Jabatan
No Telefon
Kelulusan Akademik
Nama syarikat
Disokong oleh Tarikh
Ketua Jabatan
BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI)
Pengkhususan/ Bidang
Kursus
KELULUSAN
No Telefon tempat
berkursus
MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS
Pegawai untuk di hubungi
Alamat tempat berkursus
MAKLUMAT PEMOHON
Gred
Nama Pemohon
JKA / JKE / JKM / JP / JPA / JMSK
Sesi Latihan KKI
Tarikh
POLITEKNIK KOTA BHARU
TAHUN 2017
Tarikh Berkursus
Jabatan JKA / JKE / JKM / JP / JPA / JMSK
A) Profil Syarikat Ada Tiada
B) Borang Permohonan Ada Tiada
C) Kelulusan Ketua Jabatan Ada Tiada
D) Green Card CIDB (teknikal) Ada Tiada
E) Jadual Perancangan KKI Ada Tiada
Ulasan Pegawai Latihan Dan Pendidikan Lanjutan
Komen
Disemak oleh
Pegawai Latihan Dan Pendidikan Lanjutan
Politeknik Kota Bharu
Kelantan
Tarikh
SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHON KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI)
Nama Pemohon
POLITEKNIK KOTA BHARU
hingga
Lengkap
Tidak Lengkap
Gred
i nama dan alamat tempat berkursus
ii nama peserta KKI
iii jawatan dan gred
iv tajuk pengkhususan
1.0 PENGENALAN
penerangan mengenai latarbelakang pengkhususan bidang yang terlibat
semasa menjalani kursus
2.0 OBJEKTIF
menyatakan tujuan utama kursus khas industri (KKI) berdasarkan fungsi utama tugas sepanjang kursus
3.0 LAPORAN
3.1 Deskripsi Tugas
rekod segala deskripsi tugas yang dipertanggungjawabkan sepanjang tempoh berkursus
3.2 Proses Kerja
3.3 Dapatan
menyatakan maklumat dapatan sepanjang tempoh berkursus
4.0 KESIMPULAN
menyatakan pengalaman yang boleh memberi impak kepada jabatan
menyatakan cadangan bagi penambahbaikan
5.0 LAMPIRAN
sertakan lampiran sekiranya ada
MUKA HADAPAN
menjelaskan secara terperinci tentang tugas yang dilaksanakan sepanjang kursus beserta
gambarajah/ lukisan sekiranya berkaitan
FORMAT LAPORAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI)
POLITEKNIK KOTA BHARU
Tarikh KKI
Sila beri skor markah anda terhadap pegawai berdasarkan soalan di bawah. (Di isi oleh penyelia di industri)
sangat setuju setuju sederhana tidak setujusangat tidak
setuju
Ulasan Pegawai Pemantau : Disahkan oleh :
Tandatangan Pegawai Industri Ketua Jabatan
Nama
Tarikh :
Nama & cop syarikat
Tarikh :
Nama Syarikat
BORANG PENILAIAN KURSUS KHAS INDUSTRI
POLITEKNIK KOTA BHARU
Nama Pegawai
Program latihan yang diperolehi membantu
peserta melakukan inovasi dalam menjalankan
tugas yang dipertanggungjawabkan
Hingga
Pemilihan bidang sangat bersesuaian dengan
tugas dan tanggungjawab peserta di institusi
Majikan/penyelia sangat membantu dari segi
peningkatan kemahiran dan pembelajaran
semasa berkursusPeserta menepati masa dan berdisiplin
Peserta mempunyai visi dan misi ke arah
memajukan kerjaya
Latihan yang dihadiri telah merapatkan jurang
pengetahuan dan kemahiran antara institusi dan
industri
Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi
meningkatkan motivasi kerja
Latihan yang dihadiri memberikan pengetahuan
dan kemahiran baharu kepada peserta
Peserta mempunyai perancangan untuk aktiviti
kolaborasi dengan pihak industri
Prestasi keseluruhan sangat memuaskan
Prestasi syarikat/industri dalam pelaksanaan
program KKI sangat memuaskan
