BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN.
Pada masa kini, kebanyakkan rakyat Malaysia gemar makan kerepek tidak kira usia
muda dan tua. Antara kerepek yang biasa ada dijual dipasaran adalah kerepek pisang , kerepek
ubi kentang, kerepek bawang dan kerepek ubi keledek. Kebiasaanya untuk penghasilan
kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan
kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk. Ini kerana lain orang
lain cita rasanya , ada yang mungkin suka kepada kerepek pisang yang tebal manakala ada juga
yang suka akan kerepek yang halus atau nipis. Ada juga sesetengah pelanggan yang memilih
pada segi bentuk kerepek seperti bulat , memanjang ataupun beralun.
Disebabkan itu , tercetusnya idea untuk mencipta inovasi baru iaitu mesin pengiris yang
baik dan pelbagai guna. Melalui ciptaan mesin pengiris ini dapat memberikan pelbagai manfaat
terutamanya kepada Industri Kecil Sedarhana (IKS) yang mengeluarkan produk makanan. Ia
dapat membantu industri pemakanan dari segi meningkatkan produktiviti. Hasil daripada
hirisan mesin yang seragam dan dalam kuantiti yang banyak. Mata pisau penghiris juga dapat
dilaraskan dan juga boleh ditukar bentuknya mengikut kehendak syarikat. Dengan itu, ia dapat
menghasilkan pelbagai jenis saiz dan bentuk dengan hanya menggunakan satu mesin sahaja.
Mesin ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik.
1.2 PENYATAAN MASALAH.
Penciptaan mesin ini bertujuan untuk menjaga keselematan sewaktu melakukan kerja penghirisan
jika menggunakan kaedah manual dimannyebabkan kecederaan dan tidak selamat. Jadi , dengan
menggunakan mesin ini yang bergerak secara automatik ia lebih selamat selain juga dapat
menjimatkan tenaga kerja.
Selain itu, permasalahan perlu menggunakan mesin yang berlainan untuk menghasilkan saiz dan
bentuk yang berlainan. Kebiasaannya satu mesin hanya boleh menghasilkan satu bentuk dan
ketebalan yang sama ini kerana mata pemotongannya tidak boleh dilaraskan. Ia juga memakan
perbelanjaan yang tinggi untuk membeli mesin bagi setiap jenis pemotongan yang berbeza.
Tambahan lagi , mesin ini juga dapat menghasilkan produktiviti dalam kuantiti yang banyak dan
berkualiti. Menjaga kualiti bahan sangat lah penting bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan
untuk menjamin keyakinan pelanggan untuk membeli produk kita.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian projek ini adalah untuk :
I. Mereka bentuk sebuah mesin pengirisan yang pelbagai guna dan selamat digunakan.
II. Mencipta mesin pengiris yang mempunyai mata pisau yang boleh ditukar.
III. Menguji dan menganalisa keberhasilan bahan hirisan.
1.4 SKOP KAJIAN.
I. Saiz yang agak besar.
II. Memerlukan penggunaan eletrik.
III. Berat.
IV. Sukar dibawa kemana-mana.
1.5 RUMUSAN BAB
Kesimpulan yang diperolehi daripada pengenalan ini ialah mengenal dan memilih tajuk projek
yang sesuai untuk dilaksanakan dengan baik, terlebih dahulu pemberian idea bersama-sama ahli
kumpulan bagi pemilihan projek yang akan dilaksanakan, kemudian dengan keizinan oleh penyelia
telah bersetuju untuk memilih tajuk “Mesin Penghiris” sebagai tajuk projek yang akan
dilaksanakan dan mendapat pengesahan daripada beliau untuk meneruskan dengan tajuk ini.
Seterusnya, pemilihan projek juga penting supaya tajuk projek yang dipilih dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan tidak akan menimbulkan masalah daripada pemilihan projek ini.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN BAB
Bagi memperjelaskan lagi projek yang telah dihasilkan, di sini disertakantentang reka bentuk, cara binaan
dan kelebihan “Mesin Pengiris” yang dihasilkan berbanding dengan alat yang telah sedia ada di
pasaran pada masa kini.
