Download - BERKEBUN DI RUMAH
-
1
(A)
PENDAHULUAN
Hortikultur ialah sains dan seni penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, bunga hiasan dan
landskap. Dalam erti kata lain, hortikultur ialah salah satu cabang pertanian dengan tumpuan
lebih kepada tumbuhan yang diusahakan oleh manusia sebagai makanan, tujuan perubatan,
dan untuk kepuasan estetik. Terdapat dua kunci utama definasi ini yang membezakan antara
tanaman hortikultur daripada tanaman lain: "tumpuan lebih kepada" dan "diusahakan oleh
manusia untuk ...". Dengan itu, tanaman hortikultur adalah berbeza daripada tanaman lain
dengan aras pengurusan pekerja dalam pengeluaran mereka dan kegunaan selepasnya.
Tumbuhan hortikultur selalunya dibahagikan kepada yang boleh dimakan, iaitu yang
digunakan dalam masakan atau tujuan perubatan, dan yang digunakan untuk hiasan atau
tujuan estetik.
Perkataan hortikultur dimodelkan selepas pertanian, dan datang dari perkataan Latin
hortus, iaitu kebun dan cultra, iaitu penanaman, dari cultus, partisipel pasif lengkap untuk
kata kerja col, iaitu "Saya tanam". Hortus ialah kata seasal dengan perkataan bahasa
Inggeris yard (laman) (dengan maksud kawasan berkaitan dengan bangunan) dan kata
pinjaman garden (taman/kebun).
Hortikultur boleh dibahagikan kepada beberapa bidang pengkhususan. Istilah
digunakan untuk menerangkan pengkhususan ini terbit dari dahulu lagi berdasarkan
penggunaan umum dan kadang-kala janggal dengan tatanama botani. Contohnya, sayuran
dikelaskan sebagai tumbuhan herba dengan bahagian daripadanya dimakan mentah atau
masak ketika hidangan. Buahan, untuk tujuan hortikultur, diterangkan sebagai tumbuhan
yang lebih kurang seperti buahan sukulen atau ada kaitan dengan struktur botani selalunya
dimakan sebagai pencuci mulut. Dengan definasi ini, tumbuhan seperti tomato, timun, dan
labu dianggap sebagai sayur walaupun secara struktur botani ia dikelaskan sebagai buah.
Sejak 60 tahun kebelakangan ini, pertanian, termasuklah hortikultur, banyak
bergantung kepada sains dan teknologi untuk mengekalkan keuntungan pengeluaran. Bidang
kajian saintifik hortikultur terbahagi kepada pelbagai sub-disiplin. (i) Pomologi didefinasikan
-
2
sebagai cabang hortikultur berkaitan dengan buahan dan pokok. Pengeluaran buah
termasuklah pokok buah; seperti epal, mangga, betik, dan oren, serta buah kecil; seperti
strawberi, beri biru dan raspberi. (ii) Olerikultur didefinasikan sebagai cabang hortikultur
berkaitan dengan penghasilan sayur dan herba. (iii) Florikultur pula ialah cabang hortikultur
berkaitan dengan penghasilan tumbuhan di ladang atau rumah hijau untuk kegunaan bunga
atau daunnya yang menarik. (iv) Hortikultur persekitaran ialah cabang hortikultur berkaitan
dengan penghasilan tumbuhan hiasan digunakan untuk persekitaran, sama ada dalam
bangunan (indoor) atau luar bangunan (outdoor). Terdapat banyak ceraian untuk hortikultur
persekitaran. Produksi nurseri melibatkan penanaman tumbuhan dengan pengurusan intensif
untuk kegunaan di kawasan lain. (v) Hortikultur landskap melibatkan rekaan, pemasangan,
dan penyelenggaraan persekitaran dalam dan luar bangunan. Hortikultur awam melibatkan
rekaan dan penyelenggaraan arboretum, taman awam dan taman botani. (vi) Hortikultur
terapi melibatkan penggunaan tumbuhan hortikultur bagi meningkatkan keadaan kesihatan
manusia sama ada fizikal, intelektual mahupun emosi. Ia juga melibatkan penggunaan
tumbuhan di hospital dan tempat-tempat perubatan bagi mengurangkan kesakitan pesakit.
(vii) Hortikultur rumah melibatkan penggunaan tumbuhan hortikultur sebagai aktiviti
rekreasi, secara umumnya oleh golongan bukan profesional seperti suri rumah.
Walau bagaimanapun, kertas cadangan ini hanya akan memfokuskan panduan
penanaman sayur di kediaman moden. Kertas cadangan ini menyediakan dengan terperinci
tentang jenis-jenis sayuran yang sesuai ditanam, bekas penanaman, medium penanaman,
langkah-langkah semaian dan langkah-langkah penjagaan.
