Download - BMK3043 Seni Mengarang
PPGPJJ SEMESTER 5 SESI 2013
BMK3043 SENI MENGARANG
TUGASAN 2
TAJUK ESEI ILMIAH
SEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
NOOR AZMILI BIN MOHD PITTLI D20102040971
PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI01 (A 122PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING: ABU HASSAN BIN ABDUL
TARIKH SERAH: 30 APRIL 2013
ANALISIS TEKS KARYA KLASIK MELAYU DARI ASPEK GAYA BAHASA
HIKAYAT MALIM DEMAN
PEMARKAHAN
KANDUNGAN
BI
L PERKARA
1 PENDAHULUAN
2 DEFINISI GAYA BAHASA
3 CONTOH-CONTOH GAYA BAHASA
4 ANALISIS TEKS KARYA KLASIK MELAYU DARI ASPEK GAYA BAHASA
HIKAYAT MALIM DEMAN
5 RUMUSAN
6 RUJUKAN
1.PENDAHULUAN
Zaman pengunaan bahasa Melayu Klasik melingkungi zaman antara abad ke – 14
hingga abad ke – 19 Masihi. Zaman permulaannya ditandai dengan prasasti Terengganu
(Batu Besurat Terengganu ) yang bertarikh pada 702 H. bersamaan dengan tahun 1303 M.
Zaman bahasa Melayu klasik menempuh kemajuan yang pesat berbanding dengan zaman
bahasa Melayu kuno. Pada masa ini perkembangan ilmu pengetahuan dan kegiatan
intelektual dalam bahasa Melayu mencapai tahap yang tinggi. Pada akhir abad yang ke-16 M,
umpamanya, sudah lahir hasil-hasil karya falsafah tasawwuf dalam bahasa Melayu. Bahkan
pada awal abad ilmu-ilmu agama yang lain khususnya seperti polemik yang dilakukan oleh
Hamzah Fansuri, Syamsudin Pasai, Nurudin Al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel. Kelahiran
hasil-hasil karya yang bersifat intelektual ini berpunca daripada pengaruh Islam.
Banyak hasil karya yang berbahasa Melayu yang bersifat falsafah dan agama setelah
wujud pengaruh Islam. Dari sejak itu perkembangan ilmu pengetahuan terutama tentang
agama dan pentadbiran begitu pesat berkembang dalam bahasa Melayu. Lantara itulah maka
bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama di Asia Tenggara untuk urusan pengembangan
agama Islam bahkan ia menjadi salah satu di antara enam bahasa dunia Islam iaitu Arab,
Parsi dan Hindi.
2. DEFINISI GAYA BAHASA
Gaya bahasa adalah susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha
mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Za‘ba mentakrifkan gaya bahasa sebagai
“rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu tentang
perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunan atau bentuk perbahasannya”.
Terdapat dua jenis gaya bahasa, iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Setiap jenis itu dapat
dibahagikan kepada gaya Melayu betul dan gaya bukan Melayu. Ungkapan “terlalu sakit”
dan “rumahnya” adalah antara contoh gaya Melayu betul. Ungkapan ini sebagai gaya bahasa
bukan Melayu atau bahasa pasar disebut “banyak sakit” dan “dia punya rumah”. Za‘ba
menegaskan, gaya cakap mulut itu termasuk loghat. Ciri gaya cakap mulut ialah penggunaan
perkataan terpotong seperti tak, nak, ni, dan dek dan kok; dan sebutan basahan seperti
“jugak” dan “pulak”. Gaya cakap mulut ini digunakan sebagai cakap ajuk dalam karangan.
Bagi gaya bahasa surat, Za‘ba mengatakan “susunannya lebih lanjut daripada bahasa cakap
mulut, anggota-anggota ayatnya lebih lengkap, dan perbahasannya lebih tinggi atau halus,
serta banyak memakai perkataan-perkataan dan rangkaian perkataan yang janggal bunyinya
dalam percakapan mulut”. Antara perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam gaya
bahasa surat termasuklah bahawasanya, sesungguhnya dan oleh sebab itu. Bahasa cakap
mulut yang berubah apabila dijadikan bahasa surat pula termasuklah kok (menjadi jikalau),
tak ada (menjadi tiada) dan terlampau (menjadi terlalu).
3. CONTOH-CONTOH GAYA BAHASA
1.aliterasi – pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata.
