Download - Cacing Tanah
1
Emas Hitam
Resepi Menternak Cacing Tanah untuk
Buat Duit
ii
1
iii
Emas Hitam
Resepi Menternak Cacing Tanah untuk
Buat Duit
MOHAMAD SAAT SUKAMI
Petaling Jaya, Selangor 08.08.08
iv
MOHAMAD SAAT BIN SUKAMI 1249 Jalan Changkat, 46000 Petaling jaya, Selangor. H/P : 019‐5324 999 E‐mel : [email protected] Laman Web : http://emashitam.110mb.com © Hakcipta terpelihara Mohamad Saat Sukami 2008 Cetakan pertama 08.08.08 Hakcipta terpelihara. Tiada mana‐mana bahagian daripada buku ini boleh diterbitkan semula atau dipindahkan kepada apa‐apa bentuk atau melalui apa‐apa cara, elektronik atau mekanikal, termasuk fotostat, rekod atau apa‐apa sistem penyimpanan dan pengeluaran maklumat, tanpa kebenaran bertulis daripada Mohamad Saat Bin Sukami. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan‐dalam‐Penerbitan Mohamad Saat Sukami
Emas Hitam : resepi menternak cacing tanah untuk dibuat duit Mohamad Saat Sukami. ISBN 978‐983‐44105‐0‐6 1. Earthworm culture 2. Worms—Ecology. I. Judul. 639.75
Muka Taip Teks : Palatino Linotype Saiz Taip Teks : 11/14
v
DEDIKASI
Buat Abah Hj Sukami Bin Kasmani dan Arwah Emak Hjh Manisah Binti Abdullah yang tercinta, terima kasih kerana melahir, membesar dan memberikan didikan yang sempurna.
Buat Isteri Fazilah Binti Jumat dan anak‐anak tercinta, Nur Shazwani serta Muhamad Amirul Syafiq yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan.
vi
1
vii
PENGHARGAAN Setinggi‐tinggi penghargaan saya ucapkan buat mereka yang banyak membantu saya menjayakan penerbitan buku ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Tak mungkin dapat saya balas budi yang telah diberikan, namun suka untuk saya rakamkan nama‐nama mereka di sini:
En Harlis Samsuri(Alismeru) dari Kelang, Selangor. Kapt. (B) Kaderi Bin Hj Norit (Omar Ma Enterprise) dari
Shah Alam, Selangor. Pn Azlinda Ros (AZR Agro) dari Banting, Selangor. En Mustaffa (AZR Agro) dari Banting, Selangor. Pn Roslin Abd Bar (Kimia Malaysia) dari Petaling Jaya,
Selangor. En Mohammed Nizzam (Nur Ikhlas Resources) dari
Kelang, Selangor.
viii
1
223
JADUAL MUKA SURAT PENGENALAN 1
Haiwan Primitif 1 Cabaran Hidup Moden 2 Kitar Semula 5 Teknik Pengkomposan 7 Senario di Malaysia 9 Hukum Menternak Cacing 11
MENGAPA KITA PERLUKAN CACING TANAH 12 Mendapatkan Baja 13 Pengawal Makhluk Perosak 14 Perapi Tanah 15 Melengkapkan Kitaran 18 Menstabilkan Nisbah C:N 22 Pemakan Sampah! 23 Untuk Perniagaan – Memenuhi Permintaan Pasaran 23
BIOLOGI ASAS CACING TANAH 26 Jenis-Jenis dan Spesis Cacing Tanah 27 Cacing Merah 29 Anatomi Cacing Tanah 30 Kitaran Hidup Cacing Tanah 40 Cara Cacing Tanah Makan dan Bergerak 41 Cara Pembiakan Cacing Tanah 44 Habitat Cacing Tanah 45
PENGENALAN KEPADA SISTEM VERMIKOMPOS 49 Vermikultur dan Vermikompos 49 Cara Vermikompos Dihasilkan 53 Kadar Penghasilan Vermikompos 54 Kandungan dan Faedah Vermikompos 55
224
Teh Vermikompos 57 Cara Penyediaan Teh Vermikompos 59 Tepung Cacing Tanah 61
BAGAIMANA KITA NAK MULA 63 Kaedah Menternak Yang Sesuai 64 Kaedah Menggunakan Bekas 67 i. Bekas Kayu 69 ii. Bekas Plastik 71 iii. Bekas Logam 73 Kaedah Menggunakan Rak Kayu Bertingkat 74 Kaedah Menggunakan Kolah atau Palung 76 Kaedah Menggunakan Reaktor 77 Kaedah Wedge - Batas Terbuka 79
Apa Ada Dalam Bekas 81 Penyediaan Bed dan Medium 82 Di Mana Nak Letak 85 Berapa Besar Bekas Diperlukan 86 Berapa Banyak Cacing Diperlukan 87
MENYELENGGARA CACING TANAH DAN BEKAS 89 Apakah Makanan Cacing 89 Berapa Banyak Makanan Diperlukan 91 Cara Memberi Cacing Makan 92 Cara Menyediakan Medium Untuk Cacing 93 Kawalan Habitat Cacing Ternakan 95 Suhu 96 pH 98 Kelembapan 98 Pengudaraan 99
Tempoh Penuaian 99 Bagaimana Nak Tahu Cacing Kita Sihat 100
MASALAH DI DALAM BEKAS CACING 102 Bau Yang Tidak Menyenangkan Keluar Dari Bekas Cacing 103
225
Cacing Meninggalkan Bekas 105 Cacing Mati 106 Banyak Lalat 107 Cacing Tidak Mahu Makan 108 Bekas Cacing Terlalu Beralkali 109 Cacing Hilang! 109 Ulat Besar 110 Cendawan 111 Kulat Putih (Mold) 111
HAIWAN-HAIWAN LAIN YANG ADA DI DALAM BEKAS CACING 112
Semut 113 Ulat Gonggok 114 Ulat Besar 115 Cacing Putih 115 Lalat 116 Lipan 117 Kutu 118 Nematod 121 Lintah 122 Pepijat 122 Haiwan Pemangsa 123 Burung 123 Ayam 123 Cicak 124 Kodok 124 Haiwan Lain 125
CARA-CARA MENUAI HASIL CACING TANAH 126 Kaedah 1 – Kaedah Kon 126 Kaedah 2 – Kaedah Penghijrahan 128 Kaedah 3 – Menapis 128 Kaedah 4 – Kaedah Trommel 129
226
MEMASARKAN HASIL VERMIKOMPOS 131 Penggunaan Hasil Vermikompos 131 Pembungkusan 133 Medium Pembungkusan 135 Standard dan Kualiti Produk 137
INOVASI DI BIDANG TERNAKAN CACING TANAH 139 Paten 140 Rekabentuk Bekas Cacing 142 Kaedah Penuaian 143 Kaedah Pembiakan 143
MENGANGGAR PENDAPATAN DARI TERNAKAN CACING TANAH 144
Kos Yang Terlibat 144 Anggaran Jualan 146 Lain-lain 146 Pengiraan 146 Contoh 146
MENYEDIAKAN RANCANGAN PERNIAGAAN 155 Tujuan Menyediakan Rancangan Perniagaan 155 Format Rancangan Perniagaan 156 Penerangan Bagi Setiap Bahagian 157
CONTOH-CONTOH KEJAYAAN 164 Pengusaha 1 : Alismeru, Kelang, Selangor 165 Pengusaha 2 : AZR Agrocentre, Banting, Selangor 168 Pengusaha 3 : NUR IKHLAS RESOURCES, Kelang, Selangor 171 PENUTUP 173
227
BIBLIOGRAFI 175
APENDIKS 1 GLOSARI ISTILAH 180
APENDIKS 2 GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN CACING 188
APENDIKS 3 PEMBEKAL 196
APENDIKS 4 AGENSI SOKONGAN 197 Bantuan Teknikal: 197 Pembiayaan: 197
APENDIKS 5 STANDARD KUALITI 198 AS 4454, Standard Australia 198
APENDIKS 6 SENARAI INOVASI YANG TELAH DIPATENKAN 200
APENDIKS 7 CONTOH FORMAT PROFORMA PENYATA KEWANGAN 203
INDEKS 207 BORANG PESANAN BUKU 221
228
xvii
Prakata Alhamdulillah, setinggi‐tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah Subhanahu Wataala kerana hanya dengan izin‐Nyalah saya berkesempatan menyudahkan buku Emas Hitam Resepi Menternak Cacing Tanah Untuk Buat Duit ini. Ilham untuk menulis buku ini tercetus bilamana saya memikirkan apakah yang saya perlu buat dengan kawasan di sekitar halaman rumah. Saya ingin mengusahakan sedikit halaman yang ada itu dengan effisien tetapi saya tidak mahu sekadar mengeluarkan wang tanpa mendapat apa‐apa pulangan darinya. Maka dari itu tercetuslah idea dari Allah untuk mencuba ternakan Cacing Tanah. Apabila saya mencari maklumat melalui internet, buku dan juga para pengusaha ternakan ini, saya menyedari bahawa antara masalah utama bagi mereka yang ingin memulakan usaha penternakan Cacing Tanah ialah sumber rujukan dari dalam negara. Atas kesedaran dan keinginan membantu para pengusaha mendapatkan bahan rujukan inilah saya tergerak untuk mula mengumpulkan maklumat bagi membuat sebuah buku.
