-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
1/29
KAJIAN KERJA KURSUS
GEOGRAFI TINGKATAN 3PMR 23/2 TAHUN 2012
TAJUK TUGASAN :
Perniagaan Pasar Mingguan Pekan Tenom
NAMA :
TINGKATAN : 3
NO.KP :
NO.AG :
NAMA SEKOLAH : SM.TSHUNG TSIN TENOM
NAMA GURU : CIKGU FASILA ABDUL RAHMAN
TARIKH HANTAR : 24 MEI 2012
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
2/29
SENARAI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
o o PENGHARGAAN o
o o PENDAHULUAN o
o o OBJEKTIF KAJIAN o
o o KAWASAN KAJIAN
i. Peta Pekan Tenom
ii. Peta Kawasan Kajian
o
o o KAEDAH KAJIAN o
o o DAPATAN KAJIAN
i. Konsep Perniagaan Runcit Pasar Mingguan
ii. Kepentingan Perniagaan Runcit Pasar Mingguan
iii. Faktor Mempengaruhi Perniagaan Runcit Pasar Mingguan
iv. Kesan Negatif Perniagaan Pasar Runcit Pasar Mingguan
v. Cadangan Untuk mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit
Pasar Mingguan
o
o o RUMUSAN o
o o LAMPIRAN o
o o RUJUKAN o
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
3/29
PENGHARGAAN
Dalam menyiapkan kajian kerja kursus geografi ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
Puan pengetua kerana telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini.
Seterusnya sekalung penghargaan kepada Guru Geografi, Cikgu Fasila Abdul Rahman kerana beliau
sentiasa sedia meluang masa untuk membimbing saya di dalam dan luar pengajaran beliau.
Jutaan terima kasih dan rasa sayang kepada kedua ibu bapa saya, Encik _________________________
dan Puan _________________________ kerana mereka senantiasa meluangkan masa, menyokong dan membantu
saya dalam menyediakan keperluan material agar saya menyiapkan tugasan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada orang sumber yang ditemu ramah dalam menyiapkan tugasan kajian Geografi ini
ucapan terima kasih kepada Encik / Puan ________________________________ kerana telah membantu
memberikan maklumat dan berkongsi pengalaman .
Akhir sekali, ahli-ahli kumpulan saya yang terdiri daripada Saudara__________________________
Saudari ________________________________,dan Saudara____________________________ yang sentiasa
berkongsi maklumat dalam menyiapkan tugasan ini sehingga selesai.
Sekian dan terima kasih.
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
4/29
PENDAHULUAN
Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang perniagaan runcit pasar mingguan Pekan Tenom
yang diadakan pada Hari Rabu dan Hari Ahad setiap minggu.
Saya memilih tajuk ini kerana kawasan tempat tinggal tidak jauh daripada Pekan Tenom. Selain daripada
itu, Pekan Tenom agak terkenal dengan perniagaan Pasar Mingguan yang memperniagakan barang-barang segar
daripada kawasan kampung dan kebanyakan hasil produk buatan sendiri.
Tempoh yang diberikan untuk menyiapkan tugasan kajian ini ialah bermula pada bulan Mac sehingga
bulan Mei. Oleh itu, dengan tempoh masa yang diberikan saya dapat menyiapkan tugasan itu dengan sebaiknya.
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
5/29
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah :-
1. Saya dapat menghuraikan definisi konsep dan jenis perniagaan runcit di Pasar Mingguan Pekan Tenom
2. Saya juga dapat menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di Pasar Mingguan Pekan Tenom
3. Saya dapat mengenalpasti kesan negatif perniagaan runcit di Pasar Mingguan Pekan Tenom
4. Saya juga dapat mencadangkan langkah mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit Pasar Mingguan
Pekan Tenom
5. Saya akan memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat kerjasama untuk mengatas
masalah kesan negatif perniagaan runcit di Pasar Mingguan Pekan Tenom
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
6/29
KAWASAN KAJIAN
Pekan Tenom terletak pada koordinat geografi iaitu 5 8 '0 " Utara, 115 57' 0" Timur. Kedudukan yang terletak
di antara Daerah Sipitang dan Nabawan menjadikan Tenom telah menjadi persinggahan kawasan pedalaman .
