8NOTIS SEBUTHARGA
DOKUMEN SEBUT HARGA
NO. SEBUT HARGA : HUS/EP/110/K/01/18
TAJUK SEBUT HARGA
: Pelawaan Semula Sebut Harga Kerja-Kerja Pemasangan Pengesan
& Pengera Kebakaran Automatik Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan
Di Dewan Bedah (OT) Dan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital
Umum Sarawak
SYARAT PENDAFTARAN : Gred G1, Kategori ME, Penghususan M 02 - Kerja-Kerja Sistem
Pencegahan Dan Perlindungan Kebakaran
TARIKH IKLAN TARIKH LAWATAN TAPAK TARIKH TUTUP
24 April 2018 (Hari Selasa)
30 April 2018 ( Hari Isnin )
@ Jam 10.00 pagi
07 Mei 2018 (Hari Isnin)
@ 12.00 Tengahari
PELAKSANAAN KENAAN GST BAGI KONTRAK PEROLEHAN KERAJAAN
1. Semua tawaran harga oleh syarikat hendaklah dikemukakan Tanpa Kenaan GST;
2. Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor pendaftaran kepada
Hospital Umum Sarawak;
3. Sekiranya syarikat yang Berjaya adalah berdaftar GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Hospital
Umum Sarawak akan mengeluarkan SST kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST; dan
4. Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai di bawah Akta GST, namun akan menjadi syarikat
yang berdaftar GST setelah ditawarkan perolehan tersebut, maka syarikat hendaklah memaklumkan dengan
segera kepada Hospital Umum Sarawak berkenaan perubahan status pendaftaran syarikat di bawah Akta GST.
Syarikat hendaklah membuat permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST.
KANDUNGAN
Bil.
Perkara
Keterangan
1. Lampiran A1 - Kenyataan Tawaran Sebut Harga
2. Lampiran A2 - Syarat-syarat Sebut Harga
3. Lampiran A3 - Borang Sebut Harga
4. Lampiran A4 - Ringkasan Sebut Harga (Pukal)
5. Lampiran A5 - Ringkasan Sebut Harga (Kuantiti)
6. Lampiran A6 - Senarai Semak
7. Lampiran A7 - Keterangan Mengenai Penyebut Harga
8. Lampiran A8 - Pengalaman Dalam Perniagaan
9. Lampiran A9 - Borang Penyerahan Contoh Dan Katalog (jika berkaitan)
10. Lampiran A10 - Akuan Pembida Surat Perwakilan Kuasa
11. Lampiran A11 - Akuan Pembida Surat Perwakilan Kuasa
DISEDIAKAN OLEH :
UNIT PEROLEHAN
HOSPITAL UMUM SARAWAK
KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA
HOSPITAL UMUM SARAWAK
LAMPIRAN A1
1. Sebut Harga adalah dipelawa di kalangan Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM(CIDB), mempunyai Sijil Pendaftaran Kontraktor
(PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan
Juru Perunding Sarawak (UPKJ) dan mempunyai PPK yang dikeluarkan oleh CIDB dalam Gred Kategori
dan Pengkhususan yang berkaitan membuat tawaran bagi kerja-kerja seperti berikut:-
NO. SEBUT HARGA :
HUS/EP/110/K/01/18
TAJUK SEBUT HARGA : Pelawaan Semula Sebut Harga Kerja-Kerja Pemasangan
Pengesan & Pengera Kebakaran Automatik Dan Lain-Lain
Kerja Berkaitan Di Dewan Bedah (OT) Dan Unit Rawatan
Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak
SYARAT PENDAFTARAN :
Gred G1, Kategori ME, Penghususan M02 - Kerja-kerja
Sistem Pencegahan Dan Perlindungan Kebakaran
TARIKH IKLAN TARIKH & TEMPAT
LAWATAN TAPAK TARIKH TUTUP
24 April 2018 (Hari
Selasa)
30 April 2018 ( Hari Isnin )
@ Jam 10.00 pagi
Unit Perolehan,
Tingkat 1, Bangunan JKNS Lama
07 Mei 2018 (Hari
Isnin) @ 12.00 Tengahari
Kehadiran lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN pada tarikh dan masa tersebut. Kontraktor hendaklah
membawa Sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
atau Sijil Pendaftaran UPKJ beserta salinan. Dokumen sebut harga hanya akan diberi kepada kontraktor
yang hadir lawatan tapak sahaja.
2. Penghantaran Dokumen Sebut Harga
Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan
dalam sampul surat berlakri dengan
menyatakan nombor dan tajuk sebut harga dan
dialamatkan kepada:-
Pengerusi
Jawatankuasa Sebut harga
Hospital Umum Sarawak
Jalan Hospital
93586 Kuching
SARAWAK
dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga di alamat
berikut:
Hospital Umum Sarawak,
Unit Perolehan,
Tingkat 1, Bangunan JKNS Lama,
Jalan Tun Abang Haji Openg,
93590 Kuching.
Sebelum jam 12.00 tengah hari pada 07 Mei 2018
(Hari Isnin). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.