2.anafora – pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya secara
berturutan agar memperoleh kesan tertentu.
3.analogi – persamaan sebahagian ciri antara dua benda atau hal yang dapat dipakai
untuk dasar perbandingan.
4.antitesis – penggunaan kata atau ungkapan dalam frasa, ayat dan sebagainya untuk
mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yang seimbang.
5.asonansi – pengulangan bunyi vokal yang sama dalam deretan kata.
6.Bahasa Arab – perkataan – perkataan Arab yang diterapkan ke dalam prosa bagi
memberikan kesan yang berbeza.
7.bahasa berirama – ungkapan puitis yang dapat menimbulkan kesan yang
mendalam tentang sesuatu peristiwa.
8.Bahasa Inggeris– street fighter, superman, street soccer, futsal, supermarket,
suspense.
9.bahasa istana – bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja.
10. bahasa kiasan – penggunaan kiasan untuk meningkatkan kesan atau pemerian.
11.bahasa klasik – penggunaan perkataan – perkataan Melayu klasik seperti sebermula,
syahadan.
12.diksi– pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama dan puisi.
Diksi yang baik terlihat pada
a. pemilihan kata yang tepat
b. penggunaan kata yang munasabah
c. penggunaan kata yang jelas dan khusus.
Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat.
13.epifora – pengulangan kata – kata di akhir baris puisi untuk penegasan.
14.hiperbola – gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih – lebihan.
15.hybrid – penyatuan dua kata menjadi satu kata.
16. inversi – pembalikan kata – kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim
17.istilah sains dan teknologi– virus, skrin LC, karbonit, asid.
18.metafora – pemakaian kata – kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang
sebenarnya (sebagai kiasan) dengan menggunakan dua kata berunsur konkrit
dan abstrak.
19.paradoks – penyataan yang kelihatan bertentangan (menggunakan unsur positif dan
negatif dalam satu baris) tetapi kenyataannya mengandung kebenaran dengan
pendapat umum atau realiti.
20.pengulangan - pengulangan kata, ungkapan, baris atau rangkap
21.peribahasa / simpulan bahasa / perumpaan– melukut di tepi gantang, darah daging.
22.personifikasi – pemberian sifat – sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh –
tumbuhan, keadaan atau peristiwa.
23. repitisi / repitasi – pengulangan kata pada baris yang sama bagi menunjukkan penegasan
yang dikehendaki.
24. responsi – pengulangan kata di tengah baris
25. simile – perumpamaan atau sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata ‘seperti’,
“bagai”, “umpama”, dan “macam”.
]
26. simplok – pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama
27. sinkope / sinkof – penggunaan singkatan kata (biasanya dalam cerpen dan novel) seperti
tak, nak, ni, dan dah.
28. Imbas kembali
- Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang
pernah dialaminya.
- Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog,
monolog, atau monolog dalaman.
29. Imbas muka
- Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang
sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
- Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang
akan berlaku.
4. ANALISIS TEKS KARYA KLASIK MELAYU DARU ASPEK GAYA BAHASA
HIKAYAT MALIM DEMAN
Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, cerita-cerita penglipur lara memiliki beberapa ciri
tersendiri yang tidak terdapat pada bentuk-bentuk yang lain. Di antarnya ialah keistimewaan
gaya bahasanya.
Gaya bahasa cerita-cerita penglipur lara Melayu dapat dibahagikan kepada dua, iaitu
prosa dan puisi. Mungkin kewujudan gaya bahasa begini membawa keistimewaan-
keistimewaan tertentu pula. Pertama, mungkin untuk mewujudkan identiti sendiri. Kedua,
mungkin juga untuk mewujudkan suasana yang lebih seronok apabila pembaca-pembacanya
dapat menikmati ketangkasan pencerita berubah dari naratif prosa kepada puisi, tidak akan
menimbulkan kebosanan walaupun berjam-jam membacanya. Ini terutamanya apabila dikaji,
didapati sesuatu peristiwa tertentu yang di dalam bentuk puisi terdapat juga pada cerita-cerita
penglipur lara yang lain. Contohnya gambaran hari nak siang terdapat pada Hikayat Malim
Demand an Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Begitu juga gambaran-gambaran lain
seperti menyabung ayam dan jamuan, petanda kelahiran seorang putera besar atau gambaran
pertikaman antara wira dengan musuhnya, adalah lumrah terdapat pada hikayat-hikayat
berlainan.
