat diajukan sebagai panduan. Antaranya:•Apakahkomponentatabahasadanpemilihankosakatayangdapatdiserlahkan melalui tema yang telah dipilih?•Apakahaspekpedagogiyangbersesuaiandengantema?
62
Lampiran 1
Pelaksanaan projek
Pengajaran yang berasaskan projek dapat dilaksanakan melalui langkah-langkah yang berikut:•mencerakin/menjanaidea;•merekabentukprojek;•menjalankanprojek;dan•mempamerkanhasilpembelajaran.
Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran Bahasa Melayu harus mengambil kira:
•tempohtumpuankanak-kanakpadaBahasaMelayu;•jangkamasapembelajaranBahasaMelayukanak-kanakdi sekolahdalam sehari; dan•kebiasaankanak-kanakterhadaprutinberbahasadisekolah.
Guru memainkan peranan pelbagai dimensi. Mereka bertanggungjawab untuk menjalankan program Bahasa Melayu yang dirancang dengan teliti, mencabar kebolehan dan menarik minat kanak-kanak, bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Program yang dirancang juga harus bersifat fleksibel agar dapat menepati profil kanak-kanak dan selaras dengan cara pembelajaran mereka.
Amalan-amalan seperti pengajaran dan pembelajaran yang reflektif, pemerhatian yang dirancang dan penerapan pelbagai strategi penilaian merupakan perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh para guru bagi mengenal pasti kekuatan, keperluan dan minat setiap kanak-kanak. Berbekalkan maklumat tersebut, para guru dapat menentukan pedagogi yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
3. Masa Pengajaran Bahasa Melayu
4. Peranan Guru Bahasa Melayu
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
63
Lampiran 1
Skema pengajaran mengandungi ringkasan isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan:
• tema/tajuk;• sistembahasa;• masapelaksanaan;• hasilpembelajaran;• pengisiankurikulum;dan• kalendarprasekolah.
5. Skema Pengajaran Bahasa Melayu
Objektif Pembelajaran Aktiviti Catatan Minggu
Pada akhir pelajaran, kanak-kanak:•menunjukkanminatdalam kegiatan Bahasa Melayu semasa aktiviti 'Membuat Epok-epok'.
Guru:•Mengajakkanak-kanak membuat epok-epok menggunakan plastisin.
•Mengajukansoalan- soalan mudah semasa kanak-kanak melakukan aktiviti ini.
Kanak-kanak:•Membuatepok-epok menggunakan plastisin.
•Memberikanrespons kepada soalan-soalan mudah yang diajukan oleh guru.
Bahan: Plastisin7
CONTOH SKEMA PENGAJARAN PENGGAL 1 MINGGU 7
64
Lampiran 1
Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu masa yang tertentu. Rancangan pengajaran dapat menjadi panduan kepada guru untuk mengajar dengan efektif. Dengan itu, objektif pembelajaran akan tercapai.
Rancangan pengajaran guru perlu menyatakan sama ada pelibatan kanak-kanak berbentuk berkumpulan, individu atau aktiviti di pusat pembelajaran. Guru juga harus memastikan bahawa terdapat keseimbangan dalam pengajaran dan pembelajaran antara aktiviti yang diusul guru mahupun kanak-kanak. Jangka masa bagi guru membimbing kanak-kanak dalam pembelajaran dan jangka masa kanak-kanak dibenarkan memilih aktiviti untuk membuktikan pengetahuan dan kemahiran mereka perlu juga diberikan perhatian.
Pengalaman pembelajaran kanak-kanak berlaku tatkala mereka dibenarkan untuk mengendalikan sesuatu, meneroka dan menguji kaji bahan-bahan yang dikenali oleh mereka serta kegiatan yang ada kaitan dengan kehidupan harian mereka.
Merancang sesuatu pelajaran itu penting kerana dengan berpandukan rancangan pengajaran, guru dapat:
•menyediakansatusiriaktivitiuntukmembantukanak-kanakmemperoleh pengetahuan yang ingin disampaikan;•menggunakanmasarancanganpengajaransecaraoptimum;•mengehadkanskopyanghendakdiajardalamsatujangkawaktu;•mengembangkanpengajaransecaralancardantersusun;dan•mencatat bahan dan strategi yang akan digunakan dalam setiap waktu pengajaran.
