FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG USAHAWAN WANITA
BERNIAGA DI PASAR BESAR TANAH MERAH, KELANTAN
AMRAN BIN DAUD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG USAHAWAN WANITA
BERNIAGA DI PASAR BESAR TANAH MERAH, KELANTAN
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
Saya AMRAN BIN DAUD (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
CATATAN
: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau
disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
Pengesahan Penyelia
“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
* Potong yang tidak berkenaa
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG USAHAWAN WANITA
BERNIAGA DI PASAR BESAR TANAH MERAH, KELANTAN
AMRAN BIN DAUD
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian
Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Unuversiti Teknologi Malaysia
2004
ii
iii
DEDIKASI
Assalamualaikum w.b.t Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Buat kedua ibu bapaku,
Budi dan jasa yang terhingga banyaknya, Hanya Tuhan yang membalasnya.
Buat isteri dan anak-anakku,
Kalian adalah sumber ispirasi ku.
Buat abang dan adik-adik, Dorongan dan sokongan kalian menjadi semangat buatku.
“Semoga Allah mencucuri kita semua dengan Rahmat dan Keberkatan”
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji
kehadrat Allah, Tuhan yang memiliki semesta alam. Selawat dan salam ke atas
Junjungan Nabi Muhammah S.A.W. Ucapan syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa
krana telah memberiku kekuatan bagi menyempurnakan penyelidikan ini. Setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Yusri Bin Kamin
selaku penyelia projek di atas usahanya memberi bimbingan dan tunjukajar, nasihat
dan idea yang membina sepanjang menyiapkan projek ini.
Penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada Prof. Madya Dr. Widad Bte
Otman selaku pensyarah Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional serta En. Shahrin
bin Hashim yang telah memberikan sumbangan dari segi idea yang berguna dalam
menyiapkan projek ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Pegawai Majlis Daerah Tanah Merah, Negeri
Kelantan dan para usahawan di atas kerjasama yang telah diberikan. Seterusnya,
ucapan terima kasih kepada kaum keluarga, sahabat handai serta rakan-rakan
seperjuangan yang banyak memberikan sumbangan sama ada idea dan semangat
sepanjang menyiapkan kajian ini.
Sekian,
Yang benar,
Amran bin Daud
v
ABSTRAK
Peranan usahawan dalam pembangunan ekonomi masyarakat dan negara sudah
tidak dapat dinafikan lagi. Tujuan kajian ini dijalankan adalah mengenalpasti faktor-
faktor yang mendorong usahawan wanita berniaga di Pasar Besar Tanah Merah,
Kelantan. Objektif kajian adalah untuk mengkaji faktor minat, mengubah nasib
keluarga, keuntungan dan kepuasan diri menjadi pendorong usahawan wanita berniaga
di Pasar Besar Tanah Merah. Kajian ini menggunakan 196 orang sebagai sampel yang
mewakili 389 keseluruhan populasi. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah
menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik
deskriptif frekuensi dan peratusan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal
selidik yang mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian A merangkumi latar belakang
responden dan bahagian B adalah menjawab persoalan kajian. Hasil soal selidik
dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS ver. 11.0. Hasil kajian
secara keseluruhannya menunjukkan kesemua faktor seperti minat, mengubah nasib
keluaga, keuntungan dan kepuasan diri menjadi pendorong usahawan wanita
menjalankan perniagaan. Walau bagaimanapun faktor pendorong ini perlu
digabungkan dengan ciri-ciri keusahawanan supaya usahawan wanita dapat
memperluaskan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
vi
ABSTRACT
It is udeniable that entrepreneurs play a significant role in nation’s and
society’s. The purpose of tihis study is to identify the contributing factors that attract
women entrepreneur to participate in business in Pasar Besar Tanah Merah, Kelantan.
