KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING
DAN MATEMATIK (BSTEM)
BSTEM
PENGAJIAN KEJURUTERAAN
MEKANIKAL
SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK (BSTEM)
BSTEM
PENGAJIAN
KEJURUTERAAN
MEKANIKAL
Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2018
Terbitan Jun 2018
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya,
Malaysia.
CIP/ISBN
ISBN 978-967-420-404-4
KANDUNGAN
Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vii
Kata Aluan ix
Pendahuluan 1
Panduan Pelaksanaan BSTEM 3
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran :
Sistem Pengangkat Beban
Pengenalan 7
Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran 11
Komponen Pengajaran dan Pembelajaran 13
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 15
Lampiran:
A Rajah sebab dan Akibat 20
B Rajah SMART 21
C Rajah Analisis SWOT 22
D Contoh Kandungan Laporan Projek 23
E Ujian Pra 24
F Ujian Pasca 25
G Lembaran Kerja Murid 26
H Rubrik Penilaian Prototaip 28
I Exit Card 33
Rujukan
Penghargaan
v
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
ix
KATA ALUAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian
Pembangunan Kurikulum telah berjaya menghasilkan siri Bahan
Sumber STEM 2017 (BSTEM 2017). Bahan ini diharap dapat
menjadi panduan dan pencetus idea kepada guru dalam
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) STEM di sekolah. BSTEM 2017 merupakan
kesinambungan daripada siri BSTEM 2016. Siri BSTEM 2017
merangkumi 17 mata pelajaran teras dan elektif di peringkat pra
sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Usaha ini sejajar dengan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkukuhkan pembelajaran STEM di
semua peringkat.
BSTEM 2017 mengandungi dua contoh PdP bagi setiap mata pelajaran, bertujuan
membangunkan pelbagai kecekapan kognitif dan sosial, serta memupuk kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. PdP STEM memberi peluang dan pendedahan
kepada murid untuk menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar. Aktiviti yang
disediakan dapat membentuk murid menjadi pemikir yang matang dan kreatif, pencipta
yang berani, ahli pasukan yang bekerjasama dan pemimpin yang tegas serta mempunyai
visi. Pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dapat memberi kepuasan dan
motivasi dalaman seterusnya meningkatkan pelibatan murid dalam bidang STEM.
Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada panel penulis dan semua pihak yang
terlibat dalam pembinaan BSTEM 2017 di bawah Inisiatif Perkukuhan Pendidikan STEM,
PPPM 2013-2025. Semoga BSTEM dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam
usaha meningkatkan kualiti PdP yang sejajar dengan perkembangan abad 21.
Sekian, terima kasih.
SHAZALI BIN AHMAD
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2018
1
PENDAHULUAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat meningkatkan penyertaan dan
minat murid terhadap STEM melalui Inisiatif Perkukuhan STEM seperti yang
ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Melalui inisiatif ini KPM berusaha memastikan bilangan murid yang berpotensi dan
berkelayakan adalah mencukupi untuk menceburi bidang STEM di peringkat
tertiari. Pelaksanaan pendekatan STEM berhasrat melahirkan modal insan yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai serta membudayakan amalan
STEM.
Berdasarkan hasrat KPM, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah
membangunkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dikenali
sebagai Siri Bahan Sumber Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik
(BSTEM). Bahan sumber ini merupakan lanjutan kepada Buku Panduan
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran STEM yang telah dibangunkan
sebelum ini untuk membantu guru melaksanakan PdP STEM di sekolah. Siri
BSTEM yang dihasilkan adalah seperti Jadual 1.
BSTEM 2016 BSTEM 2017
Biologi (Sek. Men.)
Pengajian Kejuruteraan Awam
(Sek. Men.)
Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal (Sek. Men.)
Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik (Sek. Men.)
Fizik (Sek. Men.)
Grafik Komunikasi Teknikal
(Sek. Men.)
Reka Bentuk dan Teknologi
(Sek. Men.)
Sains Rumah Tangga (Sek. Men.)
Kimia (Sek. Men.)
Sains Sukan (Sek. Men.)
Asas Sains Komputer (Sek. Men.)
Sains Tambahan (Sek. Men.)
Matematik Tambahan (Sek. Men.)
Matematik (Sek. Men.)
Sains (Sek. Men.)
Pertanian (Sek. Men.)
Reka Cipta (Sek. Men.)
Asas Kelestarian (Sek. Men.)
Sains (Sek. Ren.)
Matematik (Sek. Ren.)
Sains Komputer (Sek. Men.)
Reka Bentuk dan Teknologi
(Sek. Ren.)
Pembelajaran Bersepadu
(Pra Sekolah) -
Jadual 1: Bahan Sumber BSTEM 2016 dan 2017
2
Bahan sumber ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti
untuk sesi sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM menggunakan
strategi inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan projek. PdP ini memberi
peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dan pengalaman pembelajaran yang mendalam serta diperkaya.
Pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid perlu dilaksanakan bagi
menyediakan murid untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Proses PdP STEM
yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat menghasilkan
murid seperti yang dihasratkan iaitu mempunyai profil berdaya tahan, mahir
berkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, penyayang, prihatin dan patriotik.
BSTEM 2017 diharap menjadi contoh dan pencetus idea kepada guru dalam
menyediakan aktiviti PdP STEM. Guru digalakkan untuk membangunkan PdP bagi
tajuk lain dalam mata pelajaran ini.
3
PANDUAN PELAKSANAAN BSTEM
Pengajaran dan pembelajaran STEM merupakan satu pendekatan yang
melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk
menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam
sekitar. Pendekatan ini menggalakkan murid menyoal dan meneroka persekitaran
melalui inkuiri serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar
dalam usaha membudayakan amalan STEM. Sehubungan itu, Inisiatif Perkukuhan
STEM dilaksanakan adalah untuk membudayakan amalan STEM dalam kalangan
murid.
