161
BAB IV
KADAR PEMBAHAGIA� HARTA SEPE�CARIA�
Membincangkan penyelesaian harta sepencarian suami isteri, tidak dapat
terlepas daripada kajian berkaitan dengan besar kecilnya bahagian yang akan diterima
oleh pasangan suami isteri daripada harta sepencarian ketika berlaku perceraian.
Inilah persoalan yang dianggap paling penting dihadapi oleh pasangan suami isteri
ketika kes mereka didengar dan diputuskan di Mahkamah Syariah.
Sebab-sebab yang melatarbelakangi keputusan Mahkamah berkaitan dengan
besar kecilnya bahagian yang diperoleh pasangan suami isteri juga menarik untuk
dianalisa, kerana berasaskan kepada sebab-sebab itulah, pihak Mahkamah
memutuskan sama ada untuk memberikan bahagian tertentu kepada salah satu
pasangan atau tidak; sama ada hak masing-masing pihak ke atas harta sepencarian
adalah sama banyak, atau salah satu pihak mendapatkan bahagian yang lebih banyak
daripada pihak yang lain. Apalagi bahawa dalam AMLA tidak disebutkan berapa
bahagian yang perlu diperoleh oleh pihak suami, dan berapa bahagian hak yang
dimiliki oleh seorang isteri dalam harta sepencarian mereka. Ertinya bahawa
penentuan kadar bahagian masing-masing pihak daripada harta sepencarian
berasaskan kepada budi bicara para hakim sesuai dengan fakta dan hujah-hujah
daripada kedua belah pihak.
Perkara ini boleh menimbulkan adanya ketidak selarasan dalam keputusan-
keputusan berkaitan dengan kadar harta sepencarian yang berhak didapat oleh
pasangan suami isteri. Dari segi yang lain, ianya boleh memberikan kesan positif iaitu
162
bahawa para hakim lebih bebas dalam menentukan kadar bahagian daripada harta
sepencarian sesuai dengan fakta-fakta yang berkembang dalam persidangan.
4.1 Faktor-faktor yang Tersenarai Dalam AMLA
Untuk mengurangi ketidak selarasan keputusan berkaitan dengan kadar
bahagian masing-masing pihak, AMLA telah memberikan garis pandu berupa faktor-
faktor yang mesti dipertimbangkan oleh Mahkamah sebelum memutuskan untuk
memberikan bahagian tertentu kepada salah satu pasangan. Faktor-faktor ini telah
membantu Mahkamah untuk memberikan penilaian yang lebih menyeluruh berkaitan
dengan latarbelakang setiap kes yang didengar di Mahkamah. Dengan adanya faktor-
faktor yang boleh dijadikan pertimbangan oleh hakim dalam menentukan kadar
bahagian masing-masing pihak, ditambah dengan fakta-fakta lain yang boleh
dijadikan pertimbangan oleh hakim, maka kesan kebebasan dan pengaruh daripada
penilaian individu hakim boleh dikurangkan.
Dalam kes-kes harta sepencarian yang telah dirujukkan ke Mahkamah
Syariah, terdapat beberapa faktor lain yang dijadikan pertimbangan oleh Mahkamah
di luar faktor-faktor yang telah ditentukan dalam AMLA. Perkara ini boleh dilakukan
oleh Mahkamah sebab AMLA tidak membataskan para hakim dengan faktor-faktor
yang terdapat dalam seksyen 52(8) sahaja ketika hendak memutuskan kadar peratusan
yang perlu diperoleh oleh pasangan suami isteri. Faktor-faktor luar ini, mungkin
dianggap penting oleh hakim untuk memastikan bahawa setiap individu dalam
keluarga mendapatkan hak yang sepatutnya daripada harta sepencarian.
163
Secara amnya, pihak Mahkamah berpendapat bahawa setiap kes adalah berdiri
sendiri dengan faktor-faktor dan latar belakang yang tersendiri. Pihak Mahkamah
juga tidak terikat dengan keputusan-keputusan yang telah diputuskan pada masa lalu.
Ada kemungkinan persamaan dalam beberapa faktor dalam kes-kes tertentu, tetapi
ada unsur-unsur lain yang menjadi pembeza yang menjadikan kes tersebut tidak boleh
disamakan dengan kes-kes sebelumnya.
Dalam kes antara Azizah lawan Johari,1 Mahkamah memberikan penegasan
bahawa setiap kes adalah berdiri sendiri dan berlainan dengan kes-kes terdahulu.
Mahkamah menilai bahawa walaupun sebarang kes rumah tangga secara
keseluruhannya hampir-hampir sama di antara satu sama lain, tetapi setiap kes
mempunyai identity dan karektornya sendiri. Mahkamah menolak hujah pihak isteri
yang menuntut hak 100% daripada rumah HDB dengan menggunakan kes antara
Alias lawan �oraini.2 Dalam kes tersebut Lembaga Rayuan memberikan isteri 100%
daripada rumah HDB yang dimiliki bersama kedua belah pihak. Mahkamah menilai
bahawa kedua kes berbeza. Dalam kes Alias lawan �oraini, sabit taklik3 dengan jelas
dan diakui oleh pihak suami, sementara dalam kes Azizah lawan Johari, cerai taklik
tidak jelas dan pihak suami menafikan kesabitannya. Begitu juga dalam kes antara
Sadiah lawan Mansor, yang mana pihak suami mendapatkan 100% rumah HDB.
Dalam kes tersebut, pihak isteri mengaku kesalahannya yang menjadi penyebab
1 Azizah bte Daud lawan Mohammad Johari bin Salleh, MS No. 18200. 2 Alias bin Salim lawan �oraini, LRS No. 17/1993. 3 Cerai Taklik adalah salah perceraian yang dijatuhkan oleh pihak Mahkamah disebabkan kerana pihak suami tidak dapat menjalankan kewajiban memberikan nafkah ke atas isteri selama tempoh tertentu yang disepakati bersama oleh suami isteri ketika akad nikah atau setelahnya. Cerai taklik termaktub dalam seksyen 48 AMLA: "48. —(1) A married woman may, if entitled in accordance with the Muslim law to a divorce in pursuance of the terms of a written taklik made at or after her marriage, apply to the Court to declare that such divorce has taken place. (2) The Court shall: (a) examine the written taklik and make such enquiry as appears necessary into the validity of the divorce; (b) if satisfied that the divorce is valid in accordance with the Muslim law, confirm the divorce; and (c) upon payment of the prescribed fees, cause the divorce to be registered".
164
perceraian. Rumah tersebut juga dibayar sepenuhnya oleh pihak suami, justeru itu
rumah dipindahkan sepenuhnya kepada pihak suami. Sementara dalam kes Azizah
lawan Johari, kedua-dua pihak telah sama-sama menyumbang dari segi kewangan ke
atas pembelian rumah HDB.
4.1.1 Tafsiran Sumbangan Langsung dan Kesannya ke atas Kadar Harta
Sepencarian
Dalam seksyen 52 (8) disebutkan bahawa adalah menjadi tugas Mahkamah –
ketika menggunakan kuasa dalam menentukan dan membahagikan harta sepencarian
suami isteri, untuk memperhatikan semua faktor-faktor yang berkaitan dengan
sesebuah kes. Ada 12 faktor utama yang diamanahkan kepada para hakim untuk
diambil kira ketika memutuskan kadar bahagian daripada harta sepencarian kepada
suami isteri. Tiada pernyataan tertentu yang menunjukkan bahawa salah satu faktor
adalah lebih penting daripada faktor yang lain. Tetapi daripada susunannya, dapat
difahami bahawa kepentingan masing-masing faktor adalah berdasarkan kepada
urutannya. Faktor yang disebut lebih dahulu adalah lebih utama untuk diperhatikan
daripada faktor-faktor lain yang tersenarai kemudian.
4.1.1(a) Sumbangan kewangan dan hartanah
Faktor pertama adalah sumbangan kewangan, hartanah yang diberikan oleh
salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan cara ikut
terlibat dalam perolehan harta tersebut, atau ikut mengembangkannya, atau ikut
dalam penjagaan dan pengurusannya. Bentuk sumbangan ini sering disebut sebagai
sumbangan langsung.
165
Dalam kontek Singapura, sumbangan langsung biasanya lebih terfokus kepada
sumbangan kewangan sahaja. Sumbangan kewangan yang dimaksudkan adalah
sumbangan bagi pembelian rumah HDB atau perumahan yang dimajukan oleh swasta
yang dicatitkan pemilikannya atas nama kedua-dua suami isteri, atau atas nama salah
satu pasangan. Sementara sumbangan hartanah dan sumbangan kerja dan pengurusan,
tidak banyak dijumpai dalam tuntutan kes-kes harta sepencarian yang dirujukkan ke
Mahkamah Syariah. Sebahagian hakim bahkan membahagikan sumbangan kepada
harta sepencarian yang dilakukan oleh pasangan masing-masing sebagai sumbangan
kewangan dan bukan kewangan.4
Kalau dilihat dari asal mula timbulnya istilah harta sepencarian, sumbangan
langsung adalah sebab utama yang dijadikan penilaian oleh pihak Mahkamah bagi
menentukan sama ada sesebuah harta yang dimiliki oleh salah satu pasangan adalah
termasuk dalam harta sepencarian suami isteri atau ianya adalah hak individu
pasangan. Kes tersebut adalah antara Robert lwn Umi Kalthom.5 Robert dan isterinya
telah membeli sebuah rumah dengan harga $50,000. Robert membayar $40,000 dan
Umi Kalthom membayar $10,000. Berdasarkan kepada sumbangan kewangan pihak
suami, maka Mahkamah memberikan bahagian ke atas rumah yang didaftar atas nama
isteri sebagai harta sepencarian. Mahkamah berpendapat apabila dibuktikan harta
telah diperoleh setelah perkahwinan dilangsungkan dengan usaha atau sumbangan
bersama, suatu anggapan wujud yang ia adalah harta sepencarian.6
4 �oryahati binte Mohamed Yusof lawan Yusof bin Musta, MS No.12936. 5 E.N. Taylor (1937), pt. 1, h. 41. 6 Mimi Kamariah Majid (1992), op.cit., h. 190-191.
