Garis panduan
pensijilan UKUR BAHAN:
pengurus perolehan CAWANGAN KONTRAK & UKUR BAHAN
IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
1
PROGRAM PENSIJILAN UKUR BAHAN
PENSIJILAN PENGURUS PEROLEHAN
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF
3.0 TAHAP PENSIJILAN
4.0 KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN
5.0 SYARAT PERMOHONAN (LALUAN BIASA)
6.0 SYARAT PERMOHONAN (LALUAN KHAS)
7.0 CARA MEMOHON
8.0 LATIHAN
9.0 PENILAIAN
10.0 LAMPIRAN
Lampiran 1 - Modul Pensijilan
Lampiran 2 - Borang Permohonan Untuk Pentauliahan Bagi Program
Pensijilan
Lampiran 3- Carta Alir Permohonan Untuk Pentauliahan Bagi Program
Pensijilan
Lampiran 4 - Senarai Semak Bagi Pematuhan Syarat-syarat Permohonan
2
PROGRAM PENSIJILAN UKUR BAHAN
PENSIJILAN PENGURUS PEROLEHAN
1.0 PENGENALAN
Program Pensijilan Pengurus Perolehan (Procurement Manager) ini adalah
program di mana Juruukur Bahan akan melalui proses pentauliahan bagi
mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran di dalam perolehan
Kerajaan seperti yang disyaratkan dan menepati piawaian pensijilan.
Melalui pentauliahan ini, Juruukur Bahan akan lebih berperanan di dalam
melaksanakan tanggungjawab professional dan seterusnya membantu
Jabatan dalam memberikan nasihat berkaitan perolehan.
Ini merupakan usaha Jabatan selaras dengan Pelan Strategik JKR untuk
melahirkan lebih ramai Juruukur Bahan berkepakaran dalam bidang khusus.
2.0 OBJEKTIF
Pensijilan Pengurus Perolehan ini adalah untuk :-
i) Meningkatkan Kompetensi Juruukur Bahan dalam bidang Perolehan;
ii) Mengiktiraf pengetahuan dan pengalaman Juruukur Bahan dalam
bidang perolehan;
iii) Melahirkan pakar dan penasihat dalam bidang Perolehan selari
dengan kehendak Pelan Bisnes Cawangan;
iv) Mewujudkan peluang pembangunan kerjaya di samping dapat
meningkatkan keupayaan, keyakinan diri dan kepuasan individu.
3
3.0 TAHAP PENSIJILAN
Penetapan tahap Pensijilan Pengurus Perolehan ini adalah merujuk kepada
MODEL COMPETENCY & DICTIONARY JKR 293-006-11. Tahap
pengkelasan adalah terdiri daripada tiga (3) tahap pengkelasan. Tahap
pengkelasan adalah terdiri daripada Tahap 2 - Basic, Tahap 3 - Competent
dan Tahap 4 – Proficient.
Sijil-sijil akan diberi sejajar dengan tahap pengkelasan tertentu dan akan
diberi gelaran seperti berikut:-
3.1 Sijil Perolehan (Certificate in Procurement) Tahap 2
3.2 Sijil Lanjutan Perolehan (Advance Certificate in Procurement)
Tahap 3
3.3 Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager)
Tahap 4
Pensijilan Pengurus Perolehan Tahap 4 bukan sahaja mentauliahkan
seseorang Juruukur Bahan itu Proficient tetapi juga memantapkan
pengetahuan pegawai tersebut menuju laluannya sebagai Subject
Matter Expert (SME) dalam perolehan Kerajaan.
4.0 KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN
Calon hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam
menguruskan perolehan Kerajaan di sepanjang berkhidmat sebagai Juruukur
Bahan.
Ciri-ciri kekompetenan yang dijangka dimiliki adalah seperti berikut:-
i) Berkemahiran dalam menguruskan perolehan Kerajaan;
4
ii) Mengenalpasti masalah dan berkebolehan menangani masalah
berkaitan perolehan;
iii) Berkebolehan menjalankan tugas tanpa pengawasan.
Skop pengetahuan bagi tahap-tahap pensijilan yang berkaitan adalah seperti
berikut:-
4.1 Sijil Perolehan (Certificate in Procurement) Tahap 2
Pada tahap ini, calon didedahkan dengan maklumat asas konsep,
kaedah perolehan dan peraturan perolehan Kerajaan. Calon mampu
untuk menganalisa keperluan penggunaan perolehan Kerajaan
seterusnya mengadaptasikan kepada projek-projek Kerajaan. Butiran
modul pensijilan adalah seperti di Lampiran 1.
4.2 Sijil Lanjutan Perolehan (Advance Certificate in Procurement)
Tahap 3
Pada tahap ini, calon mampu untuk menganalisa dan mengenalpasti
elemen elemen kritikal sebelum keputusan penggunaan perolehan ke
atas projek. Calon telah didedahkan dengan amalan baik perolehan di
sektor swasta dan antarabangsa. Calon lebih mahir untuk mengambil
kira lebih banyak faktor untuk memastikan kejayaan projek melalui
perolehan yang sesuai. Calon juga mampu untuk menjangka masalah
dan memberikan hujah. Calon juga berkemahiran untuk memberi
panduan kepada agensi luar berkenaan perolehan Kerajaan dan juga
peraturan-peraturan Kerajaan berkenaan perolehan Kerajaan. Butiran
modul pensijilan adalah seperti di Lampiran 1.
5
4.3 Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager)
Tahap 4
Pada tahap ini, calon lebih mahir untuk mengambil kira lebih banyak
faktor untuk membantu menjayakan projek melalui perolehan yang
sesuai yang mana calon juga mampu untuk menyelesaikan masalah
dan membuat pembaikan serta pengubahsuaian. Calon dilengkapkan
dengan pengetahuan undang-undang serta amalan perolehan swasta
yang lebih mendalam berbanding Tahap 3. Butiran modul pensijilan
adalah seperti di Lampiran 1.
5.0 SYARAT PERMOHONAN (LALUAN BIASA)
Calon berminat boleh memohon dengan memenuhi syarat yang ditetapkan :-
5.1 Sijil Perolehan (Certificate in Procurement) Tahap 2
Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:-
a) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan sebagai Juruukur
Bahan minimum dua (2) tahun;
b) Telah hadir sekurang-kurangnya dua (2) kursus asas
Perolehan anjuran LJBM atau CKUB atau CREaTE atau
INTAN atau CIDB atau RISM.
c) Berdaftar dengan LJBM sekurang-kurangnya sebagai Juruukur
Bahan Provisional (Provisional Quantity Surveyor).
6
5.2 Sijil Lanjutan Perolehan (Advance Certificate in Procurement)
Tahap 3
Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:-
a) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan sebagai Juruukur
Bahan minimum lima (5) tahun;
b) Lulus kursus Tahap 2;
c) Berdaftar dengan LJBM sekurang-kurangnya sebagai Juruukur
Bahan Provisional (Provisional Quantity Surveyor).
5.3 Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager)
Tahap 4
Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:-
a) Pengalaman bekerja sebagai Juruukur Bahan dalam sektor
Kerajaan minimum lapan (8) tahun;
b) Pengalaman menguruskan perolehan Kerajaan dalam tempoh
sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;
c) Calon telah lulus kursus Tahap 3;
d) Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sebagai,
Juruukur Bahan Profesional ATAU Juruukur Bahan Konsultan
(Professional Quantity Surveyor (PQS) OR Consultant Quantity
Surveyor (CQS));
Dan salah satu daripada
e) Berpengalaman menjadi penceramah/fasilitator ATAU
membuat pembentangan kertas kerja dalam bidang perolehan
di peringkat Jabatan/ Agensi/ Kementerian;
7
f) Berpengalaman dalam menyediakan garis panduan ATAU
menulis buku/ artikel/ lain-lain penulisan dalam bidang
perolehan di peringkat Jabatan/ Agensi/Kementerian.
5.4 SYARAT PEMBANTU JURUUKUR BAHAN KE TAHAP 2
Calon mestilah memenuhi kriteria tersebut:
a) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan sebagai Penolong
Juruukur Bahan minimum tujuh (7) tahun;
b) Telah hadir sekurang-kurangnya empat (4) kursus asas Perolehan
anjuran LJBM atau CKUB atau CREaTE atau INTAN atau CIDB atau
RISM.
