Download - Garis panduan penyediaan rkk (ppzu)
Garis Panduan RANCANGAN KAWASAN KHAS
EDIS I 2012
RKK hendaklah disediakan dengan prosedur atau cara yang sama
sebagaimana Rancangan Tempatan (RT) disediakan.
RKK hendaklah mengandungi panduan yang terperinci berkenaan
cara–cara pelaksanaan dan pengurusannya.
RKK hendaklah mempunyai kuatkuasa seperti suatu Rancangan Tempatan.
“Subseksyen 16B(3) Akta 172”
Garis Panduan (GP) ini disediakan sebagai rujukan dalam penyediaan Rancangan
Kawasan Khas (RKK) yang lebih fokus dan berdaya laksana selaras dengan dasar dan
polisi semasa kerajaan untuk mencapai persekitaran mampan dan peningkatan kualiti
hidup.
Garis Panduan
RANCANGAN KAWASAN KHAS
I S I KANDUNGAN 01 I PENDAHULUAN 01
1.1 Latar Belakang 02
1.2 Keperluan Penyediaan Rancangan
Kawasan Khas
03
1.3 Definisi Rancangan Kawasan Khas 05
1.4 Hirarki Sistem Rancangan
Pembangunan
06
1.5 Keutamaan Pemilihan Kawasan
Rancangan Kawasan Khas
07
1.6 Ciri-ciri Rancangan Kawasan Khas
Berdaya Laksana
07
1.7 Saiz Kawasan Rancangan Kawasan
Khas
08
1.7.1 Kawasan Tindakan 09
1.8 Bentuk Rancangan Kawasan Khas 09
02 I SKOP KAJIAN 17
2.1 Skop Umum 18
1.8.1 Pelan Tindakan Pembangunan 12
1.8.2 Pelan Pembangunan 14
i
03 I PROSES DAN PROSEDUR 23
3.1 Peringkat Penyediaan 24
3.2 Peringkat Pra - Kajian 27
3.2.1 Pengenalpastian Kawasan RKK 27
3.2.2 Publisiti Awal 28
3.2.3 Penyediaan Asas Rujukan 29
3.2.4 Perlantikan Pasukan Kajian 29
3.3 Peringkat Penyediaan Draf RKK 31
3.3.1 Rekod Maklumat Teknikal 31
3.4 Peringkat Publisiti dan Penyertaan Awam 33
3.4.1 Penyiasatan Tempatan 34
3.4.2 Pindaan DRKK 35
3.5 Peringkat Kelulusan dan Pewartaan 35
3.5.1 Kelulusan Jawatankuasa Perancang
Negeri (JPN)
35
3.5.2 Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri 35
3.5.3 Pewartaan 36
3.6 Engagement Dalam Penyediaan RKK 39
3.6.1 Proses Makmal (LAB) RKK 41
04 I KANDUNGAN RKK 43
4.1 Struktur Kandungan 44
05 I KAEDAH KAJIAN 59
5.1 Kajian Secara Dalaman (In-House) 60
5.2 Kajian Secara Khidmat Perunding
Sepenuhnya
61
5.3 Kajian Secara Usahasama dengan
Perunding
62
06 I ANGGARAN KOS 63
07 I JAWATANKUASA
PENGURUSAN KAJIAN
65
08 I RUMUSAN 67
09 I LAMPIRAN 69
Proses Makmal (LAB) 70
Anggaran Kos Penyediaan 74
i i
Senara i
Ra jah
SENARAI RAJAH
1.1 Keperluan Penyediaan Rancangan Kawasan Khas
1.2 Hirarki Rancangan Pembangunan
1.3 Penentuan Saiz Keluasan Rancangan Kawasan Khas
1.4 Kawasan Tindakan Meliputi Keseluruhan Kawasan
Kajian
1.5 Kawasan Tindakan Lebih Kecil Dari Kawasan
Kajian
1.6 Kawasan Tindakan Lebih Dari Satu di Dalam
Kawasan Kajian
1.7 Bentuk Laporan Rancangan Kawasan Khas
1.8 Contoh Pelan Kawasan Tindakan
(RKK Pantai Chenang)
1.9 Contoh Pelan Konsep Cadangan Susunatur Bandar
Baru Pinggiran (RKK Rantau)
2.1 Hubungan Isu, Objektif dan Skop
3.1 Peringkat & Tempoh Penyediaan RKK
3.2 Carta Alir Prosedur Penyediaan Rancangan
Kawasan Khas
i i i
4.7 Contoh Pelan Kawasan Tindakan
Rancangan (Kawasan Khas Gadong-Mantau)
4.8 Contoh Pelan Susunatur Terperinci (Rancangan
Kawasan Khas Bandar Pelabuhan Klang)
4.9 Contoh Pelan Susunatur Terperinci (Rancangan
Kawasan Khas Hang Tuah Jaya)
4.10 Contoh Pelan Cadangan Pengangkutan dan
Lalulintas (Rancangan Kawasan Khas Kuala Besut)
4.11 Contoh Jadual Pengurusan dan Pelaksanaan
(Rancangan Kawasan Khas Pantai Chenang)
4.12 Contoh Jadual Anggaran Kos Pembangunan
(Rancangan Kawasan Khas Pantai Chenang)
4.13 Contoh Jadual Garis Panduan Perancangan
(Rancangan Kawasan Khas Rantau)
5.1 Kajian Secara Dalaman (In-House)
5.2 Kajian Secara Khidmat Perunding Sepenuhnya
5.3 Kajian Secara Usahasama Dengan Perunding
4.5 Contoh Konsep dan Strategi RKK ( RKK Sungai
Lembing)
4.6 Contoh Konsep dan Strategi RKK
(RKK Gadong dan Mantau)
SENARAI RAJAH
3.3 Pendekatan Penyediaan Rancangan Kawasan Khas
3.4 Spektrum Engagement
3.5 Engagement Dalam Peringkat Penyediaan
Rancangan Kawasan Khas
4.1 Contoh Isi Kandungan Rancangan Kawasan Khas
4.2 Contoh Latar Belakang (Rancangan Kawasan Khas
Pantai Chenang)
4.3 Contoh Analisis Potensi dan Halangan (Rancangan
Kawasan Khas Kg. Sg. Pusu)
4.4 Contoh Isu dan Potensi (Rancangan Kawasan Khas
Permas Kechil - Kukup)
i v
Senara i
Foto & Jadual
SENARAI FOTO
3.1 Contoh Bahan Publisiti Awal
3.2 Contoh Rekod Maklumat Teknikal
3.3 Contoh Rekod Maklumat Teknikal
3.4 Contoh Notis Pemberitahuan
3.5 Majlis Publisiti dan Penyertaan Awam
Draf Rancangan Kawasan Khas
3.6 Sesi Engagement Dalam Penyediaan
Rancangan Kawasan Khas
v
SENARAI JADUAL
1.1 Senarai Semakan Keterangan Projek (Project Brief) Pelan Tindakan Pembangunan
1.2 Kandungan Pelan Pengurusan
2.1 Contoh Skop Kajian
3.1 Rangka Kerja Penyediaan Rancangan Kawasan Khas
3.2 Prosedur Penyediaan RKK
6.1 Anggaran Kos Kajian
7.1 Jawatankuasa Pengurusan
9.1 Anggaran Kos Pakej Mesyuarat bagi penyediaan Rancangan Kawasan Khas
9.2 Anggaran Kos Pengurusan Rancangan Kawasan Khas
9.3 Anggaran Kos Percetakan Rancangan Kawasan Khas
9.4 Anggaran Kos Bagi Percetakan Laporan dan Publisiti
Rancangan Kawasan Khas (Maksima)
9.5 Anggaran kos bagi Percetakan Laporan dan Publisiti
Rancangan Kawasan Khas (Minima)
9.6 Anggaran kos bagi Program Engagement
Semasa Peringkat Pra Kajian
v i
P E N D A H U L U A N
Garis Panduan (GP) ini disediakan sebagai rujukan dalam
penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) yang lebih
fokus dan berdaya laksana selaras dengan dasar dan
polisi semasa kerajaan untuk mencapai persekitaran
mampan dan peningkatan kualiti hidup.
1.1 LATAR BELAKANG
Di dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9),
sebanyak 23 buah RKK telah disediakan. Sepanjang
tempoh penyediaan tersebut, terdapat pelbagai isu
yang timbul iaitu jangkamasa penyediaan kajian
yang lama, kekurangan input kumpulan sasaran dan
stakeholder, saiz kawasan yang terlalu luas,
cadangan yang kurang berdaya laksana serta
kurang memenuhi dasar dan polisi semasa kerajaan.
GP bagi penyediaan RKK Edisi 2012 merupakan
penambahbaikan ke atas GP RKK Edisi 2006. Fokus
utama penambahbaikan adalah berkenaan
pengubahsuaian proses dan prosedur penyediaan
RKK yang menerapkan pendekatan engagement
bersama stakeholder secara menyeluruh di setiap
peringkat penyediaan RKK serta penekanan kepada
penyelesaian isu-isu utama melalui pendekatan
Objective Oriented Planning (OOP).
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 02
Keperluan penyediaan RKK dinyatakan di subseksyen
16B(1), (2) dan (3) Akta 172 yang dipinda pada tahun
2001 melalui Akta A1129.
1.2 KEPERLUAN PENYEDIAAN
RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)
03 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 04
SUBSEKSYEN
PERANAN
Subseksyen 16 B(1) Akta 172
Pengarah, Jabatan
Perancang Bandar
dan Desa Negeri
(JPBD Negeri)
Pihak Berkuasa
Perancang
Tempatan (PBPT)
Pengarah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri (JPBD Negeri)
atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) boleh menyampaikan
kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) cadangan untuk
menyediakan (penetapan) RKK bagi suatu kawasan khas.
