TEKS UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN GAJI DAN
ELAUN DI PERHIMPUNAN BULANAN
JPA NOVEMBER 2007 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
BULAN NOVEMBER 2007 Tema : “Yang Molek Itu Budi, Yang Indah
Itu Bahasa”
Pendahuluan Yang dihormati saudara saudari Pengacara
majlis,
Y. Bhg. Tan Sri Ismail Adam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Y. Bhg. Dato’ Ahmad Said Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi),
1
Y. Bhg. Dato’ Ab. Khalil Ab. Hamid Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)
Pengarah-pengarah Bahagian Dato’- Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan Warga JPA yang saya hormati
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera saya
ucapkan.
Terlebih dahulu saya mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan ucapan
setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak
Pengurusan Atasan JPA, khususnya Y.
Bhg. Tan Sri KPPA yang telah memberi
kepercayaan dan penghormatan kepada
Bahagian Gaji Dan Elaun untuk
2
menganjurkan perhimpunan bulanan pada
kali ini.
Rasanya belum terlambat untuk saya
ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada
semua warga JPA yang beragama Islam
serta kepada mereka beragama Hindu yang
telah menyambut perayaan Deepavali pada
minggu yang lepas. Begitulah harmoninya
masyarakat pelbagai kaum di negara kita, di
mana perayaan-perayaan besar seperti ini
akan disambut dengan meriah sekali di
seluruh negara.
Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,
3
Seperti yang telah dimaklumkan, tema
perhimpunan bulanan kita pada pagi ini
ialah “Yang Molek Itu Budi,Yang Indah Itu
Bahasa”. Bersesuaian dengan kempen
Budi Bahasa yang telah dilancarkan oleh
Y.A.B Perdana Menteri kita sebelum ini,
saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-
puan untuk mendalami peribahasa Melayu
yang saya kira amat relevan sekali dengan
kehidupan kita seharian selaku penjawat
awam.
Y.A.B Perdana Menteri dalam ucapan
sempena pelancaran kempen Budi Bahasa
dan Nilai-nilai Murni Peringkat Kebangsaan
ada berkata bahawa –
4
“Pembangunan modal insan
menjadi sangat penting kepada
negara pada masa depan dan
mereka ini mestilah berkualiti,
kualiti bukan sahaja dari segi
pendidikan, kepakaran, tetapi juga
dari segi moral yang tinggi,
bertanggungjawab dan
mengutamakan nilai-nilai murni
dalam kehidupan”
Beliau juga dalam ucapannya ada
mengatakan bahawa –
“Negara akan menjadi agung jika
warganya terdiri daripada insan-
5
insan yang mengamalkan budaya
murni”.
Bersesuaian dengan hasrat pucuk pimpinan
tertinggi negara kita, tema “Yang Molek itu
Budi, Yang Indah Itu Bahasa” telah dipilih
oleh Bahagian Gaji dan Elaun (BGE) untuk
menjadi tema perhimpunan bulanan JPA
pada kali ini.
Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,
Berkuat kuasa pada 1 Julai yang lalu, kira-
kira 1.5 juta anggota perkhidmatan awam di
seluruh negara telah menerima kenaikan
gaji antara 7.5% hingga 35%, ini termasuk
anggota tentera dan pasukan polis yang
6
turut menerima kenaikan gaji di antara 9%
hingga 42%.
Selain daripada itu, kerajaan juga telah
menaikkan Bantuan Sara Hidup sebanyak
100%. Keputusan yang dibuat oleh kerajaan
ini menunjukkan bahawa sememangnya
pihak kerajaan amat prihatin dengan nasib
kakitangan sektor awam yang terpaksa
berhadapan dengan kos sara hidup yang
meningkat terutamanya di bandar-bandar
besar.
Apalagi, pemberian kenaikan gaji kepada
kakitangan awam ini bukan sahaja dirasai
oleh pegawai perkhidmatan awam yang
masih berkhidmat, tetapi turut dinikmati juga
7
oleh 557,033 pesara kerajaan yang selama
ini telah berkhidmat dengan dedikasi dan
penuh amanah.
