| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
793 | MEDC 2018
PELAKSANAAN DAN PERANCANGAN SERVICE LEARNING: PENGALAMAN
MAHASISWA SARJANA PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ZAINUDIN HASSAN, MOHD NIZAM MAT TANDA, MAHANI MOKTAR
& MEGAT AMAN ZAHIRI MEGAT ZAKARIA
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia
Abstrak: Pelaksanaan dan Perancangan Service Learning dalam kalangan mahasiswa Sarjana Pendidikan
di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah satu medium perkembangan pengetahuan dari
sudut pengajaran dan pembelajaran di luar Universiti antara mahasiswa dan masyarakat. Semasa
melaksanakan service learning, mahasiswa Sarjana Pendidikan bukan hanya terlibat sebagai peserta
malah merekalah bertindak dan melakukan pelbagai tugasan di dalam peringkat pelaksanaan dan
perancangan. Kertas Kerja ini memberi bertujuan untuk mengenalpasti senarai semak dalam pelaksanaan
dan perancangan service learning dalam kalangan mahasiswa Sarjana Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai Johor. Metodologi kajian adalah kaedah kualitaitf berdasarkan persampelan bertujuan.
Dapatan kajian menunjukkan mahasiswa Sarjana Pendidikan UTM menggunakan tatacara kerja
perancangan yang sesuai dan ianya memberi kesan kepada kewujudan sikap kerjasama berpasukan dan
nilai tanggungjawab mengikut bidang tugas pelaksanaan dan perancangan service learning. Oleh yang
demikian, kajian lanjutan pada masa akan datang boleh memberi fokus kepada pembentukan format
standard senarai semak pelaksanaan dan perancangan service learning yang lengkap dengan panduan
kerjasama berpasukan dan tanggungjawab mengikut bidang tugas secara menyeluruh.
Kata kunci: pelaksanaan dan perancangan, service learning, senarai semak.
PENGENALAN
Service learning merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasi
khidmat masyarakat yang memberi pengajaran dan perubahan di kalangan mahasiswa dan
masyarakat. Hubungan antara mahasiswa dan masyarakat mewujudkan keseimbangan yang
signifikan kepada perubahan positif di kalangan individu, kejiranan dan sistem kemasyarakatan.
Kewujudan service learning adalah untuk memberikan suatu pemahaman dari sudut akademik,
pembangunan sivik (moral) dan perkembangan kerjaya interpersonal (Morris M., 2001).
Mahasiswa yang lebih terkesan dan lebih sensitiviti terhadap isu-isu besar dalam kehidupan
sebenar apabila mengikuti program service learning.
Menurut teori pengalaman John Dewey, service learning dikenali sebagai bentuk
pendidikan pengalaman (form of experiential education) yang dinyatakan bahawa antara
interaksi pengetahuan dan kemahiran dengan pengalaman merupakan kunci pembelajaran
(Jacoby, B, & Associates (Eds.), 1996). Merujuk kepada Audit Akademik Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, penganjuran dan promosi program service learning di kalangan
mahasiswa di Fakulti Pendidikan bermula sejak awal tahun 2010. Para mahasiswa Sarjana
Pendidikan didedahkan dengan pelbagai idea projek sama ada bersumberkan bahan rujukan di
laman sesawang atau syarahan di bilik kuliah bersama-sama pensyarah yang berpengalaman.
Perkongsian ini menghasilkan kepelbagaian tema dan idea program service learning. Antara
fokus utama projek adalah penggapaian isu-isu masyarakat setempat, pendidikan, alam sekitar
dan kasih sayang. Service learning merupakan aras perkembangan pendidikan dan pengalaman
mahasiswa mengambil bahagian di dalam pengajuran aktiviti (Bringle R.G. dan J. A. Hatcher,
Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018
Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah
eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
794 | MEDC 2018
1996). Terdapatnya keperluan yang mendesak untuk menangani isu-isu kemasyarakatan yang
dikenal pasti untuk kesan jangka masa panjang atau pendek.
Setiap program memerlukan tatacara pelaksanaan dan perancangan yang baik dan teliti.
Aktiviti-aktiviti di dalam program service learning perlu mengenalpasti keperluan masyarakat,
matlamat atau objektif program, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh masyarakat
serta menentukan sumber dan pengisian aktiviti yang diperlukan (Bringle R.G. dan J. A.
Hatcher, 1996). Kepelbagaian aktiviti yang dirancang dalam tatacara perancangan program
service learning termasuklah aktiviti yang dapat mencapai matlamat dan bersesuaian serta
menyentuh isu-isu dan permasalahan masyarakat setempat.