SIMPANAN POLITEKNIK SURAT JAWAPAN
(UNTUK DISIMPAN OLEH POLITEKNIK) NAMA & ALAMAT SYARIKAT ……………………………………… Ruj Kami : ………………………… ……………………………………… No. Tel : ………………………... ……………………………………… No Faks : ………………………… ……………………………………… Tarikh : ………………………… Kepada : Pengarah Politeknik Kota Bharu Km. 24, Kok Lanas 16450 Kota Bharu, Kelantan (U.P.: Pegawai Latihan & Pendidikan Lanjutan) Tuan, PENAWARAN TEMPAT PROGRAM KKI Merujuk kepada perkara di atas, kami
BERSETUJU TIDAK BERSETUJU
menerima pensyarah berikut untuk menjalani program KKI di organisasi kami dari :
……………………... hingga ………………………………
Nama :
No. KP : No Kakitangan : Jabatan : Politeknik : CATATAN : ……………………………………………………………………. ……………………………………………………………………. ……………………………………………………………………. Sekian, terima kasih. ………………………………….. (Nama Pegawai & Cop Rasmi) Jawatan : Tarikh : SILA TANDA DI RUANG BERKAITAN
√
SIMPANAN ORGANISASI SURAT JAWAPAN
(UNTUK DISIMPAN OLEH ORGANISASI) NAMA & ALAMAT SYARIKAT ……………………………………… Ruj Kami : ………………………… ……………………………………… No. Tel : ………………………... ……………………………………… No Faks : ………………………… ……………………………………… Tarikh : ………………………… Kepada : Pengarah Politeknik Kota Bharu Km. 24, Kok Lanas 16450 Kota Bharu, Kelantan (U.P.: Pegawai Latihan & Pendidikan Lanjutan) Tuan, PENAWARAN TEMPAT PROGRAM KKI Merujuk kepada perkara di atas, kami
BERSETUJU TIDAK BERSETUJU
menerima pensyarah berikut untuk menjalani program KKI di organisasi kami dari :
……………………... hingga ………………………………
Nama :
No. KP : No Kakitangan : Jabatan : Politeknik : CATATAN : ……………………………………………………………………. ……………………………………………………………………. ……………………………………………………………………. Sekian, terima kasih. ………………………………….. (Nama Pegawai & Cop Rasmi) Jawatan : Tarikh : SILA TANDA DI RUANG BERKAITAN
√
GARIS PANDUAN KURSUS KHAS INDUSTRI POLITEKNIK KOTA BHARU
1.0 PENGENALAN
Kursus Khas Industri(KKI) adalah satu bentuk inisiatif pembangunan untuk Pegawai Pendidikan
Pengajian Tinggi (PPPT) yang bertujuan memberi peluang latihan dan pengalaman industri bagi
memenuhi agenda Pelan Transformasi Politeknik khususnya berkaitan pelaksanaan program baharu,
pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) dan pemerkasaan Politeknik Kota Bharu.
2.0 OBJEKTIF KURSUS KHAS INDUSTRI
a) Objektif utama KKI adalah untuk memastikan setiap pensyarah didedahkan kepada kemahiran
industri semasa, untuk memanfaatkan ilmu tersebut dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
b) Disamping itu, KKI memberi peluang kepada pensyarah dalam mengenalpasti isu-isu semasa yang
dihadapi oleh industri untuk dijadikan sebagai idea dalam membentuk penyata masalah(problem
statement) dengan harapan kita dapat melahirkan kajian/penyelidikan menggunakan PPRN.
c) Selain itu, melalui KKI, pensyarah dapat didedahkan dengan teknologi terkini yang digunakan oleh
industri dan kemudiannya menambaik teknologi tersebut untuk kegunaan pengajaran dan
pembelajaran.
2.1 SYARAT LATIHAN
2.1.1 Pegawai bebas daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib.
2.1.3 Latihan Industri yang diminta hendaklah berkaitan dengan bidang pengajaran.
2.1.4 Tidak hamil, sihat tubuh badan dan tidak menghadapi penyakit kritikal yang boleh
menjejaskan keupayaan PPPT yang akan menjalani KKI.
