Download - Format Laporan Tugasan2
TUGASAN:
___________________________________________________________________________
Pelajar-pelajar dikehendaki menyediakan kandungan pembelajaran berdasarkan topik yang
terkandung dalam silibus. Masa bagi setiap sesi adalah SATU JAM sahaja, manakala sejam
yang lebih akan digunakan pensyarah untuk menyampaikan kuliah tambahan. Penyampaian
pelajar mestilah berbeza-beza bagi setiap kumpulan, yang bertemakan PEMBELAJARAN
BERPUSATKAN PELAJAR. Bentuk-bentuk penyampaian boleh dan sesuai dalam kelas seperti:
a) Pop kuiz
b) Forum
c) Debat
d) Pidato
e) Perbincangan kumpulan
f) Permainan berbentuk ilmiah
g) Dan lain-lain
Satu laporan perlu dihantar setelah tamat kelas melalui email kepada
[email protected]. Format adalah seperti berikut:
1) Muka depan mengandungi nama ahli kumpulan beserta tajuk tugasan (topic
pembentangan)
2) Refleksi tentang tugasan dan pelaksanaan yang telah dilalui (5 markah):
a. Apa yang telah dipelajari melalui pelaksanaan tersebut daripada aspek
pengetahuan
b. Apa yang telah dipelajari melalui pelaksanaan tersebut daripada aspek
kemahiran insaniah (kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis, keyakinan diri dan sebagainya)
c. Apa kelemahan diri yang anda rasa perlu diperbaiki setelah tamat tugasan
tempoh hari
d. Apa langkah-langkah untuk memperbaiki kelamahan yang anda sebutkan
pada c.
e. Apa pendapat mengenai proses pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan oleh pensyarah.
3) Komen membina bagi penambahbaikan matapelajaran kepimpinan dan penyeliaan
(3 markah)
4) Senarai rujukan (2 markah)