xviii
Alhamdulillah, tugas saya telah dipermudahkan oleh Allah dan dalam tempoh sebulan sahaja saya berjaya menyiapkan manuskrip asal buku ini. Saya telah mendapat bantuan dari beberapa pengusaha ternakan Cacing Tanah sedia ada untuk membuat semakan ke atas manuskrip buku bagi menjamin ketepatan maklumat yang ingin disampaikan. Saya menyedari dan memperakui akan kelemahan serta kekurangan diri sendiri. Oleh itu, suka saya nyatakan di sini bahawa sudah tentu saya tidak dapat menghamparkan maklumat yang selengkapnya. Namun apa yang boleh saya katakan adalah segala maklumat yang ditulis adalah bermatlamatkan anda semua – saya ingin apabila anda membaca buku ini, anda akan mendapat sekurang‐kurangnya maklumat asas bagi memulakan usaha penternakan Cacing Tanah dengan yakin. Buku ini bukan hanya menceritakan tentang Cacing Tanah sahaja, malahan juga ia bermotifkan perniagaan sebagai tunjang utamanya. Anda tidak perlu membacanya sehingga habis sekaligus untuk mendapatkan, sebaliknya bacalah secara beransur‐ansur mengikut masa lapang anda. Namun bagi setiap bab yang anda baca, cubalah fikirkan dalam minda bagaimanakah caranya untuk anda mendapat manfaat dari industri yang kian pesat berkembang ini. Buku ini umpama sebuah buku resepi, ia menyediakan panduan untuk anda ‘memasak’, tetapi sedap atau tidaknya ’masakan’ tersebut, andalah yang menentukannya. Gunakanlah
xix
kreativiti dan idea masing‐masing untuk mengolahnya dan menentukan hala tuju perniagaan anda kelak. Saya berdoa semoga anda akan berjaya merealisasikan impian untuk menjadi seorang usahawan ternakan Cacing Tanah yang berjaya. Lakukanlah dengan ikhlas dan istiqamah, anda pasti akan berjaya. InsyaAllah. Mohamad Saat Sukami Penulis Bebas Petaling Jaya, Selangor.
ii
1
BAB 1
PENGENALAN
Haiwan Primitif Ia wujud di sekitar kita, lama sebelum nenek moyang kita meneroka bumi yang kita pijak sekarang ini. Bentuk badannya amat ringkas; tanpa kepala, tangan, kaki atau sebarang organ pancaindera yang lazimnya dianggap cacat jika dirujuk kepada makhluk lain. Hidupnya di sebalik pandangan mata kita, nun di bawah telapak kaki. Jarang‐jarang kita melihatnya kalau bukan digemburkan tanah tempat tinggalnya atau sesekali mungkin kita terserempak dengannya di waktu malam. Primitif. Mungkin itu perkataan yang boleh digunakan untuk menerangkan sifat fizikalnya. Primitif kerana begitu ringkas rupa tubuhnya dan primitif kerana itulah rupa tubuhnya sejak zaman dinasour lagi. Tak pernah berubah. Namun di sebalik sifat primitif tersebut, ia merupakan haiwan terpenting dalam kitar hidup makhluk di daratan. Tanpanya tanah tak mungkin
2
menjadi kembali subur. Hutan tak mungkin terbentuk dan hidupan lain tak mungkin dapat meneruskan survival. Haiwan primitif inilah yang bertanggungjawab mengurai bahan organik reput dengan pantas dan menjadikan tanah kembali subur. Dengan izin Allah yang maha kuasa, itulah kelebihan Cacing Tanah, haiwan lembut yang mempunyai keupayaan untuk makan sebanyak berat tubuhnya sendiri setiap hari. Hasilnya adalah bahan organik yang menjadi sumber kehidupan bagi tumbuhan. Dalam satu kajian yang dijalankan, satu kawasan bersih yang baru diteroka telah menjadi kembali subur dalam tempoh yang singkat melalui peranan yang dimainkan oleh Cacing Tanah ini. Apa yang lebih menarik, proses penyuburan berlaku secara lunak dan seimbang tanpa melibatkan sebarang pencemaran kepada mana‐mana ekologi atau alam sekitar. Namun, berapa ramaikah yang sedar tentang hakikat ini?
Cabaran Hidup Moden Dunia yang kita diami kini rata‐ratanya dianggap sebagai moden. Lumrah bagi sebuah kehidupan moden adalah sama – kepantasan. Segala‐galanya mahu pantas. Semuanya perlu segera. Kalau tidak sesuatu akan ketinggalan atau tidak selesai. Disebabkan tekanan kepada perlunya kepantasan inilah, mahu tidak mahu kita terpaksa untuk melakukan sesuatu mengikut
3
apa yang dianggap paling penting sahaja bagi kita. Dalam kita mengejar sesuatu yang pantas bergerak ini, tanpa disedari kita secara tidak langsung telah banyak menghasilkan “produk” sampingan yang langsung tidak diperlukan oleh kita, atau lebih tepat lagi apa yang dipanggil sebagai sampah. Mari kita namakan hasil sampingan ini sebagai sisa atau dalam Bahasa Inggerisnya waste. Jika kita lihat sekeliling kita, berapa banyakkah sisa yang kita hasilkan? Dari makanan kita ada sisa. Dari industri kita ada sisa. Dari pertanian kita ada sisa. Dari pejabat kita juga ada sisa. Nampaknya apa juga yang kita lakukan tidak terlepas dari menghasilkan sisa! Tak perlu rasanya kita bentangkan di sini data dari mana‐mana statistik tentang berapa banyakkah sisa yang dihasilkan setiap hari. Secara umumnya kita semua akan akui ‐ memang amat banyak. Daripada jumlah yang banyak itu pula, tanpa kita sedari majoriti dari sisa yang dihasilkan adalah sisa berbentuk organik. Ke mana semua sisa ini dibuang? Di Malaysia hanya ada dua buah landfill. Tak mungkin semua sampah sarap dan sisa kita akan dibuang ke landfill ini. Jadi kebanyakan sampah sarap dan sisa domestik kita akan dibuang ke tempat pelupusan sampah yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Setiap tahun akan ada pusat pelupusan sampah yang ditutup (kerana penuh) dan akan ada pula pusat baru yang dibuka. Semakin lama pusat pelupusan sampah
4
menjadi semakin banyak dan pertambahan bilangannya seolah‐olah seiring dengan pertambahan bilangan kawasan perumahan baru yang dibuka, atau lebih banyak lagi. Di sebalik manfaat yang diperolehi dari pusat pelupusan sampah ini, sedarkah kita akan kesan sampingan yang timbul daripadanya? Salah satu masalah dalam pengendalian pusat pelupusan sampah ini adalah kawalan terhadap cecair yang terhasil dari sampah sarap yang dipanggil leachate. Leachate adalah cecair yang bersifat toksik. Ianya tidak boleh dilupuskan begitu sahaja tanpa rawatan, apatah lagi dibiarkan mengalir mengikut graviti. Disebabkan sifatnya sebagai cecair, ia akan turun ke bawah mengikut graviti dan mengalir ke tempat yang lebih rendah. Sekalipun dikawal, masih ada banyak kes di mana leachate ini terlepas dan mengalir ke dalam sungai yang menjadi sumber air minuman kita. Ini terutamanya bagi pusat pelupusan sampah yang telah lama ditutup. Leachate ini amat berbahaya kerana kita tidak tahu apa kandungan sebenar di dalamnya. Namun apa yang pasti, ia sebahagian besarnya terdiri dari bahan bersifat organik. Dari mana puncanya, kita semua sudah tentu sedia maklum – kebanyakannya dari sisa makanan kita! Itu baru hal sisa buangan domestik, belum lagi pencemaran dalam bentuk lain – industri, pertanian dan lain‐lain lagi. Pendek kata semakin moden kehidupan kita, seolah‐olah semakin banyak pencemaran yang kita hasilkan. Apa silap
5
kita? Tak bolehkah pencemaran itu dihapuskan, atau setidak‐tidaknya dikurangkan? Jawapannya boleh, iaitu melalui teknik kitar semula!
