Download - Contoh Sukukata LITERASI BAHASA(1)
KAB:3043 PENGAJARAN LITERASI :
AWAL MEMBACA DAN MENULIS BAHASA MELAYU
UPSI03(A121PJJ)
NAMA NO.ID NO.TEL
KAVITHA A/P MANIAN D20102045518 0163477358
NAMA PENSYARAH: DR.ABDUL RAHIM BIN RAZALLI
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
1.1 KAEDAH PENGAJARAN BACAAN
1.1.1 KAEDAH ABJAD
1.1.2 KAEDAH SUKU KATA
1.1.3 KAEDAH PANDANG SEBUT
1.1.4 KAEDAH FONIK
1.1.5 KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA
1.2 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
1.2.1 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (SLOT)
1.3 TUGASAN(LANGKAH-LANGKAH)
1.4 RUMUSAN
1.5 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Menurut Atan Long (1976), membaca adalah proses menterjemahkan bentuk
penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu.Ini
bermakna tanpa memahami apa-apa yang dibaca belum dianggap mahir
membaca.Menurut Dr.Koh Boh Ban, membaca dapat membantu perkembangan kognitif
dan afektif seseorang murid.Justeru itu kemahiran membaca perlu dikuasai diperingkat
awal persekolahan bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu
pengetahuan agar mereka dapat berkembang secara menyeluruh dari segi
intelek,rohani,emosi dan jasmani,sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara.Sekirannya
seseorang murid tidak boleh membaca seperti rakan-rakan sebaya mereka,mereka bukan
sahaja akan ketinggalan dalam pelajaran,malah mereka juga akan merasa rendah
diri,hilang keyakinan diri dan kurang minat belajar.Program bacaan perlu dilakukan
terhadap murid yang tidak menguasai kemahiran ini.Menurut Margaret et.al (1989), guru
haruslah memulakan pengajaran mengikut tahap yang sesuai.
Aktiviti terpenting yang perlu ditekankan ketika mengajar bacaan adalah sebutan
fonetik yang betul.Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan
akustik yang berbeza.Pengajaran bunyi vocal,diftong dan konsonan juga perlulah
ditekankan.justeru guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyi.
1.1Kaedah-kaedah Pengajaran Bacaan
Kaedah Pengajaran BacaanKaedah Pengajaran Bacaan
Kaedahabjad
Kaedah Suku kata
Kaedah Pandangsebut
Kaedah fonik Kaedah
Gabungan Bunyi kata
1.1.1KAEDAH ABJAD
Menurut Azman Wan Chik (1993),kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A,B,C.......hingga Z.Murid-murid diajar mengahafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A hingga Z.Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid.Kemudia,sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan.Proses ini diulang sehingga murid mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar.Seterusnya,guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam.Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad-kad di papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru.Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing.Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.
1.1.2KAEDAH SUKU KATA
Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan kosonan.Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata.Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil suku kata terbuka.Suku kata yang lain adalah Suku Kata tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan.Beberapa janis suku kata:
(a) Kata Tunggal suku kata contoh: k+v+k(b) Kata tunggal dua suku kata contoh:
v+vkb(air,aib),v+kvk(adat,emas),vk+kv(anda,unda),vk+kvk(untuk,entah),kv+kvk(bukan,dekat).
(c) Kata tunggal tiga suku kata.contoh: kv+v+kv(biasa,cuaca),kv+v+kv(kaedah)(d) Kata tunggal empat suku kata.contoh:kv+kv++kv(panorama)
1.1.3 KAEDAH PANDANG SEBUT Kad gambar,kad huruf,kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal pengajaran untuk memperkembangakan kemahiran membaca.Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya supaya menjadi perkataan yang bermakna.Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran dengan mudah dan berkesan.Kaedah ini mementingkan dua perkataan iaitu:(a) Membunyikan perkataan rangkai kata nerdasarkan pengalaman melalui gambar dan(b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.Manakala kad perkataan pula boleh digunakan melatih murid untuk menyebut perkataan yang dipaparkan oleh guru (secara flash card) secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu.Ini bagi mempertingkatkan keupayaan murid untuk membaca.
1.1.4 KAEDAH FONIK
Menurut Azman Wan Chik,kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat hubungan antara simbol(huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca(membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa.Bunyi-bunyi huruf diajar.Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya.Contoh:”a’ dibunyikan ’aaaa....’’,”u” dibunyikan ’uuuu.........’.Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya,suku kata pula dibina Misalnya,’ba’,’da’,’tu’, dan sebagainya.seterusnya, digabungkan suku kata ini menjadi perkataan seperti ’baba’,batu’,ibu’ dan sebagainya.
1.1.5 KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA
Kaedah ini menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf, suku kata dan membaca perkataan, rangkai kata,ayat(yang bermakna) dalam satu atau dua pelajaran.Gabungan ini dibuat secara sistematik.Tiap-tiap pelajajaran berikutnya,beransur-ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya.Pada akhir tiga atau empat pelajaran saja,murid-murid sudah boleh membaca beberapa perkataan dan rangkai kata yang mudah.Contohnya murid boleh membaca sendiri buku-buku cerita.
