Download - Cara Mudah Mengedit Gambar
E-Book
Oleh : Harris Fadzilah b. Rahmat (Reds)
Pengasas NahamPhoto.com
E-book ini diterbitkan dan diedarkan secara PERCUMA. Anda dibenarkan untuk mengedar dan mencetakkannya kepada
rakan, ahli keluarga, pelanggan, prospek dan sesiapa sahaja yang mencari ilmu tentang topik e-book ini.
NAMUN, anda dilarang untuk menjual dan mengubah semua kandungan serta pautan yang terdapat di dalam e-book ini
tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak www.nahamphoto.com. Jika terdapat sebarang aduan, ralat atau
perubahan, sila emelkan ke [email protected] untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Terima kasih.
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
1.0 Apakah Itu Photo Editing
Ia boleh dihuraikan sebagai pengubahsuaian satu atau lebih dari satu foto menjadi satu hasil seni yang menarik atau kreatif. Terdapat banyak
perisian yang digunakan untuk photo editing seperti;
a. Adobe Photoshop
b. Lightroom
c. Picasa
2.0 Pengenalan Adobe Photoshop
Adobe Photoshop merupakan satu perisian yang sangat popular digunakan untuk photo editing serta lain-lain tujuan berkenaan rekabentuk
grafik. Photoshop ada berbagai versi seperi Element, CS4 dan yang terkini CS5.
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
3.0 Antaramuka Adobe Photoshop
Sebagai permulaan, buka perisian Adobe Photoshop anda dan klik menu FILE -> NEW dan anda akan mendapat paparan seperti dibawah;
Di dalam modul ini, kami membahagikan 4 bahagian asas dalam Adobe Photoshop yang akan dijelaskan dengan lebih lengkap pada bab-bab
seterusnya. 4 bahagian tersebut adalah;
1. Size
2. Layer
3. Selection
4. Adjustment
PALANG MENU
KOTAK DOKUMEN
BARU
RUANGAN TOOLS
RUANGAN LAYER,
CHANNEL & PATHS
RUANGAN
ADJUSTMENT
& MASKS
RUANGAN
COLOR,
SWATCHES
& STYLE
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
4.0 Menu & Shortcut
Terdapat beberapa menu pilihan didalam Adobe Photoshop yang memberi pilihan kepada pengguna untuk melakukan tugas. Selain menu,
terdapat juga shortcut-shortcut yang lebih memudahkan cara kerja pengguna.
Kebanyakkan menu disediakan
sekali dengan shortcut key
RUANGAN KERJA
Klik pada menu
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
Antara shortcut-shortcut yang popular digunakan adalah;
CTRL + N : dokumen baru CRTL + L : level
CTRL + A : select all CTRL + M : curves
CTRL + C : copy CTRL + U : hue/ saturation
CTRL + V : paste CTRL + B : color balance
CTRL + X : cut CTRL + SHIFT + E : merge (gabung)
CTRL + S : save CTRL + D : hilangkan selection
CTRL + T : free transform CTRL + (+) : zoom in
CTRL + J : copy via layer CTRL + (-) : zoom out
CTRL + Z : undo
CTRL + ALT + Z : undur selangkah
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
5.0 Peralatan (Tools) Dalam Adobe Photoshop
Berikut merupakan peralatan (tool) yang ada dalam Adobe Photoshop. Dalam melaksanakan tugas pastikan anda berada dalam pilihan default
iaitu MOVE TOOL.
Move tool Marquee tool/ Rectangular marquee tool Lasso tool/ Polygonal Lasso/ Magnetic lasso Magic wand tool/ Quick selection tool Crop tool Eyedropper tool Healing brush tool/ Patch tool/ Brush tool/ Pencil tool/ Clone Stamp tool/ Pattern stamp tool History brush tool/ Art history brush tool Eraser tool/ Magic eraser tool Paint bucket tool/ Gradient tool Blur tool/ Sharpen tool/ Smudge tool Dodge tool/ Burn tool/ Sponge tool Pen tool Horizontal type tool Path selection tool Rectangle tool/ Ellipse tool/ Custom shape tool
Set foreground color/ set background color
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
BAHAGIAN 1 (SIZE)
6.0 Menetapkan Image Size & Resolution Yang Sesuai (buka satu cth gmbr-A)
Menetapkan saiz dokumen atau gambar adalah penting sebelum memulakan kerja editing anda. Terdapat beberapa tujuan anda mengedit
gambar seperti ingin mencetak ke sekeping kertas, menjadikan bunting/ banner atau ingin meletakkannya didalam laman web.
Anda perlu tahu saiz yang sesuai bagi dokumen atau gambar yang diedit supaya hasil yang akan dikeluarkan mencapai kualiti yang diingini.
Terdapat 3 unit utama yang aknda perlu tentukan iaitu lebar (width), panjang (height) dan resolution.
Masukkan saiz dokumen anda
dengan betul
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
Jika hasil kerja anda ingin dicetak dengan kualiti yang baik, selalunya ia menggunakan resolution 300 dpi. Manakala gambar-gambar untuk
dimuatnaik ke internet selalu menggunakan 72 dpi bagi mengurangkan bebanan loading.
