Transcript

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)MEMBINA SUSUR GAJAH DI SEKOLAH TADIKA AR-RAUDHOH SEGAMAT BARUCTA 1012BAKTISISWA

TAJUK :

KAWASAN PILIHAN : SEGAMAT BARU

AHLI KUMPULAN:

SAKINAH BT. MOHAMAD ZAKI (1113083)

SARIMAH BT.MOHD.AJIE ( 1113212 )

NORASYIKIN BT. MOHAMAD ( 1113210 )

SALAMAH @ SALMAH BT. OSMAN ( 1113214 )

KELAS : KDCN 7Senarai Tugas Ahli Kumpulan:BILNAMATUGASANPERINCIAN TUGAS

1SAKINAH BT MOHAMAD ZAKIUNIT 2 Membuat analisis tugasan no 6,7,8,9,10,11,12

Membuat tinjauan masalah tempat projek yang dipilih.

Mendapatkan perangkaan penduduk di Pejabat Daerah Segamat.

Membuat temubual masyarakat.

Mendapatkan maklumat individu berpengaruh kawasan yang di pilih.

2SARIMAH BT MOHD AJIEUNIT 2 Menyiapkan tugasan no 1,2,3,4,5

Mendapatkan perangkaan dan latar belakang kawasan pilihan.

Menyiapkan tugasan menaip kerja kursus.

3SALAMAH@SALMAH BT OSMAN

UNIT 3 Membuat analisis tugasan no 1,2,3,4,5

Menyiapkan tugasan menaip kerja kursus.

4MOHD BORHAN BIN JAMALUDDINUNIT Membuat analisis tugasan no 6,7,8,9

Menyiapkan tugasan menaip kerja kursus.

5NUR ASYIKIN BT MOHAMADUNIT 4 Membuat tugasan yang diminta dalam Unit 4

Menyediakan organisasi, motto,lambang dan matlamat.

Menyediakan kertas kerja projek.

Proposal penajaan

Surat penajaan

Pengenalan :

Kami adalah unit kecil dari KDCN7 yang terdiri daripada Sakinah Bt Mohamad Zaki, Sarimah Bt Mohd Ajie, Nur Asyikin Bt Mohamad, Salamah@Salmah Bt Osman dan Mohd Borhan Bin Jamaluddin.

Setelah membuat perbincangan, kami bersetuju memilih satu lokasi untuk program baktisiswa kali ini ialah di Mukim Sungai Segamat iaitu Segamat Baru yang terletak di Bandar Segamat Johor.Mukim Sungai Segamat merupakan pecahan kawasan pentakbiran bagi negeri Johor.

Johor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict). Mukim Sungai Segamat merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Johor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentakbiran Daerah Segamat.Latar Belakang

SEJARAH SEGAMATPada kurun ke 16 Masehi, Sultan Ahmad dan pengikut-pengikutnya telah meninggalkan Melaka kerana diserang oleh pihak Portugis lalu bertapak di Pagoh. Setelah diserang di Pagoh mereka telah berundur dengan tujuan ke Penarikan dan kemudiannya ke hilir Pahang. Dalam perjalanan ke Penarikan di pertengahan jalan, di tepi lubok sungai, di sepohon kayu besar, Datuk Bendahara Paduka Tuan duduk bersandar di banir kayu menghadap lubuk yang dihadapannya, Sultan Ahmad dan Ayahandanya tidak jauh dari situ, mereka bersama-sama berhenti penat dan berehat selama dua hari.

Sambil duduk, Datuk Bendahara melempar-lempar tangan membuang kebas lalu tercapai olehnya seketul batu lalu ditimang-timangnya. Sambil mukanya berkedut kesal, dirinya berkata "Dahaga rasanya aku, ambilkan air barang seteguk di sungai itu". Sambil berkata ia memandang Selamat Gagah. Selamat Gagah faham bahawa yang dimaksudkan ialah supaya mengambil air sungai itu lalu dicarikannya upih lalu dibuatnya temika. Kemudian diceduknya air hingga penuh lalu diberikan kepada Datuk Bendahara. Sambil tangannya menyambut temika air, batu di tangan dilontar ke lubok sungai, katanya di dalam hati, "Kalau timbul batu itu, baliklah aku ke Melaka". Mendengarkan kata Datuk Bendahara demikian Sultan Ahmad menoleh Datuk Bendahara dengan pandangan yang bererti, tetapi Sultan tidak mengeluarkan sepatah kata pun.

Air di temika diminum sepuas-puasnya oleh Datuk Bendahara, air itu jernih lagi sejuk, "SEGAR AMAT" ku rasa badan ini, sungguh lazat diminum, apakah nama sungai ini Selamat?". "Tidak hamba ketahui, kerana baru sekali ini bersua." "Ya, SEGAR AMAT, ku rasa seolah-olah tenagaku pulih semula." Kata Datuk Bendahara. "Ya, SEGAR AMAT, sungai ini jika airnya di minum." Kata mereka serentak yang meneguknya. "Ya, SEGAR AMAT". Demikian mulakan Segamat bernama Segamat, hingga datang sekarang disebut orang.PROFIL SEGAMATDaerah Segamat merupakan salah satu daripada lapan daerah yang terdapat di Negeri Johor Darul Ta'zim. Daerah Segamat mempunyai kedudukan yang agak strategik kerana bersempadan dengan Negeri Sembilan dan juga Negeri Pahang. Ia juga bersempadan dengan empat buah daerah iaitu Daerah Muar di selatan, Daerah Tampin barat laut, Daerah Rompin di timur laut dan Batu Pahat di sebelah tenggaranya.