Pasar Tamu Mingguan ini terletak di tengah-tengah Pekan Tenom dan jarak lokasi kira-kira 3 kilometer daripada
Sekolah Menengah Tshung Tsin Tenom.
Pekerjaan utama penduduk di daerah Tenom ini ialah dalam sektor pertanian. Ada pula sebahagian
penduduknya berkerja dalam sektor kerajaan dan perkhidmatan. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau dan
tanah yang subur telah menggalakkan penanaman kelapa sawit, getah, kopi dan sebagainya.
Pasar Tamu Mingguan Pekan yang diadakan pada hari Rabu dan Ahad telah merupakan nadi kepada
peniaga kecil untuk menjual hasil produk mereka, lebih-lebih lagi peniaga yang datang daripada kawasan
kampung dan pedalaman.
Perniagaan bermula pada seawal jam 7.00 pagi sehingga 1. 00 petang memenuhi kawasan tapak tamu yang
telah disediakan oleh Pihak Majlis Daerah. Pelbagai barangan dijual seperti sayur-sayuran , buah-buahan ,
tanaman, binatang ternakan dan lain-lain lagi.
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
7/29
PETA PEKAN TENOM
PET UNJUK :
Kawasan Pekan Tenom
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
8/29
PETA KAWASAN KAJIAN
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
9/29
PETA PASAR MINGGUAN PEKAN TENOM
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
10/29
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
11/29
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
12/29
PERNIAGAAN RUNCIT :
PASAR TAMU MINGGUAN DI PEKAN TENOM
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
13/29
KAEDAH KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat
iaitu :
1. PEMERHATIAN
Saya telah membuat pemerhatian di Pasar Tamu Mingguan uuntuk mendapat maklumat. Maklumat
yang dikumpul akan dianalisis kemudian.
2. TEMU BUAL
Saya telah melakukan temu bual ke atas beberapa penduduk tempatan semasa membuat kajian ini.
Hasil temu bual telah saya catatkan dan direkodkan.
3. SOAL SELIDIK
Borang soal selidik telah saya berikan kepada 20 orang responden untuk mengetahui pendapat mereka
tentang kesan negatif berkaitan tugasana yang telah diberikan. Hasil soal selidik juga saya kumpul
untuk dianalisis.
4. RUJUKAN
Saya telah melayari internet dan mengunjung perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan.
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
14/29
DAPATAN KAJIAN
a. Konsep dan Jenis Perniagaan Runcit di Pasar Tamu Mingguan Pekan Tenom
Perniagaan runcit bermaksud menjalankan perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar dan
dilakukan secara kecil-kecil. Perniagaan Runcit Pasar Tamu Mingguan Pekan Tenom ini mempunyai
pelbagai jenis gerai seperti gerai makanan ringan, gerai sayur-sayuran, gerai ikan , gerai pakaian dan lain-
lain lagi.
Kebanyakan gerai-gerai ini dijalankan oleh penduduk yang mendiami berhampiran dengan Pekan
Tenom . Mereka berbangsa Murut, Melayu, Cina dan lain-lain. Carta pai berikut menunjukkan bilangan
perniagaan mengikut jenis gerai.
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
15/29
b. Kepentingan Perniagaan Runcit Di Pasar Tamu Mingguan Pekan Tenom
Perniagaan Pasar Minggu ini menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan peniaga-
peniaga. Sebagai contoh, mereka boleh menjual hasil kraftangan sendiri ke Pasar Tamu dengan modal
yang sedikit sahaja.
Selain daripada itu, peduduk tempatan juga tidak perlu memasuk kawasan kampung untuk memperoleh
sayur-sayuran segar kerana hanya mengunjungi Pasar Tamu Mingguan dan dapat membelinya dengan
mudah.
Pasar Tamu Mingguan ini juga dapat meningkatkan taraf penduduk tempatan kerana mereka dapat
menjalan perniagaan secara kecil-kecilan. Hasil daripada perniagaan ini akan meningkat pendapatan
mereka.
Penduduk kawasan pedalaman berpeluang untuk memasarkan hasil pertanian mereka di Pasar Tamu
Mingguan yang diadakan dua kali seminggu. Seterusnya penduduk tempatan yang mengunjungi Pasar
Tamu Minggu memperolehi barangan segar seperti ikan air tawar, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-
lain.
