PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL : PENGUMPULAN ASID LAKTIK DALAM DARAH UNTUK ATLIT
TERLATIH DAN ATLIT TIDAK TERLATIH
SESI PENGAJIAN : 2003/2004 Saya : ONG JIA LI ( KP : 810922-07-5178 ) (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi Pengajian Tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 29, LENGKOK MERBUK, EN. MOHD YUNOS B HJ DAHLAN TAMAN SRI MAJU, Nama Penyelia 14300, NIBONG TEBAL, PULAU PINANG. Tarikh : 06 Mac 2004 Tarikh: 06 Mac 2004
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TDAK TERHAD, sila lampirkan surat dari pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelididkan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penyelia : En Mohd Yunos B Hj Dahlan
Tarikh : 06 Mac 2004
PENGUMPULAN ASID LAKTIK DALAM DARAH UNTUK ATLIT
TERLATIH DAN ATLIT TIDAK TERLATIH
ONG JIA LI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mac 2003
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………..………………………
Nama Penulis : Ong Jia Li
Tarikh : 06 Mac 2004
iii
DEDIKASI
Untuk ayah dan ibu yang kusayangi
Ong Kim Eng dan Kou Swee Leng
Terima kasih atas doa, pengorbanan dan restumu…
Untuk adik-adik yang dikasihi…
Chia Wern, Khy Chien, dan Khy Ming
Doakan kejayaan kakandamu
Untuk pensyarah-pensyarah yang kuhormati…
Terutamanya penyeliaku Pak Yunos
Tidak lupa Dr Anizu, Dr Abdul Hafiz, Pak Hamid, dan En Norhizan
Terima kasih yang tidak terhingga…
Atas jasa kalian
Untuk sahabat-sahabatku yang disayangi
Hui Yin, May, Effa, Chua, Mei Teng, Maureen, dan Mei Ping
Terima kasih yang tidak terhingga…
Atas pertolongan kalian
Tidak lupa untuk insan yang tercinta…
Junadie Tan bin Bekim
Sesungguhnya kau jadikan sumber inspirasiku
Terima kasih atas segalanya… …
iv
PENGHARGAAN Dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan penyelidikan ini
dengan sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan. (Sains Sukan)
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penyelia saya iaitu En Mohd Yunos bin Hj Dahlan yang banyak memberikan
bimbingan, tunjuk ajar, dorongan tanpa jemu dan panduan sepanjang saya
menjalankan kajian ini. Tidak lupa Dr Anizu, beliau yang banyak juga memberi
bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalankan kajian ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam kajian ini iaitu
pelajar-pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar (atlit-atlit perenang) terutamanya
penyelaras renang Cikgu Khairudin Saidin dan pelajar-pelajar yang lain kerana
mereka telah memberikan kerjasama sepanjang saya menjalankan penyelidikan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga kerana
banyak memberikan galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan
ini dijalankan. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah dan
rakan-rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan.
v
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak secara langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada tuhan jua dan yang serba
kekurangan adalah kelemahan saya sendiri.
Ong Jia Li Mac 2004…
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membuat perbandingan jarak pemugaran kadar
darah laktik 4 mmol di antara Atlit Terlatih dan Atlit Tidak Terlatih untuk mengawal
kadar latihan dan mengelakkan kadar latihan yang terlebih di samping mengawal
prestasi atlit. Kajian ini dijalankan di dua tempat iaitu di kolam renang Sekolah
Sukan Bandar Penawar, Johor untuk atlit terlatih manakala untuk atlit tidak terlatih di
Kolam Renang Awam Larkin, Johor. Enam atlit elit renang yang cergas telah dipilih
sebagai sample atlit terlatih dan lima subjek merupakan atlit tidak terlatih. Kedua-
dua subjek ini akan menjalankan kajian dengan renang 7 x 200m. Di dalam kajian
ini, YSI SPORT 1500 ‘L-Lactate Analyzer’ digunakan untuk mengukur pemugaran
kadar darah laktik. Penyelidik menggunakan SPSS 11.5 untuk menganalisiskan data.
Hasil kajian didapati untuk atlit terlatih jarak pemugaran kadar darah laktik 4 mmol
keseluruhannya diperolehi di ujian kelima iaitu jarak 200m yang kelima manakala
untuk atlit tidak terlatih jarak pemugarannya tidak sekata. Hasil analisis dengan
ujian-t mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara atlit terlatih dan atlit
tidak terlatih dalam jarak pemugaran kadar darah laktik 4 mmol. Ini disebabkan atlit
terlatih telah menjalankan latihan yang sama dan dibawah pimpinan jurulatih yang
sama maka jarak pemugaran kadar darah laktik 4 mmol adalah lebih kurang sama.
Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang signifikan antara atlit terlatih dan atlit tidak
terlatih dalam jarak pemugaran kadar darah laktik 4 mmol.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study was to assess the comparison on the Onset Of
Blood Lactate Accumulation (OBLA) between trained and untrained athletes it also
helps coaches regulate training and avoid over training while conditioned for better
performance. These studies were carried out in two difference places. For trained
athletes the test was carried out in the swimming pool of Sekolah Sukan Bandar
Penawar, Johor while for the untrained athletes the test was carried out at the Larkin
Public Swimming Pool, Johor. Six elite athletes were selected as trained samples
while five students were selected as untrained samples. Both samples will swim 7 x
200m. YSI SPORT 1500 L-Lactate Analyzer was used to measure blood lactate. The
data obtained from the test was analyzed using SPSS 11.5. The result from the test
shows that for all trained athletes their OBLA were produced at the fifth test while
for the untrained athletes at the third test. The result from t-test shows significant
difference between the trained and untrained athletes. It is because of the trained
samples have been trained and under the same coach. As a result there are significant
difference between the trained and untrained athletes in accumulation of blood
lactate.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Hipotesis Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Skop Kajian
1.7 Pemasalahan Kajian
i
ii
iii
iv
vi
vii
viii
xii
xiii
xv
1
1
3
3
4
5
5
6
ix
BAB II
1.8 Kepentingan Kajian
1.9 Batasan Kajian
1.10 Definisi Istilah
1.10.1 Adenosine triphosphate
1.10.2 Onset of Blood lactate
accumulation
1.10.3 Asid laktik
1.10.4 Anaerobik
1.10.5 Aerobik
1.10.6 Anaerobic Threshold
1.10.7 SPSS
1.10.8 YSI 1500 Sport Lactate
Analyzer
1.10.9 Kitar krebs
1.11 Penutup
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.1.2 Pengumpulan Darah Laktik
(OBLA)
2.1.2 Pembentukan Asid Laktik
2.2 Kajian Lepas
2.21 Faktor mempengaruhi kadar
pengumpulan laktik dalam
badan
2.3 Kajian Lepas
2.4 Penutup
6
7
7
9
9
8
8
8
8
8
8
8
9
10
10
10
12
14
15
15
18
31
x
BAB III
BAB IV
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Pemilihan Subjek
3.4 Tempat Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Alat Pengukuran Kajian
3.6.1 Lactate Analyzer
3.7 Prosedur Kajian
3.7.1 Prosedur dan protokol
penggunaan ‘lactate analyzer
YSI 1500 Sport’
3.7.1.1 Prosedur Penggunaan
Mesin
3.7.1.2 Protokol Penggunaan
Mesin
3.8 Jangkamasa Kajian
3.9 Kaedah Penganalisaan Data
PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Statistik Deskriptif
4.2.1 Analisis Biodata Subjek
4.2.2 Analisis Pengumpulan Kadar
Darah Laktik Bagi Setiap
Subjek
4.3 Statistik Inferensi
19
19
20
22
22
22
23
23
23
25
26
27
27
27
28
28
29
29
33
44
xi
BAB V
4.3.1 Perbandingan ujian-t Min
Pengumpulan Darah Laktik
mengikut Ujian di antara Atlit
Terlatih dan Atlit Tidak
Terlatih
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Penganalisaan Deskriptif
5.2.2 Penganalisaan Inferensi
5.3 Rumusan
5.4 Masalah-masalah yang Dihadapi
5.4.1 Subjek
5.4.2 Tempat Kajian
5.4.3 Peralatan Kajian
5.5 Cadangan-cadangan
5.5.1 Persampelan Kajian
5.5.2 Pentadbiran Kajian
5.5.3 Peralatan Kajian
5.6 Penutup