2.2 KONSEP/TEORI
2.2.1 Sejarah mesin pengiris.
Otto Frederick Rohwedder ( manusia pertama yang mencipta mesin pengiris)
Rajah 2.1: Pencipta pertama mesin Pengiris Roti
Otto Frederick Rohwedder Otto Frederick Rohwedder (7 Julai 1880 - 8 November, 1960) adalah
seorang pencipta Amerika dan jurutera pertama yang mencipta mesin automatik untuk menghiris
roti yang telah digunaan secara komersial. Ia pertama kali digunakan oleh Chillicothe Baking
Company.
Pada tahun 1905, beliau menetap di St. Joseph, Missouri. Selepas tujuh tahun berikutnya dia
Berjaya memperoleh tiga kedai barang kemas dan mula mencipta alat baru dan mesin dengan
keuntungan yang sederhana.
Pada masa itu, semua roti telah dijual keseluruhannya bagi mengekalkan kesegaran. Tetapi
Rohwedder mula mendengar aduan biasa di kalangan suri rumah: roti menghiris membebankan,
memakan masa, dan kadang-kadang berbahaya (keras, roti basi diperlukan pisau sangat tajam).
Pada tahun 1927, dia hendak membina satu lagi mesin roti menghiris - satu lebih baik daripada
satu dekad pertama sebelumnya. Kali ini, dan bukannya menggunakan pin, mesin ketat dibalut roti
dihiris dalam kertas lilin, kedua-duanya untuk mendapatkan kepingan individu dan ia kekal segar.
Setahun kemudian, beliau memfailkan paten untuk "mesin penghirisan roti langkah tunggal," dan
menubuhkan syarikat sendiri, Mac-Roh Sales & Manufacturing, mengikut skala pengeluaran
ciptaannya.
Bagaimana mesin ini bekerja ?
Dua tebing nipis bilah keluli tajam digunakan. Bahagian memotong tepi adalah semua dalam satah
yang sama dan berselang-seli supaya manakala bergerak bilah menaik dan menurun kebawah.
Seperti bilah melalui roti lembut, menutup roti segera di belakang bilah dan disimpan dengan
sempurna. Ini permukaan sempurna muat dengan satu sama lain dan sekali gus mengekalkan
kesegaran roti. "
Mesin besar-besaran telah dipasang di Chillicothe, Missouri di Chillicothe Baking Company, dan,
pada 7 Julai 1928, sebuku pertama roti dihiris secara komersial telah dijual. Roti dihiris, yang
dihasilkan diberikan nama Kleen Maid itu, adalah amat popular.
Jadual 2.1 : Matlumat mesin Penghiris roti.
Nama objek Bread slicer
Tarikh Dicipta 1928
Pembuat Micro Machine Company
Bahan Fizikal Keluli
Ukuran 57 × 38 × 72 Kedalaman.
144.78 cm × 96.52 cm × 182.88 cm.
No. ID 1975.315261.1
Nombor Kesertaan 1975.315261
Rajah Skematik 2.2 : Bahagian operasi mesin pengiris roti
Rajah Skematik 2.3 : Bahagian operasi mesin pengiris roti
Rajah 2.4 : Menunjukkan kesegaran roti selepas melalui pisau pengiris.
2.3 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DI PASARAN.
Spesifikasi rekabentuk di pasaran pada masa kini lebih kepada satu mesin yang complek yang
hanya boleh menghiris dengan satu mata pemotongan. Ianya tidak dipelbagaikan dan hanya
menghasilkan satu jenis hirisan. Seperti mesin-mesin dibawah :-
Mesin Pengiris Pisang yang memiliki body stainless steel sehingga dapat menjaga kualiti produk.
Kegunaan dari mesin ini untuk pengirisan pisang dengan proses cepat dengan menghasilkan
kerepek dengan bentuk dan ukuran yang sama.dalam kuantiti yang banyak.
