4 Julai 2018 : ILP Kuala Langat telah menerima
kunjungan balas dari Klang India Chamber of
Commerce (KICC) bagi membincangkan tentang inti
pati cadangan kerjasama yang dapat
menguntungkan kedua-dua pihak.
e-Buletin ILPKLS EDISI JULAI 2018
Minggu Silaturahim (MSR) sesi
2/2018 di ILP Kuala Langat telah
berlangsung pada 25 – 29 Jun 2018.
Seramai 209 orang pelajar baharu
telah mendaftar bagi ketiga-tiga
bidang iaitu Tek. Perisian
(Multimedia Interaktif), Tek.
Komputer Rangkaian dan Tek. Cadd
Senibina peringkat sijil dan diploma
di ILP Kuala Langat. MSR sesi
2/2018 merupakan platform utama
dalam usaha memupuk semangat
kerjasama serta bekerja dalam
kumpulan dalam diri setiap individu.
Platform ini juga digunakan untuk
menerapkan nilai murni dan
membentuk peribadi yang baik dalam
diri setiap pelajar.
12 Julai 2018 : Taklimat Perlaksanaan Kenaikan
Pangkat Berasaskan Kriteria Kecemerlangan (KC)
Bagi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Latihan
Vokasional (PPLV) dan Pegawai Latihan Vokasional
(PLV) telah berlangsung di ILP Kuala Langat. Taklimat
ini disertai oleh pegawai dari ILP Kuala Langat dan
IKBN Kuala Langat anjuran Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA). Taklimat disampaikan oleh Encik
Muhammad Aidil Bin Harun.
11 Julai 2018 : Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat merupakan tuan
rumah bagi Mesyuarat Senat Persijilan Kemahiran Malaysia Peringkat Wilayah
Tengah. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Adtec Shah Alam, Encik
Zuraka Bin Yusof dan dihadiri oleh Pengarah ILP Kuala Langat, Tuan Haji
Kamarulzaman Bin Chu Abdul Rani, Pengarah ILP Kuala Lumpur, Encik Abd Halim
Bin Ali Mohammed, Pengarah ILP Pedas, Encik Noor Ariffin Bin Mohd Ariff @ Haris
dan wakil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Encik Mohd Nor Bin Dollah.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mengesahkan dan memperakui keputusan
pelajar-pelajar ILJTM Wilayah Tengah bagi persijilan Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM).
13 Julai 2018 : Sambutan Hari Raya Aidil
Fitri telah berlangsung dengan meriahnya
diadakan di Dewan Besar, ILP Kuala
Langat. Sambutan diadakan bagi meraikan
Hari Raya Aidil Fitri bersama dengan
pelajar-pelajar ILP Kuala Langat. Majlis
dihadiri oleh semua pelajar dan kakitangan
ILP Kuala Langat. Para hadirin telah
disajikan dengan pelbagai jenis juadah
yang enak disamping dapat mengeratkan
silaturrahim antara kakitangan serta
merapatkan hubungan bersama para
pelajar.
2