ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ
KOMUNITI ZON SELATAN
MOHD THAKIF SUBKHE BIN SUBARI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o
JUDUL: ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ
KOMUNITI ZON SELATAN
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya _ MOHD THAKIF SUBKHE BIN SUBARI mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR AZLAN BIN ABD LATIB Nama Penyelia 38 JLN HJ ABD KARIM 45100 SG AIR TAWAR SABAK BERNAM SELANGOR Tarikh: _____________ Tarikh: _________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
29 DISEMBER 2011 29 DISEMBER 2011
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrikal).”
Tandatangan :…………………………................
Nama Penyelia : DR. AZLAN BIN ABDUL LATIB
Tarikh :……………………………………
i
ERGONOMIK BENGKEL DAN CARA KERJA PELATIH (STE) KOLEJ
KOMUNITI ZON SELATAN
MOHD THAKIF SUBKHE BIN SUBARI
“Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(KEJURUTERAAN ELEKTRIK)”
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
DISEMBER 2011
ii
“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :…………………………................
Nama Penulis : Mohd Thakif Subkhe Bin Subari
Tarikh :……………………………………
iii
Dipanjatkan kesyukuran buatNya yang mengizinkan segala sesuatu.....
Untuk arwah ayah dan ibu tercinta,
Hj. Subari Bin Hj. Abd. Karim dan Hjh. Aliah Binti Saian
Doa, dorongan dan pengorbanan
mengiringi kehidupan dan kejayaanku
Terima Kasih ayah dan ibu.
Untuk seluruh Adik-beradik yang disayangi,
Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.
Untuk sahabat handai yang sentiasa disisi,
Terima kasih atas segala pertolongan, nasihat dan dorongan
serta perkongsian suka dan duka bersama.
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah diatas segala rahmat dan limpah kurniaNya tesis ini dapat
disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang.
Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia
projek sarjana muda, Dr. Azlan Bin Abdul Latib diatas bimbingan dan dorongan yang
diberikan sepanjang tempoh saya menyiapkan kajian ini tanpa mengenal erti jemu.
Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas
segala jasa baik yang telah diberikan.
Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada pihak pengurusan, tenaga
pengajar juga pelatih di kesemua kolej komuniti yang terlibat dalam kajian ini. Jasa dan
kerjasama yang diberikan amat saya hargai.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada individu yang terlibat sama ada
secara langsung atai tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Semoga Allah S.W.T
membalas segala bantuan yang telah dihulurkan.
v
ABTSRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap aplikasi prinsip ergonomik
bengkel dan cara kerja pelatih yang dilihat daripada persepsi pelatih yang sedang
mengikuti kursus Sijil Teknologi Elektrik (STE) di Kolej Komuniti Zon Selatan
Semenanjung Malaysia. Kaedah kajian yang dilakukan adalah berbentuk kuantitatif dan
kualitatif. Pengkaji menggunakan soal-selidik yang dibangunkan sendiri oleh penyelidik
dan melakukan catatan semasa membuat pemerhatian di kesemua bengkel yang terlibat
sebagai instrumentasi kajian. Sampel kajian terdiri daripada 248 orang pelatih STE di
empat buah kolej komuniti iaitu Segamat, Segamat 2, Masjid Tanah dan Jelebu yang
diperolehi secara rawak. Data mentah yang diperolehi kemudiannya dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package For The Social Sciences (SPSS+PC) untuk
mendapatkan kekerapan, peratusan dan min bagi melihat persepsi pelatih di kolej
komuniti. Analisis kebolehpercayaan kajian ini telah mencapai tahap yang sesuai bagi
menjalankan kajian, di mana nilai Alpha Cronbach ialah 0.87 dan bersesuaian dengan
objektif kajian yang dibentuk. Hasil kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa
tahap pengaplikasian prinsip ergonomik terhadap bengkel elektrik dan cara kerja pelatih
STE adalah berkedudukan yang sederhana. Penyelidik telah mencadangkan beberapa
saranan bagi membantu memperbaiki tahap aplikasi ergonomik terhadap bengkel dan
cara kerja pelatih supaya pelatih sentiasa berasa selesa dan selamat semasa menjalankan
kegiatan amali di dalam bengkel.
vi
ABTRACT
The purpose of this study was to determine the level of application ergonomics
principle and working trainees from the trainer perception of trainee who is pursuing a
certificate course in Electrical Technology (STE) in Community Collage South Zone of
Peninsular Malaysia. Method study was conducted using a quantitative and qualitative.
