Download - Berdasarkan Model Pengurusan Disiplin
-
8/12/2019 Berdasarkan Model Pengurusan Disiplin
1/6
Berdasarkan Model Pengurusan Disiplin, anda dikehendaki memilih dua model
dan buat perbandingan antara kedua-dua model tersebut berdasarkan aspek-
aspek konsep, focus model, ciri-ciri model, kekuatan dan kelemahan, aplikasi
model dalam menangani masalah disiplin di bilik darjah dan Implikasi terhadap
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
1.0 Model Akibat logikal Dreikurs
1.1 Konsep/prinsip-prinsip
Menurut Haliza Hamzah dan Joy Samuel, Model akibat logikal dreikus ini
berkonsep berasaskan empat premis asas teori sosial Alder. Premis pertama
ialah manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas mereka ialah ingin
dimiliki atau menjadi ahli atau anggota sesuatu kelompok. Premis kedua pula
ialah kesemua tingkahlaku adalah bersebab dan premis ketiga menyatakan
manusia adalah organisma yang berupaya membuat keputusan. Yang
keempat pula realiti dipersepsikan oleh manusia. Oleh itu, boleh berlaku
salah tanggapan ataupun bias.
Model akibat logikal dreikurs ini menekan kepentingan guru memberikan
kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama
menjaga disiplin di dalam bilik darjah iaitu menggunakan pendekatan
demokratik. Dreikus menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku.
Murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Murid
perlu dilatih untuk mendapt kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik
darjah. Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam
pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi dapat dipraktikan.
Pengurusan disiplin yang mantap dan cemerlang tidak dapat terbentuk di
dalam bilik darjah yang autokratik dan persimif. Bilik darjah yang bersifat
autokratik iaitu guru telah buat semua keputusan tanpa bagi peluang kepada
murid untuk beri pandangan atau tanggungjawab manakala suasana yang
permisif pula guru gagal memastikan peraturan yang ditetapkan diikuti oleh
pelajar dan gagal menangani salah laku pelajar.
1.2 Fokus Model Akibat logikal Dreikurs
Fokus model ini ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat
demokratik di mana mewujukan rasa kepunyaan terhadap bilik darjah dalam
pembentukan tingakah laku murid. Maksud rasa dipunyai ini dirasai oleh
-
8/12/2019 Berdasarkan Model Pengurusan Disiplin
2/6
murid semasa guru dan rakan-rakan memberikan perhatian dan
menghormati hak merekan, melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah dan tidak
meminggirkan mereka.Jika murid gagal mendapat rasa kepunyaan,
kadangkala mereka akan menggunakkan cara yang salah untuk memenuhi
keperluan mereka.
1.3 Ciri-ciri Model Akibat logikal Dreikurs
Ciri-ciri model ini boleh membicara berkenaan dengan tingkah laku
bermasalah berpunca daripada empat motif, iaitu mendapatkan perhatian,
mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Motif
pertama mendapatkan perhatian dengan membangkitkan kemarahan guru
dengan tingkahlaku secara aktif dan pasif. Guru harus menganalisa dan
mencari punca kepada salah laku dan memberi perhatian tingkah laku yang
positif. Secara tidak langsung, guru memberi murid membuat pilihan untuk
memilih tingkah laku. Seterusnya, guru membimbing murid cara mendapat
perhatian yang betul. Motif kedua, mencabar kuasa yang tercetus daripada
perebutan kuasa antara guru dengan murid. Apabila murid bertindak
mencabar kewibawaan guru jangan bertindak secara emosi. Guru harus
bertenang dan bersemuka secara individu dan cuba kenal pasti punca
kelakuan murid-murid. Motif ketiga, membalas dendam iaitu semasa guru
bersikap autokratik menyebabkan murid-murid menyimpan dendam dan
menunjukkan salah laku yang lebih serius. Guru perlu menenangkan
keadaan dan cuba berbincang dengan murid supaya murid dapat melihat
kesan daripada matlamat mereka yang salah. Motif keempat, menunjukkan
kekurangan iaitu murid yang gagal mendapat pengiktirafan dan memencilkan
diri. Guru harus cuba menarik perhatian mereka dan beri peluang
menunjukkan keupayaan serta menghargai usaha mereka dan bri
pengiktirafan yang sesuai.
