Download - BAB 7- Stok
Bab 7 - Penyelenggaraan Stok
67 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
BAB 7
PENYELENGGARAAN STOK
Penyelenggaraan stok merupakan salah satu ciri penting dalam pengurusan makmal. Sehubungan dengan itu penyediaan daftar stok peralatan dan bahan sains perlu mempunyai butiran yang lengkap dan sistematik bagi tujuan:
memudahkan penyemakan.
menyelaras cara merekod.
mengesan dan mengawal pergerakan.
memudahkan perancangan perolehan.
mengemaskinikan rekod peralatan yang pecah, rosak atau hilang.
Sehubungan itu semua peralatan dan bahan sains yang diterima atau dikeluarkan hendaklah didaftar dan direkodkan berdasarkan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dengan menggunakan borang yang berikut:
Daftar Harta Modal (KEW.PA-2)
Daftar Inventori (KEW.PA-3)
Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4)
Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5)
Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-6)
Senarai Aset (KEW.PA-7) dan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2009 yang melibatkan pengunaan borang yang berikut:
Kad Petak (KEW.PS-4)
Borang Permohonan Stok (KEW.PS-11) 7.1 Definisi Istilah
Stok - barang-barang belum guna dan perlu disimpan untuk tujuan operasi atau penyelenggaraan termasuk bekalan pejabat, ubat-ubatan, alat ganti dan sebagainya.
Stor Unit - stor yang menyimpan dan membekal barang-barang untuk
keperluan jangka pendek atau diguna terus bagi tujuan operasi
Bab 7 - Penyelenggaraan Stok
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 68
dan penyelenggaraan kepada pelanggan akhir termasuk Makmal Sains.
7.2 Pelabelan Aset
7.2.1 Semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melabel, mengecat, emboss bagi menunjukkan tanda Hak Kerajaan Malaysia (HKM) dan nama Kementerian/ Jabatan berkenaan di tempat yang mudah dilihat dan sesuai pada aset berkenaan.
7.2.2 Setiap aset hendaklah ditanda dengan nombor siri pendaftaran. Panduan
menyediakan nombor siri pendaftaran mengikut susunan seperti di bawah:
i. Kod Kementerian =
Berasaskan sistem fail yang dikeluarkan oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan (MAMPU)
ii. Kod Jabatan/Bahagian
iii. Kod Kumpulan Aset sama ada: Harta Modal Inventori
= =
(H) (I)
iv. Tahun Pembelian
v. Nombor Siri = Diwujudkan secara berturutan
7.2.3 Contoh pelabelan Harta Modal dan Inventori di sesebuah sekolah adalah seperti berikut:
Harta Modal : KPM/SMKT A153/H/09/01 Inventori : KPM/SMKT A153/I/09/01-12
Petunjuk:
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysi SMKT - SMK Tambun A153 - A = Negeri Perak, 153 = Kod Sekolah Harian H - Harta Modal I - nventori 09 - Tahun Pembelian 01 - Nombor Siri 01-12 - Nombor Siri 1 hingga 12
7.3 Daftar Harta Modal (KEW. PA-2, KEW. PA-4)
Harta Modal ialah Aset Alih yang harga perolehan asalnya bernilai RM1000.00 dan ke atas setiap satu seperti peralatan/ kelengkapan ICT/ telekomunikasi/ penyiaran/ perubatan, peralatan pejabat/ makmal/ bengkel/ dapur/ sukan atau yang memerlukan penyelenggaraan berjadual tanpa mengira harga perolehan asal.
Semua Harta Modal hendaklah direkod menggunakan borang KEW.PA-2 Daftar Harta Modal (Bahagian A) dan borang KEW.PA-2 Daftar Harta Modal Butir-Butir
Bab 7 - Penyelenggaraan Stok
69 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
Penambahan, Pengantian dan Naiktaraf (Bahagian B), dan seterusnya dikemaskini menggunakan borang KEW.PA-4. Senarai Daftar Harta Modal. Rajah 7.1 dan Jadual 7.1 menunjukkan carta alir dan proses pendaftaran aset alih kerajaan. Contoh pengisian borang KEW. PA-2 dan KEW.PA-4 boleh dirujuk pada muka surat 7, 8 dan 9.