The questionnaires developed by the researchers and make a note when making
observation at all the workshop involved as Instrumentation of the studies. The sample
consisted of 248 trainees STE in four community college of Segamat, Segamat 2, Masjid
Tanah also Jelebu and measured using Likert scale. The data collected is then analyzed
using the Statistical Package For Social Sciences (SPSS PC +) to indicate the frequency,
percentage and mean for the trainer perception. Analysis of the reliability of this study
was to achieve an appropriate level to undertake a study, in which the Cronbach Alpha
value is 0.87 and in accordance with the established objectives of the study. The study
has shown that the application of ergonomic principle of workplace and ways of
working of trainee STE at a moderate level. Researchers have proposed several
recommendations to help improve application of ergonomics to the workshop to trainers
always feel comfortable and safe while carrying out practical activities in the workshop.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9
viii
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Definasi Istilah Kajian 11
1.9 Batasan Kajian 13
1.10 Kerangka Konseptual Kajian 14
1.11 Kesimpulan
15
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kewujudan Ergonomik 18
2.3 Masalah Ergonomik
2.3.1 Masalah Ergonomik di Industri
19
19
2.4 Fokus Ergonomik 21
2.5 Reka Bentuk Stesyen Kerja 22
2.6 Prinsip Kesesuaian Tempat Kerja
2.6.1 Ketercapaian Peralatan
2.6.2 Ruang Kerja
2.6.3 Ketinggian Kerja
2.6.4 Tempat Duduk
2.6.5 Tempat Penyimpanan Peralatan
23
24
25
25
26
28
2.7 Persekitaran Kerja
2.7.1 Pencahayaan
2.7.2 Kebisingan
2.7.3 Suhu
28
29
29
30
2.8 Ergonomik Cara Kerja 31
2.9 Kemudahan Tempat Kerja 32
2.10 Kajian –kajian Terdahulu 33
2.11 Kesimpulan 35
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 36
3.3 Prosedur Pengumpulan Data 37
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 38
3.5 Tempat Kajian 40
3.6 Instrumen Kajian
3.6.1 Bahagian A
3.6.2 Bahagian B
3.6.3 Bahagian C
40
41
42
43
3.7 Penganalisis Data 43
3.8 Kesahan Soal Selidik 45
3.9 Kajian Rintis 45
3.10 Keboleh Peccayaan 46
3.11 Kerangka Operasi Kerja 47
3.12 Prosedur Kajian 48
3.13 Kesimpulan 49
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 51
4.2 Analisis Data Bahagian A
4.2.1 Jantina
4.2.2 Bangsa
4.2.3 Pencapaian Akademik Tertinggi Pelatih
4.2.4 Semester Pengajian Responden
4.2.5 Kolej Komuniti
51
51
51
52
53
53
x
4.3 Analisis Data Bahagian B 54
4.4 Analisis Data Bahagian C 72
4.5 Analisis Anova 75
4.6 Rumusan Dapatan Kajian
4.6.1 Rumusan Soal Selidik
4.6.2 Rumusan Pemerhatian
84
84
86
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Ringkasan Kajian 87
5.2 Rumusan Dapatan Kajian
5.2.1 Rumusan Kajian Bahagian A
5.2.2 Rumusan Kajiab Bahagian B
5.2.3 Rumusan Kajian Bahagian C
5.2.4 Rumusan Kajian Bahagian Hipotesis Kajian
90
90
91
93
94
5.3 Perbincangan
5.3.1 Tahap Pengetahuan Pelatih Terhadap
Prinsip-prinsip Ergonomik
5.3.2 Tahap kepatuhan bengkel elektrik terhadap
prinsip kesesuaian tempat kerja
5.3.3 Tahap pencahayaan, kebisingan dan suhu
mematuhi prinsip persekitaran yang selamat
5.3.4 Tahap cara kerja yang dilakukan oleh
pelatih terhadap prinsip ergonomik
5.3.5 Kelengkapan asas di bengkel elektrik.
5.3.6 Model Ergonomik Penyelidik
94
95
97
100
102
105
107
xi
5.4 Cadangan
5.4.1 Cadangan kepada pengurusan dan tenaga pengajar
5.4.2 Cadangan kepada pereka susun atur bengkel
5.4.3 Cadangan Lanjutan
109
109
111
112
5.5 Kesimpulan 113
BIBLIOGRAFI 114
LAMPIRAN
119
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
2.1 Hubungan antara posture dan kesakitan pada
tubuh
32
2.2 Tahap pencahayaan, suhu dan kebisingan di
kilang elektronik.
