Download - esaimen
TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
ISLAM
IXEB 4103
TAJUK: TABLET
NAMA PENSYARAH : USTAZAH SALINA BT BUSRAWI
DISEDIAKAN OLEH :
CHE NUR RUWAIDAH AMNAH BINTI CHE MAT SIDEK IEB110008
NUR HAFIZAH BINTI AZMAN IEB110047
NURFATIMAH BINTI MOHIDIN IEB110056
Tugasan 1
Kepelbagaian Teknologi dewasa ini berkembang begitu pesat dan mempengaruhi
manusia dalam pelbagai bidang hidup. Sila kenalpasti peralatan/aplikasi teknologi yang dapat
dimanfaatkan bagi tujuan pendidikan dan dakwah. Berikan ulasan kritikal anda terhadap cara
penggunaannya dalam konteks pendidikan dan dakwah serta nyatakan kelebihan dan
kekurangannya.
a) Pengenalan kepelbagaian Teknologi dan pengaruhnya kepada masyarakat dunia hari ini.
b) Maklumat berhubung teknologi yang dikenalpasti sama ada peralatan / perisian / aplikasi
teknologi yang berkenaan (contoh: iPad – apakah itu iPad? / Media Sosial – apakah itu Media
Sosial? / dan lain-lain, computer / perisian powerpoint / aplikasi blog).
c) Ulasan secara kritikal berhubung cara penggunaannya dalam konteks pendidikan dan dakwah.
d) Kelebihan dan kekurangan peralatan / perisian / aplikasi teknologi yang dipilih.
e) Rumusan
A) KEPELBAGAIAN TEKNOLOGI DAN PENGARUHNYA
Pengenalan Teknologi
Dalam era dunia alaf baru 20-an kini, teknologi dan manusia serta sekelilingnya
adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Teknologi memainkan peranan yang amat
penting dalam kehidupan masa kini dan ianya mempunyai pengaruh yang amat luas.
Sebelum dibincangkan dengan lebih mendalam tentang tajuk ini, definisi teknologi ini
haruslah diteliti dan difahami.
Teknologi menurut kamus pelajar bermaksud ilmu tentang cara mencipta barang-
barang dalam perusahaan seperti bangunan, jentera dan lain-lain. Namun, menurut kamus
dewan edisi keempat pula memberi teknologi dalam dua definisi. Pertama, teknologi adalah
satu aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam
industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain. Kedua, teknologi adalah kaedah atau
proses menangani sesuatu masalah teknikal seperti maklumat teknologi yang berkaitan
dengan perolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik.
Teknologi adalah sesuatu yang boleh memudahkan kita dalam setiap pekerjaan
dari pelbagai sudut. Sebagai contoh, teknologi maklumat, teknologi sains, teknologi
komunikasi, teknologi tinggi dan sebagainya. Penggunaan teknologi juga semakin tersebar
luas dengan adanya rangkaian internet.Teknologi juga sangat membantu terutamanya dalam
bidang pendidikan jika ia dimanfaatkan sebaiknya.
Penggunaan teknologi yang semakin pesat dalam dunia pendidikan khususnya
seperti media massa, media elektronik dan juga bukan elektronik. Jika pada zaman 90-an,
penggunaan teknologi ini tidaklah terlalu tinggi dan bukan menjadi satu masalah jika kita
tidak tahu atau memiliki teknologi ini. Namun, peningkatan dan penggunaan teknologi
seperti cendawan tumbuh selepas hujan menjelang abad ke 20. Hampir semua lapisan
masyarakat memiliki teknologi tidak kira sama ada teknologi tinggi atau rendah dan
semuanya mahir dalam penggunaannya.
Perubahan zaman yang pesat menyebabkan manusia juga harus berubah mengikut
peredarannya. Teknologi ini telah membuktikan dengan menyebarkan pengaruhnya ke
seluruh pelusuk bumi. Hal ini kerana, untuk bersama setanding dengan orang lain, setiap
daripada lapisan masyarakat hendaklah mempunyai ilmu mereka sendiri dalam penggunaan
teknologi ini supaya tidak ketinggalan. Secara tidak langsung, penggunaan telefon bimbit
contohnya bukanlah menjadi satu kehendak pada masa kini namun adalah sebagai satu
keperluan setiap orang. Di samping itu juga, menyelusuri zaman ini penggunaan internet
dalam kalangan setiap lapisan masyarakat juga semakin tinggi dan tidak mustahil ianya akan
menjadi satu keperluan pada masa akan datang.