7.4 Daftar Inventori (KEW. PA-3, KEW. PA-5)
Inventori ialah Aset Alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM1000.00 dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual seperti peralatan/kelengkapan ICT/ Telekomunikasi/ Penyiaran/ Perubatan/ Pejabat/Makmal/ Bengkel/ Dapur/ Sukan atau merupakan perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk tanpa mengira harga perolehan asal.
Semua Inventori hendaklah direkod menggunakan borang KEW.PA-3 Daftar Inventori dan seterusnya sentiasa dikemaskini menggunakan borang KEW.PA-5 Senarai Daftar Inventori seperti contoh di muka surat 10 dan 11.
7.5 Daftar Stok Bekalan Pejabat (KEW. PS-4 dan KEW. PS-11)
Semua bekalan pejabat dikategorikan sebagai barangan gunahabis samada ianya barang luak atau pun barang tak luak. Ini termasuklah alat tulis serta kelengkapan pejabat tak luak yang rendah nilainya dan tidak ekonomi untuk dikesan penempatannya secara satu persatu. Contoh barangan luak ialah bahan kimia, kartrij gas, kertas litmus, alat tulis dan lain-lain. Contoh barang tak luak dan kelengkapan pejabat tak luak adalah tabung uji, selindar bersenggat, botol spesimen, gunting, pembaris, pen drive, gunting dan lain-lain.
Semua stok yang diterima hendaklah direkodkan dengan menggunakan pen dakwat merah dan pengeluaran direkodkan dengan pen dakwat hitam atau biru di Kad Kawalan Stok (Stor Pusat dan Stor Utama sahaja) dan Kad Petak KEW.PS-4 (Stor Pusat dan Stor Utama dan Stor Unit). Satu Kad Kawalan Stok dan Kad Petak digunakan untuk merekod satu item stok dengan menggunakan nombor kad yang berturutan.
Semua kad perlu dikemaskini setiap kali transaksi penerimaan dan pengeluaran berlaku. Kad-kad ini boleh dicetak sendiri dengan menggunakan warna putih untuk Kad Kawalan Stok, warna hijau untuk Kad Petak dan warna merah jambu untuk stok bertarikh luput.
Bagi tujuan permohonan stok, semua pesanan kepada Stor Unit hendaklah menggunakan Borang KEW.PS-11 Permohonan Stok dalam dua salinan dengan salah satu daripadanya diserahkan kepada Stor Unit untuk diproses.
Carta alir pengurusan Daftar Stok Bekalan Pejabat dan contoh pengisian borang KEW. PS-4 dan KEW.PS-11 boleh dirujuk di muka surat 14, 15, 16.
Bab 7 - Penyelenggaraan Stok
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 70
7.6 Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW. PA-6)
Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori bertujuan untuk merekod sebarang pergerakan Harta Modal atau Inventori sama ada melalui pinjaman mahupun penempatan secara sementara.
Daftar ini disediakan dalam bentuk buku Daftar Pergerakan Harta Modal/ Inventori KEW.PA-6 (Rujuk contoh di muka surat 12).
7.7 Senarai Aset di Lokasi (KEW. PA-7)
7.7.1. Senarai aset mengikut lokasi aset itu ditempatkan hendaklah disediakan oleh pegawai aset menggunakan KEW.PA-7 dalam dua salinan (rujuk muka surat 13).
7.7.2. Satu salinan senarai tersebut hendaklah disimpan oleh pegawai aset
manakala satu salinan lagi disimpan oleh pegawai yang bertanggungjawab.
7.7.3. Senarai tersebut juga hendaklah dikemaskini dari semasa ke semasa apabila terdapat perubahan kuantiti, lokasi atau pegawai bertanggungjawab.