Bandar Segamat merupakan pusat bandar utama daerah ini. Dari segi hierarki pusat-pusat petempatan bagi Negeri Johor, Segamat terletak dalam kategori kedua iaitu Pusat Wilayah Tahap II. Bandar kedua terbesar di Daerah Segamat adalah Bandar Labis yang berada di kategori ke empat hierarki pusat petempatan seluruh negeri.

Daerah Segamat merupakan daerah yang mempunyai tahap kemajuan yang sederhana berbanding dengan daerah-daerah di Wilayah Johor Barat. Ia mempunyai kepentingan tersendiri kerana menjadi penyambung ke Pantai Timur melalui Lebuhraya Kuantan - Segamat. (Lebuh raya Tun Abdul Razak) dan juga sebagai laluan utama kenderaan ke selatan negara. Secara tidak langsung ini memberikan gambaran yang positif terhadap potensi pembangunan daerah ini.MAKLUMAT ASAS DAERAH SEGAMAT

i. Luas kawasan

282.534.5 Hektar / 2.825.4 km persegi.

ii. Jumlah Penduduk

178.266 orang (bancian 1991)

269.709 orang (menjelang tahun2010)

8.6% daripada penduduk negeri Johor

Bilangan penduduk mengikut kaum

Melayu:90,135 ,

Cina:63,546 ,

India:16,320 ,

Lain-Lain:672 ,

Bukan Warganegara:1,745

JUMLAH = 172,418.Mukim_Johor.pdfLokasi Daerah Segamat

Peta Daerah Segamat

PENTADBIRAN DAERAH

Keseluruhan Daerah Segamat ditadbir oleh Seorang Pegawai Daerah. Pentadbiran, walau bagaimanapun, dibahagikan kepada 3 iaitu kawasan di bawah Majlis Daerah Segamat, Majlis Daerah Labis dan juga Pihak Berkuasa Tempatan Segamat iaitu Pejabat Daerah. Pentadbiran bagi mukim-mukim adalah di bawah tanggungjawab penghulu-penghulu.

i. Jabatan Negeri 8 Jabatan

ii. Jabatan Persekutuan 46 Jabatan

iii. Bilangan mukim 11 Mukim

iv. Bilangan Penghulu 13 Orang

v. Bilangan Kampung Induk 41 Buah Kampung

vi. Bilangan Kampung Rangkaian 167 Buah kampung

vii. Bilangan Kampung Baru 14 Buah Kampung

viii. Bilangan Ketua Kampung 41 Orang Institusi pengajian tinggiINSTITUSI PENDIDIKAN SETEMPATUniversiti Teknologi Mara (UiTM)

Kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Johor telah dibina pada penghujung tahun 1980-an di Jementah dan telah memulakan operasinya pada tahun 1991. Pembinaan kampus ini telah menjadikan Segamat pusat pendidikan terpenting di Johor selain dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor Bahru.

Kolej Komuniti Segamat

Kolej Komuniti Segamat telah beroperasi pada Jun 2001 di Kampus sementara di Sekolah Menengah Vokasional(dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah teknik)sebelum berpindah ke kampus tetap di No.24-34,Jalan Putra 1/1,Bandar Putra,Segamat.Pada 3 Mac 2011,Kolej Komuniti Segamat 2 telah ditubuhkan dan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Batu Anam,Segamat.

Kolej Tuanku Abdul Rahman(TARC)

Kolej Tuanku Abdul Rahman cawangan Johor telah beroperasi bermula pada 18 Mei 1998.Terletak di selatan bandar Segamat iaitu berhampiran dengan Pelabuhan Darat Segamat dan mengambil masa 15 minit dari bandar Segamat.

Tokoh KenamaanTun Musa Hitam -Seorang bekas Timbalan Perdana Menteri pada zaman Tun Dr.Mahathir.Tun Musa Hitam adalah anak jati kelahiran Segamat

Datuk Abdul Ajib Ahmad -Datuk Abdul Ajib bin Ahmad dilahirkan pada 13 september 1947 di Segamat, Johor. Memulakan persekolahan di Sekolah Bukit Hampar dan bekas penuntut Kolej Kuala Kangsar. Dato Ajib melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat Ijazah B.A. Hons dalam bidang Ekonomi (1971).

Beliau pernah berkhidmat di Kementeria Dalam Negeri dan Sektor Awam sebagai Pegawai Perhubungan Industri di sebuah Syarikat Minyak. Dalam arena politik beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Y.B. Dato Musa Hitam (1975-1982). Dalam tahun 1982, beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Othman Bin Mohd Saat. Dalam Pilihanraya Umum 1986, beliau memenangi Kerusi Parlimen Mersing. Beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Amiruddin Md Ali Hanafiah -Seorang penulis yang dilahirkan dan berasal serta menjadi anak jati daerah Segamat.Beliau merupakan Peneraju Persatuan Penulis Johor.