34
2.3 Faktor penyebab berlakuknya MSDs di industri. 35
3.1 Taburan populasi dan sampel dalam kajian
penyelidik
39
3.2 Taburan item dalam soal selidik (Bahagian B) 42
3.3 Nilaian Skala Likert 43
3.4 Item pemerhatian. 43
3.5 Skala Min 44
4.1 Taburan responden mengikut jantina 51
4.2 Taburan responden mengikut bangsa 51
4.3 Taburan responden mengikut akademik 52
4.4 Taburan semester pengajian responden 53
4.5 Taburan responden mengikut Kolej Komuniti 53
4.6 Analisis tahap pengetahuan pelatih terhadap
prinsip ergonomik
55
4.7 Analisis tahap kepatuhan bengkel elektrik
terhadap prinsip kesesuaian tempat kerja
58
4.8 Analisis terhadap tahap pencahayaan,
kebisingan dan suhu mematuhi prinsip
persekitaran yang selamat.
63
xiii
4.9 Analisis terhadap cara kerja pelatih berdasrkan
prinsip-prinsip ergonomik.
67
4.10 Analisis pemerhatian kelengkapan asas bengkel
elektrik
72
4.11 Analisis tahap pengetahuan pelatih terhadap
prinsip-prinsip ergonomik di antara Kolej
Komuniti dengan.
75
4.12 Analisis kepatuhan bengkel elektrik terhadap
prinsip kesesuaian tempat kerja antara kolej
komuniti.
77
4.13 Analisis tahap pencahayaan, kebisingan dan
suhu di dalambengkel di antara Kolej Komuniti.
80
4.14 Analisis tahap cara kerja yang dilakukan oleh
pelatih di antara Kolej Komuniti
82
4.15 Rumusan analisis dapatan kajian. 84
4.16 Analisis pemerhatian terhadap keperluan asas
bengkel.
86
xiv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Konseptual Kajian 14
2.1 Masalah MSDs di AS pada pekerja
di industri
20
2.2 Sistem kerja 21
2.3 Hubungan antara kebolehan kerja
dan suhu
31
3.1 Kerangka Kerja 47
5.1 Model Ergonomik Penyelidik 107
xv
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN MUKA SURAT
1. LAMPIRAN A 119
2. LAMPIRAB B 121
3. LAMPIRAN C 140
4. LAMPIRAN D 143
5. LAMPIRAN E 152
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Industri di Malaysia semakin pesat dan rancak membangun. Perkara ini
menyebabkan negara sangat memerlukan tenaga mahir untuk memenuhi keperluan
industri. Selain dari itu, tenaga mahir yang tinggi akan membolehkan negara untuk
bersaing dengan negara-negara maju dalam bidang industri. Perkara ini sangat
penting untuk menyahut seruan Wawasan 2020 yang telah dilancarkan oleh Tun Dr
Mahathir Bin Mohamad semasa beliau masih memegang jawatan Perdana Menteri.
Hasrat negara untuk menjadi maju dan pengeluar teknologi memerlukan
tenaga mahir dan separa mahir yang benar-benar pakar dalam bidang teknologi dan
kejuruteraan. Justeru itu, sistem pendidikan teknologi yang wujud hari ini perlu
diberi penekanan kepada pelatih-pelatih teknologi agar mempunyai kepakaran yang
setanding dengan negara-negara maju.
“Mewujudkan masyarakat santifik dan prograsif, masyarakat
yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan,
yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menjadi
penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan”
(Sumber: Cabaran ke-enam Wawasan 2020, IEMEJ, Vol. 4, March 1996)
2
Sehubungan dengan itu pada 5 Julai 2000, satu memorandum telah dihantar
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada jemaah menteri berkenaan hasrat
mereka untuk menubuhkan kolej komuniti (KK) di setiap parlimen. Dalam
memorandum tersebut, telah dinyatakan bahawa Kolej Komuniti akan berperanan
untuk menyediakan keperluan kemahiran pada semua peringkat dan memberi
kemahiran buat pelatih lepasan sekolah menengah sebelum mereka masuk ke pasaran
kerja mahupun melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
Sejajar dengan kehendak pada masa kini kolej komuniti telah mewujudkan
Visi dan Misi mereka sendiri. Visi dan misi kolej komuniti telah menggambarkan
hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai lagi tenaga mahir yang mampu
menyumbang kearah kecemerlangan negara. Berikut merupakan visi dan misi
mereka:-
“Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi,
Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan
graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab
selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan”
“Mewujudkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua
peringkat masyarakat dengan tumpuan kepada latihan kemahiran dan
pembangunan potensi.”
