Transcript

DOA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR ASRAMA TAHUN 2015

, Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim ,Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar asrama pada Tahun 2015 di hari yang penuh keberkatan ini .Ya Allah , Ya Tuhan KamiSesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya AllahKami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-MuYa Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , kami akan menjadi pelajar asrama yang cemerlang, terbilang , pelajar asrama yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar asrama yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.Kami mohon kepada Mu Ya Allah , agar engkau jadikan Pelajar Asrama SMK Temerloh sentiasa mendapat Rahmat Mu .Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,Mudah-mudahan maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasaberusahabersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dalam peperiksaan yang lalu .

Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.


Top Related