Download - Buku Nota 3M
…
KANDUNGAN KURIKULUM PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN
GURU PRASEKOLAH SWASTA DAN JABATAN PERPADUAN NEGARA
DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PANDUAN MENGHADIRI KURSUS BAGI
PROGRAM LATIHAN TIGA MINGGU GURU PRASEKOLAH SWASTA DAN
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTERGRASI NASIONAL (JPNIN)
BAHAGIAN A : TATATERTIB
PERKARA 1: PERATURAN AM
1.1 Seseorang peserta kursus yang mengikuti kursus yang dikelolakan oleh
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) mesti berkelakuan baik semasa berada
di dalam dan di luar Premis Berkursus demi menjaga nama baik profesion
keguruan dan maruah diri.
1.2 Setiap peserta kursus sama ada di dalam Premis Berkursus atau di luar
Premis Berkursus dilarang untuk melakukan perkara-perkara berikut:-
1.2.1 Dadah, Arak dan Racun
Tiada seseorang peserta kursus boleh:
(a) memiliki atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa
jenis dadah, arak atau racun;
(b) memiliki atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa
perkakas atau alat untuk digunakan bagi tujuan pengambilan
apa-apa jenis dadah, arak atau racun;
(c) membeli, membekal, mengadakan atau menawarkan apa-
apa jenis dadah, arak atau racun kepada mana-mana pihak;
(d) makan atau minum atau menghisap atau menyedut atau
menghidu atau memasukkan ke dalam badannya apa-apa
jenis dadah, arak atau racun dengan cara suntikan atau apa-
apa cara lain; dan
(e) minum atau ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa minuman yang memabukkan.
2
1.2.2 Memudaratkan Diri
Seseorang peserta kursus dilarang melakukan apa-apa
perbuatan yang boleh memudaratkan diri.
1.2.3 Merokok
a) Peraturan ini adalah mengikut “Peraturan-peraturan Kawalan
Hasil Tembakau 1993”, Kementerian Kesihatan Malaysia dan pindaan-
pindaannya.
b) Di bawah peraturan tersebut, tempat awam adalah Zon
Larangan Merokok.
c) Seseorang peserta kursus dilarang merokok, menjual,
mengedar atau membeli rokok di kawasan Premis
Berkursus.
d) Larangan merokok adalah terpakai untuk semua aktiviti
rasmi yang telah ditetapkan.
1.2.4 Penggunaan Telefon Bimbit
a) Seseorang peserta kursus adalah dilarang daripada mengaktif
dan menggunakan telefon selular/bimbit semasa kuliah dan
aktiviti rasmi.
b) Seseorang peserta kursus adalah dilarang menggunakan
telefon selular/bimbit secara salah yang boleh menjatuhkan
maruah serta memudaratkan diri dan orang lain.
1.2.5 Berjudi
Seseorang peserta kursus dilarang terlibat dalam apa juga
bentuk perjudian di dalam atau di luar Premis Berkursus.
1.2.6 Perlakuan Sumbang
a) Pada sebarang keadaan atau tempat di dalam atau di luar
Premis Berkursus, peserta kursus dilarang berkelakuan kurang
sopan antara lelaki dengan perempuan atau antara sesama
jantina, yang boleh menimbulkan anggapan kurang sopan
3
pada nilai moral dan budaya Malaysia dan/atau
bertentangan dengan agama.
b) Seseorang peserta kursus dilarang berkelakuan atau menampilkan imej yang bertentangan jantina.
1.2.7 Senjata
Peserta kursus dilarang membawa, memiliki, menyimpan dan
menggunakan sebarang bentuk senjata yang berbahaya (senjata
berjadual) di dalam dan di luar premis berkursus.
1.2.8 Engkar perintah
Seseorang peserta kursus tidak boleh mengengkari atau
melanggar mana-mana arahan atau perintah Pengarah BPG atau
mana-mana pegawai yang diberi kuasa.
1.2.9 Menghalang Pelaksanaan Tugas
Seseorang peserta kursus tidak boleh menghalang, mengganggu
atau menahan seseorang pegawai, kakitangan, pekerja atau ejen
BPG daripada menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab
rasminya.
1.2.10 Kebersihan dan vendalisme dalam Premis Berkursus
Seseorang peserta kursus tidak boleh melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kebersihan dan kekemasan serta merosakkan
harta benda awam dan kawasan Premis Berkursus.
1.2.11 Buli
Peserta kursus dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti buli,
ugut dan mendera.
4
PERKARA 2: PENAMPILAN DIRI
2.1 Seseorang peserta kursus perlu menunjukkan personaliti dan penampilan diri
yang baik dan sesuai dengan profesion keguruan.
2.1.1 Pakaian semasa menghadiri kuliah.
2.1.1.1 Peserta lelaki:
(a) hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang, bertali
leher, berseluar panjang (slack) dengan bertali pinggang dan
berkasut kulit warna gelap serta bersetokin. Baju hendaklah
dimasukkan ke dalam seluar. Lengan baju hendaklah
dibutang dan tidak boleh dilipat ke atas.
2.1.1.2 Peserta perempuan:
(a) sebarang jenis pakaian yang tidak mendedahkan mana-
mana bahagian anggota dari paras bawah leher hingga ke
paras bawah lutut dan berkasut (court shoes).
(b) seseorang peserta wanita Islam diwajibkan berpakaian
yang bercirikan wanita muslimah.
2.2 Potongan Rambut, Misai, Janggut dan Jambang
2.2.1 Potongan rambut peserta kursus perlu kemas dan sesuai dengan
profesion keguruan.
2.2.2 Rambut hendaklah disikat rapi.
2.2.3 Seseorang peserta kursus lelaki dilarang berambut panjang:
2.2.3.1 melepasi kolar baju di bahagian belakang
2.2.3.2 menutup garisan tengah dahi di bahagian hadapan
2.2.3.2 menutup kedua-dua telinga atau sebahagian
daripadanya dan jambang melebihi paras hidung di tepi
dan melebihi daripada 10 sentimeter di bahagian atas.
5
2.23 Seseorang peserta kursus yang beragama Sikh boleh memakai
“turban”.
2.24 Seseorang peserta kursus yang bermisai, berjanggut dan
berjambang hendaklah sentiasa diurus dengan kemas.
PERKARA 3: TANGGUNGJAWAB PENYEDIA LATIHAN
3.1 Setiap peserta akan diberi perkhidmatan Penyedia Latihan oleh Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang dilantik oleh kerajaan.
3.2 Perkhidmatan Penyedia Latihan ini termasuk:
3.2.1 Kemudahan dan kelengkapan bilik kuliah.
3.2.2 Kemudahan dan kelengkapan tempat penginapan.
3.2.3 Penceramah/Tenaga Pengajar.
3.2.4 Makan dan minum 5 kali sehari.
3.2.5 Penyediaan bahan pengajaran Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) dan Nota Kuliah.
3.2.6 Mencetak, mentadbir dan menanda kertas penilaian.
6
BAHAGIAN B : AKADEMIK
PERKARA 1: KEHADIRAN KURSUS DAN AKTIVITI RASMI
1.1 Kehadiran kursus dan aktiviti rasmi adalah wajib.
1.2 Seseorang peserta kursus bertanggungjawab menepati masa ketika menghadiri
kursus dan aktiviti rasmi.
1.3Kelewatan LEBIH daripada 15 (lima belas minit) daripada bermulanya sesuatu
kuliah akan dikira tidak hadir interaksi tersebut.
1.4Seseorang peserta kursus boleh diberi pengecualian kuliah dan aktiviti rasmi
sekiranya mendapat arahan rasmi ATAU kebenaran secara bertulis terlebih
dahulu daripada pegawai bertanggungjawab atas sebab-sebab yang
munasabah.
1.5Peserta kursus yang tidak hadir kerana sakit hendaklah mengemukakan Surat Cuti
Sakit yang sah daripada hospital/klinik kerajaan atau swasta ATAU mendapatkan
kebenaran bertulis/kebenaran khas daripada pegawai bertanggungjawab.
PERKARA 2: PENGECUALIAN KURSUS
2.1 Sebab-sebab yang boleh dipertimbangkan;
2.1.1 Menduduki peperiksaan awam.
2.1.2 Diarahkan oleh pihak mahkamah untuk menghadiri perbicaraan di
mahkamah.
2.1.3 Menziarahi keluarga terdekat yang sakit tenat/meninggal dunia
(ibubapa, suami/isteri, anak, adik beradik kandung).
2.1.4 Bencana alam atau kebakaran.
2.1.5 Majlis-majlis rasmi yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia/BPG.
7
PERKARA 3: PEPERIKSAAN
3.1Peserta kursus adalah tertakluk kepada peraturan peperiksaan semasa yang
dikuatkuasakan atau Peraturan Maktab Pendidikan Guru (peperiksaan, penilaian
dan pensijilan) 1999.
PERKARA 4: SIJIL
4.1 Peserta akan dianugerahi 2 sijil dalam Program Latihan Guru Prasekolah Swasta dan JPNIN, iaitu:
4.1.1 Sijil Kehadiran
Akan diberikan kepada semua peserta oleh Penyedia Latihan apabila
tamat menduduki kursus
4.1.2 Sijil Tamat Kursus
Akan dianugerahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia apabila
peserta lulus dalam ujian yang diduduki.
Disediakan oleh;Urus SetiaProgram Latihan Guru Prasekolah swasta dan JPNIN
8
Bahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
9
10
BUKU PANDUAN PROGRAMLATIHAN 3 MINGGU
GURU PRASEKOLAH SWASTA JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN
INTEGRASI NASIONAL
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.0 LATAR BELAKANG
Pendidikan awal merupakan tempoh kritikal yang menjadi penentu
kepada perkembangan minda dan pencapaian kanak-kanak pada masa
hadapan. Pada masa ini, kadar enrolmen prasekolah dalam kalangan
kanak-kanak berumur empat dan lima tahun hanyalah sekitar 67%.
Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah dan keupayaan
negara meningkatkan kadar enrolmen, pendidikan prasekolah telah
dijadikan fokus utama di bawah National Key Result Areas (NKRA).
Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Index; KPI) Sub NKRA
Prasekolah mensasarkan peningkatan kadar penyertaan murid
prasekolah sebanyak 20%, iaitu daripada 67% kepada 87% pada akhir
tahun 2012. Kerajaan juga telah melaksanakan beberapa strategi
terpilih untuk meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Salah satu
daripada strategi ini ialah memberikan latihan secara formal kepada
guru prasekolah swasta dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional (JPNIN).
2.0 MATLAMATKursus 3 minggu ini untuk melatih guru prasekolah swasta, dan JPNIN
dilihat sebagai satu agenda yang sangat penting dalam usaha
mencapai kualiti dalam pelaksanaan program pendidikan Prasekolah.
Ini adalah kerana :
2.1 Penglibatan pihak swasta dalam pendidikan prasekolah
adalah amat penting dan bermakna serta memberi impak yang
besar dalam menjayakan matlamat NKRA ;
2.2 Guru-guru prasekolah perlu mengikuti satu bentuk kursus formal
bagi melayakkan mereka mengajar di prasekolah ;
2.3 Kursus ini dapat meningkatkan kualiti profesionalisme guru
prasekolah terutamanya dari aspek kemahiran, pedagogi dan
pengetahuan melalui penggunaan modul yang telah digubal khas
oleh BPG dengan kerjasama IPG berlandaskan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ;
11
3.0 PELAKSANAAN
Program latihan guru prasekolah swasta dan JPNIN ini dirancang dan dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).3.1 Kolaborasi dan Speksifikasi Tugas
Bil Jabatan Spesifikasi Tugas
1 Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pelajaran Malaysia
Mewakili KPM dalam Makmal NKRA Melaksanakan dasar untuk mencapai KPI
ke arah peningkatan 20% akses ke Prasekolah
Memantau pelaksanaan program Menyedia peserta kursus
2 Bahagian Pendidikan Guru Membina modul latihan Memilih dan melantik Penyedia Latihan Menguruskan bayaran kepada Penyedia
Latihan Menyediakan jadual perlaksanaan program Mengeluarkan sijil kepada peserta
3 Institut Pendidikan Guru Membantu BPG membina modul latihan Menjadi jurulatih utama dan fasilitator
program Menjalankan latihan kepada jurulatih utama
negeri (JU) Menganggotai panel penggubalan modul
latihan dan bahan kursus Melaksanakan pentaksiran dan penilaian
kursus
4 Jabatan Pendidikan Negeri (Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas)
Bertindak sebagai Urusetia program latihan Menentukan peserta yang berkelayakan Menguruskan bajet pelaksanaan program
5 Jabatan Pendidikan Negeri (Sektor Pengurusan Akademik)
Memilih jurulatih utama negeri yang berkelayakan untuk menghadiri kursus Training of Trainers (TOT)
Mengagihkan jurulatih utama negeri sebagai tenaga pengajar
5 Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional
Menentukan peserta berkelayakan yang sedang mengajar di prasekolah JPNIN
3.2 Pemilihan Jurulatih
12
Pemilihan Jurulatih Utama IPG ditentukan oleh BPG berasaskan kelayakan dan pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Jurulatih Utama Negeri ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (Sektor Pengurusan Akademik).
3.3 Sistem Penyampaian Program Latihan
Sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip andragogi dengan mengambil kira keperluan pembelajaran peserta dewasa. Antara kepelbagaian teknik yang digunakan adalah seperti berikut:-
(a) Tunjuk cara
(b) Main peranan
(c) Electronic search
(d) Sumbang saran
(e) Seminar
(f) Bengkel
(g) Forum
(h) Pengajaran melalui modul
(i) Pengajaran akses kendiri
(j) Video conferencing
(k) Pengajaran mikro
(l) Pengajaran berbantukan komputer ( CAI )
(m) Pembelajaran rakan sebaya
(n) Internet
(o) E-mel
3.4 Peraturan Program Latihan
13
a) Kehadiran 100%. Sebarang ketidakhadiran perlu
mendapat kelulusan pihak urusetia;
b) Etika berpakaian perlu dipatuhi;
c) Melaksanakan semua tugasan sepanjang tempoh
program latihan;
d) Mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh
pihak urusetia dari semasa ke semasa;
e) Menduduki peperiksaan program latihan.
4.0 KURIKULUM LATIHAN
Kurikulum Latihan dilaksanakan melalui interaksi bersemuka dan modul latihan berdasarkan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Input--input yang disampaikan kepada guru prasekolah mengikut agihan jam seperti berikut:
UNIT 1.0
14
PENGENALAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
1 KREDIT - 15 JAM
Sinopsis
Unit ini memberi pendedahan tentang konsep asas pendidikan awal kanak-kanak yang meliputi falsafah dan matlamat prasekolah, falsafah serta pandangan tokoh-tokoh yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak, perkembangan pendidikan prasekolah termasuk hak asasi kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989 dan akta yang berkaitan. Unit ini juga merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak yang meliputi perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, emosi, sosial dan perkembangan kerohanian dan moral.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini peserta dapat:
i. Menjelaskan sejarah perkembangan falsafah pendidikan awal kanak-kanak;
ii. Menghuraikan kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK );
iii. Mengaplikasikan pendekatan-pendekatan dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah;
iv. Menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Prasekolah berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan
v. Membuat refleksi kendiri untuk penembahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
TAJUK DAN PERUNTUKAN MASA
1.1 Perkembangan pendidikan, falsafah dan matlamat prasekolah 2 jam
1.2 Falsafah dan Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan 2 jamAwal Kanak-kanak
1.3 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 dan Akta 308 serta akta 550 2 jam
1.4 Konsep dan prinsip ABP dalam perkembangan awal Kanak-kanak 2 jam
1.5 Aspek perkembangan kanak-kanak 7 jam _______
15 jam
UNIT 2.0
15
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 3 KREDIT - 45 JAM
Sinopsis
Unit ini mendedahkan tentang Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang meliputi semua tunjang seperti tunjang komunikasi, sains teknologi, kemanusiaan, fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kerohanian, sikap dan nilai. Unit ini juga akan didedahkan dengan penyediaan rancangan pengajaran serta aspek yang berkaitan dengan pentaksiran.
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir unit ini peserta dapat:
i. Menjelaskan konsep dan fokus utama Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
ii. Merancang dan mengaplikasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan tunjang-tunjang pembelajaran dalam KSPK
iii. Mengenal pasti dan mengaplikasi kemahiran , pendekatan dan teknik yang sesuai dalam pelaksanaan pengajaran mikro dan
iv. Mengenal pasti proses pelaksanaan pentaksiran dalam pendidikan awal kanak-kanak.
TAJUK DAN PERUNTUKAN MASA
2.1 Pengenalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 3 jam
2.2 Tunjang-tunjang KSPK
2.2.1. Tunjang Komunikasi 4 jam
2.2.2. Tunjang Sains dan Teknologi 4 jam
2.2.3. Tunjang kemanusiaan 4 jam
2.2.4. Tunjang Fizikal dan Estetika 4 jam
2.2.5. Tunjang Ketrampilan Diri– Perkembangan Sosioemosi 4 jam
2.2.6. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai 4 jam
2.3
2.2.7 Penyepaduan tunjang dalam modul bertema
Perancangan rancangan pengajaran
6 jam
5 jam
2.4 Pentaksiran
2.4.1 Perancangan
2.4.2 Pembinaan indikator/ item dalam instrumen
3 jam
4 jam
_____
Jumlah 45 jam
16
UNIT 3.0 PENDEKATAN DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2 KREDIT - 30 JAM
Sinopsis:
Unit ini mendedahkan dengan konsep pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak. Unit ini juga memberi pendedahan tentang pelbagai pendekatan dan teknik pengajaran yang boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir unit ini peserta dapat:
i. menghuraikan konsep dan prinsip pengajaran pendidikan awal kanak-kanak;
ii. menerangkan pendekatan belajar melalui bermain, bertema, bersepadu dan pendekatan projek dalam pengajaran- pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak; dan
iii. menggunakan pendekatan dan teknik pengajaran pembelajaran terkini dalam pendidikan awal kanak-kanak.
TAJUK DAN PERUNTUKAN MASA
3.1 Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam 2 jam pendidikan awal kanak-kanak
3.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 18 jamPendidikan Awal Kanak-Kanak
3.3 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak 10 jam
_______ 30 jam
17
6.0 Pensijilan
Peserta program latihan ini akan diberikan sijil tamat kursus berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:-
i) Kehadiran 100%ii) Melengkapkan kerja kursus dengan sempurnaiii) Menduduki peperiksaaniv) Mencapai markah lulus sekurang-kurangnya 50%
7.0 Penutup
Buku panduan program latihan 3 minggu guru prasekolah swasta dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah dibina untuk dijadikan panduan kepada semua yang terlibat dengan program ini. Dengan adanya panduan ini diharapkan dapat membantu pelaksanaan kursus dengan berkesan dan lebih berfokus. Semoga kita sama-sama dapat membantu negara dalam pendidikan kanak-kanak yang berkualiti. Kerjasama semua pihak amat diperlukan agar keselarasan dapat dibina walau pun berbeza lokasi operasinya.
18
RUJUKAN
Rujukan Asas
Bustam Kamri & Putri Zabariah Megat A. Rahman (2005). Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur: PTS.
Puckett, M. B. & Diffily, D. (2004). Teaching Young Children: An Introduction to the Early Childhood Profession, 2nd. Ed. NY: Thomson Delmar Learning.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2009) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. PPK
Charlesworth, R., (2004). Understanding Child Development (6th ed.). NY: Thomson Delmar Learning
Essa. L. E. (2003). Introduction to Early Childhood Education. 4th ed. NY: Thomson Delmar Learning
Bergstrom, J. M., Margosian, R. K. & Olson, F. A. (1976) Enhancement Of Growth and For Young Children, Columbus, O.H: Merill Pub.
Biber, B.(1977) Cognition In Early Childhood Education: A Historical Perspective. In Spudek, B. & Walberg, H.J. eds Early Childhood Education
Rujukan Tambahan
Brewer, J.A. (1995). Introduction to early childhood education. NY: Allyn & Bacon.
Eliasom, C.F.& Jenkins, L.T. (1990) A practical guide to early childhood curriculum 4th edition. Toronto: Merill Pub.
Morrison, G.S. (1995). Early childhood education today. Prentice Hall.Inc.
Rohaty Mohd. Majzub & abu Bakar Nordin, (1989). Pendidikan prasekolah, Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Seefeldt, C. & Barbour, N. (1990) Early childhood education; An Introduction, Colombus: Merill Publishing.
Berk, L. E. (2002). Child Development (6th Ed.).MA: Allyn & Bacon.
Chesla, E. & Malic, J. (2002). Early Childhood Education Teacher. NY: Thomson Delmar Learning.