Secara keseluruhannya, kepelbagaian teknologi ini amat penting pada masa
sekarang dan akan datang serta pengaruhnya amat mudah tersebar luas ke seluruh dunia di
atas permintaan ramai kerana banyak memudahkan urusan pelbagai pihak.
B) APAKAH ITU TABLET?
Tablet
Tablet PC atau lebih dikenali sebagai tab adalah salah satu alat yang digunakan dalam
teknologi masa kini. Ia adalah merupakan alat elektronik mudah alih yang berfungsi seperti
laptop, netbook atau notebook. Yang membezakannya adalah tablet ini mudah dibawa ke
mana saja kerana saiznya yang lebih kecil dengan ukuran dalam 7 hingga 9 inci yang mana
lebih memudahkan pergerakan seharian kita.
Tablet juga mempunyai perisian android sebagai sistem utama untuk menjalankan
berbagai aplikasi. Selain itu, tablet juga dibekalkan dengan wayar USB bagi membolehkan
tablet itu dicaj semula dan juga untuk mengambil atau memindahkan data dari laptop atau
komputer. Tablet bukanlah pengganti kepada komputer tetapi bagi melengkapkan dan
memudahkan fungsinya.
Tablet menggunakan touch screen sebagai fungsi utama dalam mengawal aplikasi di
dalamnya. Namun, ianya juga masih boleh menggunakan keyboard dan mouse tambahan jika
ingin membuat kerja seperti menulis dengan lebih pantas.
Tablet berfungsi dengan mempunyai teknologi internet yang menggunakan sistem
data ataupun “wireless” WiFi. Dengan itu, tablet mampu untuk menerima dan mengirim e-
mail, berinteraksi dalam jaringan media sosial, “chatting”, “video calling”, aplikasi GPS, e-
book dan sebagainya. Pelbagai lagi aplikasi yang boleh dimuat turun dalam tablet melalui
perisian android dengan “playstore” seperti mengedit gambar, video, “game”, dan apa-apa
yang diingini.
Selain itu, tablet juga mempunyai daya tahan bateri yang agak lama. Ianya juga boleh
membantu terutamanya dalam kalangan pelajar sebagai e-perpustakaan setelah memuat turun
aplikasinya dengan mudah dibawa kemana sahaja. Tidak ketinggalan bagi golongan kanak-
kanak, ianya juga mampu memberi hiburan kepada mereka disamping dapat
menggunakannya untuk pembelajaran.
Terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan produk tablet ini seperti Acer, Asus,
Samsung, Motorola dan lain-lain. Ini membuktikan banyak permintaan daripada orang ramai
terhadap alat teknologi tablet ini sebagai membantu memudahkan kehidupan seharian.
C) CARA PENGGUNAANNYA DALAM KONTEKS PENDIDIKAN DAN DAKWAH.
Seperti mana yang kita semua sedia maklum, penggunaan Tablet ini telah menjadi satu
trend dan kegilaan pada masa kini. Ianya seolah-olah telah memukau semua lapisan masyarakat
tanpa tertumpu kepada satu golongan tertentu sahaja. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan,
kami dapati bahawa di mana-mana sahaja pasti terdapat individu yang menggunakan tab samada
di kafetaria, pusat beli belah, perpustakaan, hatta di dalam majlis ilmu juga termasuklah di
masjid. Justeru, memandangkan cara penggunaannya yang pelbagai, ianya telah dianggap
sebagai satu alat teknologi pemudahcara yang canggih dan interaktif bagi sesuatu perkara dan
urusan di samping mempunyai kelebihan-kelebihan yang pelbagai.
Berbicara mengenai penggunaan tab dari aspek pendidikan, ianya memainkan fungsi dan
peranan dalam pelbagai bentuk dan cara. Antaranya ialah ianya merupakan satu gadget mudah
alih yang amat mudah digunakan di mana sahaja dan lebih fleksibel jika dibandingkan dengan
laptop. Selain itu, terdapat juga beberapa nilai tambah pada tab di mana pengguna yang terdiri
dari kalangan pelajar dapat menggunakan perisian-perisian pendidikan seperti Microsoft Words,
Microsoft Power Point, Microsoft Excel dan sebagainya. Perisian-perisian ini telah memberi
kemudahan besar kepada para pelajar kerana ianya bersifat fleksibel yang mana membolehkan
mereka menyelesaikan tugasan di mana sahaja mereka berada mengikut keselesaan dan kondisi
mereka. Contohnya, mereka dapat menyelesaikan tugasan ketika sedang menunggu bas, sebelum
kuliah bermula dan pelbagai situasi-situasi lain.