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
44
46
46
47
47
48
48
52
52
52
53
53
54
54
55
55
56
66
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
Borang Skor
Taburan bilangan subjek mengikut umur
Frekuensi umur
Taburan bilangan subjek mengikut status
Taburan bilangan subjek mengikut jantina
berdasarkan Status
Taburan skor mentah pengumpulan kadar darah
laktik bagi atlit terlatih
Taburan skor mentah pengumpulan kadar darah
laktik bagi atlit tidak terlatih
Taburan skor mentah pengumpulan kadar darah
laktik 4 mmol/L bagi atlit terlatih dan atlit tidak
terlatih mengikut ujian
Min skor pengumpulan darah laktik mengikut ujian
bagi atlit terlatih dan atlit tidak terlatih
Analisis ujian-t pengumpulan darah laktik mengikut
ujian di antara atlit terlatih dan atlit tidak terlatih
24
29
30
31
32
33
34
40
42
44
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1
2.2
2.3
3.1
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
Pembentukan laktik
Mekanisma anaerobik (glikolisis dan pembentukan
asid laktik)
Respirasi aerobik yang menghasilkan karbon
dioksida (CO2) dan air (H2O)
Carta alir rekabentuk kajian
Peratusan subjek mengikut umur
Peratusan subjek mengikut status
Peratusan subjek mengikut jantina
Pengumpulan darah laktik mengikut ujian bagi
subjek 1
Pengumpulan darah laktik mengikut ujian bagi
subjek 2
Pengumpulan darah laktik mengikut ujian bagi
subjek 3
Pengumpulan darah laktik mengikut ujian bagi
subjek 4
Pengumpulan darah laktik mengikut ujian bagi
subjek 5
12
13
13
21
30
31
32
35
35
36
36
37
xiv
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
4.17
5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
Pengumpulan darah laktik mengikut ujian bagi
subjek 6
Pengumpulan darah laktik mengikut ujian bagi
subjek 7
Pengumpulan darah laktik mengikut ujian bagi
subjek 8
Pengumpulan darah laktik mengikut ujian bagi
subjek 9
Pengumpulan darah laktik mengikut ujian bagi
subjek 10
Pengumpulan darah laktik mengikut ujian bagi
subjek 11
Perbandingan kadar pengumpulan darah laktik di
antara atlit terlatih dan atlit tidak terlatih
Perbandingan min pengumpulan kadar darah laktik di
antara atlit terlatih dan atlit tidak terlatih
Kedudukan nilai-t min pengumpulan kadar darah
laktik mengikut ujian di antara atlit terlatih dan atlit
tidak terlatih
Kadar penghasilan darah laktik mengikut ujian untuk
atlit terlatih
Kadar penghasilan darah laktik mengikut ujian untuk
atlit tidak terlatih
Kadar penggunaan darah laktik mengikut ujian untuk
atlit terlatih
Kadar penggunaan darah laktik mengikut ujian untuk
atlit tidak terlatih
Jumlah asid laktik yang terkumpul mengikut ujian
bagi kedua-dua subjek
37
38
38
39
39
40
42
43
45
49
50
50
51
51
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
B
C
D
E
F
G
Borang Biodata Subjek
Borang Skor
YSI 1500 Sport L-Lactate Analyzer
Cadangan alatan untuk penyelidik masa depan
“Lactate Pro’
Skor Penganalisaan Statistik Deskriptif
(Frekuensi)
Skor Penganalisaan Statistik Inferensi ‘Paird-
Samples T Test’
Nilai Kritikal-t
66
68
69
79
81
89
91
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Dalam kehidupan harian kita menggunakan tenaga untuk melaksanakan aktiviti.
Setelah melakukan aktiviti, kita akan terasa letih disebabkan kekurangan tenaga dan
pengumpulan asid laktik di dalam badan. Asid laktik merupakan hasil yang akan
terdapat pada seseorang individu semasa melakukan senaman terutamanya pada otot.
Penghasilan tenaga melalui pengoksidaan glikogen kepada karbon dioksida dan
air akan digunakan untuk membentuk sebatian kaya tenaga “adenosine triphosphate”
(ATP) dan “Creatine Phosphate” (CP). Dalam aspek sukan, keperluan tenaga terbahagi
kepada 2 kategori iaitu aktiviti anaerobik dan aerobik. Dalam kedua-dua sistem ini ATP
dihasilkan daripada glukosa.
Aktiviti anaerobik merujuk kepada aktiviti yang berlaku sekiranya oksigen tidak
mencukupi. Dalam aktiviti anaerobik glukosa akan terputus dan menjadi asid piruvik.