Abdul Rahim bin Osman -Seorang penyanyi Nasyid kumpulan In-Team yang dilahirkan di Kampung Gemereh,Segamat.

Burnmark -Kumpulan muzik rock tahun 90-an yang terkenal dengan lagu Secebis Rayuan berasal dari Segamat

Dato'Noh bin Gadut - Merupakan bekas Mufti Negeri Johor. Sekarang beliau menyandang Jawatan Penasihat di Jabatan Agama Johor.Dilahirkan di Kampung Pogoh,Segamat.

Datin Seri Normala Shamsuddin - Merupakan bekas wartawan di televisyen yang merupakan anak watan bumi Segamat.Beliau dilahirkan di Kampung Kuing Patah,Buluh Kasap dan merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Segamat.

Mejar (K) David Teo-Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Metrowealth International Group (MIG).Mejar David Teo berasal dari Kampung Buluh Kasap Segamat, Johor.Bandar Segamat

Pembangunan bandar Segamat sudah banyak perubahan dan dinaiktarafkan namun begitu, di samping banyak bangunan perniagaan baru dibina tetapi bandar ini tetap mengekalkan bangunan-bangunan lama dan masih baik. Jambatan pertama (jambatan lama) dan jambatan kedua Segamat (jambatan baru) menghubungkan Bandar Atas dengan Bandar Seberang. Jambatan kedua ini telah dibina pada tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2005. Setelah terbinanya jambatan kedua di Segamat, kesesakan lalu lintas dapat diatasi. Bandar Segamat juga merupakan bandar ke-5 terbesar di negeri Johor dengan populasi melebihi 100,000 penduduk. Bandar Segamat dibahagikan kepada 2 bandar kerana dipisahkan oleh Sungai Segamat:-

Bandar Atas Pusat Bandar Segamat. Bandar rasmi dan pusat pentadbiran Segamat.Terdapat pusat pejabat kerajaan.

Bandar Seberang Terletak diseberang Sungai Segamat. Dipanggil bandar seberang oleh penduduk tempatan kerana lokasinya terletak di seberang sungai Segamat. Disini juga banyak didirikan pusat membeli-belah utama di Segamat.

Bandar Utama -Terletak bersebelahan dengan Sungai Segamat yang merupakan suatu bandar era baru yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti hotel,pusat komersial(Kip Mart),pusat perniagaan dan jabatan kerajaan.

Bandar Tekstil -Bandar yang mempunyai kedai-kedai menjual kain yang terbesar di Segamat iaitu Jakel Trading dan kedai-kedai kain yang lain seperti Jinnah Store,Rejinah Store dan Butik Bonanza.

Kawasan berdekatan bandar Segamat juga tidak terkecuali bukan hanya bandar baru tetapi termasuk juga pekan-pekan kecil antaranya ialah Pekan Jabi, Bukit Siput, Segamat Baru dan Bandar Putra Segamat. Ini menjadikan keseluruhan penduduk di sekitar bandar dianggarkan kira-kira 120,000 orang penduduk.Tempat menarik

Dataran Segamat - Dataran Segamat telah dibina pada tahun 1996 sebagai tempat utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah Segamat dan peringkat negeri Johor. Sebelum diubahsuai dan diberi nama sebagai Dataran Segamat, tempat ini dahulunya dikenali sebagai Padang Besar Segamat. Pada tahun 2005, Segamat dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor. Apabila pengubahsuaian dilakukan, tidak hanya menara jam malah replika durian dan menara bendera juga di letakkan bersebelahan sebagai tarikan dan mercu tanda utama bandar Segamat yang memberi makna Segamat adalah daerah Tanah Raja Buah-buahan.Pada 30 Ogos 2012,Segamat menjadi tuan rumah untuk Sambutan Hari Raya dan Malam Ambang Merdeka.Turut dihadiri Menteri Besar Johor,Dato'Abdul Ghani bin Osman dan ADUN Segamat serta VIP lain.

Taman Bunga Batu Hampar (Rock Garden)

Taman Bunga Batu Hampar adalah satu-satunya taman rekreasi di tengah bandar Segamat. Di sini juga menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat ,Rumah VIP dan Istana Hinggap khas untuk kerabat diraja Johor.Taman Bunga Batu Hampar merupakan tempat yang paling cantik dan sesuai untuk beriadah di daerah Segamat.Makam Bendahara Tepok

Makam Bendahara terakhir Kesultanan Melayu Melaka terletak di Kampung Lubuk Batu, kira-kira 2 kilometer dari Pusat Bandar Segamat melalui jalan raya persekutuan dan bertentangan dengan Masjid Makam Lubuk Batu.Terdapat juga,Mercu Segamat yang diletakkan berhadapan dengan Lubuk Batu.Makam Raja Temenggong Muar Makam Dinasti Raja2 temenggong Muar juga berada disini. Raja temenggong Muar merupakan kerajaan berdaulat yang didahului oleh Dato' Pasir DiRaja Tun Sayid Jaafar Idrus (mangkat di Kampung Pantai Layang, Muar). Ianya secara tradisi diteruskan oleh anakanda beliau iaitu Engku Sa'akar DiRaja sehinggalah yang terakhir iaitu Temenggong Wan Abdul Rahman Ibni Temenggong Engku Mohd. Salleh. Dato' Pasir DiRaja Tun Sayid Jaafar Idrus merupakan abang kandung kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid yakni induk kesultanan Johor, Pahang & Trengganu sehingga ke hari ini.

