Download - Drama di sini bakti bersemadi
DRAMA: Di Sini Bakti Bersemadi
-Ajes Tuah-
Komsas Tingkatan Dua
• Drama ini mengisahkan muda-mudi yang lebih berminat bekerja sendiri daripada bekerja makan gaji. Hal ini dibuktikan oleh Tini yang mempunyai diploma tetapi mengusahakan perusahaan kraftangan di kampungnya. Usaha Tini ini disokong kuat oleh rakan baiknya, Amin yang juga mengusahakan penternakan ayam.
Sinopsis
Pada mulanya hasrat Tini untuk bekerja sendiri mendapat tentangan daripada ayahnya dan tunangnya, Kamal. Kamal berhajat mempercepat hari perkahwinannya dan hal ini dipersetujui oleh ayah Tini. Tini pula tidak bersetuju sebaliknya ingin menangguhkannya kerana mahu membangunkan perusahaannya sehingga berjaya terlebih dahulu.
Amin berjaya menangkap Malek yang cuba mencuri ayam-ayamnya. Amin yang terserempak dengan ayah Tini mengagumi semangat dan kegigihan Tini. Ayah Tini memuji kejayaan Amin yang sepatutnya menjadi contoh generasi muda hari ini. Ayah Tini turut menyatakan rasa kesalnya kerana tidak menyokong usaha Tini pada peringkat awal dahulu.
Amin cedera dan mesin-mesin Tini dirosakkan pada suatu malam. Ayah Tini berjaya memerangkap Malek sebagai orang yang terlibat dalam kejadian malam itu. Tini pula bertengkar dan memarahi Kamal kerana menjadi dalang dalam kejadian tersebut. Tini memutuskan pertunangannya dengan Kamal. Tini dan Amin gembira meneruskan kerjaya mereka masing-masing.
Drama ini memaparkan kegigihan muda-mudi yang bekerja sendiri walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi. Sikap nekad ini terbukti berjaya,meskipun mendapat tentangan hebat daripada ahli keluarga sendiri. Hal ini dibuktikan oleh Tini yang bertekad membuat perusahaan kraftangan di kampungnya sendiri.
Pemikiran
1. Persoalan kemampuan wanita dalam menjana ekonomi negara.
2. Persoalan sikap tidak memilih pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan.
3. Persoalan idola/pencetus/pendorong semangat atas kejayaan orang lain.
4. Persoalan berwawasan dalam kerjaya.
Persoalan
• Permulaan– Drama ini dimulakan dengan peristiwa Tini
berbual-bual dengan Amin di tempat ternakan ayam Amin. Tini menyatakan hasratnya untuk bekerja sendiri. Amin menyokong hasrat Tini dan mengingatkan Tini akan risiko bekerja sendiri.
• Perkembangan– Ayah Tini dan tunangnya, Kamal membantah
hasrat Tini untuk bekerja sendiri. Amin melawat tempat perusahaan kraftangan Tini dan kagum akan perkembangan perusahaannya.
Plot
• Konflik– Kamal datang ke rumah Tini dan menyatakan hasratnya
untuk mempercepat hari perkahwinannya. Tini tidak bersetuju sebaliknya ingin menangguhkannya kerana mahu membangunkan perusahaannya sehingga berjaya terlebih dahulu. Amin menangkap Malek yang cuba mencuri ayam di tempat ternakan ayamnya.
• Klimaks– Klimaks drama ini pada peristiwa Amin cedera akibat
dipukul dan mesin-mesin perusahaan Tini dirosakkan.• Peleraian
– Drama diakhiri dengan penangkapan Malek dan Kamal. Pertunangan Tini dan Kamal juga telah diputuskan.
• Drama Di Sini Bakti Bersemadi tidak memaparkan teknik penceritaan secara langsung mahupun secara suara latar.