RKK perlu mengandungi cadangan–cadangan tindakan khusus yang
terperinci bagi tujuan sama ada untuk memajukan, memajukan semula,
memperelokkan lagi, memulihara atau bagi tujuan pengurusan kawasan
berkenaan.
RKK boleh disediakan semasa penyediaan atau setelah berkuatkuasanya
sesuatu Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan.
Subseksyen 16B(2) Akta 172
Jawatankuasa
Perancang Negeri
(JPN)
Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) akan menentukan sama ada
Pengarah JPBD Negeri atau PBPT yang berkenaan diberi tanggungjawab
menyediakan RKK.
Subseksyen 16B(3) Akta 172
Pihak Berkuasa
Perancang
Tempatan (PBPT)
RKK hendaklah disediakan dengan prosedur atau cara yang sama
sebagaimana Rancangan Tempatan (RT) disediakan.
RKK hendaklah mengandungi panduan yang terperinci berkenaan cara–
cara pelaksanaan dan pengurusannya.
RKK hendaklah mempunyai kuatkuasa seperti suatu Rancangan
Tempatan
Rajah 1.1 : Keperluan Penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK)
1 .3 D E F I N I S I R A N C A N G A N
KAWASAN KHAS
Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah suatu
rancangan pemajuan yang disediakan untuk
tujuan pelaksanaan segera. Hasil utama RKK
ialah Pelan Tindakan Pembangunan atau Pelan
Pengurusan atau kedua-duanya sekali.
Menurut Ensiklopedia Akta Perancangan Bandar
Dan Desa 172, RKK adalah satu rancangan
pemajuan yang disediakan di bawah peruntukan
Seksyen 16B Akta 172.
Ia merupakan satu pelan cadangan yang lebih
terperinci berbanding Rancangan Tempatan.
RKK akan mengandungi cadangan-cadangan
tindakan khusus untuk satu kawasan yang telah
dikenalpasti oleh Pihak Berkuasa Negeri / Pihak
Berkuasa Perancangan Tempatan, bagi tujuan :
Pengolahan khas dan terperinci dengan
cara pemajuan;
Pemajuan semula dan pengelokan;
Pemuliharaan atau amalan pengurusan;
ATAU
Sebahagiannya dengan satu kaedah dan
sebahagian lagi dengan kaedah yang lain,
bagi keseluruhan atau sebahagian
kawasan khas itu, dan jenis pengolahan
yang dicadangkan.
05 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Terdapat 4 sistem Rancangan Pembangunan
yang disediakan di negara ini iaitu Rancangan
Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri,
Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan
Khas (RKK).
RKK adalah peringkat yang paling terperinci di
mana saiz kawasan yang lebih kecil dan mudah
urus.
Rajah 1.2 : Hirarki Rancangan Pembangunan
1 .4 H IRARK I S ISTEM RANCANGAN
P EMBANGUNAN
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 06
1 .5 K E U T A M A A N P E M I L I H A N
K A W A S A N R A N C A N G A N
KAWASAN KHAS
Keutamaan pemilihan Kawasan RKK adalah
berdasarkan perkara-perkara berikut :
Arahan Jawatankuasa Perancang Negeri
(JPN);
Telah ditetapkan/ dikenalpasti semasa
penyediaan Rancangan Struktur (RS) atau
Rancangan Tempatan (RT);
Isu-isu semasa yang memerlukan
penyelesaian segera seperti kesesakan
lalulintas;
Selar i dengan program semasa
pembangunan negeri ; ATAU
Perlu mengambil kira dasar semasa dan
Inisiatif Kerajaan Persekutuan seperti
Government Transformation Programme
(GTP), National Blue Ocean Strategy
(NBOS) dan Program Bandar Selamat.
1 .6 C I R I - C I R I R A N C A N G A N
K A W A S A N K H A S B E R D A Y A
LAKSANA
RKK yang berdaya laksana mempunyai ciri-ciri
seperti berikut :
Projek tersebut telah mempunyai
peruntukan / pembiaya (funder);
Telah mendapat komitmen / persetujuan dari
kerajaan persekutuan dan negeri;
Jangkamasa penyediaan yang singkat ; dan
Memberi nilai pulangan kepada kumpulan
berkepentingan (stakeholder) dan kawasan
berkenaan.
07 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 08
1 .7 SA IZ KAWASAN RANCANGAN
KAWASAN KHAS
Bagi menghasilkan RKK yang berdaya laksana,
saiz RKK perlu bersesuaian dan mudah urus
bergantung kepada isu yang ingin ditangani.
Penentuan saiz kawasan RKK bergantung kepada
beberapa kriteria seperti berikut :
i. Ciri-ciri fizikal dan kepadatan kawasan kajian.
ii. Sempadan Blok Perancangan Kecil (BPK) di
dalam Rancangan Tempatan (RT) -
bertujuan memudahkan proses penyatuan
peta cadangan dan jadual kegunaan tanah
RT berkaitan.
iii. Sempadan lot tanah atau kadestral - supaya
tidak berlaku konflik gunatanah dan milikan
tanah.
Rajah 1.3 : Penentuan Saiz Keluasan RKK
09 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Rajah 1.4: Kawasan Tindakan Meliputi Keseluruhan Kawasan Kajian
Ciri-ciri kawasan tindakan ialah :
Boleh meliputi keseluruhan kawasan kajian
Lebih kecil dari kawasan kajian
Boleh lebih dari satu kawasan tindakan di
dalam sesuatu kawasan kajian
1.7.1 Kawasan Tindakan
Kawasan kajian mempunyai kawasan tindakan
yang mengandungi cadangan, program dan
projek yang ditetapkan bagi sesuatu kajian RKK.
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 10
Rajah 1.5 : Kawasan Tindakan Lebih Kecil
Dari Kawasan Kajian
Rajah 1.6 : Kawasan Tindakan Lebih Dari Satu
di Dalam Kawasan Kajian
1 .8 BENTUK LAPORAN RANCANGAN
KAWASAN KHAS
RKK mengandungi dua bentuk iaitu Pelan
Tindakan Pembangunan atau Pelan Pengurusan
atau kedua-duanya sekali. Pelan Tindakan
Pembangunan perlu disokong bersama Pelan
Pengurusan.
Walau bagaimanapun Pelan Pengurusan boleh
disediakan secara tersendiri bagi projek-projek
yang melibatkan pengurusan semata-mata tanpa
melibatkan projek fizikal.
Rajah 1.7 Bentuk Laporan Rancangan Kawasan Khas
11 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
1.8.1 Pelan Tindakan Pembangunan
Dua jenis pelan yang perlu disediakan iaitu Pelan
Kawasan Tindakan dan Pelan Susunatur
Terperinci.
Pelan Kawasan Tindakan mengandungi lokasi
kawasan-kawasan tindakan serta komponen-
komponen cadangan pembangunan serta
disokong dengan keterangan cadangan projek-
projek pembangunan (Jadual 1.1 : Komponen
Keterangan Projek).
RKK yang menjurus kepada penyelesaian
susunatur keseluruhan kawasan kajian (Kawasan
tindakan merangkumi keseluruhan kawasan
kajian), Pelan Kawasan Tindakan tidak perlu
disediakan dan hanya perlu menyediakan Pelan
Susunatur Terperinci beserta keterangan cadangan
projek-projek pembangunan.
Pelan Susunatur Terperinci mengandungi
pecahan lot-lot yang menunjukkan perincian
aktiviti sesuatu kawasan tindakan. Pelan
disediakan jika terdapat keperluan bagi
menunjukkan perincian susunatur sesuatu
kawasan tindakan.
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 12
01 TAJUK PROJEK Tajuk utama projek pembangunan.
02 KOD PROJEK Nombor rujukan mengikut kod projek bagi projek
pembangunan.
03 PROFIL TAPAK
Perlu mengandungi lot terlibat, keluasan, hakmilik
(persendirian / kerajaan), gunatanah semasa,
kawasan DUN / Parlimen.
04 OBJEKTIF PROJEK Objektif/Keterangan projek pembangunan.
05 JUSTIFIKASI (IMPAK) Penerangan mengenai impak projek pembangunan.
06 KOMPONEN PROJEK Perincian mengenai komponen-komponen dalam
projek pembangunan yang dicadangkan.
07 PELAN CADANGAN /
PERSPEKTIF / GAMBAR RAJAH
Pelan menunjukkan cadangan susun atur bagi projek
pembangunan.
08 JADUAL PELAKSANAAN Jadual Pelaksanaan bagi melaksanakan projek
(fasa / bulan / tahun).
09 AGENSI PELAKSANA Agensi yang terlibat bagi melaksanakan projek.
10 ANGGARAN KOS / SUMBER
KEWANGAN Sumber kewangan bagi melaksanakan projek.
13 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Jadual 1.1 : Senarai Semakan Keterangan Projek (Project Brief) Pelan Tindakan Pembangunan
KETERANGAN PROJEK
1.8.2 Pelan Pengurusan
Pelan Pengurusan ialah penyataan bertulis yang
mengandungi mekanisma pengurusan dan
pelaksanaan bagi tindakan pembangunan yang
dicadangkan. Ia menerangkan langkah
pengurusan bagi sesebuah kawasan yang
memerlukan tindakan-tindakan khas.
Terdapat RKK yang hanya memerlukan penyediaan
Pelan Pengurusan sahaja. Ini kerana cadangan
penyelesaian hanya melibatkan aspek pengurusan
tanpa melibatkan cadangan pembangunan fizikal.
Antaranya adalah:
Pelan Pengurusan bagi Pemeliharaan dan
Pemuliharaan Biodiversiti.
Pelan Pengurusan Taman Negeri.
