Download - Domain kategori perkembangan pelajar
KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITIPENDIDIKAN JASMANI
Mohd Safuan Bin Abu Bakar SamadAmeerul Aswad Bin Abd AzizMuhamad Irzham Bin ZakariaMuhammad Adhaa Bin Lamry
Nur Azira Binti AzuaniSiti Nasuha Binti Che Shukor
Domain Kategori Perkembangan Pelajar
Domain Kognitif
• Melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.• Proses yang mengambil masa yang lama.• Aktif ketika alam persekolahan selari dengan
pertumbuhan dan perkembangan fizikal remaja.• Oleh itu domain kognitif menjadi fokus utama
dalam proses P&P.• Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif
kepada 6 peringkat bermula dari tahap yang mudah dicapai hingga kepada tahap yang sukar dicapai.
Domain Kognitif
• Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak.
APLIKASI
PENILAIAN
SINTESIS
ANALISIS
KEFAHAMAN
PENGETAHUAN
Domain Afektif• Melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.• Objektifnya mempunyai hubungan dengan perasaan,
emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai.• Seperti Domain Kognitif, Domain Afektif boleh
dikelaskan mengikut peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi.
PENILAIAN
PERWATAKAN
ORGANISASI
GERAKBALAS
PENERIMAAN
Domain Afektif
a. PenerimaanKesediaan seseorang untuk menerima sesuatu yang
ingin disampaikan. Peringkat ini bermula dengan kesedaran penerima. Contohnya penerima sedar akan irama, lirik lagu, keadaan kehidupan. Selepas kesedaran, individu berkenaan akan menunjukkan kesediaan untuk menerima. Kemudian individu berkenaan akan mula bertindak secara terhad. Contoh objektif peringkat ini ialah murid dapat membezakan aktiviti luar bilik darjah daripada aktiviti dalam bilik darjah.
Domain Afektifb. Gerak BalasMurid bertindak balas terhadap rangsangan yang
diterima. Tindak balas ini akhirnya akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri murid.pada peringkat awal, gerak balas mungkin berlaku disebabkan oleh arahan orang lain. Walaubagaimanapun, selepas murid berkenaan mempunyai motif tersendiri, dia akan bertindak balas sendiri. Misalnya, menunjukkan minat terhadap aktiviti di luar bilik darjah yang menyebabkan murid berkenaan bertindak balas bagi menghasilkan kepuasan padanya, seperti membersihkan kawasan sekolah.
Domain Afektif
c. PenilaianBermaksud seseorang itu memahami nilai sesuatu
perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai ini, yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran, akan menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan. Terdapat tiga jenis iaitu penerimaan semua nilai, pemilihan nilai tertentu dan komitmen.
Domain Afektifd. OrganisasiBermaksud seseorang itu boleh menyusun semua
nilai yang diterima kepada satu sistem yang lebih praktikal. Penyusunan nilai-nilai ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu yang pertama, mengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian antaranya dan yang kedua menyusun nilai-nilai ini hingga menjadi satu sistem nilai. Contohnya pelajar dapat menerima peraturan sekolah dan seterusnya dapat mengawal diri mengikut peraturan tersebut.
Domain Afektif
d. PerwatakanMematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup
mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada kebiasaannya, individu berkenaan akan kekal memegang sistem nilai berkenaan. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan.
Domain Psikomotor• Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan
anggota fizikal seseorang.• Pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah, kanak-
kanak diasuh untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman.
• Di samping itu, mereka dilatih untuk menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakukan dalam kehidupan harian misalnya, kemahiran menggelecek dalam permainan bola sepak.
• Domain Psikomotor juga mempunyai hierarki tersendiri. Simpson (1972) mengemukakan 7 peringkat objektif domain psikomotor daripada mudah kepada susah.
Domain Psikomotor
PERGERAKAN MEKANISTIK
PERGERAKAN SUAIAN
PERGERAKAN KOMPLEKS
PERGERAKAN TERKAWAL
PERSEDIAAN
PERSEPSI
PERGERAKAN CIPTAAN
Domain Psikomotora) PersepsiBermaksud seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan
tertentu, seperti memerhati pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling. Melalui pemerhatian ini, seseorang akan dapat mengingat mekanisma pergerakan motor berkaitan dengan pergerakan yang dilihat.
b) PersediaanBermaksud seseorang itu bersedia secara mental, emosi dan
fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. Misalnya melalui pemerhatian pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling, pelajar dapat mengingat pergerakan tersebut (persediaan mental) dan bersedia untuk melakukannya.
Domain Psikomotor
c) Pergerakan TerkawalBermaksud seseorang itu dapat melakukan
pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari. Pergerakan ini biasanya dilakukan secara peniruan dan cuba jaya. Misalnya, pelajar meniru bagaimana pemain melakukan pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling.
Domain Psikomotor
d) Pergerakan MekanistikBermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu
pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling seperti yang diperhatikan, iaitu berjaya meniru pergerakan pemain.
Domain Psikomotor
e) Pergerakan KompleksBermaksud seseorang itu dapat melakukan
sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin. Misalnya, palajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” dengan cekap dan licin, iaitu berjaya melakukan pergerakan ini sendiri tanpa peniruan.
Domain Psikomotor
f) Pergerakan SuaianBermaksud seseorang itu dapat melakukan
sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. misalnya., pelajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” dengan cekap dan licin semasa berhalangan.
Domain Psikomotor
g) Pergerakan CiptaanBermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu
pergerakan baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” cara baru dalam permainan bola baling dengan cekap dan licin semasa berhalangan.
Domain Sosial
• Dicadangkan oleh Dettemer (1997)• Terdiri daripada 8 peringkat objektif iaitu
berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri, berunding, bekerjasama, menghakim, memulakan, dan menukar.
Domain Sosiala. BerhubungSeseorang itu cuba menunjukkan tingkah laku kontak mata
(eye contact) terhadap orang lain. Di sini kontak mata merupakan permulaan kepada “perkenalan” yang berakhir dengan berlakunya sesuatu komunikasi.
b. BerkomunikasiSeseorang itu cuba berkomunikasi dengan orang lain, iaitu
cuba memberi atau menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang sesuatu. Di sini tingkah laku ingin bertanya itu menyebabkan orang kedua turut bertindak untuk berkomunikasi.
Domain Sosialc. Melibatkan DiriSeseorang secara sukarela mengambil bahagian dalam
sesuatu aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain. Di sini tingkah laku berbual akan menggalakkan ahli kumpulan turut mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.
d. BerundingSeseorang itu boleh membuat perbincangan dengan ahli-
ahli kumpulan tentang sesuatu masalah yang timbul, seperti berbincang untuk membuat sesuatu keputusan.
Domain Sosiale. BekerjasamaSeseorang itu boleh bekerjasama dengan ahli-ahli
kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek seperti bekerjasama untuk membersihkan kawasan sekolah.
f. MenghakimSeseorang itu dapat bertindak untuk mendamaikan
sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti meleraikan satu pertengkaran.
Domain Sosial
g. MemulakanSeseorang itu dapat memulakan sesuatu aktiviti
berkumpulan yang baru, walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti berkhemah di tepi sungai.
h. MenukarSeseorang itu berupaya menukarkan gaya hidup
ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar.