Transcript
Page 1: Brt Hrn 200 Shr Krjn pt tnn pndtn n r hlt - MEFTitle Kerajaan optimis tangani isu pendatang asing secara holistik Author Berita Harian Subject Menempatkan pekerja asing khususnya dalam

Jami'ahShukri

harian.co

HISHAMMUDDIN mempengerusikan Mesyuarat Khas Pengurusan Warga Asing Peringkat Menteri di Bangunan Parlimen, kelmarin.

Berita Harian I 19 Mac 2010

Kerajaan optimis tangani isu pendatang asing secara holistik

Lambakan warga asing kian meresahkan rakyat tempatan selain soal kebimbangan terhadap ancaman serta membebankan negara

M ENEMPATKAN pekerja asing khu-susnya dalam sektor pembinaan,pembuatan, perkhidmatan dan pem-

bantu rumah masih menjadi keperluan ma-jikan di negara ini bagi melicinkan operasiperjalanan sektor terbabit. Kebergantungannegara kepada tenaga kerja warga asing se-hingga Februari lalu dalam pelbagai sektordianggarkan berjumlah 1.8 juta orang.

Secara keseluruhan, seramai 26.1 juta wargaasing memasuki negara ini termasuk statussebagai pelancong, pekerja, diplomat, peme-gang pas pekerja jangka pendek, pemastautin,pelajar dan pemegang kad Suruhanjaya TinggiPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu MengenaiPelarian (UNHCR). Daripada jumlah itu, 2.4juta adalah warga asing lain yang tinggaluntuk tempoh jangka panjang.

Seberapa banyak jumlah statistik yang di-catatkan setiap tahun mengenai kehadiranpendatang asing itu sama ada yang bekerjaatau melancong, tetap memberikan implikasipositif dan negatif terhadap Malaysia. Cuma,apabila kelonggaran kerajaan terhadap kebe-naran kemasukan rakyat asing ke negara inikhususnya bagi tujuan bekerja, ada Pula ka-langan mereka yang mengambil kesempatanterus tinggal selesa di sini berikutan kemak-muran dan mudahnya meraih kekayaan.

Justeru, ramai juga pendatang yang sanggupbergadai nyawa untuk tinggal secara haramdan terus bekerja di sini sehingga jumlahnyaamat ramai dan akhirnya menimbulkan ke-resahan warga tempatan selain soal kebim-bangan, ancaman serta membebankan nega-ra.

Mereka turut dikaitkan dengan bebananekonomi kepada negara dan pencabulan hakasasi manusia jika tindakan diambil sewe-nang-wenangnya.

Apa yang jelas, kemasukan pekerja asingjuga boleh mendatangkan implikasi negatifkepada negara seperti ancaman keselamatan,bebanan ekonomi dan pencabulan hak asasimanusia. Justeru, dalam mesyuarat Jawatan-kuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing danPendatang Tanpa Izin yang dipengerusikanTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyid-din Yassin, pada 22 Februari lalu memutuskanuntuk menubuhkan Makmal Pengurusan War-ga Asing. Ia bertujuan mencari kaedah pe-nyelesaian secara holistik untuk menanganiisu berhubung warga asing di Malaysia khu-susnya mengelakkan lambakan pendatangasing tanpa izin daripada terus berleluasa.

Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri(KDN) dan Kementerian Sumber Manusiaakan terus bekerjasama dalam isu berkaitanisu pendatang asing dan pendatang asing tanpaizin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisham-muddin Hussein, ketika mesyuarat khas Pe-ngurusan Warga Asing Peringkat Menteri, kel-marin optimis mahu isu pendatang asing danpendatang asing tanpa izin di negara ini dapatditangani dengan lebih berkesan untuk me-ngelak kesan jangka panjang kepada negara.

Katanya, lazimnya, kehadiran warga asingkhususnya pelancong, pelajar dan pekerjaasing hanya dilihat dalam konteks manfaatekonomi yang diperoleh negara semata-mata,sebaliknya juga memberi implikasi negatiflain.

Kerajaan juga terus berusaha untuk me-mastikan permasalahan berkaitan pekerjaasing khususnya yang tinggal secara haramdapat ditangani dengan efektif. Permasalahanlain, umpamanya isu pencabulan hak asasimanusia seperti aspek kebajikan dan layanankepada pekerja asing yang berada di negara ini

perlu juga diberi perhatian selain mengatasipemerdagangan orang.

"Dalam hal ini, kerajaan memutuskan me-ngambil tindakan serta-merta memeriksa kepremis majikan yang mengaji pekerja asing disektor terbabit untuk memastikan maj ikanmenjaga kebajikan dari aspek pembayarangaji, tempat tinggal, kesihatan dan perseki-taran tempat kerja.

"Pada masa sama, majikan juga perlu me-matuhi standard perburuhan dan langkah per-lindungan di dasar dan undang-undang buruh.Pemeriksaan itu akan membabitkan JabatanTenaga Kerja (JTK), polis, Jabatan Imigresendan pihak berkuasa tempatan (PBT)," kata-nya.