Hal persamaan yang diterangkan di atas jelas menunjukkan adanya keseragaman dan
gambaran. Ini juga menguatkan lagi pendapat bahawa pencerita-pencerita dahulu kala tidak
mempunyai hak cipta ke atas sesuatu cerita yang dicipta. Hikayat Malim Deman banyak
sekali memberi ganbaran-gambaran tertentu yang amat menarik serta mudah untuk diingati.
Puisi-puisi tradisionalnya ini terdiri dari gurindam, seloka, pantun dan syair. Pada halaman
pertama sahaja telah diturunkan pantun lapan kerat sebagai pengenalan cerita:
Bukan teluk parang-parang,
Anak ketam di dalam padi,
Telutuh dilepuh-lepuh,
Enayang di balim rumah;
Bukannya makhluk barang-barang,
Cucu Adam sepian nabi,
Turun di langit yang ketujuh,
Jadi khalifah pada Allah.
Begitu juga terdapat pantun ‘kasih’ empat kerat pada halaman 5 dan 9. Selain daripada
pantun, yang paling lurah diperturunkan adalah gurindam seperti:
Gurindam hari hendak siang - halaman 4
Gurindam menghadap sembah - halaman 8
Gurindam pemanggil rakyat - halaman 11
Gurindam kedatangan rakyat - halaman 11
Gurindam raja santap - halaman 14
Gurindam panau raja - halaman 23
Terdapat beberapa lagi gurindam yang ada fungsi-fungsi tertentu untuk menggambarkan
sesuatau peristiwa yang ditentukan juga. Sebagai contoh diturunkan Gurindam Menghadap
Sembah yang menggambarkan betapa tertib dan hormatnya rakyat jelata dahulu ketika
menghadap tuanku sultan.
Dari jauh menjunjung dulu,
Sudah dekat langsung menyembah,
Terangkat kadam jari sepuluh,
Kuncup bagai salur bakung,
Jari seperti susunan sireh,
Berleher lembut berlidah fasih,
Menundukkan batu otak kepala
Pemilihan kata oleh penulis juga amat tepat dan teliti. Gerak laku yang digambarkan sangat
tertob, lembut dan jelas kepada kita. Begitu juga dengan lenggang-lenggok tangan, jari, leher
dan kepala seolah-olah menggambarkan gerak seni yang tidaj mudah untuk digurindamkan
secara terperinci dan berseni pula. Inilah satu-satunya keistimewaan setiap gambaran yang
digurindamkan oleh pencipta dahulukala. Lihat juga Gurindam Hari Nak Siang untuk
meneliti liuk lenggok bahasa berirama yang indah malah mempesonakan.
Di samping gurindam, pantun dan syair, perumpaan juga diselitkan di beberapa
perenggan cerita.
Sireh pulang ke gagangnya,
Pinang pulang ke tampuknya,
Kuah tumpah ke nasinya,
Harta pulang ke empunya;
Terdapat juga keadaan yang agak menggelikan hati pembaca di zaman moden ini, ada
gambaran yang tidak dapat lagi kita terima sebagai sesuatu keindahan estetik. Contohnya,
penulis menggamabarkan raja bermandi limau;
Sekali digosoknya,
Dua tiga panau tercelik;
Sekali digosoknya,
Tiga empat panau tercelik;
Hilanglah cahaya matahari,
Timbullah cahaya Malim Deman.
Pada zaman sekarang, panau adalah sejenis penyaki kulit yang sepatutnya disembunyikan
kerana memalukan tuan badan. Pada orang dahulukala, tompok-tompok panau itu adalah
keindahan atau suatu bentuk daya estetik yang dibanggakan pula. Pada zaman ini, ia adalah
sesuatu yang sukar diterima. Pembaca mungkin tersenyum apabila membacanya pula.
Pada pencerita dahulukala hal itu tidak serupa penerimaannya dengan kita sekarang.
Oleh iru, kita tidak boleh mengatakan bahawa gurindam itu adalah salah. Keadaan yang
digunakan pada waktu itu sudah tentu berbeza dengan keadaan sekarang. Situasi indah pada
waktu dahulu tidak semestinya indah pada zaman sekarang. Sama juga dengan hal sebaliknya
bahawa yang buruk masa dahulu mungkin telah diterima kini sebagai sesuatu yang baik.
