Transcript
Page 1: Bola Tampar Servis Atas Kepala

PENDIDIKAN JASMANI

BOLA TAMPAR (SERVIS ATAS KEPALA)

Objektif : Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan dapat ;

Psikomotor : 1. Membuat pukulan servis atas dengan teknik yang betul dalam 3

dari 5 percubaan.

2. Mengaplikasikan teknik memukul bola dalam permainan bola tampar

mengikut teknik yang betul.

Kognitif : 1. Menerangkan kembali secara lisan fasa memukul atas kepala.

2. Memahami pentingnya setiap fasa tersebut untuk memukul pukulan

dengan baik.

Afektif : 1. Memupuk semangat kerjasama, dan bersungguh-sungguh dalam

melakukan aktiviti.

PENDIDIKAN KESIHATAN

GAYA HIDUP SIHAT : PENGURUSAN KONFLIK DAN STRESS

Objektif : Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat :

Psikomotor : 1. Melakarkan pengurusan grafik/peta minda mengenai maksud penghargaan

kendiri.

Kognitif : 1. Menyatakan secara lisan maksud penghargaan kendiri.

2. Menyenaraikan cara-cara meningkatkan penghargaan kendiri.

Afektif : 1. Berkeyakinan dan mengamalkan disiplin kendiri ketika melakukan

aktiviti.

2. Menunjukkan sikap bekerjasama dan menghargai di antara satu sama lain.


Top Related