PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK DAN LAGU RAYA
SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua guru pelatih IPG Kampus Keningau. Jumlah wakil daripada setiap kelas adalah bebas dan tidak terhad. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat saringan dan peringkat akhir.
Saringan : 10 September 2012Akhir : 12 September 2012
Tiga orang peserta yang layak ke peringkat akhir akan bertanding semasa malam kemuncak sambutan Merdekaraya.
Semasa peringkat saringan peserta boleh memilih 1 lagu samada mahu menyanyikan lagu bertemakan patriotik ataupun raya.
Peserta yang berjaya memasuki pusingan akhir diminta untuk menyanyikan 2 buah lagu iaitu 1 lagu patriotik dan 1 lagu raya.
Peserta dilarang memakai pakaian yang mencolok mata Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan berjumlah RM2.00. Semua keputusan semasa pertandingan adalah muktamad.
**Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Saudara Marcellius Sikau di talian 0198093732.
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK DAN LAGU RAYA
OPSYEN :
NAMA TAJUK LAGU1 )
2)
3)
4)
5)
PERTANDINGAN FOTOGRAFI BERTEMAKAN KEMERDEKAAN ** SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua guru pelatih IPG Kampus Keningau.
Setiap penyertaan akan dikenakan yuran berjumlah RM2.00. Tema bagi pertandingan fotografi ini ialah “kemerdekaan” Setiap kelas bebas untuk menghantar beberapa orang wakil. Setiap peserta hanya boleh mempertandingkan 1 karya
sahaja. Setiap karya hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy ke
email [email protected] sebelum 7 September 2012. Setiap hasil karya peserta akan dimuat naik ke laman
sesawang Facebook dan akan diadili melalui butang “like” pada laman sesawang Facebook.
Setiap karya hendaklah asli dan tidak menyentuh isu-isu sensitif.
Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi pertandingan ini akan diumumkan pada malam kemuncak sambutan Merdekaraya.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan bolehlah terus berhubung dengan saudara Hanafi Salamon di talian 0146522970.
NAMA TAJUK KARYA
1)
2)
3)
4)
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK BERTEMAKAN MERDEKARAYA
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN. Pertandingan ini terbuka kepada semua guru pelatih IPG
Kampus Keningau. Setiap kelas diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya 1
video. Video pendek yang dihasilkan mestilah bertemakan
kemerdekaan dan diselitkan dengan sambutan hari raya. Setiap video yang dihasilkan perlulah menerapkan nilai-nilai
murni tanpa menyentuh sebarang isu sensitif. Setiap video yang ingin dipertandingkan perlulah dihantar
dalam bentuk softcopy kepada AJK pelaksana program sebelum tarikh 07 September 2012.
OPSYEN TAJUK VIDEO PENDEK
**Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan bolehlah terus berhubung dengan saudara Anderson Dom di talian 01112869746