166
4.1.1(b) Sumbangan tenaga dan pengurusan
Jenis usaha lain daripada sumbangan langsung adalah sumbangan tenaga dan
pengurusan. Dalam kes Haji Ramah v. Alpha & Anor7 bahawa seorang balu yang
kematian suami adalah berhak mendapatkan haknya sebagai harta sepencarian
sekadar satu perempat daripada harta peninggalan suaminya. Hak harta sepencarian
thabit berasaskan keterangan Kadi Besar dalam perbicaraan kes tersebut apabila
beliau berkata:
"... jika seorang isteri membantu suaminya untuk menebang, menebas, bercucuk tanam, atau mengusahakan tanah suaminya, dia adalah berhak mendapat upah..."
Dari sini nampak bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh isteri dalam
membantu memajukan tanah suaminya berupa sumbangan tenaga dan pengurusan ke
atas harta suaminya.
Tidak dapat dinafikan bahawa di sana wujud percampuran harta suami dan
isteri selama mereka menjalani kehidupan suami isteri, utamanya bahawa di zaman
moden sekarang ini pihak isteri tidak lagi menjadi suri rumah sepenuh masa tapi telah
ikut bekerja dan menyumbang kepada ekonomi keluarga. Percampuran harta antara
keduanya ada yang boleh dikesan dan ada juga yang tidak boleh dikesan.
Percampuran harta yang boleh dikesan dan dipisahkan, sepatutnya perlu dipisah dan
masing-masing pihak mendapatkan hak daripada hartanya. Sedangkan harta yang
bercampur dan tidak dapat dikesan kadar sumbangan masing-masing pihak, boleh
dihuraikan mengikut harta musyā‘, iaitu dengan diadakannya perdamaian jika
7 Fakulti Undang-Undang University Malaya (1988), Makalah Undang-Undang Menghormati Ahmad
Ibrahim. Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 177.
167
memungkinkan, atau keduanya bersumpah akan hak ke atas harta bersama tersebut
dan harta yang bercampur tersebut dibahagi menjadi dua.
Dalam keadaan suami isteri bekerja dan memajukan suatu usaha yang sama
secara bersama dengan tenaga, pikiran dan modal daripada mereka berdua, sudah
pasti ada sumbangan secara langsung daripada kedua belah pihak. Setiap seorang
daripada mereka berdua pastilah mempunyai hak ke atas harta tersebut sebagai rakan
kongsi kerja atau upah daripada kerja yang dijalankannya. Hak masing-masing pihak
daripada harta yang dihasilkan secara bersama ini perlu diberikan kepada pemiliknya
secara saksama. Kerana sumbangan tenaga, pengurusan ataupun modal ke atas
sesebuah harta adalah merupakan salah satu cara yang diiktiraf oleh Islam untuk
mendapat dan memperoleh harta. Sumbangan berupa modal dan tenaga serupa
dengan konsep syarikah 'inān.8 Sumbangan kerja dan tenaga sahaja terdapat dalam
konsep akad muḍārabah9 dalam muamalah Islam.
Bagi Mahkamah Syariah, sumbangan langsung adalah merupakan faktor
penting dan panduan utama dalam menentukan kes-kes harta sepencarian di
Mahkamah Syariah. Ianya memainkan peranan sebagai penentu dalam menilai kadar
bahagian masing-masing pihak daripada harta sepencarian. Hal ini dapat dimengerti,
kerana sumbangan kewangan adalah sebab utama diperolehinya sesebuah aset.
Tanpa adanya sumbangan kewangan, harta tidak akan dapat dimiliki.
8 Ṣan‘ānī, Muhammad bin Ismail al- (1379H), op.cit., j. 3, h. 65. 9 Syafi‘ī, Muhammad bin Idrīs Abu Abdillah Al- (t.t.), op.cit., j. 4, h. 11.
168
Dalam konteks jual beli pula, wang yang merupakan satu bahagian daripada
'al-Ma‘qūd ‘alaih'10 adalah merupakan rukun, yang tanpanya jual beli tidak dapat
dijalankan dan tidak sah.11 Berarti tanpa sumbangan kewangan, maka rumah tersebut
tidak boleh dimiliki.
Dalam kes Amran lawan Suriyani,12 pihak Mahkamah membantah hujah
pihak defendan bahawa sumbangan kewangan adalah perkara yang tidak penting dan
tidak menentukan kadar bahagian masing-masing pihak ke atas harta sepencarian.
Dalam kes ini pihak isteri telah mengeluarkan wang sebanyak $24,000.00 ke atas
ubahsuai rumah HDB yang mereka beli bersama. Sumbangan kewangan tersebut
perlu diambil kira dalam penentuan kadar bahagian kedua pihak daripada rumah
HDB pasangan tersebut. Mahkamah menegaskan bahawa sudah menjadi panduan
perlaksanaan di Mahkamah Syariah dan Lembaga Rayuan bahawa sumbangan
kewangan adalah perkara utama dalam menentukan kadar bahagian yang berhak
diperoleh oleh masing-masing pasangan daripada harta sepencarian. Dalam kes yang
lain antara Zulkifly lawan Rohani,13 pihak Mahkamah menegaskan bahawa besar-
kecilnya sumbangan kewangan masing-masing pihak tidak boleh diketepikan dalam
menentukan kadar bahagian keuntungan masing-masing pihak ke atas penjualan
rumah HDB yang dimiliki bersama oleh kedua pasangan.
Bahkan dalam kes antara �ajihah lawan Kassim,14 sumbangan kewangan
suami isteri dijadikan sebagai faktor utama oleh pihak Mahkamah ketika menentukan
10 Al-Ma‘qūd ‘alaih adalah barangan yang diperjual belikan atau ditukarkan. Ianya terbahagi kepada dua bahagian: pertama adalah barangan yang hendak dijual dan kedua adalah bayaran ke atas barangan tersebut. Lihat Dr. Musţafā al-Khin et al. (1998), op.cit., j. 3, h. 12. 11 Al-Sayyid Al-Bakrī Bin Al-Sayyid Muhammad Syaţā al-Dimyātī (t.t.), op.cit., j. 3, h. 3. 12 Amran bin Rasuan lawan Suriyani bte Mardono, LRS No. 28/2000. 13 Zulkifle bin Bakar lawan Siti Rohani bte Jaafar, LRS No. 57/1996. 14 �ajihah bte Abdul Rashid lawan Kassim bin Kasman, MS No. 08666.
169
kadar bahagian harta sepencarian suami isteri. Mahkamah memberikan masing-
masing pihak sesuai dengan sumbangan kewangan mereka berdua ke atas pembelian
rumah HDB. Dalam kes ini, mereka berdua telah membeli sebuah rumah HDB
beralamat di Blk 423 Tampines #02-413 atas nama mereka berdua dengan
sumbangan 90% berasal daripada pihak isteri dan 10% daripada sumbangan
kewangan suami. Mahkamah memberikan pihak suami 10 dan pihak isteri 90%
daripada keuntungan penjualan rumah tersebut berdasarkan kepada sumbangan
kewangan masing-masing pihak.
Dalam kes-kes harta sepencarian yang melibatkan rumah HDB, atau aset lain
yang melibatkan sumbangan kewangan, Mahkamah selalu memastikan bahawa setiap
pihak mesti mendapatkan secara sempurna sumbangan kewangan yang telah
dikeluarkan. Oleh itu ketika sesebuah rumah diputuskan untuk dijual, Mahkamah
mengeluarkan perintah untuk mengembalikan sumbangan kewangan masing-masing
pihak ke dalam akaun CPF masing-masing sesuai dengan kadar yang disumbangkan.
Keuntungan daripada penjualan rumah tersebut hanya dibahagikan setelah ditolak
semua kos kewangan yang dikeluarkan oleh masing-masing pihak dikembalikan dan
diambil kira.