1.2 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN ( SLOT PENGAJARAN )
Kelas : Tadika I Bijak
Tarikh :26.10.2012 / Jumaat
Masa :8.00pagi – 8.30pagi
Bilangan pelajar :25 orang
Modul :Asas
Tema / tajuk :Muka (Anggota Badan)
Tunjang utama : Bahasa dan Komunikasi
Standard kandungan : BM 3.3 Mengenal huruf konsonan.
Standard pembelajaran : BM 3.3.1 Menyebut huruf konsonan.
Kesepaduan tunjang :PSE 2.2.2 Menunjukkan semangat dan sifat positif seperti
berkeyakinan.
Objektif :Pada akhir pembelajaran murid dapat,
:1. Boleh sebut dan kenal huruf konsonan M dan G.
:2.Menulis huruf M dan G.
Pengetahuan sedia ada :Murid pernah menyebut perkataan muka dan pernah
menggosok gigi.
Kemahiran berfikir (KB) :Menjana idea, padankan gambar dengan huruf..
Penerapan nilai :Mengikut giliran, berkeyakinan.
Bahan bantu mengajar (BBM): Gambar muka dan gigi . Kad huruf m dan g.
Fokus kecerdasan pelbagai :kecerdasan bahasa
Kosa kata : menyebut huruf m dan g , kenal gambar muka,gigi,
Mata dan dahi.
1.2.1 Rancangan Pelajaran Harian (slot pengajaran)
Langkah /Masa
Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan. BBM,
Kesepaduan, nilai dll
Set induksi(7 minit)
Pengenalan kepada topik.
1.Murid menonton tayangan
video dan bersama-sama
menyanyikan lagu Anggota
Badan.
2.Guru menunjukkan sebuah
kotak ajaib kepada murid-
murid.
3.Murid diminta untuk duduk
dalam bentuk semi bulatan.
4.Guru menyuruh tujuh orang
murid dan setiap orang
mengambil satu kad daripada
kotak ajaib tersebut.
5.Guru menyuruh salah seorang
daripada murid tersebut ke
hadapan untuk membuka kad
tersebut dan menunjukkannya
kepada rakan –rakan yang lain.
6.Murid-murid mengenalpasti
huruf yang ditunjukkan.
7.Kemudian guru meminta
semua murid yang mengambil
kad huruf vokal untuk beratur
pada satu barisan dan meminta
murid-murid untuk
membunyikan huruf tersebut.
Tayangan Video,
Kotak ajaib,Kad Imbasan
(cth:”u” bunyinya mu , “i”
bunyinya gi.
8.Guru memperkenalkan tajuk
pembelajaran pada hari
tersebut.Murid-murid akan
belajar dua bunyi huruf yang
baru iaitu bunyi m dan
g.Kemudian murid akan belajar
juga gabungan bunyi huruf m
dan g.Kemudian murid akan
belajar juga gabungan bunyi
huruf m dan g serta huruf vokal
iaitu a,e,i,o,u.
Langkah 1( 10 minit )
Carta suku Kata
1. Guru menyuruh murid yang
memegang huruf konsonan
untuk berdiri di hadapan dan
setiap murid yang memegang
huruf vokal akan bergilir-gilir
bediri sebelah pelajar yang
memegang huruf konsonan
tersebut.
2. Guru membunyikan suku kata
terbuka yang yang dibentuk itu
lalu diikuti oleh murid.
Cth: mu,ka,gi,da,ma,ta.
3. Seterusnya guru akan
mengeluarkan carta dan
meminta murid tersebut untuk
melekatkan kad yang
mengandungi suku kata yang
telah dibentuk pada carta
tersebut.
4. Apabila semua suku kata telah
Kad hurufVokal,Kad suku kata yang telah dibentuk serta gambar.
habis dibentuk,guru akan
meminta semua murid yang
membacakan suku kata tersebut
bersama-sama.
5. Murid menyalin suku kata yang
baru dipelajari ke dalam buku
latihan masing-masing.
Langkah 2(20 minit )
Power Point
1. Guru akan menunjukkan slaid
power point yang megandungi
gambar muka,gigi,mata,dahi
untuk mengenal pasti gambar
tersebut.
2. Kemudian guru meminta murid
menunjukkan muka,gigi,mata
dan dahi mereka.
3. Setelah murid memberikan
jawapan,guru meminta salah
seorang pelajar untuk
menunjukkan suku kata “mu”
pada skrin dan guru akan
menekannya diikuti dengan
suku kata ‘
“ka”.sekiranya betul,perkataan
“muka” akan muncul dibawah
gambar-muka pada slaid power
point.
5.Langkah-langkah diulangi
dengan menggunakan gambar-
gambar lain seperti
muka,dahi,gigi dan mata.