Kitar Semula Teknik kitar semula diamalkan berasaskan prinsip tiga R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle (mengurangkan, mengguna kembali dan mengitar semula). Reduce sememangnya menjadi tanggungjawab setiap individu, tetapi Reuse dan Recycle memerlukan penglibatan pihak ketiga (terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan) dan juga penggunaan teknik atau teknologi. Reuse dapat dipraktikkan jika sesuatu sisa buangan itu masih boleh digunakan, namun apabila majoriti sisa sudah tidak boleh digunakan lagi, maka pilihan yang ada hanyalah Recycle. Di Malaysia program‐program Recycle memang telah lama dilaksanakan. Bagi menggalakkan aktiviti tersebut, tiga jenis tong biasanya disediakan di banyak lokasi terutamanya di bandar‐bandar bagi menggalakkan orang ramai menyisihkan sisa buangan mereka sebelum membuangnya. Sisa tersebut kemudiannya akan dipungut untuk dikitar semula. Walau bagaimanapun antara kekurangan dalam perlaksanaan program tersebut adalah, bukan semua sisa buangan yang boleh dikitar semula. Hanya tiga jenis sisa pepejal boleh dibuang ke dalam tong‐tong tersebut iaitu kertas/logam, kaca dan plastik. Bagi sisa bersifat organik, mahu tidak mahu orang
6
ramai terpaksa melupuskannya ke dalam tong sampah yang kemudiannya diangkut oleh lori ke pusat pelupusan. Sekali lagi masalah pencemaran air mungkin akan berlaku seperti yang dihuraikan sebelum ini. Namun apakah pilihan yang orang ramai ada? Jika di luar negara, program kitar semula melalui prinsip Recycle telah lama diperluaskan kepada sisa bersifat organik ini. Caranya adalah dengan menukarkannya kepada bentuk yang lebih bermanfaat melalui kaedah yang dikenali sebagai pengkomposan. Tak kira sama ada negara maju atau tidak, kaedah pengkomposan telah berjaya dimajukan sejak berdekad lamanya. Sebagai contoh, negara Cuba yang ditekan ekonomimya telah menjadikan kaedah pengkomposan sebagai pilihan utama untuk menghasilkan baja. Dengan cara itu Cuba dapat melepaskan diri dari penggantungan terhadap baja kimia yang diimport dan seterusnya menyelamatkan ekonominya melalui bidang pertanian. Kompos merupakan baja tanaman yang dihasilkan dari sisa bahan organik yang diuraikan secara biologikal. Kandungan nutriennya yang tinggi dan seimbang adalah hampir sama dengan humus yang terhasil secara alami. Oleh itu ianya amat sesuai bagi majoriti tanaman dan memberikan hasil yang lebih baik berbanding penggunaan baja kimia.
7
Teknik Pengkomposan Secara amnya teknik pengkomposan ini ada dua iaitu teknik pengkomposan biasa dan juga teknik vermikompos. Teknik pertama adalah melibatkan pereputan bahan organik oleh mikro organisma seperti bakteria dan fungi. Teknik ini melibatkan pembebasan haba. Teknik kedua pula adalah proses pengkomposan ’sejuk’ dengan bantuan Cacing Tanah. Melalui teknik kedua ini Cacing Tanah yang bertindak sebagai agen pengkomposan akan memakan sisa organik dan akan membuang najisnya dalam bentuk yang dikenali sebagai kasting. Kasting inilah yang dikenali sebagai Vermikompos. Vermi merupakan istilah dari Bahasa Latin yang bermaksud cacing. Oleh itu Vermikompos bermaksud kompos yang dihasilkan oleh cacing. Kelebihan penghasilan kompos melalui teknik Vermikompos adalah seperti berikut:
Ianya lebih mudah dilaksanakan dan lebih cepat, Prosesnya tidak melibatkan pengeluaran bau yang tidak
menyenangkan, Boleh dilaksanakan sama ada pada skala kecil atau
besar, Baja kompos yang dihasilkan mengandungi kurang
mikrob dan pathogen yang berbahaya, Haba yang tinggi tidak dihasilkan semasa proses
pengkomposan,
8
Tidak memerlukan kawasan yang terlalu luas, malah boleh dilakukan di dalam rumah,
Dan banyak kelebihan lainnya. Seperti mana diamalkan oleh negara‐negara di luar yang sudah lama mempraktikkan teknik vermikompos, bekas berskala kecil digunakan untuk pengkomposan sisa domestik di dapur. Bekas kecil yang dikenali sebagai worm bin diletakkan di bawah singki dapur dan sisa makanan akan dimasukkan ke dalamnya untuk dikomposkan oleh Cacing Tanah. Apabila penuh, baja kompos yang terhasil akan digunakan untuk tanaman bunga dan juga sayur‐sayuran yang ditanam sendiri, manakala Cacing Tanah pula akan digunakan semula untuk mengulangi proses pengkomposan. Jadi, di samping dapat menyelesaikan masalah sisa buangan dari dapur, mereka juga dapat manfaat penjimatan dari sayur yang mereka tanam. Teknik sedemikian amat sesuai dilaksanakan di Malaysia memandangkan negara kita mempunyai iklim yang malar. Iklim tropika seperti di Malaysia membolehkan proses pengkomposan dilaksanakan dengan lebih effisien sepanjang tahun berbanding di negara yang mempunyai empat musim. Jadi sebenarnya jalan penyelesaian telah sedia ada untuk mengatasi masalah sisa buangan bersifat organik ini, cuma kita sahaja yang belum benar‐benar mempraktikkanya.
9
Senario di Malaysia Akhir‐akhir ini semakin ramai rakyat Malaysia mula memberikan perhatian terhadap Cacing Tanah. Kalau dulu cacing sekadar dianggap sebagai parasit yang menggelikan, kini hasil dari Cacing Tanah telah dianggap sebagai Emas Hitam! Apa yang digelar sebagai Emas Hitam sebenarnya adalah baja Vermikompos yang dihasilkan oleh Cacing Tanah. Ianya berwarna hitam dan mempunyai nilai komersil yang amat tinggi. Perhatian yang diberikan mereka bukan sekadar untuk tujuan kitar semula di rumah masing‐masing, sebaliknya mereka melakukannya bagi tujuan perniagaan. Kini semakin ramai pengusaha ternakan Cacing Tanah muncul satu demi satu. Ada yang mengusahakan secara sepenuh masa dan ada juga sambilan. Di kalangan mereka ini telah ramai yang mengusahakan secara skala sederhana, namun kebanyakannya masih boleh dianggap sebagai skala kecil. Mungkin ianya disebabkan industri penternakan Cacing Tanah ini sendiri masih dikira baru bagi rakyat Malaysia, maka belum ada lagi yang mencapai tahap skala besar. Ini menunjukkan ruang untuk sesiapa juga yang berminat menceburi bidang penternakan sebegini masih luas terbuka. Ternakan Cacing Tanah secara komersil mula diperkenalkan di Malaysia pada sekitar tahun 80‐an atas inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia. Sejak dari itu ramai yang semakin berminat mengusahakannya disebabkan faktor permintaan yang menggalakkan bagi hasil kompos dan biomas Cacing Tanah ini. Vermikompos dari Cacing Tanah diterima pakai terutamanya
10
sebagai sumber baja untuk tanaman organik manakala biomass (daging) pula digunakan dalam bidang kosmetik dan perubatan. Di samping itu, oleh kerana industri ini yang masih baru, permintaan terhadap Cacing Tanah hidup untuk dijadikan induk menjadi amat menggalakkan dan harga yang ditawarkan amat menguntungkan terutamanya bagi yang telah sedia menjalankan industri ini. Meskipun baru, nampaknya kemajuan industri ternakan Cacing Tanah di Malaysia begitu pesat berkembang. Ini digambarkan oleh penyertaan aktif orang ramai di dalam forum‐forum online di internet serta kekerapan kursus, bengkel dan juga demonstrasi menternak cacing yang diadakan di sana sini. Kini telah ada sistem pawah atau contract farming Cacing Tanah yang direka untuk memenuhi permintaan mereka yang berminat tetapi tidak mempunyai masa atau sumber yang mencukupi untuk mengusahakannya. Adalah dipercayai bahawa industri penternakan Cacing Tanah ini akan terus berkembang memandangkan sokongan berterusan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan juga swasta. Bantuan‐bantuan kewangan, latihan dan teknikal semakin banyak dihulurkan bagi menggalakkan lebih ramai bakal pengusaha memulakan projek. Antaranya termasuklah TEKUN, Jabatan Pertanian dan lain‐lain lagi. Jika senario ini berterusan, tidak mustahil matlamat untuk merealisasikan satu daerah satu industri akan berjaya dicapai. Secara asasnya, penternakan cacing tanah ini boleh dimulakan pada skala kecil
11
dan modal yang amat rendah berbanding usaha pertanian di bidang yang lain.
