Download - Didik hibur gagak yang sombong
TAJUK CERITA :GAGAK YANG SOMBONG
Standard Pembelajaran
4.3.2. Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
AKTIVITI PDP
1.Murid mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.2. Murid bertutur dan melakonkan dialog dengan bertatasusila.3. Guru mengemukakan soalan berdasarkan dialog lakonan tersebut.4.Murid menyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam dialog.
PENCERITAAir tasik semakin kering. Gajah ,
rusa, musang dan gagak berkumpul dan berbincang.
Saya cadangkan
kita gali sebuah perigi.
Gajah
Bagus juga cadangan kamu itu.
Rusa
Ah, saya tidak mahu!Saya
boleh terbang untuk
mencari air.
Gagak
Jika begitu, jangan kamu
minum air perigi kami.
Musang
PENCERITA
Gagak terbang meninggalkan kawan-kawannya yang mula menggali lubang. Beberapa hari kemudian, gagak datang semula.
Tolong beri saya sedikit air.
Saya sudah beberapa hari tidak minum
air.
Gagak
Kami tidak mahu memberi kamu air. Kamu
tidak membantu
kami menggali perigi ini.
Musang
Maafkan saya. Sayamenyesal.
Gagak
Baiklah, kami maafkan
tetapi kamu mesti berjanji dengan kami.
Rusa
Janji apa?
Gagak
Selepas ini, kamu
haruslah membantu
kami.
Gajah
Baiklah, saya
berjanji.
Gagak