6. Rancangan Pengajaran
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
65
Lampiran 1
Pada akhir pelajaran, kanak-kanak dapat: •bertutur untuk berkongsi pengalaman; dan•mengecam dan mengenal pasti perkataan: berkawan, bermain, kejar-kejar, mencari dan sembunyi-sembunyi.
Masa60 minit
Bahan•BukuBesar‘LebahdanAnak Gajah’ •gambarcerita‘LebahdanAnak Gajah’ •KadKata(KosaKataBercetak)•lampiranAktivitiBersama Keluarga ‘Kawan Saya’
Induksi (5 - 10 minit)
Guru:•menunjukkanhalaman9,BukuBesar‘LebahdanAnakGajah’kepada kanak-kanak•menanyakansoalantentanghalamantersebut Contoh: -- Apakah agaknya perasaan Anak Gajah? -- Apakah yang sedang Anak Gajah katakan kepada Lebah?•mengajakkanak-kanakberceritamengenaipengalamanmerekaberasa marah terhadap kawan-kawan *Guru boleh memberikan contoh. Misalnya, apabila barang guru diambil tanpa izin atau ketika diganggu oleh kawan ketika guru sedang sibuk membuat kerja.•membuatkaitanantaraceritakanak-kanakdenganAnakGajahyang marah akan Lebah apabila diganggu seperti cerita dalam Buku Besar.
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN
Objektif Pelajaran
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
66
Lampiran 1
Aktiviti Kosa Kata Bercetak (10 - 15 minit)
Guru:•memintakanak-kanakmenyusungambarceritaLebahdanAnak Gajah mengikut urutan cerita•merujukkepadaBukuBesardanmengajakkanak-kanak membandingkan gambar yang telah disusun dengan halaman- halaman di dalam Buku Besar•menanyakansoalanagarkanak-kanakdapatmenyatakanKosa Kata Bercetak Contoh: -- Halaman 2 dan 3: Siapakah Lebah dan Anak Gajah? (Mereka berkawan.) -- Halaman 2 dan 3: Lebah mahu buat apa? (Lebah mahu bermain.) -- Halaman 4 dan 5 : Lebah mahu bermain apa dalam halaman ini? (Lebah mahu bermain kejar-kejar.)•menunjukkanKadKata(KosaKataBercetak)kepadakanak-kanak satu-persatu apabila mereka menyebut Kosa Kata Bercetak •membacakanKadKata(KosaKataBercetak):'berkawan', 'bermain', 'kejar-kejar', 'mencari' dan 'sembunyi-sembunyi'.•menunjukkanhalamanyangmengandungiKosaKataBercetaklalu meminta kanak-kanak memadankan Kad Kata (Kosa Kata Bercetak) dengan kosa kata tersebut•mengajakkanak-kanakmembacaKosaKataBercetakbersama- sama guru.
Membaca Buku Besar 'Lebah dan Anak Gajah' (10 - 15 minit)
Guru:•membacakantajuk,namapenulisdanpelukisdikulitbuku kepada kanak-kanak sambil menunjuk ke arah perkataan yang tercetak dari kiri ke kanan dengan menggunakan penunjuk•membacaceritaBukuBesar‘LebahdanAnakGajah’ secara berterusan.
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
67
Lampiran 1
Aktiviti Bersama Keluarga 'Kawan Saya' (5 - 10 minit)Guru:•mengajakkanak-kanakberbualdengankawan-kawanmereka agar mereka mengenali kawan mereka dengan lebih mendalam Contoh: -- makanan kegemaran -- warna kegemaran -- mainan kegemaran•memberikanlampiranAktivitiBersamaKeluarga‘KawanSaya’ kepada kanak-kanak•menerangkancara-caramelengkapkanAktivitiBersamaKeluarga ‘Kawan Saya’.