Air Terjun Sungai Bantang

Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis dan berada di Kompartmen 17 seluas 210.93ha dan Kompartmen 18 seluas 156.28ha. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. dan 8 km dari Pekan Bekok. Tema "Destinasi Rekreasi Luar Anda" telah di perkenalkan oleh Jabatan Hutan Daerah Segamat bagi tujuan perkhemahan dan perkelahan.Pelbagai aktiviti dapat dijalankan antaranya merentas hutan 'jungle trekking', perkhemahan dan perkelahan.

Taman Rekreasi Sungai Segamat

Tempat istirehat,memancing,berjoging pada waktu petang.Terletak di tebing Sungai Segamat.Sentiasa menjadi aktiviti Sukaneka.Istana Hinggap

Sebuah istana persinggahan untuk kerabat diraja Johor yang akan singgah di daerah Segamat terutamanya aktiviti Kembara Mahkota Johor yang dianjurkan oleh Baginda Sultan Johor.Terletak di atas Bukit Hampar Segamat,bertentangan dengan Padang Batu Hampar serta bersebelahan dengan Sekolah Tinggi Segamat.

Benteng Benteng merupakan suatu tempat medan selera yang panjang dan sentiasa dibuka setiap hari dari jam 12.00 tengah hari sehingga selepas 12 tengah malam yang terkenal di Segamat.Benteng terletak di tempat yang sangat strategik iaitu berhampiran pasaraya Upwell di Kampung Abdullah,Jalan Genuang Kampung,Bandar Seberang.Tempat ini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menjamu selera pada waktu malam.

Bazaar Karat

Pada waktu malam,Segamat terkenal dengan Bazaar Karat iaitu sebuah kawasan sepanjang jalan Dataran yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai jualan.Bazaar Karat dibuka pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad sehingga 1 pagi.Bazaar Karat telah menjadi tumpuan utama penduduk Segamat untuk berjalan-jalan pada waktu malam.Jambatan Putus,Buloh Kasap Jambatan ini dibina oleh tentera British untuk pembinaan Persekutuan Route 1 Namun tentera British menghancurkan sebahagian jambatan ini untuk menghalang kemaraan tentera Jepun untuk menuju ke Singapura setelah perang berakhir Jambatan Buloh Kasap yang baru telah dibina betul-betul disebelah Jambatan Putus Buloh Kasap

Pusat Rekreasi Kolam Air Panas,Tenang

Kolam Air Panas Labis di Kg Tenang hanya 10 km dari pekan Labis. Jaraknya dari Bandar Segamat pula hanya 42 km. Terdapat 4 kolam besar yang menadah air panas dibina di situ. Ia dipam dari kolam air panas semula jadi yang terletak di tengah-tengah 4 kolam tersebut. Kolamnya cetek. Airnya yang panas pasti menyegarkan badan yang kelesuan dan kerengsaan. Kemudahan tandas dan bilik mandi disediakan untuk para pengunjung di samping taman permainan kanak-kanak, peralatan bersenam dan tapak berjalan kaki. Kedudukannya yang terperosok di sisi Kg Tenang memungkinkan wujudnya persekitaran yang tenang dan santai.Air Terjun Takar Merluh, Kampung Tenang Air terjun semulajadi yang terletak lebih kurang 12km dari bandar Labis. Pengujung perlu melalui kawasan Kampung Tenang dan melalui dusun-dusun tradisional yang di usahakan oleh penduduk kampung untuk sampai ke destinasi.

Pencakar Langit SegamatBangunan terletak di tengah-tengah Bandar Atas,Segamat.Bangunan ini telah dibina pada hujung tahun 80 -an , malangnya setelah selesai pembangunan ini,ia tidak diluluskan atas sebab-sebab keselamatan yang tidak dijamin.Ia hanya dapat digunakan bahagian yang bawah sahaja dan ia telah digunakan sebagai Pasaraya Derang Emas tetapi telah ditutup.Sekarang,bangunan tersebut telah dijadikan sebagai tempat pemeliharaan Burung Layang-Layang.Bangunan ini menjadi ikon kebanggaan daerah Segamat meskipun bangunan ini menjadi semakin usang.Reka bentuk bangunan ini sama seperti bangunan Parlimen Malaysia dengan mempunyai 22 tingkat.

Pusat Latihan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi

Merupakan satu institusi latihan untuk pelbagai aktiviti mencabar seperti berbasikal,jungle trekking dan banyak lagi aktiviti yang menarik.Terletak di Felcra Tebing Tinggi,Segamat.