3. Hubungi kami sekiranya memerlukan penjelasan lanjut:
Nama No. Tel
Pertanyaan
Rohaini Binti Haji Ghani 082-276542
5
4
2
6
Urus Setia Sebut harga
Salina Binti Suhaili 082-276762 Urus Setia Sebut harga
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
HOSPITAL UMUM SARAWAK
KENYATAAN TAWARAN
PENGARAH HOSPITAL,
HOSPITAL UMUM SARAWAK
LAMPIRAN A2
1. Penyediaan Dokumen Sebut Harga
1. Semua maklumat hendaklah DITAIP.
2. Semua Dokumen/Borang sebut harga hendaklah dihantar dalam dua (2) salinan.
3. Semua ruangan yang disediakan dalam borang ini adalah mandatori untuk diisi.
4. Kenyataan “ Sila Rujuk Lampiran atau Seperti di Lampiran ” tidak dikira sebagai mengisi maklumat yang diminta.
5. Sebarang pindaan yang dibuat hendaklah ditandatangan ringkas dan dicop syarikat. Kegagalan penyebut harga mengisi maklumat yang
diperlukan dalam borang ini akan menyebabkan tawaran tidak dipertimbangkan atau ditolak.
6. Penyebut harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir dokumen sebut harga sebelum mengemukakan tawaran.
7. Penyebut harga adalah diwajibkan untuk memastikan dokumen sebut harga adalah lengkap kesemua muka surat dan sekiranya terdapat
maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab Penyebut harga untuk mendapatkan penjelasan daripada Hospital
Umum Sarawak.
2. Pelaksanaan Kenaan GST Bagi Kontrak Perolehan Kerajaan
2.1 Semua tawaran harga oleh syarikat hendaklah dikemukakan Tanpa Kenaan GST;
2.2 Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor pendaftaran kepada Hospital Umum Sarawak;
2.3 Sekiranya syarikat yang Berjaya adalah berdaftar GST dengan JKDRM, Hospital Umum Sarawak akan mengeluarkan SST kepada
syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST; dan
2.4 Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai di bawah Akta GST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar GST
setelah ditawarkan perolehan tersebut, maka syarikat hendaklah memaklumkan dengan segera kepada Hospital Umum Sarawak
berkenaan perubahan status pendaftaran syarikat di bawah Akta GST. Syarikat hendaklah membuat permohonan untuk pelarasan bagi
kenaan GST. Pelarasan harga kenaan GST hendaklah dimuktamadkan oleh Pegawai Pengawal.
3. PEMERIKSAAN TAPAK BINA
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan
dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala
maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan
yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
4. INSURANS
4.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja*
(sekiranya dinyatakan di dalam Butir- butir Ringkasan Sebut Harga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah
juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
4.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO
yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan
resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans selepas
tempoh sah nota- nota perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di
bawah fasal 9(d).
5. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA
5.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, butir- butir kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan
Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.
5.2 Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak di perenggan 3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua
peraturan dan pekeliling, undang- undang dan undang-undang kecil yang diluluskan oleh:
(i) Suruhanjaya Tenaga
(ii) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
(iii) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik
(iv) Jabatan Bomba dan Penyelamat
(v) Pihak Berkuasa Tempatan
* Potong jika tidak diperlukan
6. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden, tanpa
sebab-sebab yang munasabah, Inden akan dibatalkan Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor.
7. SUB-SEWA DAN MENYERAHHAK KERJA
Kontraktor tidak dibenarkan mengsubsewakan Kerja kepada Kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah
di bawah Inden ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.
8. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI INDEN
8.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti
diperihalkan dalam spesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai Inden, memberi kepadanya baucar-baucar dan/atau
perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan d a n barang-barang itu mematuhi Spesifikasi. Bahan, barang
dan kerja- kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.
8.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA UNTUK KERJA
8.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima,
dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Inden secara bertulis.
9. RINGKASAN SEBUT HARGA
9.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga
Sebut Harga.
9.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj
lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sempurnanya.
9.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai
Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Kerja.
9.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya
daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga
dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.
9.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 7.4 tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan
Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan
amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
9.6 Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula hendaklah dibuat dan harga sebut harga diselaraskan.
10. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
10.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala
yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebut
Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat
bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
10.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga dia hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk
mendapatkan keputusan.
11. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR
Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran
daripada Pegawai Inden:
(a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;
(b) Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan
(e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
12. BAYARAN KEMAJUAN
Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-kerja siap dilaksanakan.
13. KERJA PERUBAHAN
13.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara
bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh
membatalkan sebut harga ini.