(Sumber: Laman Sesawang http://www.jpkk.edu.my/)
Pada peringkat awal penubuhannya, kolej komuniti telah diselia oleh
Kementerian Pendidikan. Hasil rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana
Menteri dengan membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 (dua)
kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia. Maka pihak pengurusan kolej komuniti diambil alih oleh Jabatan
Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3
Pada peringkat permulaan pembukaan kolej komuniti, kerajaan telah
membuka sebanyak 10 buah kolej komuniti rintis. Kolej komuniti rintis ini
memulakan operasinya pada pertengahan bulan Jun 2001. Mengikut Rancangan
Malaysia Ke-9, lebih banyak kolej komuniti sedang dirancang pembinaannya secara
berfasa. Hasilnya, sebanyak 37 buah kolej komuniti telah dibina dan ia
menampakkan lagi kejayaan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
Kolej Komuniti banyak menawarkan kursus-kursus di peringkat sijil. Kursus
yang ditawarkan berperanan untuk memberi peluang kepada lulusan SPM atau
SPMV menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Konsep
pembelajaran dan penilaian kolej komuniti adalah berbeza dengan kebanyakan
Institut Pengajian Tinggi Tempatan kerana memberikan lebih penekanan kepada
praktikal (skill) berbanding teori semata-mata. Pada 14 Julai 2010, kursus-kursus
yang terdapat pada kolej komuniti telah mengalami satu revolusi baru. Pihak
Kementerian telah melancarkan Sistem Modular Kebangsaan (SMK). Dalam SMK
ini pelatih perlu menghabiskan lima modul untuk melengkapkan sijil mereka. Setiap
modul mengambil masa selama tiga ke enam bulan (Utusan Malaysia, 14 Julai
2010).
”Program jangka pendek Sijil Kemahiran Modular Kebangsaan adalah
antara inisiatif yang dirangka untuk pengukuhan institusi Kolej Komuniti selain
melaksanakan program memperkasakan program pembelajaran sepanjang
hayat dan mempergiatkan program perantisan.”
(Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Utusan Malaysian,
14 Julai 2010)
4
Kebanyakan kursus yang ditawarkan oleh pihak kolej komuniti akan
melibatkan semua pelatih mengikuti latihan amali di dalam bengkel. Lampiran A
menerangkan senarai kursus yang ditawarkan oleh kolej komuniti. Pelatih biasanya
akan menghabiskan masa mereka di dalam bengkel untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan tenaga pengajar. Oleh itu, keadaan dalam bengkel dan susun atur
peralatannya mestilah memenuhi ciri-ciri ergonomik untuk menjamin keselesaan dan
keselamatan pelatih semasa menjalankan amali.
Istilah ergonomik menurut Wilson (2000) membawa maksud sesuatu yang
berkaitan dengan rekabentuk situasi tempat kerja supaya sesuai dengan pekerja
semasa menjalankan aktiviti. Ergonomik seharusnya merangkumi tiga aspek utama
iaitu rekacipta stesyen kerja dan peralatan, mengenal pasti dan mengurangkan kerja
yang tidak selamat dan mengawal faktor persekitaran dan berkaitan organisasi.
Aplikasi utama ergonomik adalah meningkatkan moral pekerja, meningkatkan
produktiviti dan kualiti, mengurangkan kemalangan dan mengoptima penggunaan
masa.
Ergonomik merupakan satu kajian saintifik yang mengkaji hubungan antara
persekitaran tempat kerja dengan manusia untuk mengatasi pelbagai jenis risiko
bahaya terhadap para pekerja. Ianya meliputi aspek interaksi manusia dengan
penggunaan peralatan, keperluan dalam melakukan kerja dan juga faktor persekitaran
di tempat kerja (Buletin NIOSH, 2003). Ergonomik diaplikasikan di tempat kerja
agar kesihatan dan keselamatan pekerja terjamin kerana lazimnya pekerja tidak
menyedari bahawa mereka terdedah kepada pelbagai jenis risiko bahaya terhadap
kesihatan di tempat kerja seperti risiko kesihatan mental dan fizikal, bahaya
penggunaan bahan kimia, persekitaran kerja yang tidak selamat dan banyak lagi.