6.0 SYARAT PERMOHONAN (LALUAN KHAS)
Calon juga boleh dikecualikan daripada tahap-tahap tertentu di atas melalui
Laluan Khas. Permohonan boleh dipertimbangkan oleh Panel Bidang
Kepakaran dengan syarat pemohon perlu mengemukakan pembuktian
seperti berikut:
6.1 Laluan Khas Ke Tahap 2
a) Mempunyai kelulusan Sarjana atau setaraf dengannya dalam
bidang perolehan;
b) Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sebagai,
Juruukur Bahan Profesional (Professional Quantity Surveyor
(PQS)) ataupun Juruukur Bahan Konsultan (Consultant
Quantity Surveyor (CQS)) dengan Laporan Analisa Kritikal
dalam bidang perolehan;
c) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan selama lima (5)
tahun dan sekurang-kurangnya pernah 3 kali terlibat didalam
salah satu proses:
8
Perolehan Kapasiti
1 Proses Perolehan
Tender atau
HODT/Penilai Tender
2 Proses Sebutharga atau Urusetia/Ahli Jawatankuasa
3 Proses FMM HODT/Penilai Tender
d) Telah hadir sekurang-kurangnya dua (2) bilangan kursus asas
Perolehan ataupun daripada salah satu modul berikut:
i. Tender
ii. Sebutharga
Kursus tersebut mestilah dianjurkan oleh sama ada oleh LJBM,
atau CKUB atau CREaTE atau INTAN atau CIDB atau RISM.
Kursus tersebut juga mestilah didalam tempoh masa 5 tahun
daripada tempoh permohonan.
6.2 Laluan Khas Ke Tahap 3
a) Mempunyai kelulusan Doktor Falsafah atau setaraf dengannya dalam
bidang perolehan;
b) Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sebagai,
Juruukur Bahan Profesional (Professional Quantity Surveyor (PQS))
ataupun Juruukur Bahan Konsultan (Consultant Quantity Surveyor
(CQS)) dengan Laporan Analisa Kritikal dalam bidang perolehan;
c) Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan selama lapan (8) tahun
dan sekurang-kurangnya pernah 5 kali terlibat didalam proses:
9
Bidang Perolehan Kapasiti
1 Proses Perolehan
Tender
HOPT/HODT/Penilai Tender/Ahli
Lembaga Perolehan/Urusetia
Lembaga Perolehan
2 Proses Sebutharga Urusetia/Ahli Jawatankuasa
3 Proses FMM HOPT/HODT/Penilai Tender
d) Telah hadir sekurang-kurangnya lima (5) bilangan kursus asas
Perolehan ataupun daripada salah satu modul berikut:
i. Tender
ii. Sebutharga
iii. Penilaian Tender
iv. FMM
Kursus tersebut mestilah dianjurkan oleh sama ada oleh LJBM, atau
CKUB atau CREaTE atau INTAN atau CIDB atau RISM. Kursus
tersebut juga mestilah didalam tempoh masa 5 tahun daripada
tempoh permohonan;
e) Personal statement yang menceritakan pengalaman mengendalikan
perolehan sepanjang bekerja;
f) Berpengalaman menjadi penceramah/fasilitator sekurang-kurangnya
2 kali di dalam subjek perolehan asas ataupun mana-mana modul
seperti yang disenaraikan pada D (i), (ii), (iii), (iv) di peringkat Jabatan/
Agensi/ Kementerian;
g) Berpengalaman dalam menyediakan garis panduan ATAU menulis
buku/ artikel/ lain-lain penulisan dalam bidang perolehan di peringkat
Jabatan/ Agensi/Kementerian.
10
6.3 Laluan Khas Bagi Calon Yang Diperakukan Oleh Ketua Disiplin
Calon yang diperakukan oleh Ketua Disiplin berdasarkan pengalaman dan
perkhidmatan dalam bidang perolehan.
Calon-calon dikehendaki untuk mengemukakan bukti-bukti lanjut sekiranya
diperlukan oleh Panel Bidang Kepakaran dan penilaian adalah berdasarkan
temuduga/temubual.
7.0 CARA MEMOHON
Hebahan program akan dibuat melalui :-
i) Laman Web JKR;
ii) Surat Jemputan calon kepada Ketua Jabatan.
Pertanyaan dan borang permohonan yang lengkap di Lampiran A hendaklah
dialamatkan kepada:-
Makmal Penyelidikan Ukur Bahan
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE),
Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Jalan Kemus, Simpang Ampat,
78000 Alor Gajah,
Melaka.
Carta alir permohonan untuk pentauliahan bagi program pensijilan adalah
seperti di Lampiran 3.
11
8.0 LATIHAN
Program ini akan dikendalikan mengikut modul kursus teknikal yang telah
digubal dengan merujuk kepada kursus anjuran CREaTE.