13.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar
harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga
yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan kontraktor hendaklah digunakan.
14. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)
14.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga hendaklah sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap.
Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes
tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada enam (6) bulan boleh dikenakan.
14.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin
kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh
Pegawai Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa
jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.
14.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan,
Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor atau, jika baki itu tiada tidak mencukupi,
mengeluarkan surat pengesyoran kepada Pusat Khidmat Kontraktor untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan
menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya Negeri/Ketua Jabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera,
Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi kerja-kerja elektrik/mekanikal, salinan surat
hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.
15. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan.
Kontraktor hendaklah mengembalikan Borang-borang Inden Kerja Asal iaitu Borang Perjanjian Inden Kerja JKR 58 dan Borang Pengesahan
Penyiapan Inden Kerja JKR 58A kepada Pegawai Inden.
16. PERAKUAN SIAP KERJA
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap
kerja ini bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan.
17. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan,
ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.
18. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa
pelaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
19. PELAKSANAAN INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN
19.1 Semasa Penghantaran Dokumen Tawaran Oleh penyebut harga:
Kesemua penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida
bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang
menandatangani Surat Akuan Pembida (Lampiran Q7) hendaklah juga melampirkan Surat Pewakilan Kuasa (Lampiran
Q9) menandatangani bagi pihak syarikat.
19.2 Semasa Mengembalikan Surat Setuju Terima Oleh Penyebut Harga Berjaya
Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi
rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya
hendaklah juga melampirkan Surat Pewakilan Kuasa (Lampiran Q9) sekiranya menandatangani bagi pihak syarikat.
20. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM PEROLEHAN KERAJAAN
20.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa
suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan
jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
20.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran
awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan
di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
20.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan
menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
20.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja
dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana
anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
21. PENUTUP
Penyebut harga diingatkan supaya mematuhi sepenuhnya semua syarat sebut harga dan melengkapkan maklumat dalam
dokumen / borang yang berkaitan. Kegagalan mematuhi mana- mana arahan / syarat boleh menyebabkan sebut harga yang
dikemukakan tidak dipertimbangkan.
LAMPIRAN A3
BORANG SEBUT HARGA KERJA
NO. SEBUT HARGA : HUS/EP/110/K/01/18
TAJUK SEBUT
HARGA
: Pelawaan Semula Sebut Harga Kerja-Kerja Pemasangan Pengesan &
Pengera Kebakaran Automatik Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Dewan
Bedah (OT) Dan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak
PENGARAH,
HOSPITAL UMUM SARAWAK,
KUCHING,
SARAWAK.
Tuan,
Pelawaan Semula Sebut Harga Kerja-Kerja Pemasangan Pengesan & Pengera Kebakaran
Automatik Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Dewan Bedah (OT) Dan Unit Rawatan Rapi (ICU),
Hospital Umum Sarawak
Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebut Harga Syarat-syarat Am Sebut Harga, Spesifikasi
Kerja dan pelan-pelan, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini menawarkan untuk
melaksanakan dan menyiapkan kerja kerja tersebut bagi jumlah harga pukal sebanyak RINGGIT MALAYSIA
:……..............................................................................................................................................
…………………………………………………………………………………………………………………...……………..
(RM) : …….........................................
2. Saya bersetuju menyiapkan kerja-kerja ini dalam masa ....................................... minggu dari tarikh
akhir tempoh mula kerja seperti yang diarahkan oleh Pegawai Inden.
Bertarikh pada .....................haribulan.....................20....................
…………………………………………….
Tandatangan Kontraktor
Nama Penuh:...................................................
No. K/P:.........................................................
Alamat:..........................................................
......................................................................
.....................................................................
………………………….…………………….
Tandatangan Saksi
Nama Penuh:...................................................
No. K/P:.........................................................
Alamat:..........................................................
......................................................................
.....................................................................
Atas sifat:.........................................
Meterai atau Cop Kontraktor:
LAMPIRAN A4
NO. SEBUT HARGA : HUS/EP/110/K/01/18
TAJUK SEBUT
HARGA
: Pelawaan Semula Kerja-Kerja Pemasangan Pengesan & Pengera
Kebakaran Automatik Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Dewan Bedah
(OT) Dan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak
RINGKASAN SEBUT HARGA (PUKAL)
Bil.
Huraian Kerja
Jumlah Harga Pukal
(RM)
1.0 KERJA-KERJA AWAL
2.0 KERJA-KERJA MEKANIKAL & ELEKTRIK
3.0 KERJA-KERJA LAIN
Jumlah Harga dibawa ke Borang Sebut Harga
Catatan:
Jika ada butiran yang dikehendaki dalam Spesifikasi dan Skop Kerja tidak termasuk di dalam Ringkasan Sebut
Harga ini, harga butiran tersebut hendaklah disifatkan telah dimasukkan ke dalam salah satu butiran dalam
Ringkasan Sebut Harga.