5
1.2 Latar Belakang Masalah.
Kolej komuniti merupakan sebuah kolej kemahiran yang baru sahaja
meningkat naik. Walaupun begitu, Kolej Komuniti telah mengeluarkan graduan
yang mahir dalam bidang teknikal dan teknologi. Menurut perutusan yang dibuat
oleh Mejar Prof Madya Kamarudin Kasim selaku Ketua Pengarah Kolej Komuniti,
graduan yang telah tamat pengajian mereka pasti akan berjaya menjadi salah satu
penyumbang tenaga mahir buat negara pada masa akan datang.
Hasil temubual tidak langsung yang telah dijalankan bersama beberapa
tenaga pengajar kolej komuniti, masih ada lagi kolej komuniti menumpang di rumah
kedai untuk menjalankan aktiviti kelas dan amali. Bangunan rumah kedai yang
dijadikan sebagai kolej komuniti ini sememangnya terlalu padat dan sempit. Struktur
yang sempit akan menyukarkan para pelatih bergerak semasa menjalankan amali di
dalam bengkel. Selain dari itu, bilik yang sempit sememangnya tidak sesuai untuk
dijadikan bengkel bagi pelatih menjalankan amali. Ini kerana setiap kolej komuniti
banyak menawarkan kursus-kursus yang berorentasikan amali. Keadaan ini menjadi
terlalu padat apabila semua pelatih menjalankan amali di dalam bengkel dalam satu
masa. Selain dari rumah kedai, menurut tenaga pengajar itu lagi ada juga kolej
komuniti yang telah mempunyai bangunannya sendiri. Bagaimanapun para
pelatihnya tidak melakukan kerja amali dengan mengaplikasikan sistem ergonomik
yang telah ditetapkan. Beliau juga ada menyatakan bahawa kebanyakan peralatan
yang terdapat di bengkel kolej komuniti tidak disusun dengan sempurna.
Syarat fizikal bengkel mestilah melibatkan kemudahan susunan peralatan,
penggunaan dan pengendalian ruang kerja, kepanasan, lampu, peredaran udara serta
pemeliharaan bengkel. Ini adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan (Nicholas dan Gorman, 1977). Untuk
mewujudkan suasana bengkel sebagaimana yang dikehendaki, bengkel perlu diurus
dengan bijak dan bersistematik. Ia melibatkan kerja-kerja menyusun dan
menyelenggarakan alatan, menjaga stok, membuat pembelian stok, memastikan
keselamatan pengguna, menentukan belanjawan yang sesuai dan banyak lagi. Untuk
6
mendapatkan fizikal bengkel yang selesa dan selamat ini, faktor-faktor ergonomik
sememangnya penting untuk diaplikasi oleh pihak-pihak yang bertanggung jawab.
Dalam artikel yang dikeluarkan oleh Shengli Niu (2010), masalah utama pada
tempat kerja atau bengkel yang tidak ergonomik adalah sistem kerja pengurusan
yang tidak sempurna dan tidak mengambil kira faktor-faktor yang boleh
mewujudkan risiko kemalangan. Menurut beliau lagi, masalah ini bukan hanya akan
menyebabkan kemalangan, tetapi juga boleh akan menyebabkan pekerja menghadapi
penyakit seperti gangguan musculoskeletal dan stres postural (disebabkan oleh duduk
lama, berdiri, atau kedudukan bercangkung). Masalah ini akan memudaratkan
pekerja pda jangka masa yang panjang,
Keselamatan di bengkel adalah merangkumi aspek fizikal, mental,
persekitaran, harta benda serta tempat kerja yang bebas daripada bahaya.
Kemalangan-kemalangan di bengkel yang sering terjadi adalah disebabkan oleh dua
faktor utama iaitu faktor manusia dan juga faktor fizikal. Menurut Azizi Ahmad
(2007), kemalangan yang berlaku ditempat kerja akan melibatkan berlakunya
kecederaan yang tidak terduga akibat dari kecuaian atau ketidak sengajaan pekerja
semasa melakukan tugasan yang diarahkan. Kebanyakan kemalangandan kecederaan
berlaku disebabkan mangsa terjatuh semasa bekerja.
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Oborne (1995), banyak bahagian
pada tubuh badan akan mengalami kecederaan dan kekejangan apabila melakukan
sesuatu kerja dalam keadaan yang tidak ergonomik. Antara bahagian badan yang
sering mengalami kecederaan dan kekejangan adalah seperti pergelangan tangan,
siku, bahu dan tapak kaki.