Selain itu, ianya juga memberi manfaat kepada pelajar dari sudut aplikasi tambahan yang
disediakan. Contohnya seperti kamus online dan internet downloader. Melalui aplikasi kamus
online, ianya memudahkan para pelajar untuk membuat carian sesuatu entri dengan mudah dan
pantas seperti mana yang telah disediakan oleh DBP (Dewan Bahasa Dan Pustaka) dan ianya
adalah percuma. Tuntasnya, dalam kalangan para mahasiswa khususnya dapat membuat carian
dengan pantas meskipun semasa mendengar kuliah disampaikan. Sementara itu, internet
downloader pula berperanan untuk memuat turun nota-nota, gambar-gambar serta video-video
yang berkaitan pendidikan seperti hasil penyelidikan perseorangan, hasil kaji selidik organisasi
atau jabatan tertentu, slide-share, PDF, dan sebagainya. Antara nilai tambah yang lain adalah
segala dokumen, artikel dan buku yang dimuat turun dapat menggantikan fungsi buku yang
sememangnya agak sukar untuk dibawa pada setiap masa.
Seterusnya, tab juga merupakan satu alat teknologi yang membolehkan manusia
berkomunikasi jarak jauh atau dalam erti kata lain, berkomunikasi atas talian. Realiti hari ini
menyaksikan bahawa manusia lebih berminat untuk berkomunikasi menggunakan aplikasi
telefon pintar seperti Facebook, Edmodo, Wechat, Instagram, WhatsApp, Tweeter dan pelbagai
lagi. Melalui aplikasi-aplikasi ini, ianya membolehkan para pelajar dan guru berhubung dan
berkomunikasi di luar waktu Pengajaran Dan Pembelajaran (PnP) samada untuk tujuan hebahan,
makluman mahupun perbincangan. Para pelajar juga boleh menyuarakan pendapat, mengadakan
perbincangan, bertukar pandangan, memberi galakan, cadangan dan kritikan yang membina
sesama mereka.
Di samping itu, tablet juga boleh digunakan untuk mengambil gambar serta merakam
video bagi tujuan pendidikan. Gambar dan video yang direkodkan dapat dijadikan sebagai bahan
bukti yang kukuh dalam apa jua penulisan, kajian dan penyelidikan yang dijalankan. Selain itu,
ianya juga boleh digunakan untuk tujuan perbincangan dan ulasan. Contohnya seperti gambar
mahupun video yang menunjukkan kes penderaan terhadap haiwan. Bahan tersebut boleh
dijadikan sebagai asas kepada diskusi ilmiah.
Akhir sekali, tablet juga boleh digunakan untuk menonton rancangan-rancangan
berbentuk ilmiah melalui Mobile-Tv seperti yang diunjurkan oleh RTM (Radio Televisyen
Malaysia) dan Astro menerusi TVIQ. Melalui aplikasi tersebut, para pelajar dapat mengikuti
perkembangan-perkembangan semasa di samping mengikuti proses PnP secara dalam talian.
Proses PnP dalam talian yang dimaksudkan adalah mengikuti sesi pembelajaran pintar yang
lengkap dengan set soalan, perbincangan dan lain-lain lagi seperti mana yang disediakan oleh
Astro Tutor UPSR, PMR, dan SPM.
Sementara itu, cara penggunaan tablet dalam bidang dakwah pula ialah dapat
mengeratkan silaturrahim di samping menyebarkan dakwah menerusi aplikasi-aplikasi telefon
pintar seperti mana yang telah disebut sebelum ini. Dengan adanya aplikasi-aplikasi tersebut,
para pengguna dapat membina perhubungan tanpa batasan ruang dan waktu meskipun berada di
negara atau lokasi yang berbeza. Justeru, melalui perhubungan tersebut maka tersemailah
ukhwah yang murni di samping menjadikannya sebagai medan dakwah yang baik. Sebagai nilai
tambah, para pengguna juga boleh berkongsi gambar-gambar dan video-video yang boleh
dijadikan sebagai ikhtibar dan teladan.
