-red
. GN IM PS.
Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif
PERUBAHAN CIRI-CIRI REKABENTUK RUMAH BUMBUNG PANJANG NEGERI SEMBILAN DARI
DULU HINGGA KINI
ROSE MASRINA BINTI MOHAMED NOR
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
2008
1sYStit 1Ü1U1111üi A 12kCllmliit AkIil@Il/i,:
UMVERSITI MALAYSIA SARAWAK
P. KMIDMAT MAKLUMAT AKAD[MIK
UKIMAs
flhIIIIII11111111 1609273077
PERUBAHAN CIRI-CIRI REKABENTUK RUMAH BUMBUNG PANJANG NEGERI SEMBILAN DARI DULU HINGGA KINI
ROSE MASRINA BINTI MOHAMED NOR
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2008
V
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: PERUBAHAN CIRI-CIRI REKABENTUK RUMAH BUMBUNG PANJANG NEGERI SEMBILAN DARI DULU HINGGA KINI.
SESI PENGAJIAN: 2005/2008
Saya ROSE MASRINA BINTI MOHAMED NOR mengaku membenarkan tesis/laporan ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat- syarat kegunaan seperti berikut:
I I. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *Sila tandakan 0
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan
% Tandatangan Penulis Tarikh: r, /5-`aoc8
Alamat Tetap: 29, Kampung Mara Parit Tinggi, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tandatangan Penyelia Tarikh: 5- 5-. ag
Catatan: * Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika Tesis/Laboran ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh Tesis/Laporan ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD
PENGAKUAN
Projek bertajuk Perubahan Ciri-ciri Rekabentuk Rumah Bumbung Panjang Negeri
Sembilan Dari Dulu Hingga Kini ini telah disediakan oleh Rose Masrina Binti
Mohamed Nor dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai
memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh le-
(Pn Rahah Bte Hasan)
Tarikh:
5-- , af- . a. s
1
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim...
Syukur ke hadrat Allah s. w. t dengan limpah kumia dan rahmat-Nya dapat
saya menyiapkan kajian yang bertajuk Perubahan Ciri-Ciri Rekabentuk Rumah Bumbung
Panjang Negeri Sembilan Dari Dulu Hingga Kini ini akhimya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya
menyiapkan kajian ini terutama para pensyarah Program Pengurusan Seni yang banyak
memberi tunjuk-ajar dan ilmu untuk membimbing saya ke arah kejayaan. Tidak lupa
kepada rakan-rakan Program Pengurusan Seni Sesi 2005-2008, para responden di atas
sokongan dan bantuan yang kalian hulurkan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa
kalian.
Teristimewa buat ayah dan mak tercinta, Mohamed Nor dan Norkhatijah serta
keluarga yang tidak pernah menghampakan dan selalu meminjamkan semangat serta
keyakinan setiap kali rasa putus asa menjengah, terima kasih semua. Jika tanpa kalian,
mungkin saya tidak akan berada di sini.
Akhir kata, buat semua yang terlibat dalam menjayakan kajian ini, terima kasih
atas setiap kerjasama, bantuan, komen dan sokongan yang tclah diberikan. Semoga kajian
ini mampu memberi manfaat kepada semua. Sekian.