-
3
(B)
GARIS PANDUAN PENANAMAN
Laporan ini menyediakan tiga jenis prosedur tanaman iaitu tomato, cili merah dan bawang.
Pemilihan tiga jenis sayur ini adalah kerana ia mudah untuk dikendalikan dan kos pengurusan
adalah rendah.
1.0 PENANAMAN TOMATO
1.1 Pengenalan
Nama saintifik : Lycopersicon cycopersicum (L)
Keluarga : Sonanaceae
Buah tomato segar banyak digunakan dalam masakan samada dalam bentuk mentah ataupun
dimasak. Buah-buah tomato juga diproses untuk pengetinan, dibuat jus, puri dan sos.
Diantara zat makanan yang banyak terdapat pada tomato ialah kalsium, karbohidrat dan
protin. Lain-lain komposisi zat makanan yang terdapat padanya ialah lemak, serat, zat besi,
fosforus, karotena beta, vitamin B1, vitamin B2, niacin dan vitamin C. Pokok tomato
dibahagikan kepada dua kumpulan besar, iaitu yang tumbuh menegak dan yang tumbuh
menjalar.
1.2 Ciri-Ciri Pokok
Akar : Akar tunjang yang kuat dan banyak akar-akar serabut
Batang : Warna hijau, bercabang dan berbuku
Daun : Berbulu dan terdapat banyak berbezaan bentuk
-
4
Bunga : Berwarna kuning, berukuran lebih kurang 1 cm
Buah : Banyak perbezaan warna, saiz, bentuk dan rasa
Benih : Berwarna kuning perang dan beratnya 2.5g/100 biji
Cara pendebungaan : Sendiri
1.3 Keperluan Asas
Iklim
Sesuai ditanam di tanah tinggi (lebih 1000 m). Terdapat juga kultivar-kultivar tomato yang
boleh ditanam di tanah rendah. Suhu yang sesuai untuk tanaman tomato ialah 18o-32oC,
jumlah hujan 460 mm semusim adalah perlu untuk pertumbuhan yang baik.
Persediaan Tanah
Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah pasir (BRIS dan bekas lombong) dan
tanah gambut. Tanah mestilah mempunyai sistem saliran yang sempurna dan pengudaraan
yang baik.
Kultivar Yang Disyorkan
Kultivar yang disyorkan di tanah tinggi ialah L 24 iaitu tomato baka tempatan Cameron
Highlands. Untuk tanaman di tanah rendah lima kultivar disyorkan iatu MT 1, MT 11, L 24,
Serdang 2 dan King Kong (F1).
1.4 Amalan Kultur
Penyediaan Anak Benih
Gunakan biji benih yang bermutu tinggi. Jumlah biji benih digunakan adalah 300 g/ha. Biji
benih dirawat dengan menggunakan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g/1000 g biji
benih. Biji benih disemai sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum menanam dan sediakan
10% lebihan benih untuk aktiviti sulaman, jika perlu. Anak benih ditanam di bawah jaring
kalis serangga.
1.5 Semaian
Terdapat tiga cara semaian yang disyorkan iaitu: Semaian Batas
Campuran tanah 7:3:2 (tanah:bahan organik:pasir) digunakan bagi batas semaian berukuran
1000 cm lebar, 15 cm tinggi dan mengikut panjang yang dikehendaki. Semai biji benih
-
5
sedalam 0.5 cm dalam jalur berjarak 5 cm. Kemudian tabur tanah kering yang halus
sepanjang jalur untuk menutup biji benih. Siram batas selepas itu dan dirikan teduhan yang
dibuat dari plastik lutsinar. Jarangkan anak benih (5 cm antara pokok) 10-14 hari selepas
menyemai.
Semaian Polibeg
Isi polibeg berukuran 12 cm panjang, 20 cm lebar dan 0.1 mm tebal dengan tanah campuran
7:3:2. Tanam 2-3 biji benih sedalam 0.5 cm. Hanya tinggalkan satu pokok apabila
mempunyai 2-3 helai daun. Letakkan polibeg di bawah teduhan yang didirikan daripada
plastik lutsinar dan jaring kalis serangga.
Semaian Kotak
Kotak dibuat daripada kayu atau plastik berukuran 60 cm lebar x 60 cm panjang diisi dengan
media semaian. Kotak semaian yang digunakan perlu mempunyai lubang di bahagian
bawahnya supaya air tidak bertakung. Biji benih disemai pada jarak 5 cm x 5 cm dan
ditimbus dengan tanah. Semaian yang terlalu rapat perlu dijarangkan untuk mengurangkan
persaingan antara anak benih dan menggalakkan pertumbuhan yang sempurna.
