Download - folio geografi
Sekolah Menengah Integrasi Masjid Darul
Ehsan
KERJA KURSUS GEOGRAFI
PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA DI KAWASAN SS15, SUBANG JAYA DAN NEGARA PERBANDINGANNYA DI SHINJUKU, JEPUN
Nama Murid: xxxxxxxxxxx
No I/C : xxxxxx-xx-xxxx
Tingkatan : xxxxx
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN .....................
PENDAHULUAN .....................
OBJEKTIF KAJIAN .....................
KAWASAN KAJIAN .....................
KAEDAH KAJIAN .....................
DAPATAN KAJIAN ......................
RUMUSAN ......................
LAMPIRAN ......................
RUJUKAN ......................
PENGHARGAAN
Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyiapkan Folio Geografi ini. Sehubungan
dengan itu, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada beberapa individu dan pihak sekolah
yang telah memberikan bantuan, galakan dan kerjasama kepada saya.
Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua, Sekolah Integrasi
Masjid Darul Ehsan iaitu Puan Nurulashikin binti Rahman kerana telah memberi sokongan
kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Cik Siti Nor,
guru Sejarah saya yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya. Mereka telah
memberikan banyak pertolongan dan galakan kepada saya.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang rajin dan
bekerjasama melaksanakan folio ini.
Sekian terima kasih.
PENDAHULUAN
Bagi memenuhi keperluan pelajaran Geografi Tingkatan 1, semua murid tingkatan 1
wajib menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT).
Tajuk kajian yang telah saya pilih ialah Petempatan dan Perkembangannya. Saya dan
rakan-rakan telah memilih SS15, Subang Jaya kerana kawasan kawasan ini berhampiran dengan
sekolah saya. Selain itu, kawasan ini mempunyai pelbagai kemudahan awam dan mempunyai
pelbagai sumber yang dapat diperolehi. Kami juga harus membuat perbandingan di Negara lain.
Saya dan rakan-rakan saya telah memilih Bandar Shinjuku,Tokyo di Jepun.
Saya dan rakan-rakan telah diberikan tempoh untuk menyiapkan kajian ini selama dua
bulan sahaja. Kami juga hendaklah sentiasa bekerjasama dengan erat untuk memastikan kajian
kami dapat dijalankan dengan cepat dan tepat.
OBJEKTIF KAJIAN
Antara Objektif Folio Geografi dijalankan adalah untuk:-
a) Mengenal pasti petempatan dan perkembangan penduduk di SS15, Subang Jaya
b) Mengenal pasti jenis dan pola petempatan penduduk di SS15, Subang Jaya
c) Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi petempatan penduduk di SS15, Subang Jaya
KAWASAN KAJIAN
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN
SEJARAH
Subang Jaya adalah salah satu kawasan perumahan yang terletak di daerah Petaling,
Selangor, Malaysia, dalam kawasan Lembah Kelang. Bandar ini berdekatan dengan kawasan
UEP Subang Jaya (USJ) yang baru dan lebih besar. Subang Jaya meliputi tanah seluas 5.83 km
persegi serta populasi lebih 1,000,000 orang.
Subang Jaya dibangunkan oleh Sime UEP Berhad, bahagian pembangunan hartanah
konglomerat Malaysia Sime Darby Berhad. Dahulunya, tanahnya dijadikan ladang kelapa sawit
bernama Seafield Estate. Kerja pembangunan Subang Jaya bermula pada 1974 dan siap pada
1988. Sejurus selepas itu, Sime UEP mula membuka tanah untuk membina USJ.
KEGIATAN EKONOMI
Dalam perbandaran ini terdapat banyak sekolah, kolej, hospital (Pusat Perubatan Subang
Jaya), tempat ibadat dan pusat komersial. Kompleks beli-belah seperti Subang Parade dan
Carrefour menjadi tumpuan utama pembeli tempatan.Subang Jaya juga dikenali sebagai kawasan
institusi pengajian tinggi, di mana terletaknya kolej swasta yang masyhur seperti Kolej Taylor's,
Kolej Intindan Kolej Metropolitan di Subang Jaya. Ini merupakan punca perumahan di kawasan
itu, terutamanya di SS15, dijadikan penginapan bagi para penuntut. Pejabat-pejabat yang
menawarkan perkhidmatan penuntut juga didirikan di situ.
BENTUK MUKA BUMI
Bentuk muka bumi di kawasan SS15 adalah kawasan jenis tanah pamah. Pada zaman
dahulu, ramai manusia datang ke kawasan ini kerana tanah pamah bagus untuk penanaman
pokok. Mereka telah menanam pokok kelapa sawit. Akhirnya mereka membina rumah untuk
tinggal di kawasan SS15.
JENIS DAN POLA PETEMPATAN
Pola petempatan di SS15, Subang Jaya adalah jenis pola berpusat. Di SS15 mempunyai
pelbagai perkhidatan . Di SS15 juga terdapat banyak perkhidmatan awan seperti hospital,
sekolah, masjid, stesen minyak dan lain-lain lagi.