Sepatutnya kita sebagai anggota
perkhidmatan awam, perlu bersyukur dan
berterima kasih kerana telah dikurniakan
dengan nikmat yang bertuah ini dan juga
kepada pimpinan negara yang sentiasa
prihatin dan menghargai sumbangan dan
pengorbanan anggota perkhidmatan awam
selama ini.
Ini bermakna kerajaan dan masyarakat
telah mengiktiraf sumbangan dan peranan
yang telah dimainkan oleh sektor awam
bagi menjana pembangunan sosio ekonomi
8
negara, mengekalkan ketenteraman dan
memberi perkhidmatan yang memuaskan
kepada masyarakat.
Cuba kita bandingkan suasana ini dengan
apa yang berlaku di sesetengah negara lain
yang mana rakyat sentiasa hidup penuh
ketakutan lantaran peperangan yang telah
memusnahkan bukan sahaja kediaman
mereka malah negara dan kehidupan
mereka, ada juga negara di dunia ini yang
dilanda wabak penyakit berjangkit yang
berbahaya dan memusnahkan kehidupan
mereka. Begitu juga ada negara lain yang
sentiasa bergolak, berperang sesama
sendiri yang mana akhirnya mereka ini
dijajah pula oleh kuasa asing.
9
Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,
Saya ingin menarik perhatian sidang hadirin
sekalian kepada Pengumuman Bajet 2008
yang telah dibuat oleh Y.A.B Dato’ Seri
Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi selaku
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
Malaysia pada 7 September 2007 yang lalu
di Dewan Rakyat.
Dalam ucapannya, beliau telah
mengumumkan tema Bajet 2008 iaitu
“Bersama Membina Negara Dan
Menikmati Kemakmuran”. Jelas sekali
apabila kita melihat kepada temanya
sahaja, terbukti bahawa kerajaan telah
10
mengambil sikap ingin bersama-sama
rakyat untuk membangunkan negara ini
agar kita dapat bersama-sama
merealisasikan Wawasan 2020 yang bakal
menjelang tidak lama lagi.
Perdana Menteri ada menyatakan dalam
ucapannya bahawa tahun 2007 ini
merupakan tahun yang amat besar ertinya
kepada kita semua kerana pada tahun ini,
kita dapat bersama-sama menyambut ulang
tahun yang ke-50 kemerdekaan negara.
Dalam lima dekad pertama kemerdekaan,
negara telah mencapai kemajuan yang
membanggakan dalam suasana aman dan
damai. Dalam tempoh 50 tahun ini, kualiti
11
hidup rakyat telah jauh bertambah baik
berbanding dengan lima puluh tahun yang
lalu. Pendapatan per kapita telah meningkat
sebanyak 26 kali ganda daripada 790 ringgit
pada tahun 1957 kepada 20,840 ringgit
pada tahun 2006. Lima puluh tahun dahulu,
lebih separuh rakyat di negara ini hidup
dalam kedaifan dan kemiskinan, kini kadar
kemiskinan telah berjaya dikurangkan di
bawah enam peratus.
Dalam tempoh 50 tahun juga, negara telah
berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi
yang amat membanggakan, dengan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
mencatatkan peningkatan 6.3 peratus
setahun. Pertumbuhan ini dicapai dalam
12
suasana inflasi yang rendah dan guna
tenaga penuh.
Asas ekonomi terus bertambah kukuh.
Semenjak tahun 1998, akaun imbangan
pembayaran negara telah mencatat lebihan
selama sembilan tahun berturut-turut. Pada
tahun 2006, lebihan akaun semasa adalah
16.8 peratus daripada Keluaran Negara
Kasar. Kadar tabungan negara terus kekal
tinggi pada tahap 37 peratus daripada
KDNK. Kemasukan pelaburan langsung
asing terus mapan.
Jesteru itu, kita dapat melihat bahawa Bajet
2008 ini jelas mencerminkan hasrat
Kerajaan untuk memastikan kekayaan
13
negara terus berkembang dan dapat
dinikmati oleh semua rakyat. Saya yakin
seperti mana yang telah dihasratkan oleh
Y.A.B Perdana Menteri kita, hanya dengan
ini, kemajuan negara akan menjadi lebih
bermakna, dengan semua rakyat dapat
hidup dengan aman dan harmoni.