Dalam kes �azli lawan Delima,15 Mahkamah memerintahkan bahawa rumah
di alamat Blok 269, Toh Guan Road #04-91 Singapore 600269, dijual dipasaran
terbuka. Semua belanja yang dikeluarkan oleh masing-masing pihak ke atas
pembelian rumah yang berasal daripada wang CPF dikembalikan kepada akaun
masing-masing pihak di Lembaga CPF berserta bunganya. Jika ada keuntungan
15 Mohammad �azli bin Johar lawan Delima Suria Binte Ahmad, MS No. 23846.
170
selepas ditolak baki hutang dan komisyen agen, pihak isteri mendapatkan 60%
sedangkan suami 40%. Setelah sumbangan kewangan dikembalikan ke dalam akaun
CPF masing-masing pihak, barulah pihak Mahkamah mempertimbangkan faktor-
faktor lain yang mempengaruhi kadar bahagian daripada keuntungan penjualan rumah
tersebut. Di antara faktor yang utama yang selalu menjadi asas penghakiman ke atas
kadar bahagian daripada harta sepencarian adalah sumbangan tidak langsung masing-
masing pihak.16
4.1.2. Tafsiran Konstruktif Sumbangan Secara Tidak Langsung
4.1.2(a) Usia perkahwinan diambilkira
Usia perkahwinan pasangan suami isteri telah diambil kira oleh Mahkamah
dalam memberikan penilaian terhadap sumbangan tidak langsung pasangan dalam
harta yang dimiliki oleh pasangannya. Kerana secara umumnya, sumbangan tidak
langsung adalah merupakan khidmat yang telah diberikan oleh salah satu pasangan
kepada pasangan dan keluarganya selama tempoh perkahwinan mereka, khasnya
khidmat dan sumbangan yang telah diberikan oleh pihak isteri bagi suami dan
keluarga. Bertambah lama usia perkahwinan mereka, semakin besar juga nilai
sumbangan tidak langsung yang telah dicurahkan oleh seorang isteri kepada suami
dan keluarga.
Berpengaruhnya usia perkahwinan ke atas kadar bahagian yang diperoleh oleh
masing-masing pihak ke atas harta sepencarian, bersesuaian dengan seksyen 52(8)(k)
AMLA 1999 yang menyatakan bahawa umur suami isteri dan panjang-pendeknya
usia perkahwinan perlu diperhatikan ketika menentukan kadar bahagian daripada
16 Lihat AMLA Seksyen 52(8)(d) & (g).
171
harta sepencaria.17 AMLA mengaitkan antara umur pasangan dengan usia
perkahwinan. Semakin tua umur seseorang semakin berkurangan keupayaan untuk
hidup berdikari dan mencari nafkah sendiri. Maka semakin perlukan bantuan dan
perlindungan daripada keluarga.
Dalam kes antara Rawi lawan Hazana,18 Mahkamah memberikan pihak isteri
40% daripada keuntungan penjualan rumah HDB, padahal pihak isteri tidak
memberikan sumbangan kewangan dalam pembelian rumah tersebut. Khidmat dan
sumbangan tidak langsungnya selama 35 tahun perkahwinan telah menjadi
pertimbangan Mahkamah untuk memberinya kadar bahagian 40% daripada harta
yang dimiliki oleh pihak suami secara persendirian. Dalam hal kadar 40% yang
dianggap tinggi oleh pihak suami –memandangkan bahawa isteri tidak menyumbang
sesenpun ke atas pembayaran rumah tersebut, pihak Mahkamah menerangkan bahawa
ianya adalah wajar, mengambil kira peranan isteri selama 35 tahun bersama suaminya
menempuh gelombang kehidupan dengan sabar dan taat sehingga mereka berjaya
membesarkan anak-anak mereka. Ketaatan pihak isteri ditunjukkan ketika pihak
suami berada dalam penjara. Pihak isteri lebih memilih menunggu suaminya dengan
penuh ketabahan daripada berpisah dengan suaminya.
Dalam kes yang lain antara �orlia lawan Harris,19 pihak Mahkamah
memberikan pihak isteri 40% daripada keuntungan penjualan rumah HDB yang
dimiliki oleh mereka berdua yang mana hanya pihak suami yang menyumbang ke
17 Seksyen 52(8)(k): " the age of each party and the duration of the marriage ". 18 Rawi bin Kadir lawan Hazana bte Fadil, MS No. 09952. 19 �orlia bte Tambi lawan Harris bin Awang MS No. 18534.
172
atas pembelian dan pembayaran angsuran bulanan. Dalam kes Rawi lawan Hazana,20
Mahkamah memberikan pihak isteri 40% nilai kepada sumbangan tidak langsung
selama 35 tahun usia perkahwinan mereka. Dalam kes ini, kadar yang sama iaitu 40%
diberikan kepada pihak isteri sebagai nilai kepada sumbangan tidak langsung semala
10 tahun tempoh perkahwinan mereka. Dalam kes yang lain pula antara Shaik lawan
Manisah,21 Mahkamah memberikan pihak isteri 30% daripada keuntungan penjualan
rumah HDB sebagai nilai kepada sumbangan tidak langsung selama 1½ tahun usia
perkahwinan mereka. Sementara itu, dalam kes antara Yasmin lawan Carsten,22
sumbangan tidak langsung seorang isteri selama 2 tahun perkahwinan dinilaikan
dengan 10% sahaja daripada kadar harta sepencarian suami isteri.
Yang ingin diberikan perhatian di sini adalah kaitan antara umur perkahwinan
dengan sumbangan tidak langsung pihak isteri terhadap kadar bahagian yang berhak
diperoleh olehnya. Dalam beberapa kes yang dibentangkan di atas, terdapat ketidak
selarasan antara umur perkawinan yang ikut menentukan besar-kecilnya sumbangan
tidak langsung pihak isteri, dan kadar bahagian daripada harta sepencarian. Umur
perkahwinan yang mencecah 35 tahun, sama nilainya dengan umur perkahwinan yang
berlangsung selama 10 tahun. Usia perkahwinan yang hanya berjalan selama 1½
tahun dinilaikan dengan 30%, sedangkan 2 tahun usia perhakwinan dikadarkan hanya
10%.
Tidak dapat dinafikan bahawa disana ada sebab-sebab lain yang diambil kira
oleh pihak Mahkamah ketika menentukan kadar bahagian yang berhak dimiliki oleh
20 Rawi bin Kadir lawan Hazana bte Fadil, MS No. 09952. 21 Shaik Mohamed bin Abdul Ghany lawan Manisah bte Taufik, MS No. 18176. 22 Yasmin Jafar Sultan lawan Carsten Ingo Sebening, LRS No. 33/2001.
173
pasangan suami isteri, tetapi perlu juga ada penyelarasan yang jelas antara usia
perkahwinan dan nilai kadar bahagian sebagai salah satu panduan dan ukuran bagi
menilai sumbangan tidak langsung pihak isteri ke atas harta sepencarian suami isteri.
4.1.2(b) Jasa dan perkhidmatan
Perkara ini lebih kritikal sekali memandangkan bahawa sumbangan tidak
langsung adalah perkara luar yang pada hakikatnya tidak memainkan peranan secara
langsung dalam perolehan harta seseorang. Sumbangan tidak langung lebih kepada
jasa dan khidmat yang dilakukan oleh pihak isteri ke atas keluarga selama tempoh
perkahwinan. Inilah bahagian yang paling rumit yang dihadapi oleh para hakim ketika
hendak menentukan kadar bahagian suami isteri. Ianya adalah sangat subjektif dan
paling lemah sisi hukumnya daripada pandangan Islam.
Ditinjau dari konsep pemilikan harta dalam Islam, sumbangan tidak langsung
dalam harta sepencarian tidak dapat memenuhi kreteria sebagai salah satu sebab
pemilikan harta yang diperbolehkan oleh Islam.23 Tidak dibenarkan bagi seseorang
mengambil dan menggunakan harta orang lain tanpa keizinan dan keredaan daripada
pemiliknya. Pemindahan harta daripada seseorang kepada orang lain juga tidak boleh
dilakukan kecuali jika ianya bersesuaian dengan syariah Islam. Tukar menukar suatu
barang dengan barang yang lain juga tidak dibolehkan kecuali jika ianya tidak
bertentangan dengan sistem akad muamalah dalam Islam.
23 Ada empat sebab yang boleh menimbulkan pemilikan seseorang ke atas harta. Pertama, penguasaan ke atas harta benda yang diperbolehkan oleh syara‘ dan ianya bukan milik orang lain, seperti menangkap ikan di lautan atau berburu haiwan di hutan. Kedua, akad yang mempunyai kesan pemilikan harta seperti jual beli, hadiah dan hibah. Ketiga, penggantian dan keempat, turunan daripada sesuatu yang dimiliki seperti harta warisan. Lihat Ikhwan Abidin Basri, MA (2008), "Pemilikan Dalam Islam". www.tazkiaonline.com; Lihat juga, Abdul Hamīd al-Syarwānī (t.t.), Ḥawasyī al-Syarwānī, j. 5. Bayrūt: Dār al-Fikr, h. 358.