Penutup (5 - 10 minit)
Guru:•menunjukkanhalaman14BukuBesar‘LebahdanAnakGajah’ kepada kanak-kanak•mengajakmerekaberceritamengenaihalamantersebut -- Apakah yang sedang dilakukan oleh mereka? -- Mengapakah mereka meminta maaf?•mengingatkankanak-kanakkepadaaktivitiinduksiapabila mereka berkongsi pengalaman mereka berasa marah akan kawan•mendapatkankanak-kanakberpusingmenghadapkawandi sebelah mereka dan melakonkan dialog di halaman 14 Buku Besar ‘Lebah dan Anak Gajah’.
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
68
Lampiran 1
Proses interaksi membantu meningkatkan tahap pembelajaran kanak-kanak. Perkara ini dapat dicapai apabila terdapatnya proses tanya jawab atau perbincangan yang berlaku sesama kumpulan kanak-kanak tersebut atau melalui guru dan kanak-kanak. Proses-proses tersebut membantu kanak-kanak membuat kaitan antara perkara-perkara yang dipelajari dengan perkara-perkara yang sudah diketahui. Kanak-kanak juga akan lebih berminat untuk melibatkan diri dengan perkembangan terhadap pembelajaran apabila mereka dapat mengutarakan idea dan pendapat.
Selain itu, proses interaksi juga dapat membantu kanak-kanak membina hubungan persahabatan, bertukar-tukar idea dan pendapat. Untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi, guru boleh mengamalkan beberapa cara di dalam bilik darjah. Antaranya adalah seperti yang berikut:•memperuntukkan masa untuk berbual dengan kanak-kanak secara individu tentang perkara yang diminati oleh mereka;• melibatkan diri untuk melakukan aktiviti-aktiviti bersama-sama kanak-kanak; dan•menyediakan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak ketika mengutarakan soalan dan berkongsi idea atau pendapat.
Persekitaran merupakan salah satu faktor yang penting dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Secara umumnya, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu. Mereka belajar melalui percubaan berkali-kali dan bertanya. Justeru, bilik darjah haruslah dipenuhi dengan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti yang merangsang minda dan perkembangan kanak-kanak untuk menjana idea, mencuba, mahupun mengasah kemahiran berbahasa mereka. Dengan wujudnya persekitaran yang membolehkan rangsangan minda kanak-kanak, maka sikap positif terhadap pembelajaran akan timbul dalam diri kanak-kanak secara semula jadi.
Pusat pembelajaran merupakan ruang di dalam bilik darjah yang membolehkan kanak-kanak bermain sambil belajar. Lazimnya, terdapat tiga jenis sudut belajar yang boleh dibina oleh guru Bahasa Melayu di dalam bilik darjah peringkat prasekolah, iaitu:•Pusatliterasi;•Pusatpenemuandanpenerokaan;dan•Pusatlakonan.
7. Memudahcarakan Kemahiran Berinteraksi
8. Membentuk Persekitaran yang Menggalakkan Pembelajaran
9. Pusat Pembelajaran
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
69
Lampiran 1
Pusat literasi memberikan tumpuan pada tahap pembangunan kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak. Sudut belajar boleh dibina untuk merangka pembelajaran dan mengasah kemahiran menulis, mengenal abjad, membaca (perpustakaan mini), dan mendengar.
Pusat penemuan dan penerokaan memberikan ruang kepada kanak-kanak untuk meneroka bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru semasa pengajaran. Bahan yang digunakan oleh guru seperti susun suai gambar (jigsaw puzzle) atau kad gambar yang diletakkan di pusat ini mampu menambahkan pemahaman kanak-kanak terhadap perkara-perkara baharu yang diajar oleh guru.
Pusat lakonan memberikan peluang kepada kanak-kanak agar melakonkan kembali pengalaman sebenar mereka berdasarkan tema pengajaran. Antaranya ialah, seni permainan boneka dan pusat main peranan.