11
1'uaat Khidaiat Maklumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SAItAWAK
JADUAL KANDUNGAN
Halaman tajuk
Borang pengesahan status laporan
Pengesahan dan tandatangan penyelia
Penghargaan
Abstrak
Abstract
ix
X
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan
1.1.1 Sejarah Negeri Sembilan 1
1.1.2 Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan 9
1.2 Definisi 23
1.3 Objektif Kajian 24
1.4 Hipotesis
1.5 Skop Kajian
1.6 Pemasalahan Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
25
26
27
28
iii
BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan
Bibliografi
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Lokasi Kajian
3.3 Sumber Data
3.3.1 Data Primer
3.3.2 Data Sekunder
3.4 Populasi
3.5 Persampelan
3.6 Instrumen Kajian
3.7 Limitasi Kajian
3.8 Rumusan dan Kesimpulan
29
36
38
43
44
46
47
49
51
BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 52
4.2 Penganalisaan Data
4.2.1 Temuramah 53
4.3 Ciri-ciri Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan 57
4.3.1 Bumbung panjang dan melentik
iv
4.3.2 Berserambi
4.3.3 Bertiang dan berlantai tinggi dari tanah
4.3.4 Bertangga kayu
4.4 Faktor-faktor Rumah Bumbung Panjang berubah 92
4.4.1 Bahan mentah
4.4.2 Taraf hidup meningkat
4.4.3 Perubahan fungsi dan kegunaan ruang
4.5 Kesimpulan 97
BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusän
5.3 Cadangan
5.3.1 Memelihara, mengekal dan membaikpulih
5.3.2 Program pengembangan seni pertukangan Melayu
5.3.3 Galakkan membina rumah bercirikan tradisional
5.4 Cadangan untuk pengkaji akan datang
5.4.1 Perbezaan rumah dengan rumah Minangkabau
5.4.2 Pola ragam hias rumah bumbung panjang
5.5 Kesimpulan
Bibliografi
Lampiran
99
100
101
105
109
V
SENARAI RAJAH
PERKARA
RAJAH 1
RAJAH 2
RAJAH 3
RAJAH 4
RAJAH 5
RAJAH 6
RAJAH 7
RAJAH 8
RAJAH 9
RAJAH 10
RAJAH 11
RAJAH 12
RAJAH 13
RAJAH 14
Peta Negeri Sembilan
Pembahagian ruang dalam rumah Melayu tradisional
Rumah bumbung panjang (pandangan hadapan)
Rumah bumbung panjang (pandangan tepi)
Bumbung yang beratap curam
Bumbung yang beratap curam
Tebar Layar
tikciran pada kepala tangga
Ukiran pada kepala tangga
Ukiran pada tupai-tupai
Ukiran pada tupai-tupai
Rumah bumbung panjang beranjung dua
Rumah bumbung panjang beranjung tiga dan berloteng
Pelan bukaan rumah mengikut ruang
RAJAH 15 Keratan rentas struktur bumbung
RAJAH 16
RAJAH 17
Perabung panjang dan melintang
Sistem Alang
RAJAH 18 Tunjuk langit
MUKA SURAT
3
10
11
11
12
12
13
19
19
20
20
57
58
60
64
65
65
66
VI
RAJAH 19
RAJAH 20
RAJAH 21
RAJAH 22
RAJAH 23
RAJAH 24
RAJAH 25
RAJAH 26
RAJAH 27
RAJAH 28
RAJAH 29
RAJAH 30
RAJAH 31
RAJAH 32
RAJAH 33
RAJAH 34
RAJAH 35
RAJAH 36
RAJAH 37
RAJAH 38
RAJAH 39
RAJAH 40
Keratan rentas tunjuk langit
Tebar layar berukir
Rumah berpangkal serambi
Rumah berserambi beranjung dua
Rumah berserambi beranjung tiga
Ruang serambi
Serambi yang banyak tingkap
Kisi-kisi tingkap yang berukir
Tingkap labuh
Tingkap berkisi-kisi dan berukir
Dinding pelupuh
Papan menegak yang diapit oleh papan berlidah
Papan dinding yang disusun timpa melintang
Tiang tinggi dari tanah
Tiang pecah lapan
Tiang segi empat
Alas kaki tiang
Lantai dialas kayu gelegar
Lantai dialas kayu gelegar
Lantai dari batang pokok Nibong
Lantai yang diketam licin
Tangga kayu bulat
66
67
68
69
69
70
72
73
73
74
75
75
76
77
77
77
79
80
80
81
82
83
vii
RAJAH 41 Tangga kayu beruti 83
RAJAH 42 Tangga batu yang berjubin 83
RAJAH 43 Tangga pada bahagian hadapan rumah 85
RAJAH 44 Tangga pada bahagian selang rumah 85
RAJAH 45 Tangga pada bahagian belakang rumah 86
RAJAH 46 Rajah ciri-ciri rumah bumbung panjang 87
RAJAH 47 Jadual perubahan ciri-ciri rumah bumbung panjang 90
RAJAH 48 Carta faktor ciri-ciri rumah bumbung panjang berubah 95
Viii
ABSTRAK:
Rumah bumbung panjang Negeri Sembilan yang berbumbung lentik adalah
merupakan satu binaan yang unik dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Seni bina
ini bukan sahaja menjadi identiti bagi negeri ini bahkan ciri-ciri rekabentuknya yang
berseni melambangkan kehalusan dan kemahiran seni pertukangan masyarakat Melayu
khususnya. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti perubahan ciri-ciri rekabentuk yang
berlaku terhadap rumah bumbung panjang Negeri Sembilan dari dahulu hingga kini.