Sebagai penduduk tempatan Pekan Tenom, kita perlu bersyukur kerana dapat menjalankan aktiviti
perniagaan dengan perasaan muhibbah dan tolak ansur dalam kalangan pelbagai bangsa. Selain daripada
itu, kita juga berpeluang merasa pelbagai jenis produk yang dihasilkan oleh kaum masing-masing.
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
16/29
c. Faktor yang mempengaruhi perniagaan Runcit Di Pasar Tamu Mingguan Pekan Tenom
i. Governan
Pihak kerajaan telah menggalakkan penduduk tempatan terutama petani kecil-kecilan untuk
menjual produk mereka di Pasar Tamu Mingguan ini. Pihak Majlis Daerah juga telah
mengeluarkan permohonan perlesenan perniagaan yang tidak membebankan kerana
bayaran permohonan yang berpatutan.
ii. Infrastruktur
Peniaga-peniaga disediakan tapak perniagaan mengikut jenis barangan yang akan dijual
oleh mereka. Peniaga yang ingin menjalankan perniagaan hanya memohon di Majlis
Daerah untuk mendapat tempat mereka berniaga.
iii. Pertambahan Penduduk
Pertambahan penduduk juga menggalakkan perniagaan ini dijalankan. Mengikut kajian
yang telah dijalankan Pekan Tenom tahun demi tahun penduduknya semakin bertambah
dari tahun 2006 sehinggalah kini.
iv. Darjah Ketersampaian
Keadaan jalan raya dan kereta api yang baik telah meningkatkan darjah ketersampaian ke
Pasar Tamu Mingguan .
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
17/29
Kita perlu berbangga kerana pihak kerajaan sentiasa prihatin untuk menyediakan kemudahan infrastuktur
kepada penduduk setempat. Selain itu, penduduk tempatan yang rajin dan gigih juga telah menjadi pemangkin
untuk memajukan perniagaan runcit di Pekan Tenom.
d. Kesan Negatif Perniagaan Runcit Di Pasar Tamu Mingguan Pekan Tenom
Ketika melaksanakan kajian kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah
dikenalpasti iaitu :-
i. Pencemaran.
Ada sesetengah peniaga dan pelanggan tidak membuang sampah sisa bungkusan atau
makanan mereka walaupun pihak kerajaan telah menyediakan tong sampah di kawasan
perniagaan.
ii. Kesesakan Lalu Lintas
Pertambahan penduduk juga telah menyebabkan kesesakan jalan pada hari Ahad dan hari
Rabu. Jalan raya dipenuhi dengan kenderaan kerana meletakkan kenderaan di bahu jalan
yang berhampiran dengan Pasar Tamu Mingguan menyebabkan jalan raya telah menjadi
sempit dan sukar untuk dilalui.
iii. Harga tanpa kawalan
Peniaga juga meletakkan sesuka hati terhadap harga barang yang mereka perniagakan. Hal
demikian telah menimbul kekeliruan kepada para pembeli.
iv. Barangan tidak berkualiti
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
18/29
Terdapat juga peniaga yang tidak jujur semasa memperniagakan barang mereka. Mereka
menjual barangan yang kurang kualitinya.
Peniaga sewajarnya mengamalkan amanah dan jujur dalam menjalankan perniagaan mereka. Selain
itu, pengguna jalan raya juga sepatutnya lebih bertoleransi semasa berada dalam keadaan sesak untuk
mengelakkan kemalangan jalan raya. Seterusnya, kita juga perlu ada semangat kekitaan terutamanya dalam
menjaga kebersihan kawasan perniagaan agar dapat menghindar daripada sebarang penularan penyakit
berjangkit.