Jika anda ingin mengubah saiz gambar sedia ada, hanya klik menu IMAGE -> IMAGE SIZE dan ubah unit tersebut seperti gambarajah diatas.
Jika anda membuka gambar
sedia ada, pastikan saiz yang
ditetapkan sesuai dengan
output/tujuan anda.
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
7.0 Cara Untuk Transform Saiz Gambar/ Objek
Crop
1) Pilih butang CROP
2) Klik salah satu penjuru dan seret keseluruhan gambar (jika anda ingin kekalkan ratio gambar, tekan dan jangan lepaskan butang SHIFT
sambil klik). Tukar saiz yang anda ingin potong.
3) Tekan ENTER atau pilih tool yang lain (& klik crop)
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
Free transform
1) Jika anda mempunyai objek lain seperti teks dan gambar, anda boleh kecilkan saiznya mengikut kehendak anda. Pastikan anda di layer
yang betul dan tekan CTRL + T (atau menu EDITFREE TRANSFORM).
2) Klik pada salah satu penjuru gambar/ text untuk mengubah saiz objek tersebut. Anda juga boleh menggerakkan kedudukan objek
tersebut.
3) Tekan ENTER atau pilih tool yang lain (& apply)
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
Rotate
1) Untuk membuat pusingan yang tepat anda perlu memilih layer objek tersebut.
2) Tekan CRTL + T (free transform)
3) Klik menu EDIT TRANSFORM
4) Pilih pusingan yang diingini
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
Flip
Sama juga seperti rotate, anda boleh flip gambar anda dengan menggunakan proses yang sama.
PERINGATAN : proses diatas hanya dilakukan untuk objek/ teks dan bukannya gambar utama anda. Untuk gambar utama anda boleh rotate
dan flip dengan menggunakan menu EDIT IMAGE ROTATION
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
BAHAGIAN 2 (LAYER)
8.0 Apa itu Layer, Blending & Opacity
Dalam Photoshop, layer merupakan perkara yang penting untuk diketahui. Setiap tugasan yang dibuat adalah bergantung kepada layer mana
yang telah dipilih. Sila lihat gambarajah dibawah;
Gambarajah disebelah menunjukkan ada 4 layer yang
sedang digunakan dalam tugasan ini. Layer yang sedang
aktif adalah ‘layer 1 copy’ iaitu berkotak lebih gelap.
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
Apabila ‘layer 1 copy’ ditarik keatas layer teks ‘Nada
Hazirah’ maka teks tersebut telah terlindung oleh layer itu.
Ini bermakna layer yang paling atas adalah berkedudukan
teratas dan akan menindih layer-layer dibawahnya.
Selain boleh dialih-alihkan, layer juga boleh digabung,
diubah dan disembunyikan (seperti gambarajah sebelah)
menggunakan palang tugas yang ada dibawah bahagian
LAYER.
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
Setiap layer juga boleh di gabungkan dengan layer yang lain (merge), diturunkan opacity serta dicantum dengan layer yang lain (blending).
Layer yang diturunkan opacity akan kelihatan Senarai pilihan Blending
Seperti transparent. dalam Photoshop
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
Jika blending ‘overlay’ dipilih, layer tersebut akan dicantum dengan layer yang berada dibawahnya. Perhatikan betul-betul pada gambar
dibawah, gambar kecil telah dicantumkan dengan gambar besar dan muka kanak-kanak gambar kecil tersebut telah “blend” dengan latar
belakang gambar besar.
Anda perlu mencuba satu persatu blending option yang ada dalam Photoshop dimana banyak kegunaannya dalam photo editing mahupun
rekabentuk grafik.
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
BAHAGIAN 3 (SELECTION)
Membuat selection atau pemilihan pada bahagian-bahagian tertentu gambar adalah satu kunci untuk membuat editing yang baik. Dalam
Photoshop terdapat banyak cara untuk membuat selection mengikut kesesuaian gambar. Apabila membuat selection, satu perkara yang perlu
diambil berat adalah FEATHER dimana ia menentukan ketajaman selection anda. Antara selection yang boleh digunakan dalam Photoshop
adalah;
9.0 Elliptical Marquee Tool
Sesuai untuk memilih bahagian-bahagian yang berbentuk sfera atau bulatan.
Jika memilih feather 50 maka
pilihan pada gambar menjadi
kurang tajam
Jika memilih feather 0 maka
pilihan pada gambar sangat tajam
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
10.0 Polygonal Lasso Tool
Sesuai untuk memilih bahagian-bahagian yang tajam dan berpetak. Klik dan seret selection ini mengikut bentuk-bentuk polygon yang sesuai.
Pemilihan menggunakan polygonal lasso adalah sangat sempurna jika dilakukan dengan teliti kerana pemotongan pada gambar sangat tajam.
PERINGATAN : Sama juga seperti selection yang lain, pastikan anda memilih FEATHER yang anda dingini dulu sebelum membuat pemilihan.