174
4.1.2(c) Kaitan sumbangan tidak langsung dan syarikah al-abdān
Telah banyak kajian dibuat berkaitan dengan konsep harta sepencarian dan
kaitannya dengan sumbangan tidak langsung pasangan ke atas harta yang dimiliki
oleh pasangannya. Ada yang cuba mengkiaskan dengan syarikah al-abdān mengikut
pandangan Mazhab Maliki, Hanafi dan Hambali. Hanya Mazhab Maliki sahaja yang
mensyaratkan persamaan kerjaya bagi sahnya syarikah jenis ini.24 Dalam syarikah al-
abdān, dua orang atau lebih telah berakad bahawa hasil daripada pekerjaan yang
dilakukan oleh keduanya adalah milik bersama dibahagi dua atau dibahagi sesuai
dengan kesepakatan antara keduanya. Jenis pekerjaan daripada ahli syarikat tidak
mesti sama, ia boleh berbeza. Jika konsep ini dikiaskan dengan suami isteri, ertinya
bahawa suami isteri telah berakad dengan badan, tenaga dan kemahiran masing-
masing untuk melakukan suatu pekerjaan iaitu membina rumah tangga dan mencari
nafkah untuk keluarga. Hasil daripada kerja yang dijalankan oleh kedua suami isteri
dibahagi dua atau sesuai dengan kesepakatan suami isteri.
Dalam kenyataannya, kesepakatan untuk bekerja bersama, dan hasil daripada
pekerjaan yang mereka lakukan, akan dibahagi kepada mereka sesuai dengan
kesepakatan yang dipersetujui bersama, tidak dijumpai dalam akad nikah yang
dilafazkan oleh pengantin lelaki dan wali kepada pengantin perempuan.
Akad nikah25 adalah suatu akad yang menghalalkan hubungan seksual antara
suami dan isteri dengan cara yang disyariatkan untuk membina keluarga sakinah
mawaddah wa raḥmah; untuk membina generasi Muslim yang unggul. Tujuan
perkahwinan bukan untuk mengumpulkan harta dan bukan salah satu lembaga usaha
24 Dr. Wahbah al-Zuḥaylī (1996), op.cit., j. 4, h. 803-804. 25 DR. Wahbah al-Zuhaylī (1996), op.cit., j. 7, h. 29-30.
175
yang disyariatkan oleh Allah untuk mencari wang, sebagaimana ianya ada dalam
syarikah al-abdān. Keduanya adalah suatu institusi yang berbeza dengan tujuan dan
maksud yang berbeza pula. Memaksakan konsep syarikah al-abdān ke dalam akad
nikah telah merubah dan menciderai tujuan mulia daripada institusi perkahwinan
yang diinginkan oleh Islam.
4.1.2(d) Sumbangan tidak langsung sebagai upah ke atas khidmat isteri
Ada yang menggolongkan sumbangan tidak langsung pihak isteri ke atas harta
yang dimiliki oleh suaminya sebagai upah di atas kerja dan khidmat yang telah
dilakukan oleh isteri dalam rumah suaminya. Peranannya sebagai ibu kepada anak-
anak dengan menjaga, mengurus dan mengambil berat kebajikan anak-anak adalah
sebagai kerja yang patut diberi upah. Peranannya sebagai isteri kepada suami dengan
memberikan layanan, keselesaan dan ketenangan jiwa kepada suami dianggap sebagai
suatu kerja yang juga perlu diberikan upah.
Anggapan ini tidak selari dengan konsep kehidupan rumah tangga yang
digambarkan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadithnya: "Suami adalah pemimpin
ke atas keluarga dengan memberikan perlindungan dan nafkah kepada mereka
sedangkan isteri adalah ratu dalam rumah tangga suaminya dan bertanggungjawab
menguruskan segala urusan rumah tangganya". Setiap suami isteri telah diberikan
peranan yang jelas dan berbeza oleh Islam. Suami berkewajiban melindungi dan
memberikan nafkah yang mencukupi bagi keluarganya. Isteri berkewajiban mengurus
dan mengambil berat urusan rumah tangga suaminya. Segala kerja dan khidmat yang
dijalankan oleh pihak suami ke atas isteri dan pihak isteri ke atas suami dan anak-
176
anak adalah merupakan tanggungjawab yang telah dibebankan oleh Allah kepada
kedua belah pihak.
Kewajiban isteri untuk mengurus dan melakukan kerja-kerja rumah diperkuat
dengan tidak dimasukkannya khadam (pembantu) ke dalam senarai nafkah yang
wajib diberikan oleh pihak suami kepada isterinya. Kewajiban suami untuk
menyediakan khadam bagi isterinya baru sabit jika pihak isteri terbiasa dilayan dan
ada khadam ketika hidup di rumah ibu bapanya sebelum berkahwin. Itupun jika pihak
suami termasuk golongan yang kaya dan mampu membayar belanja khadam. Jika
suami hidup sederhana atau miskin, maka gugurlah kewajiban untuk menyediakan
khadam bagi pihak isteri. Dan pihak isterilah yang sepatutnya mengerjakan segala
urusan rumah tangga.26
Tidak terdapat dalam kehidupan Rasulullah saw dan para sahabatnya, bahawa
seorang isteri meminta upah ke atas kerja-kerja yang telah dijalankan oleh isteri di
rumah suaminya. Bahkan para sahabat sendiri menyifatkan kerja-kerja rumah yang
dilakukan oleh Rasulullah saw ketika berada di rumah sebagai 'membantu' isterinya.27
Membantu membawa erti ianya adalah kerja sukarela yang berupa pertolongan dan
sokongan kepada yang perlukannya.28 Ertinya bahawa isterilah yang
bertanggungjawab menjalankan urusan rumah tangga. Sebuah tanggungjawab tidak
berhak untuk mendapatkan upah. Maka semua yang dilakukan oleh seorang wanita
sebagai ibu dan isteri adalah tanggungjawab dan bukanlah sebuah sumbangan yang
perlu mendapatkan imbalan kewangan. Oleh yang demikian, mengkiaskan khidmat
26 DR. Wahbah al-Zuḥaylī (1996), op.cit., h. 805-806. 27 Jarjānī, Abdullah bin ‘Adī bin Abdullah bin Muhammad al- (1988), op.cit., j. 3, h. 404. 28 Noresah Hajah bt. Baharom, Bsc, MA et al. (2005), Kamus Dewan, c. 4. Selangor: Dawama Sdn. Bhd. h. 126.
177
isteri mengurus dan mengambil berat perihal suami dan anak-anak dengan kerja yang
patut mendapatkan upah adalah qiyās ma‘a al-fāriq (kias yang berbeza sebabnya).
Dalam Al-Qur'an Allah menggambarkan tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan oleh isteri dengan yang terbaik sesuai fitrah dan tabiat semulajadi
seorang wanita, sebagaimana isteri juga mempunyai hak yang wajib dilaksanakan
oleh pihak suami juga dengan cara yang terbaik.29 Allah berfirman:
}لوهناللث م ذلي عهيال بنمعروف{ Ertinya: "dan para isteri mempunyai hak yang sama sebagaimana kewajiban yang ditanggung olehnya ke atas suami dengan cara yang terbaik".
Surah al-Baqarah (2) : 228.
Ayat ini juga memberikan teguran ke atas sesetengah kaum lelaki yang
menganggap isteri adalah khadam (pembantu) yang tidak mempunyi hak-hak
kemanusiaan. Perkahwinan bukanlah akad perhambaan dan penguasaan, ianya adalah
akad yang menetapkan hak dan tanggungjawab suami isteri yang sama sesuai dengan
kemaslahatan dan kebaikan keduanya. Sebagaimana isteri mempunyai tanggungjawab
ke atas suami, suami juga wajib melaksanakan tanggungjawabnya ke atas isteri.30
Hubungan keserasian hak dan tanggungjawab yang telah Allah tentukan untuk
suami dan isteri, telah digambarkan dengan baik oleh Sayyid Sābiq31 seperti berikut:
" Dasar yang ditetapkan oleh Islam dalam mengatur dan menguruskan kehidupan suami isteri adalah merupakan suatu dasar yang sesuai dengan fitrah dan tabiat semulajadi manusia itu sendiri maka yang lelaki lebih menumpukan kepada pekerjaan dan perusahaan di luar rumah, manakala perempuan lebih layak menjalankan pekerjaan di dalam rumah seperti mengurus rumahtangga, mendidik anak-anak, menyediakan segala
29 Ismail bin Umar bin Kathīr al-Dimasyqī (1401H), Tafsīr Ibnu Kathīr, j. 1. Dār al-Fikr, h. 272. 30 Dr. Wahbah al-Zuḥaylī (2003), Tafsīr al-Munīr, c. 2, j. 1. Syiria: Dār al-Fikr, h. 698-699. 31 Sayyid Sābiq (1981), Fiqh al-Sunnah, j. 2. Bayrūt: Dār al-Fikr, h. 174.
178
kemudahan bagi menjadikan suasana dalam rumah tenang dan tenteram. Maka sebab itu ditugas kepada lelaki kerja yang sesuai baginya, begitu juga ditugaskan kepada perempuan dan dengan itu barulah rumahtangga berjalan dengan baik di dalam dan di luar rumah tanpa menjejaskan mana-mana pihak”.
Memasukkan khidmat isteri di rumah suaminya sebagai bahagian daripada
kerja yang patut mendapatkan upah seperti apa yang digambarkan dalam surah al-
Nisā’: 32 adalah kurang tepat. Allah berfirman:
}للرالجن صيبم ا كمسبوا وللناءسن صيبم ا اكمتسبن{ Ertinya: "Lelaki mendapat bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan mendapat bahagian daripada apa yang mereka usahakan".