Kotak-kotak semaian diatur di atas meja panjang yang didirikan di dalam bangsal
semaian. Bangsal semaian boleh ditutup dengan kepingan plastik sebagai atap untuk
melindungi benih dari hujan lebat. Dinding bangsal semaian boleh ditutup dengan jaring
untuk menghindar kemasukan serangga. Pengairan boleh dilakukan dengan menyiram atau
menggunakan sistem pengairan renjis.
Semasa di peringkat semaian, anak-anak benih bolehlah disembur dengan baja daun
(foliar) yang mengandungi unsur NPK mulai minggu ketiga. Sembur racun serangga seperti
chlorpyrifos jika terdapat tanda-tanda serangan perosak.
1.6 Penyediaan Kawasan
Merangkumi kerja-kerja pembersihan tanah pembajakan dan pembinaan batas. Tanah
dibajak dan digembur sedalam 15-22 cm. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm.
Pengapuran perlu dilakukan sebelum penanaman dibuat sekiranya pH tanah kurang daripada
5. Pengapuran dilakukan semasa kerja-kerja pembajakan tanah dijalankan dan sebaik-
baiknya dibuat 1-2 bulan sebelum anak benih ditanam. Bahan kapur yang selalu digunakan
ialah Ground Magnesium Limestone (GML); biasanya tanah-tanah mineral, gambur dan
-
6
tanah pasir (BRIS dan bekas lombong) masing-masing memerlukan pengapuran sebanyak 3-
5, 3-7.5 dan 1-3 t/ha.
1.7 Pembajaan
Kadar pembajaan berbeza mengikut jenis tanah. Tanah pasir yang kurang subur atau
sederhana sesuai untuk tanaman ini memerlukan kadar baja yang lebih tinggi berbanding
dengan tanah mineral.
Kadar Pembajaan Mengikut Jenis Tanah
Jenis Tanah
Baja
Jenis Kadar (tan/ha/musim
Masa (MLT) (minggu lepas
tanam) Cara
BRIS 1. Rudua
Tahi ayam NPK
12:12:17:2
10 2
-1* 2, 4 & 8
Gaul dalam tanah keliling pokok
BRIS 2. Baging
Tahi ayam NPK
12:12:17:2
25 3
-1* 2, 4 & 8
Gaul dalam tanah keliling pokok
Bekas lombong (Pasir)
Tahi ayam NPK
12:12:17:2
25 2
-1* 2, 4 & 8
Gaul dalam tanah keliling pokok
Gambut NPK 12:12:17:2 2 2, 4 & 8 Keliling pokok
Mineral Tahi ayam
NPK 12:12:17:2
25 2
-1* 2, 4 & 8
Gaul dalam tanah keliling pokok
* 1 minggu sebelum tanam
1.8 Pemangkasan
Pangkasan disyorkan untuk kultivar tomato yang bertabiat rimbun. Tunas-tunas sisi dan
daun-daun berlebihan perlu dibuang untuk menggalakkan pengudaraan yang baik.
1.9 Pengurusan Air
Siram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Sstem pengairan renjis mempunyai
kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah. Kos bahan bagi
sistem ini adalah diantara RM5000-8000 sehektar. Jenis perenjis yang sesuai digunakan
mempunyai julat tekanan operasi yang rendah 1.5-2.5 kg/cm2 dengan kadar alir perenjis 0.3-
1.0 liter / saat dan garis pusat siraman liputan 25-30 m. Perparitan diperlukan bagi kawasan
-
7
yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalirkan air berlebihan ke
parit utama.
1.10 Pengurusan Perosak Tanaman
Kawalan Serangga
(i) Ulat pengorek buah (chloridea obsoleta F)
Menyerang buah, daun, tunas dan bunga ketika pokok di peringkat berbunga dan buah. Buah
akan berlubang dan busuk, pucuk muda dan bunga dimakan ulat. Sembur keseluruhan pokok
dengan Bacillus thuringiensis, permethrin atau acephate selang 14 hari sekali jika perlu.
Kutip buah yang diserang dan musnahkan.
(ii) Lalat buah (backtrocera sp)
Menyerang buah ketika pokok sedang berbuah. Buah berlubang dan menjadi reput. Buah-
buah gugur atau busuk sebelum matang. Kutip buah-buah yang diserang dan musnahkan
secara menanam atau membakar. Gunakan racun attractant seperti methyleugenol.
(ii) Hama Merah (thtranychus truncatus)
Menyerang daun dan bunga. Daun yang diserang berkerekot dan terdapat tompok-tompok
kuning. Pertumbuhan pokok terbantut dan bunga tidak terbentuk. Jika perlu, sembur dengan
racun serangga seperti dicofol atau propagite.
Penyakit Tanaman Tomato:
(i) Hawar Phytophthora
Kulat Phytophthora infestans menyerang daun dan buah. Merebak melalui tanah dan air.