The objectives of this study is to evaluate whether or not interest factor, changing a
family’s fate, frofit and self satisfaction serve as a motivator for these womento get
onvolve in business in Pasar Besar Tanah Merah. There are 196 samples that
represent the total of 389 population. The reserch methodology employed in this
reserch is based on descriptive observation. Descriptive statistics has been used in
order to assess the frequency and the percentage. Questionaire has been used as the
research instrument. The questionaire is devided into 2 sectios that are section A;
Respondent background and section B; Reserch question. The data is analysed by
SPSS ver. 11.0. Reserch shows that all the factors mentioned above play a significant
role in motivating/ attracting women entrepreneurs in Pasar Besar Tanah Merah,
Kelantan to get involved in business. However, these 4 factors need to combined with
the entrepreurship chatacteristic so that women entrepreneur could widen up their
business to the highest point.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
STATUS PENGESAHAN TESIS
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
viii
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan kajian 7
1.8 Definisi Terminologi 7
BAHAGIAN DUA
SOROTAN PENULISAN
BAB II SOROTAN PENULISAN 10
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Usahawan dan Keusahawanan 11
2.3 Ciri-ciri Asas Keusahawanan 14
2.3.1 Mengenal Pasti Peranan 15
2.3.2 Berkemampuan 15
2.3.3 Bermotivasi 15
2.3.4 Kesediaan Melakukan Perubahan 16
2.4 Pengetahuan Keusahawanan 16
2.5 Sikap 19
2.6 Etika Pengurusan Perniagaan 23
2.7 Faktor-faktor Yang Mendorong Usahawan
Menceburkan Diri Dalam Bidang Keusahawanan 25
2.7.1 Minat 26
2.7.2 Mengubah Nasib Keluarga 27
2.7.3 Keuntungan 28
2.7.4 Kepuasan Diri 29
ix
2.8 Kesimpulan 30
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Tempat Kajian 32
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 32
3.5 Instrumen Kajian 33
3.6 Kajian Rintis 35
3.7 Prosedur Kajian 37
3.8 Analisa Data 37
BAHAGIAN EMPAT
ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN 41
4.1 Pengenalan 41
4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 41
4.2.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Umur 42
4.2.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Status Perkahwinan 43
x
4.2.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Taraf Pendidikan 43
4.2.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Pengalaman Berniaga 44
4.2.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Jenis Hak Milik Perniagaan 45
4.2.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Bilangan Ahli Keluarga 45
4.2.7 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Pendapatan Isi Rumah 46
4.2.8 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Pernah Hadir Kursus Keusahawanan 47
4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 47
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 48
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 50
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 51
4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 53
4.4 Rumusan Analisis Data Persoalan Kajian 55
BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN 56
5.1 Pengenalan 56
5.2 Rumusan Kajian 57
5.2.1 Rumusan Analisis Faktor Demografi 57
5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 58
xi
5.3 Perbincangan 59
5.3.1 Perbincangan Faktor Demografi 59
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 61
5.3.2.1 Faktor minat 61
5.3.2.2 Faktor mengubah nasib keluarga 62
5.3.2.3 Faktor keuntungan 62
5.3.2.4 Faktor kepuasan diri 63
5.4 Kesimpulan 64
5.5 Cadangan 65
5.5.1 Usahawan dan Bakal Usahawan 66
5.2.2 Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) 66
5.5.3 Agensi-agensi Kerajaan Yang Berkaitan 66
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 67
5.7 Penutup 67
BIBLIOGRAFI 68
LAMPIRAN
Lampiran A – C 75 - 80
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Kandungan Soal Selidik 34
3.2 Skala 5 Pemeringkatan 35
3.3 Penggunaan Statistik Bagi Setiap Persoalan
Kajian 38
3.4 Perubahan Skala 5 Pemeringkatan 39
3.5 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 39
4.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Umur 42
4.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Status
Perkahwinan 43
4.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut Taraf
Pedidikan 43
4.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Pengalaman Berniaga 44
4.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jenis
Hak Milik Perniagaan 45
4.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut Bilangan
Ahli Keluarga 45
4.7 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Pendapatan Isi Rumah 46
xiii
4.8 Taburan Peratusan Reponden Mengikut Pernah
Hadir Kursus Keusahawanan 47
4.9 Analisis Kekerapan dan Peratusan Responden
Yang Menjawab Item Bagi Aspek Minat 49
4.10 Analisis Kekerapan dan Peratusan Responden
Yang Menjawab Item Bagi Aspek Mengubah
Nasib Keluarga 51
4.11 Analisis Kekerapan dan Peratusan Responden
Yang Menjawab Item Bagi Aspek Keuntungan 52
4.12 Analisis Kekerapan da Peratusan Responden
Yang Menjawab Item Bagi Aspek Kepuasan Diri 54
4.13 Rumusan Analisis Peratusan Persoalan Kajian 55
xiv
SENARAI SINGKATAN
CGC - Perbadanan Kemajuan Kredit
MARA - Majlis Amanah Rakyat
MDTM - Majlis Daerah Tanah Merah
PDPN Pusat Daya Pengeluaran Negara
SPSS - Statistical Package For Social Science
UDA Perbadanan Pembangunan Bandar
UPTM - Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga
Manusia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 75
B Surat Kepada Peniaga 76
C Soal Selidik 77
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dalam Islam, bidang perniagaan merupakan sumber untuk mendapatkan
rezeki yang paling penting sekali. Bidang ini merupakan suatu ibadat yang mulia
seperti yang ditegaskan oleh Allah S.W.T. menerusi firmanNya yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan harta di antara sesama kamu dengan jalan yang salah kecuali dengan
perantaraan perniagaan yang dilakukan dengan cara suka sama suka di antara kamu.”
