Download - CONTOH LAPORAN PERSEMBAHAN
-
7/29/2019 CONTOH LAPORAN PERSEMBAHAN
1/2
CONTOH LAPORAN PERSEMBAHAN
LAPORAN PERSEMBAHAN KOIR (Nasyid)
TARIKH : 9 APRIL 2011
HARI : SABTUMASA : 8.00AMTEMPAT : SK KAMPONG PASIR PUTIH
Persembahan Koir (Nasyid) diadakan sempena Majlis Tadarus Al-Quran tahun
2011M/1432H di Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir Putih.Pasukan koir ini telah
dianggotai seramai 9 orang ahli yang terdiri daripada murid-murid sekoalah rendah
kebangsaan daripada sekolah-sekolah di sekeliling Zon D Daerah Kinta.
Persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti denganlagu Kebesaran Negeri Perak.Lagu ini dinyanyikan pada awal majlis.Permulaan
persembahan agak baik kerana cara naik ke pentas serta cara beratur pemain alat
muzik serta para penyanyi adalah kemas dan teratur.
persembahan nyanyian lagu ini lapisan suaranya kurang jelas dan nyanyian
kadang-kadang tidak mengikut tempoh iringan muzik yang dimainkan.Alunan melodi
yang dinyanyikan oleh pasukan ini juga tidak sama dan kurang cantik apabila didengar,
walaupun begitu,mereka ada menunjukkan unsur-unsur dinamik dan expressi
yang baik.Mereka telah dapat memberikan sepenuh penghayatan terhadap lagu yang
dinyanyikan dengan baik sekali di mana para penonoton dapat merasai perasaan yang
ingin disampaikan oleh penyanyi.
Susunan dan kedudukan para ahli koir semasa persembahan adalah baik
dimana ia disusun dalam 1 barisan.Ini telah dapat memberi peluang kepada semua
penyanyi dapat disaksikan dengan jelas oleh para penonoton yang hadir.Para penyanyi
juga dapat dilihat agak yakin semasa memberikan persembahan.
Pasukan ini telah dipimpin oleh guru-guru muzik dengan bantuan guru-guru
JQAF yang agak berpengalaman dalam bidang muzik.Arahan pemimpin telah dapat
mengawal persembahan dengan baik dengan teknik dan gaya pimpinan yang
tersendiri.
http://pendidikanmy.blogspot.com/2012/10/contoh-laporan-persembahan.htmlhttp://pendidikanmy.blogspot.com/2012/10/contoh-laporan-persembahan.html -
7/29/2019 CONTOH LAPORAN PERSEMBAHAN
2/2
Bagi bahagian muzik iringan pula,ia dimainkan dengan baik sekali.Penggunaan
rentak dan bunyi yang sesuai telah memnyebabkan persembahan koir ini lebih sedap
didengari.Secara keseluruhannya persembahan koir ini menarik dan sesuai dengan
majlis tersebut.
Kekuatan Kumpulan ini:
1. Mempunyai pemimpin yang baik.
2. Ahli kumpulan yang mahir dalam nyanyian
3. Berdisiplin dan berkerjasama serta komitment
4. Penyanyi dan pemain muzik yang agak baik.
5.Sound system yang baik.
Kelemahan yang ada:
1. Kawasan dewan yang agak bising sehingga tak dapat dengar nyanyian.
2. Kedudukan pentas yang kurang sesuai iaitu di bahagian tepi pentas utama.
3. Mikrofon yang tidak mencukupi.
4. Gangguan daripada kebisingan murid-murid lain
5.
Masa latihan yang terhad sehingga menyebabkan persembahan kurangmemuaskan.