Dengan wujudnya pusat pengajaran dan pembelajaran, guru dapat mempertingkat pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang memerlukan masa untuk memahami sesuatu perkara atau menyelesaikan sesuatu aktiviti dapat meluangkan masa di pusat pengajaran. Langkah ini adalah untuk mengukuhkan lagi pemahaman mereka terhadap sesuatu perkara yang baru dipelajari. Justeru, langkah ini dapat membantu guru untuk mencapai matlamat pengajaran.
Selain itu, pusat pengajaran ini juga membolehkan guru untuk berinteraksi, memberikan arahan dan menyokong kanak-kanak secara individu mahupun secara berkumpulan tetapi terhad kepada kumpulan yang lebih kecil. Sewaktu kanak-kanak melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan di pusat pengajaran, kanak-kanak secara tidak sedar akan mengembangkan kemahiran sosial mereka. Guru dapat melakukan pemerhatian dan mencatat pembangunan kanak-kanak ketika mereka melakukan aktiviti-aktiviti di pusat pembelajaran.
Aktiviti-aktiviti di pusat pembelajaran yang baik harus membolehkan kanak-kanak untuk:
•meneroka,melakukanpercubaandanmenyelesaikanmasalah;•berkembangmengikuttahapmasing-masing;•melatihsambilmengaplikasikankemahiran-kemahirandankonsep-konsep;•menjalinkansesuatuideadenganideayanglain;•membinakemahiranberkomunikasi;dan•memperolehkemahiranliterasidalamkontekssuasanayanglebihautentik.
70
Lampiran 1
Perancangan pusat pembelajaran
Rancangan pusat pembelajaran harus mengambil kira aspek reka bentuk fizikal dan sosial. Reka bentuk fizikal berkait rapat dengan cara pusat-pusat pembelajaran disusun dan diatur di dalam sesebuah bilik darjah. Bergantung kepada jumlah pusat pembelajaran yang dirancang oleh guru bagi setiap tema, guru harus memastikan bahawa kanak-kanak dapat bergerak secara mudah dan selesa dari satu pusat ke pusat yang lain. Guru juga boleh memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai ruang yang mencukupi di setiap pusat pembelajaran, terutama sekali apabila kanak-kanak harus melakukan aktiviti secara berkumpulan.
Susunan fizikal atau reka bentuk pusat tersebut perlu mengambil kira aspek pembangunan sosial bagi memastikan peraturan-peraturan, tugas dan rutin untuk melakukan aktiviti di pusat pembelajaran tidak terganggu. Guru boleh mengingatkan kanak-kanak mengenai peraturan kelas seperti mengikut giliran dan bergerak dengan senyap dari satu pusat ke pusat seterusnya sebelum memulakan aktiviti di pusat pembelajaran. Rutin untuk pusat pembelajaran seperti bagaimana guru memperkenalkan pusat-pusat pembelajaran dan menerangkan cara melakukan aktiviti di situ juga boleh ditentukan semasa tahap perancangan.
Pelaksanaan pusat pembelajaran
Semasa aktiviti-aktiviti di pusat pembelajaran dijalankan, kanak-kanak seharusnya sudah mengetahui perkara-perkara yang harus dilakukan, peraturan-peraturan yang ditetapkan dan tindakan yang harus diambil jika mereka menghadapi kesulitan ketika menjalankan sesuatu aktiviti. Guru sebagai pemudah cara hanya perlu memantau kemajuan kanak-kanak sambil menghulurkan bantuan jika perlu. Lazimnya, guru akan mengendalikan sendiri pusat pembelajaran, tanpa bantuan guru lain. Oleh sebab itu, guru akan menjalankan berbilang tugas seperti memerhatikan kanak-kanak, melakukan aktiviti, memberikan arahan dan bimbingan, menyampaikan arahan dan memeriksa kerja kanak-kanak.