Senarai modul berkaitan keseluruhan Program adalah seperti di Lampiran 1.
9.0 PENILAIAN
Pentauliahan pensijilan akan dinilai berdasarkan perkara-perkara berikut:-
9.1 Sijil Perolehan (Certificate in Procurement) Tahap 2
a) Kehadiran penuh sepanjang tempoh berkursus;
b) Lulus ujian pensijilan.
9.2 Sijil Lanjutan Perolehan (Advance Certificate in Procurement)
Tahap 3
a) Kehadiran penuh sepanjang tempoh berkursus;
b) Lulus ujian pensijilan.
9.3 Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager)
Tahap 4
a) Kehadiran penuh sepanjang tempoh berkursus;
b) Menyediakan Laporan Cadangan Penyelesaian Kajian Kes;
c) Lulus Pembentangan Cadangan Penyelesaian Kajian Kes
Pembahagian markah penilaian adalah seperti berikut:-
Program Pensijilan Kriteria Markah
Sijil Perolehan (Certificate in Procurement) Tahap 2
Peperiksaan Objektif (individu)
100%
Sijil Lanjutan Perolehan (Advance Certificate in Procurement) Tahap 3
Peperiksaan Subjektif (individu) 100%
12
Pengurus Perolehan Bertauliah (Certified Procurement Manager) Tahap 4
Laporan Cadangan Penyelesaian
Kajian Kes
60%
Pembentangan Laporan Cadangan
Penyelesaian Kajian Kes
40%
Calon mestilah memperolehi markah keseluruhan sekurang-kurangnya
80% untuk melayakkan memperolehi pensijilan ini.
LAMPIRAN 1 SIJIL TAHAP 2
Kompetensi Modul Kandungan Modul Tempoh Modul
Kaedah Penyampaian
Tatacara Perolehan dan Peraturan Kerajaan
Pengenalan Kaedah Perolehan Kerja Konvensional Kerajaan PK1 oleh Kementerian Kewangan • Dasar, Prinsip dan
Perancangan Perolehan
• Kaedah Perolehan
• Isu dan Cabaran
• Pendedahan kepada lesson learnt
2 Jam
Syarahan
Perolehan Tender Terhad/Pra-kelayakan oleh JKR 2 Jam
Tatacara Perolehan Kerja di bawah RM 500K dan Perolehan Darurat
2 Jam
Penyediaan dokumen tender dan TTD 2 Jam
Kaedah Penilaian Tender 2 Jam
Pengenalan Perolehan dalam FMM 2 Jam
Pengenalan kepada Perolehan Perlantikan Perunding dan Kaedah Penilaian Teknikal dan Kewangan Perunding oleh JKR
2 Jam
Pengenalan kepada Kontrak Bekalan dan Perkhidmatan oleh Kementerian Kewangan
2 Jam
Perolehan bagi menyiapkan Projek Sakit 2 Jam
Etika dan Integriti
Integriti dalam Pengurusan Perolehan oleh SPRM • Konsep Integriti didalam perolehan awam
• Kesalahan rasuah didalam perolehan awam dan lain-lain kesalahan yang berkaitan
• Etika mengurus perolehan awam
• Isu dan Cabaran
2 Jam Syarahan
13
SIJIL TAHAP 2
Kompetensi Modul Kandungan Modul Tempoh Modul
Kaedah Penyampaian
Teknikal
Kaedah Perolehan Swasta dan Antarabangsa (I) • Konsep
• Strategi Pemilihan Kontraktor
• Kaedah Pelaksanaan
• Amalan Terbaik
• Isu dan Cabaran
2 Jam
Syarahan
Kos Kitar Hayat (J) • Konsep
• Pengiraan kos kitar hayat (Kaizen costing etc)
• Analisis Kos Kitar Hayat
• Aplikasi Kos Kitar Hayat
• Amalan Terbaik
• Isu dan Cabaran
2 Jam
Penyenggaraan dan Operasi (J) • Konsep
• Pegurusan penyenggaraan dan operasi
• Pengiraan Kos Penyenggaraan dan Operasi
• Value Analysis
• Amalan Terbaik
• Isu dan Cabaran
2 Jam
Pengurusan Risiko • Konsep