ix
ABSTRACT:
Negeri Sembilan long roof house with the curve roof is an unique architecture
and have its own aesthetic value. This architecture does not only become the identity of
this state, but also through the characteristic of its artistic design, it symbolize the beauty
and skill in the art of handicraft among Malay society. The purpose of this research is to
identify the changes in the design features of the Negeri Sembilan long roof house from
past till present.
X
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
Di dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan tentang latar belakang kajian iaitu
sejarah Negeri Sembilan serta latar belakang rumah bumbung panjang Negeri Sembilan.
Selain itu, pengkaji juga akan menyentuh serba-sedikit tentang definisi, objektif kajian,
hipotesis kajian, skop kajian, permasalahan kajian juga kepentingan kajian.
1.1.1 SEJARAH NEGERI SEMBILAN
Negeri Sembilan Darul Khusus yang terletak di bahagian tengah
Semenanjung Malaysia mempunyai kedudukan yang stategik yang dari segi
geografinya kerana terletak bersempadan dengan Selangor di sebelah utara,
Pahang di sebelah timur dan Melaka serta Johor di sebelah selatan. Seremban
adalah merupakan ibu negeri bagi negeri ini dan berfungsi sebagai pusat
pentadbiran Kerajaan Negeri. Dengan keluasan keseluruhan sebanyak 6,645km
persegi dan suhu sekitar 21 °C (70°F) hingga 32°C (90°F), negeri ini mempunyai
bilangan penduduk yang berjumlah 978,248 ribu orang yang terdiri dari berbagai
kaum. Kehidupan penduduknya aman harmoni walaupun berbeza dari segi agama
dan kepercayaan serta budaya.
1
Menurut Haji Buyong Adil (1981), Negeri Sembilan bermaksud 'sembilan
daerah atau luak'. Negeri ini dinamakan sedemikian disebabkan pada suatu ketika
dahulu, negeri ini terdiri daripada sembilan daerah iaitu Sungai Ujong, Jelebu,
Johol, Rembau, Segamat, Naning, Kelang, Pasir Besar, dan Jelai. Namun begitu,
ada pula pendapat yang mengatakan bahawa nama Negeri Sembilan yang kekal
hingga sekarang ini adalah diambil dari nama 'Sembilan Negeri' yang diketuai
oleh 'Sembilan Penghulu' yang menabalkan Raja Melewar. Perkataan Negeri' di
pangkal huruf 'Sembilan' itu adalah diambil dari istilah yang lazim dipakai dari
tanah asal Minangkabau yang membawa pengertian satu kawasan atau daerah
yang kira-kira seluas luak atau mukim atau kampung, yang dipanggil oleh orang-
orang Minang sebagai 'Nagari'. Kini hanya terdapat tujuh daerah sahaja yang
tinggal iäitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau, Seremban dan
Tampin. (rujuk RAJAH 1)
2
RAJAH 1
1ý ý
. Z ý ti ý
ý
1FlElU tll, 7l6 (20 6%) (JU I0A07 fi 77XJ (A
"ý
', .
,,, 4ý. ý
ý sEREMeAN l K'JA: A nuH
96, Ill (IIJ%) (p ý 109, O42 (i61%) (10 261383 (38.01%) (º ýý d0 0I2 (5 77%) m
ir" 1
I(
Peta Negeri Sembilan
Lokasi kajian
Ekonomi Negeri Sembilan pada dasarnya adalah bergantung pada
industri asas tani. Aktiviti pertanian ini adalah termasuk perladangan
getah dan kelapa sawit, ladang tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kira-kira 309,850 hektar digunakan untuk aktiviti pertanian.