Air Terjun Jeram Tinggi

Tempat perkelahan yang terletak jauh di pedalaman di Kampung Ulu Jementah,Segamat.Ia adalah salah satu laluan ke Gunung Mahligai dan berhampiran sempadan Segamat-Ledang.Tempat yang indah dan sesuai untuk aktiviti Jungle-Trekking,berenang dan pendakian.

Taman Awam Tasik Segamat

Terletak di Bandar Segamat berhampiran dengan Sungai Segamat.Sesuai untuk aktiviti rekreasi dan memancing pada waktu petang pada waktu petang.

Lain-lain -Terdapat juga berberapa tempat untuk membeli belah yang terkenal di sini seperti:-

One Segamat Mall, Billion Shopping Centre,Giant Hypermarket,Nirwana Supermarket,Upwell Shopping Centre,Kip Mart Segamat,Lotus Five Star,Jakel Trading

EKONOMI SEGAMAT

Berdasarkan kepada Rancangan Pembangunan Daerah, Daerah Segamat, pada tahun 1991, sektor pertanian masih merupakan penyumbang pekerjaan utama bagi kebanyakan tenaga buruh di Daerah Segamat. Pada tahun tersebut sektor pertanian menyumbang 61.8 peratus daripada jumlah pekerjaan di Daerah Segamat. Walau bagaimanapun, tren semasa menunjukkan bahawa peratusan ini menurun dari tahun ke tahun.

Sektor pembuatan merupakan sektor kedua terpenting dari segi sumbangan guna tenaga. Pada tahun 1995, ia menyerap sebanyak 11267 tenaga buruh iaitu 13.1 peratus dari jumlah keseluruhan guna tenaga di Daerah Segamat. Sektor ini mengalami pertumbuhan tahunan pada tahap kira-kira 7.0 peratus setahun.

Sektor perkhidmatan kerajaan merupakan sektor ketiga besar dari segi jumlah guna tenaga. Pada tahun 1995, ia mewakili 12.2 peratus daripada jumlah guna tenaga di Daerah Segamat. Sektor perdagangan yang meliputi perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoran pula merupakan sektor ke empat besar dari segi penyerapan tenaga buruh dengan mewakili 8.2 peratus dari keseluruhan penyerapan tenaga buruh di Daerah Segamat.

Potensi Pembangunan Daerah Segamat

Daerah Segamat mempunyai potensi besar untuk menjadi salah sebuah daerah pembangunan industri di Negeri Johor berdasarkan kepada kekuatan-kekuatan yang ada. Antara kekuatan yang boleh ditonjolkan adalah seperti:

Kedudukan

Daerah Segamat terletak di antara tiga (3) buah bandar besar iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan juga Kuantan. Akses

Ia boleh diakses melalui dua (2) laluan darat yang penting iaitu Laluan Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan juga Jalan Persekutuan 1. Beberapa laluan baru juga telah dirancang seperti pembangunan lebuhraya Pasir Gudang - Gemas dan juga Segamat - Muar dijangka dapat mencetuskan pembangunan yang lebih pesat di Daerah Segamat.

Kemudahan Infrastruktur

Kemudahan infrastruktur yang disediakan adalah untuk pembangunan industri seperti Pelabuhan Darat, bekalan air, elektrik dan juga gas. Bentuk Mukabumi

Keadaan mukabumi yang sedikit beralun dan tidak berbukit bukau menggambarkan potensi daerah ini sebagai kawasan pembangunan industri.Kesenian dan Kebudayaan

Segamat adalah sebuah daerah yang terkenal dengan tarian Zapin dan Kuda Kepang yang menjadi tarikan yang popular kepada pelancong yang datang dari luar mahupun dalam negara.Tarian Zapin Dan Kuda Kepang sering diadakan pada hari kebangsaan,majlis keramaian,majlis perkahwinan,karnival dan sebagainya. Tarian ini menjadi semakin popular di seantero dunia.

Segamat juga adalah daerah yang menghasilkan kraftangan yang diperbuat daripada hasil hutan dan dianyam dengan tangan untuk mengekalkan tradisi melayu.Contoh barang-barang yang dipersembahkan dengan menggunakan rotan ialah tudung saji,raga dan pasu.

Sukan Payung Terjun

Segamat merupakan pusat bagi penggemar sukan lasak payung terjun kerana Segamat merupakan satu-satunya kawasan yang mempunyai kemudahan landasan kapal terbang awamnya sendiri bukan sahaja di Johor tetapi di Malaysia. Landasan ini dibuka semasa pendudukan Jepun dan kini dibuka kepada kapal terbang persendirian. Lokasi landasan ini terletak bersebelahan dengan Kelab Golf Segamat dan Pusat Latihan Memandu (JPJ) dan ia lebih dikenali sebagai Drop Zone (DZ) Segamat.

Para penggemar sukan ini bukan sahaja datang dari seluruh Malaysia, tetapi juga dari Asia. Bagi penggemar sukan lasak ini, DZ Segamat dikenali sebagai 'landasan sempit' kerana ianya mempunyai kawasan terhad terutama semasa melakukan pendaratan. Antara kelab yang aktif melakukan latihan penerjunan, ialah Skydiving Extreme Sports Club (SKIES).APA YANG PALING POPULAR DI SEGAMAT ?