• Komponen kos didalam risiko
• Identification of risk
• Assessment of risk
• Valuing risk
2 Jam
14
• Legal liability, economic damages and non-economic damages
Pengenalan kepada Kontrak Konsesi (I) • Konsep
• Klausa-Klausa
• Isu dan Cabaran
• Pengajaran
2 Jam
Peraturan-peraturan Perolehan Kerajaan (akta, pekeliling, panduan) (I)
• Akta
• Peraturan
2 Jam
Kemahiran keras dan kemahiran
insani
Kemahiran Rundingan • Konsep
• Persediaan rundingan
• Rundingan
• Strategi
• Psikologi rundingan
• Pos rundingan
• Isu dan Cabaran
2 Jam Syarahan dan latihan di dalam
kelas
Kemahiran Mengurus Pemegang Saham 2 Jam Syarahan dan latihan di dalam
kelas
Isu Perundangan didalam Perolehan (J) • Pembentukan kontrak
• Surat Niat
• Surat Setuju Terima Kes dan Iktibar
4 Jam Syarahan
15
TAHAP 4
Kompetensi Modul Kandungan Modul Tempoh Modul
Kaedah Penyampaian
Pentadbiran Kewangan Kerajaan & Perakaunan Kerajaan (KKR)
• Konsep kewangan Kerajaan
• Pengurusan Kewangan Kerajaan
• Sumber Kewangan Kerajaan
• Ekonomi Sektor Awam
• Prinsip perakaunan kerajaan
• Jenis Perakaunan Kerajaan
• Amalan Terbaik
• Isu dan Cabaran
2 Jam Syarahan
TPPA dan Perolehan Kerajaan (R) 2 Jam Syarahan
Pelan Kewangan • Pengenalan kepada pelan kewangan
• Perancangan dan penilaian kewangan
• Cash Flow forecasting
2 Jam Syarahan
Model Kewangan (optional) (UKAS) • Pengenalan kepada model kewangan
• Analisa Penyata Kewangan
• Analisa Kewangan
• Ratio kewangan
• Model Kewangan
2 Jam Syarahan
Lawatan Teknikal dan Kajian Kes 4 Jam Lawatan
16
1 of 6
BORANG PERMOHONAN PENGURUS PEROLEHAN
(Diisi Oleh Calon)
TAHAP : 2 TAHAP : 3 TAHAP: 4
LALUAN KHAS TAHAP : 3 LALUAN KHAS TAHAP : 4
BAHAGIAN I : MAKLUMAT PERIBADI PEMOHON
Nama Penuh
Jawatan
No. Kad Pengenalan
Tarikh Lantikan Pertama & Gred Sekarang
Jantina Bahagian
Nama &Alamat Majikan
Cawangan/ Negeri
No. Tel (P) No. Tel (Bimbit)
No. Fax Emel
No BQSM
Bil Kakitangan Seliaan
BAHAGIAN II : KELAYAKAN AKADEMIK
Bil Sijil/Diploma/Ijazah/Ijazah Sarjana/PHD Kolej/Universiti Tahun
BAHAGIAN III : LAIN –LAIN KELAYAKAN
Bil Kelayakan Kolej/Universiti/Badan
Iktisas Tahun
LEKATKAN GAMBAR TERKINI
2 of 6
BAHAGIAN IV : PENGALAMAN KERJA (Pengalaman kerja dan tempoh)
Bil Tempat Bertugas Bidang tugas (secara ringkas) Gred Jawatan /Tempoh
3 of 6
Laluan Khas Tahap 2
BAHAGIAN V : SENARAI KURSUS YANG DI HADIRI Sila sertakan Salinan Sijil Kursus yang telah akui sah
Bil Nama Kursus Tarikh & Tempoh Anjuran
BAHAGIAN VI : PENGALAMAN PEROLEHAN
Bil Nama Projek Pengalaman melaksanakan perolehan tender/sebutharga/FMM
(Sertakan pembuktian)
4 of 6
Laluan Khas Tahap 3
BAHAGIAN VII : SIJIL KURSUS YANG DI HADIRI/TENAGA PENGAJAR Sila sertakan salinan Sijil Kursus yang telah akui sah
Bil Nama Kursus Tarikh & Tempoh Anjuran
BAHAGIAN VIII : PENGALAMAN PEROLEHAN
Bil Nama Projek Pengalaman melaksanakan perolehan tender/sebutharga/FMM
(Sertakan pembuktian)
5 of 6
Laluan Khas Tahap 4
BAHAGIAN IX : SIJIL KURSUS SEBAGAI TENAGA PENGAJAR Sila sertakan salinan Sijil Kursus yang telah akui sah