BSTEM dibangunkan untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM yang
menarik agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. BSTEM ini mengandungi dua
contoh PdP untuk mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Contoh PdP ini diharap dapat menjadi panduan kepada guru untuk membina lebih
banyak aktiviti PdP STEM berdasarkan kurikulum kebangsaan yang diguna pakai.
Secara umumnya, setiap contoh PdP dalam bahan sumber ini mengandungi:
1. Pengenalan
2. Komponen PdP
3. Rancangan PdP
4. Aktiviti PdP
5. Lampiran:
Ujian Pra
Ujian Pasca
Lembaran Kerja Murid
Borang Penilaian
Exit Card
Rujukan
Pentaksiran dilaksanakan sepanjang aktiviti menggunakan borang penilaian yang
disediakan. Antara pentaksiran yang dilaksanakan adalah penilaian prototaip,
penilaian pembentangan, penilaian kendiri dan rakan sebaya, ujian pra, ujian
pasca serta Exit Card sebagai refleksi PdP.
4
PdP STEM boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah asas seperti yang disyorkan
dalam Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
dalam PdP 1. Urutan langkah asas aktiviti PdP STEM yang perlu dilalui oleh murid
adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1.
BSTEM mengandungi 3 fasa untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM
dengan lebih sistematik. Ketiga-tiga fasa ini memperincikan langkah-langkah yang
harus guru ikuti bagi merancang dan mengurus perjalanan PdP supaya menjadi lebih
berkesan. Langkah-langkah umum untuk melaksanakan PdP STEM bagi
1 Bahagian Pembangunan Kurikulum (2016). Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuteruteraan dan
Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. KPM
Mengemukakan soalan dan mendefinisi masalah
Mencari dan mengumpul maklumat melalui inkuiri
Merancang dan menjalankan penyiasatan
Menganalisis dan menginterpretasi data
Membina penyelesaian dan mereka bentuk
penyelesaian
Mempersembahkan produk
Menambah baik produk
Murid menyiasat dan meneroka untuk mengenalpasti
masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar.
Murid mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
(temu bual, kajian, internet, media cetak dan lain-lain).
Murid merancang dan menjalankan penyiasatan dalam
bentuk inkuiri.
Murid menggunakan pemikiran matematik dan
komputasional dalam membentangkan data supaya
boleh difahami, digunakan serta dikongsi bersama.
Murid menstrategi dan merangka pelan penyelesaian.
Murid mereka cipta dengan mengulangi proses/ kaedah
secara sistematik untuk menambahbaik produk.
Murid membentangkan produk dengan justifikasi
berdasarkan evidens. Rakan lain diberi peluang untuk
berkomunikasi dengan memberikan komen membangun.
Murid menambah baik produk bagi menyelesaikan
masalah dan meningkatkan kefungsiannya.
1
2
3
4
5
6
7
Rajah 1: Langkah Asas Aktiviti PdP STEM
5
setiap fasa dinyatakan seperti dalam Rajah 2.
Rajah 2: Langkah Umum Pelaksanaan PdP STEM
PdP yang menarik, relevan dan mempunyai impak tinggi terhadap murid adalah
bergantung kepada perancangan, persediaan, pelaksanaan dan refleksi guru
sepanjang proses PdP. Guru perlu memastikan PdP dapat dijalankan dengan
berkesan dengan impak yang tinggi dalam memberi peluang dan galakan kepada
murid untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan.
FASA
SEBELUM
PdP
FASA
SEMASA
PdP
FASA
SELEPAS
PdP
1. Mengenal pasti strategi PdP STEM berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar.
2. Menyediakan senario/ situasi/ masalah yang sesuai bagi tujuan di atas.
3. Membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid terhadap situasi yang dikemukakan sehingga akhir sesi PdP.
4. Menyediakan bahan (softcopy dan hardcopy) dan peralatan yang diperlukan. Memilih tempat dan tarikh yang sesuai bagi PdP ini.
5. Mentadbir Ujian Pra.
7. Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan kepada murid melaksanakan tugasan ini.
6. Mengemukakan senario/ situasi/ masalah sebagai set induksi bagi mencetus minda murid dan menarik pelibatan murid.
8. Menggalakan murid menjana idea semasa perbincangan kumpulan dalam proses penyelesaian masalah/ melengkapkan tugasan (dengan soalan-soalan yang telah disediakan guru semasa Fasa Sebelum PdP).
9. Memberi respons dan menilai prototaip/ pencapaian murid/ kumpulan.
10. Mentadbir Ujian Pasca.
11. Membuat refleksi terhadap PdP yang telah dilaksanakan.
12. Menambah baik rancangan PdP ini bagi kelas yang
akan datang.
7
1. Pengenalan
Projek mini pembinaan pengangkat beban dilaksanakan selepas atau sebelum murid
mempelajari topik Mekanik dan Komponen Mekanikal tingkatan 4. Aktiviti ini
menggunakan pendekatan Project Based Learning (PjBL). Murid didedahkan dengan isu
atau masalah berkaitan penggunaan tenaga, masa dan kos untuk suatu aktiviti dalam
sektor industri dan mereka perlu mencadangkan idea penyelesiaan untuk menangani
masalah yang diberikan dengan menghasilkan satu model. Murid mengaplikasikan
pengetahuan tentang mekanik dan komponen mekanikal disamping mengintegrasikan
nilai menghargai alam sekitar serta mereka cipta suatu produk untuk kebaikan sejagat.
Cadangan masa melaksanakan aktiviti ini adalah sebanyak 7 jam bergantung kepada
kreativiti dan fleksibiliti guru untuk menyesuaikannya dengan situasi sekolah, murid dan
faktor lain.
