MENGGARAP KECEMERLANGAN
PENATARAN FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN BAGI
PEPERIKSAANUJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH
RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016
DIKENALI SEBAGAI
BAHASA MELAYU PEMAHAMANKOD: 011/021/031
JENIS INSTRUMENTerbahagi kepada dua:
1. Objektif2. Subjektif
JENIS ITEMTerbahagi kepada tiga:
1. Objektif Aneka Pilihan
(MCQ)
2. Objektif Pelbagai Bentuk
3. Respons Terhad (Struktur)
Objektif Aneka Pilihan
(MCQ)
- PILIHAN JAWAPAN A, B, C, D.- PILIH JAWAPAN YANG PALING SESUAI .
Objektif Pelbagai Bentuk
ANTARA JENIS ITEM
- Item isi tempat kosong- Item betul / salah, ya / tidak, - Item padanan- Item lengkapkan ayat- Item bulatkan /lorek / garisi jawapan dan lain-lain
Definisi Respons Terhad
• Mengehadkan bentuk respons murid
• Dihadkan melalui skop soalan
• Melalui markah yang diperuntukkan
• Respons perkataan / frasa / perenggan / bergantung pada ruang jawapan yang disediakan
Respons Terhad
Definisi Item Struktur
• Merupakan respons terhad juga
• Stimulus diberi dan diikuti dengan soalan
• Perlu menjawab beberapa siri soalan ( setiap soalan ada pecahan )
BAHAGIAN/BILANGAN SOALAN
Bahagian A : 20 soalan
Bahagian B : 5 soalan
Jumlah : 25 soalan
JUMLAH MARKAH
Bahagian A : 20 markah
Bahagian B : 30 markah
Jumlah : 50 markah
TEMPOH UJIAN
1 jam 15 minit
KONSTRUK(apa yang diuji)
Pengetahuan dan Kefahaman Sistem Bahasa
Kemahiran Aplikasi Maklumat Kemahiran Kreatif dan Apresiasi Bahasa
Pengetahuan dan Kefahaman Sistem Bahasa
- Mengingati semula perkara yang telah dipelajari dan mengingati fakta-fakta serta memahami sesuatu/ mentafsir/mempelajari/membuat andaian tentang sistem bahasa yang dipelajari khususnya yang terkandung dalam DSKP.
- menterjemah secara menulis dan membaca dari satu aspek ke aspek yang lain mengenai apa yang dipelajari
- Menyatakan sesuatu pernyataan, peristiwa lalu atau konsep dengan olahan bahasa yang tersendiri, mengubah susun atur konteks asalnya atau meringkaskannya tanpa mengubah makna tujuan asalnya.
- Menginterpretasi (mentafsir maklumat) graf, carta, peta, jadual, dan seumpamanya kepada bentuk lisan atau sebaliknya.
- Menjelaskan maksud perkataan dengan konteks penggunaannya dalam suatu puisi
- Membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian, pengetahuan dan pengalaman
- Membuat ramalan berdasarkan set data atau graf
- Membuat jangkaan berdasarkan sebab dan tindakan dalam sesuatu set komunikasi
Kemahiran Aplikasi Maklumat
- Kebolehan atau kepandaian menggunakan maklumat, konsep, idea, prinsip, teori, hukum, prosedur dan seumpamanya yang telah dipelajari serta perlu digunakan dalam sesuatu situasi yang baharu
- Mengenal pasti tugasan soalan/menentukan apa diperlukan/mengenepikan perkara yang tidak berkaitan/menyusun semula dalam bentuk atau corak yang mudah diselesaikan
- Menerangkan suatu fenomena yang baharu dan meramal apa yang berlaku
- Memberi justifikasi terhadap sesuatu tindakan atau keputusan dalam masalah yang baharu dengan melibatkan keupayaan murid
Kemahiran Kreatif dan ApresiasiBahasa
- Kebolehan/kepandaian/kemampuan menghasilkan atau mencipta sesuatu karya yang baharu/ sesuai/asli
- Berani menjanakan idea yang pelbagai dan baharu tanpa dikongkong oleh idea lama
- Berfikir dalam arah dan hala yang baharu
- Menggunakan imaginasi untuk sampai ke satu penyelesaian masalah, cabaran, persoalan atau tugasan
- Penghargaan/pengiktirafan serta penghayatan nilai dalam berbahasa
- Berupaya membuat kupasan atau menghasilkan bahan yang mempamerkan penguasaan serta kebitaraan dalam bahasa Melayu
- Penggunaan kata dan kosa kata yang bersesuaian
KAEDAH PENSKORAN
Dikotomus Analitikal
PERBANDINGAN FORMAT SEDIA ADA DENGAN FORMAT TAHUN 2016
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN KOD 011/021/031
BIL PERKARA FORMAT MULAI TAHUN 2016
1 Jenis InstrumenObjektif Subjektif
2 Jenis ItemObjektif Aneka PilihanObjektif Pelbagai Bentuk Respons Terhad
3Bilangan / Bahagian Soalan
Bahagian A - 20 soalan Bahagian B - 5 soalan
4Jumlah Markah
Bahagian A - 20 markah Bahagian B - 30 markahJumlah : 50 markah
5 Tempoh Ujian 1 jam 15 minit
6 Konstruk
Pengetahuan dan Kefahaman Sistem Bahasa
Kemahiran Aplikasi Maklumat Kemahiran Kreatif dan Apresiasi
Bahasa
7 Kaedah Penskoran Dikotomus Analitikal
BAHAGIAN A : Objektif (Aneka Pilihan)
1.Bumbung kereta itu ___________ akibat ditimpa oleh sebiji buah kelapa.