Mengenai makmal Pengurusan WargaAsing, Hishamuddin berkata, pelaksanaannyabermula 23 Mac ini hingga 23 April depan diKDN membabitkan kerjasama 14 kementeriandan 11 jabatan serta agensi.

"Kita juga mengenal pasti 33 organisasi danpertubuhan untuk menyertai makmal itu se-bagai 'syndication partner'," katanya sambilmempelawa semua pihak mempunyai kepen-tingan dalam isu warga asing dijemput me-nawarkan diri menyertai makmal itu.

"Saya yakin penubuhan makmal itu yangdianggotai setiap kementerian dan agensi ke-rajaan dengan pengurusan warga asing, mam-pu menjadi platform bagi mencari strategipenambahbaikan serta memperhalusi tang-gungjawab masing-masing dengan lebih ber-kesan dan tersusun," katanya.

Pada masa sama, kerajaan pada peringkatakhir kajian berkaitan pelaksanaan pindaanAkta Pemerdagangan Orang 2007 (Atip) untukmemasukkan elemen penyeludupan manusiadan sekali gus dapat melengkapkan Pelan Tin-dakan Nasional berkenaan.

Maklum balas Persekutuan Maj ikan-Maji-kan Malaysia (MEF) mengenai langkah ter-baru itu, menyifatkan tindakan itu bagus un-tuk memastikan isu majikan dan pekerja asingdiletakkan di landasan betul.

Bagaimanapun, MEF mencadangkan supayakerajaan memberikan fokus lebih khusus un-tuk menangani pelbagai isu berkaitan per-

masalahan warga asing terutama berkaitandengan kebanjiran pekerja asing tanpa izindaripada membuat pemeriksaan di semua pre-mis untuk mengesan majikan menjaga ke-bajikan pekerja asing.

MEF berpendapat, tugas pemeriksaan ter-hadap premis yang menggaji pekerja asinguntuk memastikan majikan mematuhi termatermasuk persekitaran kesihatan di tempatkerja sudah mencukupi jika dilakukan olehJTK.

Gerakan penguatkuasaan bersepadu mem-babitkan agensi lain seperti polis, JabatanImigresen dan PBT dianggap kurang sesuaihanya untuk memeriksa majikan mematuhiprosedur atau sebaliknya.

Adalah lebih bermanfaat sekiranya gerakanpenguatkuasaan bersepadu membabitkan pel-bagai agensi dilakukan untuk mengesan isulebih berat membabitkan pendatang asing.

FAKTA NOMBOR

1.8juta

Tenaga kerja asing di Malaysiasehingga Februari 1010

26.1juta

Warga asing masuk ke Malaysiadengan pelbagai status sehingga

31 Disember 2009

2.4juta

Warga asing tinggal di Malaysiajangka panjang

Ketua Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan,berkata, pihaknya berpendapat fokus utamanegara sekarang adalah untuk menangani pe-kerja asing tanpa izin, memperketatkan pe-mantauan kemasukan pekerja asing, meme-riksa pekerja asing yang sudah tamat tempoh,tetapi tinggal lama lama secara haram.

Katanya, semua permasalahan isu di atassebenarnya yang mengheret segala puncamembabitkan pekerja asing seperti terbabitdengan jenayah, pemerdagangan orang, ke-runtuhan moral mereka dan majikan mengam-bil kesempatan ke atas pekerja.

"Jika ingin melihat sama ada majikan tidakbayar gaji atau gagal patuhi terma lain, tidakperlu babitkan operasi bersepadu kerana ituadalah di bawah bidang kuasa JTK.

"Saya bimbang operasi membabitkan pel-bagai agensi itu tidak akan mencapai mat-lamatnya. Bagi saya operasi dengan agensi lainitu lebih sesuai dilakukan bagi misi memeriksakebanjiran pekerja asing tanpa izin,"Iatanya.

Malah, operasi besar-besaran membabitkanpelbagai agensi itu perlu dilakukan secaraagresif dan berterusan, bukannya mengikutmusim.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Ahli MajlisPengguna Negara, Datuk Nadzim Johan, mahuKementerian Perdagangan Dalam Negeri danHal Ehwal Pengguna serta agensi berkaitanmelaksanakan penguatkuasaan dengan lebihaktif untuk mengesan majikan yang meng-gunakan taktik pemakaian tudung atau song-kok kepada pekerja asing berkhidmat di sektorperkhidmatan seperti di restoran dan kedaikopi untuk memberi keyakinan bahawa pre-mis mereka halal.

Katanya, tindakan majikan itu sah tidakbertanggungjawab untuk mengelirukan orangramai khususnya orang Islam bahawa premismereka ditanggung halal selain meletakkansijil halal yang ada kalanya tidak diiktirafJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kita mahu kerajaan menguatkuasakan Ak-ta Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) yangboleh mensabitkan terhadap majikan yang me-ngambil kesempatan mengabui mata masya-rakat terhadap istilah halal itu," katanya.

KEMAKMURAN dan mudahnya meraih kekayaan punca warga asing mengambil kesempatan untukterus tinggal di Malaysia.

KERJASAMA pelbagai agensi berkaitan pendatang haram perlu dilakukan secara agresifdan berterusan.

Top Related