7.8 Kaedah Penyimpanan Kad Daftar
7.8.1. KEW.PA-2 dan KEW.PA-3 hendaklah disimpan dalam fail kulit keras di dalam kabinet berkunci.
7.8.2. Buku KEW.PA-6 hendaklah disimpan di dalam kabinet berkunci dan;
7.8.3. Daftar asal disimpan oleh pegawai aset dan salinan disimpan di lokasi.
7.9 Kaedah Penempatan Kad Petak
7.9.1 Kad Petak hendaklah ditempatkan bersama stok. 7.9.2 Kad Petak bagi stok bahan-bahan kimia, mudah terbakar dan stok yang
disimpan di ruang sejuk beku hendaklah disimpan di tempat yang berasingan.
Bab 7 - Penyelenggaraan Stok
71 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
CARTA ALIR PENDAFTARAN ASET ALIH KERAJAAN Terima aset bersama punca maklumat rekod dalam Buku Rekod Penerimaan
Tentukan kumpulan aset
Sediakan Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) dan Daftar Inventori (KEW.PA-3)
Kemaskini Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4) dan Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5)
Cop pengesahan pendaftaran pada punca maklumat Labelkan nombor siri pendaftaran pada aset Tempatkan aset dilokasi Kemaskini Senarai Aset (KEW.PA-7) Simpan daftar aset
Rajah 7.1
1
2
5
6
4
8
7
9
3
Bab 7 - Penyelenggaraan Stok
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 72
PROSES KERJA PENDAFTARAN ASET ALIH KERAJAAN
Langkah Proses Kerja
1 Terima aset oleh Kementerian/Jabatan/PTJ bersama-sama dengan punca maklumat:
a. Aset yang dibeli:
i. Pesanan kerajaan.
ii. Nota serahan.
iii. Invois.
iv. Dokumen kontrak.
v. Kad jaminan.
vi. Manual pengguna.
vii. Dokumen lain yang berkaitan.
b. Aset sewa beli:
i. Surat ikatan perjanjian.
ii. Dokumen lain yang berkaitan.
c. Aset diterima daripada sumber lain:
i. Salinan daftar jika diterima secara pindahan.
ii. Surat kelulusan menerima hadiah.
iii. Salinan sijil lucuthak.
d. Aset yang belum pernah berdaftar:
i. Maklumat di fizikal aset.
ii. Sumber lain berkaitan.
2 Tentukan kumpulan aset mengikut:
a. Harta modal
b. Inventori
3 Sediakan KEW.PA-2 Daftar Harta Modal dan Daftar Inventori KEW.PA-3 oleh pegawai Aset di Kementerian/Jabatan/PTJ.
4 Kemaskini Senarai Daftar Harta Modal KEW.PA-4 dan Senarai Daftar Inventori KEW.PA-5. Senarai daftar ini hendaklah dikemukakan seperti berikut:
a. Jika senarai disediakan oleh PTJ, kemukakan kepada Jabatan/Ibu Pejabat,
b. Jika senarai disediakan oleh Jabatan/Ibu Pejabat, kemukakan kepada kementerian.
5 Cop pengesahan pendaftaran hendaklah dibuat ke atas punca maklumat yang berkaitan bagi aset yang telah didaftarkan.
6 Labelkan nombor siri pendaftaran berserta perkataan Hak Kerajaan Malaysia (HKM) pada aset.
7 Tempatkan aset pada lokasi yang telah ditentukan.
8 Kemaskini Senarai Aset (KEW.PA-7).
9 Simpan daftar aset.
JADUAL 7.1
Bab 7 - Penyelenggaraan Stok
73 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
KEW.PA-2 ( No. Siri Pendaftaran: KPM/SMKT A153/MS/H/08/01 )
DAFTAR HARTA MODAL
Kementerian/Jabatan : JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK Bahagian : SMK TAMBUN, IPOH.