Tatacara pelaksanaan dan perancangan adalah proses sistematik dalam membuat
keputusan, menentukan objektif dan matlamat, rangka aktiviti-aktiviti jangka panjang sama ada
antara individu, kumpulan, unit kerja atau organisasi (Bateman, T.S. dan Snell, S.A., 2014).
Tatacara perancangan digerakkan melalui kolaborasi satu pasukan. Dalam ertikata lain pengkaji
melihat bahawa program service learning memerlukan sekumpulan mahasiswa yang perlu
bekerja di dalam satu pasukan dengan memberikan sepenuh kekuatan dan tumpuan kepada jalan
mencapai objektif dan matlamat.
Setiap program service learning perlu dirancang secara berhati-hati dan perlu ketelitian
dalam menentukan bilangan peserta program. Satu usaha yang terancang juga bertujuan untuk
mewujudkan jenis projek dan sama ada mahasiswa perlu pilihan dalam jenis mereka projek
serta bilangan waktu yang diperlukan untuk projek ini. Oleh itu kajian bidang tugas
tanggungjawab di kalangan mahasiswa mampu dijadikan panduan yang lengkap. Satu senarai
semak dapat menyediakan satu rangka kerja yang mencerminkan literatur dan pengalaman
dalam service learning. Menurut Wuebker, M. P. (2013) Tiga langkah pemahaman dalam
tatacara perancangan program service learning iaitu (i). Pelajar akan mengenal pasti keperluan
masyarakat atau isu, (ii). Pelajar akan dapat mengenal pasti dan menyatakan maksud beberapa
program kebangsaan dan,(iii). Pelajar akan menggunakan proses perancangan dan program-
program nasional untuk menangani keperluan komuniti dan membangunkan projek
pembelajaran perkhidmatan. Perkara ini adalah lebih lengkap dengan memberi nilai tambahan
senarai semak tatacara pelaksanaan dan perancangan mengikut bidang tugas dan tanggngjawab
yang lebih teratur.
Pernyataan Masalah
Secara umumnya program servive learning memerlukan pelaksanaan dan perancangan yang
dirancang dengan penelitian yang perlu pengatura daripada beberapa langkah-langkah yang
terancang. Di dalam hal ini, service learning mempunyai potensi untuk mengubah pengajaran
dan pembelajaran di universiti dan penglibatan mahasiswa secara amnya membantu dalam
pembangunan tanggungjawab khidmat sosial dan etika. Penyelidikan berkaitan tanggungjawab
sosial dan pembangunan kepimpinan (Bateman, T.S. dan Snell, S.A. (2014). Pembelajaran
berlaku di dalam service learning dan ianya memerlukan perancangan yang teliti dan objektif
yang jelas, perlu mengaitkan elemen akademik dan refleksi berstruktur. Oleh itu senarai semak
mempunyai kepentingan dan memberikan kemudahan dan kelengkapan di dalam tatacara
perancangan service learning di universiti. Bukan satu perkara mudah untuk merancang
program service learning yang lengkap dan reflektif sama ada mempunyai objektif yang tepat,
malah melengkapinya dengan elemen senarai semak kerja dan aktiviti yang teratur dan tersusun.
Pengkaji mencadangkan aktiviti-aktiviti seperti mendapatkan taklimat awal daripada pensyarah
semasa sesi kuliah, pembentukan ahli jawatan kuasa perancangan, tinjauan lokasi, pembahagian
tugasan dan jawatan, penyediaan laporan dan dokumentasi data perlu di sertakan dalam senarai
semak perancangan service learning.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
795 | MEDC 2018
OBJEKTIF KAJIAN
Kertas kerja ini dijalankan untuk mengenalpasti isu dan permasalahan di dalam aplikasi
mahasiswa terhadap tatacara pelaksanaan dan perancangan service learning dalam kalangan
mahasiswa Sarjana Pendidikan UTM Skudai, Johor Darul Takzim di dalam tempoh satu
semester.
METODOLOGI KAJIAN
Penumpuan kepada kaedah penyelidikan berbentuk tinjauan juga yang akan digunakan untuk
melihat amalan, pengetahuan dan pendapat dalam kalangan mahasiswa Sarjana Pendidikan
dalam tatacara perancangan dan pelaksanaan program service learning di Universiti Teknologi
Malaysia. Metodologi kajian ini merupakan cara yang digunakan bagi menentukan sesuatu
kajian itu bagaimana perlu di lakukan untuk memperolehi dapatan dan keputusan kajian yang
sah dan boleh dipercayai. Hal ini sangat bersesuaian penelitian kualitatif masalah penelitian
harus dicari kerana hanya sedikit informasi mengenai topik tersebut disediakan (Cress et. al.,
2005).
Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kajian kes terhadap kumpulan mahasiswa di
dalam proses perancangan program service learning di Universiti Teknologi Malaysia Skudai,
Johor. Penggunaan reka bentuk kajian kes ini adalah untuk mengenal pasti sikap, kelakuan
ataupun pelaksanaan sesuatu konsep yang dikaji. Penyelidikan jenis ini bertujuan untuk
menerangkan fenomena yang berlaku. Kaedah ini melibatkan pengumpulan data, membuat
taksiran, perbandingan dan membuat kesimpulan secara umum (Mohd Najib Abdul Ghaffar,
2003). Reka bentuk kajian kes digunakan supaya dapat memberi suatu gambaran naratif
deskripsi dan holistik berkaitan dengan proses kerja dan perlakuan responden yang dapat
menyumbang kepada pemahaman bermakna tentang susun atur proses perancangan program
daripada awal hingga ke proses sebelum pelaksanaan program.
Penyelidik menentukan beberapa sampel yang dianggap paling representatif untuk
menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan fokus kajian. Penentuan sampel dilakukan
berdasarkan bidang, pengalaman, dan pemahaman kepada topik kajian. Pemilihan sampel
dilakukan secara purposive iaitu seseorang yang memiliki pengetahuan yang cukup dan mampu
menjelaskan keadaan sebenar tentang subjek kajian.
Kaedah persampelan bagi kajian kualitatif merupakan kaedah persampelan bertujuan.
Kaedah persampelan ini dipilih untuk mendapatkan maklumat bagi mengenalpasti apakah
prosedur kerja yang sesuai diaplikasi oleh mahasiswa yang terlibat dalam perancangan dan
pelaksanaan service learning. Persampelan tersebut terdiri daripada lapan responden yang
pernah terlibat dengan program service learning sebelum ini.
Kaedah persampelan yang digunakan untuk mendapatkan data dimana subjek atau
responden yang dijadikan sampel hendaklah mewakili ciri-ciri populasi yang dipilih (Mohd
Najib Abdul Ghaffar, 2003). Prosedur awal persampelan adalah sangat penting kerana sampel-
sampel yang dipilih secara rawak digunakan untuk mewakili populasi tersebut (Amy Chua,
2011). Dalam kajian ini populasi adalah terdiri daripada semua mahasiswa Sarjana Pendidikan
di Fakulti Pendidikan UTM Johor. Populasi kajian adalah kumpulan mahasiswa Sarjana
Pendidikan yang mengikuti semester satu dan dua di UTM. Kumpulan mahasiswa Sarjana
Pendidikan yang disasarkan adalah dari semua jabatan di Fakulti Pendidikan. Mereka ini akan
dikategori mengikut kod pengajian dan pemilhan mata pelajaran yang ada mempromosi projek
service learning di dalam pembelajaran bilik kuliah.
Dalam kertas kerja ini, penyelidik akan lebih cenderung menggunakan teknik temu bual
berpanduan (guided interview). Pada peringkat awal temu bual tersebut akan dilakukan kepada
sumber teras, sebagai titik awal snowball. Dari pemberi maklumat kajian awal tersebut,
kemudian dikembangkan temubual lanjutan dengan pemberi maklumat-pemberi maklumat
kajian lain yang telah dikenal pasti pemberi maklumat awal.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
796 | MEDC 2018
DAPATAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan mengkaji penghasilan tatacara perancangan dan pelaksanaan service
learning di universiti dengan menggunakan kaedah kualitatif. Data kualitatif diperoleh daripada
transkripsi temu bual semi struktur ke atas lapan orang mahasiswa Sarjana Pendidikan, UTM
Skudai, Johor.
Seramai lapan orang mahasiswa Sarjana Pendidikan daripada Fakulti Pendidikan di
UTM, Skudai, Johor telah bersetuju untuk menjadi subjek kajian. Mereka terdiri daripada lapan
orang mahasiswa peringkat sarjana pendidikan tidak lebih daripada 2 tahun pengajian. Seramai
dua orang responden adalah lelaki (25%) dan enam orang responden adalah perempuan (75%).
Apakah Senarai Semak Dalam Tatacara Perancangan Service Learning?
Pengalaman mengikuti dan merancang program seperti service learning banyak memberi
pendedahan dan pengajaran yang berguna sebagai seorang mahasiswa universiti. Hasil temu
bual dengan beberapa orang mahasiswa Sarjana Pendidikan UTM Skudai yang dikaji ini,
pengkaji mengesan beberapa kaedah dan cara penggunaan senarai semak yang membantu dalam
kelancaran tatacara perancangandan pelaksanaan service learning di universiti.