Pelan Pengurusan Trafik dan Pengangkutan
Awam.
Pelan Pengurusan Warisan Sejarah.
01 Badan Penyelaras / Pemantau
Pelaksanaan RKK (termasuk peruntukan
akta berkaitan).
02 Projek dan program pembangunan
keseluruhan, kos pelaksanaan keseluruhan
dan agensi pelaksana bagi setiap projek
dan program.
03 Fasa pelaksanaan keseluruhan.
04 Pendekatan dan kaedah pengurusan
pelaksanaan RKK
05 Aspek Kawalan Pembangunan
Peta Cadangan dan Jadual Klasifikasi
Guna Tanah (bagi cadangan RKK yang
bercanggah dengan RT) - format perlu
selaras dengan RT kawasan berkenaan.
06 Garis panduan perancangan
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 14
Jadual 1.2 : Kandungan Pelan Pengurusan
KANDUNGAN PELAN PENGURUSAN
Rajah 1.8 : Contoh Pelan Kawasan Tindakan [RKK Pantai Chenang]
15 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Rajah 1.9 : Contoh Pelan Konsep Cadangan Susunatur Bandar Baru Pinggiran [RKK Rantau]
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 16
RKK disediakan untuk menyelesaikan isu yang khusus
bagi sesuatu kawasan dalam jangkamasa yang singkat.
Skop penyediaan RKK perlu menjurus kepada
penyelesaian isu berkenaan melalui pendekatan
Objective Oriented Planning (OOP).
OOP merupakan satu pendekatan perancangan yang
berorientasikan objektif secara spesifik. Ia menyediakan
kaedah untuk merumuskan isu / masalah kepada objek-
tif yang boleh ditentu ukur melalui penilaian, outcome
dan impak berdasarkan indikator yang dikenalpasti se-
masa peringkat rekabentuk projek.
S K O P K A J I A N
Rajah 2.1 : Hubungan Isu, Objektif dan Skop
Walau bagaimana pun bagi kes-kes tertentu, RKK
disediakan kerana dasar dan polisi kerajaan serta
potensi dan prospek kawasan tersebut seperti
perancangan pembangunan bandar baru dan
pembangunan kawasan pelancongan.
2 . 1 S KO P UM UM
i. Mengkaji keadaan dan keperluan semasa.
ii. Mengenalpasti isu dan potensi serta cabaran
dan halangan.
iii. Menyediakan cadangan penyelesaian melalui
penyediaan Pelan Tindakan Pembangunan
atau Pelan Pengurusan atau kedua-duanya
bagi kawasan yang telah dikenalpasti.
iv. Menyediakan garis panduan pembangunan
khusus serta Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
bagi pelaksanaan dan pemantauan
pembangunan yang telah dikenalpasti.
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 18
Dalam penentuan skop kajian sesuatu RKK,
tranfomasi dari isu yang dibangkitkan sehingga
skop kajian yang lebih fokus dapat dihasilkan
(Rajah 2.1).
Penerangan bagi kaedah tersebut adalah seperti
di bawah (Jadual 2.1).
ISU BERKAITAN ISU UTAMA OBJEKTIF SKOP
01
Setinggan /
Kesesakan
pembangunan
Tekanan
Pembangunan
Mewujudkan
pembangunan
seimbang dan
mampan
Mengenalpasti isu-isu semasa pembangunan
gunatanah.
Menjalankan audit bangunan sedia ada (status,
keadaan fizikal dan kesesuaian lokasi).
Mengkaji kesesuaian susun atur bangunan dan
guna tanah kawasan kajian.
Mengenalpasti kawasan yang perlu dibangun
semula, dibaik pulih dan dimajukan.
Menyedia pelan induk susun atur pembangunan
keseluruhan.
02
Saliran yang tidak
sistematik /
Pembuangan
sampah
Banjir
Mewujudkan
sistem saliran yang
komprehensif
Mengkaji sistem aliran air semasa.
Mengenalpasti isu-isu semasa pembangunan
gunatanah.
Mengenalpasti punca-punca penyumbang kepada
isu banjir.
Menyediakan satu pelan induk saliran.
Jadual 2.1 : Contoh Skop Kajian Bersambung
19 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
ISU BERKAITAN ISU UTAMA OBJEKTIF SKOP
03
Konflik
gunatanah / Jalan
sempit /
Kekurangan
tempat letak
kereta / Kewujudan
gerai haram
Kesesakan
Lalu Lintas
Mewujudkan
sistem pengurusan
lalulintas yang
efisyen
Mengkaji sistem sirkulasi aliran trafik semasa.
Mengenalpasti punca-punca penyumbang kepada
kesesakan lalulintas.
Kajian gunatanah semasa.
Keupayaan sistem jalan, bulatan dan
persimpangan untuk kawasan-kawasan terpilih.
Mengkaji sistem dan keperluan pengangkutan
awam.
Mengkaji keperluan tempat letak kereta.
Menyediakan pelan pengurusan lalulintas.
04
Kurang
kemudahan asas /
Bekalan terhad /
Penyelenggaraan
tidak sempurna
Masalah
Infrastruktur
dan Utiliti
Menyediakan
infrastruktur dan
utiliti yang
mencukupi
Mengkaji keperluan infrastruktur dan utiliti.
Bersambung
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 20
ISU BERKAITAN ISU UTAMA OBJEKTIF SKOP
05
Lokasi
kemudahan jauh /
Taburan
kemudahan yang
tidak seimbang /
Kemudahan tidak
sempurna
Masalah
Kemudahan
Awam
Menyediakan
Kemudahan Awam
yang sempurna
dan tahap
kemudahsampaian
yang tinggi
Menjalankan audit kemudahan sedia ada (status,
keadaan fizikal dan kesesuaian lokasi).
06
Bangunan lama /
bersejarah yang
terbiar
Warisan
Menyediakan
pelan
Pemeliharaan dan
Pemuliharaan
Bangunan lama
dan bersejarah.
Membuat pemetaan menggunakan Pelan
Gunatanah untuk mengkaji corak jaringan
komponen isi kandungan bandar seperti warisan,
kebudayaan, kesenian, perniagaan, institusi dan
kemudahan awam.
Menjalankan penilaian tehadap keadaan dan
karektor bangunan di sekitar kawasan kajian.
Mengenalpasti isi kandungan asal dan baru yang
sesuai dengan imej dan identiti yang ingin
ditonjolkan.
Merangka strategi pengukuhan imej dan identiti
bagi kawasan kajian.
Bersambung
21 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
ISU BERKAITAN ISU UTAMA OBJEKTIF SKOP
07
Pembentungan
tidak sempurna /
Kilang haram /
Konflik
gunatanah /
Pencerobohan /
Hakisan
Pencemaran
Mewujudkan
pembangunan
seimbang dan
mampan
Mengkaji tahap kualiti alam sekitar dan sumber
semulajadi.
Mengenalpasti faktor-faktor dan kriteria fizikal
yang menyumbang kepada penentuan tahap
tampungan kawasan RKK.
08
Tiada Imej
Bandar / Konflik
aktiviti
penggunaan
bangunan.
Imej Bandar
Mewujudkan
kawasan bandar
yang lebih
teratur dan
tersusun.
Membuat verifikasi gunatanah semasa
berdasarkan pelan gunatanah digital.
Membuat verifikasi isu-isu yang dikenalpasti serta
mengenalpasti isu-isu lain yang berkaitan dengan
gunatanah semasa di kawasan kajian.
Mengkaji trend pembangunan dan potensi
pembangunan di kawasan kajian dengan
mengambil kira kawasan sekitar.
Mengenalpasti kawasan bermasalah atau
halangan yang memerlukan tindakan khusus.
Menyediakan Pelan Pembangunan Gunatanah
dan Program Pelaksanaan bagi kawasan kajian.
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 22
RKK hendaklah disediakan dengan cara yang sama
sebagaimana Penyediaan Rancangan Tempatan
sepertimana yang diperuntukkan di dalam Subseksyen
16B(3) Akta 172. Proses Penyediaan RKK melibatkan
Peruntukan di Seksyen 12A, Seksyen 13, Seksyen 14 dan
Seksyen 15.
P R O S E S & P R O S E D U R
Rajah 3.1 : Peringkat dan Tempoh
Penyediaan RKK
3 . 1 P E RI N G K AT P E N YE DI AAN
Fokus utama Penambahbaikan Garis Panduan
R a nca ng a n K a w a s a n K ha s a d a l a h
pengubahsuaian proses dan prosedur
penyediaan RKK tersebut dengan menerapkan
pendekatan engagement bersama stakeholder
secara menyeluruh di setiap peringkat kajian serta
penekanan kepada penyelesaian isu-isu utama
melalui pendekatan Objective Oriented Planning
(OOP).
Terdapat 4 peringkat utama yang telah
dikenalpasti iaitu Pra-Kajian, Penyediaan Draf
RKK, Publisiti dan Penyertaan Awam serta
Kelulusan dan Pewartaan.
Tempoh penyediaan RKK dikira bermula daripada
Peringkat Penyediaan Draf RKK sehingga
Peringkat Kelulusan dan Pewartaan iaitu selama
9 hingga 12 bulan (Rajah 3.1).
KELULUSAN DAN PEWARTAAN
8 minggu [ 2 bulan ]
PRA KAJIAN
16 minggu [ 4 bulan ]
01
PENYEDIAAN DRAF RKK
12-24 minggu [ 3-6 bulan ]
02
PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
12 minggu [ 3 bulan ]
03
04
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 24
Jangkamasa peringkat penyediaan draf RKK
dianggarkan selama 3 hingga 6 bulan
bergantung kepada tahap complexity sesuatu
RKK tersebut. Complexity RKK dipengaruhi oleh
beberapa faktor seperti berikut:
Penglibatan pelbagai pihak dan tempoh
masa bagi proses engagement.