Daun bertompok-tompok perang kehitaman dan berair selalunya di hujung dan di tepi daun
tua. Kemudian terdapat tompok-tompok putih di belakang daun, akhirnya pokok akan mati.
Pada buah muda yang masih hijau, terdapat bintik lecuh berwarna kelabu yang membesar
kepada saiz dan bentuk yang tidak menentu. Lama kelamaan bahagian diserang menjadi
kering, berkedut dan mempunyai sempadan yang nyata.
Kawalan: Sembur racun kulat seperti maneb, mancozeb, captafol atau cuprous oxide. Bakar
bahagian yang berpenyakit. Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik dan jaga kebersihan
kawasan tanaman.
(ii) Antraknos buah
-
8
Disebabkan oleh kulat Colletotrichum sp. menyerang buah. Merebak melalui biji benih dan
angin. Jangkitan awal kelihatan lekuk yang kemudian membesar menjadi tompok-tompok
perang kehitaman. Serangan menyebabkan buah reput. Selalu gunakan biji benih yang sihat,
bajak reput relai ke dalam tanah semasa penyediaan tanah. Jika terdapat serangan,
musnahkan buah-buah yang berpenyakit, sembur buah dengan racun kulat seperti mancozeb
jika perlu.
(iii) Hawa Aleternaria
Merebak melalui angin. Kulat Alternaria solani menyerang batang, daun dan buah. Terdapat
bintik-bintik perang pada batang dan daun tua. Bintik-bintik kemudiannya membesar
menjadi tompok yang berpusat hitam. Tisu daun di keliling tompok selalunya bertukar
menjadi kuning. Buah yang diserang mempunyai bintik lekuk dan dipenuhi dengan spora-
spora hitam. Serangan selalunya bermula di bahagian hujung tangkai buah. Sembur dengan
racun kulat seperti copper oxychloride, mancozeb atau chlorothalonil jika perlu. Bakar
bahagian yang berpenyakit.
(iv) Reput Pangkal
Merebak melalui tanah. Kulat Sclerotium rolfsii / Rhizoctonia sp. menyerang pangkal
pokok. Daun-daun kelihatan layu. Terdapat maisilia putih pada pangkal pokok. Akhirnya
pangkal dan akar menjadi hitam dan reput. Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik dan
musnahkan pokok yang diserang.
(v) Layu Fusarium
Kulat Fusarium sp. menyerang akar. Tersebar melalui tanah dan air. Daun-daun menjadi
kuning, kemudian kering bermula dari bahagian bawah pokok. Pokok menjadi bantut dan
layu. Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik. Sembur dengan racun kulat seperti
benomyl atau carbendazim jika perlu dan cabur / bakar pokok yang berpenyakit.
(vi) Layu Bakteria
Pseudormonas solanacearum menyerang batang dan akar. Merebak melalui air, tanah dan
sentuhan akar. Daun kelihatan layu dan menjadi kuning. Empulur berwarna perang
kehitaman dan berair. Jika akar atau batang dipotong dan direndam dalam air, ia
mengeluarkan cecair jaluran putih. Gilirkan tanaman yang berlainan dari keluarga
Solanaceae. Tentukan saliran air baik di kawasan kebun. Cabut dan bakar pokok yang
-
9
berpenyakit.
(vii) Virus Mozek
Kutu daun sebagai pembawa penyakit. Virus berkenaan menyerang seluruh pokok. Daun
berbintik-bintik serta berkerekot. Serangan yang teruk menyebabkan pokok menjadi bantut,
buah menjadi kecil dan berubah rupa. Jaga kebersihan kawasan tanaman. Kawal kutu daun
dengan menyembur racun serangga seperti malathion dan musnahkan pokok yang
berpenyakit.
(x) Reput Hujung Buah
Kekurangan zat kalsium. Terdapat tompok kecil berwarna perang atau kehitaman dan
berkeadaan basah di bahagian hujung buah. Tompok kemudiannya membesar menjadi lekuk
dan berwarna hitam. Pastikan pembajaan dan pengapuran membekalkan kalsium yang
mencukupi.
1.11 Kawalan Rumpai
Cabut rumpai yang tumbuh di atas batas. Bagi rumpai yang dijumpai diantara batas boleh
dikawal dengan menggunakan racun rumpai sebelum peringkat berbuah. Ketika menyembur,
gunakan penyembur bertudung bagi mengelakkan tempias semburan dari terkena tanaman.
Penggunaan sungkupan plastik di permukaan batas juga dapat menyekatkan pertumbuhan
rumpai.
1.12 Kematangan Dan Pengutipan Hasil
Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil. Hasil boleh
dipungut lebih kurang 8-9 minggu selepas mengubah. Buahnya akan masak 30 hari selepas
berbunga dan tempoh pengeluaran hasil adalah 30-45 hari selepas kutipan pertama. Buah
boleh dipungut bila masih berwarna hijau tetapi telah cukup matang. Pungutan buah yang
masih hijau atau hijau kekuningan dibuat untuk mengelakkan buah dri pecah.