1.4 Kekuatan dan Kelemahan Model Akibat logikal Dreikurs
Kekuatan model ini ialah mampu memupuk autonomi iaitu murid akan
bertanggungjawab atas tindakan dan pilihan mereka. Seterusnya
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi
yang terbuka dan saling menghormati antara guru dan murid. Kelemahan
model ini pula berkaitan dengan kenalpastian moti murid melakukan salah
laku Tambahan pula agak susuah untuk guru mengenalpasti akibat logikal
yang setimpal dengan salah laku tertentu.
-
8/12/2019 Berdasarkan Model Pengurusan Disiplin
3/6
1.5 Aplikasi model dalam menangani masalah disiplin di bilik darjah
Model ini dapat menangani masalah disiplin di bilik darjah dengan cara yang
diperkenalkan oleh Dreikrus iaitu guru perlu mengenal pasti motif murid
tersebut berdasarkan empat motif utama yang ditunjukkan. Guru perlu
menunjuk dan beri kesedaran murid memahami motif yang ditunjukkan.
Seterusnya membantu muri untuk menukarkan matlamat yang salah kepada
matlamat sebenar yang mendatangkan manfaat kepada semua pihak.
Tambahan pula guru harus menggalakkan dan membimbing murid
bertanggungjawab ke atas matlamat baharu. Cara terakhir memberi bantuan
murid untuk melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Akibat itu
perlu memberikan manfaat kpada diri murid an orang-orang di persekitaran
mereka.
1.6 Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
Kesan pengaplikasian model ini terhadap pengajaran dan pembelajaran di ilik
darjah ialah guru dapat selalu beerkomunikasi tentang perkara-perkara positif
bersama dengan murid dan menggalakkan muru untuk menunjukkan
peningkatan bukannya kesempurnaan. Guru juga akan dan mengenal pasti
kelemahan murid dan berbincang dengan murid untuk mengatasi masalah.
Guru juga akan membantu murid untuk belajar daripada kesilapan, percaya
kepada kebolehan murid, bantu mereka menghadapi cabaran. Dreikus juga
meminta guru memberi galakkan murid untuk bekerjasama antara satu sama
lain. Bagi guru harus menunjukkan ras bangga atas hasil kerja muri dan
pamerkan untuk dikongsi bersama dengan murid-murid lain sebagai tandan
penghargaan dan pengiktirafan untuk murid
2.0 Model Terapi Realiti Glasser
2.1 Konsep/ prinsip-prinsipModel terapi realiti ini telah menegaskan bahawa manusia mempunyai
kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan
tersebut. Pilihan yang dibuat berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka.
Setiap individu bertanggungjawab atas tingkahlaku masing-masing dan
berupaya. Terapi ini menkankan aspek tingkahlauku dan pemikiran klien.
Menolak konsep mental illness atau sakit jiwa yang dipelopori oleh teori
psikoanalisis. Konsep denda atau dera tidak diaplikasikan dalam terapi realiti.
Menurut Glasser, masaah tingkah laku di daam bilik darjah berlaku akibat
daripada murid-murid berasa bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan
-
8/12/2019 Berdasarkan Model Pengurusan Disiplin
4/6
guru di dalam bilik darjah, keadaan persetiran yang menyebabkan murid-
murid gagal memenuhi keprluan-keperluan asas mereka di sekolah.
2.2 Fokus Model Terapi Realiti Glasser
Glasser percaya bahawa keperluan asa mendorong tingkah laku individu. Di
samping itu, pengajaran mesti dilaksanakan lebih ke arah membimbing, tidak
menggunakan paksaandan bukan bersifat memerintah. Antara keperluan
asas murid termasuk rasa dipunyai dan disayangi, mempunyai kuasa an
kawalan, kebebasan dan kperluan untuk bersuka ria. Rasa kasih sayang
boleh dipupuk dalam persekitaran bilik darjah yang demokratik dengan guru
yang prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan murid. Murid
memerlukan kuasa dan kawalan kendiri untuk membuat pilihan terhadap
aktiviti-aktiviti bilik darjah mengikut kecenderungan dan kebolehan mereka.