2.3.1 MESIN PEMOTONGAN PISANG
Rajah 2.5 : Mesin pemotong pisang
Spesifikasi Mesin Pemotong Pisang:
Jenis : PSG-100
Kapasiti : 100-200 kg/jam (bergantung kepada operator)
Dimensi : 63 cm x 66 cm x 84 cm
Listrik : 200 watt
Material : stainless steel
Hasil potongan pisang : bulat dan memanjang
2.3.2 Mesin pengiris bawang.
Rajah 2.6 : Mesin pengiris bawang
Mesin pengiris bawang ini sangat membantu proses pengirisan bawang. Mesin dengan body
stainless steel ini memiliki pisau baja yang tajam, sehingga boleh mengiris bawang dengan hasil
yang baik.
Mesin pengiris bawang ini akan sangat membantu usaha-usaha yang berhubungan dengan proses
pengirisan bawang, misalnya : usaha bawang goreng, dan usaha kulinari lainnya.
Dengan menggunakan mesin ini maka Anda akan mendapatkan beberapa keuntungan,
diantaranya :
1. Proses produksi akan jauh lebih cepat
2. Sangat mudah dalam mengiris bawang
3. Mata sakit pedih pada proses pengirisan bawang manual tidak akan terjadi lagi.
4. Waktu kerja lebih cepat
5. Kos tenaga kerja menurun.
Fungsi mesin : mengiris / merajang bawang dengan ukuran yang sesuai untuk digoreng.
Jenis : PRJ-100 BW
Dimensi : 66x63x88 cm
Kapasiti : 100-150 kg/jam
Listrik : 1/4 HP (200 watt)
Jumlah pisau : 2 buah
Pisau : 3 buah (baja)
Disk : stainless steel
Cover : stainless steel
2.6 RUMUSAN BAB.
Kajian literatur perlulah dikaji terlebih dahulu supaya bahan yang dikaji menepati kajian literatur
yang diingini. Kajian literatur projek ini menunjukkan tentang sejarah mesin pengiris, fungi
komponen , reka bentuk dipasaran dan kajian komponenyang dilakukan untuk mengiris.
Seterusnya kajian literatur projek ini juga menunjukkan ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan
dalam pemilihan suatu kaedah atau pendekatan tertentu.
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Kaedah mereka bentuk atau metodologi merupakan satu kaedah yang diguna pakai dalam
membangunkan atau mereka bentuk sesuatu projek. Metodologi yang digunakan adalah untuk
membantu menghasilkan satu projek yang kreatif dan inovatif untuk mencapai objektif
penghasilan dalam projek pada semester akhir ini. Reka bentuk bagi projek mesin pengiris ini
adalah direka sendiri berdasarkan cadangan dan juga pandangan semua ahli kumpulan serta
selepas perbincangan dan persetujuaan penyelia projek. Rekaan bagi alat ini mengambil kira segala
aspek dan juga mestilah mengikut dan kemudahan pengguna untuk menghasilkan pengirisan yang
baik dan berkualiti. Reka bentuk yang telah kami hasilkan sangatlah selamat digunakan. Selain
daripada itu, projek ini juga senang dan mudah untuk diterangkan kepada pensyarah ketika sesi
pembelajaran dan sesi pengajaran berlangsung. Saiz dan keseimbangan bagi projek ini juga telah
diambil kira untuk mempermudahkan sesi pembelajaran.
3.2 PROSES MEREKA CIPTA
Proses carta alir penyelidikn merupakan sebahagian daripada kerja-kerja yang perlu
dilakukan bagi menghasilkan sesuatu projek baru atau pengubahsuaian ke atas sesuatu
projek atau lebih dikenali sebagai proses penambahbaikkan. Antara langkah-langkah
yang perlu dilakukan dalam proses mereka cipta ialah :
i. Mengenalpasti Masalah.
ii. Pencetusan idea mereka cipta.
iii. Rekaan dan pemilihan projek.
iv. Perancangan projek
3.2.1 Mengenalpasti Masalah
Bagi mengenalpasti masalah dalam projek ini ialah melalui beberapa cara seperti masalah yang
dikemukakan oleh penyelia, hasil perbincangan antara ahli kumpulan serta masalah-masalah lain
yang timbul. Masalah boleh juga dikenalpasti melalui kaedah perbincangan dan pengalaman.