Hukum Menternak Cacing Di segi hukum, berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, hukum memelihara dan menjual cacing serta hasilnya bagi tujuan baja, kosmetik, perubatan serta penternakan adalah harus. Walau bagaimanapun, hukum memakannya tetap haram. Oleh sebab itu, bagi cacing yang dijadikan serbuk dan digunakan bagi tujuan perubatan dalam bentuk kapsul dan sebagainya juga dihukumkan sebagai harus. Namun, cacing yang diberi makan media dari najis haiwan yang bersifat mukhalazah, hukumnya adalah haram, tak kira walau apa juga tujuan dan hasilnya. Maklumat mengenai hukum yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan dari rujukan kepada beberapa orang yang berpengetahuan dan badan yang diiktiraf di Malaysia. Walau bagaimanapun, huraian mengenai hukum tersebut adalah di luar dari skop buku ini. Oleh itu sekiranya para pembaca berkehendakan penjelasan yang lebih lanjut mengenainya, nasihat yang dapat diberi adalah supaya merujuk kepada mereka yang lebih pakar dalam bidang tersebut.
12
BAB 2
MENGAPA KITA PERLUKAN CACING TANAH
Selama beratus tahun kita telah mengabaikan sumber yang sedia ada – sumber yang berada hanya beberapa inci di bawah tapak kaki kita. Untuk menyuburkan tanaman, kita gunakan baja berasaskan kimia yang diperolehi jauh dari perut bumi; sedangkan baja yang kita guna itu selalunya tidak seimbang untuk pokok yang ditanam. Kita menyelesaikan satu masalah tapi dalam masa yang sama kita menghasilkan masalah yang lain. Contohnya boleh dilihat dalam proses penanaman padi. Untuk mendapatkan hasil yang baik kita gunakan baja kimia. Untuk melawan makhluk perosak kita gunakan racun. Kedua‐duanya berasaskan bahan kimia – perlu dibeli dan pastinya ada kesan sampingan. Di akhir proses penuaian, jerami padi akan terhasil. Kalau tidak dilupuskan jerami tersebut akan memakan ruang dan boleh menjadi sarang makhluk perosak. Ianya juga memakan masa untuk diuraikan jika dibiarkan begitu sahaja. Ini akan menganggu kitaran tempoh penanaman padi. Untuk memudahkan kerja, jerami tersebut selalunya akan dibakar
20
Oleh sebab itu penggunaan Cacing Tanah di dalam bidang pertanian telah dapat melengkapkan satu kitaran makanan. Apabila lengkapnya kitaran makanan tersebut, dengan sendirinya petani dapat mengurangkan kos yang terlibat. Apa yang menjadi amalan dalam bidang pertanian sekarang ini adalah seperti berikut:
Najis haiwan dibuang
Hasil tanaman
Dimakan oleh ternakan
Racun
Baja
Kasting dari cacing
Hasil dari tanaman
Najis ternakan
29
Cacing Harimau
Cacing Merah
30
Anatomi Cacing Tanah Memahami anatomi Cacing Tanah, walaupun bukan keutamaan tetapi amat perlu bagi menjalankan proses penternakan Vermikultur. Ia dapat membantu penternak memahami tabiat cacing‐cacing yang dibela dengan lebih baik, mengenalpasti punca sesuatu masalah berlaku, merancang pengeluaran supaya lebih produktif dan mengurangkan kemungkinan kematian cacing. Gambarajah di muka surat selepas ini merupakan skematik bagi seekor Cacing Tanah yang tipikal. Cacing Tanah merupakan haiwan analida bersegmen. Tubuh Cacing Tanah terdiri dari 75 – 90 peratus air tetapi kaya dengan protin. Sebab itulah ia menjadi kegemaran tikus, burung dan ayam. Cacing Tanah tidak mempunyai organ pancaindera yang spesifik seperti mata, hidung dan telinga tetapi ia mempunyai mulut. Ia juga tidak mempunyai kepala, tangan, kaki atau ekor yang spesifik. Lazimnya, bahagian hadapan yang dirujuk sebagai anterior merupakan bahagian yang paling hampir dengan klitelum manakala bahagian selebihnya dipanggil posterior. Walaupun tidak mempunyai organ pancaindera yang spesifik, Cacing Tanah amat sensitif kepada ransangan‐ransangan dari luar. Ini disebabkan di bahagian lapisan epidermisnya (kulit) tersusun saraf‐saraf untuk mengesan haba, gegaran, sentuhan, kelembapan dan sebagainya.
36
segmen. Pada hujung serat saraf di lapisan kulit ini, terdapatnya organ‐organ dan sel‐sel pengesan. Organ pengesan ini memberitahu Cacing Tanah mengenai persekitarannya. Organ fotoreseptor mampu mengesan keamatan cahaya dan organ pengesan epitelial akan memberitahu cacing jika ianya disentuh. Cacing memerlukan banyak air di dalam persekitarannya. Ia bukan setakat diperlukan untuk memastikannya sentiasa lembap, tetapi juga untuk menggantikan kuantiti yang besar yang hilang melalui air kencing. Seekor Cacing Tanah mampu menghasilkan sehingga 60 peratus dari berat badannya air kencing sehari. Berdasarkan kepada gambarajah rentas sebelum ini, ringkasan fungsi bagi setiap bahagian tubuh Cacing Tanah adalah seperti berikut:
Bahagian Fungsinya Anus Tempat di mana partikel tanah dan bahan
organik yang tidak dihadamkan dikeluarkan.
Epidermis Kulit, lapisan luar dinding tubuh yang merembeskan mukus.
Esofagus Laluan di antara faring dan krop (kerongkong).
Faring Bahagian berotot pada mulut yang menyedut makanan masuk.
Hempedal Organ dalaman berotot yang
40
Bahagian Fungsinya kopulasi.
Kitaran Hidup Cacing Tanah Cacing Tanah bersifat hemaprodit, iaitu mempunyai kedua‐dua organ jantan dan betina. Sungguhpun begitu, untuk membiak cacing tetap akan mengawan dan bertukar sperma bersama pasangannya. Apabila bertelur, Cacing Tanah akan memasukkan telur‐telur tersebut ke dalam kokun. Kokun merupakan sebuah kelongsong yang dihasilkan oleh induk Cacing Tanah untuk menempatkan telur‐telur tersebut. Empat hingga lima ekor anak Cacing Tanah akan menetas daripada sekitar dua puluh biji telur yang dihasilkan dan akan keluar melalui lubang yang ada pada hujung kokun tersebut. Gambarajah di bawah menceritakan proses tersebut:
Mengawan
Telur dalam kokun
Telur cacing menetas
Cacing dewasa
7 – 10 hari
60 – 90 hari 12 – 110
hari
Kitaran pembiakan Cacing Tanah
49
BAB 4
PENGENALAN KEPADA SISTEM VERMIKOMPOS
Vermikultur dan Vermikompos Vermikultur bermakna penternakan Cacing Tanah manakala Vermikompos bermakna proses penghasilan kompos melalui teknik vermikultur. Proses pengkomposan secara semulajadi berlaku apabila bahan organik direputkan dalam beberapa siri yang berturutan oleh beberapa jenis mikroorganisma. Hasilnya adalah bahan organik yang dipanggil humus. Proses ini merupakan satu proses yang perlahan dan banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti suhu, kelembapan, ketebalan bahan organik dan musim. Dalam proses pengkomposan secara buatan, proses tersebut dipercepatkan dengan memanipulasi faktor‐faktor yang mempengaruhinya.