Surah al-Nisā' (4) : 32.
Walaupun seakan-akan ini memberikan gambaran bahawa setiap lelaki dan
wanita berhak ke atas apa yang telah diusahakan dan disumbangkan, tetapi jika dilihat
dari sebab nuzul ayat ini, ianya sebenarnya menunjukkan tuntutan hak persamaan
kaum wanita mula-mula dahulu pada zaman Nabi saw. kerana wanita diberi satu
bahagian sahaja. Diriwayatkan bahawa seorang wanita datang berjumpa dengan
Rasulullah saw. dan berkata: "Wahai Nabi Allah! Lelaki mendapat dua kali ganda
daripada bahagian wanita, persaksian dua orang wanita setanding dengan hanya satu
kesaksian lelaki, adakah jika kaum wanita melakukan amal dan kebaikan, ditulis
baginya separuh kebaikan? Maka Allah turunkan ayat di atas.32
Ayat di atas juga melarang hasad dengki kerana kelebihan yang Allah berikan
kepada kaum lelaki dari segi harta pusaka dan kewajiban berperang. Tetapi bukan
bermakna bahawa pahala dan ganjaran ke atas amalan yang dilakukan oleh wanita
32 Ḥanbalī Muhammad Bin ‘Abdul Wāḥid bin Ahmad al- (1410H), al-Ahādīth al-Mukhtārah, j. 10. Mekkah: Maktabah al-Nahḍah al-Ḥadīthah, h. 117.
179
juga separuh pahalanya daripada amalan yang dilakukan oleh lelaki. Ayat ini
menegaskan bahawa dari segi amalan dan ibadah kepada Allah, semuanya akan
mendapatkan ganjaran sama sesuai dengan amalan yang lakukannnya.33
Suami telah melakukan tugasnya sebagai kepala keluarga dengan mencari
nafkah dan isteri telah melakukan tugasnya sebagai suri rumah dengan mengurus dan
mengambil berat kebajikan anak-anak. Maka suami mendapat balasan daripada Allah
sesuai dengan tugas dan tanggungjawabnya, dan isteri juga mendapat balasan yang
sama sesuai dengan tugas dan tanggungjawabnya. Inilah di antara pesan yang ingin
disampaikan oleh Allah dalam ayat tersebut. 34
Tidak relevan jika ayat yang semulanya menjadi simbol kesetaraan antara
lelaki dengan perempuan dari segi balasan amal kebaikan di sisi Allah swt., dialihkan
kepada makna dan ganjaran kebendaan yang berhak diperoleh oleh pihak isteri
daripada menjalankan tugasnya sebagai suri rumah dengan baik.
4.1.3 Pemisahan Sumbangan Tidak Langsung daripada Sumbangan Langsung
Harta sepencarian adalah adat35 yang telah diguna pakai dalam masyarakat
Melayu dan Asia Tenggara pada umumnya. Nama-nama lain yang digunakan untuk
maksud yang sama ialah Carian Laki Bini, Pencarian, Gono-gini, Haerta Sihareukar,
Harta Saurang, Guna-Kaya, Druwe Bagro, dan Barang Percantangan.36 Islam telah
33 Dr. Wahbah al-Zuḥaylī (2003), al-Tafsīr al-Munīr, c. 2, j. 3. Syiria: Dār al-Fikr, h. 45. 34 Ṭabarī Muhammad bin Jarīr Abu Ja‘far al- (1405H), Tafsīr al-Ṭabarī, j. 5. Bayrūt: Dār al-Fikr, h. 47. 35 Md. Akhir Hj. Yaacob, DR. Siti Zalikhah Md. Noor (1989), op.cit., h. 76; Reading In Malay Adat
Laws, h. 413. 36 Carian Laki Bini dikenali di kalangan masyarakat Melayu Negeri Sembilan. Pencurian dikenali di kalangan masyarakat Islam Melanau Sarawak. Gono-gino dikenali di kalangan masyarakat Jawa. Haerta Sihareukar dikenali di kalangan masyarakat Aceh. Harta Saurang dikenali di kalangan masyarakat Minangkabau. Guna-Kaya dikenali di kalangan masyarakat Sunda. Druwe Bagro dikenali
180
mengiktiraf kewujudan adat dan tidak menafikannya. Islam menganggap adat adalah
salah satu sumber hukum dalam Islam. Pengiktirafan adat ini tergambar daripada
kaedah usul fiqh yang menyebutkan bahawa al-‘ādah muḥakkamah.37 Adat adalah
salah satu sumber perundangan Islam. Para ulama Asia Tenggara38 telah menerima
harta sepencarian sebagai bahagian daripada undang-undang Islam dan dimasukkan
dalam rang undang-undang di Mahkamah Syariah dan menjadi bidangkuasanya untuk
membincangkan isu-isu berkaitan dengan harta sepencarian.39
Walaupun harta sepencarian sudah diserapkan dalam undang-undang Islam,
tetapi masih perlu dikaji ulang tentang unsur-unsur yang berpengaruh dan diambilkira
dalam menentukan jenis-jenis harta yang termasuk dalam kategori harta sepencarian.
Oleh kerana harta sepencarian adalah hasil adat, maka perlu dipastikan bahawa adat
ini tidak bertentangan dengan kaedah umum undang-undang pemilikan harta dalam
Islam.
Perlu adanya pemisahan antara unsur-unsur yang bersesuaian dengan syara‘
dan unsur-unsur yang bercanggah dengan hukum syara‘. Maka perlu dipisahkan
antara sumbangan langsung dan sumbangan tidak langsung. Hanya sumbangan
langsung sahaja yang boleh dijadikan asas kepada penentuan harta yang termasuk
dalam kategori harta sepencarian dan kadarnya. Sebab sumbangan jenis ini, tidak
bertentangan dengan konsep pemilikan harta dalam Islam dan merupakan sebab ke
atas diperolehinya harta. Sementara sumbangan tidak langsung perlu diketepikan,
di kalangan masyarakat Bali. dan Barang Percantangan dikenali di kalangan masyarakat Kalimantan. Lihat Md. Akhir, op.cit., h. 72. 37 Suyūṭī, Abd al-Raḥmān bin Abī Bakr al- (1403H), al-’Asybāh wa al-�aẓā’ir, j. 1. Bayrūt: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 93. 38 Ulama Asia Tenggara yang dimaksud adalah Singapura, Malaysia dan Indonesia. 39 Singapura: AMLA 1999 seksyen (52); Malaysia: Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1994 (akta 303) seksyen 58; Indonesia: Kompilasi Hukum Islam Bab XIII tentang harta benda dalam perkahwinan.
181
kerana ianya bertentangan dengan konsep pemilikan harta dalam Islam. Pengaruhnya
ke atas perolehan harta hanyalah merupakan sangkaan dan sesuatu yang maknawi.
Tanpa sumbangan tidak langsungpun harta tersebut masih boleh diperoleh oleh
pasangan. Ertinya kewujudan harta tersebut tidak bergantung kepadanya.
Memasukkan sumbangan tidak langsung sebagai bahagian daripada harta sepencarian
adalah suatu ijtihad yang patut dipikirkan semula.
4.1.4 Mut‘ah Menyerap Sumbangan Tidak Langsung
Sebagai pertimbangan, perlu diketengahkan bahawa ketika berlaku perceraian,
Allah swt telah mewajibkan40 kepada pihak suami untuk membayar mut‘ah41 sebagai
saguhati dan untuk menghargai jasa isteri yang telah hidup bersama suaminya selama
dalam ikatan perkahwinan. Dengan mut‘ah, kesan negatif daripada perceraian
tersebut dan beban kewangan pihak isteri juga menjadi lebih ringan.
Menurut Mazhab Syafi‘ī, mut‘ah adalah pemberian yang wajib diberikan ke
atas isteri yang telah diceraikan sebagai saguhati. Pendapat ini adalah yang
ditarjihkan oleh ulama Assyafi‘iyyah. Sementara dalam Mahzab Hanafī dan Hambalī
pula ianya sunnah. Jika tiada kesepakatan antara suami isteri tentang kadar mut'ah,
Imam Hanafi mengembalikan kadarnya kepada setengah daripada kadar mahar yang
diberikan oleh suami kepada isteri. Sementara itu, Imam Syafi‘ī tidak membenarkan
pemaksaan kadar tertentu daripada mut'ah kepada suami kecuali sesuai dengan ‘uruf
mut'ah yang berlaku.42
40 Lihat Dr Wahbah Zuḥaylī (1996), op.cit., j. 7, h. 317-318. 41 Syafi‘ī, Muhammad bin Idrīs Abu Abdillah Al- (t.t.), op.cit., j. 7, h 255. 42 Ismail bin Umar bin Kathīr al-Dimasyqī (1401H), op.cit., j. 1, h. 289.