BAHAGIAN A
Kod Nasional 153
Kategori Peralatan Makmal
Sub kategori Microscope
Jenis/Jenama/Model Binocular Microscope /Hitotsu/XP 136
Buatan China Harga Perolehan Asal RM1300.00
Jenis dan No. Enjin Tarikh Diterima 22.04.08
No Casis/Siri pembuat 0752312 No. Pesanan Rasmi Kerajaan
215461
No Pendataran (bagi Kenderaan)
Tempoh Jaminan 1 Tahun
KOMPONEN/AKSESORI: 1. Condensor 10X - 1pc 2. Condensor 40X - 1pc 3. Condensor 100X - 1 Pc 4 Eye Piece 10X - 2 pcs
Nama Pembekal Dan Alamat: Perniagaan Usaha Sama, B44, Lorong Sunway 6, Bandar Baru Sunway, 32040 Ipoh, Perak
………………………… Tandatangan Ketua Jabatan Nama: Jawatan: Tarikh : Cop :
PENEMPATAN
Lokasi Makmal Biologi
Tarikh 22.04.08
Nama Pengawai Che Yusuf
Tandatangan
PEMERIKSAAN
Tarikh 12.01.09
Status Aset Sedang digunakan
Nama Pemeriksa Zakaria Awang
Tandatangan
PELUPUSAN/HAPUS KIRA
Rujukan Kelulusan Tarikh Kaedah Pelupusan Tandatangan
Bab 7 - Penyelenggaraan Stok
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 74
KEW.PA-2 DAFTAR HARTA MODAL
BUTIR-BUTIR PENAMBAHAN, PENGGANTIAN DAN NAIKTARAF
BAHAGIAN B
Bil Tarikh Butiran Tempoh Jaminan
Kos (RM) Nama Dan
Tandatangan
1
12.12.07
Tukar Focus Lamp
1 tahun
270.00
Sapiai Chik
Bab 7 - Penyelenggaraan Stok
75 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
KEW.PA-4
SENARAI DAFTAR HARTA MODAL TAHUN 2008
BIL NO. PENDAFTARAN
NAMA ASET TARIKH PENERIMAAN
KOS PEROLEHAN ASAL (RM)
1
KPM/SMKT 153/MS/ H/08/01
Mikroskop Binocular 22.04.08 1300.00
JUMLAH
1300.00
Bab 7 - Penyelenggaraan Stok
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 76
KEW.PA-3
( No. Siri Pendaftaran: KPM/SMKT A153/MS/I/08/14) DAFTAR INVENTORI
Kementerian/Jabatan : JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK Bahagian : SMK TAMBUN, IPOH, PERAK
Kod Nasional 153
Kategori Peralatan Makmal
Sub kategori Generator
Jenis Audio Signal Generator
Harga Perolehan Asal RM750.00
Kuantiti 1 Tarikh Diterima 10.04.2008
Unit Pengukuran Unit No. Pesanan Rasmi Kerajaan dan Tarikh
215532 23.03.08 Tempoh Jaminan 1 Tahun
Nama Pembekal dan Alamat: Saintifik Silika Sdn.Bhd., Lot 9833, Taman Ipoh Timur, 32040 Ipoh, Perak.
…………….........…………… Tandatangan Ketua Jabatan Nama: Jawatan: Tarikh: Cop:
PENEMPATAN
Kuantiti 1 UNIT
No.Siri Pendaftaran KPM/SMKT A153/MS/I/08/14
Lokasi Makmal Fizik
Tarikh 11.04.08
Nama Pengawai Sulaiman Wahab
Tandatangan
PEMERIKSAAN
Tarikh 12.01.09
Status Aset Sedang digunakan
Nama Pemeriksa Zakaria bin Ali
Tandatangan
PELUPUSAN/HAPUS KIRA
Tarikh Rujukan Kaedah Pelupusan Kuantiti Lokasi Tandatangan
Bab 7 - Penyelenggaraan Stok
77 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
KEW PA-5 SENARAI DAFTAR INVENTORI
TAHUN 2008
BIL NO. PENDAFTARAN
NAMA ASET TARIKH PEROLEHAN
KOS PEROLEHAN ASAL (RM)
1 KPM/SMKT A153/MS/I/08/01-02
Audio Signal Generator 27.03.08 RM1500.00
2 KPM/SMKT A153/MS/I/08/03-04
Bernoulli Tube With Stand
04.04.08 RM360.00