59
semaian ke tapak penanaman kekal bagi mengelakkan kejutan kepada pokok tersebut.
v. Dijadikan penggalak kepada biji benih sebelum ditanam dengan cara merendam benih ke dalam cecair teh kompos tersebut.
Cara Penyediaan Teh Vermikompos Untuk menyediakan teh vermikompos, peralatan‐peralatan dan bahan‐bahan berikut diperlukan:
i. Tangki / Balang / Baldi ii. Pam udara (pam bubler akuarium), iii. Tiub penghantar udara iv. Batu bubler v. Kain kasa vi. Baja vermikompos vii. Gula molas / Gula merah / Gula tebu
Pasangkan peralatan seperti gambar lakaran berikut:
63
BAB 5
BAGAIMANA KITA NAK MULA Setiap apa yang kita hendak lakukan pasti memerlukan perancangan. Begitu jugalah dengan usaha untuk menternak Cacing Tanah. Selain perancangan, matlamat juga perlu ditetapkan iaitu ke arah mana usaha penternakan tersebut hendak kita bawa. Tanpa kedua‐duanya, kita akan jadi hilang hala tuju di pertengahan jalan dan mudah putus asa bila menghadapi masalah. Harus diingat, perusahaan ini merupakan suatu bentuk perniagaan; dan perniagaan mana yang tidak ada masalah. Apabila memperkatakan tentang matlamat, seseorang bakal penternak haruslah memikirkan perkara‐perkara berikut:
i. Adakah kita mahu menternak untuk menghasilkan baja vermikompos, atau
ii. Adakah kita mahu menternak dengan tujuan untuk menghasilkan biomas, atau
iii. Kedua‐duanya.
75
Bagi memanjangkan jangka hayat rak kayu dan mengelakkan bahan kimia dalam kayu dari meracuni Cacing Tanah, bahagian dalam rak kayu akan dilindungi dengan sehelai lapisan plastik gelap atau disapukan dengan minyak kelapa. Rak direkabentuk supaya berada di tempat yang tetap, tetapi rak kosong boleh dialihkan sekiranya pengubahsuaian susunatur hendak dibuat. Biasanya semasa beroperasi, rak akan diletakkan di bawah tempat yang terlindung seperti bangsal yang diselubungi jaring
89
BAB 6
MENYELENGGARA CACING TANAH DAN BEKAS
Apakah Makanan Cacing Oleh kerana cacing adalah haiwan herbivor, maka makanannya mestilah berasaskan sayur‐sayuran atau tumbuhan. Sebab itulah, walaupun ia memakan najis haiwan tetapi hanya najis haiwan herbivor sahaja yang diterima oleh Cacing Tanah. Najis haiwan pemakan daging seperti kucing tidak diterima langusng. Cacing Tanah tidak sukakan makanan dari bahan organik yang mengandungi minyak, lemak, daging, susu, pedas, manis, masam dan masin. Pengkomposan menggunakan Cacing Tanah adalah teknik pengkomposan sejuk. Ia tidak melibatkan pelepasan haba sebaliknya bahan organik dihadamkan di dalam perut cacing. Oleh itu pemilihan jenis makanan Cacing Tanah haruslah memastikan bahawa makanan tersebut tidak akan membebaskan haba ketika cacing makan.
102
BAB 7
MASALAH DI DALAM BEKAS CACING
Kebanyakan penternak baru akan beranggapan jika mereka mengikuti semua arahan dan panduan yang diberikan untuk menternak menggunakan bekas baru mereka, mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah. Kenyataannya, penternak baru akan mendapati bahawa menternak Cacing Tanah memerlukan teknik khusus dan masalah kadang‐kadang akan datang juga. Keupayaan untuk mengenalpasti masalah‐masalah yang dihadapi dan bertindak cepat mengatasinya akan membezakan penternak yang berjaya dengan yang tak berapa berjaya. Setiap bekas menternak cacing adalah unik, jadi bekas kepunyaan kita mungkin berbeza sedikit keadaannya dengan orang lain. Faktor yang menjadi unik untuk kita mungkin, suhu dan kelembapan tempat tinggal kita dan juga lokasi bekas cacing kita. Faktor yang serupa di kalangan semua penternak
112
BAB 8
HAIWAN-HAIWAN LAIN YANG ADA DI DALAM BEKAS CACING
Walau macam mana sempurna sekalipun perancangan kita, kadang kala ada sahaja ‘pihak‐pihak’ tertentu yang sentiasa ’memerhatikan segala tindak tanduk’ kita. Tanpa kita sedari dalam pada kita menjaga dengan baik bekas cacing supaya cacing yang kita ternak sihat dan selamat, rupanya diam‐diam sudah ada tetamu yang tidak diundang di dalamnya. Mereka ini yang terdiri dari serangga dan organisma yang lain, sama ada sekadar mencari kesempatan pada bekas cacing yang penuh dengan makanan ataupun pengacau yang mengancam kesejahteraan Cacing Tanah yang kita ternak. Yang penting kehadiran mereka tidak boleh dipandang ringan jika kita mahukan hasil yang produktif dari dalam bekas Cacing Tanah kita. Mari kita lihat siapakah mereka.
126
BAB 9
CARA-CARA MENUAI HASIL CACING TANAH
Ini merupakan antara tugas utama terakhir yang paling disukai oleh penternak sebelum memasarkan hasil. Vermikompos dan biomas Cacing Tanah boleh dituai dengan menggunakan pelbagai kaedah berdasarkan kapasiti penternakan dan kegemaran seseorang penternak. Sebahagian dari kaedah penuaian telahpun dipatenkan dan menjadi hak eksklusif pihak yang mendaftarkan paten tersebut. Tempoh yang sesuai untuk menuai hasil vermikompos ini diterangkan dalam Bab 6; Menyelenggara Cacing Tanah dan Bekas.
Kaedah 1 – Kaedah Kon Kaedah ini mengadaptasikan fakta bahawa Cacing Tanah tidak sukakan cahaya. Sebelum memulakan tuaian, satu bekas baru yang siap dengan medium perlu disediakan dahulu. Langkah‐langkah penuaian adalah seperti berikut:
131
BAB 10
MEMASARKAN HASIL VERMIKOMPOS
Prestasi vermikompos telah dibuktikan melalui beberapa ujian dan kajian mengatasi baja komersil dan juga baja kompos biasa. Penggunaannya di bidang pertanian terbukti tidak merosakkan tanaman dan juga kesuburan tanah. Hasil hiliran vermikompos juga menunjukkan prestasi yang memberansangkan.
Penggunaan Hasil Vermikompos Vermikompos dijual di pasaran sama seperti baja komersil biasa, tetapi disebabkan prestasinya yang baik ia mempunyai harga yang lebih tinggi. Selain meningkatkan kesuburan, ia juga mempunyai keupayaan untuk meningkatkan ketahanan terhadap penyakit bagi tumbuhan. Baja vermikompos yang ditaburkan pada pokok yang mengalami masalah reput akar telah berjaya menyuburkan kembali pokok tersebut dan membantu memperbaiki kerosakan akarnya.