-
10
2.0 PANANAMAN CILI MERAH
2.1 Pengenalan
Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah. Varieti yang baik perlu
mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap penyakit dan serangan-
serangan serangga.
Varieti MC 11
Varieti ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam ke ladang dan berterusan sehingga
musim berakhir. Sifat pembuahan yang berterusan menyebabkan buah-buah cili dipetik
setiap dua hari. Sehingga musim berakhir lebih kurang 30 pemetikan dilakukan. Varieti ini
sesuai ditanam dan berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi di pelbagai persekitaran dengan
jarak tanaman 60 cm x 100 cm.
Varieti MC 12
Varieti MC 12 sangat produktif, mempunyai dua puncak pengeluaran dan berupaya
mengeluarkan hasil sehingga 4 bulan dengan sistem pengairan yang cekap. sifatnya yang
cepat matang (7 minggu selepas ditanam) dan pemetikan hasil dilakukan selang 5-6 hari. Ini
membolehkan buahnya dipetik sebelum diserang oleh penyakit. Dalam tempoh 2 bulan
penghasilan, hasil yang diperolehi antaa 20-29 tan/ha. Pokoknya yang rendah dapat
mengatasi masalah pokok rebah, oleh itu pancang-pancang tidak diperlukan. Buahnya yang
panjang, padat dan menarik sesuai untuk kegunaan segar dan pemprosesan.
-
11
1.2 Penanaman
Penyediaan Tanah
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah,
1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah
campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.
1.3 Menyediakan Anak Benih
Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci panjang, 22 cmm (9 inci) lebar dan 10 cm
(4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah,
1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak
semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm
(2inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Siram dengan penyiram yang mempunyai
semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari
dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas
disemai. Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci).
Tinggalkan hanya sepokok.
1.4 Mendapatkan Pokok Cili Yang Rimbun
Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi
perhatian. Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah
satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting. Bila pokok cili
mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan
pokok cili yang kurang rantingnya. Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya
juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.
1.5 Penjagaan
Menyiram
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
Membaja
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue
Special (12:12 17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.
Sungkupan
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain -Gunakan rumput-rumput kering.
-
12
Merumput
Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi
tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.
1.6 Kawalan Serangga dan Penyakit
Tanaman cili mengalami banyak masalah dan antara yang penting ialah masalah serangga
perosak dan penyakit. Berbagai-bagai jenis serangga perosak telah dikenalpasti menyerang
tanaman cili pada semua peringkat pertumbuhan.
1.7 Penyakit Dan Penyebab Bagi Tanaman Cili
Bintik daun (Cercospora capsici)
Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun. Amalkan tanaman giliran. Sembur dengan racun
kulat seperti chlorothalonil, mancozeb. Rawat biji benih dengan racun kulat.
Hawar pucuk (Choanephora cucubitarum)
Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam, terdapat spora-spora hitam pada pucuk. Rawat biji
benih dengan racun kulat.
Reput pangkal (Sclerotium roolfsii)
Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput. Rawat biji benih dengan racun kulat.
Lecuh anak benih (Phthium sppp. dan Rhizoctonia spp.)
Pangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuh. Anak benih layu, rebah dan mati.
Layu bakteria ( Ralstonia solanacearum)
Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati. Jika akar atau batang dipotong atau
direndam dalam air akan mengeluarkan cecair jaluran putih. Cabut dan bakar pokok yang
berpenyakit dan amalkan tanaman giliran. Perlu saliran yang baik.
Antraknos Buah
Sembur racun kulat seperti Mancozeb
-
13
1.8 Perosak
Kutu Daun: Sembur racun serangga chlorphyritfos atau imidachloprid
Hamama Merah: Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke
bawah. Sembur racun seperti dicofol atau malathion
Afid: Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga cili. Serangan
menyebabkan daun berkerekot dan pertumbuhan pokok muda terbantut. Selain itu,
afid ialah pembawa penyakit virus.
Kutu Trip: Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga. Akibatnya
daun menjadi kecil dan bentuk daun melengkung ke atas. Kutu trip juga boleh
menyebar virus.
Hama: Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah.
Pengorek Buah: Membuat lubang besar pada permukaan buah yang diserang.
Ulat Ratus: Makan daun dan buah.
Lalat Buah: Bertelur di kulit buah. Larva merosakkan bahagian dalam buah
mengakibatkan buah menjadi busuk dan berair.