Panduan pelaksanaan aktiviti ini telahpun diterangkan dalam bab sebelum ini dan perlu
difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP dapat berlangsung dengan lancar dan
berkesan. Sehubungan itu, guru perlu meneliti persiapan dari aspek bahan, peralatan,
ruang kerja, tempoh masa, bahan ransangan, paparan video dan kos yang diperlukan
sepanjang menjayakan aktiviti ini. Adalah lebih bermakna jika guru dapat menggalakkan
murid menghasilkan model yang mesra alam dan mempunyai kos yang minima. Berikut
adalah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru disepanjang aktiviti ini:
SESI 1 (2 jam PdP)
Menyediakan bahan rangsangan seperti keratan surat khabar, majalah, artikel, video atau imej berkaitan penggunaan tenaga, masa dan kos yang diperlukan untuk kerja pengendalian bahan dalam sektor industri. (Kata kunci: penggunaan tenaga, masa dan kos )
Menyediakan borang pentaksiran pelajar (kertas Ujian Pra dan Ujian Pasca : borang penilaian individu, lembaran kerja murid, senarai semak kompetensi serta helaian penilaian rubrik)
Sebelum PdP
8
Melaksanakan pentaksiran awal (ujian pra) ke atas murid.
Mencetus minda murid dengan set induksi. (tayangan video/ memberikan bahan rangsangan).
Memberikan senario atau pernyataan masalah.
Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan kepada murid melaksanakan projek ini.
Pemudahcara kepada murid mengenal pasti fokus dan punca masalah dengan membuat analisis kaedah sebab dan akibat. (Lampiran a)
Pemudahcara kepada murid melaksanakan proses sumbang saran dan menjana idea untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah Specific, Measurable, Achievable, Realistic & Time (SMART). (Lampiran b)
Pemudahcara kepada murid mendapatkan idea menghasilkan model pengangkat beban berdasarkan analisis fokus dan punca masalah.
Pemudahcara kepada murid menghasilkan lakaran idea berlabel model pengangkat beban.
Pemudahcara kepada murid menganalisis dan memilih lakaran idea pengangkat beban yang terbaik dalam menyelesaikan masalah berkaitan penggunaan tenaga, masa dan kos yang efektif menggunakan kaedah Strength, Weakness, Opportunity, Threat (SWOT). (Lampiran c)
Murid mengenal pasti dan mendapatkan bahan keperluan untuk membina model bagi sesi PdP yang seterusnya.
Murid menyediakan lukisan terperinci reka bentuk model gabi kumpulan masing-masing.
Selepas PdP
Semasa PdP
9
SESI 2 (4 Jam PdP)
Murid menyediakan bahan keperluan untuk membina model bagi sesi PdP yang seterusnya.
Pemudahcara kepada murid membina model berfungsi pengangkat beban berdasarkan lukisan terperinci reka bentuk yang telah ditentukan.
Pemudahcara kepada murid menguji keberkesanan model i) Berfungsi atau tidak ii) Berkesan dalam menyelesaikan masalah atau tidak
Murid membuat penambahbaikan terhadap model dan pengujian semula.
Murid mengumpul data bagi menyediakan laporan pembentangan model pengangkat beban berfungsi (laporan bertulis, persembahan multimedia dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing)
Murid menyediakan laporan, ulasan model berfungsi murid.
Murid membuat persediaan persembahan
SESI 3 (1 Jam PdP)
Murid menyediakan peralatan dan keperluan untuk pembentangan (model berfungsi, komputer riba, projektor dan lain-lain) mengikut kreativiti masing-masing.
Murid membuat persembahan berkumpulan berdasarkan model berfungsi masing-masing.
Menggalakkan kritikan berhemah dan idea penambahbaikan dalam kalangan murid dan memastikan murid jelas dengan konsep dan justifikasi STEM bagi penambahbaikan.
Guru mengumpul semua produk murid.
Melaksanakan petaksiran akhir (ujian pasca/ rubrik/ senarai semak/ exit card).
Murid mengemaskini laporan lengkap berdasarkan penambahbaikan yang telah dicadangkan semasa pembentangan dan perlu dihantar kepada guru dalam tempoh 1 minggu.
Membuat refleksi PdP yang telah dilaksanakan dan penambahbaikan untuk PdP seterusnya.
Menyemak laporan murid yang telah diterima. Menyimpan beberapa hasil kerja yang baik sebagai bahan contoh/ pameran pada Minggu Sains dan Matematik/ Hari Kokurikulum/ Bengkel Sains.
Semasa PdP
Sebelum PdP
Semasa PdP
Sebelum PdP
Sesi 3
Selepas PdP
Selepas PdP
10
Sepanjang proses PdP guru haruslah menerapkan amalan STEM dan pembelajaran mendalam agar PdP tersebut bermakna. Pengalaman pembelajaran murid dengan menghasilkan produk ini digambarkan dalam setiap sesi PdP bersemuka seperti dalam Aliran Pelaksanaan Aktiviti Murid Melaksanakan Kempen Kesihatan (Rajah 1)
Rajah 1: Aliran pelaksanaan aktiviti murid menghasilkan model berfungsi
pengangkat beban
1. MENGENAL PASTI FOKUS MASALAH
3. MENJANA IDEA-IDEA REKA BENTUK MODEL BERFUNGSI (CIRI) (Analisis SMART)
2. MENGUMPUL & MENGANALISIS MAKLUMAT (Rajah Sebab & Akibat)
TIDAK
4. MELAKAR IDEA-IDEA AWAL
11. MENDOKUMENTASIKAN PROJEK
BERJAYCADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
10. MEMBUAT PERSEMBAHAN PROJEK
BERJAY
A
PROSES
PENAMBAH
BAIKAN YA
9. MENGUJI KEBERKESANAN MODEL BERFUNGSI
8. MERANCANG & MEMBINA MODEL BERFUNGSI BERDASARKAN IDEA TERPILIH
7. MENGENAL PASTI JENIS ALAT, BAHAN, KOMPONEN DAN LAIN-LAIN KEPERLUAN
6. MEMBUAT LUKISAN MODEL TERPERINCI
5. MENGANALISIS & MEMILIH IDEA REKA BENTUK MODEL BERFUNGSI (Analisis SWOT)
SESI 2
(4 Jam PdP)
SESI 1
(2 Jam PdP)
SESI 3
(1 Jam PdP)
11
2. Rancangan Aktiviti: Pengangkat Beban
Tingkatan: Tingkatan 4
Mata Pelajaran: Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
Standard Kandungan:
3.3 Mekanik 5.1 Komponen Mekanikal
Standard Pembelajaran: 3.3.2, 5.1.1, 5.1.2
Tajuk: Model berfungsi Pengangkat Beban
Tempoh (waktu): 7 jam (2 + 4 + 1)
Ringkasan Aktiviti:
Senario:
Anda ialah seorang jurutera mekanikal yang bertugas di sebuah kilang pembuatan. Peningkatan kos pengendalian bahan yang semakin tinggi mula memberi kesan kepada operasi kilang dan keuntungan syarikat.