Terdapat empat klasifikasi yang dibentuk daripada temu bual yang dijalankan iaitu
proses awal, fungsi, perubahan dan keperluan fizikal service learning. Klasifikasi ini
menggambarkan bentuk dan cara senarai semak proses perancangan dan pelaksanaan service
learning di UTM.
i. Proses Awal Tatacara Perancangan Service Learning
Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa t Sarjana Pendidikan di UTM, Skudai telah
melakukan rutin utama selepas menerima taklimat daripada pensyarah untuk menjalankan
program service learning. Proses Awal ini adalah unutk melihat bagaimana mahasiswa Sarjana
Pendidikan UTM menggunakan senarai semak di dalam proses merancang program service
learning.
Berikut ialah beberapa maklum balas daripada responden temu bual yang secara
langsung menggambarkan proses awal penggunaan senarai semak dalam tatacara perancangan
service learning di UTM. Kebanyakkan mahasiswa Sarjana Pendidikan ini menggunakan
senarai semak dari bentuk yang berbagai-bagai. Ella, menyatakan bahawa beliau menggunakan
senarai semak yang dibuat dalam bentuk catatan tidak formal. Ella semasa ditemu bual,
menceritakan:
“Setakat ni tak ada yang formal, senarai semak yang saya gunakan hanya ada
keperluan apa yang nak buat setiap kali perjumpaan…tapi itu pun yang ditulis tidak
formal sahaja..”
(R1/03/P)
Seterusnya, kenyataan Ella disokong oleh Arip yang juga memerihalkan tentang bentuk senarai
semak yang pernah digunakan semasa proses awal tatacara perancangan service learning.
Beliau memberitahu:
“…kami panggil check list kerja-kerja dan boleh juga di panggil senarai semak dari
sudut bahasa samakan. Dalamnya kami senaraikan semua tugas-tugas dan aktiviti
perancangan service learning yang nak dibuat untuk rujukan….”
(R6/03/L)
Begitu juga bagi Tim yang menjelaskan bahawa semasa proses awal tatacara perancangan,
senarai semak dibuat dan diminitkan untuk memudahkan kefahaman dan rujukan setiap AJK
perancangan dan pelaksanaan service learning. Tim berkata:
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
797 | MEDC 2018
“…tapi apa yang pasti, setiap yang dibincangkan direkod dalam minit meeting so ahli-
ahli yang mempunyai tugas tertentu boleh refer to the minits and check again what they
have to do, pada waktu tu, checklist tak lah kita tulis secara formal, sebab macam yang
saya tulis tadi minit meeting merakamkan keperluan-keperluan yang harus disiapkan
oleh para ajk…”
(R4/03/P)
Pinna juga menegaskan perkara yang sama semasa proses awal tatacara perancangan service
learning, Pinna berkata:
“…kita panggil checklist, susun atur, tentatif program..yang penting paperwork
lengkap..”
(R8/03/P)
Menurut Irwan, semasa proses awal ini juga, beberapa orang responden menyatakan tentang
perbincangan dibuat berkaitan tema dan perlantikan AJK. Irwan berkata:
“…pertama sekali tentukan tema. Tapi selalunya tema tu mestilah berkaitan dengan
subjek yang diambil, lepas tu tentukan AJK tertinggi sampai AJK sokongan…”
(R7/03/L)
Shuu juga menyatakan proses awal membuat senarai semak yang dibuat semasa merancang
service learning di semester 2. Shuu berkata:
“…memang tak ada yang formal, kalau ada decide apa yang nak buat setiap kali jumpa
itu ada la, tapi itu yang tulis informal sahaja, kemudian bincang ajk nak lantik siapa tu
semua secara undi terus.”
(R2/03/P)
Maklum balas daripada temu bual menjelaskan bahawa penggunaan senarai semak dalam
tatacara perancangan service learning ada berbentuk catatan tidak formal seperti bentuk minit
mesyuarat, cadangan dan perbincangan AJK serta termasuk catatan perlantikan AJK.
Responden bersetuju yang senarai semak ini penting bagi mereka untuk dijadikan sumber
rujukan jika berlaku kekeliruan kepastian dalam aspek nota perbincangan dan senarai AJK.
ii. Fungsi Senarai Semak Tatacara Perancangan Service Learning
Dapatan kajian menunjukkan bahawa senarai semak sangat penting dan menjadi rujukan kepada
mahasiswa Sarjana Pendidikan UTM untuk membuat perancangan yang rapi. Untuk itu
pengkaji melihat pula dari aspek kefahaman mahasiswa berkaitan fungsi senarai semak yang
dirujuk itu. Dorah yang telah melaksanakan dua program service learning memberitahu bahawa
senarai semak mempunyai fungsi yang khusus. Dorah menceritakan:
“Pertama sekali kita sediakan kertas kerja yang lengkap berserta ajk, bajet dan
tentative dalamnya kemudian kira bajet tu dilihat samada dana yang disediakan
mencukupi atau tak. Latar belakang komuniti sasaran pun termasuk juga dan kita ada
buat senarai aktiviti yang bersesuaian dengan tajuk service learning dan latar belakang
komuniti sasaran. Setelah melakukan perbincangan, sekurang-kurangnya 3 kali kalau
tak silap sebelum senarai keperluan disenarai pendek dan dipastikan, setiausaha
menyenaraikan kesemua item dan menghantarnya melalui e-mel kepada kesemua ahli
kumpulan di mana kami boleh menanda di hadapan item sekiranya telah dilaksanakan
atau disediakan.”