............................................................
Tandatangan Kontraktor
Cop Syarikat :
Tarikh :………………………………
LAMPIRAN A5
NO. SEBUT HARGA : HUS/EP/110/K/01/18
TAJUK : Pelawaan Semula Kerja-Kerja Pemasangan Pengesan & Pengera
Kebakaran Automatik Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Dewan
Bedah (OT) Dan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak
RINGKASAN SEBUT HARGA (KUANTITI)
Bil. Huraian Kerja
Unit Kuantiti
Harga /Unit
(RM)
Jumlah (RM)
KETERANGAN AM
Kerja-kerja yang dimaksudkan
adalah berhubung dengan
kerja-kerja Mekanikal dan
Elektrikal (M & E) yang
berkaitan dengan kerja-kerja
pemasangan pengesan &
penggera kebakaran
automatik dan lain-lain kerja
berkaitan di Dewan Bedah
(OT) dan Unit Rawatan Rapi
(ICU), Hospital Umum
Sarawak.
Kontraktor tempatan perlu
berdaftar dengan Pusat
Khidmat Kontraktor (PKK) di
bawah kepala dan sub
kepala yang berkaitan dan
Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia
(LPIPM/CIDB) dalam kategori
yang berkenaan.
Kontraktor diwajibkan hadir
untuk membuat pemeriksaan
dan pengukuran tapak bagi
menghasilkan lukisan binaan
(IFC–Instruction For
Construction). Sebarang
pertikaian tentang ukuran
dan kuantiti daripada lukisan
yang disediakan oleh pihak
Kerajaan perlu dijelaskan
berdasarkan penelitian
kontraktor semasa lawatan
tapak diadakan.
1.0 KERJA-KERJA AWAL
Bil. Butiran Kerja
Unit Kuantiti
Harga /Unit
(RM)
Jumlah (RM)
Menyediakan tapak untuk
kerja termasuk memecah,
meroboh, mengalih,
memindah, mengorek,
menampal, memotong,
menebuk, menanggal,
membuka, memasang
kembali, mengemas,
membersih tapak dan
membuang sisa-sisa kerja
semasa dan setelah semua
kerja disiapkan dengan
sempurna termasuk kerja-kerja
yang berkaitan.
(Nota: Kontraktor dikehendaki
menjalankan kerja mengikut
prosedur yang ditetapkan
oleh Jabatan OT & ICU dan
Unit Kawalan Infeksi terutama
kawalan habuk dan debu
semasa kerja-kerja dijalankan
dengan menyediakan barrier
atau seal yang berkaitan)
L/S 1.00
2.0 KERJA-KERJA MEKANIKAL & ELEKTRIKAL (M & E)
"Nota kepada kontraktor:
1) Semua bahan dan peralatan elektrik yang digunakan hendaklah baru (belum terpakai) dan sesuai kepada
sistem bekalan tempatan.
2) Untuk bahan-bahan dan peralatan elektrik, hanya jenama-jenama, jenis-jenis dan model-model yang telah
diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) akan diterima.
3) Kerja-kerja elektrik yang dijalankan hendaklah mematuhi Undang-Undang, Undang-Undang Kecil,
Ordinan, Peraturan-Peraturan dan Pekeliling-Pekeliling yang dikeluarkan oleh Suruhanhaya Tenaga, Unit
Perinyu Elektrik (EIU), JKKP, Jabatan BOMBA, Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik dan
Pihak Berkuasa Tempatan.
4) Kerja-kerja elektrik yang dijalankan juga hendaklah mengikut bahagian yang berkenaan dengannya di dalam
Spesifikasi Standard Jabatan Kerja Raya Cawangan Elektrik, Ordinan Elektrik Sarawak, Undang-Undang Kecil
Seragam Bangunan, Peraturan Elektrik Sarawak, edisi terbaru BS 7671 (IEE Wiring Regulation), Standards
and Code of Practice berkenaan yang dikeluarkan oleh SIRIM/Jabatan Standard.
5) Kerja-kerja elektrik hendaklah diuji mengikut Peraturan-Peraturan yang telah ditetapkan dan semua
keputusan ujian hendaklah disahkan oleh individu kompeten sebelum diserahkan sepenuhnya kepada pihak
Klien.