Sensetivity dan tahap kesukaran sesuatu isu.
Kepadatan kawasan kajian.
Kedapatan dan keperluan data.
Dan lain-lain.
25 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
05 I PENYEDIAAN DRAF RKK
Pengumpulan maklumat
Percambahan fikiran / FGD/Makmal (LAB)
JK Penyelarasan Teknikal
Cadangan terperinci dan program pelaksanaan mengandungi
perkara-perkara terperinci [ Subsekyen 16B (1) & (3)].
REKOD MAKLUMAT TEKNIKAL
Maklumat-maklumat teknikal dan analisis
dikumpulkan dalam satu jilid/fail.
DRAF RKK
Mengandungi Latar Belakang, Prospek,
Cabaran, visi dan Strategi-strategi, Senarai
Tindakan Pembangunan & Impak, Penguru-
san Pelaksanaan & Bajet.
PENGESAHAN KEHENDAK
PELANGGAN
JPN / Majlis Penuh
J/K berkaitan (Contoh : EPU / Agensi Koridor
PE
RIN
GK
AT
01
P
RA
K
AJ
IA
N
PE
RIN
GK
AT
02
P
EN
YE
DIA
AN
D
RA
F R
KK
12-24 minggu (3—6 bulan)
16 Minggu ( 4 Bulan)
04 I PENYEDIAAN ASAS RUJUKAN
Mengandungi keperluan kajian, skop, kos, pelan tapak, program
kerja.
Pembentukan pasukan kajian serta permohonan peruntukan / bajet.
03 I PUBLISITI AWAL
Publisiti Awal (Seksyen 12 A)
Maklum balas / pandangan golongan sasaran.
02 I SESI ENGAGEMENT
Perlu dilaksanakan sebanyak 1 atau 2 kali bersama semua stake-
holder bagi mengenalpasti isu / masalah / potensi sebenar kawasan
kajian.
01 I MENGENAL PASTI PROJEK RKK
Rundingan Awal (bersama pihak berkaitan-PBT / funder / owner).
Projek dikenal pasti memenuhi keutamaan dan berdaya laksana.
05 I PERLANTIKAN PASUKAN KAJIAN
Kajian secara dalaman / pelantikan perunding / usahasama
JAWATANKUASA PENGENALPASTIAN
RKK
Ahli sekurang-kurangnya terdiri daripada
UPEN, JPBD Negeri, Pejabat Projek dan Pihak
Berkuasa Tempatan Mengenalpasti kawasan RKK, saiz dan sem-
padan, justifikasi dan objektif / hala tuju RKK
Rajah 3.2 : Carta Alir Prosedur Penyediaan RKK
12 minggu ( 3 Bulan)
06 I PUBLISITI DRAF RKK
Rujukan Manual Publisiti & Penyertaan Awam
PE
RIN
GK
AT
03
PU
BL
IS
IT
I D
AN
P
EN
YE
RT
AA
N A
WA
M
08 I JPN MELULUS / MENOLAK DRAF RKK
Melulus Keseluruhan / Sebahagian
[ Subseksyen 15 (1A) Akta 172 ]
Melulus Dengan Ubahsuaian - Laporan
[ Subseksyen 15 (1B) Akta 172 ]
Menolak - Kajian Semula
[ Subseksyen 15 (1A) Akta 172 ]
07 I MAJLIS PENDENGARAN AWAM DAN
JK SIASATAN TEMPATAN & PENDENGARAN
Bantahan dan representasi yang memerlukan Siasatan
Tempatan atau Pendengaran.
J/K Siasatan Tempatan & Pendengaran menyediakan syor
kepada PBT Berkenaan.
09 I KELULUSAN PIHAK BERKUASA NEGERI
JPN menyampaikan Draf RKK yang dilulus kepada Pihak
Berkuasa Negeri
[ Subseksyen 15 (1C) Akta 172 ]
10 I PEWARTAAN RKK
Pengarah JPBD Negeri / PBPT siarkan dalam Warta
Negeri hakikat persetujuan Pihak Berkuasa Negeri tentang
Draf RKK.
LAPORAN PUBLISITI & REPRESENTASI
Menyatakan aktiviti publisiti dan penyertaan
awam yang dijalankan.
Menyenarai bantahan.
LAPORAN J/K SIASATAN TEMPATAN &
PENDENGARAN
Menyenarai keputusan bantahan dan repre-
sentasi.
Menyenarai syor untuk pertimbangan PBT /
JPN.
PE
RIN
GK
AT
04
PE
WA
RT
AA
N
8 Minggu ( 2 Bulan)
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 26
JAWATANKUASA PENGENALPASTIAN
RKK
Ahli sekurang-kurangnya terdiri daripada
UPEN, JPBD Negeri, Pejabat Projek dan Pihak
Berkuasa Tempatan Mengenalpasti kawasan RKK, saiz dan sem-
padan, justifikasi dan objektif / hala tuju RKK
3 . 2 P E RI N G K AT P R A -K AJ I AN
3.2.1 Pengenalpastian Kawasan RKK
Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa (JPBD) Negeri atau Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan (PBPT) hendaklah
mengenalpasti kawasan yang perlu disediakan
Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK), Seksyen
16B, Akta 172.
Pengenalpastian RKK tersebut tertakluk kepada
keutamaan dan ciri-ciri RKK yang praktikal dan
berdaya laksana.
Dalam mengenalpasti sesuatu RKK, Pengarah
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)
Negeri atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan
(PBPT) perlu mengadakan rundingan awal
dengan stakeholder yang berkaitan seperti pihak
pembiaya (funder), agensi / pihak pelaksana dan
agensi teknikal berkaitan.
Antara perkara-perkara yang perlu dibincangkan
semasa rundingan awal tersebut ialah :
Pengenalpastian kawasan RKK;
Penentuan saiz kawasan RKK;
Kedapatan peruntukan bagi projek dan
Penyediaan RKK;
Justifikasi dan halatuju RKK berkenaan.
Pelaksanaan pengenalpastian kawasan RKK boleh
dilakukan melalui penubuhan satu jawatankuasa di
peringkat negeri yang dianggotai oleh sekurang-
kurangnya Pejabat Projek, JPBD Negeri, Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) dan Unit Perancangan
Ekonomi Negeri (UPEN) untuk membincangkan
penentuan / pemilihan RKK tersebut sebelum
dikemukakan ke peringkat persekutuan untuk
pertimbangan dan kelulusan.
Setelah pengenalpastian RKK dilakukan, sesi
engagement yang berbentuk FGD / bengkel /
makmal bersama penduduk setempat dan lain-lain
pihak berkepentingan diadakan bagi mengenalpasti
isu dan masalah di kawasan tersebut.
27 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Sesi ini penting bagi memastikan :
Asas Rujukan yang dihasilkan mantap dan
berkualiti.
Memastikan skop dan bidang kepakaran
yang diperlukan betul-betul relevan dengan
kajian.
Mengelak pembaziran kos dan masa semasa
penyediaan Draf Rancangan Kawasan Khas
(DRKK).
3.2.2 Publisiti Awal
Sebelum memulakan penyediaan RKK, Pihak
Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT)
hendaklah mengadakan publisiti berkenaan
penyediaan rancangan tersebut kepada
organisasi / penduduk kawasan terlibat.
Tujuan publisiti tersebut adalah untuk
memaklumkan tujuan / matlamat penyediaan RKK
serta untuk memberi peluang kepada orang
awam membuat representasi bagi mendapatkan
maklumbalas serta pandangan awal mengenai
visi, matlamat, objektif dan strategi serta perkara-
perkara yang akan dimasukkan ke dalam DRKK.
Publisiti Awal dapat dilakukan melalui beberapa
kaedah iaitu :
Notis pemberitahuan (akhbar) serta sidang
akhbar;
Hebahan melalui media elektronik;
Risalah (contoh : poster, banner dan
bunting (streamer);
Majlis taklimat / dialog dengan penduduk
setempat dan kumpulan sasaran; ATAU
Hebahan menggunakan laman web.
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 28
Foto 3.1 : Contoh Bahan Publisiti Awal
3.2.3 Penyediaan Asas Rujukan
Asas rujukan disediakan sebagai panduan utama
dalam penyediaan RKK. Kandungan asas rujukan
meliputi perkara-perkara berikut :
Keluasan dan sempadan kawasan kajian :
Saiz yang dicadangkan adalah saiz yang
bersesuaian dan manageable (Bab 1.7);
Hala tuju dan keperluan pembangunan;
Isu, prospek dan skop kajian;
Pasukan kajian, jangkamasa kajian serta
anggaran kos kajian.
3.2.4 Perlantikan Pasukan Kajian
Pasukan kajian boleh melibatkan kakitangan dari
pelbagai agensi dan diketuai oleh sama ada
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBT),
Pihak Perancang Negeri (PBN) dan dibantu oleh
Bahagian Rancangan Pembangunan, JPBD
Semenanjung Malaysia.
Penyediaan RKK ini boleh dijalankan secara
Dalaman (In-House) Sepenuhnya, Secara
Usahasama Dengan Perunding atau
Perkhidmatan Perunding Sepenuhnya (Bab 5.0).
29 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
PENDEKATAN KAJIAN
01
Kajian Secara
Dalaman (In-House)
Kajian secara dalaman iaitu in-house sepenuhnya oleh Jabatan/PBPT, di mana
tenaga kerja diperolehi daripada Jabatan/PBPT tersebut yang mempunyai kepakaran
di dalam bidang-bidang yang berkaitan.
Kepakaran dalam bidang-bidang tertentu boleh diperolehi dari Jabatan/Agensi yang
berkaitan.