3 KPM/SMKT A153/MS/I/08/05-06
Transformer 10.04.08 RM560.00
4 KPM/SMKT A153/MS/I/08/07-08
Dynamic Trolley 15.04.08 RM900.00
5 JKPM/SMKT A153/MS/I/08/09
Model System Hydrolic 15.04.08 RM150.00
6 KPM/SMKT A153/MS/I/08/10-13
Tool Box Kit 15.04.08 RM740.00
7 KPM/SMKT A153/MS/I/08/14
Audio Signal Generator 10.06.08 RM750.00
8 KPM/SMKT A153/MS/I/08/15
Binocular Microscope 10.06.08 RM950.00
JUMLAH
RM 5955.00
Bab 7 - Penyelenggaraan Stok
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 78
KEW. PA-6 DAFTAR PERGERAKAN HARTA MODAL DAN INVENTORI
Jenis : Microscope Cahaya
Pegawai Pengeluar
C A T A T A N
Jenama dan Model : Labomade,USA,MPS22218
No Siri Pembuat : KN437865
No Siri Pendaftaran: KPM/SMKT A153/MS/H//07/03
B I L
Nama Peminjam
Tarikh
TT
Peminjam
Ketika
Dikeluarkan
Ketika
Dipulangkan
Dikeluar kan
Jangka dipulangkan
TT Tarikh TT Tarikh
1
Mohd Ngah
22.08.07
30.08.07
Ngah
22.08.07
30.08.07
2
Mansor Ali
16.09.07
20.09.07
msor
16.09.07
21.09.07
3
Azizah Mohd
22.03.08
30.03.08
azizah
22.03.08
30.03.08
4
Mansor Ali
16.07.08
12..07.08
msor
06.07.08
11.07.08
Bab 7 Penyelenggaraan Stok
79 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
KEW.PA-7 SENARAI ASET ALIH KERAJAAN
BAHAGIAN : SMK TAMBUN, IPOH, PERAK LOKASI : MAKMAL KIMIA
(a) Disediakan oleh : (b) Disahkan oleh : Mohd Kamal Norrias
----------------------------------------- --------------------------------------------------- Tandatangan Tandatangan
Nama : Tn. Hj. Mohd Kamal bin Endut Nama : Nik Norias bt. Megat. Husin Jawatan : Penolong Kanan Pentadbiran Jawatan : Pembantu Makmal
Tarikh : 02.12.2008 Tarikh : 02.12.2008
________________________________________________________________________
Nota:
a. Disediakan oleh Pegawai Aset b. Pegawai yang mengesahkan ialah pegawai yang bertanggungjawab ke atas aset
berkenaan. Contohnya: i. Lokasi bilik Setiausaha Bahagian – disahkan oleh Setiausaha Bahagian. ii. Lokasi bilik mesyuarat – disahkan oleh pegawai yang menguruskan bilik mesyuarat.
c. Dikemaskini apabila terdapat perubahan kuantiti, lokasi atau pegawai bertanggungjawab.
BIL KETERANGAN ASET KUANTITI
1 PH Meter - KPM/SMKT A153 /MS/H/07/01, H/06/01 2 unit
2 Audio Signal Generator – KPM/SMKT A153 /MS/I/07/01-02 2 unit
3 Transformer - KPM/SMKT A153 /MS/I/0704-06 3 unit
4 Drying Rack - KPM/SMKT A153 /MS/I/06/01 1 unit
5 Pelan Laluan Kecemasan Makmal – KPM/SMKT A153 /MS/I/07/03-04
2 unit
6 Komputer Desktop - KPM/SMKT A153 /ICT/H/07/03 1 unit
7 Printer - KPM/SMKT A153 /ICT/I/07/07 1 unit
8 Water Bath Digital – KPM/SMKT A153 /MS/I/06/34 1 unit
9 Meja PT- KPM/SMKT A153 /PRT/I/07/34 1 unit
10 Kerusi PT - KPM/SMKT A153 /PRT/I/07/55 1 unit
Bab 7 - Penyelenggaraan Stok
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 80
CARTA ALIR PENGURUSAN STOK BEKALAN PEJABAT (KEW.PS-4 & KEW.PS-11)
MAKMAL SAINS
Terima peralatan/bahan dari pembekal.
Rekod dalam Buku Rekod Penerimaan Peralatan/Bahan.