Gordon, A.M., & Williams, K.B (2004). Beginnings Beyond:Foundations in Early Childhood Education. (6 th ed). N.Y : Thomson Delmar Learning
19
20
TOPIK 1FALSAFAH DAN
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TOPIK 1
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
TOPIK 1
TOPIK 1 FALSAFAH DAN
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
Falsafah dan PandanganTokoh Pengasas
PendidikanAwal Kanak-Kanak
Tokoh Barat- Friedrich W. Froebel- Maria Montessori
Tokoh Islam - Imam Al Ghazali- Ibnu Khaldun
Perkembangan Pendidikan Prasekolah
Luar Negara- Headstart
Dalam Negara Sejarah perkembangan
program pendidikan awal kanak-kanak dalam Negara- Sebelum merdeka- Selepas merdeka
Falsafah dan Matlamat Prasekolah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Prasekolah Matlamat Pendidikan Prasekolah
Objektif Pendidikan Prasekolah
Hak Asasi Kanak-Kanak
Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989
Pandangan Islam
Akta 308 dan Akta 5501.1
Pendidikan Awal Kanak-
Kanak
1.2 Falsafah
dan Matlamat
Prasekolah
1.3 Falsafah dan Pandangan
Tokoh-Tokoh Pengasas
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
1.4 Perkembangan
Pendidikan Prasekolah
1.5 Hak Asasi
Kanak-Kanak berdasarkan
Konvensyen Hak Kanak-kanak
1989, Akta 308 dan Akta 550
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Konsep Pendidikan Prasekolah di Malaysia.
21
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
1.1 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Konsep Awal kanak-kanak
Takrif kanak-kanak ialah seseorang yang di bawah 18 tahun.Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Peringkat awal kanak-kanak ialah satu jangka masa yang amat penting dalam proses pembesaran semua kanak-kanak. Pada peringkat inilah kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga ke dunia sosial. Pada masa ini mereka berdepan dengan cabaran yang mana bagi kebanyakan kanak-kanak tidak serupa dengan apa yang mereka temui sebelum ini.
Program Pendidikan Awal Kanak-KanakMengikut ‘ The National Association for The Education of Young Children (NAEYC)
atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal
kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan,
asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun:
“The term early childhood refers to the period from birth to age eight,………
Early childhood program provide services for children from birth through age eight in
part day and full day group programs in centers, home and institution kindergartens
and primary school and recreational program”. (Morrison, m.s. 24)
Konsep Pendidikan Prasekolah Di Malaysia
22
Pendidikan awal kanak-kanak
Konsep Pendidikan Prasekolah Di Malaysia
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Konsep Awal kanak-kanak
Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak.
Peringkat pertamaTaman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.
Peringkat kedua Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Untuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak mereka sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas.
Mengikut Akta 550 - Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
Prasekolah Annex- Projek prasekolah percubaan yg dijalankan oleh Kem. Pelajaran Malaysia di sekolah-sekolah rendah bantuan penuh kerajaan dimulakan pada taun 1992.
1.2 FALSAFAH DAN MATLAMAT PRASEKOLAH
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara”.
FALSAFAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH
23
Falsafah Dan Matlamat Prasekolah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Prasekolah
Matlamat Pendidikan Prasekolah
Objektif Pendidikan Prasekolah
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan untuk menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 (KSPK);
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
OBJEKTIF KSPKKurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid
berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut ;
Jasmani ;i. Mempunyai tubuh badab yang sihatii. Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asasiii. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baikiv. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatanv. Menguasai kemahiran psikomotor asas ( Kemahiran Motor Halus Dan Motor
Kasar)
Emosi :i. Mempunyai konsep kendiri yang positifii. Mempunyai keyakinan diriiii. Mempunyai jati diriiv. Berani mencubav. Mempunyai kematangan emosivi. Menghormati perasaan dan hak orang lainvii. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan
Intelek :
i. Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa Malaysia
ii. Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris iii. Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan)iv. Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan)v. Memperolehi kemahiran proses sains asas vi. Memperolehi kemahiran matematik asas vii. Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakulviii. Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan
seharian murid ix. Mempunyai daya kreatif dan estetika
24
x. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya
Rohani :
i. Mengamalkan nilai murni ii. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama
Islam.
Sosial :
i. Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.ii. Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan juga rakan sebaya. iii. Menyuarakan pandangan dan perasaan.iv. Bekerjasama dengan orang lain.
1.3 FALSAFAH DAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH PENGASAS PENDIDIKAN AWAL
KANAK- KANAK
Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Tokoh-tokoh
pengasas pendidikan awal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada 2 mazhab, iaitu
tokoh pengasas Barat dan tokoh pengasas Islam. Mereka yang lebih terkenal di
dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak adalah seperti;
Tokoh-tokoh Pengasas Barat;
- Friedrich Froebel
- Maria Montessori
Tokoh-tokoh Pengasas Islam;
- Imam Al-Ghazali
- Ibnu Khaldun
1.3.1 TOKOH-TOKOH BARAT
a) FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852)
Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai
“Bapa Tadika”. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah
taman kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”. Beliau
adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap
25FRIEDRICH FROEBEL
manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan
manifestasi terhadap Tuhan.
Menurut beliau kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama
tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-
kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak
berkembang melalui main”
Antara idea-idea Froebel ialah:
1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian
kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang,
mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman,
binatang dan gambar-gambar.
2. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik
janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.
3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-
objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.
4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak
daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam
semulajadi.
5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan
sosial kanak-kanak.
6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.
7. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah
berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.
8. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu
diberi kebebasan.
9. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui
membuat.
10.Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek
supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.
26
11.Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman
adalah penting bagi kanak-kanak.
12.Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu
sama lain.
b) MARIA MONTESSORI (1870 – 1952)
Maria Montessori merupakan doktor wanita pertama di Italy
dan seorang tokoh pendidikan di Rome yang berpengalaman
mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899,
beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome.
Montessori menyokong Froebel dalam pendapat
membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain.
Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan,
pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi
membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan
latihan menggunakan deria dengan cekap.
Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-
kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin
diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut
beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu
perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Montessori mengemukakan
beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat
awal. Antaranya adalah konsep berikut;
i. Minda yang mudah menyerap (Absorbent mind)
Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat
yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan
konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di
sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.
ii. Persekitaran yang tersedia (Prepared Environment)
27
MARIA MONTESSORI
Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah
persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong
pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak
memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan
pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.
iii. Didikan diri (Autoeducation)
Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun
pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara
lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak
berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu
aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru
hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya
menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.
iv. Bahan pembelajaran (Learning materials)
Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan
tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan
sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi
memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran
memerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan;
keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep
Matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan
seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman
berkenaan sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis
melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.
v. Tempoh sensitive (Sensitive periods)
Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak
menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak
menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan
sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh
sesuatu bahan pembelajaran.
Menurut falsafah Montessori;
28
1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara
menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.
2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak
menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut
kadar perkembangan seseorang kanak-kanak.
3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum
daripada orang dewasa.
4. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar
secara demikian apabila dewasa kelak.
5. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis
pembelajaran.
6. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak
berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar
dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”.
7. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-
kanak.
8. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan
bersaiz kanak-kanak.
9. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak
belajar secara bebas.
10.Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu
arah pembelajaran mereka.
Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah
Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-
kanak. Antaranya ialah:
Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.
Konsep kebebasan
Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.
Pentingnya disiplin diri
Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak
29
Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak
mengajar diri mereka sendiri.
Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan
hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.
1.3.2 TOKOH-TOKOH ISLAM
a) IMAM Al-GHAZALI
Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di
sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di
Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin
Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun
484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti
dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah.
Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi
ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah
Ihya Ulumuddin.
Pandangan dan idea-idea beliau:
Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan
kepada orang lain menjaganya kecuali wanita yang kuat agama dan mulia tingkah
lakunya.
Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum,
mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.
Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri,
tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang
jahat dan tidak berbangga.
Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang,
jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.
Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan
menimbulkan kebencian mereka.
Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:
30
IMAM Al-GHAZALI
- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat
belajar.
Nasihat beliau kepada guru supaya:
- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak
mereka.
- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model
tingkah laku yang baik.
b) IBNU KHALDUN
Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam
yang terakhir pada zaman pertengahan telah
menasihatkan ibubapa dan golongan pendidik.
Beliau banyak memperkatakan mengenai
persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi,
berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan
latihan.
Pendapat beliau pada peringkat permulaan:
Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.
Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:
- Berperingkat-peringkat
- Mengadakan latih tubi
- Menggunakan benda-benda maujud
- Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar
kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:
- tidak mahu belajar - mencerca pengajaran yang diberi
Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi
contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.
31
IBNU KHALDUN
Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum
menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran
barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.
Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat
memahami apa yang disampaikan.
Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan
bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan
mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang
sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.
Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya
dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil
pembelajaran yang baik.
Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah
dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.
Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam
membentuk peribadi kanak-kanak.
1.4 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Perkembangan Pendidikan Prasekolah Di Luar Negara.
- Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada
abad ke 20.
- Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel
dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di
Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud
“Garden of Children”.
- Prasekolah pertama di dirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun
1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”.
- Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun1850 oleh Carl Schruz dan
seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston.
- Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari
golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak
mendapat pendidikan awal.
- Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua.
Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan
32
Thailand sahaja. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah
bermula pada tahun 1940 an.
Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia
Zaman Sebelum Merdeka
- 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan
berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-
anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula terdiri
daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman
mengajar di prasekolah.
Zaman Selepas Merdeka
- 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja
Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika
SYarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg.
Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang
beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.
- 1970, KEMAS membuka 10 prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika
untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar
- Diikuti penubuhan prasekolah FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat
(1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan
Pendidikan Prasekolah dan membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia.
- Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru
sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di
prasekolah.
- KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan
Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada
masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah
dan miskin.
- 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan
Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat Universiti Malaya. 18 Disember 1991,
Jemaah Menteri bermesyuarat untuk membincangkani program prasekolah di Malaysia dan
pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah bermesyuarat untuk
membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka
Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem
Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6 Jun
33
2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah.
Senarai bilangan kelas perluasan prasekolah Kementerian Pendidikan
bermula tahun 2002 hingga 2007.
TAHUN BILANGAN KELAS
2001 1131 ( sedia ada )
2002 100
2003 1500
2004 1500
2005 1500
2006 1500
2007 1600
Bilangan Kelas Prasekolah Peluasan 2004 Berdasarkan Negeri:
NEGERI BILANGAN KELAS
Kedah 97
Pulau Pinang 46
34
Perak 196
Selangor 171
W.P. Labuan 3
W.P. Kuala Lumpur 20
Negeri Sembilan 79
Melaka 60
Perlis 15
Johor 196
Pahang 128
Sarawak 146
Terengganu 101
Kelantan 67
Sabah 148
Pendidikan Khas 28
Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas terutamanya
perlindungan oleh keluarga, perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain
kepada kanak-kanak. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi Ia meliputi hak
sebelum dan selepas lahir, kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti
kanak-kanak. Merupakan satu peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa
dalam menjamin hak asasi kanak-kanak. Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang
telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20
November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara yang
berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6,
Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.
PERKARA 6
1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak
sedia ada untuk hidup.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh
kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.
35
1. 5 HAK ASASI KANAK-KANAK
Kewujudan dan perkembangan
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara mempunyai
obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.
PERKARA 18
1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk
memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai
tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa atau,
mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai
tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Kepentingan
terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas.
Tanggungjawab ibu bapa
1. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan
Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan
bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.
2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini,
Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa
dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran
anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan
perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk
memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat
faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak.
PERKARA 27
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang
mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-
kanak itu.
36
Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi
perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu
bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak
mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan
bahawa tanggungjawab ini boleh dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk
bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.
2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak
itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan
keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-
kanak itu.
3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka,
hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan
orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan
hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan program sokongan,
terutamanya berhubungan dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.
4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk
menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau
orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik
dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang
mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara
yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah
menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian
sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.
PERKARA 28
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan
tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang
yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:
(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma
37
kepada semua;
(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk,
termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan
terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yang
sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan
bantuan kewangan jika diperlukan;
(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui
tiap-tiap cara yang sewajarnya;
(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan
terbuka kepada semua kanak-kanak;
(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di
sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.
Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan
bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam
berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan
pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah
hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah
melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk
memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan
kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama
antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan, khususnya dengan
tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh
dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah
pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan
kepada keperluan negara-negara membangun.
PERKARA 29
1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah
dihalatujukan kepada:
Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap
38
potensi yang paling tinggi;
Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi prinsip-
prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan
nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara
yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri;
Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang bebas,
dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan
di kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal
usulnya penduduk asli;
Perkembangan rasa hormat bagi alam sekitar semula jadi.
Matlamat pendidikan
Pendidikan hendaklah mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti, bakat dan
kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Pendidikan
hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa yang aktif dalam
masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti
kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, dan bagi latar belakang kebudayaan dan nilai
orang lain.
2. Tiada bahagian dalam perkara ini atau perkara 28 boleh ditafsirkan sebagai
mengganggu kebebasan individu dan badan untuk mewujudkan dan mengarahkan
institusi pendidikan tertakluk sentiasa kepada pematuhan prinsip-prinsip yang dinyatakan
dalam perenggan 1 perkara ini dan kepada keperluan bahawa pendidikan diberikan di
institusi sedemikian hendaklah mematuhi standard minimum yang ditetapkan oleh
Negara.
39
…
40
TOPIK 2
ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TOPIK 2ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
41
TOPIK 2
ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Konsep Perkembangan Awal kanak-kanak Konsep semulajadi lawan
pemupukan Amalan bersesuaian dengan
perkembangan kanak-kanak.
Aspek perkembangan kanak-kanak
Perkembangan fizikal Perkembangan Kognitif Perkembangan Bahasa Perkembangan Emosi Perkembangan social Perkembangan Kreativiti Perkembangan Moral &
Kerohanian
PETA MINDA TOPIK 2 : ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK 2.1 KONSEP PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
Konsep Pertumbuhan• Merujuk kepada perubahan fizikal dan struktur badan secara kuantitatif • Akan terhenti atau mengalami sedikit perubahan pada tahap kematangan • Suatu proses yang lengkap dan sempurna : dapat diukur dengan nyata. Cth: hayat
manusia 1 bulan – 65 tahun • Mengikut corak tertentu yang berdasarkan proses kematangan yang dialami. Cth:
bayi baru lahir (berbaring) ke bayi 7 bulan (duduk)
42
2.1 Konsep
Perkembangan Awal kanak-
kanak
2.2 Aspek
perkembangan kanak-kanak
2.3 Kecerdasan
Pelbagai
TOPIK 2 ASAS
PERKEMBANGAN AWAL KANAK-
KANAK
Kecerdasan Pelbagai
Konsep Jenis-jenis
Kecerdasan Pelbagai
• Struktur mendahului fungsi – struktur sesuatu kumpulan otot menjadi lengkap sebelum digunakan sepenuhnya. Cth: bayi otot terbina dahulu sebelum berguna untuk duduk
Konsep Perkembangan• Proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara kualitatif • Berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran • Suatu perubahan yang sistematik dan berterusan dalam diri individu sejak azali
(rahim ibu) sehingga kematian • Semua kanak-kanak mengikut corak perkembangan yang sama – satu peringkat ke
peringkat seterusnya• Prinsip perkembangan kanak-kanak berlaku secara berperingkat. Cth: bayiàkanak2
à remajaàdewasa • Proses Prinsip perkembangan bersifat berterusan- kadar perkembangan kanak-kanak
tidak sama seperti kadar Prinsip perkembangan orang dewasa • Prinsip perkembangan banyak dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran :
amalan pemakanan, keluarga dll• Prinsip perkembangan berlaku mengikut kadar berlainan – perkembangan intelektual
kanak-kanak berkadar lebih cepat berbanding fizikal• Prinsip perkembangan bahagian-bahagian anggota tubuh badan adalah organisma
antara satu sama lain dan mempengaruhi keseluruhan organisma – berlaku secara serentak & seimbang. Cth; cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit
2.1.1 Konsep semulajadi lawan pemupukan (Nature vs nurture)
Ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak Ciri-ciri seperti : warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak Boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental
43
Menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tak pandai.
Faktor Kebakaan1. Kromosom
Bahan kimia heliks dubel bergelang panjang dan nipis Terdapat dalam nukleus setiap sel Mengandungi butir-butir halus yang menentukan kesemua sifat jasmani Sel badan manusia mengandungi 46 kromosom Ovum perempuan mengandungi kromosom XX
Sperma lelaki mengandungi kromosom XY Jika ovum disenyawakan oleh kromosom XY, bayi lelaki akan dilahirkan Jika ovum disenyawakan oleh kromosom XX, bayi perempuan dilahirkan
2. Gen o Gen perkembangan yang membawa maklumat baka atau sifat yang diwarisi
dari satu generasi ke satu generasi o Terdiri daripada DNA (deoksiribonuleik)o DNA mengandungi fosfat, 4 asid iaitu adenin, guanin, timina dan sitosin o Bayi yang dilahir menerima separuh gen ibu dan separuh daripada bapa
- Gen dominan : gen yang mempunyai sifat yang kuat - Gen resesif : gen yang mempunyai sifat yang lemah
Faktor Pemupukan- Segala benda yang ada di sekeliling unit-unit kebakaan - Segala kuasa luar nyata yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku
individu - Antaranya:-
- Usia ibu yang mengandung - Kesihatan ibu - Amalan pemakanan - Ketenangan mental dan emosi - Kebersihan - Riadah - Pengambilan ubat atau dadah - Pengambilan alkohol - Cara gaya hidup ibu bapa - Kesan X-ray- Faktor Rh darah - Doa dari ibu bapa
2.1.2 Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (ABP)
• Perkembangan saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sesuatu domain kognitif afektif dan psikomotor. - Guru perlu merancang pengalaman pembalajaran yang menggalakkan perkembangan murid secara optimum bermakna dan bersepadu
• Perkembangan berlaku mengikut urutan. - Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk memupuk
44
kemahiran, pengetahuan dan kebolehan murid dari yang mudah kepada yang mencabar
• Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza dari segi minat, keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, daya pembelajaran, pengalaman dan latar belakang keluarga. - Guru menerima keadaan murid ini seadanya dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka
• Perkembangan adalah berterusan. - Guru peka akan pengalaman sedia ada murid dan merancang aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran yang bermakna
• Perkembangan adalah berperingkat-peringkat.- Guru perlu menyediakan aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman yang sebenar menggunakan pelbagai media kepada yang lebih
kompleks.
Perkembangan dipengaruhi faktor baka dan persekitaran.
– Guru harus mempelajari dan memahami sosio-budaya yang memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran murid dan menyediakan aktiviti yang menyuburkan potensi murid ke peringkat optimum.
• Kanak-kanak adalah pelajar aktif.- Guru harus menggalakkan kemahiran sosial dan pengalaman sebenar untuk membantu murid memahami dunia mereka.
Konsep main penting kepada murid - Guru hendaklah memberi peluang murid menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan konsep belajar melalui bermain sambil untuk meningkatkan perkembangan ke peringkat optimum.
• Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar.- Guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan meransang minda murid untuk meningkatkan tahap perkembangan dan pengalaman pembelajarannya.
• Murid mempunyai pelbagai gaya pembelajaran. - Guru perlu membantu murid dengan memberi peluang mereka menunjukkan
kemahiran dan pengalaman yang telah dikuasai /dilalui.• Penglibatan komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak.
Mereka rasa selamat, dihargai apabila keperluan dipenuhi. - Guru harus memastikan dan mengambil berat tentang aspek pemakanan, kesihatan dan keselamatan murid.- Guru perlu mempunyai hubungan rapat dengan ibu bapa
• Untuk menggunakan ABP dalam pelaksanaan kurikulum guru perlu faham tentang :- murid yang diajar
- kandungan kurikulum dan apa yang perlu diajar, - bila hendak mengajar
- cara menilai perkembangan - menyesuaikan kurikulum dengan kebolehan murid - keperluan dan minat - latar belakang dan sosio-budaya murid.
2.2 ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
2.2.1 Perkembangan Fizikal
Perkembangan kanak-kanak dari bayi hingga prasekolah merupakan satu proses pertumbuhan fizikal yang berlaku secara berperingkat.
45
Ia melibatkan kuantiti dari segi berat, tinggi dan pertumbuhan otot-otot motor. Walaupun umur kanak-kanak sama tetapi pertumbuhan dan perkembangan
berbeza. Perkembangan fizikal merangkumi pertumbuhan anggota badan dan organ-organ,
gerakbalas fisiologi, kewujudan tanda-tanda kematangan fizikal serta perubahan dalam keupayaan motor dan sebagainya
Dua aspek penting – pertumbuhan dan perkembangan motor Rentak perkembangan berubah-ubah dalam 4 peringkat:
– Peringkat perkembangan yang pesat (Pralahir hingga 2 tahun)– Peringkat pertumbuhan yang lambat (2 hingga 12 tahun)– Peringkat pertumbuhan yang pesat (12 hingga 18 tahun)– Pertumbuhan yang lambat atau tertentu apabila dewasa.
Perkembangan Cephalocaudal - Perkembangan bermula daripada kepala ke paras pinggang dan kaki.
Perkembangan Proximodistal - Perkembangan bermula daripada bahagian yang terdekat dengan tubuh badan ke perhujung anggota.