02
Kajian Secara
Usahasama Dengan
Perunding
Bagi pendekatan ini Jabatan/PBPT akan memberi fokus kepada aspek guna tanah
dan lain-lain aspek mengikut keutamaan fokus penyediaan RKK tersebut.
Manakala aspek-aspek lain di luar kepakaran Jabatan/PBPT maka perkhidmatan
perunding digunakan mengikut isu strategik yang dikenalpasti.
03
Kajian Secara
Perkhidmatan
Perunding
Sepenuhnya
Pendekatan ini adalah melibatkan penyediaan RKK melalui perkhidmatan perunding
sepenuhnya dimana Jabatan/ PBPT bertindak sebagai koordinator kajian.
Ketua perunding yang dilantik akan dibantu oleh perunding-perunding sektoral lain
dalam menjalankan kajian ini.
Di antara bidang kepakaran yang diperlukan dalam merealisasikan matlamat
pembangunan RKK adalah :
Perancang Bandar
Jurutera Pengangkutan
Pakar Ekonomi
Alam Sekitar
Rekabentuk Bandar
Landskap
Rajah 3.3 : Pendekatan Penyediaan RKK
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 30
3 . 3 P E R I N G K AT P E N Y E D I A A N
D R A F R A N C A N G A N
K AW AS AN K H AS (D R KK )
Dua dokumen utama dihasilkan dalam proses
penyediaan DRKK iaitu :
Rekod Maklumat Teknikal;
Draf Rancangan Kawasan Khas.
3.3.1 Rekod Maklumat Teknikal
Rekod maklumat teknikal mengandungi data
(primer dan sekunder), maklumat yang telah
dianalisis dan ringkasan penemuan yang
dikumpul serta didokumenkan sepanjang proses
kajian samada dalam bentuk hardcopy ataupun
softcopy.
Rekod maklumat teknikal digunakan untuk :
Merumuskan cadangan-cadangan dan
tindakan RKK.
Menjustifikasikan cadangan-cadangan
utama kawasan kajian RKK.
Sebagai data dan maklumat sokongan bagi
cadangan dan tindakan RKK.
Sebagai petunjuk asas untuk mengukur
outcome dan impak cadangan-cadangan
RKK.
Rekod Maklumat teknikal perlu disediakan oleh
pasukan kajian atau perunding yang dilantik dan
31 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Foto 3.2 : Contoh Rekod Maklumat Teknikal
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 32
Foto 3.3 : Contoh Rekod Maklumat Teknikal
3.3.2 Draf Rancangan Kawasan Khas
Subseksyen 16B(1),(2)dan(3) Akta 172
menyatakan RKK merupakan pengolahan khas
dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan
semula, pengolahan, pemuliharaan atau amalan
pengurusan.
DRKK hendaklah mengandungi panduan
terperinci bagi pelaksanaan dan pengurusannya.
Kandungan DRKK merujuk 5 perkara utama
iaitu :
Pendahuluan
Prospek dan Cabaran
Pelan Tindakan Pembangunan
Pelan Pengurusan
Rumusan ( Bab 4.0)
Laporan DRKK yang disediakan hendaklah mesra
pengguna, dilengkapkan dengan ilustrasi dan
pelan-pelan yang berkaitan.
ia perlu disediakan bermula seawal proses
penyediaan RKK serta diserahkan bersama-sama
Draf RKK. Rekod Maklumat Teknikal yang
lengkap dan telah sedia untuk penyerahan
perlulah dijilid dalam bentuk fail. Rekod maklumat
tersebut perlu disusun rapi serta dikatalogkan
bagi memudahkan semakan dan rujukan.
Rekod Maklumat Teknikal tidak perlu melalui
kelulusan apa-apa jawatankuasa memandangkan
ia tidak berbentuk Laporan.
3 . 4 P E RI N G K AT P U BLI S I T I D AN
P E N YE R T AAN AW AM
Mengadakan Publisiti dan Penyertaan Awam
DRKK (Seksyen 13 Akta 172). DRKK dipublisitikan
sepertimana keperluan-keperluan berikut :
Pemberitahuan melalui notis akhbar
sebanyak tiga keluaran di dalam sekurang
-kurangnya 2 akhbar tempatan, satu
daripadanya berbahasa kebangsaan
(Subseksyen 13 (2) Akta 172).
Penyediaan DRKK untuk disemak /
diperiksa oleh orang awam (Subseksyen
13 (1) Akta 172).
Tempoh bantahan tidak kurang dari empat
minggu (Subseksyen 13(2) Akta 172) dan
boleh dilanjutkan sekali selama tidak lebih
empat (4) minggu sekiranya ada
permohonan (Subseksyen 13(3) Akta
172).
33 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Foto 3.4 : Contoh Notis Pemberitahuan
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 34
Foto 3.5 : Majlis Publisiti dan Penyertaan Awam
DRKK
3.4.1 Penyiasatan Tempatan
Mengadakan Mesyuarat Penyiasatan dan
Perbicaraan Awam atau lain–lain pembicaraan
(Subseksyen 14(1) Akta 172) :
Mesyuarat Penyiasatan dan Perbicaraan
Awam perlu diadakan bagi maksud untuk
mendengar, menimbangkan bantahan-
bantahan dan rayuan-rayuan berkenaan
DRKK. Jawatankuasa Penyiasatan dan
Perbicaraan Awam ini hendaklah terdiri
daripada tiga (3) orang AHLI yang dilantik
oleh JPN.
Hasil / rumusan daripada Mesyuarat
Jawatankuasa tersebut hendaklah
dikemuka kepada PBPT berkenaan untuk
pertimbangan dan penerimaan.
Bagi bantahan atau rayuan berkenaan
DRKK yang memerlukan sesuatu
penyiasatan atau perbicaraan tempatan
maka Seksyen 56 Akta 172 juga berkaitan.
3 .5 PER INGKAT KELULUSAN DAN
P EWARTAAN
3.5.1 Kelulusan Jawatankuasa Perancang
Negeri (JPN)
Jawatankuasa Perancang Negeri melulus /
menolak RKK selaras dengan peruntukan
Subseksyen 15 (1A) dan (1B) Akta 172. Sebelum
DRKK dibawa ke JPN, PBPT hendaklah memberi
perakuannya terlebih dahulu kepada DRKK itu.
Apabila DRKK disampaikan kepada JPN, ianya
akan diberi pertimbangan sama ada
meluluskannya secara keseluruhan atau
sebahagian daripadanya atau tanpa ubahsuaian
atau menolaknya.
3.5.2 Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri
DRKK yang telah diperincikan hasil dari
keputusan JPN hendaklah disampaikan kepada
Pihak Berkuasa Negeri (PBN) bagi
mempersetujui/ perakuan. RKK ini akan
berkuatkuasa setelah mendapat kelulusan PBN
35 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
3.4.2 Pindaan DRKK
DRKK yang telah dipublisiti hendaklah dibuat
pindaan berdasarkan kepada perakuan-perakuan
PBPT berkenaan serta kelulusan Jawatankuasa
Perancang Negeri.
Perakuan-perakuan untuk dibuat pindaan
hendaklah mengambilkira bantahan-bantahan
atau rayuan-rayuan yang dikemukakan dan juga
pengesyoran dar ipada Jawatankuasa
Penyiasatan dan Perbicaraan Awam (Subseksyen
15(1) Akta 172).
3.5.3 Pewartaan
Hasil dari keputusan JPN cadangan-cadangan
terperinci hendaklah dinyatakan selaras dengan
seksyen 16B(1) dan 16B(3). PBPT berkenaan
hendaklah mengarah supaya hakikat
persetujuan PBN tentang DRKK disiarkan dalam
Warta Negeri.
Pemakluman pewartaan RKK juga disiarkan
dalam sekurang-kurangnya dua akhbar
tempatan, di mana satu daripadanya dalam
bahasa kebangsaan, bersama dengan RKK itu
dikenali dan tempat di mana ia boleh diperiksa
(Subseksyen 15(4) Akta 172).
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 36
Foto 3.3 : Notis Pewartaan
37 I GARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS
Jadual 3.2 : Carta Alir Prosedur Penyediaan RKK
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 38
Jadual 3.2 : Carta Alir Prosedur Penyediaan RKK
Program dirancang
Mesyuarat dirancang
Nota : Carta alir
prosedur penyediaan
RKK ini terpakai untuk
kajian RKK yang
disediakan didalam
tempoh masa 4 bulan.
3 .6 ENGAGEMENT DALAM PE NYEDIAAN RKK
Dalam konteks penyediaan RKK, prinsip keterangkuman
(inclusiveness) di bawah konsep engagement telah diterapkan di
mana rundingan bersama-sama stakeholder dilaksanakan.
Keperluan rundingan ini dinyatakan di bawah Akta 172
Subsekyen 16B(1), (2) dan (3) Akta 172 yang dipinda pada tahun
2001 melalui Akta A1129.
Menurut International Association of Public Participation (IAP2),
spektrum engagement terbahagi kepada 5 tahap sepertimana
yang digariskan dalam Rajah 3.4. Spektrum ini boleh menjadi
asas perlaksanaan konsep engagement dalam RKK.
Menurut spektrum ini, tahap perwakilan kuasa merupakan tahap
engagement tertinggi manakala pemakluman merupakan tahap
yang terendah.
01 02 03 04 05 PEMAKLUMAN RUNDINGAN PENGLIBATAN KOLABORASI
PERWAKILAN
KUASA OB
JE
KT
IF
Menyediakan orang awam
dengan maklumat tepat dan
seimbang bagi membolehkan
mereka memahami alternatif dan
penyelesaian.
Mendapatkan
maklumbalas awam ke
atas analisis, alternatif
atau keputusan
Bersama-sama dengan
orang awam dalam
proses perancangan
untuk memastikan
kepekaan dan
kefahaman awam yang
dikongsikan.