Untuk pengawalan yang berkesan, pada peringkat semaian, benih cili hendaklah disemai di
dalam rumah jaring kalis serangga. Tujuannya ialah untuk menghalang serangan serangga
perosak seperti afid daripada menyebar penyakit virus dan juga serangga-serangga lain yang
boleh merosakkan tanaman cili. Ini penting kerana anak-anak benih cili yang hendak diubah
ke ladang mestilah sihat. Anak-anak benih yang dijangkiti virus tidak boleh dipulihkan
semula. Tambahan pula anak-anak benih cili yang dijangkiti virus pada peringkat semaian
sukar dikenalpasti kerana simptomnya tidak jelas seperti pada pokok dewasa.
Disamping mengawal afid dan mengurangkan kejadian penyakit virus, penggunaan
sungkupan plastik bersinar juga memberi beberapa kebaikan seperti:-
Membantu mengawal rumput-rumpai dan mengurangkan kos merumput;
Mengekalkan kelembapan tanah dan menstabilkan suhu tanah;
Menghalang hakisan baja oleh pengaliran air dan hujan.
Cahaya yang dipantul oleh sungkupan plastik bersinar boleh meningkatkan aktiviti
stomata dan fotosintesis.
Akan tetapi, selepas minggu ke-5 sebahagian besar permukaan plastik akan dilindungi oleh
rimbunan pokok cili. Oleh itu, pantulan cahaya semakin berkurangan untuk menghalang
hinggapan afid bersayap dan kutu trip. Selepas tempoh ini, dicadangkan supaya racun
-
14
serangga terpilih yang berkesan digunakan dan disembur apabila perlu sahaja. Seelok-
eloknya setiap semburan diulang selepas 7 hari sehingga masalah perosak dapat diatasi.
Pada peringkat berbuah pula, jika tidak diawasi dengan teliti buah-buah cili boleh dirosakkan
oleh perosak buah dan lalat buah. Racun perosak terpilih yang berkesan boleh digunakan
mengikut peraturan yang disyorkan bagi mengurangkan kerosakan oleh perosak-perosak
tersebut. Perkara penting yang perlu dipatuhi bagi penyemburan semasa peringkat berbuah
ialah hasil hanya boleh dituai selepas 7 hari penyemburan dilakukan.
Pengawalan dengan menggunakan musuh semula jadi tanaman cili seperti kumbang, kura-
kura, lalat sirfid dan kutu sibur-sibur juga boleh diamalkan. Serangga-serangga ini gemar
makan afid manakala bakteria Bacillus thuringiensis digunakan untuk mengawal serangga-
serangga perosak seperti ulas pengorek buah dan ulat ratus.
Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara kecil-kecilan, sistem tanaman
berbilang seperti selingan antara cili dengan jagung boleh diamalkan. Sistem ini berupaya
mengurangkan kira-kira 60% afid bersayap dan boleh mengurangkan kejadian penyakit virus
sebanyak 50-60% tanpa semburan racun serangga. Sistem ini menggalakkan kehadiran
kumbang kura-kura yang makan afid pada jagung. Secara tidak langsung, kumbang kura-
kura ini juga akan memusnahkan afid yang ada pada tanaman cili. Bagi petani yang ingin
mengusahakan penanaman cili secara sistem selingan antara jagung dengan cili, perlu diingat
bahawa tanaman jagung mestilah ditanam 3 atau 4 minggu lebih awal sebelum anak benih cili
diubah ke ladang, tetapi sistem ini kurang sesuai untuk penanaman secara komersial kerana
terdapat masalah dalam operasi penjenteraan.
Selain amalan pencegahan dan pengawalan perosak, penanam cili harus sedar bahawa aspek
pengurusan tanaman seperti pengairan dan pembajaan juga penting bagi menentukan
pengeluaran hasil yang tinggi dan bermutu.
-
15
3.0 PENANAMAN BAWANG
3.1 Pengenalan
Nama Saintifik : Allium cepa L.
Nama Famili : Alliaceae
Di Malaysia terdapat beberapa jenis bawang merah yang ditanam iaitu jenis Siam, Indonesia
dan India.
3.2 Kesesuaian Tanah
Tanah yang sesuai bagi bawang merah ialah tanah yang pengaliran airnya sempurna seperti
tanah gembur berpasir atau tanah pasir peroi yang kaya dengan bahan reputan. Tanah
gambut juga didapati sesuai dan keasidan tanah ialah antara 6.5-7.8. Sekiranya tanah kurang
subur, penambahan baja organan seperti tahi ayam dan sebagainya adalah disyorkan.
Pengairan yang mencukupi dalam lima minggu selepas menanam dan kering setelah pokok
berumur 8 minggu adalah penting. Penggunaan sungkupan seperti jerami padi/daun lalang
dapat mengekalkan kelembapan dan mengawal suhu tanah. Kawalan rumpai dibuat pada
peringkat awal pertumbuhan dan semasa penyediaan tanah.