Bil. Butiran Kerja
Unit Kuantiti
Harga / Unit
(RM)
Jumlah (RM)
2.1 Pihak kontraktor dikehendaki
menyediakan pelan rekabentuk dan
lukisan skematik bagi sistem
pencegahan kebakaran automatik
yang digunapakai merangkumi jenis
pengesan & penggera kebakaran,
kuantiti, jarak (spacing) serta lain-
lain berkaitan bagi Dewan Bedah
(OT) dan Unit Rawatan Rapi (ICU)
dan hendaklah disahkan oleh
Jurutera Profesional.
set 1.00
2.2 Membekal dan memasang
pengesan kebakaran
automatik jenis addressable
iaitu pengesan asap/haba bagi
yang berkaitan meliputi ruang
OT1, OT2, OT3, OT4, OT5, OT6,
OT7, OT8, OT9, Trauma OT dan
ICU termasuk kawasan koridor
dan bilik-bilik berkaitan l/d
sistem pendawaian dan lain-
lain berkaitan.
(Nota: Kontraktor dikehendaki
menyediakan katalog dan
spesifikasi terperinci bagi jenis
pengesan kebakaran
automatik yang digunakan
seperti yang dinyatakan di
dalam pelan rekabentuk yang
disahkan oleh Jurutera
Profesional).
Lot 1.00
2.3 Membekal dan memasang penggera
kebakaran automatik (alarm
bell/sounder) jenis addressable
meliputi ruang di Dewan Bedah
(OT) dan Unit Rawatan Rapi (ICU)
termasuk kawasan-kawasan berkaitan
l/d sistem pendawaian dan lain-lain
berkaitan.
(Nota: 1. Kontraktor dikehendaki
menyediakan katalog dan spesifikasi
terperinci bagi jenis penggera
kebakaran automatik yang digunakan
seperti yang dinyatakan di dalam
pelan rekabentuk yang disahkan oleh
Jurutera Profesional.
2. Alarm bell/sounder perlu
ditempatkan di Recovery Area
manakala alarm lights tanpa bunyi
perlu ditempatkan di setiap OT dan
ICU).
Lot 1.00
Bil. Butiran Kerja
Unit Kuantiti
Harga / Unit
(RM)
Jumlah (RM)
2.4 Membekal dan memasang poin
panggilan manual (break-glass) jenis
addressable meliputi ruang di Dewan
Bedah (OT) dan Unit Rawatan Rapi
(ICU) termasuk kawasan-kawasan
berkaitan l/d sistem pendawaian dan
lain-lain berkaitan.
(Nota: Kontraktor dikehendaki
menyediakan katalog dan spesifikasi
terperinci bagi jenis break-glass yang
digunakan seperti yang dinyatakan di
dalam pelan rekabentuk yang
disahkan oleh Jurutera Profesional).
Lot 1.00
2.5 Membekal dan memasang repeater
fire alarm panel (FAP) jenis
addressable l/d mimic diagram,
sistem zon, sistem pendawaian,
indikator, facial LED display panel,
keyboard panel, relays, over voltage
protector, earthing, heavy duty
nickel cadmium rechargeable type
c/w battery chargers dan lain-lain
berkaitan bagi Dewan Bedah (OT)
dan Unit Rawatan Rapi (ICU).
(Nota: Kontraktor dikehendaki
menyediakan katalog dan spesifikasi
terperinci bagi jenis FAP yang
digunakan seperti yang dinyatakan di
dalam pelan rekabentuk yang
disahkan oleh Jurutera Profesional).
set 2.00
2.6 Membekal dan memasang
sambungan (link) dari fire alarm
panel (FAP) jenis addressable di
Dewan Bedah (OT) dan Unit
Rawatan Rapi (ICU) ke master fire
alarm panel (MFAP) jenis
addressable sediada yang terletak di
Jabatan Kecemasan & Trauma
(ETD) l/d mimic diagram, sistem
pendawaian, indikator dan lain-lain
berkaitan.
L/S 1.00
Bil. Butiran Kerja
Unit Kuantiti
Harga / Unit
(RM)
Jumlah (RM)
2.7
Membekal dan memasang Sistem
Pencegahan Kebakaran
Automatik (SPKA)
menggantikan Central
Monitoring System (CMS)
sediada termasuk sambungan
terus (direct link) telekomunikasi
ke Jabatan BOMBA, yuran
permohonan, kelulusan
permohonan dan lain-lain
berkaitan untuk MFAP sediada di
Jabatan Kecemasan & Trauma
(ETD).
(Nota: Kontraktor dikehendaki
berurusan dengan Jabatan
BOMBA bagi mendapatkan
kelulusan permohonan dan
pemasangan SPKA).
1 Set 1.00
2.8
Membekal dan memasang panel
skrin digital sebagai paparan
notifikasi jika berlaku kebakaran bagi
kawasan berkaitan di OT1, OT2,
OT3, OT4, OT5, OT6, OT7,
OT8, OT9, OT10, Trauma OT
dan Unit Rawatan Rapi (ICU) l/d
sistem pendawaian, indikator dan
lain-lain berkaitan.
(Nota:
1. Kontraktor dikehendaki
menyediakan katalog dan spesifikasi
terperinci bagi panel skrin digital
yang digunakan untuk persetujuan
pihak Klien.