Bersama-sama dengan
orang awam di setiap
peringkat pembuatan
keputusan termasuk
pemilihan alternatif
pembangunan dan
pengenalpastian
penyelesaian terpilih.
Meletakkan
pembuatan keputusan
akhir sepenuhnya di
tangan orang awam.
TIN
DA
KA
N
Memberi maklumat terkini,
relevan dalam format yang
sesuai.
Maklum, dengar peraku
pandangan awam dan
sediakan ruang
maklumbalas.
Bekerja bersama orang
awam untuk
memastikan kepekaan
dan aspirasi projek
difahami serta
diambilkira dalam
proses membuat
keputusan. Sediakan
ruang maklumbalas
untuk pertimbangan
pembuatan keputusan.
Mendapatkan nasihat
langsung dan
maklumbalas daripada
orang awam serta
memutuskan pandangan
mereka dalam keputusan
sebaik mungkin.
Menyokong orang
awam untuk membuat
keputusan dan
melaksana serta
mengurus perubahan.
KA
ED
AH
Fact Sheet
Website
Video
Radio
Komen Awam
Survey
Mesyuarat Awam
Focus Group
Web-based consultation
Workshop
Community visioning
Forum terbuka
Penasihat komuniti
Pendapat dari orang
awam
Forum Kemuncak
Pewakilan kuasa
Hari Terbuka
Consumer lead action
groups
Persidangan
39 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
01 02 03 04 05 PEMAKLUMAN RUNDINGAN PENGLIBATAN KOLABORASI
PERWAKILAN
KUASA OB
JE
KT
IF
Menyediakan orang awam
dengan maklumat tepat dan
seimbang bagi membolehkan
mereka memahami alternatif dan
penyelesaian.
Mendapatkan
maklumbalas awam ke
atas analisis, alternatif
atau keputusan
Bersama-sama dengan
orang awam dalam
proses perancangan
untuk memastikan
kepekaan dan
kefahaman awam yang
dikongsikan.
Bersama-sama dengan
orang awam di setiap
peringkat pembuatan
keputusan termasuk
pemilihan alternatif
pembangunan dan
pengenalpastian
penyelesaian terpilih.
Meletakkan
pembuatan keputusan
akhir sepenuhnya di
tangan orang awam.
TIN
DA
KA
N
Memberi maklumat terkini,
relevan dalam format yang
sesuai.
Maklum, dengar peraku
pandangan awam dan
sediakan ruang
maklumbalas.
Bekerja bersama orang
awam untuk
memastikan kepekaan
dan aspirasi projek
difahami serta
diambilkira dalam
proses membuat
keputusan. Sediakan
ruang maklumbalas
untuk pertimbangan
pembuatan keputusan.
Mendapatkan nasihat
langsung dan
maklumbalas daripada
orang awam serta
memutuskan pandangan
mereka dalam keputusan
sebaik mungkin.
Menyokong orang
awam untuk membuat
keputusan dan
melaksana serta
mengurus perubahan.
KA
ED
AH
Fact Sheet
Website
Video
Radio
Komen Awam
Survey
Mesyuarat Awam
Focus Group
Web-based consultation
Workshop
Community visioning
Forum terbuka
Penasihat komuniti
Pendapat dari orang
awam
Forum Kemuncak
Pewakilan kuasa
Hari Terbuka
Consumer lead action
groups
Persidangan
Rajah 3.4 : Spektrum Engagement
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 40
3.6.1 Proses Makmal (LAB) RKK
Penyediaan Draf RKK melalui proses Makmal (LAB)
merupakan satu alternatif kaedah engagement
yang dicadangkan / diperkenalkan bagi
melaksanakan kajian RKK pada masa kini.
Terdapat 5 langkah yang perlu diambil dalam
tempoh 16 minggu bagi menjayakan kaedah
makmal ini (Lampiran 1.0).
Walau bagaimanapun, dalam konteks penyediaan
RKK tahap perwakilan kuasa kecuali diperingkat
Pra Kajian adalah tidak sesuai diterapkan kerana
proses penyediaannya memerlukan input
profesional bagi memastikan keperluan serta
kehendak teknikal dipenuhi.
Proses penyediaan RKK memperuntukkan ruang
untuk mengadakan engagement di setiap peringkat
seperti yang ditunjukkan di Rajah 3.5. Sebagai
contoh, pada peringkat Pra-Kajian, engagement
bersama stakeholder yang melibatkan semua tahap
adalah perlu dalam menentukan objektif dan
halatuju pembangunan yang mereka inginkan.
41 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Foto 3.5 : Sesi Engagement Dalam
Penyediaan
Rajah 3.5 : Engagement Dalam Peringkat Penyediaan RKK
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 42
Kandungan RKK, secara umumnya mengandungi LIMA
perkara utama iaitu :-
01. Pendahuluan;
02. Prospek dan Cabaran;
03. Pelan Tindakan Pembangunan;
04. Pelan Pengurusan; DAN
05. Rumusan.
K A N D U N G A N R K K
4 .1 STRUKTUR KANDUNGAN
Terdapat pelbagai pendekatan dalam membuat
persembahan sesebuah laporan RKK.
Walau bagaimanapun, struktur laporan perlu
memastikan setiap maklumat-maklumat asas serta
penemuan kajian dihuraikan dengan jelas dan
teratur.
Aspek penemuan kajian yang berbentuk prospek
dan cabaran (yang telah dikenalpasti semasa
peringkat analisis) perlu dirumus selari dengan visi,
matlamat pembangunan, tindakan-tindakan serta
cadangan-cadangan pembangunan yang telah
digariskan di akhir kajian.
Selain itu, Pelan Tindakan Pembangunan serta Pelan
Pengurusan yang telah digariskan perlu dihuraikan
dengan jelas dan lengkap (Rajah 4.1).
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 44
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Rancangan Kawasan Khas dan Proses Penyediaan
Keperluan penyediaan RKK dan proses penyediaannya.
1.2 Latar Belakang Kawasan Kajian
Merangkumi perkara-perkara seperti profil geografi,
sosial, ekonomi, fungsi dan peranan pemajuan terlibat
serta lain-lain perkara yang perlu bagi menggambarkan
latar belakang kawasan.
2.0 PROSPEK DAN CABARAN
2.1 Prospek
Rumusan dari penemuan kajian yang berunsur potensi
dan prospek kepada pembentukan cadangan dan
tindakan.
2.2 Cabaran
Rumusan dari penemuan kajian yang merupakan isu
serta cabaran yang menyumbangkan kepada
pembentukan cadangan penyelesaian.
3.0 PELAN T INDAKAN PEMBANGUNAN
3.1 Konsep dan strategi
Visi, strategi-strategi serta asas-asas kepada
pembentukan cadangan dan tindakan.
3.2 Pelan Kawasan Tindakan
Pelan keseluruhan cadangan dan tindakan RKK
3.3 Cadangan Tindakan Terperinci
Mengandungi Keterangan Projek setiap satu tindakan atau
program
3.4 Pelan Susunatur Terperinci
Bagi kawasan-kawasan tindakan yang memerlukan
perincian pelan susunatur
RINGKASAN
Latar Belakang
Prospek Utama
Cabaran Utama
Visi Dan Strategi-Strategi Strategik
Senarai Tindakan Pembangunan Dan
Impak
Jadual Pelaksanaan Keseluruhan
Bajet Keseluruhan
CO
NTO
H
45 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
4.0 PELAN PENGURUSAN
4.1 Kaedah Pengurusan Projek
Mengandungi kaedah pengurusan keseluruhan tindakan dari
segi badan penyelaras atau badan pemantau dan
pendekatan pelaksanaan pembangunan (contohnya
Pelaksanaan oleh kerajaan, Pelaksanaan oleh konsesi antara
PBT / agensi dan swasta atau Pelaksanaan oleh pihak swasta).
Perlu disokong dengan keperluan akta berkaitan (jika perlu).
4.2 Jadual Pengurusan Dan Pelaksanaan
Mengandungi KPI, sasaran serta agensi bertanggungjawab
untuk setiap tindakan pengurusan yang perlu diambil bagi
pelaksanaan setiap program / tindakan
4.3 Bajet
Jadual anggaran kos pembangunan mengikut tahun
pelaksanaan dan setiap program / tindakan ditunjukkan juga
sumber dana sama ada dari pihak kerajaan atau swasta
4.4 Kawalan Pembangunan
4.4.1 Garis Panduan Khusus
Mengandungi garis panduan-garis panduan khusus bagi
kawasan-kawasan tindakan yang telah dikenalpasti.