182
Ada kesamaan hikmah antara mut‘ah dengan sumbangan tidak langsung
suami isteri ke atas harta sepencarian mereka. Mut‘ah diwajibkan untuk menghargai
jasa dan suka duka menjalani hidup berumah tangga seorang wanita bersama
suaminya. Jasa ini diiktiraf oleh syariah Islam dengan mewajibkan mut‘ah ke atas
suami apabila berlaku perceraian antara keduanya.43 Kadar mut‘ah juga perlu
disesuaikan dengan keadaan kewangan pihak suami.44 Jika segala jasa isteri ke atas
suami dan anak-anaknya telah diberi pengiktirafan dari segi undang-undang Islam
dengan mut‘ah, apakah masih diperlukan pengiktirafan lain yang mesti diberikan oleh
pihak suami kepada isteri berupa bahagian hak daripada harta yang dimiliki oleh
suaminya selama tempoh perkahwinan?
Jika sekiranya konsep mut‘ah yang diterapkan oleh Mahkamah sekarang ini
dirasa kurang memenuhi keperluan kewangan pihak isteri dan tidak mengambil kira
sumbangan isteri selama dalam tempoh perkahwinan, maka peranan dan tafsirannya
mesti diperluas. Peranannya bukan sekedar saguhati kepada pihak isteri ketika
berlaku perceraian, tetapi juga digunakan sebagai alat untuk mengiktiraf sumbangan
dan khidmat isteri ke atas harta yang dimiliki oleh suaminya. Ertinya, pihak
Mahkamah perlu mempertimbangkan sumbangan isteri ke atas harta yang dimiliki
oleh suaminya ketika memutuskan untuk memberikan kadar tertentu daripada mut‘ah
kepada pihak isteri. Adalah baik jika boleh dicapai kata sepakat antara suami isteri
berkaitan dengan kadar mut‘ah yang perlu diberikan oleh pihak suami kepada pihak
isteri berasaskan kepada sumbangan dan khidmat isteri selama dalam tempoh
perkahwinan.
43 Baghawī Al-Ḥusayn bin Mas‘ūd al-Farra' al- (1987), Ma‘ālim al-Tanzīl, c. 2, j. 1. Bayrūt: Dār al-Ma‘rifah, h.217-218. 44 Qurṭubī Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al- (1372H), op.cit., j. 3, h. 203.
183
Mahkamah Syariah telah melaksanakan konsep yang sangat munasabah
berkaitan dengan kadar mut‘ah. Mahkamah menggunakan ukuran tempoh
perkahwinan sebagai penentu ke atas kadar mut‘ah yang perlu diberikan oleh pihak
suami ke atas isterinya dengan tidak mengabaikan keupayaan suami untuk membayar
mut‘ah. Kadar kebiasaan bagi mut‘ah adalah $1.50 bagi setiap hari.45 Jika suatu
perkahwinan berakhir dengan perceraian setelah berlangsung selama 10 tahun, maka
kadar mut‘ah yang wajib diberikan oleh pihak suami ke atas isterinya adalah
$1.50x365x10=$5.475.00
Jika khidmat isteri kepada suami dan anak-anak selama dalam tempoh
perkahwinan ditambahkan ke dalam kadar mut‘ah yang sedia ada, berarti kadarnya
mesti ditambah dan disesuaikan dengan aset yang dimiliki oleh suaminya selama
dalam tempoh perkahwinan. Penambahan kadar mut‘ah dibenarkan oleh syara‘,
kerana Mahkamah diberi kuasa untuk menentukan kadarnya jika tidak berlaku
kesepakatan kadar mut‘ah sesuai dengan kedudukan kewangan suami dan status
hidup isteri dan keturunannya.46 Allah berfirman berkaitan dengan hal ini:
﴿ومتعوهنالى ل عموقعس درهو ى اللعقمقرت درهم تالا باعمعروفح قى اللا عمنسحين﴾
Ertinya: "Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan."
45 Azizah bte Daud lawan Mohammad Johari bin Salleh MS No. 18200. h. 5. 46 DR. Muṣṭafā al-Khin et al. (1998), op.cit., j. 2, h. 82.
184
Anas bin Malik menyatakan bahawa Allah tidak menentukan kadar mut'ah tetapi
diserahkan kepada keupayaan suami dan kemampuan kewangannya. Ini jelas
daripada firman Allah: "kepada suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu)
menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran
kemampuannya,". Kemampuan di sini merujuk kepada keupayaan kewangan pihak
suami.
Imam Hasan bin Ali memberikan mut'ah sebanyak 20.000 dirham --dalam
riwayat yang lain, Beliau memberikan mut'ah 10.000 dirham, dan Imam Syuraiḥ
dengan 500 dirham. Ibnu Abbas menentukan kadar tertinggi mut'ah adalah khadim,
pakaian, dan nafkah; kadar pertengahannya baju perang dan keledai. Bahkan
sebahagian Ulama' Assyafi‘iyyah mengatakan bahawa kadar mut'ah bukan hanya
diukur daripada keupayaan dan status ekonomi suami tetapi status sosial dan
kewangan isteri juga diambil kira. Penafsiran ini menguatkan lagi anggapan bahawa
mut'ah bersifat berubah-ubah dan tertakluk kepada keadaan kewangan suami isteri
ketika bercerai dan keperluan isteri kepada kewangan untuk menghadapi masa
hadapannya secara sendirian.47
Allah juga berfirman berkaitan dengan kewajiban mut‘ah bagi wanita yang
diceraikan oleh suaminya:
﴿وللقلطماتم تال باعمعروفح قى اللا عمتقين﴾ Ertinya: "Dan bagi isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapatkan mut‘ah (pemberian saguhati dengan cara yang patut, sebagai tanggungjawab yang wajib bagi orang-orang yang bertakwa"
Surah al-Baqarah (2) : 241
47 Qurṭubī Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al- (1372H), op.cit., j. 3, h. 201.
185
Dengan demikian, maka tidak akan timbul persoalan sama ada seorang isteri
berhak ke atas harta yang dimiliki oleh suaminya –yang mana dalam proses
mendapatkan harta tersebut pihak isteri tiada memberikan apa-apa sumbangan dan
peranan secara langsung. Tidak timbul anggapan bahawa pihak isteri telah
mengambil harta yang dimiliki oleh suaminya secara tidak benar, kerana sumbangan
tidak langsung pihak isteri telah diserapkan kepada kadar mut‘ah yang telah
diwajibkan oleh Allah kepada suami untuk diberikan kepada isteri yang
diceraikannya.
4.1.5 Pengaruh Anak-anak ke atas Kadar Bahagian Harta Sepencarian
Anak-anak merupakan amanah daripada Allah swt. kepada suami isteri yang
sepatutnya segala haknya dipenuhi dengan sempurna bagi terwujudnya generasi
Muslim yang unggul. Anak-anak adalah golongan yang paling teruk terjejas jika
berlaku perceraian antara suami isteri. Bukan hanya dari sudut kasih sayang dan
ketentraman jiwa yang hilang, tetapi masalah tempat tinggal dan keperluan
pendidikan mereka juga ikut terjejas dengan perpisahan kedua orangtua mereka.
Rasulullah saw. juga bersabda:
"طالقأبغض احلالل إىل اهللا ال" Ertinya: "Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah swt. Adalah perceraian"48
Keperluan anak-anak terhadap perlindungan daripada kesan-kesan negatif
daripada perceraian tercermin daripada keputusan-keputusan Mahkamah berkaitan
dengan pembahagian harta sepencarian dan kadar yang sepatutnya diperoleh oleh
48 Quzaynī, Muhammad bin Yazīd Abu Abdullah al- (t.t.), Sunan Ibnu Mājah, j. 1. Bayrūt: Dār al-Fikr, h. 650.
186
pihak yang mendapatkan hak jagaan anak. Dalam kes antara Ali lawan Seniati,
Mahkamah memberikan isteri hak 25% iaitu sebanyak $90,000.00 daripada semua
aset yang dimiliki oleh suaminya sebagai bahagian daripada harta sepencarian. Salah
satu sebab yang diambil kira oleh Mahkamah dalam menentukan kadar tersebut
adalah bahawa pihak isteri mendapat hak penjagaan anak-anak yang masih kecil yang
sudah pasti perlukan kepada tempat tinggal yang sesuai untuk isteri dan anak-
anaknya. Dengan wang $90,000.00 tersebut diharapkan bahawa pihak isteri
mendapatkan tempat tinggal yang sesuai bagi dirinya dalam mendidik dan
membesarkan anak-anaknya.
Dalam seksyen 52(8)(c) AMLA, kepentingan dan kebajikan anak-anak juga
mendapat perhatian tersendiri. Kebajikan mereka dimasukkan dalam faktor-faktor
yang perlu diambil kira oleh Mahkamah dalam penentuan kadar bahagian harta
sepencarian suami isteri. Walaupun pihak suami tetap berkewajiban memberikan
nafkah ke atas anak-anaknya selepas berlaku perceraian, tetapi taraf hidup yang
dijalani oleh ibunya ikut berpengaruh kepada anak. Jika ibunya hidup dengan selesa
dan tak menghadapi masalah kewangan, maka perhatian dan kasih sayang seorang ibu
dapat lebih dicurahkan kepada anak-anaknya. Tetapi jika seorang ibu masih
disibukkan dengan urusan mencari nafkah, sudah pasti kebajikan dan perhatian yang
dicurahkan untuk anak-anak ikut terjejas. Oleh yang demikian, walaupun nafkah anak
sudah dijamin oleh bapanya, tetapi perlu dipastikan bahawa ibu kepada anak-anaknya
juga hidup selesa sehingga dia dapat mendidik dan membesarkan anak-anak dengan
cara yang terbaik.