Sebagai jurutera mekanikal di bahagian pengeluaran, anda dapati Unit Pengendalian Bahan masih menggunakan tenaga buruh sepenuhnya. Situasi ini menyebabkan proses pemindahan bahan mentah memerlukan tempoh masa yang lama, tenaga kerja yang ramai dan menyebabkan keperluan kos operasi yang tinggi.
Pihak pengurusan syarikat telah memutuskan bahagian anda perlu mencadangkan satu reka bentuk alat atau mesin bagi tujuan penambahbaikan ke arah keberkesanan tenaga, masa dan kos dalam pengurusan pengendalian bahan.
Justeru itu, anda perlu mereka bentuk satu model berfungsi mekanisme yang efisen bagi pemindahan bahan dari satu tempat ke tempat lain.
12
Apa pengetahuan, kemahiran dan nilai yang murid perolehi setelah melalui aktiviti ini?
Pengetahuan, kemahiran dan nilai
Menghubungkaitkan masalah dengan konsep mekanik (daya, hukum newton, keseimbangan daya, momen) (ujian pra & pasca)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka bentuk kejuruteraan mekanikal dalam menyelesaikan masalah. (rubrik)
Melahirkan rasa tanggung jawab sosial dan kemahiran kerjasama kumpulan. (rubrik)
Apa pengalaman baharu murid setelah melalui aktiviti ini?
Pengalaman baru murid
Membuat model berfungsi pengangkat beban
Pengetahuan konsep mekanik
Pengetahuan sifat-sifat bahan kejuruteraan
Pengetahuan teknik penyelesaian masalah saintifik
Nilai merekacipta dan menghargai alam sekitar
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik dalam menyelesaikan masalah sebenar.
13
3. Komponen Pengajaran dan Pembelajaran
Pendekatan STEM menekankan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai
STEM untuk menyelesikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan
alam sekitar. Pendekatan STEM yang berterusan akan membawa pembudayaan amalan
STEM dalam kalangan murid.
Konteks:
/ Kehidupan Harian
/ Alam Sekitar
/ Masyarakat Tempatan dan Global
Kemahiran Abad ke-21:
/ Kreativiti dan Inovasi
/ Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
/ Komunikasi dan Kolaborasi
/ Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
/ Kemahiran Hidup dan Kerjaya
/ Nilai dan Etika
Pengintegrasian STEM:
Sains: Mengaplikasi konsep daya dan sistem hidraulik
Teknologi: Menghasilkan model pengangkat beban yang efisen
Kejuruteraan: Mereka bentuk model berfungsi pengangkat beban
Matematik: Mengira daya, momen dan had maksimum beban
14
Bahan Sumber:
Alatan &
Bahan yang
diperlukan:
(Cadangan)
1. Kertas keras (Mounting board) 2. Beban pelbagai berat 3. Alatan tangan 4. Alatan pengukuran 5. Picagari 6. Tiub getah 7. Gam 8. Lain-lain alatan dan bahan disediakan oleh kumpulan projek
masing-masing.
Sumber yang
disediakan
oleh guru:
○ Blog dan laman web *(pautan video) ○ Surat Khabar ○ Persembahan Powerpoint ○ gambar
15
4. Aktiviti PdP
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
Formatif
Sesi 1 (2 jam)
1. Menentukan
pengetahuan
sedia ada murid
Menduduki ujian pra Melaksanakan
pentaksiran awal ke
atas murid
Set Ujian Pra
(Lampiran e)
2. Membuat
pemerhatian
dan mengaitkan
pengetahuan,
kemahiran dan
nilai sedia ada
dengan isu
dunia sebenar
Menonton video
berkaitan aktiviti
industri yang
melibatkan kerja
pemindahan beban
yang berat
menggunakan jentera
atau robot untuk
mengenal pasti isu
atau masalah yang
dipaparkan.
Mencetus minda
murid untuk
mengenalpasti isu
dan penyelesaian
masalah dengan set
induksi. (tayangan
video/ memberikan
bahan rangsangan)
Peka terhadap
isu dan
masalah dunia
sebenar.
Borang Sebab
dan Akibat
(Lampiran a)
3. Meneroka dan
mencari
maklumat
berkaitan
penggunaan
tenaga, kos dan
masa secara
efektif dalam
sektor industri
Berbincang dan
menyenaraikan fakta
yang mereka sudah
tahu, ingin tahu dan
akan tahu berkaitan
penggunaan masa,
tenaga dan kos yang
paling efektif untuk
mengendalikan aktiviti
di industri.
Mendapatkan
maklumat untuk
menyelesaikan
masalah yang
diberikan.
Memberikan senario
atau pernyataan
masalah berkaitan
aktiviti dalam sektor
industri dengan
pengggunaan masa,
tenaga dan kos yang
tidak efisien.
Merangsang murid
untuk mengenal pasti
keadaan sedia ada &
cadangan untuk
menjadikan kerja di
sektor industri lebih
efisien dari segi
penggunaan masa,
tenaga dan kos.