Seterusnya, tablet juga boleh dijadikan sebagai alat perakam yang mempunyai lensa
kamera yang lebih jelas bagi menghasilkan video yang berkuali tinggi di samping mempunyai
memori atau storage yang lebih besar berbanding dengan telefon mudah alih dan kamera biasa.
Antara contoh yang paling dekat adalah video rakaman ceramah Ustaz Azhar Idrus yang telah
menjadi viral pada masa kini. Mereka yang mendengar ceramah, forum, dan program-program
agama telah mengambil inisiatif bijak iaitu dengan merekod video seterusnya memuat naik ke
dalam internet menerusi youtube terutamanya. Ianya secara tidak langsung dapat berkongsi ilmu,
memberi kesedaran, memberi penjelasan terhadap sesuatu yang kabur di samping menarik
semula minat masyarakat di luar sana terhadap pendidikan dan penghayatan agama.
Akhir sekali, ianya juga berperanan sebagai satu medium dakwah yang baik dan bersifat
inovatif yang sama sekali bergerak seiring dengan kemajuan teknologi. Melaluinya manusia
dapat menyampaikan nasihat, pesanan, peringatan, dan teguran tidak kiralah samada dalam
bentuk penulisan, gambar mahupun video. Hal ini amat mustahak sekali kerana ianya merupakan
bahawa islam itu bersifat universal dan fleksibel serta tidak terikat dengan cara dakwah
tradisional sahaja seperti pengajian agama semata-mata.
D) KELEBIHAN DAN KEKURANGAN ANDROID TABLET
Kelebihan Android Tablet
Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa setiap ciptaan manusia itu pasti terdapat
kelebihan dan kekurangannya, begitu jugalah dengan tablet. Antara kelebihan yang wujud dalam
android tablet ini ialah ianya boleh dan sesuai digunakan untuk hiburan menerusi permainan
yang dimuat turun pada android tersebut. Kebiasaannya, orang dewasa lebih gemar memberikan
anak-anak mereka bermain android tablet ini berbanding gajet yang lain. Lebih-lebih lagi di
android ini mereka mereka dapat menentukan aplikasi apa yang dapat diakses oleh anak-anak.
Mereka juga boleh menghadkan tempoh penggunaan tablet dalam sistem atau hitungan jam.
Keduanya, setiap jenis tablet mempunyai fungsi dan kelebihannya yang tersendiri .
Misalnya tablet jenis galaxy note, galaxy pro dan galaxy tab S. Keluaran Samsung ini walaupun
ianya adalah daripada keluaran yang sama, namun wujud sedikit perbezaan dan kelainan fungsi
untuk setiap jenis tersebut. Contohnya kebelakangan ini dapat dikatakan bahawa tablet galaxy
note menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai kerana ianya hampir menyerupai smartphone
jika dibandingkan dengan kebanyakan gajet dan tablet yang lain yang mana lebih berorientasikan
kepada Personal Computer (PC). Ia juga mempunyai sokongan ‘stylus pen’ yang mana ia
memberi nilai kepada fungsinya dan kemudahan dalam berkomunikasi.
Manakala dari aspek fungsi-fungsi tambahannya pula, android tablet juga boleh
mengambil gambar, merekod dan merakam video dengan lebih jelas lagi, berkualiti HD (High
Definition), mudah, cepat dan efisien berbanding dengan laptop mahupun telefon bimbit.
Kemudahan tersebut menjadikannya sebagai suatu alat teknologi yang istimewa terutamanya
bagi penggemar seni fotografi termasuklah mereka yang gemarkan selfie.
Selain itu, tablet juga menyediakan pelbagai aplikasi yang menyokong pendidikan dan
pengetahuan. Fungsinya yang luas membolehkan sesiapa sahaja memuatnaik mahupun
memuatturun dokumen, artikel, gambar, video dan lain-lain bagi tujuan perkongsian dan
perbincangan dan pembelajaran. Ianya tidak terhad kepada pendidikan formal sahaja bahkan
ianya juga memberi pendedahan kepada orang ramai tentang isu-isu semasa menerusi akhbar
online dan blog-blog bebas seperti MalaysiaKini.my.
Di samping itu, tablet juga dilihat sebagai satu peranti atau alat teknologi yang
menghubungkan manusia menerusi komunikasi maya iaitu secara atas talian atau lebih dikenali
dengan online. Aplikasi popular seperti Facebook, Tweeter, Instagram, Wechat, WhatsApp dan
banyak lagi telah menjadi ikutan dan trend yang meluas tanpa mengira bangsa, warna kulit,
peringkat umur mahupun status sosial seseorang itu. Ianya amat relevan seiring dengan
kemajuan teknologi telekomunikasi seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.