Durian Segamat

Durian Segamat sering di katakan sebagai salah satu durian yang terbaik antara durian-durian yang ada di Semenanjung Malaysia ini. Durian Segamat yang pada asalnya di panggil Durian Kampung ini digemari oleh semua lapisan masyarakat, dari kepelbagaian jenis buah durian klon dan durian kampung itu sendiri. Isi Durian Segamat yang cengis dan lemak manis menjanjikan kelazatan rasa buah ini daripada durian-durian yang lain.

Durian Segamat dikenali sebagai Durian Saka, ini adalah kerana pokok yang menghasilkan durian yang bermutu ini berusia lebih dari 100 tahun. Kawasan-kawasan tanaman Durian Saka ini di taman oleh penduduk kampung di Segamat ini. Diantara kawasan-kawasan kampung dimana Durian Saka ini ditanam adalah seperti di Kampung Bumbun, Kampung Sepinang, Kampung Jabi, Kampung Gelang Chincin, Kampung Pogoh dan juga di sekitar kawasan Buloh Kasap.Segamat juga mempunyai lokasi popular bagi penjualan Durian Segamat ini. Diantara lokasi-lokasi penjualan Durian Segamat seperti di, Persimpangan Lebuhraya Segamat-Kuantan, Kampung Kadut dan juga di sekitar kawasan Pekan Jabi. Segamat juga menpunyai kawasan tanaman Durian Segamat dan Durian Klon secara komersial di ladang Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (Ladang UPEN) yang terletak di Sekijang. Ladang ini melakukan aktiviti penanaman durian secara komersial untuk tujuan jualan dan juga pelancongan agrotourism di Segamat ini.

NAMA

: AYUB BIN RAHMAT

NO.K/P

: 690525-01-5661 / A1301480

JAWATAN

:AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR,

KAWASAN KEMELAH

TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG

STATUS

:BERKAHWIN

NAMA ISTERI

:ARYANI BINTI ABDULLAH

ALAMAT RUMAH: NO. 2, JLN PUTRA 1/38, BANDAR PUTRA,

85000 SEGAMAT,

JOHOR DARUL TA'ZIM.

ALAMAT PEJABAT: NO.23-1, JALAN PUTRA 1/2, BANDAR PUTRA

85000, SEGAMAT, JOHOR DT.

NO. TELEFON PEJABAT/ : 07-9437767 (Off), 07-9434896 (Res), 019-7797767 (HP)

RUMAH

NO FAKSIMILI

: 07-9434766

EMEL

: [email protected]

FACEBOOK

: http://www.facebook.com/ayubrahmat

http://www.facebook.com/ayubbinrahmatKELULUSAN AKEDEMIK: SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN

(BBA HONS).

Universiti Utara Malaysia (UUM)

(1989 1993)

1. PENGERUSI PERSATUAN BINA BADAN DAN

.

1. PRESIDEN PERSATUAN ANGKAT BERAT & BINA BADAN NEGERI JOHOR.

(2007 KINI)

2. NAIB PRESIDEN PERSEKUTUAN ANGKAT BERAT MALAYSIA

(2009 KINI)

3.NAIB PRESIDEN PERSEKUTUAN BINA BADAN MALAYSIA

(2008 KINI)

4. AHLI JAWATANKUASA MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR

( 2001 2009 )

5. AHLI JAWATANKUASA MAJLIS KEBUDAYAN NEGERI JOHOR

( 2001 2004 )

6. PENGERUSI, MAYC BAHAGIAN LABIS

(2001 2004)

7. LEFTENAN MUDA

Kompeni C, Batalion 501,

Askar Wataniah

(1993 1997)

8. KAPTEN (Kehormat)

Jabatan Pertahanan Awam

(2002 2004)

9. PENAUNG PERSATUAN SILAT

GAYONG MAKRIFAT

Negeri Johor

(2003 2004)

10.PENGERUSI

Majlis Belia Daerah Segamat

(2002 2010)

11. NAIB PENGERUSI II

Majlis Kebudayaan Daerah Segamat

(2002 - KINI)

12. AHLI MAJLIS PERUNDINGAN

Majlis Perundingan Belia Negeri Johor

(2003 2009 )

13. AHLI JAWATANKUASA

Kecemerlangan Polis Daerah Segamat

(sejak 1998)

14. LEFTENAN KOLONEL ( K ) RELA

15. AHLI LEMBAGA PENGURUS MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR

(2008 KINI)

16. PENGERUSI PENAJA iM PRIHATIN JOHOR

17. PENGERUSI PENAJA PERSATUAN SEPAK TAKRAW DAERAH SEGAMAT

1. TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG

(2009 hingga kini)

2. KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG

(2003 2009)

2. KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR (2002 2004)

3. KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LABIS (1998 2003)

4. KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN KG. MELAYU RAYA (1984 2009)

1. MIM : TUN ABD RAZAK YOUTH LEADERSHIP AWARD 1993.

2. ANUGERAH KEUSAHAWANAN

ALUMNI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2004.

