Transcript

2.0 FOKUS KAJIANKemahiran menulis Jawi merupakan salah satu tunjang untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran Pendidikan Islam sama ada untuk peperiksaan PMR atau SPM. Oleh kerana itu, saya harus mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah 30 orang murid Tahun 2 Optimis yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis Jawi. Saya telah dapat mengenal pasti punca utama mereka tidak dapat menulis Jawi dengan baik ialah tidak mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan tidak tahu bagaimana untuk menyambung antara huruf-huruf Jawi. Maka saya akan menggunakan teknik baru yang akan membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Teknik baru tersebut saya namakan sebagai Teknik Dalil Avu Zar Zad. Kajian ini juga berfokus kepada 30 orang murid Tahun 2 Optimis sebagai sampel kajian. Pemilihan ini pada saya, sangat bertepatan kerana sebagai guru Jawi mereka, saya dapat berhubung dengan murid-murid tersebut secara langsung untuk mengaplikasikan teknik yang saya perkenalkan. Selain itu, saya akan memberi mereka ujian untuk mengenal pasti sama ada teknik yang saya gunakan berkesan untuk menangani masalah yang mereka hadapi atau sebaliknya. Saya juga akan meminta mereka menjawab soal selidik untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi meningkatkan minat mereka terhadap matapelajaran Jawi.


Top Related