Inkuiri/ projek/
penyelesaian
masalah dalam
kehidupan
sebenar.
Borang
Analisis
SMART
(lampiran b)
16
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
Formatif
4. Merancang kerja
pembangunan
reka bentuk
produk dan
mengagihkan
tugasan dalam
kumpulan untuk
membangunkan
model.
Mengenal pasti
masalah berdasarkan
senario yang
diberikan dengan
membuat analisa
menggunakan
kaedah sebab dan
akibat.
(Rujuk lampiran a)
Membina idea/
cadangan
penyelesaian
masalah dengan
menggunakan
kaedah Specific,
Measurable,
Achievable, Realistic
& Time (SMART).
(Rujuk lampiran b).
Menentukan
cadangan
penyelesaian
masalah yang terbaik
untuk pembinaan
model menggunakan
kaedah Strength,
Weakness,
Opportunity, Threat
(SWOT).
Rujuk lampiran c
Menyediakan lukisan
terperinci reka bentuk
model.
Mengenal pasti
langkah kerja serta
menentukan bahan
yang diperlukan untuk
membina model.
Mengedarkan
lembaran kerja
aktiviti murid untuk
melaksanakan
projek.
Pemudahcara
kepada murid untuk
mengenal pasti fokus
dan punca masalah.
Merangsang murid
untuk membentuk
cadangan/ idea
penyelesaian
masalah
Menggalakkan murid
mengintegrasikan
elemen kelestarian
alam sekitar dalam
membina cadangan
penyelesaian
masalah
Merangasang murid
untuk menentukan
kelebihan yang ada
pada cadangan yang
dipilih untuk
pembinaan model.
Guru memantau dan
membimbing murid
untuk mencari
maklumat, sumber
dan bahan yang
diperlukan.
Kerja
berpasukan
yang produktif
Mendapatkan
maklumat,
menilai dan
berkomunikasi
tentang
maklumat
tersebut.
Mengemukakan
soalan dan
mendefinisi
masalah.
Meningkatkan
kepekaan murid
kepada isu dan
masalah dunia
sebenar.
Mengumpul
maklumat
Lembaran
Kerja Murid
(Lampiran g)
17
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
Formatif
5. Bekerja serta
berkomunikasi
secara berkesan
dalam kumpulan
untuk
menerangkan
serta memilih
cadangan
penyelesaian
masalah yang
terbaik untuk
proses
pembinaan
model.
Memperincikan
beberapa model yang
dicadangkan melalui
proses sumbang
saran bersama ahli
dalam kumpulan
untuk menggalakkan
pemikiran secara
kritikal dan analitikal.
Menjustifikasikan
pilihan yang telah
dibuat di antara
beberapa cadangan
penyelesaian yang
dibina untuk
menyelesaikan
masalah yang
dinyatakan.
Melontarkan soalan
yang dapat
merangsang
pemikiran murid
dalam mereka
bentuk alat
mengangkat beban.
Menggalakkan
kritikan berhemah
dan idea
penambahbaikan
dalam kalangan
murid dan
memastikan murid
jelas dengan konsep
dan justifikasi STEM.
Memerlukan
murid memberi
pelbagai
jawapan/
penyelesaian
beserta
justifikasi.
Membina
penjelasan dan
mereka bentuk
penyelesaian.
Sesi 2 (4 jam)
6. Membina model
alat pengangkat
beban
Memainkan peranan
secara aktif semasa
menjalankan aktiviti
pembinaan model alat
pengangkat beban
secara berkumpulan.
Melakukan ujian ke
atas setiap bahagian
model yang dibina
untuk memastikan
kefungsiannya.
Membimbing murid
menghasilkan model
pengangkat beban
serta memastikan
murid mematuhi
prosedur yang betul
semasa
menggunakan mesin
dan peralatan di
dalam bengkel
kejuruteraan.
Mengawasi aktiviti
murid semasa
berada di dalam
bengkel agar
sentiasa mematuhi
peraturan
keselamatan yang
ditetapkan.
Membina
penjelasan dan
mereka bentuk
penyelesaian.
Membina
model
berdasarkan
lukisan
terperinci
18
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
Formatif
7. Troubleshoot
masalah yang
dihadapi
semasa ujian
kefungsian
produk untuk
memastikan
model berfungsi
dengan baik.
Menguji kefungsian
dan membuat
penambahbaikan
terhadap keseluruhan
model sehingga
berjaya.
Mengumpul data
berkaitan kefungsian
dan kebolehan model
menyelesaikan
masalah yang
dinyatakan.
Memantau aktiviti
murid dan bertindak
sebagai penasihat
dan pemudahcara.
Melibatkan diri
dalam
perbincangan
dan
perbahasan
berdasarkan
eviden.
Menggunakan
pemikiran
matematik dan
komputational
Menguji
keberkesanan
model
Rubrik
penilaian
model
(Lampiran h)
Sesi 3 (1 jam)
8. Membuat
dokumentasi
Setiap kumpulan
berbincang dan
menentukan rumus
yang akan digunakan.
Murid membuat
rujukan dari pelbagai
sumber
Guru sebagai
fasilitator
Melibatkan
murid dalam
inkuiri dan
penerokaan
terbuka
Senarai semak
laporan hasil
kerja
Lampiran e
9. Membentangkan
hasil projek
dengan yakin
beserta
justifikasi dan
eviden yang
kukuh
Mempamerkan dan
membentangkan hasil
prototaip tersebut
kepada kelas untuk
penilaian
Guru menilai
prototaip
berdasarkan rubrik
Memberi
pelbagai
jawapan/
penyelesaian
kreatif & inovatif
berserta
justifikasi.
