Mata Pelajaran : MatematikKelas : 5 Permata BestariMasa : 60 minit Bilangan murid : 7 orangTajuk : 8. PecahanStandard Kandungan : 8.1 Menamakan pecahan wajarStandard Pembelajaran : 8.1.1 Mengenal pasti pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya
hingga 10 dengan menggunakan bahan konkrit, gambar dan lipatan kertas.
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : Aras rendah : Menyebut / menunjuk pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya 2 dan 4. Aras sederhana : Mengenalpasti pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya nombor genap sehingga 10. Aras tinggi : Mengenalpasti pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya sehingga 10.
Nilai : Bekerjasama, sabar dan yakin
LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN
Set Induksi
1. Murid menonton video bertajuk pecahan.2. Murid bermain permainan gelas berirama
dan menjawab soalan berkaitan video yang ditonton.
Cara permainan : i. Murid duduk dalam bulatan. ii. Murid mengedar gelas berisi air mengikut giliran dengan iringan muzik. iii. Murid yang memegang gelas sewaktu muzik dihentikan ambil soalan dalam kotak yang disediakan mengikut arahan guru. iv. Murid menjawab soalan yang diambil.
Video
Gelas
Kotak soalan
EMK:Kreativiti & Inovasi
TMK
Langkah 1 1. Murid diminta memerhatikan guru melakukan demonstrasi melipat kertas mengikut pecahan wajar.
2. Murid diberi penerangan tentang konsep pengangka dan penyebut bagi pecahan wajar .
3. Murid diberi penerangan mengenai pecahan.
Contoh : Pecahan ½ = pengangkanya ialah 1 = penyebutnya ialah 24. Murid dibimbing melipat kertas bagi
menunjukkan pecahan 1/2 , 1/3 dan 1/4.
5. Murid diterangkan setiap bahagian tersebut, dicantumkan semula akan menjadi satu.
Kertas warna
EMK:Kreativiti & Inovasi
Langkah 2 1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut aras.
2. Murid mencantumkan beberapa kepingan kertas warna di atas kad bentuk yang disediakan.
3. Murid menamakan pecahan berdasarkan kepingan kertas warna yang dicantumkan di atas kad bentuk tersebut .
Aras rendah : Aras Sederhana :
Aras tinggi :
Kepingan kad bentuk
EMK:Kreativiti & Inovasi
Langkah 3 1. Murid diminta mengklasifikasikan kad bentuk dan gambar objek kepada pecahan yang betul.
2. Murid memadankan kad pecahan dengan kad bentuk dan gambar objek.
Kad bentuk
Gambar objek
Kad pecahan
EMK:Kreativiti & Inovasi
Penutup 1. Murid melipat kertas mengikut arahan guru.
Aras rendah : 2 dan 4 bahagian Aras sederhana : 4 dan 8 bahagian Aras tinggi : 3 dan 9 bahagian2. Murid menyatakan pecahan bagi
lipatan kertas yang dihasilkan.
Kertas warna
EMK:Kreativiti & Inovasi
12
13
Penilaian :..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Refleksi: ..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
SENARAI SEMAK