3. ANUGERAH ANTARA 100 PELAJAR BERJAYA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2004

4.ANUGERAH LAMAN WEB TERBAIK NEGERI

JOHOR ( KATEGORI ADUN ) 2005

5.ANUGERAH TOKOH BELIA NEGERI JOHOR 2007

6.ANUGERAH JASA BELIA JOHOR 2010

7.ANUGERAH KEPIMPINAN SUKAN BERJAYA 2010

1. PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.) 2008

2. AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.) 2009

3.DARJAH PANGKUAN SERI MELAKA (D.P.S.M) 2010

MASALAH YANG DIKENALPASTILatar Belakang dan Permasalahan

Pada 2.10.2013, wakil kumpulan kami telah mengunjungi lokasi yang ingin kami jalankan program baktisiswa ini iaitu Sekolah Tadika Ar-Raudhoh Segamat Baru. Sebuah TASKI ABIM yang beropersai sejak tahun 1986. Sekolah ini beralamat di No 1, Jalan Serikaya 4, Segamat Baru, Segamat Johor. Sebuah kawasan perumahan yang amat strategik, menjadi laluan utama ke kawasan taman yang lain. Jalan utama menuju ke Sk Segamat Baru dan Sk Bandar Putra.

Mempunyai 82 orang murid yang terdiri dari anak-anak 4 hinga 6 tahun. Murid-murid tersebut adalah tinggal di kawasan berhampiran iaitu di Segamat Baru dan sekitar Bandar Putra. Mempunyai 3 orang guru yang bertauliah yang mengikuti kursus perguruan di bawah Kementerian Pelajaran, memiliki Sijil Perguruan dari Kolej Darul Hikmah dan diiktiraf oleh MQA. Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam, Jabatan Pelajaran Negeri dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Beroperasi dari jam 7.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Waktu pembelajaran formal ialah bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12 tengahari. Kelas kemudian di sambung dengan penjagaan petang serta kelas mengaji dan kelas fardu ain.

Taski Abim ini adalah mengikuti Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan. Objektif penubuhan ialah memberi penghayatan akhlak Islam adab-adab dalam kehidupan seharian. Kemahiran solat serta bacaan, hafazan surah-surah dari Juzuk Amma. Melatih murid berfikiran kreatif dengan jasmani yang aktif. Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris juga di ajar sebagai kurikulum pelajaran serta Kemahiran membaca rumi dan jawi amat ditekankan. Kelas bacaan Iqra juga diajarkan di tadika ini.

Melihat kemajuan pendidikan di sekolah ini, kumpulan kami rasa tersentuh dengan prasarana pembangunan sekolah yang mana terdapat beberapa keperluan murid yang perlu dibantu untuk keselesaan murid.

Kami telah sepakat ingin bersama-sama mebantu membina susur gajah dari pintu masuk sekolah hinggalah ke bumbung bangunan sekolah. Ini berikutan ketiadaan bumbung ini menyebabkan laluan murid terdedah kepada panas di waktu tengahari dan menjadi lebih sukar apabila hari hujan.

Seorang wakil kumpulan kami telah bertemu dengan tenaga pengajar di sekolah ini dan menyatakan tujuan kedatangan kami dan proposal program kami ini. Apa yang lebih mengembirakan kami sebenarnya apa yang kami fikirkan ini adalah menjadi keinginan pihak sekolah agar diadakan susur gajah berikutan masalah cuaca itu tadi.

Pihak sekolah dan BAKA (Badan Kebajikan Keluarga ABIM) juag telah mengemukakan cadangan dan telah memohon beberapa peruntukan untuk tujuan itu tapi masih belum berhasil. Ini adalah antara keperluan yang amat dikehendaki oleh pihak sekolah selain ada lagi prasarana lain yang lebih melibatkan belanja yang besar.

Keputusan awal yang boleh dinyatakan disini ialah, jika proposal ini diterima oleh kumpulan KDCN7, kami akan bersama-sama cuba merealisasikan keinginan dan keperluan ini bersama dengan BAKA dan agensi-agensi yang lain.

Semoga segala usaha dipermudahkan Allah.

GAMBAR BERKAITAN

Mendapatkan maklumat di Pejabat Daerah Segamat

Temuramah dijalankan dengan Pn Laila di Pejabat Daerah Segamat.

LOKASI PILIHAN

Perbincangan dengan Pn Junaidah bt Moin (Guru)

KAWASAN SUSUR GAJAH YANG DICADANGKAN.

KAWASAN HADAPAN TADIKA AR-RAUDHOH

PIC BAKTISISWAKESIMPULAN

Secara keseluruhannya apa yang dicadangkan ini adalah diperlukan oleh pihak tadika. Pihak tadika amat mengalu-alukan bantuan perlaksanaan projek tersebut. Walaupun projek ini bukanlah sesuatu yang bukan mudah untuk dilaksanakan tetapi jika ada keizinan dariNya insyaalah dapat dilaksanakan dengan baik.