Jenis Saiz Badan
3 jenis bentuk badan:
• Ektomorf - saiz tubuh kecil kurus dan tinggi, kadar perkembangan fizikal agak lambat dan kadar penambahan tinggi memakan masa yang lebih panjang.
• Mesomorf - tubuh badan pejal & berisi (penambahan otot,berak badan perkembangan fizikal yang lain turut berlaku dengan lebih cepat pada setiap peringkat umur)
• Endomorf –tubuh badan lebih bulat dan mengandungi lebih banyak lemak
Corak Perkembangan Fizikal Kanak-kanak
Umur Perkembangan0 - 3 tahun - Kemahiran fizikal berkembang dgn pantas
- Duduk & merangkak;belajar & mula berlari - Kemahiran pergerakan kecil berkembang spt boleh
mengumpul & mengutip objek kecil - Menggunakan sudu & garfu utk makan - Menggenggam & melepaskan objek
3 – 4 tahun - Kemahiran fizikal meningkat - Menunggang basikal roda tiga, turun naik tangga,
menukar2 langkah, berlari, melompat dgn 2 kaki terangkat, berjalan sepanjang palang seimbang, memanjat peralatan padang permainan, pakaian dipakai & ditanggalkan sendiri
- Menangkap bola dgn tangan dikeluarkan, berjalan mengundur & berjengket
46
- Memegang barangan5 – 6 tahun - Melompat dgn bertukar2 kaki
- Menunggang basikal 2 roda - Berkasut roda - Melontar dgn agak tepat - Menangkap bola dgn tangan - Membuat balik kuang - Bermain dgn permainan yg memerlukan kemahiran fizikal - Perkembangn otot kecil meningkat - Koordinasi mata & tangan berkembang - Kwsn otot mula meningkat - Mula kehilangan gigi - Kanan @ kidal
7 – 8 tahun - Kemahiran fizikal menjadi penting dlm konsep kendiri - Tahap tenaga tinggi - Kadar tumbesaran perlahan - Kawasan otot kecil baik - Gigi kekal tumbuh - Susuk tubuh dan struktr wajah berubah
2.2.2 Perkembangan Kognitif
Teori- Teori Asas Perkembangan Kognitif
i. Jean Piaget
Ahli psikologi Swiss & salah seorang penyelidik yang berpengaruh dalam bidang
pembangunan psikologi abad ke 20.
47
Perkembangan Kognitif
Perkembangan Kognitif melalui bahan manipulatif
Teori-teori Asas Perkembangan Kognitif
Awalnya bergiat dalam bidang biologi dan falsafah serta menggelarkan dirinya
sebagai ahli epistemologi genetik.
Pandangan Piaget selalunya dibandingkan dengan Lev Vygotsky (1896-1934), yang
melihat lebih kepada interaksi sosial (social interaction) yang merupakan sumber
utama kognitif dan tingkah laku.
kanak-kanak akan melalui peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada
usia yang berbeza
Persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak
membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya,
melalui aktiviti penerokaan.
4 konsep pemerolehan maklumat dan pengalaman baru mengikut teori piaget iaitu skema
(schema), penyerapan (asimilation), akomodasi (accomodation), dan keseimbangan.
Skema
• Skema = pra konsep tentang sesuatu objek melalui pengalaman yg dilaluinya hari
demi hari; mungkin tidak tepat
• Skema bermaksud satu struktur kognitif
• Skemata bermaksud lebih dari satu struktur kognitif
• Kanak-kanak membina skemata hari demi hari
• Skemata berubah dan bertambah melalui proses adaptasi (asimilasi dan akomodasi)
• Contoh: Fatin melihat arnab, anak kucing. Fatin akan membina skema: arnab = anak
kucing (lembut, kecil)
Asimilasi
• Asimilasi : Proses memasukkan maklumat ke dalam skemata sediaada.
• merupakan proses kognitif yang menyatukan maklumat-maklumat baru atau
Pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan
(fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang
masa Kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman.
• Contoh: Apabila saya mengatakan baju anda berwarna biru, saya akan mengingat
yang baju itu berwarna biru gelap atau biru cair.
Akomodasi
• Akomodasi = mengubahsuai skema sedia ada untuk memahami maklumat baru
48
• Contoh atas: Bapa terdengar Fatin menyebut kucing apabila melihat arnab, bapa
membetulkannya. Tengok dia melompat, tidak mengiau, makan karot.
• Fatin mendapat maklumat baru
• Fatin mengubahsuai struktur kognitifnya kepada 2 skemata; skema kucing dan skema
utk arnab
• Contoh lain: bola dan belon, ayam dan itik.
Perimbangan
• Maklumat baru yang berjaya diserap oleh kanak-kanak menunjukkan tahap
• Keseimbangan tercapai. Sebaliknya jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat
Itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru.
Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan
tercapai.
Peringkat Perkembangan Mengikut Tahap
Peringkat Sensorimotor (0-2 tahun);
• Juga dikenali sebagai deria motor
• Bayi banyak menggunakan deria dan kebolehan motor (pergerakan)
• Mula-mula tidak ada “kewujudan objek” sehingga boleh menguasai konsep
kewujudan objek.
• Daripada aksi refleks kepada aktiviti berulang-ulang ke aktiviti bermatlamat
• Akan membina pelbagai skemata dlm usaha memahami persekitarannya
• Proses peniruan,ingatan dan pemikiran bermula – kekekalan objek.
• Daripada tindakan reflektif kepada tindakan bertujuan.
Peringkat Praoperasi (2-7 Tahun);
• Perkembangan bahasa dan pemikiran simbolik awal
• Logik 1 hala: tiada konsep pemuliharaan & tidak berfikir berbalik.
• Egosentrik: Monolog kolektif
49
• Kanak-kanak mula menggunakan keupayaan mereka berfikir secara simbolik
(menggunakan perkataan semasa bertutur) tetapi tahap pemikiran masih tidak
mengikut logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yg berlainan
• Tidak mampu menguasai konsep pengekalan
Peringkat Operasi Konkrit (7-11 Tahun)
• Memahami berfikiran berbalik (Reversibility).
• Memahami konsep pemuliharaan.
• Boleh mengkelas dan menyusun
• Menyelesaikan masalah dalam bentuk logik sempurna.
Peringkat Operasi Formal (12 Tahun Ke Atas)
• Menyelesaikan masalah abstrak dengan logik.
• Pemikiran saintifik.
• Prihatin kepada identiti diri dan isu sosial.
• Egosentrik remaja.
ii. Vygotsky
• Percaya bahawa perkembangan kognitif berlaku dalam persekitaran sosiobudaya
• Kebanyakan daripada kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi
sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, orang dewasa lain, rakan sebaya dan guru
• Tema teori Vygotsky ialah perkembangan kognitif berlaku dalakm konteks sosial
• Kemahiran kognitif kanak-kanak diperoleh melalui bimbingan orang yang lebih
dewasa yang menjadi model dan menstrukturkan pengalaman pembelajaran kanak-
kanak
• Proses bimbingan ini dikenali sebagai scalffolding. Konsep “scaffolding”. Scaffolding :
sokongan sementara pada binaan. Pelajar beransur-ansur menerima tanggungjawab
dari sedikit kepada sepenuhnya ke atas pembelajaran
• Pembelajaran ini berlaku dalam zone of proximal development (ZPD)
Konsep Zon Perkembangan Proksimal
Menurut beliau, faktor-faktor yang berpengaruh dalam pembentukan bagaimana
seseorang individu berfikir adalah berdasarkan sejarah masyarakatnya dan
pengalamannya dalam masyarakat itu.
50
Sebenarnya terdapat dua tahap perkembangan kognitif. Yang pertama adalah tahap
yang dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendirian yang dikenali
sebagai tahap perkembangan sebenar (actual development) dan tahap kedua ialah
paras yang lebih tinggi yang seseorang itu berpotensi mencapainya (potential
development) apabila mendapat bimbingan daripada pihak yang lebih berkebolehan.
Jarak di antara kedua tahap ini dikenali sebagai ”zon of proximal development”.
• ZPD menjelaskan bahawa setiap individu boleh belajar dan perlu dibantu oleh orang
dewasa untuk meningkat daripada kebolehan maksimum yang boleh dicapainya
secara individu.
• Kanak-kanak akan mencapai tahap pencapaian terendah mengikut kebolehannya
tanpa dibantu oleh oleh orang lain,
• Sebaliknya dia tidak boleh mencapai tahap pencapaian yang lebih tinggi, walaupun
dibantu oleh orang lain jika telah mencapai kepada zon perkembangan proksima atau
tertinggi.
• Jarak di antara tahap perkembangan sebenar dilakukan secara bersendirian dan
tahap perkembangan potensi yg dicapai dgn bimbingan orang dewasa
Pengertian Ingatan
Ingatan ialah kebolehan manusia unutk menerima maklumat, memproses dan menyimpan
serta mengeluarkan segala maklumat itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Terdapat 3 peringkat ingatan iaitu pengkodkan/ingatan deria, penyimpanan dan ingatan
kembali.
Pengkodan (Peringkat Rakaman)
- Input deria menerima rangsangan daripada persekitaran.
51
- Menerima dan mengubah maklumat input deria ke dalam kod-kod yang boleh diproses
oleh ingatan untuk dirakam.
- Maklumat tidak penting dilupai manakala maklumat yang bermakna dirakamkan dalam
bentuk kod
Penyimpanan
- Peringkat ini merujuk kepada penyimpanan dan pemilihan maklumat oleh otak.
- Kod yang bermakna disimpan dengan teratur.
- Masuk ke ingatan jangka pendek ( untuk menyelesaikan masalah).
- Masuk ingatan jangka panjang (untuk di kekalkan untuk masa yang lama).
Ingatan Kembali
- Peringkat ini merujuk lepada maklumat penting yang telah dikodkan yang diingat kembali
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pengertian Metakognitif
Metakognitif adalah kesedaran berfikir tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak
diketahui. Dalam konteks pembelajaran, mengetahui bagaimana untuk belajar, mengetahui
kemampuan dan gaya belajar yang dimiliki, dan mengetahui strategi belajar terbaik untuk
belajar secara lebih efektif.
Perkembangan Kognitif Melalui Pengunaan Bahan Manipulatif
Bahan manipulatif ialah bahan yang konkrit
Bahan yang boleh dipegang dan dimanipulasikan oleh kanak-kanak
Bahan yang kanak-kanak boleh gunakan secara langsung untuk bermain, meneroka,
membina, menguji, membilang.
Contoh: butang, bongkah, manek, batu, penutup botol dll.
Kegunaan bahan manipulatif
Bahan manipulatif berguna untuk kanak-kanak menguasai kemahiran kognitif seperti
* pengelasan
* mengenal konsep ruang,
* mengenal konsep nombor,
* melakukan proses sains dan
* membuat penyelesaian masalah
52
2.2.3 Perkembangan Bahasa
Konsep Bahasa
Bahasa ialah sistem undang-undang tatabahasa dan semantik yang membuatkan
pertuturan menjadi bermakna.
Pertuturan pula ialah perlakuan membentuk dan penyambungan bunyi-bunyi bahasa.
Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan
mengutarakan idea serta pengalamannya.
Pemerolehan Bahasa
Penguasaan bahasa bermula dengan memahami percakapan yang didengar dan
diikuti oleh kebolehan bertutur.
Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan
perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanak-kanak
membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya.
Bayi membentuk konsep tentang objek dalam persekitarannya sebelum tanda
pertama bahasa muncul.
53
Perkembangan Bahasa
Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak
Peringkat Perkembangan
Bahasa mengikut Umur
Konsep :
- Pemerolehan Bahasa- Perkembangan Bahasa -Pembelajaran Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa:
- Behaviourisme- Navitis- Konstruktivisme- Interaksionalis
Kanak-kanak yang berumur dua tahun sudah dapat memahami maksud sesuatu
perkataan (Dollaghan, 1985).
Semasa membesar kanak-kanak mempelajari perkataan baru dengan
membandingkan perkataan yang sudah diketahui oleh mereka (Bloom, 1998;
Menyuk, Liebergott & Schultz, 1995)
Perkembangan Bahasa
Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang selamat
dan pengalaman yang menggembirakan.
Apabila kanak-kanak dapat berfikir dan berkomunikasi dengan menggunakan
perkataan yang mewakili objek dan peristiwa di persekitaran mereka, kemampuan
mereka berfikir dan menggambarkan dengan perkataan meningkat dan mengatasi
batasan masa dan ruang.
Melalui perkembangan bahasa ini, kanak-kanak mula mengenali dunia secara
simbolik dengan perantaraan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, lubang, objek
dan perkataan.
Pengalaman menggunakan bahasa secara lisan amat penting dalam mereka
mengembangkan bahasa kanak-kanak.
Kemahiran berkomunikasi berkait rapat dengan menggunakan bahasa (kemahiran
linguistik) dan kemahiran berinteraksi. Menerusi penerokaan dan berinteraksi, kanak-
kanak dapat membina dan mengaplikasikan konsep baru.
Pembelajaran Bahasa
Kanak-kanak belajar bahasa melalui berbagai-bagai cara. Antaranya dengan meniru
bunyi yang pernah didengari. Mereka mendengar pertuturan daripada orang lain dan
meluahkannya dengan cara tertentu.
Bunyi perkataan adalah magic kepada kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak pada
peringkat prasekolah tertarik degan permainan lagu berantai. Perkataan magic ini
mula diperolehi apabila kanak-kanak mula bermain dengan bahan. Selepas
menghafal dan menghasilkan semula perkataan tersebut, mereka akan
mempelbagaikan dan manipulasikannya dengan pelbagai keadaan, membina
perkataan yang lucu, mudah, mereka cerita khayalan daripada pengalaman sendiri.
Teori Pemerolehan Bahasa
1. Teori Behavioris
54
Teori behavioris cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa
melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara lansung atau fizikal.
Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-ahli psikologi seperti J.B
Watson, E.R Guthrie, E.L Thorndike, I.P Pavlov dan B.F Skinner.
Menurut Thorndike, semua pemerolehan bahasa manusia berlaku melalui proses
cuba jaya. Watson pula berpendapat bahawa semua tingkah laku manusia
merupakan gerak balas terlazim, manakala Gurhrie menyatakan bahawa
rangsangan dan gerakbalas mestilah berlaku secara bersama-sama untuk
mewujudkan pembelajaran.
Skinner pula telah mengkaji dan memperbaiki teori behavioris dengan pandangan
bahawa pengukuhan adalah asas dalam proses pembelajaran dan berlaku apabila
diberi ganjaran.
Bagi golongan aliran behavioris, penguasaan bahasa adalah satu proses mekanis
yang tidak memerlukan daya mental tetapi diperoleh melalui latihan dan
pengulangan.
Golongan ini juga mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat
ditimbulkan melalui ganjaran. Ganjaran dapat mendorong pengulangan, dan apabila
pengulangan berlaku, maka secara tidak langsung akan menjadi penguasaan atau
pemerolehan bahasa.
Teori pembentukan biasaan ini juga menekankan kemahiran lisan. Kemahiran
mendengar dan bertutur ini ditegaskan kerana kedua-dua kemahiran ini mempunyai
hubungan yang rapat dan mudah untuk dikuasai berbanding dengan aktiviti
membaca dan menulis.
Dalam teori ini, pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat ingin tahu dan aktiviti meniru
adalah menjadi faktor utama dalam pengguasaan bahasa.
2. Teori Nativisma
Chomsky mengatakan bahawa otak manusia telah diprogramkan secara semulajadi
untuk membolehkan ia bertutur dan memahami bahasa sama seperti keupayaan
berjalan.
Beliau mengenal pasti sistem ini sebagai LAD ( Language Acquisition device ) yang
bergantung kepada sel-sel dalaman selebrum korteks. LAD inilah yang akan
membolehkan kanak-kanak menganalisa bahasa yang mereka dengar dan
membolehkan mereka membentuk tatabahasa yang betul.
3. Teori Pembelajaran Kod Kognitif
55
Teori Kod Kognitif atau mentalis menganggap pemerolehan bahasa sebagai satu
proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.
Teori ini menjelaskan bahawa bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh
sesuatu proses dalam otak dan saraf. Kanak-kanak memperoleh bahasa kerana
bahasa sudah terancang untuk berkembang dalam diri kanak-kanak tersebut dari segi
biologis.
Sejak dilahirkan lagi, kanak-kanak telah mempunyai alat pemerolehan bahasa
(Language Acquisition Device – LAD) yang membolehkan kanak-kanak itu
memperolehi dan menguasai bahasa yang didedahkan.
Jean Piaget, E.H. Lenneberg, Robin, Lakoff, D. Slobin, Chomsky dan V. Hamboldt
pendukung teori ini. V. Hamboldt misalnya, menekankan kreativiti wujud dalam otak
atau pemikiran penutur bahasa itu. Beliau menegaskan bahawa bahasa itu dibawa
sejak kanak-kanak dilahirkan dan penutur-penutur boleh menghasilkan unit-unit
lingualistik yang tidak terhad bilangannya. Seperti Hamboldt, Chomsky juga
berpendapat bahawa setiap manusia yang dilahirkan sudah dibekalkan dengan
kebolehan untuk berbahasa apabila sampai masanya.
Menurut golongan mentalis lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (
competence ), iaitu rumus-rumus yang ada dalam mental, dan prestasi (
performance ) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan
kecekapan.
Lenneberg berpendapat bahawa sebelum kanak-kanak boleh bertutur, kanak -kanak
terlebih dahulu menguasai kebolehan memahami dan membezakan bunyi-bunyi yang
berlainan.
Aliran mentalis juga, menegaskan ciri-ciri kesejagatan nahu bagi setiap bahasa di
dunia ini mempunyai hubungan dengan kognitif. Peranan kognitif pada otak manusia
inilah yang menjadikan penghasilan bahasa itu bersifat kreatif.
4. Teori Pembelajaran Interaksionalis
Teori ini menganggap bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan dua
aspek iaitu proses mental dan interaksi bahasa.
Menurut model ini kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya
mereka boleh menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk lingusitik yang
jelas dan tepat.
56
Oleh itu kanak-kanak perlu memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul.
Ini membantu mereka berkomunikasi dalam masyarakat.
Selain itu aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik membantu kanak-kanak
menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan seterusnya dapat
menggunakannya dengan fasih dan lancar.
Peringkat Perkembangan Bahasa Mengikut Umur
Umur Perkembangan bahasa
Baru lahir – 2 bulan Menangis dan senyum Lebih suka kepada suara manusia
2 – 4 bulan Bermain dengan bunyi vokal seperti ” aa-aa-aa-aa-aa” ataupun ” oo-oo-oo-oo”
6 – 9 bulan Mencantum bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk menghasilkan sukukata seperti i”ma-ma-ma-ma-ma” atau ”ba-ba-ba-ba”
Mula menunjukkan gerak tangan.
9 – 12 bulan Mencantum sukukata dan menghasilkan perkataan pertama.
1 – 1 1/2 tahun Mencantumkan beberapa perkataan mudah untuk menjadi
ayat yang pendek.
57
2 – 4 tahun Menyebut gabungan 3 perkataan Gemar bercakap boleh berbual dengan ayat yang lebih
panjang. Suka menyebut perkataan yang baru dan suka menyanyi.
4 – 6 tahun Menghasilkan gabungan 4 – 5 perkataan. Sebutan bertambah baik Mengulang dan dapat mengubahsuai seni kata lagu
ataupun pantun yang mudah. Mula bertanya berbagai soalan. Mula membaca dengan sendiri.
Peringkat Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak
Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima,
memahami, dan melahirkan semula. Kemampuan di atas berkembang beransur-ansur
mengikut masa saling berkait antara satu sama lain. Kanak-kanak akan dapat membuat
huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan. Menurut pakar bahasa,
kemampuan tersebut merujuk kepada 4 aspek dalam penguasaan bahasa kanak-kanak iaitu;
1) Fonologi - Menghasilkan bunyi, perkataan, ayat dan cerita
2) Semantik - Memahami maksud perkataan, ayat, cerita
3) Sintaksis - Pembinaan struktur ayat.
Fonologi
Fonologi adalah kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Corak perkembangan
fonologi pada umumnya sama bagi semua kanak-kanak, tidak kira bahasa apa yang
dituturkan. Pada umumnya, bayi akan mengeluarkan perkataan pertama pada usia 9 hingga
12 bulan. Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bagi secara rambang.
Ini berlaku di peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan
58
ketara perbezaan fiturnya, tetapi kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang lebih halus
dan seni perbezaan fiturnya.
peringkat menangis
peringkat rengekan
peringkat ajukan satu sukukata yang bermakna ( ma, cu, bum)
peringkat ajukan dua sukukata ( mama,baba, tata, dedi, susu)
Semantik
Semantik ialah kebolehan memahami percakapan yang didengari. Penguasaan bahasa oleh
kanak-kanak akan bermula dengan mamahami percakapan yang didengar dan diikuti pula
dengan kebolehan bertutur. Dalam perkembangan semantik, kanak-kanak mula berupaya
menguasai beberapa patah perkataan. Kanak-kanak sering membuat kesalahan, terutama
semasa memberi makna perkataan itu. Hasil daripada interaksi dengan persekitarannya
dalam pelbagai konteks, kanak-kanak akan memepelajari konsep-konsep daripada yang
konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula dapat menyusun perkataan mengikut
tatabahasa.