Bil Nama Kursus Tarikh & Tempoh Anjuran
BAHAGIAN X : PENGLIBATAN INDUSTRI
Bil Nama Projek Pengalaman menganggotai ahli jawatankuasa garis panduan/pekeliling
berkaitan perolehan (Sertakan pembuktian)
BAHAGIAN XI : PENGLIBATAN AKADEMIK Sila sertakan salinan Sijil Kursus yang telah akui sah
Bil Tajuk Artikel/Pembentangan Tarikh & Tempoh Anjuran
6 of 6
Dengan ini saya mengaku bahawa maklumat yang di bekalkan didalam borang permohonan ini serta
dokumen yang dikemukakan didalam permohonan ini adalah benar. Tindakan akan diambil sekiranya
saya
Tandatangan Pemohon : Disokong/ Tidak Disokong
(Ketua Bahagian)
………………………………………………………
………………………………………………………
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan :
Cop Jabatan : Cop Jabatan :
Tarikh : Tarikh :
Perhatian: Permohonan untuk Laluan Khas Tahap 2-4 hendaklah disertakan Bersama Curriculum
Vitae
PENSIJILAN UKUR BAHAN: PENGURUS PEROLEHAN
[- 1 -]
LAMPIRAN 4: SENARAI SEMAK LALUAN BIASA
TAHAP 2 (PENGURUSAN & PROFESSIONAL)
Pengalaman bekerja dalam sektor Kerajaan sebagai Juruukur Bahan minimum dua (2)
tahun
(Sila sertakan surat pengesahan tempoh perkhidmatan oleh Ketua Bahagian)
Menghadiri sekurang-kurangnya dua (2) kursus asas Perolehan anjuran LJBM atau CKUB
atau CREaTE atau INTAN atau CIDB atau RISM (Sila sertakan salinan sijil kursus berkaitan)
Berdaftar dengan LJBM sekurang-kurangnya sebagai Juruukur Bahan Provisional
(Provisional Quantity Surveyor).
(Sila sertakan salinan sijil pendaftaran LJBM)
TAHAP 2 (PEMBANTU JURUUKUR BAHAN)
Bekerja dalam sektor Kerajaan sebagai Penolong Juruukur Bahan minimum tujuh (7) tahun
(Sila sertakan surat pengesahan tempoh perkhidmatan oleh Ketua Bahagian)
Menghadiri sekurang-kurangnya empat (4) kursus asas Perolehan anjuran LJBM atau
CKUB atau CREaTE atau INTAN atau CIDB atau RISM (Sila sertakan salinan sijil kursus berkaitan)
TAHAP 3
Bekerja dalam sektor Kerajaan sebagai Juruukur Bahan minimum lima (5) tahun
(Sila sertakan surat pengesahan tempoh perkhidmatan oleh Ketua Bahagian)
Lulus kursus Tahap 2
Berdaftar dengan LJBM sekurang-kurangnya sebagai Juruukur Bahan Provisional
(Provisional Quantity Surveyor).
(Sila sertakan salinan sijil pendaftaran LJBM)
TAHAP 4
Bekerja sebagai Juruukur Bahan dalam sektor Kerajaan minimum lapan (8) tahun
(Sila sertakan surat pengesahan tempoh perkhidmatan oleh Ketua Bahagian)
Berpengalaman menguruskan perolehan Kerajaan dalam tempoh sekurang-kurangnya
tiga (3) tahun
(Sila sertakan surat pengesahan pengalaman oleh Ketua Bahagian)
Lulus kursus Tahap 3
Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sebagai Juruukur Bahan Profesional
(Professional Quantity Surveyor - PQS) ataupun Juruukur Bahan Konsultan (Consultant
Quantity Surveyor - CQS);
(Sila sertakan salinan sijil pendaftaran LJBM)
PENSIJILAN UKUR BAHAN: PENGURUS PEROLEHAN
[- 2 -]
Berpengalaman menjadi penceramah/fasilitator ATAU membuat pembentangan kertas
kerja dalam bidang perolehan di peringkat Jabatan/ Agensi/ Kementerian.