Kebebasan perlu diberikan kepada murid bersepadan dengan keupayaan
murid. Kebebasn membuat pilihan akan membangkitkan rasa tanggungjawab
murid terhadap pilihan aktiviti bilik darjah. Guru perlu mempelbagaikan
strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan dan
berpusatkan murid supaya murid berasa seronok untuk belajar, guru juga
akan bernmotivasi untuk guru mengajar.
2.3 Ciri-ciri Model Model Terapi Realiti Glasser
Model terapi realiti ini memrupakan satu teknik kaunseling untuk membantu
individu meneroka kemahiran diri, mmbuat refleksi tentang apa yang sedang
dilakukan dan membuat perancangan tentang kehendak sebenar mereka
pada masa akan datang. Model ini telah megemukakan ciri-ciri tertentu yang
boleh diperlihatkan, iaitu terapi reaiti memberi fokus kepada tingkah laku dan
tidak kepada perasaan dan sikap. Di dalam memberi perhatian kepada
tingkah laku masa kini, model ini menekankan kepada aspek positif seperti
potensi individu, kejayaan, kelebihan dan kualiti positif dalam
keperibadiannya. Yang penting, ciri-ciri teori terapi realiti dapat membantu
murid mengenal realiti kehidupan dalamn memnuhi keperluan mereka
mengikut peraturan yang ditetapkan.
2.4 Kekuatan dan Kelemahan Model Terapi Realiti Glasser
Model terapu realiti, kekuatannya terletak pada menitikberatkan kepada
kurikulun yang berkualiti, kualiti pengajaran dan pembinaan bilik darjah yang
berkualiti. Suasana postif serta saling percaya antara guru dan murid akan
terbentuk dan model ini menggalakkan kebebasan membuat pilihan dan
-
8/12/2019 Berdasarkan Model Pengurusan Disiplin
5/6
keputusan murid sendiri. Dengan ini juga membenarkan mereka
menggerakkan kaviti yang mereka cenderung untuk lakukan tetapi dalam
pantauan guru dengan bimbingan yang berterusan.
Model ini memwujudkan persekitaran bilik darjah yang demokratik dengan
guru yang prihatin an mementingkan kebajikan dan perkembangan murid.
Mahupun demikian, kelemahan yang palain ketara ialah bukan semua murid
dapat selesaikan masalah tingkahlaku masing-masing kerana tahap mental
murid berbeza.
2.5 Aplikasi model dalam menangani masalah disiplin di bilik darjah
Aplikasi dari segi kurikulum pula guru akan membuat perancangan yang
berkesan, dan permuaan yang dapat memotivasikan murid, perbincangan
yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada muri untuk memahami dan
meneroka topik yang diajar. Selain itu, aplikasi untuk meningkatkan kualiti
pengajaran. Guru boleh mempraktikan cara bermula dengan mengenali murid
dan membantu murid kenali guru. Guru harus bersifat pembimbing untuk
murid. Pengajaran dan pembelajaran berkaitan sengan kehidupan harian
murid serta memberi galakkan dan memberikan yang terbaik untuk muris dan
peluang untuk mereka memperbaiki kerja mereka.
Bagi membentuk dan menangani disiplin bilik darjah, pembinaan bilik darjah
yang berkualiti juga amat penting. Tabiat guru yang baik danmesej guru yang
jelas serta realistik hurus diaplikasikan. Hubungan antara guru an muri yang
mesra terjalin. Guru mengadakan perbincangan peraturan kelas bersama
murid-murid dengan mengelakkan dendaan dan hukuman. Guru harus
menyalurkan pengetahuan kepada murid dan menggalakkan kompetensi
murid dalam pembelajaran. Guru perlu senantiasa meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran dan membuat penilain dari semasa ke semasaterhadap murid-murid supaya dapat mengesan kefahaman murid-murid fan
penggunaan ilmu mereka dalam harian.
2.6 Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
3.0 Rumusan
Berasaskan 4 premis asas teori sosial Adler) :
-
8/12/2019 Berdasarkan Model Pengurusan Disiplin
6/6