Di Malaysia, fenomena yang sama dipandang serius oleh semua pihak,
berdasarkan statistik dari Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO jumlah
kemalangan di tempat kerja meningkat dari 51,340 kes dalam tahun 1980 ke 95,000
kes dalam tahun 2000. Pada masa yang sama jumlah kematian juga meningkat
daripada 143 orang pada tahun 1980 ke 1004 orang pada tahun 2000. Timbalan
7
Menteri Sumber Manusia Senator Datuk Maznah Mazlan telah menyatakan bahawa
statistik kemalangan di tempat kerja pada tahun 2009 adalah seramai 67,000.
“Namun, apa yang menakutkan, daripada jumlah itu, kemalangan yang
berlaku di sektor perindustrian menunjukkan hampir semua kes yang dilapor
membabitkan kes kematian,”
( Datuk Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia,
Harian Metro, 12 Mei 2009 )
Sehubungan dengan keadaan ini, pihak yang bertanggung jawab kepada kolej
komuniti seharusnya menyediakan keadaan bengkel yang lebih ergonomik untuk
mengelakkan daripada berlakunya kemalangan kepada pelatih yang sedang
menjalankan aktiviti amali. Pihak yang menyediakan peralatan dan struktur untuk
setiap bengkel seharusnya mengetahui prinsip-prinsip bengkel yang ergonomik untuk
pelatih selesa menjalankan kegiatan amali.
1.3 Pernyataan Masalah
Tidak dapat dinafikan bahwa cabang ergonomik amat luas dan penting
terhadap keselamatan dan kesihatan seseorang individu. Walaupun ia selalu
dibincangkan dalam bidang industri, namun ianya turut boleh diaplikasikan dalam
kehidupan seharian lebih-lebih lagi berkaitan dengan keselamatan.
Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk mengetahui tahap aplikasi
ergonomik terhadap bengkel elektrik dan cara kerja di kalangan pelatih-pelatih
(STE) Kolej Komuniti di Zon Selatan Semenanjung Malaysia. Kajian akan
mengambilkira prinsip-prinsip ergonomik yang disarankan oleh ahli ergonomis
8
menerusi rekabentuk stesen kerja dan persekitaran kerja yang sesuai (selesa), selamat
dan tidak membahayakan pelatih.
1.4 Objektif Kajian
Untuk mencapai objektif kajian, setiap aspek perlu diteliti dan dihalusi.
Kajian ini dilakukan berdasarkan beberapa objektif penting. Objektif-objektif
tersebut ialah:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan pelatih tentang ergonomik stesen kerja
semasa melakukan kerja amali di bengkel.
2. Mengenal pasti tahap kepatuhan bengkel elektrik terhadap prinsip kesesuaian
tempat kerja.
3. Mengenal pasti tahap pencahayaan, kebisingan dan suhu di dalam bengkel
elektrik mematuhi prinsip persekitaran yang selamat.
4. Mengenal pasti tahap cara kerja yang dilakukan oleh pelatih terhadap prinsip
ergonomik.
5. Mengenal pasti samaada bengkel elektrik dilengkapi dengan perkara asas
sebuah bengkel mengikut prinsip ergonomik.
6. Menghasilkan 1 (satu) rangka teori model stesen kerja yang mengaplikasikan
prinsip-prinsip ergonomik.
9
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik merumuskan kepada tiga persoalan yang wajar
ditinjau iaitu:
1. Apakah tahap pengetahuan pelatih terhadap prinsip ergonomik?
Apakah tahap kepatuhan bengkel elektrik terhadap prinsip kesesuaian tempat
kerja?
2. Apakah tahap pencahayaan, kebisingan dan suhu mematuhi prinsip
persekitaran yang selamat?
3. Apakah tahap cara kerja yang dilakukan oleh pelatih terhadap prinsip
ergonomik?
4. Apakah bengkel elektrik dilengkapi dengan perkara asas sebuah bengkel
mengikut prinsip ergonomik?
1.6 Hipotesis Kajian
1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan pelatih terhadap
prinsip-prinsip ergonomik di antara Kolej Komuniti.
2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap bengkel elektrik mematuhi
prinsip kesesuaian tempat kerja di antara Kolej Komuniti
3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencahayaan, kebisingan dan
suhu di dalam bengkel di antara Kolej Komuniti.
4. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap cara kerja yang dilakukan
oleh pelatih bersesuaiani dengan prinsip ergonomik di antara Kolej Komuniti
10
1.7 Kepentingan Kajian
Penyelidik berharap agar hasil kajian ini, dapat memberi manfaat kepada
pihak yang berkenaan. Antara kepentingan kajian ini dijalankan adalah seperti
berikut:
a) Pelatih
Kajian yang dijalankan ini diharap dapat memberi kesedaran terhadap pelatih
berkenaan dengan kepentingan ergonomik. Diharapkan juga, para pelatih
dapat mengaplikasi prinsip ergonomik semasa mereka menjalankan aktiviti
amali untuk mengelakkan berlakunya kemalangan dan men jamin keselesaan.
Kajian ini juga akan membantu pelatih supaya dapat menjalankan kerja
dengan lebih sistematik
b) Kolej Komuniti
Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini, diharapkan dapat membantu
pihak berwajib kolej komuniti untuk mereka mudah menyusun semua pelatih
di dalam bengkel supaya mengikut prinsip ergonomik. Kajian ini juga boleh
membantu tenaga pengajar menilai keadaan di dalam bengkel. Selain itu,
pihak kolej komuniti dapat mementingkan keselesaan dan keselamatan
pelatih semasa menjalankan amali.
c) Pereka susun atur bengkel
Melalui hasil kajian ini boleh juga diguna pakai kepada pereka pereka susun
atur bengkel untuk membina plan lantai sesebuah bengkel. Dengan cara ini,
semua bengkel yang akan dibina pasti akan mengikut piawaian ergonomik.
Kontraktor juga akan dapat memanfaatkan kajian ini untuk mewujudkan
sebuah bengkel yang selesa dan selamat.
11
1.8 Definisi Istilah Kajian
Dalam kajian ini, banyak istilah dan terma yang digunakan. Antara istilah
yang digunakan adalah seperti berikut:
a) Bengkel
Bengkel merupakan tempat untuk pekerja menjalankan aktiviti tangan. Selain
itu, kebiasaannya bengkel digunakan untuk sesuapa yang mempunyai
kemahiran sahaja. Dalam kajian ini, bengkel merujuk kepada tempat untuk
pelatih kolej komuniti menjalankan kegiatan amali dan menyiapkan segala
tugasan yang diberikan kepada mereka. Kebiasaanya pelatih kolej komuniti
akan menghabiskan masa untuk menimba segala ilmu yang sedang dipelajari
di dalam bengkel.
b) Pelatih
Pelatih secara umum membawa maksud, individu atau sekelompok yang
sedang menjalani latihan samada dalam bentuk formal dan tidak formal.
Dalam kajian ini, penyelidik meletakkan pelatih adalah sekelompok individu
yang sedang menjalankan latihan di kolej komuniti sekitar zon selatan dan
mengambil kursus Sijil Teknologi Elektrik.
c) Keperluan ergonomik
Dalam kajian ini, penyelidik meletakkan keperluan ergonomik sebagai aspek
utama untuk dikaji. Keperluan ergonomik dalam kajian ini membawa maksud
sejauh mana keperluan ergonomik perlu dilakukan untuk menjamin
keselesaan dan keselamatan pelatih kolej komuniti menjalankan amali. Dalam
kajian ini juga menyatakan bagaimana sistem ergonomik mesti digunakan
untuk menyusun peralatan di dalam bengkel.
12
d) Pengetahuan
Maksud pengetahuan secara umum adalah satu maklumat yang difahami
secara mendalam oleh seseorang. Dalam kajian ini, pengetahuan membawa
maksud kefahaman yang difahami oleh pelatih kolej komuniti terhadap
konsep ergonomik. Kefahaman ergonomik ini dapat dijelmakan dengan
kaedah yang digunakan semasa menjalankan amali di bengkel.
e) Kesesuaian tempat kerja (stesen kerja)
Kesesuaian tempat kerja membawa maksud keadaan susun atur peralatan dan
perkakasan di dalam bengkel. Selain itu, kesesuain tempat kerja merujuk
kepada bagaimana pergerakan pelatih kolej komuniti menjalankan aktiviti
amali.
f) Persekitaran bengkel
Persekitaran bengkel ini merujuk kepada bagaiman keadaan bengkel semasa
pelatih menjalankan amali. Dalam kajian ini, penyelidik meletakkan
pencahayaan, kebisingan dan suhu sebagai aspek utama untuk dikaji.