187
Dalam kes antara Saleh lawan Zainun,49 pihak isteri telah menjadi suri rumah
sepenuh masa selama dalam tempoh perkahwinan. Oleh kerana tiada sumbangan
kewangan yang disumbangkan oleh pihak isteri ke atas diperolehinya harta
sepencarian suami isteri, maka pihak suami bersedia memberikan 30% daripadanya
kepada pihak isteri. Tetapi Mahkamah menilai kadar tersebut kurang munasabah
memandangkan bahawa pihak isteri telah mendapat hak penjagaan anak. Mahkamah
memberikan pihak isteri kadar 40%, lebih besar 10% daripada kadar yang sedia
diberikan oleh pihak suami dan kurang 10% daripada kadar yang dituntut oleh pihak
isteri. Dengan anak-anak bersama pihak isteri, ada beban tambahan yang perlu
ditanggung oleh pihak isteri untuk menjaga dan membesarkan anaknya dalam suasana
yang sesuai dan sihat. Bebanan itu akan lebih terasa berat memandangkan bahawa
hanya beliau sendiri yang akan menjaga, mengambil berat keperluan anak-anak dan
mendidiknya dengan didikan yang terbaik.
Kebajikan anak dijadikan oleh Mahkamah sebagai salah satu sebab penting
diberikannya pihak isteri bahagian 60% daripada keuntungan bersih rumah HDB,
walaupun semua belanja kewangan berkaitan dengan rumah tersebut dibayar oleh
pihak suami. Dalam penghakiman kes antara Khadijah lawan Yusoff,50 pihak
Mahkamah menyatakan:
"Tambahan pula isteri diberikan hak penjagaan anak. Anak ini pula tentunya perlukan tempat berteduh. Beliau perlukan tempat yang selesa untuk belajar dan membangunkan fizikan dan mentalnya. Oleh itu, Mahkamah memberikan 60% dari hasil keuntungan bersih kepada isteri". 51
49 Mohamed Saleh bin Mohamed Shah lawan Zainun, LRS No. 17/2001. 50 Khadijah bte Omar bin Sahid Makarim lawan Mohamed Yusoff bin Seeni Rawhter, MS No. 14765. 51 Khadijah bte Omar bin Sahid Makarim lawan Mohamed Yusoff bin Seeni Rawhter, MS No. 14765. h. 9.
188
Kadar 60% untuk pihak isteri yang tidak menyumbang dari segi kewangan ke
atas pembelian rumah HDB adalah di antara yang tertinggi pernah diberikan oleh
pihak Mahkamah. Tidak dapat dinafikan bahawa faktor penjagaan dan kebajikan anak
menjadi penentu ke atas besarnya kadar yang diterima oleh pihak isteri daripada harta
sepencarian.
4.1.6 Keperluan Kewangan, Kewajiban dan Tanggungjawab Masing-masing
Pasangan
Menarik untuk diungkapkan bahawa dalam seksyen 52(8)(i), AMLA juga
mempertimbangkan keperluan, kewajiban dan tanggungjawab kewangan kedua
pasangan yang mungkin dihadapi oleh keduanya di masa yang akan datang.
Pertimbangannya bahawa kedua suami isteri telah menjalani hidup bersama selama
bertahun, bahkan berpuluh tahun dengan segala bebanan dan dugaan yang dihadapi
oleh keduanya. Mereka telah mengabdikan kehidupan mereka kepada keluarga yang
dibina bersama. Maka adalah suatu ketidakadilan di mata Mahkamah, jika setelah
semua sumbangan yang dilakukan oleh masing-masing pasangan, salah satu daripada
mereka tidak mendapatkan bekalan kewangan yang secukupnya untuk mengharungi
kehidupan di masa tua, sementara pasangannya telah berjaya mengumpulkan aset
yang mencukupi atau bahkan lebih untuk menyara masa tuanya.
Dalam kes antara Saleh lawan Zainun,52 Mahkamah menilai bahawa pihak
suami adalah seorang yang mempunyai kedudukan kewangan yang sangat mantap
dengan wang CPF yang mencukupi dan keuntungan daripada pelaburan dan
perniagaan yang sedang dijalankannya terus diperolehinya. Sementara itu, keadaan
52 Mohamed Saleh bin Mohamed Shah lawan Zainun, LRS No. 17/2001.
189
kewangan dan kerjaya pihak isteri sangat jauh berbeza. Pihak isteri tidak mempunyai
keupayaan dan kemahiran yang mencukupi baginya untuk mengharungi cabaran dan
bebanan masa depan. Dengan umur yang sudah mencecah 45 tahun; tidak mahir
dalam Bahasa Inggeris; tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan sijil kemahiran
pekerja. Keadaan ini menjadikan kehidupannya selepas berpisah dengan suaminya
akan menjadi sangat berat. Lebih daripada 20 tahun umurnya dihabiskan berkhidmat
kepada keluarganya. Jika diandaikan bahawa pihak isteri tidak berumahtangga,
mungkin dia boleh meningkatkan diri dan membina kerjayanya sendiri. Keadaan
kewangan dan kemahirannya tidak akan seteruk ini. Tanpa pendidikan dan kemahiran
yang diperlukan oleh pasaran kerja, dia akan kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan
yang boleh menyara kehidupannya di masa hadapan.
Keperluan kewangan, kewajiban dan tanggungjawab yang akan dijalani oleh
pihak isteri selepas perceraian menjadi pertimbangan Mahkamah ketika memberikan
pihak isteri 40% daripada harta sepencarian mereka. Dalam kes ini, ada semacam
tanggungjawab moral yang perlu dilaksanakan oleh pihak suami ke atas bekas
isterinya selepas berlakunya perceraian. Tanggungjawab ini berbentuk pemberian
sebahagian aset yang diperoleh oleh pihak suami selama dalam tempoh perkahwinan
kepada pihak isteri.
Kesan kedudukan kewangan salah satu pasangan ke atas kadar bahagian harta
sepencarian juga nampak dalam kes antara Carsten lawan Yasmin.53 Pihak
Mahkamah memberikan 10% kepada pihak isteri daripada harta sepencarian
walaupun perkahwinan antara keduanya hanya 2 tahun dan tiada sumbangan
53 Yasmin Jafar Sultan lawan Carsten Ingo Sebening, LRS No. 33/2001.
190
kewangan dikeluarkan oleh pihak isteri ke atas aset suami. Di antara sebabnya adalah
kedudukan kewangan isteri yang kurang kukuh. Dalam penghakimannya Mahkamah
mendapati bahawa isteri mempunyai $7,892.00 dalam akaun CPFnya. Pihak isteri
juga hanya mempunyai baki $11.50 dalam akaun simpanan banknya. Lembaga
Rayuan juga menolak rayuan pihak suami yang merasakan bahawa 10% yang
berjumlah 40,000.00 terlalu banyak untuk sebuah perhakwinan yang hanya
berlangsung selama dua tahun.
4.2 Faktor-faktor di Luar AMLA
Selain faktor-faktor yang telah dirincikan dalam seksyen 52(8) daripada
AMLA 1999, Mahkamah melihat ada beberapa faktor lain yang dianggap penting dan
ikut mempengaruhi kadar bahagian daripada harta sepencarian suami isteri jika
berlaku perceraian. Faktor-faktor tersebut biasanya berasal daripada salah satu
pasangan suami isteri, seperti sikap tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
masing-masing, atau kelemaham peribadi dan akhlak salah satu pasangan dan yang
lainnya. Ketidaktelusan dalam mendedahkan fakta-fakta yang diperlukan dalam
perbicaraan dan sikap mempersulit proses perbincangan juga ikut berpengaruh dalam
penentuan kadar harta sepencarian.
4.2.1 Punca Perceraian
Dalam kes antara Syed lawan Saniah,54 Mahkamah melihat bahawa perceraian
yang berlaku antara keduanya berpunca daripada kemahuan pihak suami tanpa
didasari sebab-sebab yang munasabah. Mahkamah menilai bahawa pihak isteri telah
menjalankan tugasnya sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak dengan baik. 29 tahun
54 Shed Husin bin Syed Ali lawan Saniah bte Amit, MS No. 19331.
191
usia perkahwinan bukanlah waktu yang pendek bagi sebuah ikatan perkahwinan.
Setelah semua pengorbanan dan khidmat yang diberikan oleh pihak isteri, pihak
suami menceraikannya begitu sahaja tanpa alasan yang munasabah adalah suatu
perbuatan yang bertengangan dengan tujuan institusi rumah tangga Islam.
Perceraian –yang sememangnya ada dalam kuasa suami, bukan untuk
digunakan mengikut hawa nafsu, menceraiakan isteri sesuka hati, meruntuhkan
rumah tangga bila-bila masa yang ia sukai dan menghancurkan masa depan anak-
anak tanpa pertimbangan yang sewajarnya. Oleh itu maka wajar bagi Mahkamah
untuk menjatuhkan denda di atas sikapnya yang tidak bertanggungjawab sebagai
peringatan baginya dan juga orang lain untuk tidak melakukan perkara yang sama.