Perkembangan semantik kanak-kanak adalah seperti yang berikut :
Umur Kebolehan Semantik
6 -12 bulan Dapat memahami perkataan serta menunjuk objek yang
dinamakan.
1–1½ tahun
Perbendaharaan kata bertambah 1 hingga 3 perkataan sebulan
pada usia 1 tahun.
Perbendaharaan kata terdiri daripada orang
( mama, abah) dan benda maujud ( bola,
kasut )
memahami arahan mudah seperti ” tepuk tangan”
1½ -2 tahun Perbendaharaan kata bertambah 10 hingga 20 perkataan
seminggu.
Perbendaharaan kata terdiri merangkumi perbuatan (bye,bye),
tempat (mana, sana) dan keadaan (habis)
59
2 – 3 tahun Perkembangan perbendaharaan kata diiringi dengan menyifatkan
objek.
Dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan
seperti marah ataupun sifat nama seperti comel.
Lebih banyak perbendaharaan kata (1000 perkataan )
Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikan.
4-6 tahun Berlaku cetusan perbendaharaan bahasa (10,000 perkataan pada
hujung peringkat prasekolah )
Memahami lawak jenaka dan metafora
Memahami cerita lisan atau yang dibaca dalam buku.
Memahami dan menghafal senikata lagu ataupun puisi.
Sintaksis
Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada
satu perkataan ( one word utterance) ketika berumur satu tahun dan maju kepada ujaran
dua perkataan (two word utterance) ketika menjangkau umur 2 tahun. Setiap ujaran
dapat merujuk bebrapa makna mengikut susunan kata atau konteks untuk
menggambarkan penafian pertanyaan dan sebagainya. Ayat padat dan ringkas , banyak
menggunakan kata inti (contains word) dan kurang atau tiada langsung menggunakan
kata tugas (function words).
Setelah meningkat pada umur lima tahun barulah kanak-kanak itu menyamai bahasa
orang dewasa. Pada umur lima tahunkanak-kanak akan berupaya menghasilkan ayat
pasif atau ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur dalaman dan
hubungannya dengan struktur luar.
Kanak-kanak umur satu setengah tahun boleh melakukan dengan tepat arahan
mudah seperti ambilkan selipar ibu ( Go get Mummy’s slippers” )
”Mana botol sayang ?” ( Where’s your bottle )
60
Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah boleh guna perkataan
dengan intonasi yang berbeza. “Here is mama”. “ This is mama’s hat.” (Bloom: 1976)
Pada umur 18 bulan ayat dengan dua perkataan mula digunakan seperti :
- Ayat penyata (declarative) “My toy, “Daddy’s car”, “adik punya”.
- Ayat naïf (negative) “Daddy’s not there”, “Ayah belum balik”, “Adik tak buat”.
- Ayat perintah/seru (imperative): “ Don’t do that, Daddy?’
“ Janganlah, janganlah kacau, jangan kacau adik “
Pembelajaran Bahasa Kedua.
Masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum. Penguasaan bahasa kedua
ataupun ketiga menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan kanak-kanak. Mereka dapat
menguasai dua bahasa ataupun lebih melalui dua proses:
i) Memperolehnya secara spontan (simultaneous acquisition), apabila kanak-kanak
sering mendengar atau menggunakannya pada awal usia zaman kanak-
kanaknya.
ii) Memperolehnya secara turutan (sequential acquisition) apabila kanak-kanak
mempelajari bahasa kedua selepas menguasai bahasa yang pertama. Apabila
kanak-kanak terus menggunakan kedua-dua bahasa secara kerap untuk
berkomunikasi, mereka akan berkebolehan menggunakan kedua-dua bahasa
secara fasih,selepas mereka mengatasi perbezaan semantik, fonologi dan
sintaksis antara kedua-dua bahasa tersebut. Kanak-kanak selalunya mengambil
masa 1 tahun bagi menguasai bahasa kedua selepas menguasainya bahasa yang
pertama ( Reich, 1986)
2.2.4 Perkembangan Emosi
61
Perkembangan Emosi
Konsep Jenis Emosi Kecerdasan Emosi
Konsep Perkembangan Emosi
Berasal daripada perkataan Greek "emovere" yang bermaksud "utk keluar".
Emosi adalah perasaan atau afek yang melibatkan satu gabungan rangsangan
fisiologi seperti degupan jantung yang laju dengan tingkahlaku yang nyata seperti
senyum atau menyeringai (Santrock;1998)
Emosi merupakan tindakbalas atau kebangkitan yang ditonjolkan keluar terhadap
sesuatu perkara atau objek, orang atau keadaan yang bertindak balas sebagai
rangsangan kepada perasaan emosi.
Ahli fisiologi bersependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati,
tindakbalas fisiologi dan pernyataan emosi.
Fungsi Emosi
Sebagai satu cara bagi kanak-kanak berkomunikasi untuk memberitahu dan
menyatakan keperluan mereka
Melaras keperluan dan konflik social
Langkah awal menyesuaikan diri dengan dunia sosial
* Kanak-kanak lebih ‘mahir’menunjukkan emosi dari memahami emosi
Peranan Emosi
Emosi amat penting dalam kehidupan kanak-kanak
Perasaan (pengalaman emosi) merupakan matlamat yang hendak dicapai. Emosi
tambahkan keseronokan kepada pengalaman sehari-hari kerana ia menjadi
penggerak kepada tindakan & memberi makna kepada bentuk tindakan yang
diambil
Emosi juga mempengaruhi persepsi & tingkah laku seseorang terhadap orang lain &
persekitaran
Emosi tentukan corak penyesuaian yang akan diambil.
62
Jenis Emosi / Perasaan Dan Implikasi Pada Kanak-Kanak
Menurut teori perkembangan psikososial Erikson, bayi mula membentuk emosi sejak
lahir. Persekitaran dan orang di sekeliling akan mempengaruhi emosi bayi. Perkembangan
emosi yang sihat membolehkan kanak-kanak membesar sebagai individu yang sempurna.
Perkembangan awal emosi kanak-kanak akan kelihatan melalui tindak balas tangisan atau
ketawa dan seterusnya berkembang sehingga kanak-kanak menguasai perkembangan
emosi yang stabil serta dapat membuat penilaian apabila berada pada tahap dua pada usia
5-6 tahun.
- Perasaan Gembira: bantu kanak-kanak/ remaja berfikir bagaimana
melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap tentang
sesuatu yang mereka suka tentangnya
- Rasa marah: bantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk
dapatkan sesuatu yang dicitakan & mengenal erti kesabaran, belajar
melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari
jalan penyelesaian.
- Takut: rasa terancam à suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri
dari aspek fizikal dan psikologi àMerangsang kanak-kanak melahirkan fikiran
dan perasaan takutnya sebagai jaminan untuk memperolehi ketenangan dan
ketenteraman.
- Sedih: kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki à menjadikan
kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah persaan
dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.
- Geli: selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan à suatu yang
semulajadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak
‘terkena’ apa yang dia geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka
mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.
- Cemas: Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak
berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar
menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan
sesuatu yang terbaik
63
- Malu: menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan
mengelak dari melakukan sesuatu yang dikatakan memalukanà bantu
mereka mengawal tingkahlaku mereka sendiri
- Rasa bersalah: wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap
‘keluar’ dari ‘standard’ tingkahlaku yang baik à Dia akan berusaha untuk
tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya
kesalahan tetap atau telah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak
meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi
pada waktu yang lain.
- Rasa bangga: tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati /
dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan Ransang
kanak-kanak bertingkahlaku baik dan bekerjasama. Ransang mereka untuk
meluahkan perasaaan à contoh, kenapa mereka rasa bangga. Beri peluang
berkongsi rasa bangga, puas dan gembira
Peringkat Perkembangan Emosi
Tahap EmosiTahap 1
Bayi - 2 tahun
- Peringkat awal pantulan (ketawa dan menangis )- bulan - suka dan duka- 6 bulan - takut, jijik dan marah- 12 bulan – gembira dan kasih sayang- 18 bulan – cemburu mulai timbul- 2 tahun – keriangan terserlah
2 – 3 tahun - Emosi tidak tenteram- Lebih banyak perasaan mahu dikasihi- Mahu tumpuan yang lebih- Takut kegelapan- Mulai cemburu- Mempunyai perasaan malu- Tidak suka diarah
Tahap 2 3 – 4 tahun
- Perasaan ingin menjadi dewasa.- Kanak-kanak lelaki suka meniru perbuatan bapa.- Kanak-kanak perempuan suka meniru perbuatan ibu.
4- 5 tahun - Perasaan romantis hadir- Kanak-kanak tertarik kepada yang berlainan jantina- Takut kegelapan, kebakaran dan kematian- Tahap cemburu yang amat tinggi- Sering merasa diketepikan
5-6 tahun - Perasaan dan jiwa semakin stabil
64
- Pergantungan kepada keluargasemakin berkurangan- Lebih berdikari dan bersemangat melakukan yang disuruh- Semangat untuk terus hidup semakin tinggi- Belajar membeza betul dan salah- Label baik bagi yang seronok dan jahat bagi yang sakit- Mula membentuk kata hati , struktur nilai dan moral
Kecerdasan Emosi
Konsep IQ dan EQ
Intelligence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif seperti
membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah.
Alfred Binnet dan Theodore Simon; 1905- memperkenalkan ujian kecerdasan yang
digunakan sehinggai kini. IQ dikaitkan dengan kejayaan , namun tidak semua yang
mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup. Perkembangan pesat dalam bidang sains
otak atau neurology mendapati emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ)
EMOTIONAL QUOTIENT
“Intellegence test really assess skill in assimilating new information in solving new
problems. This bios toward crystallized rather than fluid knowledge can be astounding
consequences and individual can lose his entire frontal lobes, in the process
becoming redically different person unable to display any initiative or to solve new
problem and yet may continue to exhibit an IQ close to genius level…….Gardner
Kecerdasan Emosi (EQ)
65
Daniel Goleman, seorang profesor dari Universitas Harvard menjelaskan bahwa ada
ukuran lain yang menentukan tingkat kejayaan seseorang. Dalam bukunya yang
terkenal, Emotional Intelligence, membuktikan bahwa tingkat emosional manusia lebih
mampu memperlihatkan kejayaan seseorang.
Menurut beliau lagi, jika seseorang lahir dengan kecerdasan intelektual (IQ) yang
cukup, sia-sia saja dia mencuba dengan segala cara untuk mendapatkan IQ yang
superior (genius), begitu pula sebaliknya. Tetapi, Emotional Quotient (EQ) dapat
dikembangkan seumur hidup dengan belajar.
Kecerdasan Emosional (EQ) tumbuh seiring pertumbuhan seseorang sejak lahir
hingga meninggal dunia. Pertumbuhan EQ dipengaruhi oleh lingkungan, keluarga,
dan contoh-contoh yang didapat seseorang sejak lahir dari orang tuanya.
Kecerdasan Emosi berkaitrapat dengan banyak aspek penting, yang semakin sulit
didapatkan pada manusia moden, iaitu:
- empati (memahami orang lain secara mendalam)
- mengungkapkan dan memahami perasaan
- mengendalikan amarah
- kemandirian
- kemampuan menyesuaikan diri
- disukai
- kemampuan memecahkan masalah antara peribadi ketekunan
- kesetiakawanan
- keramahan
- sikap hormat
Ibu bapa adalah orang yang pertama harus mengajarkan kecerdasan emosi kepada
anaknya dengan memberikan teladan dan contoh yang baik.
Agar anak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, orang tua harus mengajar anaknya
untuk :
- membina hubungan persahabatan yang hangat dan harmonis
- bekerja dalam kelompok secara harmonis
- berbicara dan mendengarkan secara efektif
- mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai aturan yang ada (sportif)
66
- mengatasi masalah dengan teman yang nakal
- berempati pada sesama
- memecahkan masalah
- mengatasi konflik
- membangkitkan rasa humor
- memotivasi diri bila menghadapi saat-saat yang sulit
- menghadapi situasi yang sulit dengan percaya diri
- menjalin keakraban
Jika seseorang memiliki IQ yang tinggi, ditambah dengan EQ yang tinggi pula, orang
tersebut akan lebih mampu menguasai keadaan, dan merebut setiap peluang yang
ada tanpa membuat masalah yang baru.
Mengenal Dan Menguruskan Emosi Sendiri
Apabila kanak-kanak mengenali emosi dirinya sendiri, ini bermakna mereka sudah
matang menilai dirinya.
Banyak aktiviti yang dapat dilakukan bagi menggambarkan emosi marah, suka,
terkejut, sedih, gembira dan sebagainya.
- Aktiviti melukis gambar muka marah di papan putih :
Selepas melukis, guru bertanyakan apakah perasaan yang dipaparkan dalam
gambar tersebut.
- Tulis perkataan marah, suka, terkejut, sedih, gembira di papan putih. Suruh
kanak-kanak mencari pasangan dan lukis muka marah, kemudian tunjukkan
kepada pasangan masing-masing.
- Bercerita berkenaan diri sendiri mengapa marah, suka, terkejut, sedih dan
gembira.
- Bercerita berkenaan keluarga sendiri.
67
- Lakukan aktiviti seperti :
Berbual mesra dengan guru daripada buku cerita yang dibaca.
Berbual mesra dengan kawan-kawan berdasarkan pengalaman.
Berlakon dengan kawan-kawan berdasarkan skrip yang disediakan oleh guru.
Memupuk Emosi Positif
Permainan berperaturan seperti tengteng dan dam-ular akan menggalakkan kanak-
kanak belajar bersabar menunggu giliran, tekun dan tabah serta cuba mengawal
perasaan apabila menghadapi kekalahan dalam permainan. Selain daripada
membina perasaan positif, kanak-kanak juga digalakkan mematuhi ajaran agama
seperti selain daripada berusaha, reda kepada takdir dan berdoa kepada tuhan.
Cara mengesan emosi kanak-kanak
Mengenalpasti kanak-kanak keperluan khas
Mengumpul maklumat kesihatan kanak-kanak
- kesihatan ibu bapa
- penglihatan, pendengaran, tingkah laku dan lain-lain
Memproses maklumat / data
Menganalisis maklumat / data
Mengambil tindakan susulan
Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat (periodical)
Membina Emosi Sihat
Guru, ibu bapa mahupun rakan sebaya menjadi Role model kepada kanak-
kanak. Sikap atau tingkahlaku merekas sering dijadikan ikutan
Guru perlu menerapkan tingkahklaku social yang baik melalui sktiviti
berbentuk simulasi, main peranan atau kumpulan
Penerapan nilai secara langsung/ tidak langsung adalah perlu.
2.2.5 Perkembangan Sosial
68
Perkembangan Sosial
Konsep Sosialisasi
Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak berhubung
dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan
budayanya.
Melalui proses sosialisasi (atau penerapan nilai sosial) yang bermula sejak
seseorang bayi dilahirkan, diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat
penyesuaian sosial mengikut pengharapan masyarakat apabila mereka besar.
Kemahiran sosial termasuk berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan.
Kemahiran ini melibatkan komunikasi secara lisan atau bukan lisan. Dalam
sosialisasi, perkembangan kanak-kanak berlaku secara peniruan dan
modelling.
Cara Perkembangan Sosial
Peniruan “Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing
others and gradually acquire control over their own behaviour’
( Bandura 1986, 1997 )
Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian mereka terhadap persekitaran.
Persekitaran mewujudkan rangsangan yang akan ditiru oleh kanak-kanak. Melalui
69
Kepekaan terhadap kanak-kanak kurang upaya
Tingkahlaku Sosial
Konsep Sosialisasi Teori kecekapan SosialTeori Erickson
proses peniruan ini kanak-kanak akan membentuk suatu idea bagaimana tindakan
dilaksanakan dan apakah kesannya.
Menurut Teori Pembelajaran Peniruan Bandura, terdapat beberapa cara peniruan
iaitu ;
- Proses tiruan mudah iaitu meniru secara langsung
- Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.
- Proses tiruan melalui elisitasi apabila melihat perlakuan orang lain.
Peniruan berlaku secara langsung dan secara tak langsung. Bandura (1986)
mengemukakan 4 unsur penting;
- Attention ( Tumpuan/pemerhatian )
- Retention (penyimpanan)
- Reproduction ( mengingat/mengeluarkan )
- Motivation and Reinforcement ( Peneguhan )
Model/pemerhatian
Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan.
Orang diperhatikan sebagai model.Proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah
laku model sebagai permodelan (modelling).
Model tingkah laku dan sikap yang diingini
Jadikan rakan sebaya murid sebagai model
Pastikan murid sedar tingkah laku baik menjadi peneguhan kepada orang lain
Arah murid popular/pandai melakukan aktiviti sukar sebagai model kepada yang lain
Guna teknik ‘ think aloud’
Guna peneguhan ‘vicarious’
Galakan disiplin arahan kendiri murid
Teori Erik Erickson
Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson
Menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu
o i)Faktor kendiri
o ii)Emosi
o iii)Sosial
70
Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan
perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut.
Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu.
Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi
supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.
Peringkat Perkembangan Sosial Erickson
1. Kepercayaan lwn tidak ketidakpercayaan: Lahir-18 bulan
Bayi mesti menjalin kasih sayang dan kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya
membentuk perasaan tidakpercaya.
2. Autonomi lawan malu/keraguan: 18 bulan-3tahun
Tenaga kanak-kanak disalurkan untuk perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan,
menggenggam. Kanak-kanak belajar mengawal emosi tetapi sebaliknya mungkin membentuk
perasaan malu sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
3. Inisiatif lwn perasaan bersalah: 3-6 tahun
Kanak-kanak menjadi lebih mendesak dan berinisiatif tetapi sebaliknya berkemungkinan
keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan bersalah.
4. Ketekunan lwn rasa rendah diri: 6-12 tahun
Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi
risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.
5. Identiti lwn kekeliruan identiti: 12-18 tahun
Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama,
jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.
6. Kerapatan lwn pengasingan: 18-35 tahun
Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir
membina hubungan.
7. Generativiti lwn pemusatan kendiri (stagnasi) 35-60 tahun
Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang
atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri.
71
8. Kesepaduan lwn putus asa: 60 tahun-akhir hayat
Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau
merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.
Perkembangan Kecekapan Sosial
Interaksi rakan sebaya
- Interaksi dengan rakan sebaya merupakan kecenderungan berkawan dengan
rakan yang seusia dengannya.
- Melalui interksi ini, kaank-kanak dapat mengenalisiapakah dalam kalangan
kanak-kaank yang sama identity dengannya. Kanak- kanak ini juga dapat
mempelajari tingkahlaku sesama mereka
- Interaksi sosial berlaku melalui perbualan, konflik serta koperatif ketika
bermain bersama-sama
Persahabatan
- Diperingkat ini pengaruh rakan memainkan perana utama
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah dalam bersosial mudah diterima
dan menyertai sesuatu kumpulan persahabatan
- Terdapat dua jenis keadaan semasa menjalinkan persahabatan. Pertama
kehadirannya diterima atau kedua, tersish/terasing.
Perkembangan Peranan Jantina
- Kanak-kanak mulai mengenali identiti dan perbezaan jantina dan melabel
mengikut jantina
- Walaupun kanak-kanak belum mengetahui secara jelas tentang identity jantina
mereka, mereka mula memahami antara lelaki dan perempuan berbeza
keupayaan, kemahiran tertentu dam minat
Peranan guru
- Perlu menyemai rasa kasih sayaing dan hormat-menghormat dalam diri murid
- Belajar / melaksanakan aktiviti kumpulan
- Aktiviti tidak hanya terhad dalam bilik darjah
72
- Pendekatan berkualiti mengambilkira aspek amalan bersesuaian dengan
kanak-kanak
- Membimbing murid agar persepsi kanak-kanak terhadap perbezaan jantina
diterima sebagai anugerah Allah yang patut disyukuri
Tingkah Laku Prososial
Di dalam kehidupan bermasyarakat manusia, sifat tolong menolong adalah
merupakan tingkah laku yang penting bagi menjamin kehidupan bermasyarakat yang
selesa dan harmoni. Manusia bukan sahaja memberi pertolongan kepada orang
orang yang tidak dikenali tetapi juga kepada orang yang tidak dikenali. Tingkah laku
ini dikenali sebagai tingkah laku menolong atau tingkah laku prososial. Tingkah laku
menolong ialah tingkah laku yang memberi faedah atau keuntungan kepada orang
lain.
Tingkah laku prososial merujuk kepada tindakan sukarela yang bertujuan untuk
menolong ataupun memberi faedah kepada individu ataupun individu yang lain
(Eisenberg and Mussen 1989, ms 3). Definisi ini merujuk kepada tindakan tersebut
berbanding motivasi yang terhasil antara tindakan tersebut. Tingkah laku prososial
melibatkan pelbagai aktiviti seperti berkongsi menyelesaikan masalah orang lain,
menyelamat dan menolong.