Pencahayaan, kebisingan dan suhu memainkan peranan penting untuk
menjamin keselamatan pelatih semasa menjalankan amali.
g) Sistem kerja
Sistem kerja dalam kajian ini bermaksud operasi kerja yang dilakukan oleh
pelatih semasa menjalankan amali. Langkah-langkah operasi kerja juga
merupakan salah satu sistem kerja yang akan dikaji oleh penyelidik. Sistem
kerja yang baik dapat mengelak berlakunya kemalangan di dalam bengkel.
13
1.9 Batasan Kajian
Kajian ini akan melibatkan beberapa buah kolej komuniti di serata zon
selatan semenanjung Malaysia dan ia hanya membabitkan hanya pelatih yang
mengambil kursus Sijil Teknologi Elektrik sahaja. Pemilihan kursus adalah mengikut
kreteria yang ditentukan oleh penyelidik. Kursus STE dipilih oleh penyelidik adalah
disebabkan kursus ini paling banyak menggunakan bengkel berbanding kursus lain.
Oleh yang demikian, kajian ini meliputi keperluan terhadap prinsip ergonomik bagi
pelatih kolej komuniti semasa mereka menjalankan amali.
Kajian ini berpandukan kepada data yang dikumpul daripada responden-
responden di kolej komuniti. Ketepatan kajian adalah bergantung kepada kesahan
instrumen kajian yang digunakan dan andaian bahawa jawapan yang diberikan
adalah jujur. Selain itu, kajian ini juga bergantung kepada kerjasama yang diberikan
oleh responden semasa mereka menjawan soal-selidik.
Hasil kajian adalah terbatas kerana hanya dapat untuk menilai tahap aplikasi
prinsip ergonomik pada pelatih semasa menjalankan amali di dalam bengkel. Selain
itu, keputusan kajian ini tidak dapat menggambarkan keadaan sebenar tahap
ergonomik di keseluruhan bengkel elektrik yang terdapat di kolej komuniti yang
dipilih oleh penyelidik.
14
1.10 Kerangka Konseptual Kajian
Di dalam kajian ini, penyelidik telah membentuk kerangka konsep yang
bertujuan untuk menjelaskan kajian yang ingin dikaji seperti berikut;
Rajah 1.1 : Rajah Kerangka Konsep
Kerangka konsep yang dibina oleh penyelidik adalah menggabungkan
beberapa teori yang akan dibincangkan secara terperinci oleh penyelidik di dalam
Bab II. Di dalam kerangka konsep ini juga penyelidik telah menggabungkan 5 (lima)
aspek yang penting untuk menjadikan bengkel elektrik sebuah bengkel yang
ergonomik bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pelatih semasa menjalankan
amali.
APLIKASI ERGONOMIK
PERSEKITARAN KERJA
• Kesesuaian tempat kerja.
• Pencahayaan, kebisingan dan suhu
• Keperluan asas
• Teknik pelatih bekerja
• Tahap pengetahuan pelatih.
BENGKEL SELESA DAN SELAMAT
15
Selanjutnya, penyelidik akan bertanya kepada pelatih melalui borang soal
selidik yang akan diedarkan kepada mereka untuk mengetahui sama ada bengkel
yang mereka gunakan semasa menjalankan amali mengikut 5 (lima) aspek yang
hendak di kaji oleh penyelidik. Dengan itu, penyelidik akan dapat mengetahui tahap
bengkel elektrik yang mereka gunakan sama ada mengikut prinsip-prinsip ergonomik
di tempat kerja.
1.11 Kesimpulan Prinsip-prinsip ergonomik yang hendak dikaji dalam kajian ini amat penting
bagi menjamin tahap keselamatan dan keselesaan pelatih semasa menjalankan amali
di dalam bengkel elektrik. Oleh itu, penyelidik telah membina 5 (lima) persoalan
kajian untuk mengetahui tahap ergonomik bengkel elektrik dan cara kerja yang
pelatih lakukan semasa menjalankan amali. Setelah itu, penyelidik membuat 4
(empat) hipotesis awal untuk mengetahui sama ada tidak terdapat perbezaan yang
signifikan setiap persoalan kajian dengan Kolej Komuniti di Zon Selatan. Jika hasil
kajian yang dilakukan ini menunjukkan negatif, maka diharapkan pihak-pihak
tertentu seperti tenaga pelajar dan pihak pengurusan kolej komuniti dapat mengambil
tindakan yang sewajarnya agar tidak berlaku kemalangan semasa pelatih
menjalankan amali.