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
11.0 Magnetic Lasso Tool
Sesuai untuk memilih gambar yang mempunyai resolusi tinggi dan perbezaan tona warna yang berbeza-beza. Hanya klik sekali pada gambar
dan ikut sahaja tepi pilihan gambar anda. Selection ini akan melekat secara automatik dengan pixel yang berlainan tona warna. Sila lihat
gambarajah dibawah.
Namun jika anda mempunyai versi Photoshop yang lebih tinggi seperti CS5, anda boleh menggunakan alatan yang lebih baik seperti QUICK
SELECTION TOOL dan MAGIC WAND TOOL. Anda boleh menggabungkan kesemua alatan ini untuk membuat selection pada satu gambar
dengan hanya menekan (dan tidak melepaskan) kekunci (+) untuk menambah selection atau kekunci (-) untuk membuang selection.
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
BAHAGIAN 4 (ADJUSTMENT)
Setelah memahami alatan-alatan, size, layer dan cara pemilihan, seterusnya anda sudah boleh membuat & editing yang mudah pada gambar
anda. Disini akan diterangkan beberapa teknik yang biasanya digunakan dalam photo retouching. Sambungan kepada bab 3 sebelum ini, anda
boleh membuat adjustment gambar yang telah dipilih tadi seperti contoh dibawah;
Layer 3 adalah bahagian yang telah
diselect sebelum ini.
Layer Backround disorokkan
dahulu untuk menampakkan
bahagian layer 3
Untuk membuat adjustment,
pastikan anda memilih layer yang
betul dahulu.
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
12.0 Adjustment : Level & Curve
Pada asasnya, anda selalu ingin membetulkan gambar seperti terang dan gelap. Dalam photoshop anda boleh mengubah terang gelap gambar
anda menggunakan LEVEL atau CURVE.
Pada bahagian Output pula, jika point kanan ditarik ke kiri akan menjadikan gambar seperti pandangan memakai cermin mata hitam. Manakala
point kiri yang ditarik ke kanan akan menjadikan gambar seperti pandangan berkabus.
LEVEL (Tekan shortcut CTRL +L) : Pada bahagian input,
naikkan point pada bahagian highlight (kanan ke kiri)
untuk menerangkan bahagian yang terang. Anda juga
boleh mencuba menaikkan point midtones (tengah) untuk
menerangkan keseluruhan gambar. Point kiri sekali adalah
shadow dimana jika ditarik ke kanan akan menambahkan
bayang pada gambar.
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
CURVES (Tekan shortcut CTRL + M) : Sama juga kegunaannya seperti level namun curves adalah cara yang lebih detail. Klik dan naikkan point
graf ke atas (seperti gambarajah) untuk menerangkan gambar anda. Anda boleh mencuba menaikkan dan menurunkan graf pada curves ini
untuk melihat hasil yang terjadi pada gambar.
Klik sekali pada garisan graf ini
sehingga menjadi satu point
berwarna hitam. Anda boleh
menggerakkan point tersebut
untuk mendapatkan hasil gambar
yang anda ingini
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
13.0 Membetulkan warna : Color Balance, Hue & Saturation
COLOR BALANCE (Tekan shortcut CTRL + B) : Jika anda ingin melebihkan warna yang anda inginkan maka menggunakan color balance adalah
jawapanya. Contoh gambarajah diatas, point telah ditarik ke warna Cyan dan Blue maka gambar akan nampak seperti kebiru-biruan (lihat
perbezaan dari gambar dimukasurat sebelumnya). Pastikan anda menandakan bahagian Shadow & Highlight untuk hasil yang lebih teliti.
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
HUE (Tekan shortcut CTRL + U) : Hue digunakan untuk mengubah warna secara keseluruhan pada bahagian gambar anda. Contoh gambarajah
diatas, point Hue ditarik ke +50 dan warna bangunan yang sebelum ini berwarna merah telah bertukar manjadi warna kuning. Kadangkala
fungsi ini berguna untuk mengubah warna satu-satu bahagian gambar dengan mudah.
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
SATURATION (Tekan shortcut CTRL + U) : Jika Hue untuk mengubah warna secara keseluruhan, Saturation pula adalah untuk menaikkan lagi
warna sediada. Seperti contoh gambarajah diatas, saturation dinaikkan ke +50 menjadikan bangunan yang berwarna merah menjadi lebih
pekat dan warna lebih terang.
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
14.0 Black & White
BLACK & WHITE (Tekan shortcut CTRL + SHIFT + U) : Untuk menjadikan gambar anda hitam putih hanya klik pada menu IMAGE ->
ADJUSTMENTS -> DESATURATE. Kemudian cuba gunakan LEVEL (CTRL + L) yang diajar sebelum ini untuk mendapatkan tone B/W yang anda
ingini. Banyak lagi editing mudah yang boleh anda cuba dengan Photoshop. Apa yang penting anda perlu mencuba dan membuat latihan yang
kerap untuk mendapatkan kemahiran yang baik.
Ebook Cara Mudah Mengedit Gambar Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
SEMOGA BERJAYA!
Disediakan Oleh :
Harris Fadzilah bin Rahmat (Reds)
Pengasas/ Jurugambar
NahamPhoto
013-7443734
www.nahamphoto.com
www.nahamphoto.com/blog
www.facebook.com/NahamPhoto