3.3 Penanaman
Penyediaan Batas
Di tanah gambut dan gambut halus (muck) yang tidak menakung air; bawang ditanam di
tanah rata tanpa batas. Bagi tanah-tanah lain dan di kawasan-kawasan air senang bertakung,
batas disediakan setinggi 20-30 cm (8-12 inci) dan 91-122 cm (36-48 inci) lebar. Jarak antara
-
16
batas selalunya 66-91 cm (26-36 inci) dan panjang batas bergantung kepada petani sendiri.
Penyediaan Benih
Bawang jenis India adalah lebih baik dari jenis yang lain (Thailand, Filipina dan Cina) dari
segi pertumbuhan, ketahanan terhadap gejala 'White Tip' (iaitu kekeringan bahagian hujung
daun) dan penghasilan bawang. Saiz bebawang yang digunakan semasa menanam tidak
memberikan kesan yang bererti ke atas jumlah hasil. Bagi jenis berlabu panjang rencong
memerlukan sebanyak 1,210 kg untuk sehektar manaka jenis bulat pendek, kadar benih yang
diperlukan untuk sehektar ialah sebanyak 1,512. Untuk mendapatkan hasil yang baik, benih
hendaklah dipilih dari labu yang matang, tidak berpenyakit dan telah dikeringkan sekurang-
kurangnya 6 minggu selepas dituai.
Penanaman
Labu-labu bawang untuk dijadikan benih didebu atau dicelup di dalam racun kulat sebelum
menanam. Benih ditanam dengan menimbus 1/3 bahagian dari labu benih dengan tanah dan
meninggalkan 2/3 bahagian lagi di permukaan tanah. Jarak tanaman yang diguna ialah 12 x
12 cm (6 x 6 inci).
Amalan memotong di bahagian atas hujung bebawang sebelum menanam tidak menunjukkan
kesan dalam mempercepatkan percambahan, sebaliknya cara ini akan menggalakkan
jangkitan penyakit seperti jangkitan Fusarium. Dengan itu amalan memotong bahagian atas
hujung bebawang sebelum menanam adalah tidak digalakkan.
Bekalan air yang secukupnya di peringkat awal pertumbuhan bawang mungkin dapat
mengurangkan kejadian penyakit mati pucuk dan reput bebawang. Penggunaan sungkupan
adalah digalakkan di mana kandungan air dan suhu tanah dapat dikawal. Bagi mengurangkan
masalah, penanaman bawang hendaklah dijadualkan mengikut keadaan cuaca. Kerja-kerja
menanam dan peringkat awal pertumbuhan hendaklah jatuh pada musim hujan dan
memungut hasil pada musim kering.
3.4 Penjagaan
Pengawalan Rumpai
Penggunaan racun pra-cambah (Lasso) selepas menanam adalah digalakkan. Cara mencabut
dengan tangan perlulah dilakukan dari peringkat awal lagi agar pertumbuhan akar bebawang
tidak terjejas.
-
17
Pembajaan
Nisbah dan waktu membaja bawang merah adalah seperti berikut:-
Waktu Membaja Baja campuran terus Jumlah Baja Digunakan
(kg/ha) (lb/ekar) (Ka/ha) (lb/ekar) (lb/ekar)
Semasa menanam
N
P2O5
K2O
90
112
135
80
100
120
664 591
atau I.C.I. Compound 88 989 800
Sebulan selepas
menanam
N
P2O5
K2O
67
56
67
60
50
60
381 339
atau I.C.I. Compound 55 483 430
3.5 Mengawal Musuh Dan Penyakit
Musuh
Bagi tanaman bawang merah (Alliaceae) tidak terdapat musuh yang merbahaya tapi untuk
langkah berjaga-jaga, sembur 2 minggu sekali dengan Dipterex kekuatan 0.1% bahan aktif.
Ulat ratus (spodoptera litura) memakan daun secara berkelompok. Buat giliran tanaman.
Penyakit dan cara kawalannya
(i) Hawar daun / Tumpuk mungu dan cumut
Sembur dengan Maneb (Manzate D) sebanyak 280-560 gm / 898 liter air sehektar.(4-8 oz / 80
gelen air/ekar).
(ii) Reput bebawang
Pastikan saliran air sempurna. Rendam benih dalam racun kulat sebelum menanam. Jangan
lukakan bebawang sebelum dan selepas menuai dan amalkan tanaman giliran.
(iii) Tompok ungu (Alternaria porri)
Bintik-bintik pada mulanya berwarna kelabu. Bintik akan membesar dan merekah berwarna
ungu. Akhirnya daun menjadi kering dan layu. Rawat benih dengan racun kulat sebelum
menanam. Semburkan dengan thiram, ziram atau maneb.
-
18
Pucuk putih (fisiologi)
Hujung daun menjadi putih dan kering. Hasil akan berkurangan.