Besarlah harapan kami ahli kumpulan agar projek ini terpilih dan dengan ini dapatlah membantu merealisasikan impian pihak sekolah sendiri. Ini adalah usaha amal yang amat baik dan dapat membantu menceriakan kanak-kanak dan memberi kemudahan dan keselesaan kepada anak-anak sekolah ini.SUMBER RUJUKAN

1. ABIM DAERAH SEGAMAT

2. ms.wikipedia.org/wiki/Segamat3. Buku Panduan Jabatan Perangkaan Malaysia 2010

4. Pn Junaidah bt Moin (Guru di Tadika Ar-Raudhoh Segamat Baru)

5. Pn Laila ( Pegawai Perangkaan Banci Penduduk di Pejabat Daerah Segamat)

MAKLUMAT DIRI

JAWATAN DALAM PERSATUAN

JAWATAN POLITIK

ANUGERAH YANG DI TERIMA

PINGAT YANG DI TERIMA

_1444367012.doc

AYUB BIN RAHMATP.P.N., A.M.N., D.P.S.M.

CALON BARISAN NASIONAL

N04 KEMELAH

NAMA

: AYUB BIN RAHMAT

NO.K/P

: 690525-01-5661 / A1301480

JAWATAN

:AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR,

KAWASAN KEMELAH

TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG

STATUS

:BERKAHWIN

NAMA ISTERI

:ARYANI BINTI ABDULLAH

ALAMAT RUMAH: NO. 2, JLN PUTRA 1/38, BANDAR PUTRA,

85000 SEGAMAT,

JOHOR DARUL TA'ZIM.

ALAMAT PEJABAT: NO.23-1, JALAN PUTRA 1/2, BANDAR PUTRA

85000, SEGAMAT, JOHOR DT.

NO. TELEFON PEJABAT/ : 07-9437767 (Off), 07-9434896 (Res), 019-7797767 (HP)

RUMAH

NO FAKSIMILI

: 07-9434766

EMEL

: [email protected]

FACEBOOK

: http://www.facebook.com/ayubrahmat

http://www.facebook.com/ayubbinrahmat

KELULUSAN AKEDEMIK: SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN

(BBA HONS).

Universiti Utara Malaysia (UUM)

(1989 1993)

1. PENGERUSI PERSATUAN BINA BADAN DAN

.

1. PRESIDEN PERSATUAN ANGKAT BERAT & BINA BADAN NEGERI JOHOR.

(2007 KINI)

2. NAIB PRESIDEN PERSEKUTUAN ANGKAT BERAT MALAYSIA

(2009 KINI)

3.NAIB PRESIDEN PERSEKUTUAN BINA BADAN MALAYSIA

(2008 KINI)

4. AHLI JAWATANKUASA MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR

( 2001 2009 )

5. AHLI JAWATANKUASA MAJLIS KEBUDAYAN NEGERI JOHOR

( 2001 2004 )

6. PENGERUSI, MAYC BAHAGIAN LABIS

(2001 2004)

7. LEFTENAN MUDA

Kompeni C, Batalion 501,

Askar Wataniah

(1993 1997)

8. KAPTEN (Kehormat)

Jabatan Pertahanan Awam

(2002 2004)

9. PENAUNG PERSATUAN SILAT

GAYONG MAKRIFAT

Negeri Johor

(2003 2004)

10.PENGERUSI

Majlis Belia Daerah Segamat

(2002 2010)

11. NAIB PENGERUSI II

Majlis Kebudayaan Daerah Segamat

(2002 - KINI)

12. AHLI MAJLIS PERUNDINGAN

Majlis Perundingan Belia Negeri Johor

(2003 2009 )

13. AHLI JAWATANKUASA

Kecemerlangan Polis Daerah Segamat

(sejak 1998)

14. LEFTENAN KOLONEL ( K ) RELA

15. AHLI LEMBAGA PENGURUS MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR

(2008 KINI)

16. PENGERUSI PENAJA iM PRIHATIN JOHOR

17. PENGERUSI PENAJA PERSATUAN SEPAK TAKRAW DAERAH SEGAMAT

1. TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG

(2009 hingga kini)

2. KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG

(2003 2009)

2. KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR

(2002 2004)

3. KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LABIS

(1998 2003)

4. KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN KG. MELAYU RAYA

(1984 2009)

1. MIM : TUN ABD RAZAK YOUTH LEADERSHIP AWARD 1993.

2. ANUGERAH KEUSAHAWANAN

ALUMNI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2004.

3. ANUGERAH ANTARA 100 PELAJAR BERJAYA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2004

4.ANUGERAH LAMAN WEB TERBAIK NEGERI

JOHOR ( KATEGORI ADUN ) 2005

5.ANUGERAH TOKOH BELIA NEGERI JOHOR 2007

6.ANUGERAH JASA BELIA JOHOR 2010

7.ANUGERAH KEPIMPINAN SUKAN BERJAYA 2010

1. PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.) 2008

2. AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.) 2009

3.DARJAH PANGKUAN SERI MELAKA (D.P.S.M) 2010

PROFAIL

MAKLUMAT DIRI

JAWATAN DALAM PERSATUAN

JAWATAN POLITIK

ANUGERAH YANG DI TERIMA

PINGAT YANG DI TERIMA


Top Related