A kecut B ranap C hancur D kemik
BAHAGIAN A: Objektif (Aneka Pilihan Kompleks)12 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris
dengan betul.
I Dia menyelam sampai asal sungai untuk mencari
tiram.
II Dia berjaya dalam pelajaran asal usahanya yang gigih.
III Kami tidak tahu dari mana asal budak itu.
IV Bentuk asal masjid itu tetap dikekalkan.
A I dan II
B II dan II
C I dan IV
D III dan IV
BAHAGIAN A: Objektif (Aneka Pilihan Petikan)
Kemudian, Puteri Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan. Selepas memeluk Islam, Puteri Li Po berkahwin dengan Sultan Mansor Syah. Sultan Mansor Syah telah membina sebuah istana untuk Puteri Li Po manakala pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina.
17 Siapakah yang bersama-sama Puteri Li Po ke Melaka?
A Maharaja Yongle B PadukaTun Mamat C Pengiring-pengiringnya D Pegawai-pegawai Sultan
BAHAGIAN B: Objektif Pelbagai Bentuk
ANTARA JENIS ITEM
- Item betul / salah, ya / tidak, - Item padanan- Item isi tempat kosong- Item lengkapkan ayat- Item bulatkan / lorek / garisi jawapan dan lain-lain
BAHAGIAN B: Objektif Pelbagai Bentuk (Isi tempat kosong)
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.
dan di atau untuk
yang tetapi pada kerana Semua murid dikehendaki supaya melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Satu daripada aktiviti kokurikulum yang mesti disertai ialah sukan dan permainan. Terdapat pelbagai jenis sukan ____________ boleh dipilih oleh murid. Antaranya, mereka boleh memilih sama ada hendak menyertai sukan hoki, bola sepak, bola jaring _____________ badminton. Aktiviti kokurikulum penting _____________ dapat membantu perkembangan mental, fizikal ____________ sahsiah murid-murid. [4 markah]
BAHAGIAN B: Objektif Pelbagai Bentuk (Garis jawapan)
Garisi kata kerja yang terdapat dalam ayat di bawah.
1.Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
2.Angkasawan itu mendarat di bulan dengan selamatnya.
[2 markah]
BAHAGIAN B: Objektif Pelbagai Bentuk (Salah /betul)
Tandakan ( ) atau ( ) pada ayat yang betul.
1.Pereka busana muslim itulah yang paling terkenal di rantau ini. ( )
2.Hulu keris yang diperbuat daripada gading gajah merupakan artifak yang paling unik sekali dalam pameran itu. ( )
[2 markah]
BAHAGIAN B: Respons Terhad (Pengetahuan)
Soalan 24 Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kepada sahabatku yang berada di Kota Kinabalu. Apa khabar? Semoga saudari sekeluarga sihat sejahtera. Bersama-sama ini saya sertakan maklumat tentang pantang larang masyarakat Melayu untuk dijadikan bahan buku skrap Bahasa Melayu seperti yang kehendaki oleh guru saudari.
a. Perkataan masyarakat dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan __________.
[1 markah]
BAHAGIAN B: Respons Terhad (Menaakul)
Soalan 24 Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Untuk pengetahuan saudari, generasi dahulu lebih suka menggunakan kiasan daripada berterus terang kerana mereka tidak mahu golongan muda dan anak-anak ini berkecil hati. Tujuannya adalah untuk mendidik mereka agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Perkara yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi kita perlu memahami mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diturunkan secara lisan oleh nenek moyang kita.
b.Mengapakah orang-orang tua dahulu lebih suka menegur anak-anak muda dengan menggunakan bahasa kiasan ______________________________________________________________________ _____________________________________________________________________
[2 markah]
BAHAGIAN B: Respons Terhad (Menganalisis)
Soalan 24 Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
d.Adakah anda percaya akan pantang larang tersebut? Mengapa? _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________
[3 markah]
RUBRIK PENSKORAN KERTAS
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN -BAHAGIAN B
PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (3 MARKAH)
PENSKORAN KRITERIA
3 markah
i. Jawapan yang tepat dan jelas berdasarkan soalan.ii. Penggunaan ayat yang gramatis.iii. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan soalan.
2 markah
i. Jawapan yang tepat berdasarkan soalan.ii. Penggunaan ayat yang gramatisiii. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan soalan.
1 markah
i. Jawapan masih tepat berdasarkan soalan.ii. Penggunaan ayat yang mudah dan ringkas atau tidak gramatis.ii.Penggunaan kata dan kosa kata terhad tetapi sesuai dengan jawapan.
0 markahi. Jawapan tidak tepat.
PENSKORAN KRITERIA CATATAN
2 markah
i. Jawapan yang tepat dan jelas berdasarkan soalan.ii. Penggunaan ayat yang gramatis.iii. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan soalan.iv. Penggunan ejaan dan tanda baca yang betul.
Nota; Bagi Item Salah atau Betul
• 1 betul – 0 markah
• 2 betul – 1 markah
• 3 betul – 2 markah
1 markah
i. Jawapan masih tepat berdasarkan soalan.ii. Penggunaan ayat yang mudah dan ringkas atau tidak gramatis.iii. Penggunaan kata dan kosa kata terhad tetapi sesuai dengan jawapan.iv. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca dalam ayat.
0 markahi. Jawapan tidak tepat.
PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (2 MARKAH)
PENSKORAN KRITERIA
1 markahi. Jawapan yang tepat berdasarkan soalan tanpa
sebarang kesalahan.
Nota :
Jawapan yang terdapat kesalahan ejaan dan tanda
baca, dikira salah dan tiada markah.
PENSKORAN JAWAPAN STRUKTUR (1 MARKAH)