(R3/03/P)
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
798 | MEDC 2018
Shu menceritakan bagaimana senarai semak berfungsi semasa tatacara perancangan dan
pelaksanaan service learning yang pernah dilaluinya. Shu menceritakan:
“Mula-mula kita ikut tema kan dan tentukan objektif program nak dibuat dimana, dan
kita akan cari sekolah yang bersesuaian, contoh service learning yang kita pernah join
iaitu SMK Tan Sri Mohd Saad, Pontian, memandangkan pengarah projek kami ketika
itu ialah Akmal, dia ada contact dengan guru di sana, semua akmal buatkan di
peringkat lokasi dan apa-apa yang berkaitan dengan urusan sekolah berkanaan. Kami
yang lain akan uruskan selain daripada itu sahaja. Pembahagian tugasan dibuat
secara on the spot memandangkan 2 semester tak panjang, jadi kita proceed dengan
cadangan dan masing-masing setuju dengan jawatan itu dan kita terus go on
perancangan yang lain-lain. S/u akan mencatat semua perkara yang diperlukan, dan itu
kami kira sebagai senarai semak sebab senang untuk pastikan semua tugasan dan
proses kerja dapat dilakukan mengikut tempoh masa yang dirancang, contohnya jika
kita plan minggu depan nak buat sesuatu jadi sebelum kita nak jumpa next meeting dia
akan pastikan semua tugasan telah dibuat. Dan apabila berjumpa baru lah masing-
masing membentangkan laporan status kerja mereka.”
(R2/03/P)
Pengalaman sama turut dikongsi oleh Izza. Izza menceritakan:
“…senarai semak ni kami lihat sebagai panduan dalam memastikan kesemua bahagian
yang perlu diambil kira tidak terabai dan projek service lerning dapat berjalan lancar.
Semasa perbincangan, setiausaha menulis draf yang dipersetujui oleh semua ahli yang
kemudian ditaip untuk diserahkan kepada ahli kumpulan dan ditunjukkan kepada
pensyarah untuk pendapat. Tapi dia ok aje, sebab hal ni terpulang dan ikut kemampuan
ahli. So kami jadikan catatan minit itu sebagai rujukan. Emel pada semua kawan-
kawan ajk, untuk simpanan dan rujukan masing-masing
(R5/03/P)
Begitu juga dengan Ella yang menegaskan senarai semak berfungsi untuk proses pemantauan
oleh pengarah dan setiausaha projek. Ella menyatakan:
“..sebab nampak kerja lebih tersusun kerana pengarah dan setiausaha yang akan
pantau proses kerja yang mana selesai dan mana belum. Catatan senarai semak kami
ada juga termasuk isu-isu berkaitan program di rancang berkaitan dengan tema..”
(R1/03/P)
Ella juga menambah betapa pentingnya senarai semak ini, Ella berkata:
“Kami melihat senarai semak ni penting sebab kat situlah kami rujuk walaupun
pemantauan utama di buat oleh s/u dan pengarah projek. Kalau tak pakai senarai
semak macam blur dan kerja tak tersusun, takut ada benda-benda tercicir dan terlepas
pandang. Bukan kita boleh ingat semua benda, jadi bila butiran kerja dan tugasan di
tulis, lebih senang dan mudah nak buat kerja…”
(R1/03/P)
Pada Irwan yang berpengalaman menjalankan service learning sebanyak dua kali berpendapat
senarai semak juga digunakan untuk dijadikan rujukan dan panduan di dalam penentuan dan
perbincangan berkaitan tema dan aktiviti yang hendak dijalankan. Irwan menceritakan:
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
799 | MEDC 2018
“…perbincangan khusus untuk tentukan tema. Saya lalui 2 service learning yang
berbeza, pertama lestari dan yang kedua budaya Malaysia. Tapi selalunya tema tu
mestilah berkaitan dengan subjek yang diambil, baru lah senang nak tentukan aktiviti
program itu bagaimana…”
(R7/03/L)
Irwan menambah lagi berkaitan panduan senarai semak ini berfungsi untuk memudahkan
semakan terperinci perkara yang dibuat. Irwan berkata :
“Senarai semak ni memang sangat penting sebab kalau tak ada senarai semak ni susah
nak tau mana-mana tugasan yang dah selesai ke belum. Bila ada senarai semak kita
senang nak tau apa benda lagi yang perlu buat utk memastikan satu-satu program
service learning tu boleh dilaksanakan dengan jayanya…”
(R7/03/L)
Maklum balas daripada responden temu bual mendapati bahawa senarai semak ini berfungsi dan
penting kepada mahasiswa Sarjana Pendidikan yang mana ia menjadi sumber rujukan AJK yang
bertugas, juga sebagai panduan dalam semakan terperinci dan melihat kesesuaian tema yang
dibincangkan. Pengarah projek juga dilihat berpeluang menggunakan senari semak ini sebagai
alat pemantauan bagi memberikan peringatan dan penegasan berkaitan tugasan yang telah dan
belum dilaksanakan dikalangan AJK yang dibentuk. Maklumat-maklumat yang diberikan
menunjukkan bahawa mahasiswa Sarjana Pendidikan UTM menggunakan senarai semak yang
berfungsi sebagai sumber rujukan, panduan dan pemantauan dalam tatacara perancangan dan
pelaksanaan service learning di UTM, Skudai.