Kelebihan yang lain adalah tablet merupakan gajet yang lebih ringan dan saiznya lebih
kecil berbanding laptop. Dengan ciri-ciri tersebut, ia telah menjadikannya sebagai satu alat
teknologi yang fleksibel dan memudahkan pengguna menggunakannya di mana sahaja mereka
berada di samping menyelesaikan urusan dengan hanya satu klik. Contohnya seperti pembayaran
bil, online banking, jual beli online dan sebagainya.
Akhir sekali, kelebihan paling utama yang ada pada tablet ialah ianya adalah sebagai satu
alat teknologi yang bersifat hiburan, santai, dan trendy. Ianya juga merupakan daya tarikan yang
utama masyarakat pada masa kini sehinggakan mendapat permintaan yang banyak dan konsisten.
Aplikas-aplikasi serta fungsinya yang multi-function membolehkan orang ramai menikmati
kemudahan tersebut dengan baik dan berfaedah. Penggunaannya yang santai, mudah, dan
serbaguna membolehkan seseorang itu sebagai satu alat untuk release tension, berhibur,
berkomunikasi, menjalankan urusan urus niaga dengan mudah serta menyelesaikan tugasan
dalam kondisi yang santai dan bersahaja.
Kelemahan Android Tablet
Antara kelemahan dan kekurangan tablet ialah dari aspek saiznya. Seperti mana yang kita
semua sedia maklum, tablet sememangnya bersaiz lebih kecil dari laptop, namun yang demikian
ianya juga tidak terikat dengan saiz yang khusus. Terdapat tablet yang mana saiznya agak besar
dan tidak padan dengan saiz poket. Maka adalah sukar untuk membawanya ke mana-mana dan
memerlukan beg khas atau beg yang lebih besar untuk menyimpannya.
Seterusnya ialah dari aspek ketahanannya. Sebagaimana gajet-gajet yang lain, tablet juga
termasuk dalam senarai gajet yang tidak berapa tahan lasak atau dalam erti kata yang lain adalah
sensitif dari aspek covernya dan pelindung skrinnya. Hal ini kerana, apabila tablet tersebut jatuh
dengan kuat atau kerap, maka ia boleh mendatangkan kerosakan dan skrin depannya samada
calar atau pun pecah. Seandainya tercalar, kemungkinan untuk ianya berfungsi masih ada
meskipun tidak setanding dengan keadaan asalnya. Namun seandainya pecah, maka peratusan
untuk ianya berfungsi dan boleh digunakan adalah amat rendah.
Manakala kelemahan dari aspek harga pula ialah tidak semua orang mampu memiliki
tablet yang tinggi harganya. Hal ini akan menjadikan tablet ini sebagai gajet yang hanya mampu
dimiliki oleh mereka yang berkemampuan sahaja. Walhal, seandainya harga tablet tersebut pada
harga yang berpatutan dan ramai yang mampu memilikinya. Justeru, terdapat segelintir
masyarakat yang sanggup berhabis dan mengikat perut semata-mata untuk memiliki gajet
idaman ini dan ianya secara tidak langsung membuktikan bahawa ianya merupakan satu gajet
yang mendapat perhatian dan sememangnya menjadi idaman orang ramai untuk memilikinya.
Selain itu, tab juga merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kecelaruan sistem
sosial dalam masyarakat. Meskipun ianya merupakan satu alat telekomunikasi yang baik yang
dilengkapi dengan aplikasi-aplikasi social, namun ianya hanya dapat mengeratkan perhubungan
yang jauh sahaja sementara merenggangkan hubungan orang yang hampir atau dekat dengannya.
Fenomena ini boleh dilihat di merata tempat terutamanya di kafetaria dan restoran-restoran.
Pelanggan-pelanggan yang hadir ke kafetaria dan restoran tersebut pada kebiasaannya daripada
kelompok-kelompok kecil yang terdiri daripada 2 orang atau lebih rakan sebaya, rakan setugas
mahupun ahli keluarga. Walaupun pada zahirnya mereka dilihat bergerak seiringan duduk di satu
meja yang sama, namun realitinya masing-masing sibuk dengan dunia gajet masing-masing.