(Sila sertakan salinan surat perlantikan sebagai penceramah / fasilitator atau salinan pembentanagn
kertas kerja yang berkaitan)
Atau
Berpengalaman dalam menyediakan garis panduan ATAU menulis buku/ artikel/ lain-lain
penulisan dalam bidang perolehan di peringkat Jabatan/ Agensi/Kementerian
(Sila sertakan salinan surat perlantikan sebagai AJK dalam Jawatankuasa yang berkaitan)
PENSIJILAN UKUR BAHAN: PENGURUS PEROLEHAN
[- 3 -]
LAMPIRAN 4: SENARAI SEMAK LALUAN KHAS
TAHAP 2
Mempunyai kelulusan Sarjana atau setaraf dengannya dalam bidang perolehan
(Sila sertakan salinan kelayakan akademik)
Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sebagai, Juruukur Bahan
Profesional (Professional Quantity Surveyor - PQS) ataupun Juruukur Bahan Konsultan
(Consultant Quantity Surveyor - CQS) dengan Laporan Analisa Kritikal berkaitan bidang
perolehan (Sila sertakan sijil pendaftaran LJBM dan salinan Laporan Analisa Kritikal)
Bekerja dalam sektor Kerajaan selama lima (5) tahun dan sekurang-kurangnya pernah 3
kali terlibat didalam salah satu proses:
Bil. Perolehan Kapasiti
1 Proses Perolehan Tender HODT/Penilai Tender
2 Proses Sebutharga atau Urusetia/Ahli Jawatankuasa
3 Proses FMM HODT/Penilai Tender
(Sila sertakan dokumen sokongan yang berkaitan)
Menghadiri sekurang-kurangnya dua (2) bilangan kursus asas Perolehan ataupun
daripada salah satu modul berikut:
(i) Tender
(ii) Sebutharga
Kursus tersebut mestilah dianjurkan oleh sama ada oleh LJBM, atau CKUB atau CREaTE
atau INTAN atau CIDB atau RISM. Kursus tersebut juga mestilah didalam tempoh masa 5
tahun daripada tempoh permohonan. (Sila sertakan sijil kursus berkaitan)
TAHAP 3
Mempunyai kelulusan Doktor Falsafah atau setaraf dengannya dalam bidang perolehan (Sila sertakan salinan kelayakan akademik)
Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia sebagai, Juruukur Bahan
Profesional (Professional Quantity Surveyor - PQS) ataupun Juruukur Bahan Konsultan
(Consultant Quantity Surveyor - CQS) dengan Laporan Analisa Kritikal dalam bidang
perolehan
(Sila sertakan sijil pendaftaran LJBM dan salinan Laporan Analisa Kritikal)
PENSIJILAN UKUR BAHAN: PENGURUS PEROLEHAN
[- 4 -]
Bekerja dalam sektor Kerajaan selama lapan (8) tahun dan sekurang-kurangnya pernah 5
kali terlibat didalam proses:
Bil. Bidang Perolehan Kapasiti
1 Proses Perolehan Tender HOPT/HODT/Penilai Tender/Ahli
Lembaga Perolehan/Urusetia Lembaga
Perolehan
2 Proses Sebutharga Urusetia/Ahli Jawatankuasa
3 Proses FMM HOPT/HODT/Penilai Tender
(Sila sertakan sijil kursus berkaitan)
Menghadiri sekurang-kurangnya dua (2) bilangan kursus asas Perolehan ataupun
daripada salah satu modul berikut:
(i) Tender
(ii) Sebutharga
(iii) Penilaian Tender
(iv) FMM
Kursus tersebut mestilah dianjurkan oleh sama ada oleh LJBM, atau CKUB atau CREaTE
atau INTAN atau CIDB atau RISM. Kursus tersebut juga mestilah didalam tempoh masa 5
tahun daripada tempoh permohonan.
(Sila sertakan sijil kursus berkaitan)
Personal statement yang menceritakan pengalaman mengendalikan perolehan sepanjang
bekerja
Sebagai penceramah/fasilitator sekurang-kurangnya 2 kali di dalam subjek perolehan asas
ataupun mana-mana modul seperti yang disenaraikan berikut di peringkat Jabatan/
Agensi/ Kementerian:-
(i) Tender
(ii) Sebutharga
(iii) Penilaian Tender
(iv) FMM
(Sila sertakan salinan surat perlantikan sebagai penceramah / fasilitator)
Menyediakan garis panduan ATAU menulis buku/ artikel/ lain-lain penulisan dalam
bidang perolehan di peringkat Jabatan/ Agensi/Kementerian
(Sila sertakan salinan surat perlantikan sebagai AJK dalam Jawatankuasa yang berkaitan)