Panel skrin digital perlu mampu
memaklumkan lokasi kecemasan
atau lokasi penggera diaktifkan untuk
makluman Klien; jika berkenaan).
nos 12.00
2.9
Membekal dan memasang kerja-kerja
pendawaian dari bekalan kuasa yang
berkaitan l/d konduit, earthing, over
voltage protector, supports &
hangers antara FAP ke setiap poin
pengesan, penggera dan break-glass
serta lain-lain berkaitan.
(Nota: Kontraktor dikehendaki
mengemukakan lukisan single line
diagram (SLD) bagi kerja-kerja
pendawaian yang dibuat).
Lot 1.00
Bil. Butiran Kerja
Unit Kuantiti
Harga / Unit
(RM)
Jumlah (RM)
3.0 Kerja-Kerja Lain
3.1
Melaksanakan kerja-kerja
programming, system calibration,
testing & commisioning (T & C)
dan menyediakan operation &
manual (O & M) bagi sistem
pencegahan kebakaran automatik
yang dipasang.
(Nota: Kontraktor dikehendaki
mengemukakan laporan dan
dokumen yang berkaitan kepada
Unit Kejuruteraan HUS).
L/S 1.00
Bil.
Lain-lain kerja yang tidak dinyatakan
di dalam senarai ini tetapi perlu
untuk kerja-kerja melengkapkan
projek ini, sila nyatakan:
3.2 i)
ii)
iii)
4.0
PROVISIONAL SUM
JUMLAH HARGA
KESELURUHAN
(JUMLAH DIBAWA KE BORANG
SEBUT HARGA)
TEMPOH KESIAPAN
(Tempoh kesiapan hendaklah mengambilkira tempoh yang diperlukan oleh kontraktor bagi
menyiapkan keseluruhan projek termasuk penyediaan lukisan/pelan bagi mana-mana yang
terlibat).
2. Kontraktor perlu mengambil kira tempoh pelaksanaan kerja adalah termasuk penutupan
OT dan ICU secara berperingkat (1-1 atau 2-2), semakan kerja yang melibatkan kuasa
secara berperingkat dan juga proses terminal cleaning selepas setiap peringkat kerja yang
akan mengambil masa.
16 Minggu
SYARAT TAMBAHAN
Lawatan Tapak
1. Pemegang lesen juga perlu hadir sendiri ke lawatan tapak yang diadakan oleh pihak
Hospital. Kegagalan hadir pada lawatan tapak akan menyebabkan pembida tidak
dimasukkan dalam pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan Sebutharga.
SYARAT TAMBAHAN
Lukisan Binaan
2. Kontraktor perlu mengemukakan sekurang-kurangnya draf akhir bagi pelan rekabentuk
dan lukisan skematik (belum mendapat kelulusan Jurutera Profesional) bersama-sama
tawaran sebut harga untuk semakan ahli jawatankuasa sebutharga. Draf lukisan binaan
tersebut dapat membantu ahli jawatankuasa memberikan pertimbangan yang terbaik
berdasarkan keperluan dan kehendak pengguna serta memenuhi keperluan akreditasi
Hospital.
Bil. Butiran Kerja
Unit Kuantiti
Harga / Unit
(RM)
Jumlah (RM)
SYARAT TAMBAHAN
Penamatan kontraktor
3. Mesyuarat tapak akan diadakan secara berkala oleh Unit Pembangunan Hospital Umum
Sarawak. Sekiranya Hospital mendapati kontraktor gagal menepati jadual kerja atau kerja-
kerja yang dilaksanakan tidak menepati standard yang dikehendaki pengguna (Jabatan
Anaestesiologi dan Rawatan Rapi), Unit Kejuruteraan dan penilai teknikal Hospital,
kontraktor akan diberi peringatan ketika mesyuarat dan disusuli dengan surat peringatan
rasmi. Kontraktor perlu melaksanakan kerja-kerja pembetulan sepertimana yang dipohon
oleh pihak Hospital. Surat peringatan kali ke-3 akan disertakan dengan notis penamatan
kontrak.
SYARAT TAMBAHAN
Warranty (Jaminan)
4. Defect Liability Period (DLP) bagi projek tersebut di atas adalah selama 12 bulan dari
tarikh projek disiapkan dan dilaksanakan Testing & Commision (T&C) oleh pihak Hospital.
Dalam tempoh 12 bulan dari projek disiap dan selesai T&C, kontraktor perlu mengadakan
penyelenggaraan secara berkala (setiap 3 bulan). Jadual penyelenggaraan perlu
dikemukakan kepada Hospital untuk rekod dan pemantauan. Manakala penyelenggaraan
perlu dilaksanakan oleh juruteknik yang telah diperakui/disahkan
5. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan kepada mana-mana komponen projek dalam
tempoh jaminan, kontraktor perlu hadir ke Hospital untuk pemeriksaan dalam tempoh
maksimum 24 jam selepas laporan dibuat. Sebarang penggantian alat ganti dalam tempoh
tersebut adalah secara percuma (Free of Charge).
