Download - Guru Cemerlang 2

Transcript

Ciri-ciri guru cemerlangGuru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi kualiti:Peribadi:Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yangterpuji,berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan danetika perkhidmatanawam serta peka dan prihatin terhadap keperluanpelajar yang dapat menjadi role modelkepada warga pendidik.Pengetahuan dan kemahiran

Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandunganmata pelajaranatau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadipakar rujuk pengajaran danpembelajaran, bijak mengurus masa, bahansumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluandan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakanprogram tindakansusulan,berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ternologimaklumatdan komunikasi.Hasil kerja:Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkanhasil pembelajaran (learning outcomes) ke arah membangunkan potensipelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Komunikasi:Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahirankomunikasi yangtinggi serta berkemampuan menyampaikanidea danmesej dengan berkesan dalampelbagai situasi.Potensi:Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif,mempunyaiinisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangkamenjalankan tugas sebagai pendidik.Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara:Guru Cemerlangialah guru yang berupaya menjana idea baru dalam matapelajaran atau bidangpengkhususan masing-masing dan berkongsi ideatersebut bagi meningkatkanmutu pendidikan negara.


Top Related