Catat penerimaan dalam Kad Petak (KEW.PS-4). (Dakwat Merah)
Isi borang Permohonan Pengeluaran Stok (KEW.PS-11) 2 salinan (pengeluar/pembantu makmal di Lokasi)
Tulis no.permohonan, minta kelulusan Ketua Bidang dan rekod no. Kad Petak pada KEW.PS-11 Catat pengeluaran dalam Kad Petak (KEW.PS-4) (Dakwat hitam/biru) Simpan kad KEW.PS-4 (mengikut jenis & nombor yang berturutan) dan KEW.PS-11 (no. permohonan yang berturutan) dalam fail kulit keras. Isi kad Petak KEW. PS-4 (pembantu makmal di lokasi.) Sebagai stok makmal.
Simpan Kad Petak KEW.PS-4 dalam fail kulit keras. (Asingkan KEW.PS-4, peralatan dan bahan) (Pembantu Makmal di Lokasi) TAMAT
1
3
6
7
4 4
5 5 5
9
8
2
Bab 7 Penyelenggaraan Stok
81 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
KEW.PS-4 No. Kad : 01
KAD PETAK (Tatacara Pengurusan Stor 53)
Kuantiti
Bil Tarikh No.Ruj. BTB atau
No. Ruj. BPPS
Terima
Keluar
Baki
Tandatangan Pegawai Stor
Baki dibawa ke hadapan
1. 22.02.09 215677 20 20
2 23.02.09 0001/09
10 10
3 23.02.09 0003/09
10 -
4 17.03.10 215677 30 30
5 18.03.10 0003/10
20 10
6 18.03.10 0004/10
10 -
Baki dipindahkan ke hadapan
Nota * Diisi oleh Stor Pusat/ Utama sahaja. BTB – Borang Terimaan Barang-Barang (KEW.PS-1) BPPS – Borang Pesanan Pengeluaran Stok (KEW.PS-10/KEW.PS-11)
* Ruj. Kawalan Stok :
Hanya untuk kegunaan stor utama
* Nombor Kod :
Hanya untuk kegunaan stor utama
Perihal Stok :
Ammeter 0-3A
Kumpulan Stok :
Lokasi Stok : Makmal Sains
Bab 7 - Penyelenggaraan Stok
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 82
KEW. PS-11
No.Permohonan:0001/2009 BORANG PERMOHONAN STOK
(Tatacara Pengurusan Stor 143) (Untuk kegunaan di Stor Unit – diisi dalam 2 salinan)
Permohonan
Pegawai Pelulus
Bil Perihal Stok
Kuantiti Dipesan
Kuantiti Diluluskan
Baki Kuantiti Dipesan
Catatan
1 Beaker glass 250ml 10pcs 10pcs
2 Ammeter 0-3A 10 unit 10 unit
3 Test Pen 2 pcs 2 pcs
4 Copper Chloride 1X500g 1X500g
5 Whiteboard Marker 5 btg 5 btg
........................................ (Tandatangan Pemohon) Nama : Sulaiman b.Wahab Jawatan : Pembantu Makmal Ting.1/2 Tarikh : 23.02.09
Kelulusan : Permohonan diluluskan/tidak diluluskan* .................................................. (Tandatangan Pegawai Pelulus) Nama : Kasmani binti Ramli Jawatan : Ketua Bidang Sains Tarikh : 23.02.09
* Sila potong yang berkenaan
Kemaskini Rekod Stok telah dikeluarkan dan direkod Di kad Petak No. AK/01, AR,07,AR/16, BK/,22, AT/3 ............................................. (Tandatangan Pegawai Stor) Nama : Sapiai bin Chik Jawatan : Ketua Pembantu Makmal Tarikh : 23.02.09
Perakuan Penerimaan Disahkan bahawa stok yang diluluskan telah diterima. ........................................ (Tandatangan Pemohon) Nama : Sulaiman bin Wahab Jawatan : Pembantu Makmal Ting 1/2 Tarikh : 23.02.09
Sapiai Sulaiman
Sulaiman
Sulaiman
Kasmani
Bab 7 Penyelenggaraan Stok
83 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
7.10 Rujukan
7.10.1 Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah.
7.10.2 Kementerian Kewangan. 2007. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.
7.10.3 Kementerian Kewangan. 2007. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2009.