Lampiran g,
Bahagian E
(murid)
10. Menerima
teguran dan
kritikan dengan
baik dan
berhemah serta
membina soalan
yang baik dan
relevan
Murid dan guru
digalakkan
mengutarakan
soalan, ulasan dan
kritikan berhemah
bagi
penambahbaikan
projek
Memberi
peluang
menambah baik
idea atau
produk
Lampiran h
Rubrik
Penilaian
untuk
pembentangan
(guru)
19
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
Formatif
11. Menilai
pembelajaran
mereka melalui
perbandingan
sebelum dan
selepas PdP
Murid menduduki
ujian pasca
Guru memberi ujian
pasca pembelajaran
Ujian Pasca
Lampiran f
12. Membuat
refleksi diri
tentang
pembelajaran
mereka
dalamPdP tadi
Murid membuat
penilaian rakan
sebaya dan penilaian
kendiri.
Murid membuat
refleksi dengan
melengkapkan Exit
Card
Guru memastikan
murid melengkapkan
Borang Penilaian
Rakan Sebaya Dan
Penilaian Kendiri
serta
Exit Card untuk
membuat penilaian
dan refleksi PdP
Guru membuat
refleksi/ kesimpulan
dan menambah baik
PdP
Borang
Penilaian
Rakan Sebaya
Dan Penilaian
Kendiri
Lampiran h
Exit Card
Lampiran i
20
RAJAH SEBAB & AKIBAT (Fish Bone Diagram)
[CONTOH PDP 1: PENGANGKAT BEBAN]
MATA PELAJARAN : PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
TAJUK : MEKANIK & BAHAN KEJURUTERAAN TARIKH : .........................
NAMA : ................................................................... TING. : ............................
Murid mengekstrak informasi
Lampiran A
FOKUS MASALAH
BAHAN
KAEDAH BAHAN MANUSIA
PERALATAN
21
RAJAH SMART
[CONTOH PDP 1: PENGANGKAT BEBAN]
MATA PELAJARAN : PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
TAJUK : MEKANIK & BAHAN KEJURUTERAAN TARIKH : .........................
NAMA : ................................................................... TING. : .............................
BIL IDEA PENYELESAIAN
ANALISIS
JUMLAH
S M A R T
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
NOTA: S-Specific, M-Measurable, A-Achievable, R-Realistic, T-Time
Lampiran B
22
RAJAH ANALISIS SWOT
[CONTOH PDP 2: ALAT PENGANGKAT BEBAN]
MATA PELAJARAN : PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
TAJUK : MEKANIK & BAHAN KEJURUTERAAN TARIKH : .........................
NAMA : ................................................................... TING. : ............................
KEKUATAN (STRENGTH) KELEMAHAN (WEAKNESS)
PELUANG (OPPORTUNITY) ANCAMAN (THREAT)
Lampiran C
23
CONTOH KANDUNGAN LAPORAN PROJEK Biodata Ahli Kumpulan Penghargaan Abstrak Kandungan Senarai Jadual Senarai rajah Jadual perancangan & perlaksanaan projek Bab 1 : Pengenalan
1.1 Pendahuluan 1.2 Objektif projek 1.3 Skop projek
Bab 2 : Rekabentuk Struktur
2.1 Idea atau konsep rekabentuk 2.2 Elemen-elemen struktur rekabentuk 2.3 Analisa kekuatan dan kelemahan rekabentuk
Bab 3 : Pembinaan Projek
3.1 Langkah Kerja Menyiapkan Projek 3.2 Langkah kerja operasi 3.3 Had-had operasi
Bab 4 : Hasil Dapatan Projek
4.1 Analisis Data Dapatan 4.2 Pencapaian Objektif
Bab 5 : Kesimpulan &cadangan Rujukan Lampiran
Lampiran D
24
UJIAN PRA
[CONTOH PDP 1: PENGANGKAT BEBAN]
MATA PELAJARAN : PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
TAJUK : MEKANIK, SISTEM & BAHAN KEJURUTERAAN TARIKH : .........................
NAMA : ................................................................... TING. : ............................
Sila jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan.
1. Nyatakan teori asas hukum Gerakan yang diperkenalkan oleh Sir Isaac Newton? C1 ________________________________________________________________ ________________________________________________________________
2. Apakah kepentingan pengetahuan tentang momen terhadap suatu reka bentuk? C2 ________________________________________________________________
________________________________________________________________
3. Rajah 1 berikut menunjukkan satu binaan pengangkat beban. Jika beban yang ditanggung sebanyak 300kg, tentukan nilai momen pada titik A
Lampiran E
Rajah 1
25
UJIAN PASCA
[CONTOH PDP 1: ALAT PENGANGKAT BEBAN]
MATA PELAJARAN : PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
TAJUK : MEKANIK, SISTEM & BAHAN KEJURUTERAAN TARIKH : .........................
NAMA : ................................................................... TING. : ............................
Sila jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan.
1. Sir Isaac Newton tela memperkenalkan teori asas hukum Gerakan. Nyatakan teori asas berkenaan. C1 ________________________________________________________________ ________________________________________________________________
2. Suatu reka bentuk produk yang melibatkan daya akan menghasilkan momen. Terangkan kepentingan pengetahuan tentang momen tersebut? C2 ________________________________________________________________
________________________________________________________________
3. Rajah 1 berikut menunjukkan satu binaan pengangkat beban. Jika beban yang ditanggung sebanyak 300kg, tentukan nilai momen pada titik A
Lampiran F
Rajah 1
250kg
3m
3m
2m
26
LEMBARAN KERJA MURID
[CONTOH PDP 1: PENGANGKAT BEBAN]
Tarikh:……………….. Sekolah:………………………. Tingkatan:……………….
Nama ahli Kumpulan:
(1) (3) (5)
(2) (4)
Objektif Pembelajaran:
Murid akan dapat:
Mempraktikkan amalan mencintai alam sekitar untuk melalui kehidupan yang
selesa
Mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam tajuk mekanik dan system hidraulik
bagi mereka bentuk dan membina sebuah prototaip sistem pengangkat beban.
Bekerja serta berkomunikasi secara berkesan dalam kumpulan.