4.4.2 Peta cadangan dan Kelas Guna Tanah
Perlu disediakan bagi kawasan atau Blok Perancangan
kecil yang melibatkan perubahan / berlainan dengan
Rancangan Tempatan
5.0 RUMUSAN
Rajah 4.1 : Contoh Isi Kandungan RKK
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 46
Rajah 4.2 : Contoh Latar Belakang [ RKK Pantai Chenang ]
47 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Rajah 4.3 : Contoh Analisis Potensi [ RKK Kampung Sungai Pusu ]
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 48
Rajah 4.4 : Contoh Isu dan Potensi [ RKK Permas Kechil -Kukup ]
49 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Rajah 4.5 : Contoh Konsep & Strategi [ RKK Sungai Lembing ]
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 50
Rajah 4.6 : Contoh Konsep & Strategi [ RKK Gadong & Mantau ]
51 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Rajah 4.7 : Contoh Pelan Kawasan Tindakan [ RKK Gadong & Mantau ]
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 52
Rajah 4.8 : Contoh Pelan Susunatur Terperinci [ RKK Bandar Pelabuhan Klang ]
53 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Rajah 4.9 : Contoh Pelan Susunatur Terperinci [ RKK Hang Tuah Jaya]
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 54
Rajah 4.10 : Contoh Pelan Cadangan Pengangkutan & Lalulintas [ RKK Kuala Besut ]
55 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Rajah 4.11 : Contoh Jadual Pengurusan & Pelaksanaan [ RKK Pantai Chenang ]
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 56
Rajah 4.12 : Contoh Jadual Anggaran Kos Pembangunan [ RKK Pantai Chenang ]
57 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Rajah 4.13 : Contoh Jadual Garis Panduan Perancangan [ RKK Rantau ]
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 58
Tiga alternatif kaedah disyorkan untuk menjadi pilihan ketika
membentuk pasukan kajian bagi penyediaan RKK, iaitu :-
01. Kajian secara dalaman;
02. Kajian secara khidmat perunding sepenuhnya; ATAU
03. Kajian secara usaha sama dengan perunding.
K A E D A H K A J I A N
Rajah 5.1 : Kajian Secara Dalaman (In-House)
PENGURUS PROJEK
PEGAWAI PERANCANG
PASUKAN PELAKSANA
PAKAR LUARAN
Bahagian Rancangan Pembangunan,
Pejabat Projek
PAKAR DALAMAN
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 60
5 .1 KAJ IAN SECARA DALAMAN
( IN -HOUSE)
Kajian dijalankan secara dalaman iaitu in-house
sepenuhnya oleh Jabatan / PBPT, di mana tenaga
kerja diperolehi daripada Jabatan / PBPT tersebut
yang mempunyai kepakaran di dalam bidang-bidang
yang berkaitan.
Kepakaran dalam bidang-bidang tertentu boleh
diperolehi dari Jabatan / Agensi yang berkaitan
melalui melalui kaedah engagement atau dilantik
sebagai pasukan kajian (dinyatakan di dalam Asas
Rujukan dan diluluskan oleh JPN).
Mereka boleh berperanan sebagai ahli
pasukan kajian secara sepenuh masa atau
secara sambilan (part time), sebagai ahli
makmal (LAB / FGD / Bengkel) untuk
memberikan input kepakaran dalam bidang
masing-masing.
Rajah 5.2 : Kajian Secara Khidmat Perunding Sepenuhnya
5 .2 KAJ IAN SECARA KHIDMAT
P ERUNDING SEP ENUH NYA
Pendekatan ini melibatkan Penyediaan RKK
melalu i perkhidmatan perunding
sepenuhnya dan Pengurus Projek Jabatan /
PBPT sebagai koordinator kajian.
Ketua perunding yang dilantik akan dibantu
oleh perunding-perunding sektoral lain
dalam menjalankan kajian ini.
Di antara Bidang kepakaran yang
diperlukan adalah seperti berikut :
Koordinator Kajian (Pengurus Projek)
Jururancang Fizikal
Rekabentuk Bandar (Arkitek / Urban
Designer)
Landskap
Infrastruktur
PENGURUS PROJEK
KETUA PERUNDING
PERUNDING-PERUNDING SEKTORAL
Bahagian Rancangan Pembangunan,
Pejabat Projek
61 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Utiliti
Sosial Impact Assessment (Jururancang Sosial)
Pengurusan dan Pelaksanaan
Sistem Maklumat Geografi
Rajah 5.3 : Kajian Secara Usaha Sama dengan Perunding
5 .3 K A J I A N S E C A R A U S A H A
SAMA DENGAN PERUNDING
Jabatan / PBPT akan memberi fokus kepada aspek
guna tanah dan lain-lain aspek mengikut keutamaan
fokus penyediaan RKK tersebut.
PENGURUS PROJEK
PASUKAN KAJIAN KETUA PERUNDING
PAKAR LUARAN PAKAR DALAMAN
Bahagian Rancangan Pembangunan,
Pejabat Projek
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 62
Manakala aspek-aspek lain di luar kepakaran
Jabatan / PBPT maka perkhidmatan perunding
digunakan mengikut keperluan RKK berkenaan.
Peruntukan kewangan untuk menjalankan RKK dicadangkan
dari sumber berikut :
01. Kerajaan Persekutuan
02. Kerajaan Negeri
03. Pihak Berkuasa Tempatan
04. Lain-lain Agensi Pelaksana dan Agensi Koridor
A N G G A R A N K O S
* Perincian butiran perbelanjaan adalah seperti di Lampiran.
** Kos perkhidmatan perunding adalah bergantung kepada keperluan bilangan kepakaran sesuatu kajian.
Anggaran kos bagi satu kepakaran adalah RM100,000.00:Perunding.
*** Anggaran bagi 3 bidang kepakaran
**** Kos kajian tidak mengambil kira perbelanjaan bagi melaksanakan program Engagement semasa Proses Pra kajian. Dianggarkan sebanyak
RM15,000.00 diperlukan bagi menampung program tersebut ( butiran seperti dijadual)
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 64
Jadual 6.1 : Anggaran Kos Kajian
Bil. *Butiran Perbelanjaan
Kaedah Kajian
Dalaman
(In-House)
Usahasama Antara Dalaman
Dengan Perunding
Perkhidmatan
Perunding
Sepenuhnya
Dalaman
(In-House)
30%
Perkhidmatan
Perunding
70%
01 Pengurusan Mesyuarat 50,000.00 15,000.00 35,000.00 50,000.00
02 Perjalanan dan Sara Hidup 100,000.00 30,000.00 70,000.00 100,000.00
03 Perkhidmatan Percetakan 60,000.00 18,000.00 42,000.00 60,000.00
04 Publisiti 100,000.00 30,000.00 70,000.00 100,000.00
05 **Perkhidmatan Perunding - - 300,000.00*** 400,000.00
93,000.00 497,000.00
JUMLAH 310,000.00 710,000.00 590,000.00
Pengurusan Penyediaan RKK melibatkan lima Jawatankuasa
Utama seperti berikut :
01. Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal;
02. Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam;
03. Mesyuarat Majlis Penuh;
04. Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN); DAN
05. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
J A W A T A N K U A S A
P E N G U R U S A N
Jadual 7.1 I Jawatankuasa Pengurusan
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 66
Garis Panduan RKK 2012 secara umumnya menekankan
aspek penglibatan stakeholder secara menyeluruh di dalam
penyediaan RKK bagi menghasilkan RKK yang lebih
berdaya laksana, releven dan memenuhi aspirasi semua
pihak.
R U M U S A N
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 68
Garis Panduan RANCANGAN KAWASAN KHAS
EDIS I 2012
LAMPIRAN 01
Proses Makmal (LAB) Rancangan Kawasan Khas
LAMPIRAN 02
Anggaran Kos Penyediaan Rancangan Kawasan Khas
L A M P I R A N
PROSES MAKMAL (LAB)
RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)
Penyediaan Draf RKK disediakan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Pada 2 hingga 4 bulan pertama,
diperuntukkan untuk sesi makmal, manakala 2 bulan seterusnya adalah sesi penulisan laporan.
(Nota : Contoh proses makmal ini adalah untuk kajian RKK yang disediakan dalam tempoh 4 bulan).
Langkah 1 : Persediaan Sebelum Memulakan Makmal
Penyediaan data-data asas
Data-data asas seperti latarbelakang tapak, guna tanah semasa, sosio ekonomi dan sebagainya perlu
dikenalpasti terlebih dahulu oleh pasukan kajian. Ianya bagi memudahkan proses perbincangan
semasa makmal berlangsung.
Menyusun atur program keseluruhan makmal
Program keseluruhan makmal perlu disusun terlebih dahulu bagi memudahkan urusan pelaksanaan
makmal.
Tarikh-tarikh penting yang melibatkan ahli jawatankuasa penyelarasan teknikal serta pihak
berkepentingan/ pembuat keputusan terhadap projek yang dijalankan (sebagai contoh : menteri/
menteri besar/ exco kerajaan/ dsb) perlu direncanakan terlebih dahulu bagi mendapatkan penyertaan
mereka.
Mengenalpasti ahli makmal
Ahli makmal adalah melibatkan mereka yang berkepentingan terhadap kawasan dan strategi yang
bakal dilaksanakan. Mereka boleh terdiri daripada wakil penduduk, Badan Bukan Kerajaan (NGO),
jabatan teknikal, wakil pengusaha dan peniaga, wakil persatuan, pakar dalam bidang tertentu, bakal
pelabur dan sebagainya.
Peranan mereka adalah sangat besar dalam menggerakkan perjalanan makmal.
LAMPIRAN 01
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 70
Langkah 2 : Minggu Pertama(1) dan Kedua(2) Makmal
Suaikenal ahli makmal
Aktiviti suaikenal antara ahli makmal bagi mewujudkan suasana yang lebih mesra dan selesa serta
mengenalpasti potensi dan peranan setiap ahli.
Taklimat kepada ahli makmal
Urusetia akan memberi taklimat dari segi matlamat dan objektif kajian RKK selain menjelaskan perjalanan
program makmal.
Peranan ahli juga perlu ditekankan serta menggalakkan setiap ahli agar bergiat aktif dalam sesi
perbincangan.
Mengenalpasti potensi, isu dan prospek kawasan kajian (brainstorming)
Jika melibatkan ahli yang ramai, pecahan kumpulan boleh dibuat (sebaiknya satu kumpulan < 20 ahli
dengan dua orang fasilitator / pemudahcara.
Setiap kumpulan boleh membincangkan isu atau perkara berbeza. Walau bagaimanapun, pandangan dari
ahli kumpulan yang tidak membincangkan isu berkenaan boleh dibuat melalui pandangan silang kumpulan
(semasa gallery walk).