Catatan:
Jika ada butiran yang dikehendaki dalam Spesifikasi dan Skop Kerja tidak termasuk di dalam Ringkasan Sebut Harga ini,
harga butiran tersebut hendaklah disifatkan telah dimasukkan ke dalam salah satu butiran dalam Ringkasan Sebut Harga.
....................................... Cop Syarikat :
Tandatangan Kontraktor
LAMPIRAN A6
NO. SEBUT HARGA : HUS/EP/110/K/01/18
SENARAI SEMAK
Sila tandakan Ba Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan
Bil.
Perkara/Dokumen Untuk Di tanda
Oleh
Syarikat
Untuk Di tanda Oleh
Jawatankuasa Pembuka
Sebut Harga
1. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
2. Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
3. Salinan Sijil Pendaftaran Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juru Perunding
Sarawak (UPKJ) – Jika berkaitan
4. Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB)
5. Lampiran A3 - Borang Sebut Harga Kerja
7. Lampiran A4 - Ringkasan Sebut Harga (Pukal)
8. Lampiran A5 - Ringkasan Sebut Harga (Kuantiti)
9. Lampiran A6 - Senarai Semak
10. Lampiran A7 - Keterangan Mengenai Penyebut Harga
11. Lampiran A8 – Pengalaman Dalam Perniagaan
12. Lampiran A9 - Borang Penyerahan Contoh Dan Katalog (jika berkaitan)
13. Lampiran A10 - Surat Akuan Pembida
14. Lampiran A11 - Surat Perwakilan Kuasa
15. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan Terakhir
16. Lain-lain Sekiranya Ada
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan
memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di
dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang
dikemukakan adalah benar.
Tandatangan :…………………………………………………………
Nama :…………………………………………………………
Jawatan :…………………………………………………………
Tarikh :…………………………………………………………
UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan
dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ................... (jika
ada).
Tandatangan : .…………………………………………………………
(Pengerusi)
Nama : …………………………………………………………
Jawatan : …………………………………………………………
Tarikh : …………………………………………………………
Tandatangan : .…………………………………………………………
(Ahli)
Nama : …………………………………………………………
Jawatan : …………………………………………………………
Tarikh : …………………………………………………………
Tandatangan
√
PERINGATAN: Borang ini hendaklah diisi di tempat yang berkenaan dengan lengkap. Kegagalan tuan/puan untuk melengkapkan borang ini akan menyebabkan
pertimbangan terhadap sebut harga tuan / puan terjejas. SILA GUNAKAN HURUF BESAR
LAMPIRAN A7
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUT HARGA
1. Nama Syarikat :
1.1 Alamat Pejabat / Surat Menyurat :
1.2 E-mail Syarikat :
1.3 Nombor Telefon & Faks :
1.4 No. Pendaftaran Syarikat :
1.5 Tarikh Diperbadankan :
1.6 Taraf Pendaftaran (Bumiputera / :
Bukan Bumiputera) dan tarikh tamat
1.7 No. Pendaftaran Kementerian :
Kewangan dan tarikh tamat
2. Modal :
2.1 Modal Berbayar : RM …………………………………
2.2 Modal Dibenarkan : RM …………………………………
3. Pemegang Saham
3.1
3.2
3.3
4. Kemampuan Syarikat / Profil Syarikat
4.1 Kedudukan Kewangan Terakhir (Lampirkan Penyata Bank bagi tiga (3) bulan terakhir - Wajib)
4.2 Pemilikan Aset
(i) Kenderaan :
(ii) Lain-lain yang berkaitan :
5. Pekerja-Pekerja
5.1 Bilangan Pekerja
(i) Pengurusan :
(ii) Professional :
(iii) Kakitangan Biasa :
(iv) JUMLAH :
5.2 Kedudukan Kakitangan
Kewarganegaraan Jumlah Peratusan
i.
Bumiputera
Pengurusan
Operasi
:
:
………………………
………………………
:
:
………………………
………………………
ii. Bukan Bumiputera
Pengurusan
Operasi
:
:
………………………
………………………
:
:
………………………
………………………
iii. Bukan Warganegara
Pengurusan
Operasi
:
:
………………………
………………………
:
:
………………………
………………………
Tandatangan :……………………………………………………….
Nama Penuh :..……………………………………………………..
Jawatan : ………………….……………………………………
Tarikh : ……………………….………………………………
Cop Syarikat:
6. Sila lampirkan senarai kerja dalam tangan bagi bidang berkaitan.
1.
2.
3.
4.