Setiap kali kita membuat tafsiran, kita mestilah kembali kepada tiga aspek penceritaan
yang penting supaya tidak tersalah tafsir. Ketiga-tiga hal itu ialah latar masyarakat, zaman
cerita dihasilkan dan latar tempat cerita itu. Dalam hikayat ini, ia terjadi di bumi dan di
kayangan. Masyarakat yang terlibat terdiri daripada manusia dan jin sedangkan zamannya
tidak diketahui, setakay menyebut “zaman dahulukala”. Oleh sebab itu, kita memahami
struktur ayatserta penggunaan perkataan yang agak lamayang tidak digunakan secara meluas
kini dan mungkin sukar diberikan ertinya oleh orang-orang yang tidak begitu arif
mengenainya.
Selain daripada gurindam, bentuk nyanyian juga didapati dalam HIkayat Malim
Deman. Nyanyian yang dimaksudkan adalah juga baris-baris puisi yang khusus dinyanyikan
pada ketika-ketika tertentu, misalnya mendodoikan putera raja yang hendak ditidurkan atau
memujuk putera raja yang sedang menangis ketika hendak dimandikan. Kedua-dua hal ini
dinyatakan sebagai ‘nyanyian ada bersiram’ dan ‘nyanyian raja naik buaian’. Nama lagu
ketika naik buaian ialah ‘Tetak Seranting’, antaranya seperti berikut:
Tetak seranting buatkan kolek,
Buat pagar bunga di taman;
Tuanku putera yang kecil molek,
Putera Tuanku Malim Deman.
Buat pagar bunga di taman,
Ikat dengan rotannya getah;
Putera Tuanku Mali Deman,
Seisi negeri menjunjung perintah.
Nyanyian di atas sebenarnya adalah pantun berkait. Ia mempunyai tujuh rangkap.
Hikayat Malim Deman juga menggunakan penceritaan secara prosa, malah itu yang
lebin banyka daripada puisi. Daripada naratif prosa itu, penggunaan Bahasa Melayu lama
tetap ada, sama ada dalam bentuk susunan ayat mahupun pemilihan kata-kata. Daftar Kata di
bahagian belakang teks Hikayat Malim Deman itu sangat memberi manfaat kepada pembaca.
Kata-kata lama yang jarang-jarang digunakan sama ada dalam pertuturan atau tulisan kini,
yang terdapat dalam hikayat ini, dijelaskan di situ.
Gaya bahasa yang digunakan amat mudah serta berterus terang. Bahasa berkias dan
ibarat tidak digunakan. Secara perbandingan, memahami sebuah novel yang plotnya
berlapis-lapis jauh lebih sukar daripada memahami Hikayat Malim Deman ini kerana
bahasanya yang mudah, gaya penceritaan terus terang dan plot ceritanya mudah diikuti dari
mula hingga akhir.
RUMUSAN
Pada kesimpulannya, menjadikan bahan teks klasik sebagai agen bagi memupuk minat
membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap teks klasik
memang wajar. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan teks klasik dapat
membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa. Teks klasik dapat digunakan untuk
meningkatkan dan menggalakkan pembelajaran bahasa. Nilai kesusasteraan terletak pada
aspek instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama
ada dari segi semantik mahupun pragmatik.
Bahasa merupakan akal budi sesuatu bangsa. Kemajuan bahasa menjadi lambang dan
cermin kemajuan bangsa dan negara. Melalui bahasa dapat dikenal pasti alur pemikiran,
budaya dan sastera sesuatu bangsa .Bahasa mempunyai pertalian yang begiturapat dengan
pola pemikiran sesebuah masyarakat kerana bahasa berperanan sebagai penggemblengan jati
diri budaya yang diwartakan melalui sastera. Realiti ini telah ditemui dan dihadapi oleh
bahasa Melayu sebelum dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan dan komunikasi.
RUJUKAN
1) Lutfi Abas. (1995). Kritikan Karya Sastera : Keindahan Ragam-Ragam Bahasa. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
2) Sulaiman Masri. (1990). Penulisan dalam Bahasa Malaysia Baku. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
3) Modul Seni Mengarang (2012). Dr Abu Hassan Abdul, phD, Dr Abd Rashid Md. Idris,
phD, Pusat Pendidikan Luar University Pendididkan Sultan Idris, Tanjung Malaim, Perak
Darul Ridzuan.