Konsep Tingkahlaku Prososial
Mengikut ahli psikologi kognitif tingkahlaku prososial bergantung kepada
perkembangan kefahaman terhadap diri dan orang lain serta kebolehan untuk
memahami emosi orang lain.
Shantz ( 1975 ) menyatakan sebagai kebolehan kanak-kanak memahami orang lain.
Kanak-kanak prasekolah menghadapi kesukaran memahami emosi dan kehendak
orang lain sehinggalah ia mencapai tahap operasi konkrit pada usia 6 tahun dan
dapat mengatasi egosentrik mereka.
Jenis-jenis tingkah laku prososial
Menurut Sandra Anselmo , terdapat dua jenis tingkah laku prososial iaitu :
a ) Kerjasama - Bronfenbrenner ( 1970 ) menyatakan kerjasama menggalakkan
pemikiran “kita”. Manakala persaingan menggalakkan pemikiran “saya “
73
b ) Pengorbanan - tingkah laku yang menguntungkan orang lain bukan pihak yang
melakukan tindakan.
Kepekaan Terhadap Kanak-Kanak Kurang Upaya
• Kanak-kanak kurang upaya memerlukan persekitaran yang dibentuk khas dan
diubahsuai mengikut keperluan mereka bagi meminimakan kesan akibat daripada
masalah yang dialami dan untuk meningkatkan proses pembelajaran dalam pelbagai
kemahiran.
• Mereka juga memerlukan para profesional yang cekap dalam memenuhi keperluan
asas kanak-kanak dan cekap dalam meningkatkan proses pembelajaran dan
kemahiran-kemahiran spesifik yang diperlukan oleh mereka.
Kepentingan Intervensi Awal Kanak-Kanak Keperluan Khas
• Membantu para ibu bapa untuk memenuhi harapan mereka
• Membantu kanak-kanak berkeperluan khas belajar untuk berinteraksi dengan
persekitaran mereka dan hidup secara berdikari
• Meningkatkan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas dari segi kognitif,
motor, komunikasi, permainan, sosial, kemahiran kendiri (tandas, pakaian,
makan), keyakinan diri dan pengawalan diri.
• Membentuk kemahiran sosial yang sihat sepanjang masa
• Membantu kanak-kanak berkeperluan khas mengguna dan mengaplikasikan
kemahiran-kemahiran yang diperolehi dalam situasi yang bersesuaian
• Guru perlu menggunakan strategi pengajaran normal dalam membantu mereka
menyesuaikan diri dalam kelas biasa.
• Mengelak bertambahnya masalah atau kebergantungan kepada perkhidmatan
yang khusus
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
74
Tidak memahami dan menghayati apa yang dilihat
Lupa sebahagian benda
Tidak boleh mengawal otot
Keliru arah
Tingkahlaku yang tidak menentu
Mengusik atau mencuit orang
Tenaga yang berlebihan
Masalah motor kasar
Masalah tingkah laku
2.2.6 Perkembangan Kreativiti
Konsep Kreativiti
Kreativiti bermaksud proses berterusan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk
memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli dengan
menggunakan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru.
Mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli
dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan.
75
Perkembangan Kreativiti
TeoriKreativiti
PrinsipKreativiti
KonsepKreativiti
Kreativiti boleh didefinisikan dengan melihat kepada empat jenis:
- Bentuk ciri-ciri individu
- Tingkahlaku untuk mencapai kreativiti
- Hasil yang diperolehi daripada proses
- Keadaan persekitaran yang sesuai untuk kegiatan kreatif
Individu yang kreatif adalah mereka yang mampu menjana pemikiran untuk mencipta
barang atau perkhidmatan baru atau melaksanakan idea baru yang masih belum
dicuba oleh orang lain. Kreatif bermaksud kebolehan atau kemampuan mencipta dan
menyatukan idea secara unik atau membuat sesuatu yang baru.
Prinsip Kreativiti
Kreativiti adalah aktiviti yang penting di dalam kehidupan seharian kita.
Kreativiti bukanlah sesuatu yang kabur, tersembunyi dan tidak boleh
dinyatakan dengan spesifik. Kreativiti boleh dijelaskan, ditentukan sifat-
sfatnya, boleh diajar secara langsung untuk menambah kuasa kreativiti murid.
Kreativiti di dalam apa bidang sekalipun termasuklah di dalam bidang sains,
matematik, bahasa, ekonomi, perubatan dan bidang-bidang lain mempunyai
persamaan iaitu hasilnya mempunyai sifat kreatif apabila dijelmakan.
Kreativiti boleh dikerjakan secara individu, kelompok dan berkumpulan.
Kreativiti boleh diajar kepada murid dengan syarat-syarat berikut:
Kreativiti boleh dibangunkan secara individu dan berkumpulan. Tugas guru
adalah membantu murid sedar akan kepentingan kreativiti dan membekalkan
bahan-bahan serta menentukan bidang-bidang kreativiti dengan jelas.
Unsur emosi dan perasaan lebih utama daripada unsur kognitif di dalam
kreativiti
Perkara yang tidak logik lebih penting daripada perkara yang logik di dalam
proses kreativiti.
76
Unsur perasaan yang tidak logik hendaklah diberi peluang untuk dijelaskan
supaya menambah keberhasilan di dalam penyelesaian masalah.
Teori Kreativiti : (Torrance)
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan
penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja
penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya
mengembangkan bidang kreativiti. Beliau juga telah diiktiraf dengan gelaran
Bapa Kreativiti.
Dalam model beliau yang dinamakan The Thereshold Hypothesis, beliau cuba
mencari hubungan antara kreativiti dan kecerdasan.
Ellis Paul Torrance mendapati bahawa orang yang mempunyai daya kreativiti
tinggi biasanya mempunyai kecerdasan intelek yang tinggi. Walau
bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa kecerdasan sahaja tidak
memadai. Sebaliknya terdapat faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi
daya kreatif tersebut.
Torrance (1989) mendefinisikan kreativiti sebagai suatu proses menjadi
sensitif kepada masalah, kekurangan dari segi pengetahuan, elemen, harmoni
dan sebagainya; mengidentifikasikan masalah, mencari penyelesaian,
membuat andaian atau mencipta hipotesis tentang kekurangan, menguji
semula hipotesis, cuba mengubahnya, menguji lagi dan akhirnya membuat
generalisasi terhadap dapatan kajian.
Pada tahun 1976, Torrance adalah orang pertama yang mencipta kaedah
untuk menguji kreativiti. Kaedah tersebut dikenali sebagai Torrance Tests Of
Creative Thinking.
Ujian kreatif Torrance meliputi empat aspek iaitu:
i. Kefasihan (Fluency)
Kefasihan merujuk kepada kebolehan menghasilkan idea-idea yang berbeza dan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh aplikasi ialah menyenaraikan beberapa kegunaan
sebuah botol air mineral.
ii. Keanjalan (Flexibility)
Penghasilan idea yang berpunca daripada kebolehan melihat sesuatu dari perspektif yang
berlainan serta penggunaan pelbagai kaedah dan pendekatan. Aplikasinya ialah
membayangkan diri menjadi unta untuk sehari.
77
iii. Keaslian (Originality)
Keaslian bermakna penghasilan idea yang unik atau luar biasa. Keaslian juga merupakan
kebolehan menyusun semula maklumat tentang sesuatu topik dengan cara yang baru dan
berlainan. Aplikasinya ialah memikirkan cara menunggang basikal yang berlainan daripada
kebiasaan.
iv. Huraian (Elaboration)
Huraian merupakan kaedah memperbaiki idea dengan menambahkanbbutir-butir lanjut
supaya lebih jelas dan mudah difahami. Aplikasinya seperti menceritakan dengan terperinci
hari pertama anda ke Sekolah. Gunakan sebanyak mana butiran yang boleh dalam membuat
huraian.
2.2.7 Perkembangan Moral & Kerohanian
Konsep Moral
Moral dari segi bahasa didefinisikan sebagai akhlak, tabiat, perangai, budi, adab, sifat
semula jadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang.
Moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang
melengkapinya.
Teori Tahap Perkembangan Moral Kohlberg
78
Perkembangan Kerohanian & Moral
Konsep KerohanianTeori Perkembangan Moral Kolberg
Konsep Moral
Tahap 1 dikenali Pra-Konvensi Penaakulan Moral.
- Tahap 1, terdiri daripada peringkat 1 dan peringkat 2.
- Peringkat 1 dikenali sbg Orientasi Taati Hukuman (murid takut hukuman dan
denda drp guru).
- Peringkat 2, dikenali Orientasi Penneguhan Kendiri (Individu menentukan
dirinya betul atau tidak).
-
Tahap 2 dikenali sebagai Orientasi Penaakulan Moral.
- Individu adalah berdasarkan sokongan, kebenaran,ekspektasi keluarga dan
nilai tradisional orang lain.
- Tahap 2, terdiri peringkat 3 dan peringkat 4.
- Peringkat 3 dikenali sebagai Orientasi Lelaki Baik Bertemu Perempuan
Baik. Individu akan membuat sesuatu yg disenangi oleh orang lain.
- Peringkat 4 ialah peringkat Orientasi Undang-undang Dan Peraturan.
(undang-undang adalah mutlak, pihak autoriti mesti dihormati.
Tahap 3 dikenali sbg Post-Konvensi Penaakulan Moral. Ia terdiri drp peringkat 5 yg
dikenali sebagai Orientasi Kontrak Sosial. (standard hak individu ditetapkan secara
sosial).
79
Konsep Kerohanian
Kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad, merujuk kepada perkara-perkara yang
berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud
semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani
selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri
dan penaakulan strategik.
Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa
maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat
dan baharulah kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan
penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undang-undang.
Undang-undang penting dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur
baur di antara emosi positif dan emosi negatif dengan intuisi dan objektif bagi
mencorakkan secara optimum manusia yang sempurna dari segi kelakuan dan
personaliti.
Rohani yang kacau dikaitkan juga dengan emosi negatif dari segi psikologi.Manakala
rohani yang sempurna selalu juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang
tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu.
80
Dalil Al-Quran & Hadis- Hak Anak Dalam Islam
1. Hak Untuk Hidup
Firman Allah dalam QS Al-Isra’ ayat 31:
Artinya: " Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan.
Kamilah yang akan memberikan rezeki kepada mereka dan juga kepadamu.
Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.“
Demikian juga untuk menjaga keselamatan janin, Islam telah mensyari’atkan agar
pelaksanaan hukuman (had) terhadap wanita hamil ditangguhkan sampai ia
melahirkan. Sebagaimana sabda Rasulullah saw:
"Apabila ada seorang di antara wanita membunuh secara sengaja, ia tidak boleh
dijatuhi hukuman mati sampai ia melahirkan anaknya, jika ia memang sedang hamil.
Dan bilamana seorang wanita berzina, ia tidak boleh dirajam sampai ia melahirkan
anaknya jika ia sedang hamil dan sampai ia selesai merawatnya." (HR Ibnu Majah).
2. Hak Mendapatkan Nama Yang Baik
Abul Hasan meriwayatkan bahwa suatu hari seseorang bertanya kepada Nabi
Muhammad saw: "Ya Rasulullah, apakah hak anakku dariku?" Nabi
menjawab:"Engkau baguskan nama dan pendidikannya, kemudian engkau tempatkan
ia di tampat yang baik."
Sabda Rasulullah saw yang lain: "Baguskanlah namamu, karena dengan nama itu
kamu akan dipanggil pada hari kiamat nanti." (HR Abu Dawud danIbnu Hibban)
Nama anak adalah penting, kerana nama dapat menunjukkan identiti keluarga,
bangsa, bahkan aqidah.
Islam menganjurkan agar orangtua memberikan nama anak yang menunjukkan
identitas Islam, suatu identiti yang melintasi batas-batas kebangsaan, geografi, etnis,
dan kekerabatan. Selain itu nama juga akan berpengaruh pada konsep diri
seseorang.
81
3. Hak Penyusuan Dan Pengasuhan (Hadhonah)
"Para ibu hendaknya menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi
yang ingin menyempurnakan penyusuan. (QS Al Baqoroh 233)
Penelitian medic dan psikologi menyatakan bahwa masa dua tahun pertama sangat
penting bagi pertumbuhan anak agar tumbuh sihat secara fisikal, rohani dan emosi.
Selama masa penyusuan anak mendapatkan dua perkara:
- Yang pertama : anak mendapatkan makanan berkualiti yang tiada
bandingannya., sekaligus mengandung antibodi yang membuat anak tahan
terhadap serangan penyakit.
- Yang kedua : anak mendapatkan dakapan kehangatan, kasih sayang dan
ketenteraman yang kelak akan mempengaruhi suasana kejiwaannya di masa
mendatang. Perasaan mesra, hangat, dan penuh cinta kasih yang dialami
anak ketika menyusu pada ibunya akan menumbuhkan rasa kasih sayang
yang tinggi kepada ibunya.
4. Hak Mendapatkan Kasih Sayang
Rasulullah saw mengajarkan kepada kita untuk menyangi keluarga, termasuk anak di
dalamnya. Ini berarti Beliau saw mengajarkan kepada kita untuk memenuhi hak anak
terhadap kasih sayang.
Sabda Rasulullah saw:"Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling
penyayang kepada keluarganya."
Rasulullah mengajarkan untuk mengungkapkan kasih sayang tidak hanya secara
verbal, tetapi juga dengan perbuatan.
Pada suatu hari Umar menemukan beliau saw merangkak di atas tanah, sementara
dua orang anak kecil berada di atas punggungnya. Umar berkata:"Hai anak, alangkah
baiknya rupa tungganganmu itu." Yang ditunggangi menjawab:"Alangkah baiknya
rupa para penunggangnya". Betapa indah susasana penuh kasih sayang antara
Rasul saw dengan cucu-cucu beliau.
Seorang ahli (Dorothy Law Nolte) berujar:"Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang
dan persahabatan, ia belajar menemukan cinta dalam kehidupan." Bila orang tua
gagal mengungkapkan rasa sayang pada anak-anaknya, anak-anak tersebut tak akan
mampu menyatakan sayangnya kepada orang lain.
82
5. Hak Mendapatkan Perlindungan Dan Nafkah Dalam Keluarga
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 233:
Artinya;"… Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu
dangan cara yang ma’ruf…"
Kemudian firman Allah dalam surah Ath - Thalaq ayat 6:
Artinya:"Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut
kemampuanmu…"
Apabila kepala keluarga tidak dapat mencukupi nafkah keluarganya, atau ayah telah
meninggal dunia, maka wali dari anak (diantaranya bapa saudara dari ayah, saudara
laki-laki, dan datuk) diberi kewajipan memberi nafkah keluarga tersebut.
Apabila jalur kerabat tidak ada yang mampu mencukupkan nafkah anak, maka
negaralah yang berkewajiban memberi nafkah kepada anak. Negara menyalurkan
zakat atau sumber keuangan lain yang hak kepada keluarga yang tidak mampu.
Bagaimanapun keadaannya, tidak pernah seorang anak harus menafkahi dirinya
sendiri.
6. Hak Pendidikan Dalam Keluarga
QS At-Tahrim ayat 6:
Artinya:"Wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka…"
Rasulullah juga mengajarkan betapa besarnya tanggung jawab orang tua dalam
pendidikan anak. Sabdanya saw:"Tidaklah seorang anak yang lahir itu kecuali dalam
keadaan fitrah. Kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau
Majusi."(HR Muslim).
Anak pertama kali mendapatkan hak pendidikannya di keluarga, sebelum ia
mendapatkan pendidikan di sekolah.
Mendidik anak adalah tanggung jawab bersama antara ibu dan ayah, sehingga
diperlukan pasangan yang seaqidah, dan sepemahaman dalam pendidikan anak. Jika
tidak demikian tentunya sulit mencapai tujuan pendidikan anak dalam keluarga.
83
Anak pertama kali mendapatkan pengajaran nilai-nilai tauhid dari kedua orang tuanya,
demikian juga mengenai ajaran-ajaran Islam yang lain. Anak mendapatkan
pendidikan yang lebih banyak berupa contoh (teladan) dari kedua orang tuanya, di
samping pendidikan dalam bentuk lisan, pembiasaan dan hukuman
7. Hak Mendapatkan Kemudahan Sebagai Warga Negara
Sebagai warga negara, anak juga mendapatkan haknya akan keperluan asas yang
disediakan secara umum oleh negara kepada semua warga negara. Keperluan asas
yang disediakan secara umum oleh negara meliputi: pendidikan di sekolah, kesihatan,
dan keamanan.
Masa kecil adalah masa yang sesuai untuk membentuk keperibadian seseorang.
Sekiranya kanak-kanak dibiarkan bebas tanpa bimbingan, dibimbangi terjebak
dengan penyakit jumunus shaba’ (kegilaan masa kecil) iaitu kecenderungan
melakukan perkara buruk, derhaka dan mengikut jalan kesesatan yang berpunca dari
pengaruh hawa nafsu dan syaitan
Cara Membimbing Anak
Enam Tahun Pertama
Kasih sayang dari pihak kedua orangtua, terutama ibu PENTING Agar anak belajar
mencintai orang lain
Membiasakan anak berdisiplin mulai dari bulan-bulan pertama dari awal
kehidupannya MISALNYA membiasakan anak untuk menyusu dan buang hajat pada
waktu-waktu tertentu dan tetap
Jadi teladan yang baik bagi anak dari permulaan kehidupannya.
Biasakan dengan adab umum yang mesti dilakukan dalam pergaulan MISALNYA
berdoa sebelum makan, tidak menghisap jari, tidak memakai pakaian atau seluar
yang pendek dan lain-lain
Usia Setelah Enam Tahun
Kenalkan Allah dengan cara yang sederhana sesuai dengan tingkat pemikirannya
84
Jelaskan tentang hukum yang jelas dan tentang halal-haram MISALNYA tentang
kewajiban menutup aurat, berwudhu, shalat, mencuri dan melihat kepada yang
diharamkan
Ajarkan dan biasakan membaca Al Qur'an dengan betul
Ajarkan tentang hak-hak orang tua
Kenalkan tokoh-tokoh tauladan (sahabat dan lain-lain)
Ajarkan tentang norma-norma yang berlaku dalam masyarakat
Kembangkan rasa percaya diri & tanggung jawab dalam diri anak
Masa Remaja
Perlakukan anak sebagai orang dewasa
Ajarkan kepada anak hukum-hukum akil baligh dan ceritakan kepadanya kisah-kisah
yang dapat mengembangkan dalam dirinya sikap takwa dan menjauhkan diri dari hal
yang haram.
Berikan dorongan untuk ikut serta melaksanakan tugas-tugas rumah tangga, seperti
melakukan pekerjaan yang membuatnya merasa bahwa dia sudah besar.
Mengawasi dan menyibukkan waktunya dengan kegiatan yang bermanfaat
Carikan teman yang baik.
Kesalahan Dalam Pengasuhan Anak
Ucapan pendidik tidak sesuai dengan perbuatan ( "Hai orang-orang yang beriman
mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di
sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Ash Shaff : 2-3).
Kedua orangtua tidak sepakat atas cara tertentu dalam pendidikan anak. Membiarkan
anak jadi korban televisyen/internet/telefon bimbit
Menyerahkan tanggung jawab pendidikan anak kepada guru/pembantu atau
pengasuh semata-mata.
Pendidik menampakkan kelemahannya dalam mendidik anak.
- Berlebihan dalam memberi hukuman dan balasan
- Berusaha mengekang anak secara berlebihan
- Mendidik anak tidak percaya diri dan merendahkan pribadinya
2.3. KECERDASAN PELBAGAI
85
Kecerdasan Pelbagai
Konsep
Howard Gardner (1983), memperkenalkan pelbagai kecerdasan dan percaya
kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang menyelesaikan masalah atau mencipta
sesuatu hasil kerja.
1993-percaya kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan
masalah atau mencipta sesuatu hasil karya dalam konteks budayanya.
Menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang boleh dikenal pasti
melalui ujian IQ.
Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai
1. Kecerdasan Logik-Matematik
Kebolehan menggunakan logik, corak nombor, penaakulan
Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan untuk berfikir
secara logik, mengenalpasti nombor geometrik dan numerik dengan mudah.
Kebolehan murid menggunakan penaakulan induktif dan deduktif, menyelesaikan
masalah yang abstrak dan masalah berkaitan nombor dengan mudah.
Suka menggunakan komputer dan kalkulator serta alat-alat pengiraan.
86
Jenis-jenis kecerdasan pelbagai
Konsep
Aplikasi - memberi banyak latihan matematik yang mencabar.
- menganalisis komponen-komponen masalah sebelum menyelasaikannya
secara sistematik.
Contoh Tokoh : ALBERT EINSTEIN, MADAM CURIE
2. Kecerdasan Bahasa Linguistik Kepekaan terhadap suara dan makna yang tersirat dan tersurat dalam perkataan
seperti yang diperolehi oleh penulis, penyajak dan sasterawan.
Kebolehan semulajadi murid dalam memperolehi,membentuk dan pemprosesan
bahasa.