Soal Selidik Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Pasar Tamu Mingguan Pekan Tenom
Jadual menunjukkan respon daripada 20 penduduk tempatan :-
Jenis Kesan Negatif Bilangan respon
1 Pencemaran 20
2 Kesesakan Lalu Lintas 11
3 Harga Tanpa Kawalan 13
4 Barangan tidak berkualiti 12
5 Pembaziran 10
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
19/29
e. Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Pasar Tamu Minggu
Pekan Tenom
i. Pihak kerajaan perlu membuat pemantauan untuk mengelakkan daripada peniaga sentiasa
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Terutamanya pada letak tanda harga, kawalan
timbangan dan sukatan .
ii. Pihak tertentu juga perlu menganjurkan kempen alam sekitar untuk memupuk kesedaran
penduduk setempat untuk lebih menghargai dan memelihara alam sekitar.
iii. Pihak kerajaan juga perlu menyediakan kawasan tempat letak kenderaan yang bersesuaian
untuk mengelak kesesakan lalu lintas.
iv. Pemandu juga perlu mematuhi peraturan yang telah dikuatkuasa dan pihak berkuasa pula
perlu mengambil tindakan tegas kepada pesalah .
Menyedari tentang tanggungjawab sebagai warga penduduk di Pekan Tenom, saya patut melibatkan diri
dan menyokong usaha pembangunan kerajaan , terutamanya kempen alam sekitar . Contohnya, kempen beg
penggunaan beg plastik. Saya juga sedar bahawa kita sewajarnya berilmu dan berketrampilan dalam menangani
masalah yang dihadapi.
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
20/29
RUMUSAN
Setelah menyiapkan kajian ini, saya mendapati bahawa perniagaan runcit di Pasar Tamu Mingguan
telah banyak menyumbang dalam peningkatan ekonomi Pekan Tenom. Penduduk setempat sentiasa berdikari
dalam memajukan taraf hidup masing-masing
Selain itu, pihak kerajaan juga sentiasa memikirkan kebajikan penduduk tempatan dengan
menyediakan pelbagai infrastruktur bagi memudahkan kegiatan perniagaan di Pasar Tamu Mingguan. Saya amat
berbangga kerana pihak kerajaan bertanggungjawab kepada bangsa dan negara agar seiring dengan pembangunan
negara melalui slogan Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
21/29
LAMPIRAN
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
22/29
Gambar menunjukkan jadual masa perniagaan Pasar Tamu Mingguan dan Pasar Malam
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
23/29
Gerai Makanan dan minuman
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
24/29
Gerai Sayur-sayuran
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
25/29
Gerai Telur
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
26/29
Gerai Pakaian
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
27/29
Punca-punca pencemaran
-
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
28/29
RUJUKAN
1. LAMAN SESAWANGAN
i. http://pondoksiti.blogspot.com/2011/03/pendidikan-alam-sekitar.html
ii. http://www.majalah.com/?classified:ingin-mulakan-perniagaan-kecil-kecilan-tetapi-tiada-modal-ingin-
membuat-pinjaman-tetapi-ti:5G0NHJ3C9S
2. BUKU RUJUKAN
Azizah Ahmad, Referens Lengkap Geografi PMR,2011,Marshall Cavendish Education : Kuala
Lumpur
3. ORANG SUMBER
i. Encik Lee Tan Bi , Peniaga, 45 tahun , Kampung Kalang , Peti Surat 100, 89908 Tenom
4. BUKU TEKS
Abu Rahim Mohammad Nor, Geografi Tingkatan Tiga, 2010, Cerdik Publication : Kuala Lumpur
http://pondoksiti.blogspot.com/2011/03/pendidikan-alam-sekitar.htmlhttp://www.majalah.com/?classified:ingin-mulakan-perniagaan-kecil-kecilan-tetapi-tiada-modal-ingin-membuat-pinjaman-tetapi-ti:5G0NHJ3C9Shttp://www.majalah.com/?classified:ingin-mulakan-perniagaan-kecil-kecilan-tetapi-tiada-modal-ingin-membuat-pinjaman-tetapi-ti:5G0NHJ3C9Shttp://pondoksiti.blogspot.com/2011/03/pendidikan-alam-sekitar.htmlhttp://www.majalah.com/?classified:ingin-mulakan-perniagaan-kecil-kecilan-tetapi-tiada-modal-ingin-membuat-pinjaman-tetapi-ti:5G0NHJ3C9Shttp://www.majalah.com/?classified:ingin-mulakan-perniagaan-kecil-kecilan-tetapi-tiada-modal-ingin-membuat-pinjaman-tetapi-ti:5G0NHJ3C9S -
7/31/2019 CONTOH Kajian Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 202
29/29