Seperti mana yang kita sedia maklum, Bajet
2008 ini akan memberi tumpuan kepada
tiga strategi utama, iaitu –
• Pertama, Mempertingkatkan daya saing negara;
• Kedua, Memperkasa pembangunan modal insan; dan
14
• Ketiga, Menjamin kesejahteraan rakyat.
Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,
Jika kita mengamati Strategi Pertama Bajet
2008 iaitu mempertingkat daya saing
negara, antara perkara penting yang
diberikan perhatian ialah Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam. Kerajaan yakin dan komited jika
penambahbaikan kepada Sistem
Penyampaian Perkhidmatan Awam ini
dapat dilaksanakan, maka kerajaan dapat
menyediakan satu persekitaran yang
kondusif bagi menarik lebih ramai pelabur
asing melabur di negara kita ini.
15
Jika kita melihat pula kepada Strategi
Kedua iaitu Memperkasa Pembangunan
Modal Insan, jelas sekali bahawa kerajaan
akan terus memastikan bahawa setiap
individu di dalam negara ini dapat
melahirkan Modal Insan yang berkualiti, ini
adalah kerana kerajaan amat yakin bahawa
demi memastikan Malaysia mencapai
matlamatnya sebagai sebuah negara maju,
maka pembangunan Modal Insan
seharusnya diutamakan.
Melihat kepada Strategi Ketiga pula, iaitu
Menjamin Kesejahteraan Rakyat, sudah
pasti Kerajaan akan cuba sedaya upaya
untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat
16
di negara ini melalui pelbagai insentif yang
telah diatur dan dirancang oleh Kerajaan.
Secara konsepnya, dengan memberi
emphasis kepada pembangunan Modal
Insan yang akan dapat meningkatkan
keyakinan serta kecekapan pekerja, maka
melalui usaha tersebut akan mencetuskan
idea dan tindakan penambahbaikan Sistem
Penyampaian Perkhidmatan Awam yang
dapat meningkatkan competitive edge
negara di peringkat antarabangsa, dan
dengan itu menggalakkan kemasukan
pelaburan asing atau tempatan untuk
mempertingkatkan taraf hidup rakyat.
17
Menjamin Kesejahteraan Rakyat
Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam
Pembangunan Modal Insan
Mengambil kira faktor-faktor yang telah
saya nyatakan di atas, maka tidak hairanlah
kepada kita bahawa kerajaan sanggup
untuk mempertimbangkan Pemberian
Kenaikan Gaji kepada Anggota Sektor
Awam lebih awal daripada Pengumuman
Bajet 2008 ini. Rasionalnya mudah sekali,
kerajaan yakin dan pasti bahawa untuk
mencapai hasrat dan cita-cita Kerajaan,
maka sokongan yang tidak berbelah bagi
haruslah diberikan oleh penjawat awam dan
18
menyedari akan sumbangan dan sokongan
yang telah dicurahkan oleh anggota
perkhidmatan awam maka kerajaan telah
memberikan Kenaikan Gaji yang amat
menggembirakan kita semua. Seperti mana
yang di katakan oleh William Shakespeare -
“He who is well paid is well satisfied”
Enabler
SSttrruuccttuurree
SSyysstteemm aanndd
PPrroocceessss
RReessoouurrccee
Drive
QQuuaalliittyy HHuummaann CCaappiittaall
EEnnhhaanncceerr//CCaattaallyysstt
CCoommppeennssaattiioonn
TTrraaiinniinngg
RReeccooggnniittiioonn
Output
SSeerrvviiccee DDeelliivveerryy
CCuussttoommeerr SSaattiissffaaccttiioonn
IImmppaacctt oonn SSoocciieettyy
Outcome
VVaalluuee CCrreeaattiioonn
PPiivvoottaall RRoollee ooff CCoommppeennssaattiioonn iinn aa QQuuaalliittyy OOrrggaanniizzaattiioonnaall FFrraammeewwoorrkk
19
Bak pepatah Melayu “Orang Berbudi Kita
Berbahasa, Orang Memberi Kita
Merasa”.
Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,
Keputusan kerajaan mengumumkan
kenaikan gaji bukanlah satu perkara mudah,
tetapi ia memerlukan satu peruntukan yang
amat besar bagi membayar gaji anggota
perkhidmatan awam.
Kerajaan perlu memperuntukkan tambahan
sebanyak RM6.8 billion setahun bagi
membayar gaji ekoran pemberian kenaikan
gaji pada tahun ini. Begitu juga sebanyak
20
RM1.2 billion telah diperuntukkan untuk
membayar Bantuan Sara Hidup setahun.
Kesediaan dan kesanggupan kerajaan
membayar kenaikan gaji ini jelas
membuktikan keprihatinan kerajaan yang
tentunya disokong oleh keamanan negara,
kestabilan politik dan perpaduan yang
kukuh di kalangan masyarakat berbilang
kaum di negara ini.
Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,
Pernyataan syukur kepada Tuhan dan
terima kasih kepada kerajaan kerana
pemberian kenaikan gaji ini sahaja tidak
mencukupi atau memadai. Seluruh anggota
21
perkhidmatan awam seharusnya membalas
kepercayaan dan penghargaan oleh
pemimpin dan seluruh rakyat negara ini
dengan meningkatkan produktiviti dan
kualiti bekerja dengan lebih cekap dan gigih
lagi demi untuk memperbaiki sistem
penyampaian perkhidmatan awam.
Selain daripada itu, setiap anggota
perkhidmatan awam mestilah memberi nilai
tambah kepada perkhidmatan dengan
mengurangkan kerenah birokrasi,
mengamalkan sikap mesra, telus, responsif
dan mementingkan kehendak pelanggan
yang mana ia amat bertepatan sekali
dengan slogan JPA “Kepuasan Pelanggan
Keutamaan Kami”.
22
Ekoran pemberian kenaikan gaji ini juga, sewajarnya tiada lagi alasan untuk melakukan perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan imej perkhidmatan awam dan merugikan diri sendiri seperti sikap sambil lewa dalam kerja, terlibat dengan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, tabiat curi tulang dan pelbagai lagi amalan buruk.
Di samping itu dengan pemberian kenaikan
gaji oleh kerajaan ini, janganlah pula kita
menjadi rambang mata dan lupa daratan
dengan berbelanja besar, yang mana ia
akan menyebabkan hidup kita akan
23
dibelenggu kesusahan akibat banyak
berhutang.
Janganlah kita terpedaya dengan tawaran
skim cepat kaya sama ada ia dari dalam
mahupun dari luar negara. Sebaliknya
adalah lebih elok jika kita memanfaatkannya
dengan melabur dalam saham amanah,
menabung atau menyimpan untuk
pendidikan anak-anak atau lain-lain skim
yang telah diluluskan oleh Bank Negara
demi masa depan anak-anak dan keluarga.
Kita sering diwar-warkan bahawa
menabung adalah amalan mulia. Namun,
masih ramai yang tidak menyedari peri
pentingnya menabung dalam kehidupan.
24
Jika tidak, masakan ‘Along’ masih memburu
dan diburu.
Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,
Hakikatnya, pelbagai kaedah menabung
yang boleh diaplikasikan mengikut
keperluan, kemampuan dan keselesaan
seseorang individu itu. Misalnya, jenis
tabungan yang paling biasa dan popular
ialah menyimpan wang dalam akaun
simpanan di bank-bank perdagangan.
Selain itu, cara tabungan lain yang berisiko
rendah adalah melalui simpanan dalam unit
amanah seperti Amanah Saham
Bumiputera (ASB), Amanah Saham
Wawasan (ASW) dan lain-lain lagi yang
25
memberikan pulangan yang lebih tinggi
berbanding simpanan biasa di bank-bank.
Selain daripada itu, insurans juga
merupakan salah satu cara menabung yang
dikatakan hanya diminati oleh lebih kurang
5% bangsa Melayu sahaja di negara ini.