Kajian dan rujukan yang telah didapati dan diperolehi daripada penyelia, ahli kumpulan dan laman
sesawang yang berkaitan dengan projek ini juga banyak membantu dalam mengatasi dan
mengenalpasti masalah yang akan timbul apabila menghasilkan rekaan projek ini.
3.2.2 Pencetusan Idea Mereka Cipta
Cara penyelesaian yang terbaik akan dibuat sekiranya masalah yang timbul telah dikenalpasti.
Terdapat beberapa cara yang boleh dilaksanakan atau dilakukan bagi mencetus idea mereka cipta.
Pada kebiasaannya, pencetusan idea berlaku apabila terdapat beberapa masalah ataupun kesulitan
untuk kita melakukan sesuatu pekerjaan. Di situlah tercetusnya idea untuk mereka cipta. Melalui
penyelidikan,kajian keperluan dan pemerhatian yang penggunaan sekeliling. Projek yang
dilaksanakan ini bukanlah suatu penghasilan projek yang baru tetapi penambahbaikkan , inovasi
yang diperbaharui dan juga mereka bentuk stuktur yang bahaaru tetapi masih menggunakan teori
yang sama. Pencetusan idea ini sebenarnya berdasarkan masalah yang diambil semasa proses
pemerhatian dan penyelidikkan.
3.2.3 Pemilihan Projek
Di dalam proses pemilihan projek, kriteria dan faktor-faktor tertentu perlu dititikberatkan di
antaranya dari segi pemilihan bahan, kos, dan keselamatan dan juga bahan yang digunakan mesti
bersesuaian dengan produk yang dihasilkan.
3.2.4 Perancangan Projek
Proses bagi membentuk rangka dan teknik pembuatan yang sesuai juga memerlukan ketelitian dan
perancangan yang rapi kerana struktur yang hendak dibuat bersesuaian dengan produk antaranya
mengkaji keperluan peralatan dan bahan yang sesuai, pemilihan bahan yang ekonomi, berkualiti
serta mesra pengguna dan mesra alam. Untuk merancang proses membuat projek ini memerlukan
perancangan yang rapi supaya dapat menepati apa yang dikehendaki di samping dapat
menjimatkan kos supaya tidak terdapat sesuatu perlaksanaan yang salah atau membeli peralatan
berlebihan dalam perlaksanaan projek ini.
3.2.5 Konsep Analisis
Mesin Pengiris merupakan projek yang sudah ada di pasaran tetapi ianya sudah ditambah baik
dengan beberapa ciri dan penggunaan yang baru. Kelebihan Mesin Pengiris yang utama ialah dapat
menjimatkan dari semua aspek masa , tenaga kerja dan berbelanjaan untuk membeli mesin yang
berbeza bagi setiap jenis hirisan. Selain menjaga kualiti dan kuantiti bahan yang akan dihasilkan.
Selamat digunakan dan mesra pengguna.
3.3 REKA BENTUK KAJIAN.
3.3.1 Rekabetuk yang pertama.
GAMBAR 3.1 : Mesin Penghiris Manual.
Gamabr 3.1 menunjukkan rekabentuk pertama bahawa rekabentuk tersebut lebih mudah untuk
dipasang. Selain daripada itu, rekabentuknya juga lebih ringan akan tetapi permasalahan yang
dihadapi ialah ia memerlukan pergerakan secara manual.
3.3.2 Rekabentuk Kedua.
Gambar 3.2 : Mesin Penghiris rekabentuk kedua
Gambar 3.2 menunjukkan rekabentuk kedua bahawa rekabentuk tersebut complek dan sedikit
tidak selamat digunakan kerana ia terlalu terdedah. Selain daripada itu, rekabentuknya juga lebih
berat berbanding rekabentuk yang pertama. akan tetapi ianya dapat mengiris dengan kuantiti yang
banyak.