(Surah An-Nisa’ : 29)
Dalam surah lain Allah berfirman yang bermaksud:
“Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”
(Surah Al-Baqarah : 275)
Menurut Sayyid Qutb (2000), perniagaan merupakan perantara di antara
pihak perindustrian dengan pihak pengguna. Ia bertugas melaris dan memasarkan
barangan serta boleh menambahkan kepelbagaian penggunaan barangan itu bagi
kemudahan orang ramai untuk mendapatkannya. Oleh itu ia memberi perkhidmatan
kepada dua pihak (pihak perindustrian dan pihak pengguna). Melalui perkhidmatan
ini pelbagai faedah dapat diperolehi, namun begitu ianya tidak boleh lari dari risiko
2
kerugian atau mendapat keuntungan. Untuk memperolehi faedah daripada
perniagaan ini aspek kemahiran, usaha dan kerajinan perlu diutamakan.
Bidang keusahawanan merupakan penyumbang terbesar dalam
tanggungjawab menukar cara hidup masyarakat dunia. Ianya juga membawa
perubahan dari segi pertumbuhan ekonomi, kemantapan sumber pekerjaan serta
segala teknologi baru yang melibatkan kualiti penghidupan manusia. Di dalam
hadis Nabi juga ada menceritakan tentang sembilan daripada sepuluh sumber rezeki
adalah datangnya dari perniagaan.
Yep Putih (1985) telah menghuraikan kepentingan usahawan kepada
sesebuah masyarakat dan negara. Menurut beliau, usahawan ialah seseorang yang
memikirkan cara-cara untuk menyatukan tenaga manusia dengan modal dan tanah
bagi menghasilkan kerja yang bermutu.
Isu keusahawanan telah berkembang di Malaysia selepas perlaksanaan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. Matlamat utama DEB adalah untuk
mengurangkan dan membasmi kemiskinan serta mempercepatkan proses menyusun
semula masyarakat Malaysia supaya ketidakseimbangan dalam ekonomi dapat
diperbetulkan. Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah mengambil
beberapa langkah positif untuk meningkatkan penglibatan kaum Bumiputera dalam
bidang perdagangan dan perindustrian. Menurut Mohd. Amir Sharifuddin (1992),
kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah untuk mencapai matlamat tersebut
iaitu:
1. Semua projek kerajaan diwajibkan memperuntukkan 30% daripada jumlah
penyertaan untuk pengelibatan Bumiputera.
2. Menubuh dan mengembangkan peranan agensi-agensi kerajaan seperti
MARA, UDA, PERNAS, PDPN dan CGC.
3. Menghantar usahawan untuk menjalani latihan keusahawanan di dalam dan
diluar negeri.
3
4. Menyusun semula kurikulum mata pelajaran Perdagangan di sekolah-
sekolah dengan menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam mata pelajaran
tersebut mulai bulan Januari 1985.
Menurut Nor Aishah (2002), dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 –
2000), salah satu daripada cabaran Wawasan 2020 yang digariskan ialah usaha
membina sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang
berdaya saing dan berdaya maju. Hasil daripada ini telah menggerakkan ramai
wanita untuk meceburkan diri secara aktif dalam dunia keusahawanan. Sehingga
kini, tanggapan masyarakat terhadap penglibatan usahawan wanita dalam bidang
perniagaan dan perdagangan bertambah positif serta menggalakkan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kepesatan sesebuah negera banyak bergantung kepada usaha perniagaan
yang dijalankan. Perniagaan yang dijalankan oleh usahawan banyak membantu
meningkatkan ekonomi sesebuah negara. Usahawan mesti membangunkan diri dan
perniagaan mereka untuk bersaing diperingkat yang lebih tinggi. Usahawan perlu
bersaing dari segi barangan dan perkhidmatan yang diberikan. Ini akan memberi
manfaat kepada pengguna agar dapat membuat pilihan barangan dan mendapat
perkhidmatan yang terbaik.
Terdapat banyak faktor mengapa usahawan menceburkan diri di dalam dunia
perniagan. Salah satu daripadanya ialah faktor minat. Ini dapat dibuktikan menerusi
kata-kata Saiful Azli dalam Utusan Malaysia, 1Julai 2003:
“Disebabkan minat, saya tidak teragak-agak untuk serius dalam bidang ini dan saya yakin jika seseorang itu sedia bekerja keras dan bekorban tenaga serta masa, bidang perniagaan pasti men- janjikan masa depan yang cerah”
4
Menurut beliau lagi, pulangan yang tinggi akan diperolehi melalui perniagaan jika
diiringi dengan usaha yang gigih.