139
BAB 11
INOVASI DI BIDANG TERNAKAN CACING TANAH
Kemajuan di dalam bidang penternakan Cacing Tanah banyak disumbangkan oleh cetusan ilham di kalangan mereka yang terlibat. Banyak daripadanya telah direalisasikan menerusi rekacipta peralatan, kaedah dan produk berasaskan Cacing Tanah ini. Ilham atau idea ini apabila melibatkan penambahbaikan keadaan sedia ada, kita akan memanggilnya sebagai inovasi. Sesuatu inovasi itu pada asasnya merupakan sebuah Harta Intelek, iaitu aset secara maya yang dimiliki oleh orang yang memulakan inovasi tersebut. Malaysia mengiktiraf peranan dan sumbangan harta intelek ini dengan mewujudkan akta berkaitan harta intelek yang melindungi hasil inovasi perekaciptanya. Antara perlindungan yang termasuk di dalam akta tersebut adalah Hakcipta, Paten, Cap Dagangan, Reka Bentuk Perindustrian, Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu dan Petunjuk Geografi.
144
BAB 12
MENGANGGAR PENDAPATAN DARI TERNAKAN CACING TANAH
Untuk membuat anggaran berapakah pendapatan serta untung atau rugi bagi usaha penternakan kita, seseorang penternak itu haruslah terlebih dahulu menyenaraikan kos‐kos yang terlibat dan juga anggaran jualan secara terperinci.
Kos Yang Terlibat Kos untuk memulakan penternakan terdiri dari tiga jenis iaitu:
i. Kos tetap, ii. Kos berulang, dan iii. Kos sekali sahaja (one‐off)
Kos tetap boleh terdiri dari:
i. Kos overhead –
155
BAB 13
MENYEDIAKAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, seseorang usahawan yang baik akan menyediakan satu dokumen yang dikenali sebagai Rancangan Perniagaan. Rancangan perniagaan merupakan satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Ia juga merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian‐kajian yang telah dibuat dan langkah‐langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara‐cara pelaksanaan strategi perniagaan. Tujuan Menyediakan Rancangan Perniagaan Penyediaan rancangan perniagaan mempunyai beberapa tujuan antaranya:
164
BAB 15
CONTOH-CONTOH KEJAYAAN Setelah empat belas bab, mungkin masih ada sedikit keraguan di hati kita sama ada bidang penternakan Cacing Tanah ini benar‐benar berpotensi cerah atau tidak. Sebagai penulis, saya tidak dapat memberi keyakinan kepada pembaca sekalian melainkan jika saya membawakan beberapa contoh kejayaan dari pengusaha sedia ada yang telahpun berjaya di dalam bidang ini. Walaupun perusahaan menternak Cacing Tanah ini masih dikira baru di Malaysia, namun beberapa pengusaha telah membuktikan keupayaan mereka menempa kejayaan dalam waktu yang dikira sebagai singkat. Apa yang membanggakan, mereka ini kebanyakannya berjaya dengan hanya berbekalkan sedikit bimbingan dari mereka yang dianggap pakar. Kejayaan mereka boleh dijadikan pedoman kepada kita semua dalam memulakan langkah penternakan Cacing Tanah ini. Ikutilah kisah‐kisah mereka.
165
Pengusaha 1 :
Alismeru, Kelang, Selangor Memulakan perniagaan pada suku keempat tahun 2007, Alismeru yang diterajui oleh En Harlis Bin Samsuri kini merupakan salah seorang pengusaha yang berjaya dan peneraju di dalam bidang ternakan Cacing Tanah di negeri Selangor. En Halis memulakan projek ternakan ini hanya dengan sebuah bekas menternak dan sekilogram Cacing Tanah dari spesis Eisenia foetida. Kini dalam tempoh satu tahun, beliau telah bejaya menggandakan jumlah Cacing Tanah yang diternak sebanyak 10 kg. Itupun selepas beliau menjual lebih 50 kg kepada pelanggan‐pelanggannya. En Harlis merupakan orang yang bertanggungjawab mempopularkan seni menternak Cacing Tanah menggunakan kabinet plastik yang dikenali sebagai ’Sistem Toyogo’. Kejayaan yang dicapai oleh Alismeru bukan setakat dikecapi sendiri olehnya malahan beliau turut sering berkongsi pengalaman dan pengetahuannya melalui kursus‐kursus, seminar dan demonstrasi yang dikelolakan sendiri atau atas jemputan dari pihak‐pihak lain. Kini beliau memikul tanggungjawab untuk mempromosikan bidang ini ke setiap daerah di negeri Selangor atas arahan Kerajaan Negeri Selangor, di bawah program Penternakan Dalam Bandar.
166
Sehingga kini beliau telah pun memperolehi sebanyak tiga pengiktirafan khusus dari Kerajaan Negeri Selangor atas usaha yang dilakukannya itu. Pengiktirafan yang diterima beliau bukan setakat di negeri Selangor, malahan beliau turut dipelawa untuk memperkenalkan industri ini sehingga ke Negeri Sabah. Selain ilmu yang dicurahkan secara fizikal melalui kursus, beliau turut aktif di dalam forum‐forum online di internet dan memberikan banyak panduan yang berguna. Dari segi latar belakang, En Halis bukanlah seorang yang mempunyai pendidikan khusus di bidang pertanian atau zoologi. Namun beliau telah membuktikan bahawa dengan berbekalkan semangat dan minat, seseorang itu mampu mencapai apa yang diingini walaupun ianya sangat asing kepada diri sendir sebelum ini. Di peringkat awal pembabitannya dalam bidang penternakan Cacing Tanah ini, beliau turut tidak terlepas dari diduga oleh Allah. Tak sampai sebulan menternak, bekas cacing beliau (ketika itu beliau menggunakan styrofoam) dicerobohi oleh angkatan semut. Sebahagian dari cacing peliharaanya terbunuh. Perkara itu sedikit sebanyak telah mengoyahkan semangat beliau. Namun atas dorongan rakan sekeliling dan matlamat yang jelas, beliau meneruskan usaha tersebut menggunakan baki cacing yang ada. Baginya apa yang berlaku
167
hanyalah dugaan dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Apa yang menariknya, En Harlis memulakan dan membesarkan perniagaan ini tanpa memohon sebarang pinjaman dari mana‐mana pihak pun. Kini selepas setahun, beliau mampu memperolehi pendapatan sekitar RM 2,000.00 seminggu melalui jualan produk berkaitan Cacing Tanah (cacing induk, vermikompos, medium) dan juga perkhidmatan professional (kursus dan bengkel ternakan Cacing Tanah). Beliau kini masih lagi bekerja di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Bahagian Kejuruteraan. Baginya kini, bekerja bukan lagi untuk makan gaji, sebaliknya untuk kepuasan dan membalas budi majikannya. En Harlis boleh dihubungi melalui maklumat di bawah:
HARLIS BIN SAMSURI (ALISMERU) No 33 Batu 6 ½ , Pekan Meru, 41050 Kelang, Selangor
Tel : 03‐33921054, H/P : 019‐3942827 e‐mel : [email protected]
168
Pengusaha 2 :
AZR Agrocentre, Banting, Selangor
AZR Agrocentre merupakan sebuah syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh seorang usahawanita bumiputera iaitu Pn. Azlinda Ros Abdul Aziz yang merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anak telah ditubuhkan pada tahun 2006. Ia merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan petanian dan industri asas tani. Pelbagai produk pertanian dipasarkan oleh syarikat AZR terutamanya yang berkaitan dengan Cacing Tanah, lintah dan belut. AZR mula memfokuskan kepada kegiatan penternakan Cacing Tanah sejak Julai 2007. Berlatar belakangkan pendidikan awal di Maktab Rendah Sains MARA, Pn. Azlinda Ros kemudiannya melanjutkan pengajiannya di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Biologi Persekitaran (Environmental Biology). Namun, bidang pengajian yang berbeza tidak menghalang ibu tunggal ini dari menceburkan diri dalam bidang pertanian. Selain Pn. Azlinda, syarikat ini turut diterajui oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iaitu En. Mustafa Abdul Wahab. Bapa kepada 4 orang anak, En. Mustafa yang berasal dari Muar, Johor dan telah berkecimpung dalam perniagaan