3.3.3 Rekabentuk Ketiga.
Gambar 3.3 : Mesin Penghiris rekabentuk ketiga.
Menunjukkan rekabentuk ketiga bahawa rekabentuk yang tidak memerlukan apa-apa pemasangan
dan lebih selamat digunakan. Selain daripada itu, rekabentuknya juga lebih berat berbanding
rekabentuk sedikit ringan berbanding rekabentuk yang pertama. Dapat menghasilkan hirisan
dengan kuantiti yang banyak.
3.4 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN REKABENTUK
3.4.1 RekaBentuk Pertama
Jadual 3.1 Kelebihan dan Kekurangan Rekabentuk Pertama
Kelebihan Kekurangan
Lebih ringan Penghasilan yang sedikit
Mudah dipasang Memerlukan tenaga manual
3.4.2 RekaBentuk Kedua
Jadual 3.2 Kelebihan dan kekurang RekaBentuk Kedua.
Kelebihan Kekurangan
Tahan lasak Tidak selamat digunakan
Penghasilan hirisan yang banyak Berat
3.4.3 RekaBentuk Ketiga
Jadual 3.3 Kelebihan dan Kekurangan RekaBentuk Ketiga.
Kelebihan Kekurangan
Lebih kuat/kukuh Berat
Tahan lasak Kos Mahal
3.5 CARTA ALIR.
Rajah 3.3 menunjukkan carta alir proses bagi menjayakan projek ini. Selain itu, terdapat juga
beberapa langkah perlu dilakukan dan juga perlu dipatuhi dalam melaksanakan projek yang akan
dijalankan ini. Antara langkahnya adalah seperti dibawah. Seterusnya perlaksanaan projek ini juga
boleh dilihat berdasarkan aktiviti mingguan dalam bentuk carta yang mana telah dilampirkan pada
Lampiran D. Oleh hal yang demikian, dengan adanya penggunaan carta alir ini, catatan aktiviti
bagi menjayakan projek ini dapat dilakukan dengan lancar dan tersusun.
TIDAK BERJAYA
MULA
PENYATAAN MASALAH
IDEA
PENGUBAHSUAIAN
PENYELIDIKAN
PENILAIAN
TAMAT
3.5.1 PENERANGAN CARTA ALIR.
i. MULA
Perbincangan mengenai pemilihan bahan, pembahagian kerja kepada ahli kumpulan dan
sebagainya.
ii. PERNYATAAN MASALAH
Merujuk kepada sesuatu isu/masalah yang memerlukan penyelesaian berpandukan latar
belakang kajian yang diterangkan secara terperinci di bab 1.
iii. PENYELIDIKAN
Merujuk kepada kajian yang dilakukan terhadap projek dan ia diterangkan terperinci di
dalam bab 2.
iv. IDEA
Percambahan idea terhadap projek yang dihasilkan, ia diterangkan secara terperinci di
dalam bab 3.
v. PENGUBAHSUAIAN
Berkaitan pengubahsuaian produk atau menambah baik projek berdasarkan kelemahan
projek untuk menjadikan projek lebih baik, ia diterangkan secara terperinci di dalam bab
3.
vi. PENILAIAN
Melakukan penilaian untuk mendapatkan data yang terhasil melalui analisa projek, ia
diterangkan secara terperinci di dalam bab 4.
vii. TAMAT
Tamat menyiapkan projek.
3.6 PERALATAN, BAHAN DAN KOS.
3.6.1 Peralatan
Alatan bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan projek dan juga semasa proses untuk
membina projek yang dilakukan. Tanpa alat bantuan kerja ini, projek yang dilakukan tidak akan
dapat dibuat dan tidak akan dilakukan dengan sempurna. Antara alatan yang digunakan untuk
membina “ mesin Pengiris”
Jadual 3.5 : Peralatan dan Kegunaan
Peralatan Kegunaan
Vernier Caliper
Digunakan untuk mengukur ketebalan
bahan kerja dan juga digunakan untuk
mengukur diameter lubang pada bahan
kerja.