Teknik Penceritaan
Watak dan Perwatakan
• Tini– Seorang yang berpendidikan tinggi iaitu memiliki diploma.– Berkawan baik dengan Amin. – Seorang yang gigih berusaha membangunkan perusaahan sendiri -
kraftangan.– Meminati bidang perniagaan. – Seorang yang tegas dan tetap pendirian dalam membuat keputusan.– Tunangan orang – tunang kepada Kamal– Seorang yang suka berdikari – tidak mahu mengharapkan bantuan
orang
Watak Utama
• Amin– Kawan baik Tini.– Mengusahakan penternakan ayam. – Menjadi sumber inspirasi untuk Tini bekerja
sendiri di kampung. – Gigih, sabar dan bersemangat tinggi dalam
usahanya memajukan bidang penternakan ayam. – Berpandangan jauh / berwawasan.– Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang
perniagaan
Watak Sampingan
• Ayah–Dikenali juga sebagai Pak Hamid. –Menentang hasrat Tini untuk bekerja
sendiri pada mulanya. –Yakin / percaya akan kegigihan dan
semangat waja Tini untuk berjaya dalam perusahaan kraftangannya.
–Bijak memerangkap Malek dengan berbual-bual dengannya.
• Kamal–Tunang Tini.– Tidak menyokong usaha Tini bekerja
sendiri.– Ingin mempercepatkan hari
perkahwinannya. – Mementingkan diri sendiri dengan
mengupah Malek merosakkan mesin-mesin Tini untuk menggagalkan perusahaan Tini.
• Malek–Seorang pencuri. – Mudah dipengaruhi untuk melakukan
sesuatu perkara,asalkan dibayar upah yang setimpal.
Latar
Masa
Masyarakat
Tempat
Latar masa
latar masa tidak dinyatakan dengan jelas. Latar waktu senja dinyatakan dalam perbualan antara ayah Tini dengan Amin.
Latar TempatLatar tempat tidak dinyatakan dengan jelas dalam
drama. Berdasarkan situasi dialog dan perbualan watak latar tempat drama ini dapat dikategorikan seperti berikut:
KampungTempat ternakan ayam AminDi rumah Tini – Perbualan Tini dan ayahnya.
Ayahnya menentang hasrat Tini untuk bekerja sendiri
Tempat Perusahaan Kraftangan TiniDepan balai polisDi rumah Amin
Masyarakat Golongan muda yang suka bekerja sendiri
berbanding kerja makan gaji.Masyarakat yang memandang rendah akan
kemampuan wanita.Masyarakat yang iri hati akan kejayaan orang lain.
Gaya bahasa– Keseluruhannya drama ini menggunakan gaya bahasa yang mudah
difahami.
1. SinkopeContoh: Takkan aku nak ajak dia pula (m/s: 100)
2. PeribahasaContoh: Di beri betis, minta paha lagi
Telunjuk lurus, tapi kelingking berkait.
Nasi sudah menjadi bubur(m/s: 112)
Di mana aku berpijak, di situlah langit aku junjung
3. Bahasa Arab
Contoh:
Assalamualaikum,
Waalaikummussalam,
Alhamdulillah
Gaya Bahasa
Nilai
keberanian
Berdikari Kerjasama
Kegigihan
• Nilai kerjasama– Amin memberikan kerjasama kepada Tini untuk
memastikan Tini Berjaya dalam perusahaannya
• Nilai berdikari–Amin dan Tini lebih suka berdikari
membangunkan perusahaan mereka sendiri daripada bekerja makan gaji.
• Nilai keberanian–Golongan muda iaitu Tini dan Amin
yang berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan/perusahaan.
• Nilai kegigihan–Tini dan Amin gigih untuk
merealisasikan impian mereka dalam bidang masing-masing tercapai.
Pengajaran1. Kita mestilah gigih berusaha untuk memajukan
diri.2. Kita mesti yakin akan kemampuan diri sendiri
untuk terus berjaya.3. Kita harus memanfaatkan ilmu yang dipelajari
dalam kehidupan.4. Kita mesti membantu orang yang memerlukan
bimbingan dan nasihat daripada kita.5. Kita perlu bijak merancang masa depan.6. Jangan berprasangka buruk terhadap orang lain.7. Kita perlu jujur dan ikhlas dalam pergaulan.