169
sejak tamat persekolahan. Beliau mula bergiat dalam bidang pembangunan (construction) sejak tahun 2000 dan kini mengembangkan pengetahuan perniagaan beliau di bidang pertanian Sehingga ke hari ini, syarikat ini telah mengeluarkan pelbagai produk yang berasaskan Cacing Tanah iaitu baja serbuk, baja pallet, baja cecair, makanan ikan dan makanan ayam. Kini AZR juga telah mula mengorak langkah untuk menghasilkan produk kosmetik seperti minyak dan pelembab yang berasaskan Cacing Tanah. Selain itu, ia juga dalam peringkat kajian bagi menghasilkan produk‐produk kesihatan dan ubat‐ubatan yang juga berasaskan Cacing Tanah. Sebagaimana pengusaha yang lain, AZR juga tidak lupa untuk memberi sumbangannya kepada masyarakat dengan menjalankan usaha mengembangkan penternakan di kalangan orang ramai melalui siri seminar yang dijalankan di seluruh Negara. Sehingga ke hari ini, AZR telah mempunyai lebih dari 300 penternak dan beberapa cawangan di seluruh Malaysia iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kedah. Ia juga telah mengembangka sayap ke Negara jiran iaitu Indonesia dengan membuka sebuah cawangan di Solo. AZR kini mensasarkan untuk menghasilkan 1000 penternak dibawah naungannya dengan penghasilan produk sekurang‐kurangnya 1000 tan baja dan 10 tan cacing sebulan bagi menampung permintaan dari dalam dan luar negara. AZR juga telah mensasarkan untuk mengadakan cawangan
170
diseluruh negara agar dapat menjadi hub pengeluar produk cacing terbesar di Asia Tenggara menjelang tahun 2012. Pn Azlinda Ros dan En Mustafa boleh dihubungi melalui maklumat di bawah:
AZR AGRO CENTRE (001698370‐1) No 12A Jalan Emas 7, Bandar Sungai Emas,
42700 Banting, Selangor Tel : 03‐3180 3994, Faks : 03‐3180 3995
e‐mel: [email protected] laman web : www.azragrocentre.com
171
Pengusaha 3 :
NUR IKHLAS RESOURCES, Kelang, Selangor Nur Ikhlas Resources diterajui oleh En Mohammed Nizzam Abdul Razak, seorang pengusaha Ternakan Cacing Tanah sepenuh masa. Perniagaan ini dimulakan pada 4 Mac 2008. Walaupun baru, En Nizzam telah menunjukkan keupayaan perniagaan yang diterajuinya di mana dalam tempoh tak sampai empat bulan ia telah mampu untuk untuk membekalkan produk‐produk berasaskan Cacing Tanah kepada pasaran di sekitar Lembah Kelang. Seperti Alismeru, beliau juga memulakan perniagaan pada skala kecil iaitu dua kg sahaja. Namun kini, beliau memiliki tiga buah rak kayu dan tiga buah palung dengan setiap satunya mempunyai kapasiti 10 kg Cacing Tanah. Dalam tempoh empat bulan menternak, kapasiti beliau telah berjaya menjual lebih 50 kg Cacing Tanah untuk dijadikan induk di samping baja vermikompos dalam bungkusan 1kg. Selain menjual, beliau juga turut membeli Cacing Tanah dari pengusaha lain yang ingin menjual hasil biomas melaluinya. Dari hasil tukaran seperti itulah beliau mengumpulkan modal untuk membesarkan perniagaannya tanpa perlu membuat pinjaman dari mana‐mana pihak. Selain menternak untuk menghasilkan produk, beliau juga turut sama mengadakan Bengkel Ternakan Cacing Tanah di
172
premisnya. Kini beliau sedang dalam proses menjalinkan usahasama dengan Lembaga Zakat Selangor untuk melaksanakan program Asnaf iaitu salah satu Program Membasmi Kemiskinan. Melalui program ini, peserta yang telah berdaftar dan layak mendapatkan bantuan dari Lembaga Zakat akan diberikan modal dan Nur Ikhlas akan bertindak sebagai mentor dalam memberikan sokongan teknikal dan pemasaran dalam bidang penternakan Cacing Tanah. Produk vermikompos keluaran Nur Ikhlas Resources kini dalam peringkat mendapatkan pengiktirafan kualiti daripada Jabatan Pertanian di mana ia juga menjalankan kerjasama untuk membuat penyelidikan dan pembangunan di bidang ini. En Mohammed Nizzam boleh dihubungi melalui maklumat di bawah:
NUR IKHLAS RESOURCES (SA0091238‐A) No 33 Batu 6 ½ , Pekan Meru, 41050 Kelang, Selangor
Tel, H/P: 012‐295 0605, 017‐645 0778 e‐mel: [email protected] , laman web : www.nurikhlas.com
173
BAB 16
PENUTUP Kejayaan dalam apa jua bidang hanya boleh dikecapi jika kita berusaha bersungguh‐sungguh dan tetap atau istiqamah dalam melaksanakan usaha tersebut. Kita pasti akan diuji dalam perjalanan melaksanakan sesuatu tugas. Pasti akan ada halangan. Berapa ramai orang yang menyerah kalah hanya beberapa ’inci’ dari kejayaannya. Orang yang berjaya adalah orang yang tahan menempuhi segala dugaan dan melepasi halangan atau ujian tersebut. Usaha penternakan juga tidak lepas dari ujian sedemikian. Bagaimana rupa ujian itu, hanya kita sahaja yang boleh menjawabnya kelak. Walaupun secara kasar nampaknya penternakan Cacing Tanah seolah‐olah mudah, namun lumrah di dalam bidang perniagaan, suka atau tidak kita mesti sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang tidak menyebelahi kita. Tapi janganlah takut, kerana di luar sana telah ramai pengusaha yang berjaya sehingga menjana pendapatan yang lebih tinggi dari mereka yang berkelulusan tinggi. Bukankah sembilan per sepuluh punca rezeki itu
174
datangnya dari perniagaan? Itu sunah Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam. Jadi apa tunggu lagi? Teruskan niat yang selama ini terpendam dan jangan ragu‐ragu. Buangkan keraguan itu dan ......
Ke garisan ....
Sedia .......
MULA!
Sehingga berjumpa lagi di puncak kejayaan!
175
BIBLIOGRAFI
Nicola Blight, 2nd Edition Little Rotters Composting Handbook, Environ Trust Ltd, Western Park, Leichester, 2004.
Kathy Powell, Presentation : Composting, It’s Recycling, Pennstate College of Agricultural Sciences, USA, 2002.
Leslie Cooperband, Presentation : Biology of Composting, University of Wisconsin, USA.
Steve Diver, Presentation: Compost Teas : A Tool for Rhizosphere + Phyllosphere Agriculture, Appropriate Technology Transfer for Rural Areas (ATTRA), North Carolina, 2002.
George Kuepper, Foliar Fertilization, Appropriate Technology Transfer for Rural Areas (ATTRA), USA, 2003.
Elaine Ingham, Brewing Compost Tea, Kitchen Gardener, USA, 2006. (Resource from Internet)
Patrick J. Bohlen, Earthworms, Archbold Biological Station, Lake Placid, Florida, 2006.
180
Apendiks 1
GLOSARI ISTILAH albumin: Bendalir yang mengandungi protin larut air. analida (annelid): Organisma yang mempunyai badan bersegmen (berketak), yang kelihatan seperti gegelang. Segmen‐segmen tersusun bersebelahan antara satu sama lain secara simetri sepanjang tubuh Cacing Tanah untuk membentuk badan. anekik (anecic): Istilah pengkelasan habitat. Cacing Tanah jenis ini hidup di dalam liang menegak yang dalam, tetapi mencari makan pada atau berhampiran permukaan tanah, terutamanya pada waktu malam. anulasi sekunder (secondary annulation): Tonjolan kecil (kedutan) yang kelihatan di antara tonjolan‐tonjolan antara segmen. anus: Lihat periprokt.