Saya melihat bahawa insurans juga
merupakan salah satu cara tabungan yang
menguntungkan. Insurans tidak hanya
membantu dari segi tabungan, malah juga
mempunyai pelbagai kaedah lain seperti
kemudahan hospital dan ganti rugi
kemalangan dan kematian. Kini, terdapat
kemudahan Takaful bagi mereka yang
inginkan kaedah perlindungan secara Islam.
26
Walaupun jelas bahawa pelbagai cara
menabung yang boleh dipilih oleh pengguna
hari ini, namun masih ramai yang “liat”
untuk menabung. Pelbagai alasan yang
diberikan oleh golongan ini. Antaranya, gaji
yang tidak mencukupi, keluarga yang besar,
kos sara hidup yang tinggi dan berbagai-
bagai lagi. Bak kata pepatah, “hendak
seribu daya, tidak hendak seribu dalih”.
Golongan ini sebenarnya hanya
menggunakan alasan ini untuk terus leka
dalam arus kehidupan, dan dalam masa
yang sama cuba mengelak daripada
memikirkan kemungkinan-kemungkinan
pada masa hadapan.
27
Antara faktor yang dikatakan menjadi punca
sikap liat menabung ini adalah sifat individu
yang tidak mempunyai kesedaran tentang
kepentingan menabung dalam kehidupan.
Golongan jenis ini melihat menabung
sebagai suatu perkara remeh yang tidak
akan memberi apa-apa kesan kepada
kehidupan mereka secara keseluruhannya.
Jika tiada tabungan, kematian atau
kemalangan itu akan lebih tragis daripada
sepatutnya. Oleh sebab itu, perlulah kita
semua mempunyai sikap sentiasa “berjaga-
jaga” untuk menghadapi hari-hari yang
mendatang. “It pays to plan ahead. It
wasn’t raining when Noah build the ark”.
28
Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,
Menyedari pelbagai faedah yang bakal
diperolehi daripada sikap berjaga-jaga
inilah, maka kesedaran di kalangan mereka
yang masih enggan menabung perlulah
dipupuk. Antara konsep menabung yang
boleh kita semua amalkan adalah seperti
berikut :
• Pupuklah kesedaran dalam diri tentang
kepentingan menabung.
• Nasihatilah anak-anak dan sanak
saudara demi kepentingan masa
hadapan mereka.
29
• Pastikan setiap individu mempunyai
belanjawan peribadi yang boleh
dijadikan panduan perbelanjaan.
Belanjawan ini haruslah diikuti dengan
penuh disiplin untuk memastikan tidak
berlakunya lebihan perbelanjaan
berbanding pendapatan.
• Pelajari dan turut serta melabur dalam
skim-skim tabungan yang
menguntungkan. Pastikan skim tersebut
menawarkan tabungan yang berisiko
rendah jika anda kekurangan aliran
tunai.
• Simpan semua atau sekurang-
kurangnya separuh daripada
30
pendapatan yang tidak dijangka,
misalnya memenangi peraduan yang
menawarkan hadiah wang tunai,
keuntungan perniagaan atau bonus.
Y. Bhg. Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan,
Kesimpulannya, menabung boleh
direalisasikan dengan mudah seandainya
wujud kemahuan dalam diri sendiri
seseorang individu itu. Dengan wujudnya
pelbagai jenis tabungan yang diperkenalkan
di dalam negara kita ini, sudah pastinya
dapat membantu kita memilih bentuk
tabungan yang sesuai dengan keperluan
diri.
31
Faedah menabung yang besar bukan hanya
membantu dalam pembentukan masa
depan, tetapi juga kepada anak-anak,
keluarga dan negara. “Beringat sebelum kena” dan “Sediakan payung sebelum hujan” hendaklah dijadikan sebagai
panduan selain sebagai amaran untuk
memulakan langkah menabung dan terus
menabung dikalangan semua anggota
perkhidmatan awam.
Bagi mengakhiri ucapan in saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan perhimpunan ini khususnya
32
kepada pegawai daripada Bahagian
Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan,
Bahagian Penyelidikan dan Perancangan,
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
serta kepada semua yang hadir pada pagi
ini. Sekian terima kasih.
33