iii. Keperluan Dalam Senarai Semak Tatacara Perancangan Service Learning
Dapatan kajian menunjukkan bahawa salah satu aspek terpenting di dalam pembentukkan
senarai semak ialah mengenalpasti senarai keperluan untuk program service learning berjalan
dengan jayanya. Oleh itu dapatan kajian menunjukan bahawa mahasiswa Sarjana Pendidikan
telah menyenaraikan beberapa keperluan-keperluan utama dan sampingan untuk dikenalpasti
antaranya peruntukan dana. Tim yang berpengalaman melalui dua program service learning
menceritakan:
“Dana dari fakulti..pada 1st service learning kami tak dapat dana dari fakulti walaupun
kertas kerja ada tertera berapa bajet kita tapi akhirnya keluar duit sendiri, tak tau apa
silapnya. Yang 2nd kami dapat RM400.00, syukur Alhamdulillah. Lepas lah banyak
benda dari segi kos barang-barang aktiviti dan promosi.”
(R4/03/P)
Dorah juga bersetuju dengan kenyataan Tim. Dorah kecewa dengan tiada peruntukan dana pada
service learning beliau yang pertama. Ia memberi kesan keatas beliau. Dorah menjelaskan:
“…masa tu kami dah siap sedia nak beli barang-barang, jadinya pengarah projek
dapat info yang permohonan kami tak ada peruntukan keran telah dimaklumkan
peserta kena bajet kos program yang rendah dengan menggunakan bahan-bahan
terbuang yang boleh dikitar semula..Jadinya kami semua ambil keputusan tong-tong
duit semua ajk. Nasib baik tak banyak sebab tema service learning kali ini lebih kepada
menjana pendapatan, so daripada jualan hasil kreativiti pelajar masa tu dapatlah
cover kos yang telah dibuat sebelum ni.”
(R3/03/P)
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
800 | MEDC 2018
Peralatan seperti PA sistem, persiapan pentas dan alatan untuk aktiviti serta pengangkutan juga
dimasukkan dalam senarai semak tatacara perancangan service learning. Pengalaman ini turut
dikongsi oleh Ella. Ella menyatakan:
“…untuk memastikan setiap keperluan seperti pengangkutan, PA sistem, publisiti,
bahan-bahan aktiviti permainan dan sebagainya, semua ni kena di cover.”
(R1/03/P)
Pandangan mengenai perkara yang sama turut diberikan oleh Shuu dengan menambah
keperluan publisiti juga diberi perhatian. Shu menyatakan:
“…memang kena tengok semua ni, dengan adanya senarai semak, setiap orang boleh
mengetahui tugas-tugas sebelum, semasa dan selepas dengan detail, siap ada bahagian
apa yang perlu dibuat dan barang-barang yang kena disediakan. lebih-elbih lagi
publisiti. Kang nanti kurang publisiti sambutan kurang. Macam PA sistem kita nak
pakai atau tidak, pentas dihias…”
(R2/03/P)
Menurut Tim yang memerihal keperluan senarai semak ini boleh dipinda dan dibuat perubahan
mengikut kesesuaian keperluan. Tim berkata:
“…selalunya, bila budget tak cukup, atau manpower tak cukup untuk siapkan
keperluan, maka adalah perkara-perkara yang dipinda.”