188
Apendiks 2
GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN CACING
Haiwan‐haiwan lain dalam bekas cacing
Cacing Tanah Berastivasi
189
Cacing Raksaksa Australia
Alat Pengekstrak Vermikompos ‘Trommel’
192
Kokun Telur Cacing Tanah
Kokun Yang Telah Matang
198
Apendiks 5 STANDARD KUALITI
AS 4454, Standard Australia
Keperluan Kriteia Fizikal dan Kimia untuk Vermikas pH
5.0 – 7.5 Jika pH > 7.5, tentukan jumlah CaCO3
Konduktiviti elektrikal, dS/m Tiada had Fosforus, terlarut, mg/L dalam ekstrak
≤ 5 Untuk produk bagi tumbuhan yang sensitif‐fosforus, tidak diperlukan
Fosforus, jumlah, % jisim kering ≤ 0.1 Untuk produk bagi tumbuhan yang sensitif‐fosforus, tiada keperluan
Amonium‐N, mg/L dalam ekstrak
Tiada keperluan
Amonium‐N dan nitrogen‐N, mg/L dalam ekstrak
> 100 Jika sumbangan kepada nutrisi tumbuhan dituntut
Nitrogen, jumlah, % bahan kering
≥ 0.8 Jika sumbangan kepada nutrisi tumbuhan dituntut
Kandung bahan organik, % bahan kering
≥ 25
Boron, mg/kg jisim kering < 200 Produk dengan jumlah B < 100 boleh digunakan tanpa sekatan
Sodium, % jisim kering <1 atau sekurang‐kurangnya 7.5 mol kalsium dan magnesium bagi setiap mol sodium dalam bahan kering
Keboleh basahan, minit <7 Untuk pecahan < 16 ±1 mm.
200
Apendiks 6
SENARAI INOVASI YANG TELAH DIPATENKAN
Tajuk / Negara Didaftar No. Paten Tahun
Device for Composting Biologicalally Degradable Material / Jerman
WO 96/ 18590
1996
Activated Biohumus Preparation Process / Rusia
RU2306303 C1
2006
An Extract for Preventing or Treating Thrombotic Disease / China
EP1927363 A1
2006
Anti‐Hagover Composition / Korea WO2008/ 002019A1
2008
Apparatus and Method for On‐Site Vermicomposting Organic Waste / Korea
WO2004/ 039510A1
2004
Apparatus and Method for Surfacing Earthworms / USA
US 2006/ 0042156A1
2006
Apparatus for and Method of Waste Treatment Using Vermiculture
US2006/ 0131229A1
2006
Apparatus for Making a Foliar Liquid / USA
WO2004/ 046014A2
2004
Apparatus for Processing Waste to Yield Biohumus and Vermiculture / Rusia
RU2115639 C1
1997
Apparatus for Use in Vermiculture / USA US 2006/ 0172410 A1
2006
203
Apendiks 7
CONTOH FORMAT PROFORMA PENYATA KEWANGAN
1. Proforma Penyata Aliran Wang Tunai 2. Proforma Penyata Perniagaan dan Untung
Rugi 3. Proforma Kunci kira-kira
207
Indeks
A A. Trapezoids, 28 Acarina, 118 aerobik, 33, 48, 56, 99 agen pengkomposan, 7, 81 air, 16, 18, 30, 36 air kencing, 36 air lelehan, 68, 73 air minuma, 4 air tanpa klorin, 60 akar, 18, 27 akar pokok, 16, 17 Aktinomisit sp., 56 aktinomysin, 66 aktiviti, 5 aktiviti mengorek, 16,17 aktiviti pertanian, 15 akuakultur, 51 akuarium, 24 alam sekitar, 2, 14, 23 alami, 6, 18 Alkaligenes sp., 56 alternatif, 25, 52 amalan, 20 Amerika Selatan, 28 amonia, 93, 113 anaerobik, 47, 48 anak, 40 analida, 30 Anatomi, 30 Anecic, anekik, 15, 27 Animalia, 26 Annelida, 26
anterior, 30, 34, 35, 37, 44 anti karat, 74 anus, 38, 36, 42 aorta, 39 Aporrectodea calignosa, 28 arah, 19 arthropods, 117 asid borik, 120 Asid Laktik, 47 asimilasi, 17, 22 Australia, 79 ayak, 129 ayam, 16, 30, 86, 123 Azobacter sp., 56
B badan diiktiraf, 11 bahagian hadapan, 30 bahagian tubuh, 35 bahagian tumbuhan, 18 bahan asas, 18 bahan kimia, 12, 15 bahan kumuh, 37, 42 bahan mentah, 145 bahan organik, 2, 4, 7, 17, 18, 22,
23, 36, 41, 65 bahan organik reput, 2 bahan organik terurai, 16 baja, 6, 10, 11, 12, 13, 14, 19, 21, 23,
25 baja foliar, 95 baja kimia, 6, 12, 53 baja kompos, 7, 8
208
baja organik, 13, 25, 50, 132 baja pokok, 14 baja tanaman, 6 baja vermikompos, 79 bakteria, 7, 18, 82 Bakteria anaerobik, 103 bakteria mesofilik, 65 bakteria pengurai nitrogen, 56 bakteria saikrofilik, 65 bangsal, 75 Banyak Lalat, 107 batas terbuka, 64, 79 Bau, 103 bed, 53, 82 bekas, 47 bekas berskala kecil, 8 Bekas kecil, 8 Bekas Logam, 73 bekas menternak cacing, 102 Bekas Plastik, 71 belerang, 109 Bengkakan, 37 bentuk lebih bermanfaat, 6 beralkali, 15, 16, 109 berasid, 15, 16, 48, 104 berat tubuh, 28 berdarah sejuk, 33 bergabung tenaga, 23 bergerak, 27, 41 berkelenjar, 34 berminyak, 81 bernafas, 33, 47 beroksigen, 33, 39 berotot, 36 bersegmen, 30 bersinambungan, 19 bertelur, 40, 41 berterusan mengorek, 27 bertulang belakang, 33 betina, 38, 40
bibir, 41 bidang pertanian, 6 bidang ternakan, 25 biofuel, 52 biologi, 16, 26 biologikal, 6 biomas, 9, 24, 51, 63, 76, 87, 126 Boron, 55 buah naga, 133 buangan domestik, 4 bubler, 60 bukaan, 37, 41 bulu halus, 34, 39 bumi, 27 burung, 30, 86 busuk, 48 butiran kecil pasir, 42
C Cabaran Hidup Moden, 2 cacing, 7, 11, 14, 15, 16, 17, 28, 30 Cacing biru, 28 Cacing Harimau, 28, 91 Cacing Hilang, 109 cacing induk, 145 Cacing Mati, 106 Cacing Merah, 14, 28 cacing putih, 94, 115 Cacing Tanah, 2, 7, 8, 9, 10, 13, 15,
16, 17, 19, 22, 23, 24, 25, 27, 30, 31, 33, 34, 35, 36, 37, 40, 42, 44, 45, 79
cahaya, 27, 33 cahaya matahari, 18 Cap Dagangan, 139 cendawan, 111 cepat membiak, 28 cerah, 25, 34 cicak, 86
221
BORANG PESANAN BUKU Sila hantarkan buku seperti di bawah kepada saya. Saya faham bahawa saya berhak untuk mengembalikan buku yang diterima jika ianya tidak berada dalam keadaan baik. Bayaran penuh akan dikembalikan kepada saya tanpa banyak persoalan.
Judul : Emas Hitam, Resepi Menternak Cacing Tanah Untuk Buat Duit
Harga : RM 49 (termasuk kos penghantaran)
Nama : ____________________________________________
Alamat: ____________________________________________
____________________________________________
____________________________________________
____________________________________________
Poskod: ____________ Bandar : _______________________
Negeri : __________________________
No. H/P : _____________________ Tel. : ________________
e‐mel : ____________________________________________
* Borang ini boleh juga difotostat
222
Borang Pesanan Buku Kaedah pesanan:
1. Telefon / SMS: 019‐5324 999 2. E‐mel: [email protected] 3. Pos: Mohamad Saat Bin Sukami
1249, Jalan Changkat, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Kaedah bayaran:
Bayaran boleh dibuat menggunakan salah satu kaedah di bawah:
1. Pindahan wang ke akaun bank.
No akaun : 1602 1401 5079 (Maybank) Nama : Mohamad Saat Bin Sukami
E‐mel / SMS butir‐butir pemindahan: nama, alamat, tarikh pemindahan, masa dan nombor rujukan.
2. Wang pos atau kiriman wang. Sila tuliskan nama penerima : Mohamad Saat Bin Sukami.
Penghantaran buku:
1. Buku akan dihantar apabila bayaran secukupnya diterima. 2. Buku akan dihantar menggunakan Pos Ekspress.
Buku ini juga boleh didapati melalui:
1. Alismeru, 019‐394 2827. 2. AZR Agrocentre, 03‐31803996, www.azragrocentre.com. 3. K. Juslly Elis, 019‐851 0177. 4. Nur Ikhlas Resources, 012‐295 0605, www.nurikhlasrcs.com.