Justeru, persediaan awal oleh pihak guru amatlah penting untuk memastikan aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Persediaan awal seperti menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dan memberikan penerangan yang jelas kepada kanak-kanak amatlah penting. Perkara tersebut perlu untuk memastikan pusat pembelajaran dikendalikan dengan baik. Selain itu, kecekapan guru dalam mengurus disiplin kelas juga penting agar aktiviti-aktiviti di pusat pembelajaran dapat membantu mencapai hasil pembelajaran yang diingini.
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
71
Lampiran 1
Paparan hasil kerja kanak-kanak di dalam bilik darjah memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan suasana yang kondusif terhadap pembelajaran. Selain menjadikan bilik darjah lebih menarik dan merangsang minda kanak-kanak, terdapat banyak lagi manfaat yang boleh diraih melalui pameran tersebut. Bahan pengajaranGuru boleh menampal bahan di ruang yang dapat dilihat oleh kanak-kanak agar mudah dirujuk oleh mereka semasa guru menjalankan pelajaran. Antaranya ialah abjad-abjad, nombor-nombor, nama-nama warna dan kosa kata yang dipelajari oleh kanak-kanak.
Bahan pengajaran sampinganBahan sampingan yang berkaitan dengan tema boleh ditampal di sudut pameran untuk memperkaya pengetahuan/pembelajaran atau menekankan perkara yang diajar oleh guru.
DokumentasiGuru boleh meletakkan hasil-hasil kerja kanak-kanak agar dapat meningkatkan keinginan mereka untuk menghasilkan kerja yang baik dan bermutu. Dengan cara ini, guru menunjukkan penghargaannya terhadap usaha kanak-kanak. Pada masa yang sama, guru dapat memantau perkembangan kanak-kanak melalui hasil kerja mereka.
Perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan
Sebelum dan ketika menampal bahan untuk dipamerkan, guru boleh memastikan:
•Bahan-bahanyangditampaldapatdilihatdenganjelas.Saizabjadatauperkataan dan kedudukan bahan yang digantung haruslah sesuai mengikut keselesaan kanak-kanak;•Pemilihanhasilkerjakanak-kanakuntukdipamerkanharusseimbangdantidak tertumpu kepada seseorang kanak-kanak. Sebaik-baiknya, guru mempamerkan hasil kerja kanak-kanak secara bergilir sehingga kesemua kanak-kanak berpeluang untuk mempamerkan hasil kerja masing-masing; dan•Hasilkerjakanak-kanakdilabelagardapatdikenalpastipemiliknya.
10. Pameran Bilik Darjah
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
72
Lampiran 1
Guru dapat memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dengan menyediakan buku-buku bahasa Melayu pelbagai genre dan memastikan buku-buku ini dapat diperoleh dengan mudah. Apabila buku-buku dapat diperoleh dengan mudah, kanak-kanak akan terdorong untuk membaca. Buku-buku yang disediakan juga harus bervariasi dari segi tahap kepayahan. Buku dari tahap rendah hingga ke tahap yang payah harus disediakan untuk memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak.
Buku-buku tersebut haruslah menarik, penuh dengan ilustrasi dan sesuai dengan minat kanak-kanak tersebut. Kemudian, guru boleh memantau sama ada kanak-kanak menggunakan buku secara kerap dan efektif.
Persekitaran tersebut lama-kelamaan akan membolehkan kanak-kanak secara tidak sedar mengaitkan simbol-simbol abjad dan bunyi, mengenali ejaan perkataan-perkataan, menambah kosa kata, membina pemahaman terhadap struktur ayat dan mengenali ciri-ciri sesebuah buku.
11. Menyediakan Buku Cerita untuk Bacaan (Book Flood)
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
73
Lampiran 1
Kanak-kanak prasekolah kebanyakannya telah dapat mengecam simbol-simbol dan logo-logo atau membaca label-label yang terdapat di sekeliling mereka. Justeru, guru boleh menggunakan kemahiran sedia ada kanak-kanak ini untuk menambah kemahiran literasi mereka. Bilik darjah harus diperkaya dengan bahan cetak agar kanak-kanak dapat membaca dalam keadaan yang autentik. Dengan melihat tanda-tanda dan label-label di dalam bilik darjah, kanak-kanak juga dapat memahami penggunaan bahan-bahan cetak tersebut.
Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh guru untuk menghasilkan persekitaran yang kaya dengan bahan cetakan adalah dengan menyediakan banyak bahan dan aktiviti di seluruh kelas yang menggalakkan kanak-kanak untuk membaca, menulis dan bertutur. Pelbagai jenis buku yang sesuai dengan minat kanak-kanak, boleh disediakan di sebuah sudut yang selesa. Poster-poster yang berkaitan dengan pengajaran guru boleh ditampal pada bahagian bilik darjah yang jelas dilihat oleh kanak-kanak agar mudah kanak-kanak membuat rujukan. Kotak-kotak, bekas-bekas dan rak-rak di dalam bilik darjah juga boleh dilabel oleh guru. Dengan adanya label-label tersebut, lambat-laun, kanak-kanak dengan secara tidak langsung akan mengecam perkataan-perkataan yang tercatat pada label tersebut. Oleh itu, langkah tersebut mampu menambah kebolehan membaca kanak-kanak dan sekaligus menambah kosa kata mereka. Tambahan lagi, alat-alat atau perabot yang terdapat di dalam bilik darjah seperti kipas dan meja juga boleh dilabel guru untuk mencapai matlamat yang sama.
12. Persekitaran yang Kaya dengan Bahan Bercetak
74
Lampiran 1
Usaha membesarkan seorang anak memerlukan usaha sama sekolah, keluarga dan masyarakat. Ibu bapa dan keluarga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan minda kanak-kanak. Namun, kita juga tidak dapat menafikan tanggungjawab masyarakat terhadap pembesaran kanak-kanak.
Kini, hubungan antara sekolah, keluarga dan masyarakat bersifat inklusif. Hal ini melibatkan ibu bapa termasuk ibu bapa tiri atau ibu bapa angkat, datuk dan nenek, saudara-mara dan masyarakat. Pelibatan keluarga dan masyarakat mempunyai hubung kait dalam prestasi akademik kanak-kanak dan kemajuan mereka di sekolah. Tatkala pihak sekolah, ibu bapa, keluarga dan masyarakat berganding bahu memberikan sokongan terhadap pembelajaran kanak-kanak, kerap kali kanak-kanak menunjukkan prestasi yang baik dalam pembelajaran. Sokongan yang dimaksudkan bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran. Sokongan juga harus berbentuk sokongan sosial dan kewangan. Dengan sokongan-sokongan tersebut, keperluan asas kanak-kanak dapat dipenuhi dan lebih mudah untuk kanak-kanak mencapai kejayaan dalam pembelajaran.
13. Kerjasama antara Sekolah, Keluarga dan Masyarakat
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
75
Lampiran 1
Pelibatan ibu bapa, keluarga dan masyarakat dalam pembelajaran kanak-kanak boleh dibahagikan kepada enam jenis, iaitu:
1) Cara kanak-kanak diasuh oleh ibu bapa: Pihak prasekolah atau masyarakat boleh membantu ibu bapa dengan membina kemahiran mereka dalam mengasuh kanak-kanak. Mereka juga boleh memberikan sokongan kepada keluarga tersebut dan memberikan nasihat tentang cara-cara membentuk persekitaran di rumah yang menyokong pembelajaran. Ibu bapa pula boleh membantu pihak sekolah dengan berkongsi informasi agar pihak sekolah mengenali kanak-kanak tersebut dengan lebih dekat.
2) Komunikasi: Komunikasi dua hala yang efektif dan teguh harus diwujudkan agar mudah bagi pihak sekolah untuk berkomunikasi dengan ibu bapa tentang program prasekolah dan kemajuan kanak-kanak. Begitu juga sebaliknya.
3) Menjadi sukarelawan: Pihak sekolah boleh menggalakkan ibu bapa atau ahli keluarga kanak-kanak untuk menjadi sukarelawan bagi program- program sekolah. Pelibatan ibu bapa atau ahli keluarga akan melahirkan pandangan positif kanak-kanak terhadap sekolah.