Murid-murid ini juga mempunyai kemahiran petah bercakap atau bertutur.
Kecerdasan ini merujuk kepada kebolehan atau keupayaan manusia untuk
menggunakan operasi asas bahasa secara jelas.
Aplikasi - Memperbanyakkan rangsangan-rangsangan dalam bentuk puisi,lirik-lirik lagu dan permainan bahasa.3. Kecerdasan Muzikal
Penggunaan irama, lagu, melodi dan rentak seperti yang dilakukan oleh pemuzik.
Berkebolehan untuk mencipta atau mentafsirkan muzik.
Mempunyai kemahiran bermain alat muzik dan berkebolehan menggunakan elemen
asas muzik.
Individu yang mempunyai kecerdasan ini boleh mengecam/peka terhadap ton dan
kuasa emosi muzik dengan mudah.
Boleh menghafal lirik dengan mudah
Suka belajar dalam situasi-situasi pembelajaran yang diiringi dengan muzik.
Peka kepada nada, rentak dan bunyi serta bergerak balas kepada elemen-elemen
yang melibatkan perasaan
Aplikasi - Guru harus mendedahkan pelbagai jenis muzik.
Contoh Tokoh : P. RAMLEE, MOZART
4. Kecerdasan Spatial/Ruang
Kebolehan memahami dan memanipulasi konsep ruang, persepsi dan objek visual
seperti yang dilakukan oleh pelukis dan arkitek.
Murid dapat mempersepsikan gambar dan imej dengan mudah.
Menceritakan kembali pengalaman-pengalaman yang pernah mereka lalui.
Suka melukis, menceritakan apa yang difikirkan melalui peta, carta dan gambar rajah.
Mempunyai keupayaan menghasilkan ruang pandangan dunia yang dipindahkan ke
dalam imej mental.
87
Keupayaan ini amat diperlukan bagi kerja-kerja binaan, ukur bahan dan kejuruteraan.
Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga boleh menawan atau meneroka lautan
luas, meneroka angkasa dan mendaki gunung.
Aplikasi - Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti konsep ruang dan visual seperti
pergerakan kreatif, melukis, pembelajaran berasaskan eksplorasi dan eksperimentasi
Contoh Tokoh - AZHAR MANSOR, NEIL ARMSTRONG5. Kecerdasan Kinestatik
Kebolehan mengawal pergerakan tubuh badan seperti yang dilakukan oleh
olahragawan dan penari.
Melibatkan penggunaan tubuh bagi menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta
menyatakan idea dan juga perasaan.
Dapat mengawal dan mentafsir pergerakan badan dan objek di sekeliling mereka.
Suka mengimbangi keharmonian fizikal dan minda dan suka bersukan dan tidak boleh
duduk setempat untuk masa yang lama.
Suka menyertai pertandingan sukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
mencabar.
Aplikasi - Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti bermain yang melibatkan
penggunaan koordinasi motor kasar dan halus murid. Golongan : olahragawan, pakar
bedah, penari dan gimnastik
Contoh Tokoh - BABE RUTH , TIGER WOODS
6. Kecerdasan Interpersonal
Memahami suasana, tingkah laku manusia dan bertindak dengan kesesuaian
suasana seperti yang dilakukan oleh kaunselor dan jurujual.
Melibatkan kebolehan individu untuk memahami dan berkomunikasi dengan orang
lain.
Berkebolehan untuk berinteraksi, berkerjasama dan memotivasi rakan sebaya untuk
mencapai matlamat yang sama.
Dikenalpasti melalui mereka yang mempunyai ramai kawan, suka bergaul,
mempunyai penglibatan yang tinggi dalam aktiviti luar sekolah.
Mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan mempunyai sifat empati dan belas
kasihan kepada orang lain.
Sekiranya dia adalah pemimpin ataupun ketua jabatan, mampu bekerja dan
berhubung secara berkesan dengan pekerjanya.
88
Aplikasi - menggalakkan aktiviti berkumpulan
Contoh Tokoh - ANNE SULLIVAN (guru kepada Helen Keller yang buta, pekak dan
bisu)
Kecerdasan Intrapersonal
Berkebolehan untuk mengenali diri sendiri dan menjadi manusia yang berguna
kepada masyarakat.
Mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri dan mempunyai
kebolehan memimpin.
Mempunyai ciri-ciri berdikari,suka menyendiri, mempunyai pegangan dan prinsip
hidup sendiri serta mempunyai azam yang kuat untuk berjaya.
Memahami perasaan, motivasi, keperluan, kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan
berkuasa mengawal mendisplinkan diri seperti yang diperolehi oleh ahli agama.
Dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan mengenai diri sendiri yang juga
melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup.
Aplikasi : menggalakkan aktiviti penulisan, perdebatan dan sebagainya.Kecerdasan ini adalah sukar untuk dinilai.
Contoh tokoh : CARL JUNG, EBBINGHAUS
Kecerdasan Naturalis
Sangat peka terhadap isu-isu alam sekitar dan gemar mempelajari tentang flora dan
fauna.
Mereka juga sangat menghargai alam semulajadi.
Dimiliki oleh mereka yang mencintai alam semula jadi.
Mereka mudah mengenal dan mengingati nama tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan.
Mereka juga gemar meneroka hutan dan memelihara binatang.
Mereka yang mempunyai kecerdasan ini cenderung bekerja sebagai pengawal hutan
atau di Jabatan Perhutanan.
Antara sikap pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini, suka mengumpul spesies
rama-rama, boleh mengenal pasti nama tumbuhan, suka memelihara kucing dan
sebagainya.
APLIKASI: menggalakkan aktiviti lawatan dan berkaitan alam semulajadi.
Kecerdasan Existential
89
Adalah kecerdasan yang dimiliki oleh mereka yang lazimnya mempunyai kepekaan
dan keupayaan menjawab persoalan yang berkaitan dengan kewujudan manusia dan
juga kematian.
Golongan ini turut memiliki sensitiviti yang kuat terhadap permasalahan individu di
sekelilingnya.
Lazimnya mereka yang tergolong dalam kumpulan ini adalah mereka yang taat
kepada ajaran agama masing-masing.
APLIKASI : menggalakkan aktiviti kemasyarakatan, keagamaan.
Contoh tokoh : IMAM, BILAL, GURU-GURU AGAMA ISLAM
90
…
91
TOPIK 3
PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TOPIK 3
PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PETA MINDA TOPIK 3 : PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
92
3.1 Konsep
pengajaran dan pembelajaran
dalam pendidikan awal kanak-
kanak
3.2 Pendekatan
Pengajaran danPembelajaran Pendidikan Prasekolah
3.3 Teknik
Pengajaran & Pembelajaran Prasekolah
Teknik Pengajaran & Pembelajaran Prasekolah
Teknik pengajaran / pemudahcaraan
Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak
Prinsip-prinsip pengajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak
Prinsip-prinsip pembelajaran kanak-kanak
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Prasekolah
Belajar melalui bermain Pendekatan Bertema Pendekatan Bersepadu Pendekatan projek Pendekatan-pendekatan
lain Pengelolaan aktiviti
TOPIK 3
PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK
TOPIK 3 : PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
3.1 Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak Prinsip-prinsip pengajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak
• Berasaskan aktiviti• Pengalaman bersepadu• Pengalaman deria• Mengikut situasi• Meneroka dan menjelajah• Belajar sambil bermain• Bimbingan guru• Bertujuan• Unsur motivasi dan mencabar• Fleksibel
Prinsip-prinsip pembelajaran kanak-kanak • Berasaskan minat murid• Berasaskan bahan dan aktiviti• Relevan dengan kanak-kanak• Belajar melalui deria• Belajar melalui pengalaman • Belajar melalui bermain• Mengambil kira perbezaan individu
3.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah
3.2.1 Belajar melalui bermain
• Konsep belajar melalui bermain
Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat menggembirakan dan bermakna.
• Kepentingan belajar melalui bermain
- Bermain menjadi fitrah murid di mana dalam proses ini mereka akan meneroka, membuat inkuiri penemuan dan memperolehi pengalaman langsung secara semulajadi.
- Belajar melalui bermain memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang fleksibel tanpa tanpa kongkongan daripada guru.
- Aktiviti bermain membantu perkembangan murid secara menyeluruh kerana aktiviti bermain dapat memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif.
93
• Tujuan belajar melalui bermain
- memberi peluang untuk meneroka, mencuba dan meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran.- meningkatkan tumpuan dan perhatian.- memberi peluang kepada murid melahirkan perasaan.- memupuk pemikiran yang inovatif, kritis dan kreatif.- membantu menyelesaikan masalah.- membina kemahiran sosial dengan rakan sebaya dan orang dewasa.- membina kemahiran fizikal serta peningkatan kemahiran motor halus dan motor kasar.- membina kemahiran bahasa dan berkomunikasi.- membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan.- membina kemahiran kendiri yang positif.- memupuk sikap bertanggungjawab.
• Jenis-jenis main
- Main sosial (Social Play)- Main kognitif (Cognitive Play)- Main Bebas (informal Play)- Main Sosiodrama (Sociodramatic Play)- Permainan Luar (Outdoor Play)
Main sosial
- Main sosial berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan.
Jenis-jenis main sosial:
Main “occupied”- murid tidak bermain dengan apa-apa alatan atau dengan sesiapa pun.
Main ‘solitary’- kanak-kanak tersebut bermain seorang diri, tanpa menghiraukan rakan dan
keadaan sekelilingnya.
Main ‘onlooker’- kanak-kanak tersebut memerhati rakannya yang lain bermain. Dia lebih
berminat dengan permainan orang lain.
Main ‘parallel’- kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan menggunakan cara dan
alatan yang sama dengan rakannya.
Main ‘associative’- kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam
alatan, tetapi mereka tidak bermain bersama-sama.
Main ‘cooperative’- kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kelas.
94
Main Kognitif
Dalam main kognitif murid menggunakan bahan maujud untuk memperolehi pengetahuan untuk meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan dari segi kognitif psikomotor, sosioemosi dan kreativiti.
Jenis-jenis main kognitif:
- main simbolik- main ‘games and rules’- main konstruktif (Constructive Paly)
Main simbolik
- memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial dengan berpura-pura menjadikan satu objek lain seperti bongkah sebagai rama-rama , ibu atau sekuntum bunga.
Main ‘games and rules’
- murid bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkat laku mereka semasa bermain adalah dalam had atau peraturan permainan tersebut.
Main konstruktif (Constructive Play)
- murid bermain untuk membina pengetahuan mereka mengenali dunia meraka.- Murid menggunakan bahan atau alatan mainan untuk membina bahan lain seperti
istana pasir, bangunan kenderaan dan sebagainya mengikut daya kreativiti masing-masing.
Main Bebas
- Main bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan dan tidak berstruktur di pusat pembelajaran. Semasa menjalankan aktiviti murid berinteraksi dengan bahan yang disediakan rakan sebaya dan orang dewasa.
Main Sosiodrama/ Main Peranan
- Main drama memberi peluang kepada murid melakonkan pelbagai watak.
Contoh main sosiodrama yang boleh dijalankan:- Main sosiodramatik melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik.- Main fantasi melibatkan perkara yang tidak realistik dan fantasi kepada kanak-kanak-
kanak tersebut.
Permainan Luar
- Di antara alat permainan luar yang disediakan iaitu bekas main pasir, bekas main air, terowong, jongkang-jongket, buaian, rangka besi dan gelungsur adalah untuk
95
membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan menggembirakan.
- Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar mengikut giliran, bekerjasama, tolong menolong, bersikap sederhana dan hormat menghormati.
- Aktiviti permainan luar dapat memperkembangkan motor halus, motor kasar, koordinasi sosial dan kreativiti.
3.2.2 Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, dan latar belakang murid.
Tujuan dan kepentingan
- Tema yang dipilih dijadikan alat/wahana untuk menggabungjalinkan komponen dan hasil pembelajaran.
- Pemilihan tema membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Membantu guru mencetus idea yang lebih menarik.
- Pembelajaran lebih meluas kerana aktiviti pembelajaran berfokus kepada tema. Pelbagai aktiviti pembelajaran boleh dijalankan bersesuaian dengan tema yang dipilih.
- Tema yang dipilih dijadikan alat untuk menguasai sesuatu kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik dan berfikir.
- Ada kesinambungan. Semua aktiviti dikaitkan dengan tema membolehkan kanak-kanak mengikuti dengan mudah.
Faktor-faktor pemilihan tema ialah
- Satu tajuk yang boleh merentas semua komponen.- Berkaitan dan bersesesuaian dengan pengalaman sedia ada, pengalaman yang akan
diperolehi dan kehidupan murid.- Berkaitan dengan kehidupan dan persekitaran murid.- Bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa.- Memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman sebenar (hand on
experience) melalui aktiviti pembelajaran.- Kemudahan mendapat sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.- Membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada dan memberi
pengetahuan baru kepada murid.- Mengikut prinsip-prinsip pengajaran iaitu bermula dari yang dekat kepada yang jauh,
dari yang mudah kepada yang sukar dan mencabar, dan daripada yang umum kepada yang spesifik.
Pelaksanaan
- Murid-murid diminta membuat sumbangsaran berdasarkan topik.- Kenalpasti subtopik, pilih aktiviti yang sesuai supaya dapat membantu kanak-kanak
mempelajari isi kandungan dan menggunakan atau mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna.
- Mencipta peta minda ‘web’ tema.- Rancang dan keluarkan idea, galakkan kemahiran berfikir.
96
- Guru perlu fikirkan objektif setiap aktiviti dan hubungkaitkan dengan setiap hasil pembelajaran. Jika aktiviti itu tidak membantu mencapai matlamat, aktivti itu hendaklah ditamatkan.
- Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai hiasan atau suasana yang berkaitan dengan tema.
- Memilih tema mengikut musim atau peristiwa.3.2.3 Pendekatan Bersepadu
Pendekatan bersepadu membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam kehidupan sebenar sesuatu itu saling berkaitan di antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah.
Apa yang disepadukan?
- Kesepaduan antara tunjang- Kesepaduan antara teori dan amali- Kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni.- Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik- Kesepaduan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru.- Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid.- Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas.
Tujuan pendekatan bersepadu :- Mendalami atau meneroka sesuatu topik dalam skop yang lebih menyeluruh.- Mempunyai lebih banyak pilihan aktiviti yang sesuai dengan minat dan keupayaannya
dan menimbulkan kepuasan belajar.- Pembelajaran lebih aktif, menggembirakan dan bermakna.- Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti.- Mengembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.- Mengamalkan nilai murni seperti bekerjasama, tolak ansur dan rajin.
3.2.4 Pendekatan projek
Konsep Pendekatan Projek
Satu kaedah pengajaran pembelajaran yang bertujuan menggalakkan murid-murid mempelajari sesuatu melalui pengalaman konkrit. Biasanya melalui kaedah ini, murid-murid akan di bimbing untuk menemui kesimpulan dan seterusnya memahami konsep-konsep tertentu. Kaedah ini mementingkan cara atau kaedah mengajar yang lebih berkesan dengan tujuan supaya murid-murid menaruh lebih perhatian dan minat terhadap aspek-aspek pembelajaran
Kepentingan pendekatan projek
- Murid berpeluang memilih projek tanpa paksaan - Melatih murid berfikir dan mengembangkan kreativiti berdasarkan minat - Memupuk kerjasama dikalangan murid - Melatih murid menilai hasil kerja mereka - Hasil projek boleh dijadikan BBM
97
Perancangan dan pelaksanaan pendekatan projek
3.2.5 PENDEKATAN-PENDEKATAN LAIN
Pembelajaran berpusatkan murid
Pembelajaran digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru sebagai pemudahcara atau pembinbing. Murid mencari jawapan sendiri menerusi penerokaan dan pengalaman yang dibina sendiri. Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran. Aktiviti ini berpandukan kepada teori konstruktivis iaitu menekankan pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku hasil daripada pembelajaran yang dibina sendiri menerusi pengalaman baru.
Kebaikan aktiviti berpusatkan murid- Mendorong minat meneroka- Menggalakkan murid berdikari- Membina keyakinan diri
98
- Membna pengetahuan menerusi cuba jaya- Memahami sendiri sesuatu konsep- Menyelesaikan masalah ingin tahu- Memberi peluang memilih bidang yang diminati- Memupuk minat kepada penyelidikan saintifik- Menerima kegagalan sebagai satu pengalaman pembelajaran- Mewujudkan suasana ceri dalam pembelajaran
Inkuiri penemuan
- Pembelajaran berasaskan inkuiri (teori pembelajaran konstruktivis) yang belaku dalam situasi penyelesaian masalah dimana pelajar mengarap pengetahuan/ pengalaman lalu dengan pengetahuan semasa untuk menemui fakta, hubungkait dan mempelajari pengetahuan baru (Pelajar memikirkan sendiri jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan)
- Pelajar berinteraksi dengan persekitaran mempuat peninjauan, memanipulasi objek, menangani persoalan dan kontroversi atau melakukan sesuati ujikaji
Ciri- Guru wujudkan suasana & bimbing - Pembelajaran yg melibatkan pelajar menemui pengetahuan dengan sendiri - Mengalakkan pelajar berfikir secara mendalam - Pelajar menerima cabaran untuk mencari pengetahuan secara sendiri - Penglibatan & interaksi pelajar yang tinggi
Kepentingan- Mengajar bagaimana berfikir &mencari maklumat bagi diri sendiri – Tidak
bergantung pada guru utk dapat maklumat / terima kesimpulan org lain
- Memperlihatkan bagaimana pengetahuan diperolehi - Mengumpul, menyusun, menganalisa maklumat utk sampai kpd satu keputusan - Menggunakan kemahiran berfikir peringkat tinggi
Pembelajaran masteri - merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan
penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.([Bloom, 1968]- berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir boleh menguasai sesuatu
pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinann sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.
Ciri-ciri- Hasil pembelajaran perlu ditentukan - Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran - Aktiviti P&P hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan - Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK)- Bahan P&P yang berkesan - Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran
sebelum berpindah keunit pembelajaran yang baru.- Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai arasmasteri - Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri
99
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
- Ciri:Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Faedah pembejalaran secara kontekstual
MURID- Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan - Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian - Boleh memindahkan kemahiran - Boleh meneroka dan mendapatkan bukti - Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit - Dapat belajar secara kerjasama
GURU- Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya.- Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.
100
- Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.Kepelbagaian Kecerdasan
Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (multiple intelligence)
Pengenalan:
- Setiap kanak-kanak mempunyai adunan kecerdasan yang unik dan sentiasa berubah mengikut pertumbuhan dan perkembangannya.Selain daripada guru di sekolah, ibubapa hendaklah berperanan memberi peluang kepada anak-anak mereka membangunkan kepelbagaian kecerdasan.
- Menurut Howard Gardner, setiap individu / kanak-kanak mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai dalam bilik darjah.
- Faktor-faktor yang mempengaruhi kecerdasan kanak-kanak- keluarga- permakanan- persekitaran tempat tinggal- rakan sebaya- sekolah- media massa
Jenis-jenis kepelbagaian kecerdasan
Menurut Howard Gardner, seseorang individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kepelbagaian kecerdasan seperti berikut:
- Kecerdasan linguistik / bahasa- Kecerdasan Logik Matematik- Kecerdasan Ruang- Kecerdasan Muzik- Kecerdasan Kinestetik- Kecerdasan Interpersonal- Kecerdasan Intrapersonal- Kecerdasan Naturalistik
Kecerdasan linguistik / bahasa
Kebolehan seseorang menggunakan kata-kata secara berkesan sama ada dengan lisan atau penulisan. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis, memberi ucapan dan dapat membuat hubungkait di antara satu sama lain.
Kecerdasan Logik Matematik
101
Kebolehan seseorang kanak-kanak menggabungkan Matematik dan saintifik iaitu termasuklah kebolehan mengira pelbagai olahan serta dapat menyelesaikan masalah Matematik.Kecerdasan Ruang
Kebolehan seseorang mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan dalam bentuk grafik seperti mencorak, melukis serta mengukir.
Kecerdasan Muzik
Kebolehan mengesan nada dan melodi termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama yang mudah.Ia juga termasuk dalam kebolehan menghafal sesuatu dengan berlagu seperti menyanyi, bernasyid dll.
Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan gerakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal koordinasi, kepantasan dan keseimbangan.
Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan diri sendiri seperti memahami kemahuan, matlamat dan citi-cita serta perasaannya sendiri. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, mempunyai kemahiran mengurus diri sendiri supaya dapat menghasilkan kecemerlangan dan motivasi diri dan dapat meningkatkan konsep kendiri yang positif serta dapat menguasai emosi dan kerohanian yang kuat untuk mengharungi alam kehidupan.
Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan memahami perasaan seseorang, berinteraksi dan memahami kemahuan, fikiran dan perlakuan orang lain. Kanak-kanak yang mengusai kecerdasan ini boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan dengan orang lain dan dapat mengawal perasaan apabila mereka berkawan.
