commerce - ilpkls.gov.mykomputer rangkaian dan tek. cadd senibina peringkat sijil dan diploma di ilp...

2
4 Julai 2018 : ILP Kuala Langat telah menerima kunjungan balas dari Klang India Chamber of Commerce (KICC) bagi membincangkan tentang inti pati cadangan kerjasama yang dapat menguntungkan kedua-dua pihak. e-Buletin ILPKLS EDISI JULAI 2018 Minggu Silaturahim (MSR) sesi 2/2018 di ILP Kuala Langat telah berlangsung pada 25 29 Jun 2018. Seramai 209 orang pelajar baharu telah mendaftar bagi ketiga-tiga bidang iaitu Tek. Perisian (Multimedia Interaktif), Tek. Komputer Rangkaian dan Tek. Cadd Senibina peringkat sijil dan diploma di ILP Kuala Langat. MSR sesi 2/2018 merupakan platform utama dalam usaha memupuk semangat kerjasama serta bekerja dalam kumpulan dalam diri setiap individu. Platform ini juga digunakan untuk menerapkan nilai murni dan membentuk peribadi yang baik dalam diri setiap pelajar. 12 Julai 2018 : Taklimat Perlaksanaan Kenaikan Pangkat Berasaskan Kriteria Kecemerlangan (KC) Bagi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) dan Pegawai Latihan Vokasional (PLV) telah berlangsung di ILP Kuala Langat. Taklimat ini disertai oleh pegawai dari ILP Kuala Langat dan IKBN Kuala Langat anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Taklimat disampaikan oleh Encik Muhammad Aidil Bin Harun.

Upload: others

Post on 15-Nov-2020

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Commerce - ilpkls.gov.myKomputer Rangkaian dan Tek. Cadd Senibina peringkat sijil dan diploma di ILP Kuala Langat. MSR sesi 2/2018 merupakan platform utama dalam usaha memupuk semangat

4 Julai 2018 : ILP Kuala Langat telah menerima

kunjungan balas dari Klang India Chamber of

Commerce (KICC) bagi membincangkan tentang inti

pati cadangan kerjasama yang dapat

menguntungkan kedua-dua pihak.

e-Buletin ILPKLS EDISI JULAI 2018

Minggu Silaturahim (MSR) sesi

2/2018 di ILP Kuala Langat telah

berlangsung pada 25 – 29 Jun 2018.

Seramai 209 orang pelajar baharu

telah mendaftar bagi ketiga-tiga

bidang iaitu Tek. Perisian

(Multimedia Interaktif), Tek.

Komputer Rangkaian dan Tek. Cadd

Senibina peringkat sijil dan diploma

di ILP Kuala Langat. MSR sesi

2/2018 merupakan platform utama

dalam usaha memupuk semangat

kerjasama serta bekerja dalam

kumpulan dalam diri setiap individu.

Platform ini juga digunakan untuk

menerapkan nilai murni dan

membentuk peribadi yang baik dalam

diri setiap pelajar.

12 Julai 2018 : Taklimat Perlaksanaan Kenaikan

Pangkat Berasaskan Kriteria Kecemerlangan (KC)

Bagi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Latihan

Vokasional (PPLV) dan Pegawai Latihan Vokasional

(PLV) telah berlangsung di ILP Kuala Langat. Taklimat

ini disertai oleh pegawai dari ILP Kuala Langat dan

IKBN Kuala Langat anjuran Jabatan Perkhidmatan

Awam (JPA). Taklimat disampaikan oleh Encik

Muhammad Aidil Bin Harun.

Page 2: Commerce - ilpkls.gov.myKomputer Rangkaian dan Tek. Cadd Senibina peringkat sijil dan diploma di ILP Kuala Langat. MSR sesi 2/2018 merupakan platform utama dalam usaha memupuk semangat

11 Julai 2018 : Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat merupakan tuan

rumah bagi Mesyuarat Senat Persijilan Kemahiran Malaysia Peringkat Wilayah

Tengah. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Adtec Shah Alam, Encik

Zuraka Bin Yusof dan dihadiri oleh Pengarah ILP Kuala Langat, Tuan Haji

Kamarulzaman Bin Chu Abdul Rani, Pengarah ILP Kuala Lumpur, Encik Abd Halim

Bin Ali Mohammed, Pengarah ILP Pedas, Encik Noor Ariffin Bin Mohd Ariff @ Haris

dan wakil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Encik Mohd Nor Bin Dollah.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mengesahkan dan memperakui keputusan

pelajar-pelajar ILJTM Wilayah Tengah bagi persijilan Sijil Kemahiran Malaysia

(SKM).

13 Julai 2018 : Sambutan Hari Raya Aidil

Fitri telah berlangsung dengan meriahnya

diadakan di Dewan Besar, ILP Kuala

Langat. Sambutan diadakan bagi meraikan

Hari Raya Aidil Fitri bersama dengan

pelajar-pelajar ILP Kuala Langat. Majlis

dihadiri oleh semua pelajar dan kakitangan

ILP Kuala Langat. Para hadirin telah

disajikan dengan pelbagai jenis juadah

yang enak disamping dapat mengeratkan

silaturrahim antara kakitangan serta

merapatkan hubungan bersama para

pelajar.

2