Slaid Power Point.
Langkah 3(15 minit)
Mebuat latihan
1. Guru memberikan latihan yang
terbahagi kepada aras senang Lembaran kerja
aras susah.
Penutup(8 minit)
Mengimbas kembali pembelajaran
1. Guru meminta murid-murid
untuk membaca balik suku kata
yang terdapat pada carta suku
kata.
2. Guru bertanya kepada murid-
murid tentang perkataan yang
telah dipelajari pada hari ini.
3. Guru memberitahu murid-murid
bahawa dengan mengetahui
suku kata, mereka boleh
membina pelbagai perkataan.
Kad Imbasan
Refleksi :
Pada akhir aktiviti ini dijalankan didapati semua murid boleh menyebut huruf m dan g
Serta boleh mengnal pasti gambar mengikut suku kata yang disebut.
1.3 Tugasan 1:
Persediaan mengajar huruf konsonan ‘m’ dan ’g’, sukukata terbukaKv, menunjukkan langkah –langkah mengajar untuk
a)Mengenal dan membunyikan huruf suku kata melalui lagu .
Langkah -langkah
1) Membunyikan huruf ’Muka’ , Mu ... Mu .... Mu.....-Membunyikan huruf ’G’ , Gi ... Gi .... Gi.....
Kotak ajaib yang mengandungi huruf konsonan
2) Memperkenalkan huruf konsonan M dan G
3) Membunyikan huruf vokal a,e,i,o,u” serta menyebut huruf kosonan m dan g.
25 orang murid dapat menyebut dan membunyikan huuruf m dan j serta huruf vokal.
Bangun Pagi Gosok Gigi, Cuci Muka, Pakai Baju, Minuk Kopi, Makan Roti, Minum Susu, Saya pergi Sekolah….
M M G G
Tugasan 2
a) Membina dan membunyikan sukukata terbuka kv
langkah –langkah1. Membunyikan huruf vokal a,e,, e’ ,i,o ,u2 .Membunyikan suku kata terbuka.
3.Mengulang semula bunyi sukukata terbuka
u a e i o
m t g d h k
Huruf vokal Huruf vokal
Huruf konsonan Huruf konsonan
m u
d a
i g
k a
h i a m
t
i
a
g
c) Menyalin semula suku kata yang telah dipelajari dalam buku latihan
Tugasan 3
a) Menunjukkan Slaid Power Point
Mu 6.maKa 7. taGi 8. giDahi
Mu 6.maKa 7. taGi 8. giDahi
b) Menunjukkan suku kata pada skrin dan murid menekannya diikuti dengan suku kata yang betul.
Tekan suku kata yang betul dan padankan
c) Diikuti dengan langkah seterunya bagi bagi suku kata lain mengikut anggota badan yang sesuai.
d) Mengeja suku kata yang telah dipelajari dan murid sebut perkataan berulang kali.
mu ka
mua
da hi
gi gi
ka muka
gigi
dahi
Tugasan 3a) Membuat lembaran kerja
Isikan suku kata yang betul
1.
2.
3.
4.
maaa
ta mata
mu
ta
gi
hi
b) Lembaran kerja 2
Menulis huruf kosonan M dan G
m m m g g g
Tugasan 4
a) Mengimbas kembali perkataan yang telah dibaca
b) Membaca Perkataan mengikut tema
Ini muka sani
Sani ada dua mata
Gigi sani nampak cantik
Dahi Sani lebar dan cantik.
- Pelajar boleh mengenal dan menyebut perkataan suku kata yang telah dipelajari
dan guru akan menolong mengajar perkataan yang dipelajari.
1.4 RUMUSAN
Kemahiran membaca perlu diberi penekanan untuk mengatasi masalah membaca
dikalangan kanak-kanak di peringkat awal.Ujian diagnostik bacaan perlu dijalankan
untuk membantu guru mengesan kelemahan dari tahap bacaan murid supaya guru dapat
merancang aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat murid dalam kemahiran bacaan.
Guru perlu mengesan faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan bacaan
murid.Pengetahuan dan pengalaman guru dapat membantu dalam merancang dan
menyediakan proses pembelajaran murid.Aktiviti bacaan perlulah dilakukan dengan
menggunakan pendekatan kaedah dan teknik yang sesuai agar murid-murid mampu
menguasai asas kemahiran membaca.
1.5 RUJUKAN
1. Aeriedrifke.blogspot.com/2009/10/kaedah-gabungan-bunyi-kata-
kgbk.html.
2. Tatabahasabm.tripod.com/tata/khubung.html.
3. Modul KAB:3043 –Pengajaran Literasi (AWAL MEMBACA DAN
MENULIS BAHASA MELAYU)
4. Bahasa dan Komunikasi –Terbitan 2011
5. Abd.Aziz.Abd.Talib (1989) Pengajaran Pengujian Bahasa Perspektif untuk
Perguruan :
Kuala Lumpur-Nurin Enterprise