2.1.5 Telah mendapat kelulusan dari Pengarah.
2.2 TEMPOH LATIHAN
Tempoh KKI adalah ditetapkan selama TIGA (3) hingga TUJUH (7) hari bekerja. Permohonan yang
melibatkan tempoh lebih TUJUH (7) hari perlu mendapatkan KELULUSAN KHAS dari Pengarah.
3.0 TATACARA PERMOHONAN
3.1 TANGGUNGJAWAB PEMOHON
3.1.1 Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan seperti di lampiran 2, di mana borang boleh
dicapai secara atas talian (http://www.pkb.edu.my), dicetak dan dihantar kepada Unit Latihan dan
Pendidikan Lanjutan(ULPL) selewat-lewatnya SATU (1) minggu sebelum tarikh latihan bermula.
3.1.2 Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan telah disahkan hendaklah dihantar melalui
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) Politeknik Kota Bharu berserta dokumen- dokumen
berikut:
3.1.2.1 Senarai semak permohonan (lampiran 1)
3.1.2.2 Surat setuju terima dari industri (lampiran 3)
3.1.2.3 Jadual waktu mengajar semasa
3.1.2.4 Salinan Kad Hijau (Green Card) untuk pemohon bidang teknikal
3.1.2.5 Carta Gantt perancangan pengetahuan dan kemahiran KKI di industri (lampiran 4)
3.1.3 Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan/atau tidak diperakui oleh pengarah
dan/atau tidak melalui ULPL dan/atau tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan
diproses untuk tujuan pertimbangan.
3.1.4 Pegawai hendaklah terlebih dahulu mendapat surat setuju terima dari industri untuk menjalani
KKI.
3.2 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
3.2.1 Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk merancang keperluan KKI di jabatan dan
menyokong permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
3.2.2 Ketua Jabatan juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa sesi pemantauan ke atas
PPPT yang menjalani KKI dilaksanakan sebelum tarikh tamat latihan KKI. Namun yang demikian,
sekiranya Ketua Jabatan tidak dapat melaksanakan pemantauan itu, Ketua Jabatan adalah
bertanggungjawab untuk melantik wakil bagi menjalankan pemantauan tersebut.
3.2.3 Ketua Jabatan perlu memastikan laporan pemantauan diisi secara atas talian www.pkb.edu.my
selewat-lewatnya seminggu selepas tarikh pemantuan dibuat.
3.2.4 Ketua Jabatan juga perlu memastikan staf menghantar laporan KKI selewat-lewatnya seminggu
selepas tamat KKI di industri.
3.3 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN
3.3.1 Pegawai Latihan dan Pendidikan Lanjutan (PLPL) bertanggungjawab untuk memastikan bahawa
borang permohonan yang dikemukakan melalui ULPL adalah lengkap sebelum dipanjang kepada
Pengarah.
3.3.2 PLPL juga bertanggungjawab memproses permohonan dan menyediakan surat kelulusan oleh
Pengarah untuk membenarkan staf mengikuti KKI
3.3.3 Menerima dan menyimpan laporan dan dokumen KKI.
3.4 TANGGUNGJAWAB PENGARAH
3.4.1 Pengarah adalah bertanggungjawab untuk membuat semakan yang teliti dan memberi
sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi
tanggungjawab pengarah untuk memperakukan pemohon yang berkelayakan serta memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan bergantung kepada politeknik.
4.0 ETIKA PEGAWAI YANG MENJALANI LATIHAN
PPPT yang sedang mengikuti KKI adalah bertanggungjawab mematuhi undang-undang, peraturan
serta arahan yang ditentukan oleh industri berkenaan dan pegawai masih terikat kepada Peraturan
Perkhidmatan Awam.
4.1 DISIPLIN
PPPT hendaklah menunjukkan disiplin yang tinggi dan berkelakuan baik sepanjang latihan. PPPT
mestilah berusaha untuk menjayakan latihan mereka serta menunjukkan sikap bekerjasama,
bersopan santun dan faham memahami dengan pekerja lain di tempat latihan. Nilai etika
perkhidmatan awam hendaklah sentiasa diamalkan.