Dalam kes tersebut, Mahkamah memberikan pihak isteri 60% daripada harta
sepencarian melebihi kadar yang biasa diterima oleh isteri dalam kes-kes yang
seumpama, dan mengurangkan hak suami menjadi 40% kerana pihak suami dianggap
menjadi penyebab ke atas perceraian yang berlaku.
Pendekatan ini juga terlihat dalam kes antara Aminah lawan Jasni.55 Dalam
kes ini, pihak Mahkamah hanya memberikan kepada pihak suami 25% daripada
keuntungan rumah yang dimiliki bersama oleh kedua belah pihak. Pihak isteri
menyebutkan bahawa suaminya telah mencabuli kehormatan anaknya sendiri; dia
juga meninggalkan rumah dan telah mengkhianati ikatan perkahwinan yang telah
dibina lebih dari 10 tahun. Walaupun dalam kes ini, pihak isteri yang telah menuntut
perceraian, tetapi kerana tuntutan ini dikeranakan kesalahan dan kelemahan pihak
suami dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami, maka pihak
Mahkamah mengurangkan bahagian yang sepatutnya diperoleh oleh suami daripada
55 Aminah bte Mohd Tahar lawan Jasni bin Abdullah, MS No. 21280. h. 10.
192
50% kepada 25% sahaja. Pengurangan 25% daripada hak yang sepatutnya diterima
adalah seumpama denda tambahan kerana kesalahan yang dibuatnya dan akibat
daripada sikap yang bertentangan dengan syariat Islam.
2.4.2 Sikap Tidak Telus Dalam Memberikan Keterangan di Mahkamah
Di antara sikap tidak terpuji pasangan suami isteri yang ikut mempengaruhi
kadar bahagian harta sepencarian adalah sikap tidak telus dalam memberikan
keterangan yang diperlukan dalam perbincangan di Mahkamah. Sikap tidak telus
salah satu pihak berkaitan dengan harta dan aset yang dimiliki olehnya telah membuat
pihak Mahkamah kesulitan untuk menilai dan mengambil keputusan yang adil,
sehingga fungsi Mahkamah sebagai tempat untuk mencari keadilan dan penghurai
daripada pertelingkahan antara umat Islam terjejas.
Dalam kes antara Fadzil lawan Aernie,56 pihak suami dianggap telah tidak
berterus terang berkaitan dengan semua aset yang dimikili olehnya. Dengan sikap
tidak telus yang ditunjukkan oleh pihak suami, pihak Mahkamah mungkin tidak dapat
memasukkan beberapa harta yang dimiliki oleh pihak suami ke dalam harta
sepencarian yang patut dibahagi kepada kedua belah pihak. Pihak isteri mengaku
bahawa sikap tidak berterus terang pihak suami telah menghalangnya untuk
mendapatkan bahagian daripada bungalow di Terengganu yang dimiliki oleh
suaminya dan perkongsian pihak suami dalam syarikat Triworth Sdn. Bhd. Pihak
isteri kesulitan untuk mendapatkan bukti-bukti ke atas pemilikan dua aset tersebut,
kerana pihak suami tidak memberikan bekerjasama yang sepatutnya.
56 Abdul Fadzil bin Abdul Kadir lawan Aernie binte Sulaiman, MS No. 25809.
193
Dalam kes ini, Mahkamah Syariah memberikan pihak isteri 25% daripada
harta dan aset yang dimiliki oleh suaminya sebagai bahagian daripada harta
sepencarian. Kemudiannya kedua belah pihak tidak berpuas hati dengan keputusan
tersebut dan keduanya telah merujukkan kes ini kepada Lembaga Rayuan. Pihak
suami merasakan bahawa 25% adalah kadar yang terlalu banyak memandangkan
bahawa pihak isteri tidak memberikan sumbangan kewangan atau langsung ke atas
aset yang dimilikinya. Bagi pihak suami, 15-20% adalah kadar yang munasabah yang
patut diberikan kepada pihak isteri. Dalam masa yang sama pihak isteri merasakan
bahawa 25% adalah terlalu sedikit memandangkan bahawa dia telah banyak
menyumbang ke atas keluarga sepanjang tempoh perkahwinan, bahkan dia telah
menghabiskan kebanyakan wang gajinya sebanyak 195,000.00 untuk nafkah
keluarga. Pihak isteri menilai bahawa sepatutnya dia mendapat kadar 75% dan 25%
untuk suaminya.57
Di Lembaga Rayuan, ketidaktelusan dan sikap menutup-nutupi pihak suami
ke atas harta yang dimiliki olehnya menjadi perhatian khusus. Dokumen-dokumen
yang dibentangkan oleh kedua belah pihak menunjukkan bahawa pihak suami tidak
berterus terang dengan aset yang dimilikinya. Pihak suami dilihat telah gagal
memberikan keterangan yang secukupnya berkaitan dengan nilai terkini ke atas aset-
aset yang dimilikinya, padahal perkara ini boleh dilakukan olehnya jika dia mau
bekerja sama. Sikap suami ini telah merugikan pihak-pihak yang bertikai dalam kes
ini dan Mahkamah tidak dapat menilai secara benar dan tepat nilai harta sepencarian
yang dipertikaikan oleh kedua belah pihak.
57 Abdul Fadzil bin Abdul Kadir lawan Aernie binte Sulaiman, MS No. 25809, h. 7-8.
194
Kelakonan dan sikap tidak telus pihak suami telah merugikan diri sendiri.
Sikap tidak berterus terang dan menyembunyikan fakta-fakta berkaitan dengan aset
yang dimilikinya, telah menunjukkan adanya tanda-tanda bahawa aset sebenar yang
dimiliki oleh pihak suami lebih daripada apa yang telah berjaya diungkapkan dalam
perbincangan. Nilai aset yang dimilikinya juga sudah pasti lebih besar daripada yang
didedahkannya kepada Mahkamah. Dengan sebab itu dan sebab-sebab lain, maka
Mahkamah telah menambah kadar bahagian harta sepencarian pihak isteri daripada
apa yang telah diberikan oleh Mahkamah iaitu 25% kepada 50%.
Konsep menetapkan denda tambahan ke atas kesalahan dan pelanggaran
hukum syara‘ menjadi salah satu ‘illah (sebab) hukum dalam mazhab Syafi‘ī. Sebagai
contoh: Seorang yang minum arak dengan sengaja kemudian dia mabuk, maka segala
perbuatannya dianggap sah, walaupun dia tidak dalam keadaan berakal ketika mabuk.
Jika dia menceraikan isterinya ketika mabuk atau menjual barangnya dengan harga
yang sangat murah, maka kedua perbuatan tersebut dikira dan sah. Orang yang mabuk
tetap mukallaf dan semua perbuatannya diambil kira. Hukuman tambahan ini adalah
untuk menjadikan pelaku jera dan tidak melakukan perbuatannya lagi.58
Pelanggaran ke atas hukum syara‘ juga dapat menghilangkan hak yang
sepatutnya boleh dimilikinya, atau menghalangnya daripada melakukan hak yang
diperbolehkannya. Sebagai contoh, seorang yang bepergian jauh boleh menggunakan
keringanan syara‘. Dia boleh menggabungkan dua sembahyang atau memendekkan
sembahyang daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Tetapi jika tujuan musafir tersebut
untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah swt. maka keringanan menggabungkan
58 Dr. Muşţfā al-Khin (1998), al-Fiqh al-Manhajī. op.cit., j. 2, h. 125-126.
195
dua sembahyang dalam satu waktu atau memendekkan sembahyang tidak dapat
digunakannya lagi. Haknya untuk menggunakan keringanan syara‘ digugurkan kerana
kemaksiatan yang menjadi tujuan perjalanannya.59 Keringanan disyariatkan untuk
digunakan bagi memudahkan melaksanakan amanah Allah dan tugas memakmurkan
dunia. Maka gugurlah keringanan tersebut jika digunakan pada perkara yang
bercanggah dengan syariat Islam.
Jika dikaitkan dengan kadar harta sepencarian suami isteri, maka kesalahan
yang dilakukan oleh salah satu pasangan suami isteri sehingga boleh mengakibatkan
kepada perceraian, perlu menanggung akibat daripada perbuatannya. Pengurangan
kadar bahagian daripada harta sepencarian adalah salah satu akibat yang harus
ditanggungnya. Begitu juga jika salah satu pasangan telah menyulitkan proses
perbincangan dan tidak bekerjasama dalam memberikan semua fakta-fakta yang
mungkin boleh membantu menilai sesebuah kes dengan lebih baik. Perbuatan tidak
telus tersebut boleh mengakibatkan haknya dikurangkan daripada yang semestinya,
kerana ada kemungkinan bahawa ada aset-aset lain yang belum tersentuh oleh
Mahkamah dalam perbincangan. Maka penambahan bahagian kepada pihak yang lagi
satu adalah sebagai pengganti kepada sebahagian aset yang belum terungkap.
59 Dr. Muşţfā al-Khin (1998), al-Fiqh al-Manhajī. op.cit., j. 2, h. 191.