Mata Gerudi
Digunakan untuk menebuk lubang pada
bahan kerja. Saiz mata gerudi juga
berbeza mengikut saiz lubang yang
hendak dibuat
Kikir
Digunakan untuk mengikir bahan kerja.
Kikir digunakan bagi tujuan mengikir
tempat yang mempunyai lebihan besi
selepas dipotong. Kerja ini dilakukan bagi
tujuan kekemasan projek.
Pita Pengukur
Alat ini digunakan untuk mengukur
sesuatu yang panjang dan jangka Sudut
Spanar
Digunakan untuk mengetatkan bolt dan
nat yang terdapat pada projek.
Cermin Mata Keselamatan
Alat ini digunakan untuk melindungi
mata daripada terkena serpihan yang
terpercik semasa melakukan kerja.
Mesin mencanai
Mesin ini digunakan untuk
mencantumkan sesuatu bahan dengan
bahan yang lain dengan
menggunakan bahan khas seperti logam.
3.7 BAHAN PROJEK
3.7.1 Motor Mesin Basuh
Rajah 3.6 : Motor Mesin Basuh
Merujuk pada rajah 3.5 projek ini menggunakan motor mesin basuh yangmempunyai
nilai torque yang tinggi. Tujuan bagi memillih motor ini adalah keranaprojek ini memerlukan
motor yang mampu untuk mengangkat beban yang berat.Motor mesin basuh ini mempunyai voltan
sebanyak 220v bersamaan kuasa 70w dan 1320 rpm.
3.7.2 Hollow steel
Rajah 3.6 : Hollow steel
Rajah 3.6 menunjukkan besi hollow yang berukuran 66 cm lebar serta 37 cm tinggi hollow steel
ini digunakan untuk membuat rangka badan pada projek ini.
3.7.3 Perspek
Rajah 3. 7: Perspek
Rajah diatas digunakan untuk menutupi bahagian proses pengirisan. Ia membolehkan kita
melihat proses hirisan berlaku dari laur.
3.7.4 Aluminium
Rajah 3.8 : Aluminium
Rajah diatas menunjukkan bahan aluminium diguankan untuk membuat plat pemegang mata
pisau. Ia digunakan kerana bersesuaian untuk bahan makanan.
3.7.5 Mata Pisau bergerigi
Rajah 3.9: Mata Pisau penyagat
Rajah diatas digunakan sebagai mata pergiris bergerigi yang membolehkan hasil
hirisan menjadi beralun. Asalnya ia digunakan pada penyagat makanan akan tetapi
kami mengambil mata pisaunya sahaja untuk dipasang pada plat pengirisan.
3.8 BAHAN DAN KOS
Jadual 3.10 : Senarai Bahan Dan Kos
Bahan Kuantiti Kos
AC Motor mesin basuh 1 RM 52.00
Stainless steel 5 keping ( 40 x 30 cm ) RM 171.00 ( Seunit )
Skru and nat 2kg RM 4.00 ( Sekilo )
Besi Hallow 12 Batang ( 5 x 2 cm ) RM 58.00
Fibre 4 keping RM 51.00
Aluminium 4 keping RM23.50
Perspek 2 keping RM 33.50
Mata pisau bergerigi 1 keping RM4.30
3.9 PROSES MEMBINA
3.9.1 Membuat Lakaran Dan Lukisan Projek
Proses pertama untuk memulakan kerja atau membina projek ialah dengan membuat lakaran bagi
tujuan untuk memudahkan proses atau perlaksanaan seterusnya dan secara tidak langsung dapat
mempermudahkan perlaksanaan kerja dalam membina projek kami ini. Dengan terdapatnya
lakaran atau lukisan ini perbincangan dapat dibuat dengan lebih jelas dan perlaksanaan kerja lebih
teratur dan lebih lancar. Dimensi projek boleh dibuat dan juga dihasilkan. Rajah 3.6 menerangkan
tentang lakaran awal projek ini.