Antara kelemahan atau kekurangan yang lain adalah kemudahan-kemudahan teknologi
yang disediakan menjadikan seseorang itu malas. Contohnya seperti urusan pembayaran bil,
perpustakaan online menjadikan pelajar malas untuk ke perpustakaan sebenar di samping
menanggung beban buku yang agak berat, tempahan makanan secara atas talian (pada
kebiasaannya restoran-restoran francais seperti McDonalds, KFC, Pizza Hut dan lain-lain), dan
pelbagai lagi. Menerusi kemudahan-kemudahan tersebut, manusia akan mulai mengambil ringan
tentang kualiti hidup yang sebenar-benarnya.
Seterusnya, dari aspek pengurusan masa pengguna juga dilihat kucar-kacir dan tidak
terurus. Mereka yang menggunakan gajet secara berlebihan lebih cenderung untuk
menghabiskan keseluruhan masanya dengan gajet kesayangannya secara optimum bermula dari
tersedar dari tidur sehinggalah kembali tidur atau beristirehat semula di malam hari. Dunia
mereka hanya diwarnai dengan kecanggihan teknologi yang melalaikan dengan perkara-perkara
yang tidak berfaedah. Contohnya adalah seperti mereka yang amat meminati game atau
permainan maya dan elektronik akan menghabiskan masa yang lama tanpa mereka sedari. Antara
contoh lain adalah di mana para pelajar mahupun kakitangan awam kerajaaan ataupun swasta
seringkali tertangkap dek kerana terlalu asyik melayan aplikasi-aplikasi sosial dalam waktu
bertugas. Ianya seolah-olah menjadikan seseorang itu ketagih kepada aplikasi-aplikasi yang
disediakan.
Akhir sekali, tab juga termasuk dalam senarai alat-alat teknologi yang paling banyak
disalahgunakan oleh pengguna. Kemudahan android membolehkan pengguna memuatnaik atau
memuatturun segala aplikasi dan bahan dari internet. Sebagai contoh, terdapat aplikasi yang
bercampur dengan unsur-unsur terlarang, unsur penipuan dan lain-lain lagi. Penggunaannya yang
tidak terhad atau unlimited acces amat membahayakan golongan kanak-kanak dari aspek
pembinaan kendiri kerana belum benar-benar tahu menilai yang baik dan yang buruk di samping
terlalu mudah terpengaruh dengan budaya-budaya yang tidak sihat. Bagi golongan dewasa pula,
ada di antara mereka yang gemar memuatnaik dan berkongsi gambar-gambar atau video yang
boleh mencetuskan spekulasi dan menjadi bualan hangat di alam maya bagi tujuan menarik
perhatian orang ramai dan ianya adalah amat tidak sihat dalam kerukunan system social di
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, dan susun lapis sosial.
E) RUMUSAN
Rumusan
Kesimpulannya, maka dapatlah disimpulkan di sini bahawa teknologi gajet ini
sebenarnya amat pesat dan cepat berkembang. Apa yang pasti ialah, ianya memiliki sifat pro dan
kontra iaitu positif dan negatif. Sekiranya pemiliknya menggunakan ke arah sesuatu yang betul,
maka ianya memberi manfaat kepada pemiliknya dan seandainya digunakan ke jalan yang salah
dan dengan cara yang salah maka tiada manfaat untuk penggunanya.
Oleh yang demikian, kebergantungan terhadap teknologi maklumat ini sememangnya
tidak dapat dinafikan, dielakkan dan ditahan kemajuan serta perkembangannya. Namun,
penggunaanya dalam kalangan kanak-kanak seharusnya dipantau bagi mengelakkan mereka
menggunakan aplikasi yang tidak sepatutnya. Bagi golongan dewasa pula, mereka disarankan
supaya menggunakan segala kemudahan teknologi secara berhemah dan terkawal.
Selain itu juga, adalah wajar untuk mengalakkan pengguna menggunakan tablet ini ke
arah sesuatu yang berfaedah dan memberi kebaikan serta manfaat. Perisian-perisian yang dimuat
turun itu perlulah juga ditapis-tapis dan ini adalah untuk mengelakkan pengguna melihat perkara
yang bukan-bukan dan tidak berfaedah.
Akhir kata, jadikanlah teknologi maklumat ini sebagai wadah dan alternatif sesuatu untuk
kemudahan dan bukannya asbab kepada kerosakan dan kemudaratan.
SEKIAN…