Sekiranya oksigen tidak mencukupi asid piruvid akan ditukar kepada asid laktik. Ini
membolehkan pembentukan asid piruvid yang berlebihan. Penghasilan haba dan tenaga
melalui pembentukan asid laktik semasa ketiadaan oksigen, disebut metabolisme
anaerobik. Dalam aktiviti anaerobik, pemecahan ATP berlaku semasa aktiviti intensiti
2
tinggi. Contoh aktiviti anaerobik iaitu 100m berenang, dan “water polo”, dan olahraga
jarak dekat seperti 100m, 200m dan lain-lain lagi.
Manakala aktiviti aerobik pula memerlukan lebih intensiti dan oksigen supaya
aktiviti boleh berpanjangan. Dalam aktiviti aerobik pula glukosa juga akan terputus dan
menjadi asid piruvid. Tetapi di sini asid piruvid akan ditukarkan kepada suatu bentuk
asid asetik (asetil ko-A) aktif dan memasuki kitar asid sitrik. Dalam kitar asid sitrik
krebs akan ditukarkan kepada karbon dioksida dan air dengan membebaskan haba dan
tenaga. Contoh aktiviti aerobik adalah olahraga jarak jauh, marathon, 400m dan 1500m
berenang, berbasikl, dan bola sepak.
Biasanya jikalau seseorang melakukan kerja dengan intensiti sederhana maka
asid laktik akan dihasilkan dan disimpan dalam otot seseorang tetapi apabila seseorang
itu melakukan kerja dengan intensiti yang tinggi asid laktik akan dihasilkan dengan
banyak maka asid laktik akan melimpah masuk ke dalam darah. Di sinilah menjadi titik
permulaan pengumpulan darah laktik iaitu “Onset of Blood Lactate Accumulation
(OBLA).
Banyak jurulatih mengawal latihan atlit-atlitnya dengan mengukur kadar
pengumpulan asid laktik supaya atlit-atlit dapat mengelakkan daripada melakukan
latihan yang lebih. Ia juga dapat digunakan untuk mengawal prestasi altit supaya dapat
menyertai pertandingan dalam keadaan yang paling baik.
Sekolah Sukan Bandar Penawar telah ditubuhkan pada Jan 1998 untuk
melahirkan atlit bertaraf dunia yang tinggi dari segi mental, fizikal, dan disiplin. Atlit
Sekolah Sukan Bandar Penawar juga didedahkan dengan latihan intensiti yang
merangkumi dua sesi sehari iaitu latihan waktu pagi dan waktu petang dengan jadual
latihan yang spesifik.
3
1.1 Latar Belakang Masalah
Nilai ambang darah laktik adalah dengan penambahan dalam penggunaan tenaga
selanjutnya (penggunaan VO2max yang tinggi) di mana asid laktik akan menambah
dengan pesat. Tahap ini akan dicapai dengan penggunaan tenaga yang sepenuhnya
daripada 60 hingga 180 saat. VO2max bagi seseorang yang tidak dilatih, tetapi dalam
keadaan sihat VO2max akan terdapat lebih kurang 50 – 60%. Manakala mereka yang
terlatih dan dalam keadaan sihat pula VO2max mereka ini terdapat lebih kurang 70 –
80%.
Sebelum mencapai nilai ambang darah laktik keupayaan untuk kerja pada %
tertinggi VO2max adalah dengan menambahkan ruang untuk melakukan kerja yang lebih
dengan keletihan yang kurang. Apabila seseorang telah mencapai nilai ambang darah
laktik maka masa adalah terhad untuk mereka menyambung untuk melakukan kerja.
Manakala OBLA pula merupakan titik spesifik yang ditumpukan oleh asid laktik 4
mmol/l. Ini adalah berkaitan dengan pemampasan pernafasan (tanda kadar penambahan
pernafasan).
Sasaran dalam kajian saya ini adalah untuk menguji perbandingan tahap
pengumpulan darah latik antara atlit terlatih dan tidak terlatih dengan masing-masing
berenang pada jarak yang ditetapkan.