4.2 WAKTU BEKERJA
PPPT hendaklah mematuhi masa kerja yang ditetapkan oleh pihak industri. Kerja lebih masa adalah
tertakluk kepada keperluan industri.
4.3 CUTI
Cuti dalam tempoh KKI adalah tidak dibenarkan kecuali atas sebab kecemasan. Kelulusan hendaklah
mendapat kebenaran daripada industri dan dipanjangkan ke ULPL untuk rekod.
4.4 PAKAIAN
PPPT hendaklah mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh industri yang berkenaan.
4.5 PENEMPATAN LATIHAN
PPPT hendaklah menjalani latihan di tempat yang telah dipersetujui di peringkat awal sehingga
tamat latihan. PPPT adalah digalakkan untuk mencari tempat latihan yang mempunyai pengiktirafan
profesional dari badan – badan profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Jurukur
Bahan Malaysia, Lembaga Arkitek Malaysia, Malaysian Institute of Accountants dan lain-lain.
Pegawai tidak dibenarkan menukar tempat latihan yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran
daripada ULPL.
4.6 KERAHSIAAN
PPPT hendaklah menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dari latihan ini hanya
untuk tujuan pembelajaran tanpa mendedahkan maklumat sulit yang boleh menjejaskan tempat
latihan yang berkenaan. Semua bahan yang dibukukan sebagai laporan hendaklah mendapat
kebenaran daripada penyelia industri (PI).
4.7 LAPORAN TUGASAN
PPPT yang menjalani KKI hendaklah menyediakan Laporan Tugasan KKI mengikut format yang telah
disediakan seperti di Lampiran 5. Laporan ini perlu disahkan oleh penyelia industri.
4.8 TUNTUTAN ELAUN
Pemberian kemudahan tuntutan elaun adalah berdasarkan kedudukan kewangan jabatan pada
tahun semasa.
4.9 KEHADIRAN MENJALANI LATIHAN
PPPT yang sedang menjalani KKI adalah dianggap sedang berkursus dan tidak dibenarkan sama
sekali meninggalkan latihan atas sebab menghadiri sebarang mesyuarat, kursus, bengkel, seminar,
pertandingan atau apa-apa jua pun aktiviti jabatan sepanjang KKI kecuali dengan kebenaran industri.
4.10 PENANGGUHAN / PEMBATALAN
PPPT yang sedang menjalani KKI adalah tidak dibenarkan menangguhkan atau membatalkan latihan
kecuali dengan kebenaran ULPL.
5.0 TANGGUNGJAWAB INDUSTRI
5.1 Industri bertanggungjawab menempatkan PPPT di bahagian / unit yang bersesuaian dengan
bidang kemahiran PPPT.
5.2 Penyelia Industri(PI) bertanggungjawab merencanakan latihan yang mencukupi dan bersesuaian
sepanjang tempoh latihan serta digalakkan berbincang dengan PPPT bagi memastikan objektif
latihan tercapai.
5.3 PI hendaklah memastikan bahawa program KKI memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak
Politeknik Kota Bharu.
5.4 Industri hendaklah menguruskan hal ehwal pentadbiran PPPT seperti kad perakam waktu,
peralatan dan pakaian keselamatan dan sebagainya
5.5 PI hendaklah membantu serta membimbing PPPT dari semasa ke semasa sepanjang Latihan
5.6 PI bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan laporan tugasan yang disediakan oleh PPPT
5.7 Industri bertanggungjawab menjaga kebajikan PPPT sepanjang tempoh latihan termasuk semasa
melaksanakan tugasan luar.
6.0 PERSIJILAN
Sijil akan dikeluarkan oleh ULPL setelah PPPT berjaya menamatkan latihan KKI dengan jayanya dan
melengkapkan laporan akhir.
7.0 PERTANYAAN
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai panduan ini, sila hubungi Penyelaras Kursus Khas
Industri Politeknik Kota Bharu(ULPL) di talian 09 – 7889126 / ext 299 atau melalui e-mel di alamat
[email protected]. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke ULPL.