Menerangkan dan membentangkan reka bentuk sistem pengangkat beban.
A. Pencarian Fakta
Berdasarkan masalah yg diberi melalui senario dan video, kenal pasti fakta-fakta
yang berkaitan dengan penjimatan tenaga dan kos serta usaha dan cadangan
yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.
B. PerluTahu/ Isu pembelajaran (RAJAH SEBAB & AKIBAT)
Dengan bantuan fakta-fakta yang dikemukakan, apakah isu yang perlu anda
tahu dan isu pembelajaran yang akan membolehkan anda untuk menyelesaikan
tugas anda?
C. Pelan Tindakan
Draf pelan tindakan untuk menangani isu-isu pembelajaran yang dikenal pasti,
termasuk sumber dan bahan yang diperlukan.
Lampiran G
27
D. Penyelesaian yang dicadangkan (SMART & SWOT)
1. Melalui sumbang saran, cadangkan beberapa reka bentuk sistem pengangkat
beban yang mungkin dan lakarkan reka bentuk yang terbaik (berskala dan
berlabel)
2. Terangkan ciri-ciri sistem pengangkat beban yang direka bentuk berdasarkan
kriteria yang ditetapkan.
E. Pembentangan
1. Membina prototaip sistem pengangkat beban berdasarkan reka bentuk anda
menggunakan bahan-bahan yang sedia ada.
2. Menyediakan pembentangan (menggunakan ICT atau sebaliknya) untuk
menjelaskan pilihan bahan dan bagaimana reka bentuk prototaip anda menepati
sasaran.
28
Rubrik Penilaian untuk Pengangkat Beban
[CONTOH PDP 1: PENGANGKAT BEBAN]
Tarikh: ........................... Kumpulan:………………….................
Kategori 4 3 2 1 Skor
PENILAIAN KUMPULAN
Mengenal
pasti fokus
masalah
(borang sebab
& akibat,
SMART dan
SWOT)
Menyatakan fokus
masalah iaitu
menyelesaikan isu
tenaga, masa &
kos dengan jelas
Menyatakan dua
dari tiga fokus
masalah tenaga,
masa & kos
dengan jelas
Hanya
menyatakan salah
satu fokus
masalah tenaga,
masa & kos
dengan jelas
Fokus masalah
yang dinyatakan
berbeza daripada
ketiga-tiga fokus
sebenar.
Menganalisis
maklumat
(borang sebab
& akibat,
SMART dan
SWOT)
Data analisis yang
lengkap dengan
punca masalah,
idea
penyelesaian &
pemilihan idea
Hanya
menyatakan dua
daripada tiga
perkara berikut:
punca masalah,
idea
penyelesaian &
pemilihan idea
Hanya
menyatakan salah
satu daripada tiga
perkara berikut:
punca masalah,
idea penyelesaian
& pemilihan idea
Data
dipersembahkan
tanpa
menggunakan
borang yang
dicadangkan
Lukisan
terperinci
Lukisan
mempunyai label
dan dimensi
selain lengkap
dengan lukisan
ortografik,
lukisan ceraian,
lukisan
pemasangan dan
dipersembahkan
dengan kemas
serta
mengaplikasikan
teknologi
(CAD/lain-lain)
Lukisan memiliki
kesemua ciri
yang diperlukan
tetapi tidak
dipersembahkan
menggunakan
lukisan terbantu
komputer
Lukisan terperinci
mengandungi
sekurang-
kurangnya empat
daripada perkara
yang dinyatakan
Lukisan terperinci
yang dihasilkan
mengandungi
salah satu
daripada perkara
yang dinyatakan
Lampiran H
29
Kategori 4 3 2 1 Skor
PENILAIAN KUMPULAN
Menyediakan
perancangan
(langkah
kerja)
Agihan tugas
setiap ahli
dinyatakan
dengan jelas
beserta prosedur
kerja pembinaan
serta
mempamerkan
carta gantt atau
menetapkan
tempoh masa bagi
suatu kerja atau
proses
Hanya dapat
menyediakan dua
daripada tiga
perkara penting
dalam
perancangan kerja
Menyediakan
salah satu perkara
penting dalam
perancangan
kerja
Perancangan kerja
yang dihasilkan
tidak jelas dan
tidak
didokumenkan
Penggunaan
peralatan
Memilih alat yang
sesuai untuk
sesuatu kerja dan
menggunakannya
dengan teknik
yang betul serta
mematuhi
prosedur
keselamatan.
Memilih alat yang
kurang sesuai
untuk sesuatu
kerja tetapi
menggunakan alat
tersebut dengan
betul serta
mengamalkan
langkah
keselamatan.
Memilih alat yang
sesuai untuk
sesuatu kerja dan
menggunakannya
dengan teknik
yang betul tetapi
tidak
mengamalkan
langkah
keselamatan
Memilih alat yang
kurang sesuai
untuk sesuatu
kerja tetapi
menggunakannya
dengan betul.
Walau
bagaimanapun
langkah
keselamatan tidak
diambil kira
Pemilihan
bahan
Membuat
pemilihan bahan
yang baik dari segi
fungsi, kos,
mudah
diselenggara dan
bersifat mesra
alam
Membuat
pemilihan bahan
dengan
mengambil kira
tiga daripada
empat perkara
yang dinyatakan
Membuat
pemilihan bahan
dengan
mengambil kira
dua daripada
empat perkara
yang dinyatakan
Membuat
pemilihan bahan
dengan
mengambil kira
salah satu
daripada empat
perkara yang
dinyatakan
Penghasilan
model
berfungsi
Menghasilkan
model berfungsi
dengan bentuk
dan saiz yg tepat
seperti dimensi
pada lukisan
terperinci.
Model berfungsi
dibina dengan
bentuk yg sama
tetapi hanya
sebahagian
dimensi menepati
lukisan terperinci
Model berfungsi
dibina dengan
bentuk yg sama
tetapi kebanyakan
dimensi tidak
menepati lukisan
terperinci.