Walaubagaimanapun, kestabilan beberapa komponen dalam industri
perladangan telah mendorong berkembangnya beberapa industri
pembuatan dan perkilangan dan secara pelahan-lahan telah mengambilalih
3
kebergantungan terhadap sektor pertanian dan seterusnya menjadi sektor
utama penyumbang kepada pembangunan ekomoni negeri. Kawasan
seluas 2,015 hektar telah digunakan untuk sektor perkilangan dan
pembuatan ini. Aktiviti-aktivti sektor ini adalah termasuk elektrik dan
elektronik, tekstil, perabot, industri kimia, permotoran dan produk
berasaskan getah. Kawasan perindustrian yang utama adalah di Senawang,
Sungai Gadut, Nilai, Taman Perindustrian Tuanku Jaafar dan Tanah
Merah di Port Dickson. (sumber: Jabatan Penerangan Malaysia Cawangan
Negeri Sembilan).
Menurut Gullick (1916), sejarah awal Negeri Sembilan telah
bermula sekitar tahun ke 15 dan 16 Masihi apabila para imigran dari
Minangkabau, Sumatera telah berhijrah ke Tanah Melayu melalui Melaka
dan sampai ke Rembau. Mereka ini lebih bertamadun daripada penduduk
asal iaitu Orang Ash, dan berjaya tinggal secara damai dengan mereka.
Maka berlakulah pemikahan antara orang-orang Minangkabau dengan
penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda.
Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila
hendak memilih seorang pemimpin maka hanya mereka dari suku
Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minang telah mendiami
daerah Naning, Sungai Ujong dan Rembau di mana pada ketika itu
wilayah-wilayah tersebut dikuasai oleh Empayar Johor-Riau. Empayar
tersebut kemudiannya mengalami kememsotan ekoran kebangkitan
4
Pusat Khidmat Maklumat Alcademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Empayar Kesultanan Bugis di Melaka dan menyebabkan berlakunya
pemberontakan di daerah Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Ulu Muar.
Rentetan peristiwa itu, penduduk-penduduk di wilayah terbabit telah
menjemput pemerintah dari Istana Pagar Ruyong, Sumatera iaitu Raja
Melewar untuk ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan yang pertama pada tahun 1773 di Kampung Penajis, Rembau
oleh Datuk-datuk Penghulu Luak (waktu itu belum bergelar Undang).
Menurut Haji Buyong Adil (1981), sebelum itu walaupun Negeri
Sembilan di bawah pemerintahan Sultan Johor, tetapi Luak-luak di Negeri
Sembilan ini adalah di bawah pentadbiran Penghulu masing-masing
dengan dibantu oleh Lembaga dan Buapak. Sistem pentadbiran negeri
dapat dikatakan satu pemerintahan yang bercorak demokrasi yang
berbentuk tear system. Perfiilangan ada menyebutkan seperti
perumpamaan berikut:
'Bulat anak buah manjadikan Buapak
Bulat Buapak menjadikan Lembaga
Bulat Lembaga menjadikan Penghulu
Bulat Penghulu menjadi Raja'
5
Perbilangan ini membuktikan kebenaran tersebut. Manakala sistem
pentadbiran pula turun dari atas iaitu Raja, Penghulu, Lembaga dan
Buapak. Buapak yang memiliki anak buah menyampaikan segala perintah.
Itulah yang disebutkan dalam perbilangan adatnya:
'Berjenjang naik, bertangga turun'.
Negeri ini semakin maju dan makmur apabila bijih timah dijumpai.
Walaubagaimanapun, penemuan ini telah membawa kepada berlakunya
pergaduhan dan rusuhan di Sungai Ujong, Rembau dan Jelebu sehingga
memaksa pihak British campurtangan. Pihak British akhirnya telah
membawa negeri ini menjadi sebuah negeri Melayu Bersekutu pada tahun
1994 dan menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu dan
diperintah oleh raja yang bergelar Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan.
Para imigran dari Minangkabau telah membawa bersama mereka
Adat Minangkabau iaitu satu sistem sosial dari kebudayaan yang telah
sebati dalam kehidupan mereka seharian yang diwarisi daripada nenek-
moyang mereka terdahulu yang terdiri daripada dua laras iaitu Laras Koto
Piliang yang dipimpin oleh Datuk Katumanggungan manakala Laras Bodi
Caniago dipimpin oleh Datuk Pepatih Nan Sebatang. Konsep adat ini
ialah demokrasi dan pennuafakatän dan tidak bertentangan dengan agama
6
Islam, sesuai dengan kata-kata adat yang berbunyi begini `adat bersendi
syarak dan syarak bersendi Kitabullah' yang bermaksud, adat
Minangkabau adalah bersendikan hukum Islam dan hukum Islam adalah
bersendikan Al Qur'an.