(R4/03/P)
Dorah juga seakan bersetuju dengan kenyataan Tim. Dorah bertegas kerana perubahan lokasi
asal kepada baru yang tidak dapat dielakkan berlaku di dalam tatacara perancangan service
learning. Dorah menjelaskan:
“Memang normal sesuatu yang dirancang perlu pindaan dan perubahan ni memberi
kesan kepada patern dan corak ajk lain berinteraksi terhadap situasi. Contohnya
situasi apabila ketua komuniti sasaran menolak untuk melibatkan diri dalam service
learning. Jadi kita perlu pinda perancangan asal kepada yang terkini selagi tempoh
masa masih ada…”
(R3/03/P)
Pengalaman senarai semak diubah mengikut masalah AJK tidak bergerak atau tidak
menjalankan tugas dengan baik ini turut dikongsi oleh Ella. Ella menyatakan:
“Boleh tak ada masalah, ia bergantung kepada situasi semasa proses perancangan
berlaku, kadang kala berlaku perkara di luar jangkaan jadi jawatan tu tidak kekal
selagi program belum final.”
(R1/03/P)
PERBINCANGAN
Dalam kajian ini tatacara perancangan dan pelaksanaan service learning yang dijalankan oleh
mahasiswa Sarjana Pendidikan di UTM menggunakan senarai semak. Berdasarkan analisis data
yang telah dilaksanakan terdapat empat aspek yang dilihat iaitu iaitu proses awal, fungsi,
perubahan dan keperluan fizikal service learning.
Hasil analisis data kualitatif menunjukkan bahawa penggunaan senarai semak
merupakan proses awal di dalam pembentukan tatacara perancangan service learning.
Perbincangan dan catatan tidak formal dilakukan semasa mesyuarat dan berjumpaan Ajk. Di
dalam proses awal ini juga setiap ajk membincangkan tentang cadangan-cadangan kumpulan
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
801 | MEDC 2018
sasaran dan perlantikan AJK yang akan mengendalikan tugasan-tugasan tertentu. Catatan ini
dihasilkan dalam bentuk minit yang mudah dan ringkas.
Senarai semak ini berfungsi dan sangat penting. Ianya dijadikan sumber rujukan dan
panduan kepada semua ahli. Segala butiran perbicangan dan cadangan serta keputusan di
perincikan. Bagi AJK tertinggi khususnya menggunakan senarai semak ini untuk memudahkan
mereka membuat pemantauan dan peringatan kepada ajk-ajk lain untuk bertindak.
Senarai semak juga dijadikan rujukan untuk melihat keperluan-keperluan fizikal bagi
memastikan kelancaran program service learning. Persediaan rapi yang disusun dengan
memberi perincian terhadap kelengkapan alatan fizikal, lokasi program, pengangkutan dan
publisiti dapat disediakan pada ketika dan waktu yang tepat. Perubahan juga berlaku apabila apa
yang sedang dirancang terpaksa di pinda ke rancangan yang lain atas faktor lokasi yang tidak
bersesuaian, peruntukan dana berkurang dan penjawatan AJK yang tidak berfungsi dengan baik
demi memastikan tatacara pelarancangan service learning ini berkelangsungan hingga ke waktu
pelaksanaannya.
Tiga langkah pemahaman dalam perancangan program service learning iaitu : (i).
Pelajar akan mengenal pasti keperluan masyarakat atau isu,(ii). Pelajar akan dapat mengenal
pasti dan menyatakan maksud beberapa program kebangsaan, dan (iii). Pelajar akan
menggunakan proses perancangan dan program-program nasional untuk menangani keperluan
komuniti dan membangunkan projek pembelajaran perkhidmatan.
Oleh itu dalam hal ini panduan senarai semak dalam tatacara perancangan dam
pelaksanaan service learning dalam kalangan mahasiswa mahasiswa Sarjana Pendidikan UTM
selari dengan tiga pemahaman yang dimaksudkan oleh Wuebker. Kefahaman itu membentuk
satu format catatan panduan kepada mahasiswa untuk merancang. Penerangan visual berkaitan
penggunaan senarai semak dalam tatacara perancangan service learning mahasiswa Sarjana
Pendidikan di UTM ditunjukkan dalam peta minda Rajah 6.1 disebelah.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
802 | MEDC 2018
Raj
ah 6
.1 :
Pet
a M
ind
a P
eng
gu
naa
n S
enar
ai S
emak
Tat
acar
a P
eran
cangan
Ser
vice
Lea
rnin
g M
ahas
isw
a S
arja
na
Pen
did
ikan
UT
M
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
803 | MEDC 2018
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, tatacara perancangan dan pelaksanaa service learning dalam kalangan
mahasiswa Sarjana Pendidikan UTM, Skudai dapat ditunjukkan melalui Rajah 7.1 iaitu model
tatacara perancangan dan pelaksanaan service learning dalam kalangan mahasiswa Sarjana
Pendidikan UTM.
Rajah 7.1 : Model Tatacara Perancangan dan Pelaksanaan Service Learning Dalam Kalangan
Mahasiswa Sarjana Pendidikan UTM.
