Download - Gantung Dan Melengkapkan Krg t123 Jan m4
-
8/12/2019 Gantung Dan Melengkapkan Krg t123 Jan m4
1/2
Latihan Melengkapkan Karangan
Isikan kata-kata dalam petak di bawah ini untuk melengkapkan karangan di bawah ini.
Pada zaman teknologi maklumat ini, anggota masyarakat kita tidak dapat lari daripada
menggunakan komputer. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat menjadikan rakyat celik
komputer?
Komputer direka untuk memudahkan ______________ kita dan dengan adanya Internet,komputer juga merupakan alat yang membolehkan kita memperoleh ______________ semudah
menekan kunci pada papan kunci sahaja. Namun demikian, hanya 15% rakyat Malaysia
______________ komputer. Pada pendapat saya, beberapa langkah bolehlah diambil untuk menjadikan
rakyat Malaysia ______________ komputer.
Pendedahan kanak-kanak kepada komputer amat ______________ dalam usaha kita untuk
menggalakkan penggunaan alat yang ______________ ini. Dari kecil lagi, mereka hendaklah
dibenarkan bermain permainan komputer yang berunsur ______________. Lama-kelamaan kanak-
kanak akan meminati alat ini dan dapat mempelajari beberapa ______________ yang amat berguna
kepada mereka.
Harga komputer juga merupakan satu ______________ yang menentukan bilangan pemilik
komputer di sesebuah negara. Dengan ______________ harga komputer ke tahap yang mampu dibeli
oleh kebanyakan rakyat, saya percaya bahawa ______________ komputer tidak akan menjadi masalah
lagi. Bermula dari sini, mereka boleh ______________ menggunakan pemproses perkataan seperti
Microsoft Word untuk ______________ dokumen, surat dan laporan.
Menjadikan pengkomputeran sebagai satu ____________________ asas dalam sukatan
pelajaran sistem pendidikan kita ialah satu cara yang paling ______________ untuk menjadikan rakyat
celik komputer kerana pelajar ialah bakal anggota masyarakat. Walaupun langkah ini memerlukan______________ yang besar dari segi pembelian komputer untuk kegunaan di semua sekolah, namun
faedahnya ______________ kos yang terlibat.
Untuk menggalakkan penggunaan Internet, pihak Telekom bolehlah memberikan sumbangan
dengan menurunkan ______________ telefon untuk mengakses Internet daripada 1.5 sen seminit
kepada kadar yang lebih ______________ agar tidak membebankan ibu bapa dan orang awam.
Kebanyakan orang tidak mampu menghabiskan masa yang ______________ untuk mencari maklumat
melalui Internet kerana cas telefon melebihi cas capaian Internet.
Saya yakin bahawa jika semua pihak dapat memainkan peranan dan memberikan sumbangan, usahauntuk menjadikan rakyat celik komputer dapat direalisasikan
menggunakan, penting, pendidikan, faktor, memiliki, menaip, berkesan, melebihi, rendah,
maklumat, celik, canggih, perisian, menurunkan, diajar, mata pelajaran, perbelanjaan,
cas, panjang, kerja
-
8/12/2019 Gantung Dan Melengkapkan Krg t123 Jan m4
2/2
Latihan Imbuhan (gantung)
A Isikan tempat-tempat kosong di bawah ini
dengan kata berimbuhan yang sesuai.
1 Kejayaan projek ini _____________
(gantung) pada kerjasama semua pihak yang
terlibat. bergantung
2 Kakak _____________ (gantung) gambar
berbingkai itu pada dinding biliknya.
menggantung
3 Mereka _____________ (gantung) hidup
mereka pada pekerjaan di ladang, iaitu
menoreh getah. menggantungkan
4 Dia menurunkan beg yang _____________
(gantung) pada pencangkuk itu. tergantung5 Kelawar itu kelihatan _____________
(gantung) di dalam gua itu. bergantungan
6 Foto berbingkai itu akan saya
_____________ (gantung) pada dinding
bilikku. gantung
7 Abang _____________ (gantung) langsir di
hadapan tingkap biliknya. menggantung
8 Nasib pesalah itu _____________ (gantung)
pada hukuman yang akan dijatuhkan oleh
hakim itu. tergantung
9 Lampu itu _____________ (gantung) pada
dinding bilik abang. Digantung
10 Lampu yang berwarna-warni
_____________ (gantung) pokok itu.
(menggantungi)B Isikan kata berimbuhan yang melibatkan
perkataan dalam ke dalam tempat-tempat
kosong di bawah ini.
1 Mutu bergantung pada pekerjaan sebagai
penoreh getah untuk menyara keluarganya.
2 Pokok itu digantungi lampu yang berwarna-
warni.
3 Turunkan lampu yang bergantung pada
dinding itu.
4 Wanita itu menggantung diri di dalam
biliknya.
5 Ibu bapa Ali menggantungkan harapan
mereka pada Ali seorang kerana dia
merupakan anak tunggal.
6 Terlaksana atau tidak projek ini tergantung
pada persetujuan atau bantahan pengetua.7 Tergantung pada engkau sendiri sama ada
hendak menyertai rombongan ini atau tidak.
8 Belon yang berwarna-warni bergantung di
tapak pesta ria itu.
9 Kakak menggantung kelambu sebleum tidur
untuk menjauhkan nyamuk.
10 Abang menggantung kotnya pada
penyangkut itu.
C Tandakan () bagi ayat yang betul dan
tandakan () bagi ayat yang salah.
1 Kejayaan kempen ini menggantung pada
sambutan orang ramai terhadapnya. ( )
2 Ibu menggantung pelita minyak itu pada
dinding biliknya. ( )
3 Pokok itu digantungkan lampu yang
berwarna-warni.
4 Orang tua yang berpenyakit kronik itu
menggantungkan diri di dalam biliknya. ( )5 Panji yang berwarna-warni bergantungan di
sekeliling padang pada Hari Sukan di
sekolah itu. ( )
6 Pak Busu menggantungkan harapannya
pada anak tunggalnya. ( )
7 Belon yang berwarna-warni
menggantungkan dinding dewan itu. ( )
8 Abang menggantungkan kelambunya
sebelum tidur. ( )
9 Lampu yang berwarna-warni menggantungi
pokok itu. ( )
10 Dia menurunkan gambar yang berbingkai
pada dinding itu untuk dibersihkan. ( )