8. Sila lampirkan senarai kontrak dengan Kerajaan.
(Sila maklumkan dan nyatakan sebab sekiranya kontrak syarikat pernah digantung atau ditamatkan)
Tandatangan :
Nama Penuh :
Jawatan :
Tarikh :
Cop Syarikat :
PERINGATAN:
**Borang ini hendaklah diisi di tempat yang berkenaan dengan lengkap. Kegagalan tuan/puan untuk melengkapkan borang ini
akan menyebabkan pertimbangan terhadap sebut harga tuan / puan terjejas. SILA GUNAKAN HURUF BESAR.
PENGALAMAN DALAM PERNIAGAAN
(Sila buat salinan tambahan jika ruang tidak mencukupi)
LAMPIRAN A8
No. Sebut Harga : HUS/EP/110/K/01/18
Tajuk Sebut Harga : Pelawaan Semula Sebut Harga Kerja-Kerja Pemasangan Pengesan & Pengera Kebakaran Automatik Dan Lain-Lain Kerja
Berkaitan Di Dewan Bedah (OT) Dan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak
Bil.
Jenis Bekalan / Perkhidmatan / Kerja.
( Sila Senaraikan Kontrak/Kerja-kerja yang telah dan sedang di laksanakan)
Nama Tempat, Agensi/ Jabatan
Nilai Kontrak (RM)
Tempoh Kontrak
(Nyatakan Tarikh)
Tandatangan Penyebut
Harga
:
…………………………………………………………..
Nama
: …………………………………………………………..
Cop Syarikat :
No. KP
: …………………………………………………………..
Tarikh : …………………………………………………………..
3
LAMPIRAN A9
BORANG PENGHANTARAN CONTOH DAN KATALOG
KOD PENYEBUT HARGA :
(Kosongkan)
NO. SEBUT HARGA :
HUS/EP/110/K/01/18
BIL. KETERANGAN BUATAN
CONTOH /
SAMPEL
(Nyatakan)
RISALAH /
KATALOG 2
SALINAN
(Nyatakan)
Tandatangan Penyebut harga
:
…………………………………………………
Nama
: ………………………………………………… Cop Syarikat :
No. KP
: …………………………………………………
Tarikh : …………………………………………………
PERINGATAN:
Contoh dan Katalog / Risalah hendaklah diserahkan di Unit Perolehan pada atau sebelum masa sebut harga ditutup.
UNTUK KEGUNAAN JABATAN SAHAJA
KOD CONTOH KOD KATALOG
/ RISALAH CATATAN
Tandatangan Penerima : ……………………………………………
Nama :…………………………….………………
Tarikh : …………………………………………….
4
Saya,…………………………………………………………………… nombor K.P: ..………………………………… yang
mewakili …………….…………………………………………………………………………………………………. nombor
Pendaftaran …………………………………………………………………… dengan ini mengistiharkan bahawa saya atau
mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana
individu dalam Hospital Umum Sarawak atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut
harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau memberi
rasuah kepada mana-mana individu dalam Hospital Umum Sarawak atau mana-mana individu lain sebagai sogokan
untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut
diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuatkuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang
berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji
akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) atau Balai Polis yang berhampiran.
Yang benar,
……………………………….............
Tandatangan
Nama : ...........................................................
No. KP : .........................................................
Tarikh : .......................................
Catatan : Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa (Lampiran Q9)
LAMPIRAN A10
SURAT AKUAN PEMBIDA
INTEGRITY PACT [ SPP. BIL 10/2010]
No. Sebut Harga : HUS/EP/110/K/01/18
Tajuk Sebut harga : Pelawaan Semula Sebut Harga Kerja-Kerja Pemasangan Pengesan &
Pengera Kebakaran Automatik Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Dewan
Bedah (OT) Dan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak
Cop
Syarikat:
5
LAMPIRAN A11
SURAT PERWAKILAN KUASA
INTEGRITY PACT [SPP. BIL 10/2010]
No. Sebut Harga : HUS/EP/110/K/01/18
Tajuk Sebut harga : Pelawaan Semula Sebut Harga Kerja-Kerja Pemasangan Pengesan
& Pengera Kebakaran Automatik Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan
Di Dewan Bedah (OT) Dan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital
Umum Sarawak
Saya ………………………………………………………..…nombor K.P :
………………………..………………jawatan ……………….……………………………. Daripada
syarikat).…………….………………….…….…….nombor pendaftaran
…………………………………………..…(MOF/PKK/CIDB/ ROS/ROC/ROB) Dengan ini mewakilkan
kuasa kepada……………………………………… No.K.P….……………………………
jawatan…………………………………………………………………………………………untuk menandatangani
semua dokumen-dokumen berkaitan sebut harga berkenaan bagi pihak syarikat.
Yang Benar,
( …………………………………. )
Cop Syarikat :
Tarikh :