Model berfungsi
dibina degan
bentuk dan saiz
yang tidak
menepati dimensi
pada lukisan
terperinci
30
Kategori 4 3 2 1 Skor
PENILAIAN KUMPULAN
Keberkesanan
Model
Model yang dibina
berfungsi
sepenuhnya serta
berkesan untuk
menyelesaikan
masalah dari segi
menjimatkan
tenaga, masa dan
kos untuk sektor
industri
Berfungsi
sepenuhnya
dengan memenuhi
keperluan dua
daripada tiga ciri
yang diperlukan
Berfungsi
sepenuhnya
dengan
memenuhi
keperluan satu
daripada tiga ciri
yang diperlukan
Model berfungsi
sepenuhnya tetapi
tidak dapat
memenuhi ciri
yang diperlukan
31
Kategori 4 3 2 1 Skor
PENILAIAN INDIVIDU
Persembahan
Menggunakan
aplikasi teknologi
untuk
menghasilkan
bahan
persembahan
(gambar/
audio/video),
menyampaikan
maklumat dgn
bahasa yg mudah
difahami, suara dpt
didengar dgn jelas,
maklumat projek
disampaiakn
dengan tersusun.
Menggunakan
aplikasi teknologi
untuk
menghasilkan
bahan
persembahan
(gambar/
audio/video),
menyampaikan
maklumat dgn
bahasa yg mudah
difahami, tetapi
suara tidak dapat
didengar dengan
jelas dan
maklumat projek
tidak
disampaiakan
dengan tersusun
Persembahan
dibuat tanpa
menggunakan
aplikasi teknologi
dan kebanyakan
maklumat tidak
disampaikan
dengan jelas.
Persembahan
dibuat tanpa
menggunakan
aplikasi teknologi
dan dan hanya
menyampaikan
sebahagian
maklumat projek.
Fungsi dalam
Kumpulan
Terlibat secara aktif untuk memberi sumbangan bermula dari peringkat perancangan hingga penghsilan projek. Memberi kerjasama yang baik kepada ahli kumpulan untuk mencari penyelesaian masalah. Berupaya memimpin kumpulan untuk merancang kerja dengan baik
Hanya terlibat
secara aktif tiga
daripada empat
perkara yang
dinyatakan
Hanya terlibat secara aktif dua daripada empat perkara yang dinyatakan
Hanya terlibat
secara aktif salah
satu daripada
empat perkara
yang dinyatakan
32
Kategori 4 3 2 1 Skor
PENILAIAN INDIVIDU
Laporan akhir
(penilaian
indv)
Menghasilkan
laporan lengkap
dan kemas dengan
kesemua perkara
yang dinyataka
seperti lampiran d
Menghasilkan
laporan lengkap
tetapi tidak kemas
dengan kesemua
perkara yang
dinyataka seperti
lampiran d
Menghasilkan
laporan tetapi
tidak kemas
dengan
sebahagian
perkara yang
dinyataka seperti
lampiran d
Menghasilkan
laporan yang
tidak memenuhi
perkara-perkara
yang
dicadangkan
seperti lampiran d
Skor Individu
Skor Kumpulan
Jumlah Skor
33
EXIT CARD
NAMA :
SOALAN 1 SOALAN 2
Dua perkara yang saya pelajari hari ini.
Satu perkara yang saya masih tidak
jelas.
NAMA :
SOALAN 1 SOALAN 2
Dua perkara yang saya pelajari hari ini.
Satu perkara yang saya masih tidak
jelas.
NAMA :
SOALAN 1 SOALAN 2
Dua perkara yang saya pelajari hari ini.
Satu perkara yang saya masih tidak
jelas.
Lampiran I
34
RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2016). Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi,
Kejuruteraan Dan Matematik (STEM) DALAM Pengajaran dan Pembelajaran. Putrajaya:
KPM
Bahagian Kurikulum Teknikal Dan Vokasional (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4 dan 5.
Semenyih: Technologies Sdn. Bhd.
Aplikasi sistem hidraulik (video) dicapai pada 18 Mac 2017 daripada
https://www.slideshare.net/ShukriSuib/mengaplikasikan-prinsip-sistem-hidraulik-dalam-
kehidupan-seharian
Sistem pengangkat beban (artikel) dicapai pada 20 Mac 2017 daripada
https://cindydevi.wordpress.com/2014/08/25/25-alat-angkut-yang-perlu-anda-ketahui/
35
PENGHARGAAN
PENASIHAT
Tuan Shazali bin Ahmad Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Datin Dr. Ng Soo Boon Timbalan Pengarah (STEM)
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Dr. Mohamed bin Abu Bakar Timbalan Pengarah (Kemanusiaan)
Bahagian Pembangunan Kurikulum
PENASIHAT EDITORIAL
Hj. Naza Idris bin Saadon Ketua Sektor Dasar & Penyelidikan
Dr. Rusilawati binti Othman Ketua Sektor Sains dan Matematik
Mahyudin bin Ahmad Ketua Sektor Pendidikan Teknik & Vokasional
Hj. Sofian Azmi bin Tajul Arus Ketua Sektor Inovasi & Teknologi
Mohamed Zaki bin Abd Ghani Ketua Sektor Pendidikan Islam
Mohd Faudzan bin Hamzah Ketua Sektor Sains Sosial
Paizah binti Zakaria Ketua Sektor Pendidikan Khas
Mohd Salim bin Taufix Rashidi Ketua Sektor Kesenian & Kesihatan
Hjh. Norashikin binti Hashim Ketua Sektor Prasekolah
PENULIS
Fazlin Binti Ibrahim Bahagian Pembangunan Kurikulum
Dr. Che Ghani bin Che Kob Universiti Pendidikan Sultan Idris
Faizal bin Bachok Kolej Matrikulasi Teknikal, Johor
Nurul Mukhlis bin Kostor Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar
Cheah Hew Mee MDEC