Sesetengah individu yang menceburi bidang perniagaan sebenarnya sudah
terlibat dengan kerja-kerja lain, misalnya kerja makan gaji di sektor awam atau
swasta. Mereka juga pernah bekerja sendiri dalam berbagai-bagai bidang seperti
pertanian, perusahaan kraf tangan, perikanan dan lain-lain kerja yang bukan
perniagaan. Hasil kerja yang diperolehi tidak diniagakan sendiri tetapi hanya
menawarkan khidmat sebagai pekerja kepada pihak lain. Namun begitu mereka
tidak bebas, perasaan tidak puas hati timbul dari segi pendapatan dan terpaksa
bekerja di bawah arahan orang lain. Ini membuatkan mereka ingin cuba membuka
perniagaan sendiri. Seandainya mereka tidak lagi makan gaji tetapi menghasilkan
barang sendiri seperti petani, nelayan, pembuat kraf tangan atau pengusaha
memproses makanan secara keci-kecilan, mereka boleh berniaga terus di pasaran
tanpa melalui orang tengah yang di anggap sebagai ‘lintah darat’ kepada mereka.
Ada juga usahawan yang menceburi bidang perniagaan kerana keadaan yang
memaksa, contohnya tidak mempunyai pekerjaan disebabkan tidak ada kelulusan
atau memiliki kelulusan yang tidak sesuai. Atas desakan hidup serta keluarga atau
kawan-kawan maka individu itu mula berniaga sama ada secara kecil-kecilan atau
besar-besaran bergantung kepada modal, kemampuan, pengalaman dan sokongan
orang disekelilingnya. Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang belum pulih
sepenuhnya ketika ini, terdapat ramai pekerja yang dibuang kerja dan ramai
pemegang ijazah dan diploma yang masih menganggur (pada awal tahun 2002,
terdapat lebih kurang 40,000 orang siswazah yang menganggur) (M. B Muda et. al,
2003). Oleh yang demikian ianya mendorong penganggur-penganggur ini
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sebagai satu ‘keadaan yang
memaksa’ kerana peluang kerja makan gaji adalah terhad.
Dalam bidang ekonomi, wanita tidak melepaskan peluang untuk turut
menyumbangkan tenaga bagi memeriahkan lagi bidang keusahawanan. Di negeri-
5
negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia, kebanyakan peniaga yang berniaga di
pasar-pasar besar adalah tergolong daripada usahawan wanita. Di dalam negeri
Kelantan, usahawan yang berniaga dipasar-pasar besar setiap daerah majoritinya
adalah golongan wanita. Menurut Nor Aishah (2002), pada pertengahan abab ke-
19, wanita Kelantan telah memulakan usaha berniaga di pasar. Kaum lelaki pula
menjadi nelayan, menukang perahu dan mencipta berbagai-bagai jenis alat
menangkap ikan.
Merujuk data daripada Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), menunjukkan
keseluruhan perniaga di Pasar Besar Tanah Merah adalah seramai 600 orang.
Peniaga wanita adalah seramai 425 orang. Daripada jumlah peniaga wanita
tersebut, seramai 389 orang adalah peniaga Melayu dan peniaga bukan Melayu
adalah seramai 36 orang. Berdasarkan rekod ini kita dapat lihat bahawa peniaga di
Pasar Besar Tanah Merah, majoritinya ialah peniaga wanita. Ini menunjukkan
bahawa ada sebab-sebab dan faktor-faktor tertentu yang mendorong usahawan
wanita berniaga di Pasar Besar Tanah Merah. Kajian ini memberi tumpuan kepada
bilangan usahawan wanita yang berniaga di Pasar Besar Tanah Merah.
1.3 Pernyataan Masalah
Persoalan yang timbul adalah, apakah faktor-faktor yang mendorong
usahawan wanita menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Berdasarkan latar
belakang masalah yang telah diutarakan, pengkaji ingin melihat faktor-faktor yang
mendorong usahawan wanita berniaga di Pasar Besar Tanah Merah, Kelantan.
6
1.4 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini beberapa perkara yang menjadi persoalan kepada pengkaji
iaitu:
1. Adakah faktor minat menjadi pendorong usahawan wanita menceburkan diri
dalam bidang perniagaan?
2. Adakah faktor mengubah nasib keluarga menjadi pendorong usahawan
wanita menjalankan perniagaan?
3. Adakah faktor keuntungan yang menjadi pendorong usahawan wanita
menjalankan perniagaan?
4. Adakah faktor kepuasan diri menjadi pendorong usahawan wanita
menjalankan perniagaan?
1.5 Objektif Kajian
1. Mengenalpasti adakah minat yang mendorong usahawan wanita berniaga di
Pasar Besar Tanah Merah.
2. Mengetahui bahawa usahawan wanita berniaga demi mengubah nasib
keluarga.
3. Mengenalpasti sama ada usahawan wanita berniaga kerana ingin membuat
keuntungan yang berupa wang ringgit.
4. Mengetahui adakah kepuasan diri menjadi pendorong usahawan wanita
berniaga.