4) Pembelajaran di rumah: Pihak sekolah boleh menggalakkan ibu bapa atau ahli keluarga untuk melibatkan diri dalam pembelajaran kanak-kanak di rumah. Dengan sokongan yang diterima, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk berjaya dalam pelajaran mereka.
5) Membuat keputusan: Pihak sekolah boleh melibatkan ibu bapa, keluarga atau anggota masyarakat ketika membuat keputusan mengenai perkara- perkara yang berkaitan dengan pembelajaran kanak-kanak. Dengan pelibatan pelbagai pihak, pihak sekolah dapat mengambil kira pandangan yang berbagai-bagai sebelum membuat keputusan.
6) Kerjasama dengan agensi-agensi masyarakat: Pihak sekolah boleh bergabung tenaga untuk menyediakan sumber untuk kanak-kanak yang memerlukan bantuan. Dengan kerjasama sedemikian, pihak sekolah dapat memastikan bahawa kesemua kanak-kanak menerima bantuan yang diperlukan.
Hak cipta @ 2015, Kementerian Pendidikan, Singapura
76
Latar konteksKanak-kanak diminta membawa sekeping gambar keluarga mereka dan berkongsi dengan kawan-kawan sekelas. Selepas itu kanak-kanak diminta melukis gambar keluarga mereka di tempat kegemaran kanak-kanak selepas membaca Buku Besar ‘Hadiah Ana’ oleh Marrissa Mohd Taib.
Pemerhatian guru:Adam telah melukis gambar keluarganya yang berkelah di pantai East Coast. Dia menggunakan pensel warna untuk mewarnakan gambar tersebut. Adam hanya menggunakan warna hitam, putih dan coklat. Apabila ditanya sebab dia hanya menggunakan warna-warna tersebut, dia menjawab, “Nak hujan. Gelap!”.
Ulasan Guru:Adam suka bercerita tentang keluarganya. Dia sering bercerita tentang kucingnya bernama Yoyo. Adam dapat menyebut ‘ibu’, ‘bapa’, ‘abang’, ‘kucing’ dan ‘rumah’ dengan tepat.
Nama:Umur:Tarikh:Masa:Tempat:Topik:
LAMPIRAN 2CONTOH CATATAN ANEKDOT
Adam Hamzah5 Tahun10 April 201510:00 pagiBilik darjah prasekolahKeluarga Saya
Rangka Kerja Memupuk Pela jar pada Peringkat Awal untuk Bahasa Ibunda
77
Menyertai secara aktif dalam kegiatan Bahasa Melayu
Diana menunjukkan minat untuk mengambil bahagian dalam kesemua aktiviti yang dijalankan di dalam kelas Bahasa Melayu. Dalam beberapa aktiviti, dia menjadi ketua dan memimpin perbincangan dalam kumpulan. Antara contoh aktiviti yang dilakukan oleh Kelas K1 Oren ialah ‘Keluarga Saya Berkelah’. Kanak-kanak diminta untuk berlakon dan memilih peranan sebagai salah seorang anggota keluarga.
Kumpulan Diana telah memilih untuk melakonkan senario mereka sedang bermain layang-layang dengan keluarga. Diana memilih untuk melakonkan watak ‘Ibu’. Menurut Diana, kalau menjadi ‘Ibu’ dia boleh ‘memerintah’ ahli keluarga yang lain untuk membantunya. Diana dapat melakonkan peranannya sebagai Ibu dan menggunakan bahasa Melayu dengan baik. Dia dapat menyebut ‘adik’, ‘ibu’, ‘ayah’ dan ‘layang-layang’ dengan terang dan tepat.
Mempunyai kesedaran mengenai bahan cetak dan buku
Untuk kegiatan lanjutan, Diana telah diperkenalkan kepada huruf ‘a’. Diana dapat mengenal pasti huruf ‘a’ kecil dan ‘A’ besar di dalam Buku Besar ‘Kupu-Kupu Di Mana?’ oleh Noorlin Haron. Ketika aktiviti menyurih huruf ‘A’ dan ‘a’, Diana dapat menyurih huruf tersebut di pasir dengan kemas. Dia juga didapati telah membantu kawannya yang menghadapi kepayahan menyurih huruf tersebut.