1.3 Penyataan Masalah
4
Kini, bilangan atlit yang berkebolehan semakin bertambah. Tetapi dari segi
pencapaian, prestasi atlit negara masih dalam lingkungan sederhana sahaja. Ini dapat
dilihat dengan jelas daripada prestasi atlit. Contohnya atlit bola sepak di mana mereka
hanya mampu bergerak cergas dan bertindak pantas pada separuh masa pertama
berbanding separuh masa kedua. Manakala atlit olahraga pula hanya mencapai prestasi
pada pusingan pertama tetapi semasa pada pusingan akhir prestasi semakin merosot.
Apakah punca fenomena ini?
Memang tidak dapat kita menafikan bahawa latihan yang mencukupi adalah
penting bagi meningkatkan prestasi, tetapi bagaimana pula kita harus mengawal kadar
latihan supaya atlit-atlit dapat mencapai prestasi yang baik sepanjang pertandingan?
Asid laktik merupakan asid yang akan disimpan dalam otot semasa melakukan
aktiviti. Kadar kandungan asid laktik dalam otot memainkan peranan penting dalam
mengekalkan prestasi optimum seseorang atlit. Jadi, salah satu punca kemerosotan
prestasi atlit adalah semasa latihan, seseorang atlit itu melakukan latihan intensiti yang
tinggi menyebabkan kadar pemgumpulan asid laktik lebih tahapnya dan kemudian
melimpah masuk ke dalam darah.
Untuk acara berenang ujian 7 x 200meter (m) merupakan ujian yang paling
sesuai untuk mengukur capasiti aerobik dan nilai ambang anaerobik untuk seseorang
perenang. Nilai ambang anaerobik boleh dianggar berdasarkan pengukuran darah laktik.
Justeru itu, satu kajian akan diadakan untuk mengenalpasti sama ada jarak untuk
mencapai titik permulaan pengumpulan darah laktik untuk atlit yang terlatih dan tidak
terlatih adakah sama. Di samping itu, diharap hasil kajian ini dapat membantu jurulatih-
jurulatih dalam mengawal kadar latihan atlit-atlit.
5
1.4 Hipotesis Kajian
Dalam konteks kajian ini, hipotesis-hipotesisnya adalah seperti berikut:-
HA :- Terdapat perbezaan dalam jarak untuk mencapai titik pemugaran kadar darah
laktik iaitu 4 mmol bagi atlit yang terlatih dan tidak terlatih.
HO :- Tidak terdapat perbezaan dalam jarak untuk mencapai titik pemugaran kadar
darah laktik iaitu 4 mmol bagi altlit yang terlatih dan tidak terlatih.
1.5 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
1.5.1 Untuk mengkaji perbezaan jarak iaitu jarak manakah yang dicapai oleh atlit
renang yang terlatih dan tidak terlatih semasa pemugaran darah laktik pada
4mmol.
1.5.2 Untuk memberi pendedahan kepada jurulatih dalam pengawalan penghasilan
asid laktik yang lebih pada seseorang atlit.
1.6 Skop kajian
6
Skop kajiannya adalah 5 orang pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor
bagi atlit dalam berenang untuk subjek yang terlatih. Manakala 5 orang lagi adalah atlit
yang tidak terlatih atau dengan kata lain mereka yang tidak terlatih merupakan seseorang
yang selalu berenang tetapi tidak mengikut latihan yang spesifik. Semua subjek akan
dipilih secara rawak.
1.7 Pemasalahan Kajian
Terdapat beberapa masalah yang mungkin akan dihadapi oleh penyelidik
sepanjang menjalani kajian ini. Beberapa faktor yang akan mempengaruhi dapatan
kajian. Di antaranya adalah :
1.7.1 Kemudahan-kemudahan untuk menjalankan ujian dan alatan yang untuk
menguji pengumpulan darah laktik. Iaitu “YSI 1500 Sport L-Lactate
Analyzer”?
1.7.2 Pengagihan beban kerja dimana jarak berenang akan ditetapkan oleh penguji,
mungkin atlit tidak dapat habiskan tugas yang ditetapkan.
1.7.3 Semasa latihan, darah mengalir perlahan ke organ seperti hati dan ginjal
walaupun pada sebarang beban kerja yang diberi. Keputusan yang akan dapat
adalah akan mempercepatkan asid laktik dipindahkan dari sistem peredaran?
1.7.4 Jarak kolam renag juga akan mempengaruhi pengumpulan darah laktik.
Maka kolam yang antarabangsa akan dicarikan iaitu kolam 50meter (m).