Menurut Yaakub Idrus (1996), Adat Pepatih yang diamalkan di
Negeri Sembilan sekarang adalah berbeza dengan Adat Minangkabau.
Adat Pepatih yang dikenali di Negeri Sembilan sekarang ini adalah sistem
bercorak matrilineal di mana pewarisan suku adalah dari suku ibu. Jika
ibunya suku Biduanda maka semua anaknya menjadi suku Biduanda; si
bapa atau suami adalah dianggap keluarga pendatang, dan dikenali sebagai
orang semenda dan dia harus tinggal di rumah mentua atau di rumah atau
tanah pusaka isterinya. Perkahwinan pula hendaklah dengan orang luar
suku. Terdapat 12 suku di dalam sistem Adat Pepatih iaitu suku Biduanda
(Dondo), Batu Hampar (Tompar), Paya Kumbuh (Payo Kumbuh),
Mungkal, Tiga Nenek, Seri Melenggang (Somolenggang), Seri Lemak
(Solomak), Batu Belang, Tanah Datar, Anak Acheh, Anak Melaka dan
Tiga Batu.
Dalam masyarakat Adat Pepatih, pewarisan harta seperti rumah
dan tanah, lazimnya diberikan kepada anak perempuan. Pewarisan pangkat
atau gelaran Undang, Lembaga, Buapak dan sebagainya adalah kepada
7
anak lelaki si ibu. Anak-anak lelaki bertanggungjawab menjaga saudara-
saudara perempuan dan tanah pusakanya. Lelaki berkuasa untuk
mentadbir dan perempuan menerima pusaka sebagai pemegang amanah,
tetapi bukan sebagai pemilik yang mutlak. Kata pemutus tetap pada
saudara lelaki dan ketua-ketua sukunya.
8
1.1.2 RUMAH BUMBUNG PANJANG NEGERI SEMBILAN
Secara umumnya, rumah Melayu tradisional adalah sama di semua
negeri iaitu terdiri daripada pelbagai struktur dan pembahagian ruang
seperti anjung, serambi, rumah ibu, kelek anak, dan dapur. (rujuk RAJAH
2). Menurut Abdul Halim Nasir (1985), rumah bumbung panjang Negeri
Sembilan mempunyai bumbung panjang iaitu jenis yang mempunyai satu
perabung yang mempunyai tulang perabung yang lentik, memanjang dari
kiri ke kanan atau arah hulu ke hilir selari dengan jalan atau sungai (rujuk
RAJAH 3 dan RAJAH 4). Bumbungnya mempunyai lentik yang
bervariasi. Semua bumbung adalah beratap curam di bahagian rumah ibu,
tetapi mendatar sedikit di hujung cucur atapnya untuk menyamakan
dengan dengan sudut atap serambi dan kelek anak (rujuk RAJAH 5 dan
RAJAH 6). Atap serambi dan kelek anak ini adalah terpisah daripada atap
bumbung tumah ibu. Di perantaraan ini biasanya dibubuh papan gendeng
atau papan cantik yang diukir.
Selain itu, pada hujung dan pangkal bumbung yang berbentuk segi
tiga seperti huruf `A' besar, ditutup dengan papan atau lain-lain seperti
buluh beranyam kelarai atau zink dan sebagainya. Tutup dinding ini
dinamakan tebar layar. Bentuk tebar layar im biasanya dua tingkat dan
condong ke dalam dan kaki tebar layar ini letaknya adalah terkeluar dari
dinding antara 1-2 kaki, bertujuan menahan dinding daripada tempias
9
hujan. Tingkat pada tebar layar ini adalah untuk menjadi salir angin yang
kadangkala diukir atau dibubuh kisi-kisi. (rujuk RAJAH 7)
RAJAH 2
m
*. -it ýie 4-th +-ta t-tm -r-u1 1-t. M -ý_ 4--- ate
Pembahagian ruang dalam Rumah Melayu Tradisional
10
RAJAH 3
Rumah bumbung panjang Negeri Sembilan (pandangan hadapan)
RAJAH 4
Rumah bumbung panjang Negeri Sembilan (pandangan tepi)
11