3.6 Memungut Hasil
Hasil mula dipungut 80-90 hari selepas menanam. Hasil yang didapati sebanyak 10-13
mt/ha.
3.7 Mengering Dan Menyimpan
Selain dari cara menjemur di bawah matahari, bebawang boleh dikeringkan dengan
menggantungkan ikatan bebawang ke atas ampaian tali di dalam bilik yang mempunyai
pengudaraan yang baik. Cara ini didapati lebih berkesan dan memerlukan tenaga buruh yang
kurang serta kadar pereputan bebawang rendah jika dibandingkan dengan cara menjemur di
bawah matahari.
3.8 Halangan Pengeluaran
Bawang merah boleh ditanam dengan jayanya di kebanyakan tempat di Malaysia. Walau
bagaimanapun, masih terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan sebelum sebarang
projek berekonomi berskala besar dapat dilaksanakan. Antara masalah utama adalah seperti
berikut:-
Kos yang tinggi dan ketiadaan biji bebawang yang bermutu untuk digunakan sebagai
bahan tanaman.
Jika benih (true seeds) murah digunakan, amalan-amalan agronomi yang diwujudkan
untuk biji bebawang perlu diubahsuai.
Kejadian 'keputihan-hujung' daun bawang adalah masalah biasa yang tidak menentu dan
boleh timbul bila-bila masa di sepanjang pengeluaran bawang merah tempatan.
Bergantung pada peringkat pembesaran pokok bawang, apabila simptom pertama
kelihatan, boleh menyebabkan sedikit atau kesemua tanaman musnah (tiada hasil
langsung).
Hujan yang sukar diramal boleh menyebabkan kehilangan hasil ketika dan selepas
penuaian bebawang.
Kurangnya maklumat tentang keperluan penyimpanan bebawang kultivar benih tulen
(true seeds).
-
19
Penanaman bawang merah di Malaysia mempunyai potensi yang baik. Kejatuhan nilai
ringgit Malaysia menjadikan bawah merah import mahal dan bawang merah tempatan
menjadi lebih kos kompetitif. Penanaman secara kecil-kecilan perlu dijalankan oleh petani-
petani kecil kerana pendekatan ini mampu mengurangkan kos disamping memberi pulangan
yang lebih baik berdasarkan penjimatan kos oleh sebab penggantian kos tenaga upah kepada
kos tenaga keluarga.
KESIMPULAN
Berkebun di rumah memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila di rumah yang baru sahaja
dibeli. Hampir semua tanaman hendak ditanam. Kalau dahulu, ramai yang suka tanam pokok
mempelam di hadapan rumah. Kerana itu kita boleh lihat hampir semua rumah lama
(tradisional) mempunyai pokok mempelam di hadapan rumah. Mempunyai kebun tidak mesti
memiliki tempat kosong yang luas. Dengan memanfaatkan laman rumah, Anda telah dapat
berkebun serta letakkan beragam jenis tanaman untuk membuat cantik tempat itu.
Berkebun adalah satu diantara kesibukan yang mengasyikkan dan juga menyihatkan. Jika ada
waktu senggang dirumah, anda dapat memafaatkannya untuk berkebun dengan kosep
berkebun di rumah sendiri. Tetapi, sayangnya cuma sedikit orang yang menyisihkan
waktunya untuk mengerjakan hal seperti ini. Berkebun tidak harus dilakukan di tempat yang
luas. Untuk itu, anda boleh menciptakan kebun vertikal di rumah. Caranya, menanam
tanaman di dalam pot, lalu menggantungnya. Selain itu, Anda juga bisa menanam beberapa
tanaman yang bisa merambat sehingga boleh dikembangbiakkan secara vertikal.
Diharap dengan adanya panduan dan cadangan dalam laporan ini dapat membantu kepada
sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini. Berkebun dirumah ini bukan sahaja
noleh dijadikan riadah malahan dapat membantu dari segi pendapatan ekonomi.
-
20
BIBLIOGRAFI
1. http://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-cili.html
2. http://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-tomato.html
3. http://my-bumihijau.blogspot.com/p/manual-penanaman-cendawan.html
4. Hortikultur. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Definasi tanaman khusus. Institut Nasional Pertanian dan Makanan. Jabatan Pertanian
Amerika.
6. hortus. Charlton T. L. dan S. Charles. en:A Latin Dictionary di en:Perseus Project.
7. Douglas Harper. "horticulture". Online Etymology Dictionary.
8. Entry for yard Dictionary.com (presenting information supposedly from Random House
Dictionary)
9. Mendefinasikan Hortikultur, Produk Hortikultur dan Sains Hortikultur. Persatuan
Antarabangsa untuk Sains Hortikultur. Dicapai 1 Februari 2012.