Setiap matlamat/ isu/ prospek dan sebagainya perlu dikenalpasti keutamaan masing-masing dengan
menjalankan undi di kalangan ahli makmal. Ini adalah bagi memastikan hanya isu-isu utama sahaja diberi
tumpuan dalam menjalankan kajian RKK.
Mengenalpasti ahli utama di kalangan ahli makmal
Setelah urusetia membuat rumusan hasil perbincangan, setiap prospek/ inisiatif/ strategi yang dipilih perlu
dibuat perbincangan secara mendalam oleh kumpulan kecil. Kumpulan kecil ini perlu dipilih di kalangan ahli
kumpulan yang benar-benar terlibat secara langsung atau mempunyai pengetahuan terhadap setiap
prospek/ inisiatif/ strategi yang disertai mereka.
Mereka-mereka yang dikenalpasti ini perlu menyertai makmal bagi minggu-minggu berikutnya atau jika
dikehendaki urusetia.
71 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Langkah 3 : Minggu Ketiga (3) hingga Keenam (6) Makmal
Pengumpulan Data
Urusetia atau pasukan kajian perlu membuat pengumpulan data secara kajian tapak atau
sekunder. Data-data yang perlu sahaja dikumpulkan (berdasarkan rumusan makmal) bagi
membantu pasukan kajian membuat keputusan yang tepat.
Merumuskan Penemuan Dan Strategi
Kumpulan kecil makmal bersama pasukan kajian akan membuat rumusan penemuan dan strategi
akhir bagi dibentangkan semasa open house.
Langkah 4 : Minggu Ketujuh (7) dan Kelapan (8) Makmal
Open House
Hasil penemuan analisis dan strategi dibentangkan kepada pihak berkepentingan / pembuat
keputusan (sebagai contoh : Menteri/ Menteri Besar/ exco kerajaan/ dan sebagainya) secara
gallery walk dan poster (tanpa laporan). Ini adalah bertujuan untuk mendapat maklumbalas awal
daripada mereka sebelum pasukan kajian meneruskan kajian.
Selain pembuat keputusan, semua ahli makmal juga terlibat di dalam open house ini bagi
mendapatkan ulasan bersama perkara-perkara baru yang mereka ingin sampaikan.
Mesyuarat Penyelarasan Teknikal (JPT)
Mesyuarat JPT dijalankan selepas open house berlangsung. Jawatankuasa ini hanya melibatkan
agensi teknikal.
Hasil penemuan kajian dan teguran daripada sesi open house akan dibincangkan dengan lebih
lanjut bagi memuktamadkan keputusan.
Perbincangan akan menfokuskan isu-isu, strategi penemuan serta cadangan projek-projek secara
terperinci.
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 72
Langkah 5 : Minggu Kesembilan (9) Hingga Keenambelas (16) Makmal
Penyediaan Laporan Draf RKK
Lapan minggu terakhir diperuntukan untuk penyediaan laporan mengikut format
yang telah ditetapkan.
Maklumat-maklumat tambahan serta perincian cadangan disediakan dalam
tempoh ini.
Kelulusan Majlis Penuh dan pemakluman kepada Jawatankuasa Perancangan
Negeri (JPN) untuk publisiti dilakukan dalam tempoh.
73 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
LAMPIRAN 02
ANGGARAN KOS PENYEDIAAN
Jadual 9.1 : Anggaran Kos Pakej Mesyuarat Bagi Penyediaan RKK
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 74
ANGGARAN KOS PAKEJ MESYUARAT
BIL PERKARA JUM. AHLI BIL.
MESYUARAT
KOS PER UNIT
KOS ( RM )
1 Mesyuarat bersama PBT dan JPBD Negeri
35 6 RM32.00 RM6,720.00
2 Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan dan Teknikal
35 3 RM32.00 RM3,360.00
3 Mesyuarat Pemantauan 35 6 RM32.00 RM6,720.00
4 Mesyuarat FGD 70 8 RM60.00 RM33,600.00
JUMLAH 17 RM50,400.00
Jadual 9.2 : Anggaran kos Pengurusan RKK
75 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
BIL NAMA JUM. KOS
MAKAN
BIL
HARI
JUM KOS MAKAN
KOS
HOTEL
JUM. HARI
JUM KOS
HOTEL ANGGARAN
JUMLAH
SEBENAR
1 Pengurus Projek J48 1 RM60.00 30 RM1,800.00 RM180.00 25 RM4,500.00 RM6,300.00
2 Pegawai Perancang J41 5 RM45.00 35 RM1,575.00 RM160.00 25 RM20,000.00 RM21,575.00
3 Pen. Pegawai Perancang J36 1 RM45.00 40 RM1,800.00 RM140.00 30 RM4,200.00 RM6,000.00
4 Pen. Pegawai perancang J29 2 RM40.00 40 RM1,600.00 RM130.00 30 RM7,800.00 RM9,400.00
5 Juruteknik J22 2 RM40.00 40 RM1,600.00 RM130.00 30 RM7,800.00 RM9,400.00
6 Juruteknik J17 6 RM40.00 40 RM1,600.00 RM130.00 30 RM23,400.00 RM25,000.00
7 Tuntutan perbatuan RM21,000.00
JUMLAH 17 RM9,975.00 RM67,700.00 RM98,675.00
ANGGARAN KOS PERJALANAN DAN SARA HIDUP,
KAJISELIDIK GUNATANAH & TRAFIK RKK
Jadual 9.3 : Anggaran kos Pencetakan RKK
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 76
ANGGARAN KOS PERCETAKAN, PHOTOSTAT DAN PENJILIDAN
BIL PERKARA JUMLAH UNIT KOS PER UNIT KOS ( RM )
1 Asas Rujukan 100 RM100.00 RM10,000.00
2 Laporan Draf RKK 100 RM150.00 RM15,000.00
3 Laporan Draf akhir 100 RM150.00 RM15,000.00
4 Laporan Warta 100 RM200.00 RM20,000.00
JUMLAH RM60,000.00
Jadual 9.4 : Anggaran kos bagi Pencetakan Laporan dan Publisiti RKK (Maksima)
77 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
PERKARA JUMLAH UNIT KOS PER UNIT KOS ( RM )
Cetakan Laporan 50 RM500.00 RM25,000.00
Cetakan Laporan Ringkasan Eksekutif 100 RM100.00 RM10,000.00
Cetakan CD Laporan 200 RM10.00 RM2,000.00
JUMLAH KECIL PERCETAKAN RM37,000.00
Bahan Pameran 2 RM20,000.00 RM40,000.00
Lain-lain Bahan Publisiti
i. Risalah 500 RM10.00 RM5,000.00
ii. Kain Rentang ( 3' X 8') 10 RM60.00 RM600.00
iii. Poster ( A2 ) 50 RM50.00 RM2,500.00
iv. Streamer ( 2' X 5' ) 50 RM40.00 RM2,000.00
v. Notis Akhbar 2 akhbar 3 hari 6 RM3,800.00 RM22,800.00
vi. Borang bantahan 500 RM0.20 RM100.00
vii.Bahan Multimedia 1 RM20,000.00 RM20,000.00
Lakaran Imej/ Model 1 RM20,000.00 RM20,000.00
JUMLAH KECIL PUBLISITI RM113,000.00
JUMLAH BESAR RM150,000.00
Anggaran kos bagi Pencetakan Laporan dan Publisiti RKK (Maksima)
G ARIS PANDUAN RANCANG AN KAWAS AN KH AS I 78
Jadual 9.5 : Anggaran kos bagi Pencetakan Laporan dan Publisiti RKK (Minima)
PERKARA JUMLAH UNIT KOS PER UNIT KOS ( RM )
Cetakan Laporan 20 RM300.00 RM6,000.00
Cetakan Laporan Ringkasan Eksekutif 100 RM100.00 RM10,000.00
Cetakan CD Laporan 200 RM5.00 RM1,000.00
JUMLAH KECIL PERCETAKAN RM17,000.00
Bahan Pameran 1 RM20,000.00 RM20,000.00
Lain-lain Bahan Publisiti
i. Risalah 300 RM10.00 RM3,000.00
ii. Kain Rentang ( 3' X 8') 10 RM60.00 RM600.00
iii. Poster ( A2 ) 30 RM10.00 RM300.00
vi. Notis Akhbar 2 akhbar 3 hari 5 RM3,800.00 RM19,000.00
v. Borang bantahan 500 RM0.20 RM100.00
vi.Bahan Multimedia 1 RM20,000.00 RM20,000.00
Lakaran Imej/ Model 1 RM20,000.00 RM20,000.00
JUMLAH KECIL PUBLISITI RM83,000.00
JUMLAH BESAR RM100,000.00
Anggaran kos bagi Pencetakan Laporan dan Publisiti RKK (Minima)
79 I G ARIS P ANDUAN RAN CANG AN KAWAS AN KH AS
Jadual 9.6 : Anggaran kos bagi Program Engagement semasa Peringkat Pra Kajian
ANGGARAN KOS PROSES ENGAGEMENT DI PERINGKAT PRA KAJIAN
BIL PERKARA KOS ENGAGEMENT
(1 KALI) KOS KESELURUHAN ( RM )
1 Kos Perjalanan dan Sara Hidup RM2,000.00 RM4,000.00
2 Logistic RM3,000.00 RM6,000.00
3 Cetakan dan Lain-lain RM2,500.00 RM5,000.00
JUMLAH RM15,000.00
* Dicadangkan 2 kali program engagement di peringkat Pra-Kajian
SEBARANG PERTANYAAN DAN CADANGAN, SILA KEMUKAKAN KEPADA :
PENGARAH
BAHAGIAN RANCANGAN PEMBANGUNAN
PEJABAT PROJEK ZON UTARA
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA
ARAS 4, WISMA PERKESO
05646 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
www.townplan.gov.my