Diana seorang kanak-kanak yang boleh berdikari. Dia berupaya mencari sendiri alat-alat keperluan belajar di dalam kelas dan dapat membersihkan tempat kerja serta menyimpan alat-alat tersebut tanpa disuruh. Diana memahami arahan dalam bahasa Melayu dan bersikap responsif di dalam kelas Bahasa Melayu.
Nama: Kelas: Umur: Tarikh Lahir: Jantina:
LAMPIRAN 3CONTOH MAKLUM BALAS KEPADA IBU BAPA
Diana SarhanK1 Oren5 Tahun4 April 2010Perempuan
Anderson, E. M., & Shannon, A. L. (1988). Toward a conceptualization of mentoring. Journal of Teacher Education, 39, 38-42. doi: 10.1177/002248718803900109
Bredekamp, S., & Rosegrant, T. (Pnyt.). (1992). Reaching potentials: Appropriate curriculum and assessment for young children (Vol. 1). Washington, DC: National Association for the Education of Young Children.
Bredekamp, S., & Rosegrant, T. (Pnyt.). (1995). Reaching potentials: Transforming early childhood curriculum and assessment (Vol. 2). Washington, DC: National Association for the Education of Young Children.
Bronfenbrenner, U. (1979). The ecology of human development: Experiments by nature and design. Cambridge, MA: Harvard University Press.
Cuffaro, H. K. (1995). Experimenting with the world. New York: Teachers College Press.
Danielson, C. (2007). Enhancing professional practice: A framework for teaching. Alexandria, VA: ASCD.
Day, C. (1999). Developing teachers: The Challenge of Lifelong Learning. Florence, KY, USA: Taylor & Francis. Diperoleh daripada http://www.ebrary.com
Dewey, J. (1933). How we think: A restatement of the relation of reflective thinking to the educative process. New York: D.C. Heath and Company.
Fleer, M. (2011). “Conceptual play”, foregrounding imagination and cognition during concept formation in early years education. Contemporary Issues in Early Childhood, 12(3), 224-240.
Fleer, M. (2013). Play in the early years. Sydney: Cambridge University Press.
RUJUKAN
Gray, P. (2013). Free to play: Why unleashing the instinct to play will make our children happier, more self-reliant, and better students for life. New York, USA: Basic Book.
Holdaway, D. (1979). The Foundations of literacy. Portsmouth, NH: Heinemann.
Kementerian Pendidikan, Singapura [MOE]. (2010). Laporan jawatankuasa semakan bahasa Ibunda: Memupuk pelajar aktif dan pengguna cekap. Singapura: MOE.
Kementerian Pendidikan, Singapura [MOE]. (2014). Memupuk pelajar pada peringkat awal: Rangka kerja untuk bahasa Ibunda. Singapura: Cawangan Pendidikan Prasekolah, MOE.
Ministry of Education, Singapore [MOE]. (2012). Nurturing early learners: A curriculum framework for kindergartens in Singapore. (Revised). Singapore: Pre-School Education Branch, MOE.
Parten, M. B. (1932). Social participation among pre-school children. Journal of Abnormal and Social Psychology, 27, 243-269.
Shepard, L. A., Kagan, S. L., & Wurtz, E. (Pnyt.). (1998). Principles and recommendations for early childhood assessments. Washington, DC: National Education Goals Panel.
Vygotsky, L. S. (1966). Play and its role in the mental development of the child. Voprosy Psikhologii, 12(6), 62-76.
Zevenbergen, A. A., & Whitehurst, G. J. (2003). Dialogic reading: A shared picture book reading intervention for preschoolers. Dalam A. V. Kleeck & S. A. Stahl & E. B. Bauer (Pnyt.), On Reading Books to Children: Parents and Teachers (hlm. 170-191). United States: Lawrence Erlbaum Associates.
80
Lampiran 1