Manakala Shinjuku, Tokyo juga jenis pola petempatan yang sama seperti di SS15,
Subang Jaya. Pola petempatan di Shinjuku adalah jenis pola petempatan berpusat. Di Shinjuku
juga mempunyai pelbagai kemudahan asas seperti kedai 24 jam, hospital, sekolah, stesen minyak
dan pelbagai lagi.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam
kajian ini. Kaedah yang digunakan ialah:-
a) Rujukan
Saya telah merujuk kepada internet ,buku dan majalah. Kaedah kajian ini
digunakan untuk mendapat maklumat tentang Petempatan dan Perkembangannya
di SS15, Subang Jaya dan Negara perbandingannya di Shinjuku ,Tokyo.
b) Soal Selidik
Seramai 15 orang responden telah dipilih daripada kalangan penduduk
SS15,Subang Jaya untuk menjawab soal selidik yang telah disediakan. Soal
selidik ini digunakan untuk mendapat maklumat tentang Petempatan dan
Perkembangannya di SS15, Subang Jaya.
c) Pemerhatian
Kaedah ini dijalankan untuk melihat dan megkaji maklumat tentang Petempatan
dan Perkembangannya di SS15, Subang Jaya.
DAPATAN KAJIAN
FUNGSI PETEMPATAN
Kawasan SS15 mempunyai pelbagai fungsi petempatan. Fungsi petempatan yang ada di
SS15 adalah perniagaan. Ini melibatkan ramai penduduk tinggal di kawasan SS15. Perniagaan
yang terdapat di SS15 adalah seperti Subang Parade, Carefour dan banyak lagi.
Seterusnya, tempat pelancongan juga terdapat di SS15. Ini menyebabkan ramai bangsa
asing datang ke SS15. Contoh kawasan pelancongan yang terdapat di SS15 adalah di Subang
Parade kerana ramai bangsa asing pergi membeli belah.
Selain itu, banyak pengangkutan dan perhubungan yang ada di kawasan SS15. Ini dapat
memudahkan para penduduk di kawasan SS15. Pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di
kawasan SS15 adalah sistem perhubungan yang canggih, KTM, lebuhraya dan sebagainya.
Pendidikan juga adalah fungsi petempatan yang ada di kawasan SS15. Ini dapat
membantu para penduduk di kawasan SS15 terutama para pelajar. Pendidikan yang ada di SS15
adalah sekolah rendah, sekolah menegah, kolej, universiti dan sebagainya.
Akhir sekali, Shinjuku, Tokyo pula mempunyai fungsi petempatan yang sama seperti di
kawasan SS15.Di Shinjuku juga mepunyai pelbagai kemudahan dan perhubungan yang canggih.
Seperti kereta api bawah tanah, lebuhraya bertingkat dan sebagainya.
MASALAH PETEMPATAN
Kawasan SS15 tidak memepunyai banyak masalah petempatan. Peluang pekerjaan di
kawasan SS15 sangat banyak.Ini menybabkan banyak pernigaan yang ada di kawasan SS15.
Seperti contoh di Subang Parade, Carefour dan lain-lain lagi
Seterusnya, kawasan SS15 tidak mempunyai kekurangan infrastuktur. Ini di sebabkan
oleh kawasan SS15 mempunyai pelbagai infrastruktur. Contohnya, jaringan pengangankutan
yang canggih, KTM,lebuhraya dan banyak lagi.
Selain itu, kawasan SS15 kerap berlakunya kesesakkan lalulintas. Ini menyebabkan
penduduk kawasan SS15 lewat ke tempat kerja atau ke sekolah. Waktu berlakunya kesesakan
lalulintas adalah pada waku pagi dan pada waktu petang.
Kawasan SS15 tidak mempunyai kekurangan tempat tinggal. Ini di sebabkan oleh
banyak penbinaan dan penjualan rumah. Seperti rumah kondominium,flet,banglo,teres,teres dua
tingkat dan lain- lain lagi.
Kawasan SS15 tidak mempunyai bencana alam tetapi mempunyai pencemaran udara.
Ini di sebabkan oleh asap daripada kenderaan. Seperti kereta, motosikal, bas, lori, van dan
banyak lagi.
Ahkir sekali, Shinjuku, Tokyo mempunyai masalah petempatan yang sama dengan
kawasan SS15.Tetapi di Shinjuku mengalami pelbagai bencana alam. Ini menyebabkan Negara
Jepun berada di zon lingkaran api pasifik. Contoh bencana alam yang ada di Shinjuku adalah
gempa bumi, rebut taufan, banjir besar dan pebagai lagi.
RUMUSAN
Hasil daripada kajian yang saya jalankan, saya mendapati kawasan SS15 adalah jenis
pola berpusat. Ini disebabkan oleh banyak kemudahan asas seperti stesen minyak , pusat
membeli belah dan sebagainya. Manakala di Shinjuku pula mempunyai pola petempatan yang
sama di SS15.
Di SS15 dan Shinjuku mempunyai fungsi petempatan yang sama. Fungsi petempatan
yang ada di SS15 dan Shinjuku adalah perniagaan, pelancongan, pengangkutan dan
perhubungan, dan pendidikan. Masalah SS15 dan Shinjuku amat berbeza kerana Shinjuku
terletak di zon lingkaran api pasifik. Masalah yang ada di SS15 adalah kesesakan
lalulintas ,pencemaran dan lain-lain lagi. Di Shinjuku pula mempunyai masalah petempatan yang
berbeza seperti bencana alam.
Kesimpulannya, melalui kajian ini, saya dapat memahami petempatan dan
perkembangannya di SS15 dan Shinjuku dengan lebih jelas. Saya bersyukur dan amat bangga
kerana bersekolah di kawasan SS15.
LAMPIRAN
RUJUKAN
Buku ilmiah
Chong Mui Seng, 2007, TOTAL PRO PMR geografi, Sasbadi Sdn. Bhd., Petaling Jaya,
Selangor
Internet
http://www.wikipedia.com/kawasan ss15subangjaya
http://www.wikipedia.com/shinjukutokyojapan
http://www.google.com/shinjukumap