Perancangan yang rapi dan teratur memerlukan satu sistem kerja yang bersepadu dan mahasiswa
Sarjana Pendidikan di UTM telah menggunakan beberapa kaedah yang memudahkan mereka
untuk menyelesaikan tugasan-tugasan perancangan service learning. Salah satu implikasi utama
kepada para mahasiswa Sarjana Pendidikan ini ialah mereka melalui pengalaman bekerja dalam
suasana berbeza dengan program yang melibatkan komuniti. Penyertaan mahasiswa Sarjana
Pendidikan ini bukan sahaja di sebagai peserta malah keterlibatan mereka di dalam perancangan
service learning di universiti.
Tatacara perancangan service learning dari beberapa satu aspek yang dikaji
mewujudkan budaya kerja yang bersistematik dan nilai-nilai murni di dalam kerjasama
berpasukan. Pengorbanan masa dan tenaga digembeleng bagi memastikan kelancaran aktiviti
dan proses yang dirancang dengan rapi dan teliti. Semangat dan kesungguhan mereka ini
menjadi kayu pengukur kepada kesan kejayaan service learning di UTM khususnya.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |
804 | MEDC 2018
RUJUKAN
Abdul Ghani (2009). Kepimpinan Dan Penambahbaikan Sekolah. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Johari (2010). Konsep Pembelajaran. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Al. Ramaiah (2009). Kepimpinan Pendidikan. Petaling Jaya: IBS Buku Pustaka
Amy Chua (2011). Battle Hymn Of The Tiger Mother. United States of America, Penguin
Group.
Bringle R. G. Dan J. A. Hatcher. A Service Learning Curriculum For Faculty. Mitchigan
Journal Of Community Service Learning.
Bringle R. G. Dan J. A. Hatcher. Innovative Practise In Service Learning And Curricular
Engagement. Mitchigan Journal Of Community Service Learning.
Bringle R.G. dan J. A. Hatcher (1996). Implementing Service Learning In Highereducation.
Journal of Higher Education, Vol. 67, No. 2.
Bateman, T.S. dan Snell, S.A. (2014). Management: Leading And Collaborating In A
Competitive World. 11th Edition, Burr Ridge, IL: McGraw-Hill Higher Education, Inc.,
forthcoming
Cress et. al. (2005). Learning Trough Serving: A Student Guidebook For Service Learning
Across The Disciplines. Sterling: Va, Stylus Publication.
Eby (1998). Why Service Learning Is Bad. Villanova University.
Fenzel dan Peyrot (2005). Comparing College Comparing College Community Participation
and Future Service Behaviors and Attitudes. Michigan journal Of Community Service
Learning, Vol 12, Issue 1,
Hecht (2003). The Contingent Smile: A Meta-Analysis of Sex Differences in Smiling. American
Pschological Association, Inc., Pschological Bulletin, Vol. 129, No. 2, pp. 305-334.
Healey dan Jenkins (2000). Learning Cycles And Learning Styles: Kolb’s Experiential Learning
Theory And Its Application In Geography In Higher Education. Journal of Geography,
99, pp. 185-195.
Jacoby, B, & Associates (Eds.) (1996). Service Learning In Higher Education: Concepts And
Practices. San Francisco: Jossey-Bass.
Mohd Najib Abdul Ghaffar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soala Selidik Pendidikan. Johor:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Morris M. (2001), Creating value Chain Co-operation, dalam G. Gereffi dan R. Kaplinsky
(eds.), IDS Bulletin, Vol. 32, No. 3.
Nulty Dan Barret (1996). Transitions in Students' Learning Styles. Brisnane: University Of
Queensland.
Norashidah, Noaishah dan Noasmah (2009). Konsep Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan
Kajian Kes Usahawan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) di Malaysia. Jurnal
Pendidikan Malaysia 34, pp. 187-203.
Nur Rahimah Abu Bakar (2002). Penilaian Kuantitatif Buku Teks Rampaian Sains. Universiti
Teknologi Malaysia, tidak diterbitkan.
Ngai (2006). Predicting The Organizations Adoption For B2C E-Commerce: An Empirical
Study. Industrial Management & Data Systems, Vo. 106 Iss: 8, pp. 1133-1147
Noraini Idris (2012). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Malaysia: McGraw Hill
Patton. Michael Quinn (2002). Qualitative Research And Evaluation Methods: 3 Edition.
California : SAGE Publications.
Razianna Abdul Rahman (2013). Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran. Kepimpinan
Instruksional (halaman 231-265), Selangor: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Robbin D. Crabtree (2008). Theoretical Foundations For International Service Learning.
Mitchigan Journal Of Community Service Learning.
Wuebker, M. P. (2013. Adult Learners: Improving Persistence And Performance In Online
Learning Environments. Journal of College Literacy & Learning.