Kecerdasan Naturalistik
Kebolehan menggunakan apa yang terdapat pada alam sekeliling seperta mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
3.2.6 Pengelolaan Aktiviti
Pengelolaan aktiviti terbahagi kepada 3 iaitu;
102
Aktiviti kelas Aktiviti kumpulan Aktiviti individu
Aktiviti secara kelas:
Contoh Aktiviti Kelas:- bercerita- circle time- nyanyian/ gerakan- lawatan luar- bersoal jawab- eksperimen
Aktiviti kumpulan:
Pengelolaan aktiviti secara kumpulan Kumpulan kecil ; bilangan ahli yang kecil 5-8 orang Murid menjlnkan tugas bersama untuk menghasilkan satu hasil Pembelajaran secara kolaboratif atau usaha sama
Aktiviti yang boleh dijalankan - Main doh ; Main pondok; Main bongkah - Main permainan tradisioanl - Cantuman puzzle
103
- Berkebun - Penerokaan - Permainan bahasa/matematik - Kolaj/capan/renjisan/cetakan/melukis/- Pertandingan: menyusun huruf/perkataan/gambar bersiri
Pengelolan aktiviti secara individu
Aktiviti individu
- Melukis gambar - Menyusun gambar bersiri - Menggunting/menampal - Menguntai manik/bunga - Mengenakan butang baju - Membaca buku kecil/kad bacaan - Main doh/suai pasang - Membasuh tuala/ sapu tangan/peralatan mainan/peralatan makan
104
3.3 TEKNIK PENGAJARAN &PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH
Scaffolding
Teknik memperkukuh secara bersepadu setiap potensi , umpama kerangka sebuah bangunan
Proses memberi sokongan kepada murid semasa mereka mencuba atau mempelajari sesuatu pengetahuan atau kemahiran
Pengalaman pembelajaran secara kolaboratif daripada guru dan rakan sebaya Bentuk bantuan -Tunjuk cara, Verbal dan Non-verbal beri galakan berinteraksi untuk mewujudkan persefahaman, kerjasama,
keseimbangan emosi dan perkembangan bahasa;- sedia menjadi peserta dalam kumpulan kanak-kanak;
memberi peneguhan untuk perkukuh konsep; memberikan motivasi & memberi dorongan;
- membantu mengikut kadar kebolehan murid; memberikan bantuan mengikut tahap yang diperlukan pada Zon Perkembangan
Proksima (ZPD) menyoal untuk menggalakkan berfikir bagi menyelesaikan masalah / tugasan; menggalakkan berdikari Guru…. bukan sebagai pemberi arahan
Sharing & Constructing
Memperkukuh idea murid Guru sebagai pemangkin Guru menjadi ahli kumpulan Guru-murid berkongsi untuk mencapai objektif Berkongsi selesaikan masalah Guru mencadang idea / petunjuk (clue) & murid buat keputusan
Modeling
- Guru membuat percontohan terhadap sesuatu situasi untuk ditiru oleh murid secara langsung atau mempraktikkan amalan baik supaya menjadi ikutan secara tidak langsung oleh murid atau guru gunakan percontohan watak orang lain(Cth: Rasulullah) sebagai model
- Modeling boleh dilakukan dalam situasi sebenar, melalui penceritaan, menggunakan gambar atau tayangan video
- Modeling amalan baik oleh guru hendaklah secara berterusan seperti cara bercakap atau penampilan diri
- Murid hilang kepercayaan jika guru “cakap tak serupa bikin”
Attending
memberi perhatian dengan komunikasi mesra belaian melalui bahasa yang memujuk tidak mengugut, tidak menyergah , tidak rasa terancam atau takut Kata-kata lisan yang menyokong – “ ahaa, yaa, baik, bagus, cuba lagi…, pandai… Ulang atau perluas jawapan
105
Gerak isyarat non-verbal spt. senyum, anggukan, tepuk tangan, tulis jawapan di papan tulis, tunjuk tanda jempul
Sentuhan kepala, bahu atau bahagian belakang Tidak menghukum salah atau betul Situasi penuh kasih sayang Meninggalkan kesan positif, rasa dihargai diberi perhatian Didorong untuk menghasilkan yang terbaik
Prompting
Satu cara layanan untuk mencapai matlamat Memberi pandu arah yang jelas dan tersusun Menggunakan pemujukan Lebih memberi pengesyoran beri teguran secara positif supaya tidak membunuh minat & semangat belajar memberi penyataan pandu/tunjuk hala dan "coaching“ guru mendengar secara aktif dan membuat maklum balas memberi penerangan dan arahan memberi motivasi
Mengingat semula (reflksi)
Menggalakkan murid merenung, imbas kembali pengalaman Gabungan pengetahuan dan pengalaman murid Semasa memulakan tajuk baru / memahami konsep dan pengukuhan Memberi makna kepada pengalaman dan pengetahuan yang pernah murid dilalui
Tunjukcara
Tunjukcara eksplisit (Explicit Demo): - menunjukkan bagaimana sesuatu tugasan atau kemahiran dilaksanakan , melalui bukan sahaja bahasa tetapi dengan perlakuannya sekali
- pastikan guru/bahan berada di tempat strategik yang dapat dilihat oleh semua murid atau dibuat dalam kumpulan kecil
Tunjukcara implisit (Implicit Demo): - pelakuan dan gaya tingkah laku dan bahasa yang ditunjukkan oleh seseorang yang menjadi ikutan. “Bagaimana acuan begitulah kuihnya”
Simulasi / Main Peranan
- Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
- Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
- Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
106
- Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
Nyanyian- menyanyi adalah salah satu strategi yang boleh menarik minat murid- murid minat dan gemar menyanyi / mengikut melodi serta membuat pergerakan- boleh diaplikasi dalam kebanyakan tunjang pengajaran- pilihan sebaiknya lagu yang pendek dan berulang-ulang- boleh diiringi alat muzik atau perkusi- gunakan carta lagu untuk sepadukan dengan kebolehan membaca atau mengenal seni kata- nyanyian tidak kaku; sepadukan nyanyian dengan pergerakan kreatif/ sambil - menari/ membuat pergerakan mengikut seni kata- guru perlu membuat tunjukcara / sama-sama membuat pergerakan
Penerangan
• Penjelasan sesuatu idea atau konsep kepada murid dengan bahasa dan cara yang sesuai dengan kebolehan mereka.
- Guna laras bahasa kanak-kanak. - Faktor gaya bahasa , kejelasan suara dan intonasi penting dalam penyampaian penerangan- Gaya bahasa bertutur dengan kanak-kanak adalah berbeza dengan orang yang lebih dewasa.- Penerangan dibuat dalam suasana murid dalam keadaan bersedia untuk - mendengar dan disampaikan dengan suara yang jelas.- Ulangan kadang-kadang diperlukan untuk memastikan maklumat diterima dengan berkesan.
Penyoalan/ Soal Jawab
- Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan
- Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
- Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
- Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
- Soalan jenis bercapah / konvergen – menggalakkan kemahiranberfikir
- Memandu untuk mencapai objektif penyoalan
- Menyoal mengikut aras yang sesuai
- Mempunyai hentian untuk memberi masa murid memikirkan jawapan
- Bertujuan memperluaskan idea
- Sebarkan soalan kepada semua murid.
- Layan jawapan dengan memberi pujian dan galakan
- Mencabar sesuatu jawapan yang difikir betul / salah
- Mendorong / menggalakkan pemikiran semula
107
- Berfokus daripada soalan umum kepada yang khusus
- Pembentukan soalan jelas dari segi aras, frasa, dan maksud
- Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
Kepentingan Penyoalan
- Menambah daya ingatan dan pengetahuan - Guru dapat kesan tahap mana pengetahuan murid- Meningkatkan rapport guru dan murid- Perkembangan pengetahuan secara berperingkat dari yang mudah ke isu yang
kompleks- Mengesan sikap individu atau kumpulan murid terhadap isu atau subjek
Berasaskan Tugasan (Task- based)
- Berasaskan pendekatan komunikatif dan menggalakkan murid berkomunikasi untuk melaksanakan sesuatu tugasan mengikut masa
- Arahan guru perlu jelas dan berfokus supaya murid mudah dapat mengikuti peraturan melaksanakan tugasan
- Penegasan masa penting supaya tugasan dapat dibuat mengikut masa- Tugasan boleh dibuat antara pasangan murid atau antara kumpulan murid- Tugasan boleh berbentuk pertandingan atau persaingan antara individu atau
kumpulan- Guru boleh adakan hadiah/ token atau ganjaran untuk motivasikan murid- Dapat meningkatkan rapport guru--murid dan murid--murid- Perkembangan pengetahuan secara berperingkat , bermula dari tugasan mudah
kepada tugasan yang lebih kompleks- Guru berperanan sebagai pemudahcara dan memberi motivasi - Contoh tugasan: melengkapkan gambar, model, puzzle, mencari jalan pulang,
”explore race”, penyelesaian masalah
Bercerita
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
– Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
– Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
108
– Guru perlu hafazkan frasa atau ayat-ayat penting untuk melicinkan penceritaan.
– Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
– Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan BBM - kad gambar atau gambar bersiri, gambar kartun, keratan akhbar dan keratan majalah , objek-objek sebenar atau kostium yang sesuai.
– Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
• Kepentingan Teknik Bercerita
– Ia memotivasikan murid-murid untuk minat belajar dalam suasana yang menggembirakan;
– Pembelajaran yang berlaku melalui cerita adalah lebih kekal dan diingati lebih lama. Oleh itu, nilai-nilai murni boleh diterapkan ke dalam cerita-cerita tersebut;
– Setengah-setengah cerita dapat melibatkan murid-murid secara aktif. Dengan itu, bercerita boleh menjadi suatu strategi pengajaran yang memusatkan kepada murid-murid;
– Cerita yang bertema moral dapat membantu murid-murid menghayati nilai-nilai murni. Ini adalah kerana murid-murid belajar melalui peniruan watak-watak baik yang ditonjolkan dalam cerita;
– Cerita dapat mengurangkan masalah disiplin secara tidak langsung. Ini adalah kerana murid-murid yang tertarik kepada cerita ingin mendengar dengan teliti dan dengan itu tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin;
– Ia dapat memperluaskan pengalaman murid jika cerita itu dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian;
– Ia meningkatkan lagi kemahiran mendengar murid dan daya kreativiti murid-murid
Lakonan/ Drama
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
Lakonan/ drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah dan keyakinan murid.
109
110
TOPIK 4
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
DAN PENTAKSIRAN
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TOPIK 4KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGASAAN (KSPK)
4.1 PENGENALAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Latar Belakang
Petunjuk Prestasi Utama (KPI} Sub-NKRA : Peningkatan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Penyemakan Kurikulum1970an – KEMAS dan Jab. Perpaduan mulakan kelas prasekolah awam1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM1992 – KPM memulakan Prasekolah1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)2008/9 – KPK disemak semula 2010 – Pelaksanan KSPK
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:- Pembangunan modal insan- Penghasilan pelajar celik minda- Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat - Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis,
kreatif dan inovatif
Perubahan yang dilakukan:- Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan- Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan
keusahawanan. - Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa,
beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama
- Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah
- Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan
- Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.- Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.
111
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia:
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelak, rohani, emosi dan jasmani berdasar kepada kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberI sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Matlamat KSPK
“Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. “
Objektif KSPK
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut: Jasmani:
- Mempunyai tubuh badan yang sihat - Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas - Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik - Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan - Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan motor kasar
Emosi: - Mempunyai konsep kendiri yang positif - Mempunyai keyakinan diri- Mempunyai jati diri- Berani mencuba- Mempunyai kematangan emosi - Menghormati perasaan dan hak orang lain- Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan
112
Intelek: - Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa
Malaysia- Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris - Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan)- Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan)- Memperolehi kemahiran proses sains asas - Memperolehi kemahiran matematik asas - Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul- Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan
seharian murid - Mempunyai daya kreatif dan estetika - Menghargai keindahan alam dan warisan budaya
Rohani: - Mengamalkan nilai murni - Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama
Islam.
Sosial: - Berkebolehan berkomunikasi yang mantap. - Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.- Menyuarakan pandangan dan perasaan.- Bekerjasama dengan orang lain.
Fokus pembelajaran berpusatkan murid Kumpulan murid berumur 4-6 tahun proses pengajararan- inkuiri penemuan pendekatan – bertema, bersepadu dan belajar melalui bermain. prinsip – Developmentaly Appropriate Practice (DAP) diutamakan Penekanan Kurikulum dan Tahap Persekolahan dalam Kurikulum Transformasi:
perkembangan sosioemosi, fizikal, kognitif, sahsiah, sikap dan nilai, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul )
4 kata kekunci:- Menyuburkan (Enriching)- Aktif Penglibatan (Engaging) - Selamat (Safe)- Seronok (Fun)
Organisasi kurikulum
Digubal dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh kanak-kanak.
Berpaksikan kepada pengetahuan,kemahiran asas serta nilai Terkandung di dalam 6 tunjang: komunikasi, kerohanian sikap dan nilai,
kemanusian,Literasi sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika serta perkembangan ketrampilan diri.
113
Rekabentuk kurikulum
2 ciri utama iatu kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular.
1). Kurikulum berasaskan standard Ekuiti dan kualiti Standard kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan. Merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard pembelajaranObjektif tingkah laku.
2) Kurikulum berbentuk modular 2 jenis modul diwujudkan iaitu modul asas dan modul bertema Modul asas
komponen Bahasa (Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil) ,Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. Waktu khas diperuntukkan untuk pengajaran setiap komponen ini
Modul Bertema Modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak.
Pelaksanaan KurikulumPeruntukan masa untuk pengajaran dan pembelajaran dalam prasekolah
4 jam sehari (termasuk waktu rehat) Jika bahasa pengantar selain daripada Bahasa Malaysia maka Bahasa Malaysia
hendaklah diajar sekurang-kurangnya 3 jam seminggu Jika bahasa pengantar adalah Bahasa Malaysia maka Bahasa Inggeris
hendaklah diajar sekurang-kurangnya 3 jam seminggu Jika bahasa pengantar adalah selain daripada Bahasa Malaysia maka Bahasa
Inggeris diajar hendaklah diajar sekurang-kurangnya 3 jam seminggu. Jika terdapat 5 orang atau lebih murid beragama Islam maka pengajaran agama islam hendaklah diajar oleh guru yang bertauliah sekurang-kurangnya 2 jam
seminggu. Jika terdapat 5 orang atau lebih murid bukan beragama Islam maka pengajaran
pendidikan moral hendaklah diberikan sekurang-kurangnya 2 jam seminggu
Jadual 1: Peruntukan masa mengikut Akta Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam Kelas
Prasekolah
114
Bil PERKARA Peruntukan masa seminggu utk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya (minit)
1 Bahasa Malaysia 180 180
2 Bahasa Inggeris 180 1803 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 120 1204 Bahasa Cina/ Bahasa Tamil 180
Waktu pengajaran berdasarkan modul asas dan teras. Lebih fleksibel. Modul asas diberi peruntukan waktu lebih pada awal tahun untuk penguasaan membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Rajah 2: Cadangan Peratus Peruntukan Waktu untuk Modul Teras Asas dan Modul Bertema di kelas Prasekolah yang Bahasa Pengantarnya Bahasa Malaysia
50%
35%
0% (Awal tahun) (akhir tahun)
Peruntukan waktu untuk Modul bertema boleh ditambah secara beransur-ansur dari awal tahun ke akhir tahun secara beransur-ansur
Jadual 2: Cadangan Peruntukan waktu untuk Modul asas dan Modul bertema di Prasekolah yang Bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia
Bil Modul Peruntukan masa
115
Modul Teras Asas
Modul Bertema
Seminggu (minit)
Aktiviti Rutin (lebih kurang 30%)
1 Rutin pagi 50
2 Perbualan pagi 100
3 Rehat 150
4 Refleksi sebelum balik 50
Jumlah 350
Modul asas (lebih kurang 35%)
4 Bahasa Malaysia 90
5 Bahasa Inggeris 90
6 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 120
7 Permainan Luar 80
8 Matematik 40
Jumlah 420
Modul bertema (lebih kurang 35%)
9 Modul bersepadu merangkumi elemen-elemen dalam keenam-enam tunjang termasuk bahasa, pendidikan moral dan matematik
430
Jumlah 430
Jumlah minit seminggu 1200
Jadual 3: Cadangan Peruntukan waktu untuk Modul asas dan Modul bertema di Prasekolah yang Bahasa pengantarnya Bahasa Cina.Bahasa Tamil
dan Bahasa Pengantar lain
116
Bil Modul Peruntukan masa
Seminggu (minit)
Aktiviti Rutin (lebih kurang 30%)
1 Rutin pagi 50
2 Perbualan pagi 100
3 Rehat 150
4 Refleksi sebelum balik 50
Jumlah 350
Modul asas (lebih kurang 40%)
4 Bahasa Malaysia 90
5 Bahasa Inggeris 90
6 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 120
7 Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Pengantar lain
80
8 Permainan Luar 80
8 Matematik 40
Jumlah 510
Modul bertema (lebih kurang 30%)
9 Modul bersepadu merangkumi elemen-elemen dalam keenam-enam tunjang termasuk bahasa, pendidikan moral dan matematik
340
Jumlah 340
Jumlah minit seminggu 1200
Jadual 4: Cadangan Peruntukan waktu mengikut komponen untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia
Bil Bidang Pembelajaran Peruntukan masa
117
Seminggu (minit)
1 Rutin pagi 50
2 Perbualan pagi 100
3 Rehat 150
4 Refleksi sebelum balik 50
5 Bahasa Malaysia
-modul asas BM
-*modul bertema yang menyepadukan elemen dalam keenam-enam tunjang yang dikendalikan dalam BM
90
340
45 min x 2 hari
70 min x 5 hari
6 Bahasa Inggeris
-Modul asas BI
-* modul teras bertema yang menyepadukan elemen dalam keenam-enam tunjang yang dikendalikan dalam BI*
90
90
45 min x 2 hari
45 min x 2 hari
7 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 120 40 min x 3 hari
Atau
60 min x 2 hari
8 Permainan Luar 80 40 min x 2 hari
9 Matematik 40 40 min x 1 hari
Jumlah minit seminggu 1200
*elemen yang dimaksudkan termasuk bahasa, sains, matematik, kemanusian, muzik, seni visual, perkembangan sosio emosi, pendidikan moral
Jadual 5: Cadangan Peruntukan waktu mengikut komponen untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina, Bahasa Tamil atau bahasa pengantar lain
118
Bil Bidang Pembelajaran Peruntukan masa
Seminggu (minit)
1 Rutin pagi 50
2 Perbualan pagi 100
3 Rehat 150
4 Refleksi sebelum balik 50
5 Bahasa Malaysia (BM)
-modul asas BM
-*modul bertema yang menyepadukan elemen dalam keenam-enam tunjang yang dikendalikan dalam BM
90
90
45 min x 2 hari
45 min x 2 hari
6 Bahasa Inggeris (BI)
-Modul asas BI
-* modul teras bertema yang menyepadukan elemen dalam keenam-enam tunjang yang dikendalikan dalam BI*
90
90
45 min x 2 hari
45 min x 2 hari
7 Pendidikan Islam/Pendidikan Moral 120 40 min x 3 hari
Atau
60 min x 2 hari
8 Bahasa Cina/Bahasa Tamil/ Bahasa Pengantar Lain
-modul asas
-*Modul bertema yang menyepadukan elemen dalam keenam-enam tunjang yang dikendalikan dalam bahasa pengantar
90
160
45 min x 2 hari
30 min x 5 hari
8 Permainan Luar 80 40 min x 2 hari
9 Matematik 40 40 min x 1 hari
Jumlah minit seminggu 1200
4.2. TUNJANG KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN(Rujuk Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan)
119
4.2.1. Tunjang Komunikasi Terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris wajib diajar kepada semua kanak-
kanak prasekolah.
Bahasa Cina dan Tamil diajar kepada prasekolah aliran cina dan tamil.
Bahasa Malaysia diajar 2 jam seminggu , Bahasa Inggeris diajar 2 jam
seminggu bagi prasekolah bahasa penghantarnya Bahasa Malaysia dan 1
jam seminggu jika bahasa penghantarnya bukan Bahasa Malaysia.
Fokus utama Bahasa Komunikasi –ialah mengajar kemahiran bahasa dan seni
bahasa.
Bahasa – merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menuis.
Bahan yang digunakan mesti sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-
kanak.
4.2.2. Tunjang Sains dan Teknologi Merangkumi awal sains,awal matematik,aktiviti menggunakan blok dan ICT.
120
Memberi peluang kanak-kanak meneroka alam sekitar dengan deria dan peralatan mudah.
Mencungkil sifat ingin tahu,sistematik dan teliti.
Mengenal konsep pranombor, nombor,operasi nombor yang mudah,konsep waktu,wang, bentuk dan ruang.
Memberi peuang kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu.
4.2.3. Tunjang Kemanusiaan Tunjang ini memberi peluang kanak-kanak mengenali diri sendiri.
perhubungan antara keluarga,rakan,komuniti dan alam sekitar.
Kanak-kanak diajar tanggungjawab terhadap perhubungan ini.
Pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia.
4.2.4. Tunjang Fizikal Dan EstetikaMerangkumi perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta perkembangan Kreativiti.
Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk
meningkatkan kemahiran motor halus,motor kasar dan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak.
Mengajar teknik yang betul untuk melompat,menyambut objek,membaling objek dan postur yang betul semasa duduk.
Tunjang ini juga memberi penekanan terhadap penjagaan kesihatan diri,kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat juga aspek keselamatan.
Perkembangan Kreativiti Merangkumi seni visual,pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif.
Kanak-kanak diberi peluang menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dengan aktiviti kreativiti.
Seni visual
-aplikasi seni (mengenal dan memilih bahan untuk menghasilkan sesuatu karya) -aspresi kreatif ( proses penghasilan karya) -apresiasi seni ( proses menceritakan hasil kerja sendiri dan menunjukan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain)
121
Pendidikan Muzik-aktiviti menyanyi,bermain perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi dan aspresiasi muzik.
Drama dan Gerakan Kreatif – aktiviti drama dan gerakan. Kanak-kanak main peranan, berlakon, menari dan gerakan kreatif.
4.2.5. Tunjang Ketrampilan Diri Merangkumi mengenali dan pengurusan emosi diri , pencapaian emosi positif,
pembinaan konsep kendiri positif.
Perkembangan sosio emosi berlaku sepanjang masa, tidak dicapai melalui aktiviti spesifik, boleh melalui aktiviti rutin, rehat dan semasa makan.
4.2.6 Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai Merangkumi Pendidikan Islam dan pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari selama 2 jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.
Pendidikan Islam memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang rukun Iman, Sirah Rasulullah,
dan Kalimah Syahadah.
Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakkan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan mengikut adab , jawi, surah pendek dan doa pilihan.
Pendidikan Moral merangkumi nilai-nilai murni, kepercayaan kepada Tuhan
4.3. PERANCANGAN RANCANGAN PENGAJARAN
Rancangan Pengajaran Tahunan
Merupakan satu kerangka perancangan pengajaran & pembelajaran lengkap dengan komponen, hasil pembelajaran & aktiviti serta bahan yang disusun mengikut kesesuaian masa yang dirancang dari minggu ke minggu. Dilaksanakan dalam tempoh setahun Objektif
Guru dapat merancang, merangka, menyedia dan menyelaras secara tersusun Rancangan PengajaranTahunan/Mingguan dan Rancangan Pengajaran Harian untuk mencapai Hasil Pembelajaran
Prosedur menyediakan rancangan pengajaran tahunan
122
Memilih dan menentukan tema
Membina web tema umum & web tema khusus
Menyediakan senarai semak hasil pembelajaran
Menulis Rancangan Pengajaran Tahunan/Mingguan
Contoh Rancangan Pengajaran Tahunan
MINGGU Standard Kandungan Standard Pembelajaran Aktiviti
123
2TUNJANG KOMUNIKASI BAHASA MALAYSIA (BM 1) Kemahiran Mendengar. (BM 1 .1) Mendengar dengan penuh perhatian dengan bimbingan (Contoh: Selamat pagi, Selamat petang). (BM 2) Kemahiran Bertutur. (BM 2.1) Berinteraksi dengan mesra. (BM 3) Kemahiran Membaca. (BM 3.1) Mengenal bentuk huruf A - Z. (BM 4) Kemahiran Menulis. (BM 4.1) Menguasai kemahiran pratulis TUNJANG KEMANUSIAAN (KM 1.0) Diri saya (KM 1.1) Mengetahui tentang latar belakang sejarah diri sendiri TUNJANG KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS (BI 1)Listening speaking (BI 1.1) Listen to and discriminate sounds (BI 2 Pre reading skills (BI 2.1) Understand that printed materials contain meaning. (BI 3 ) Reading Skills. (BI 3.1) Identify alphabet. (BI 4) Writing Skills. (BI 4.1) Pre-writing skills.
(BM 1.1.6) Mendengar dan bertindak balas terhadap ucapan selamat dan bertatasusila dengan bimbingan. (BM2.1.1) Berbual dengan sebutan perkataan yang betul. (BM 3.1.1) Menyebut huruf mengikut urutan (BM 4.1.1) Memengang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis. (KM 1.1.2) Menceritakan tentang diri sendiri (contoh: nama, umur, jantina, bangsa, hobi). (BI 1.1.1) Listen to and identify common sounds around them. (BI 2.1.1) Show awareness that print conveys meaning by doing Pretend Reading. (BI 3.1.1) Recognize letters of the letters of the alphabet by their shapes. (BI 4.1.1) Engage in activities requiring eye-hand coordination.
1. Majlis suaikenal dengan murid-murid Prasekolah.
2. Guru memperkenalkan diri kepada murid-murid.
3. Menyanyikan lagu ucapan selamat
Contoh: Selamat pagi cikgu, Selamat pagi cikgu, Selamat pagi, Selamat pagi, Selamat pagi cikgu. (Melodi: Happy Birthday)
4. Bercerita tentang diri sendiri.
5. Murid-murid menyebut nama guru, pembantu dan diri sendiri secara individu.
6. Bersoaljawab dengan murid berdasarkan gambar.
7. Main peranan memberi ucapan terima kasih kepada guru dan rakan-rakan.
8. Berlakon mengikut emosi -gembira ,sedih,takut dan marah
9. Permainan mimik muka
1. Bercerita tentang diri sendiri.
2. Murid-murid menyebut nama guru, pembantu dan diri sendiri secara individu.
3. Bersoaljawab dengan murid berdasarkan gambar.
4. Teacher introduces each of the students to the class.
5. The children introduce themselves to the class, e.g : “My name is Ali.”
6. Teacher reads a short story.
7. Teacher ask questions and the children answer them.
8. The children act out lines from the short story.
9. Talk to children about the letters that represent the sounds they
124
hear at the beginning of their names.
10. Say children’s names and help them match letters with the first sound of their name – Farah – “F”.
11. Encourage children to draw and paint and talk about what they have done.
Contoh Web:
Rancangan Harian• Kriteria-kriteria yang perlu ada sewaktu menulis Rancangan Harian ialah ;
– Rancangan Tahunan / Rancangan Mingguan – Tema – Hari, Tarikh, Masa – Komponen, Hasil Pembelajaran – Aktiviti, Bahan
125
RUMAH SAYA
1. Ruang Rumah SayaoRuang – tamu/bilik air/dapur/bilik tiduroPeralatan setiap ruang
Cara penggunaan alatan
5. Persekitaran RumahoSuasana – ampaian/pokok
bunga/kolam Ikan/haiwan ternakan/pokok buah-buahan/kebun sayur
3. Kebersihan Rumah SayaoCara-cara membersih rumahoPeralatan yang diperlukan-
pongkes/penyapu/tong sampah/pewangi
4. KeselamatanoAlat-alat yang membahayakan dirioCara menyimpan alatanoPeti pertolongan CemasoPemadam apioCara merawat
2. Bentuk dan Jenis Rumah SayaoRumah batuoRumah papanoBanglooTeresoFlat/pangsa
– Kesepaduan – Catatan – Penutup – Refleksi
• Aktiviti dalam Rancangan Harian perlu berteraskan ABP (Amalan Bersesuaian Perkembangan) yang menjana perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor.
• Perlaksanaan pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu perlu seimbang di dalam dan di luar kelas
• Pembelajaran hendaklah berpusatkan murid dengan pendekatan yang bersesuaian.
• Pemilihan sumber hendaklah berasaskan tema, persekitaran dan pengetahuan sedia ada serta minat murid.
Contoh Rancangan Slot Pengajaran
Kelas : Tadika Mustika
Tarikh : 05 Januari 2010
Masa : 0800- 0830 pagi
126
Bil. murid : 25 orang
Modul : Tema
Tajuk/Tema : Keluarga saya
Tunjang Utama :KM2.0 Saya dan Keluarga
Standard Kandungan :KM2.1 Mengetahui keluarga terdekat (datuk, nenek, ibu, bapa, adik beradik)BM2.2 Meransang pertuturan melalui soal jawab
Standard Pembelajaran : KM2.1.2 Menceritakan salasilah keluarga terdekat.BM2.2.6 Menjawab soalan dengan jawapan yang bersesuaian
Kesepaduan Tunjang :BM2.0 Kemahiran bertutur
Objektif Pembelajaran :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :- (i) bercerita tentang salasilah keluarga sendiri.
Pengetahuan Sedia ada :Murid telah didedahkan tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak.
Kemahiran Berfikir (KB) :Mengekategori umur dan jantina.
Penerapan Nilai :Kasih sayang, hormat menghormati
Alat Bantu Mengajar :Carta Pokok Keluarga, Gambar Keluarga, Lagu Kasih Sayang
Fokus MI :Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan interperonal
Kosa Kata :Ibu, bapa, datuk, nenek, adik, abang, kakak
LANGKAH/ MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN/ ABM
127
Set Induksi( 5 minit )
Kasih sayang (Tulis senikata lagu)
1.Guru perdengarkan lagu “Kasih Sayang Keluarga”.2.Guru dan murid menyanyi lagu “Kasih Sayang Keluarga” sambil berpegang tangan.
ABM:
CD / kaset Lagu: Kasih Sayang Keluarga
Langkah 1( 5 minit )
Ahli keluarga: datuk, nenek, ibu, bapa dllSoalan guru: “Siapakah yang kamu paling sayang ?”. “Siapakah yang paling tua dalam keluarga?”
1.Guru bertanya dan murid akan memberitahu / menjawab soalan.2. Guru mempamerkan gambar keluarga mengikut jawapan murid.
ABM:Gambar ahli keluargaKB: menjana idea
PN: hormat
MI: linguistik
Langkah 2( 10 minit )
Susunan gambar mengikut:Peringkat umur;Jantina;Pasangan
1.Murid dimintamenyusun gambar keluarga mengikut umur atau jantina di papan tulis.2.Murid diminta menyusun gambar mengikut pasangan.
ABM:Gambar ahli keluargaKB: mengkategoriPN: hormatMI: linguistik
Langkah 3( 7 minit )
Pokok Keluarga/
Salasilah keluarga
1. Guru bahagikan murid dalam kumpulan secara berpasangan dan mengedar gambar pokok keluarga untuk dilengkapkan. 2. Murid bercerita tentang pokok keluarga yang telah disiapkan.
ABM:Gambar pokok keluargaKB: mengkategoriPN: linguistikMI: linguistik
Penutup( 3 minit)
Kasih sayang terhadap keluarga
Guru merumuskan pelajaran hari itu dan bersama-sama menyanyi lagu “Kasih Sayang Keluarga”.
ABM: CD/ Kaset Lagu KB: refleksiPN: penyayang
Refleksi Guru:
128
KESIMPULAN Penulisan perancangan tahunan dan harian merupakan asas dan panduan
untuk guru mencapai hasil pembelajaran yang dirancang.
Agihan masa dan komponen akan lebih seimbang dalam P&P.
Cadangan yang diberi diharap dapat memberi idea kepada guru untuk merancang dan menyedia dengan format penulisan yang lebih sistematik
Guru dapat melaksanakan aktiviti P&P dengan lebih bermakna dan menarik minat murid serta akhirnya mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan.
4.4. PELAKSANAAN PROSES PENTAKSIRAN
Konsep Pentaksiran “… proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian.”
“… proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur.” (Arthur et.al.; 1996)Ia merupakan proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan pelbagai kaedah.
Definisi Pentaksiran Prasekolah:
Merupakan satu proses yang sistematik untuk memperoleh maklumat perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian.
Tujuan Pentaksiran di Prasekolah
- mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur- mengenalpasti kecerdasan dan potensi bagi memperkukuhkan - mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid- menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.- memberi maklumbalas kemajuan murid
Pentaksiran harus dijalankan ke atas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam KSPK
Merangkumi keseluruhan tunjang termasuk penerapan nilai, pembentukan sikap, penguasaan kemahiran, status kecergasan, status kesihatan dan kesediaan sosial.
Penyertaan dalam pertandingan tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran kerana melibatkan banyak faktor.
Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika dan hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.
129
Ciri-Ciri Pentaksiran Di Prasekolah
• Mementingkan proses untuk menghasilkan produk.• Dijalankan dalam suasana semulajadi (naturalistik).• Dijalankan dalam suasana tidak formal.• Dijalankan secara berterusan, bukan hanya pada akhir pembelajaran.• Bersifat diagnostik: mengenalpasti kekuatan, kekurangan dan keperluan.
Kepentingan Pentaksiran Kepada Guru
• Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid.• Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan.• Membantu memperbaiki p&p dan merancang tindakan susulan.• Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid
Kepentingan Pentaksiran Kepada Murid
Melalui maklumbalas pentaksiran, murid akan dapat : • Memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka.• Motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka.
Apakah yang ditaksir?
Perkara yang ditaksir merupakan konstruk yang terkandung dalam KSPK yang mengandungi :
• Tunjang Komunikasi • Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai • Tunjang Ketrampilan Diri • Tunjang Fizikal dan Estetika • Tunjang Sains dan Teknologi • Tunjang Kemanusiaan
Termasuk elemen berikut :• penerapan nilai • pembentukan sikap • penguasaan kemahiran • status kecergasan • status kesihatan • kesediaan sosial •
Maksud konstruk dalam pentaksiran di prasekolah adalah:
Merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak dibangunkan dalam diri murid yang dikenalpasti daripada Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
130
Contoh : Tunjang Komunikasi terdapat 5 Konstruk iaitu - Kemahiran Mendengar - Kemahiran Bertutur - Kemahiran Membaca Perkataan - Kemahiran Membaca Ayat - Kemahiran Menulis
Tahap penguasaan murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai diukur melalui Standard Prestasi.
Standard Prestasi Merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid.Standard Prestasi digunakan semasa kita mentaksir.
131
STANDARD PRESTASI
Pentaksiran di prasekolah melibatkan proses:
i) Merancang
ii) Membina Instrumen
iii) Melaksanakan Pentaksiran
iv) Merekod
v) Menyimpan, Menganalisis Maklumat dan Melapor
132
CONTOH STANDARD PRESTASI
MODEL PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
Senarai SemakDefinisi:Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada :
sesuatu tingkahlaku/ciri dapat diperhatikan sesuatu pelakuan telah dilakukan kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan
133
Melaksanakan Pentaksiran Pemerhatian Tingkahlaku, Interaksi, Lisan dan Hasil
Kerja
MerekodSenarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot, Rekod
Berterusan
Menyimpan, Menganalisis Maklumat dan Melapor
SUDAHKAH MURID MENGUASAI
(MAKLUMBALAS)
Tindakan Susulan :
Bimbingan
Tindakan Susulan :
Pengukuhan Pengayaan
PROSES PELAKSANA
AN PENTAKSIRA
N
MerancangMengenalpasti
Konstruk
Membina Instrumen Mengambil kira Tunjang dan Konstruk yang dinilai Menentukan Standard
Prestasi
STANDARD BARU /
KE TAHUN SATU
SEKOLAH RENDAH
Prosedur
Perkara yang perlu diberi perhatian :
Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat. Tingkahlaku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula
jadi Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan
perkembangan tingkahlaku yang ingin diperhatikan Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau tingkah laku
murid Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat
maklumat/amalan yang lebih tepat / tekal Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan
atau kelas
134
135
Contoh Senarai Semak (1)
Nama murid : Nama Guru :
Interpretasi:- Maria menunjukkan bahawa dia mempunyai perasaan untuk menjaga dan menyayangi lam sekitar.- memiliki kecerdasan naturalis
Pemerhatian:
Maria dan Tina duduk di bawah pokok sambil bermain tepuk tangan. Agus datang menghampiri mereka dan menunjukkan bunga raya yang telah dipetiknya di kawasan tadika. Dia menyepak bunga itu seolah-olah seperti bola raga.Maria menegur: “Mana boleh buat macam tu…” “Tak apa”, kata Agus.“Tak reti..itu bukan bola” kata Maria lagi. “Tak apalah..” , jawab Agus lagi.“Sayang bunga tu…” Maria menarik tangan Tina dan beredar dari situ.
Tarikh: 20.10.2010Tempat: Di luar Kelas
Nama: MariaMasa: 9.00 pagi
Rekod Anekdot Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku murid yang
dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.
Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku.
Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan.
Rekod anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa tertentu.
Panduan Merekod Anekdot Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan direkodkan
tidak tercicir
Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat
Menulis apa yang dilihat secara objektif
Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid
yang diperhatikan
Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan
Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yang
menggambarkan perkembangan murid
CONTOH REKOD ANEKDOT
136
Rekod Berterusan Rekod Berterusan merupakan catatan yang dibuat ke atas individu atau
kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa.
Setiap pelakuan dan apa yang dikata oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian.
Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 – 5 minit.
Prosedur• Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
• Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.
• Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci, tepat dan padat.
• Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
Panduan Menulis Rekod Berterusan Rekod perkara yang benar-benar berlaku
Guna bahasa yang mudah difahami
Guna singkatan semasa mencatat
Tulis secara terperinci tingkahlaku yang diperhatikan.
Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan “judgemental”
Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak di tempat yang
strategik dan sulit.
CONTOH REKOD BERTERUSAN
137
Nama: Asri bin Yusof Umur: 5 tahun Tarikh: 24.4.2010Guru: Mohd Ismail Masa: 11.00 pagi Item: Peraturan
Pemerhatian UlasanAsri masih berada diruang mengambil wuduk. Murid lain sudah memenuhi saf hadapan. Cikgu Mohd meminta murid berdiri betul untuk mendirikan solat. Asri menolak dan merempuh rakan di saf hadapan untuk membolehkannya berada di saf hadapan. Cikgu Mohd menegur perbuatan Asri. “Tadi Asri lambat ambil wuduk.., kalau kita lambat, kita kena masuk di saf belakang yang masih kosong. Lain kali kalau nak di saf depan kenalah cepat ambil wuduk” Amin menyampuk ,”Tadi dia main air, cikgu.” Asri mengundur masuk ke saf belakang.
Belum memahami tertib mendirikan solat berjemaah
Skala Kadar Darjah kemajuan yang menggambarkan pencapaian murid. Skala - secara
angka atau gred.
Semasa merancang guru perlu menentukan :
- Tajuk
- Kemahiran , tingkah laku dan aktiviti dinyatakan dengan jelas
- Penerangan skala dinyatakan
- Skala kadar boleh digunakan secara individu, kelas atau kumpulan
138
139
Contoh Skala Kadar (1) Secara Kumpulan
Komponen: Perkembangan Kognitif - TAJUK : MAIN BONGKAHKandungan: Pengelasan, seriasi,padanan satu sama satu dan konsep ruangHasil Pembelajaran : Mengelas objek Menyusun objek mengikut seriasi Mengetahui kedudukan objek Memadan objek
140
KOMPONEN : Perkembangan FizikalTajuk : Membentuk Objek Dari Doh
Kandungan : Menguasai kemahiran motor halus Menguasai kemahiran koordinasi mata-tangan
Contoh Skala Kadar (2) SECARA KELAS
Tindakan susulanMempunyai 2 jenis tindakan susulan :
i. Pengukuhan dan pengayaan pembelajaran
- Murid yang sudah menguasai - Perlu latihan lebih mencabar ii. Bimbingan dan pemulihan - Murid belum menguasai dan masih dalam proses menguasai standard - Perlu galakan dan aktiviti bimbingan
Laporan Perkembangan Dan Kemajuan Murid • Pelaporan adalah hasil rumusan dan analisis tentang perkembangan murid.
• Ulasan perlu memenuhi kriteria kebolehan dan pencapaian sebenar murid
• Rumusan perkembangan murid dibuat berdasarkan tunjang dan aspek lain yang ditentukan
141
142
PELAPORAN PENTAKSIRAN
143
CONTOH PELAPORAN REKOD PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID (SEMESTER PERTAMA)
Etika Pentaksiran - Hasil pemerhatian hanya boleh dibincangkan dengan pihak tertentu sahaja
- Rekod tidak boleh dipamerkan
- Mengambil gambar atau rakaman video perlu atas kebenaran ibu bapa/penjaga
- Rekod perlu diberi kepada ibu bapa/penjaga di akhir tahun
144
……….CONTOH PELAPORAN REKOD PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID (SEMESTER PERTAMA)
PETA MINDA MODUL 4 : KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
152
4.1 Pengenalan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan
4.2 Tunjang
Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan
4.3 Perancangan
rancangan pengajaran
4.4 Proses
Pelaksanaan Pentaksiran
TOPIK 4 KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Proses Pelaksanaan Pentaksiran
Perancangan
Pembinaan indikator / item dalam instrumen
Pengenalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Pengenalan kurikulum Fokus Kurikulum Reka bentuk Kurikulum Pelaksanaan Kurikulum
Perancangan rancangan pengajaran
rancangan tahunan/ semester,
rancangan mingguan web umum dan
khusus rancangan harian dan
slot pengajaran Pengajaran mikro
Tunjang Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Tunjang Komunikasi Falsafah Pendidikan Prasekolah
Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Kemanusiaan Tunjang Fizikal dan Estetika Tunjang Ketrampilan Diri Tunjang Kerohanian, Sikap
dan Nilai
TERIMA KASIH
SELAMAT MAJU JAYA
93