Rajah 3.6 : Lakaran Mesin
Rajah ini menunjukkan lakaran dan lukisan pada mulanya dibuat pada kertas sahaja dan lukisan
tersebut dilakar dengan mengunakan kaedah lukisan kejuruteraan. Lukisan dilakar atau dilukis
dalam bentuk ortografik dan juga isometrik supaya mudah dilihat dan difahami. Ini kerana, projek
boleh dilihat dan difahami dari tiga sudut serentak iaitu pada sudut pandangan atas, hadapan dan
tepi. Lukisan ortografik dan juga isometrik dapat dilihat dengan jelas pada Lampiran A dan
Lampiran B. Selepas proses membuat lukisan asas projek, setiap komponen pada projek dilukis
secara berasingan bagi tujuan untuk memudahkan kerja-kerja dalam melaksanakan dan membina
projek. Seterusnya projek ini terbahagi kepada empat bahagian yang asas. Antara bahagian asas
tersebut adalah bahagian rangka projek, tapak dan landasan, sistem projek dan badan pro2923jek.
3.9.2 Proses Membina Rangka Projek
Gambar 3.7: Lukisan Isometrik
Lukisan atau lakaran bagi setiap bahagian asas tersebut telah dilukis dalam Software Autodesk
Inventor 2016 supaya lakaran atau lukisan tersebut nampak lebih jelas dan menarik. Dalam proses
melakar tersebut ukuran projek ini telah dikeluarkan dan dicatat dengan lebih tepat dan terperinci.
Bahagian ini sangat penting kerana bahagian ini adalah bahagian utama projek ini dan bahagian
ini adalah tempat perlaksanaan atau tempat sistem projek ini diletakkan. Setiap ukuran dan juga
dimensi mestilah tepat supaya tidak berlaku perkara yang dapat menghalang pergerakan sistem
projek ini. Rajah 3.7 menunjukkan tentang rangka projek.
3.9.3 Proses Mengimpal
Gambar 3.8 : Proses Kimpalan
Rajah menunjukkan proses kimpalan dengan meggunakan mesin kimpal Arka. Kimpalan adalah
sesuatu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu
bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan
sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikan sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan
struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan
kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan
(pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri. Proses kimpalan ini
digunakan adalah kerana bahagian yang hendak dikimpal kecil dan juga hasil kimpalan lebih
kemas dari jenis kimpalan yang lain dan jenis kimpalan ini lebih bersesuaian digunakan ke atas
projek ini.
3.9.4 Proses Mencanai
Gambar 3.9 : Proses Mencanai
Rajah menunjukkan proses mencanai. Proses mencanai adalah proses yang dilakukan selepas
proses mengimpal atau menebuk lubang untuk melicinkan permukaan dari kesan tebuk dan kesan
kimpalan yang tidak kemas. Dalam proses melicinkan ini alat yang telah digunakan ialah mesin
canai dan prinsip keselamatan bengkel perlu dipatuhi seperti memakai safety goggle. Tujuan utama
bagi prinsip keselamatan ini adalah supaya sebarang kecederaan teruk dapat dikurangkan atau
dielakkan jika berlakunya kemalangan ketika melakukan kerja mencanai.
3.9.5 Proses pemotongan besi
Gambar 3.10 : Proses Pemotongan Besi
Merujuk rajah proses memotong adalah proses untuk memotong besi Square Hollow Bar
mengikut ukuran yang ditetapkan dalam lakaran Software Autodesk Inventor 2016 untuk dijadikan
sebagai rangka utama bagi projek ini. Dalam melaksanakan projek ini beberapa prinsip-prinsip
keselamatan bengkel seperti memakai penghadang muka dan ruang kerja yang selesa telah
diterapkan.
3.10 Evaluation
Kaedah yang ditunjukkan adalah kaedah untuk menggunakan produk “ Mesin Pengiris”
i Langkah pertama dalam menggunakan mesin pengiris ialah masukkan kentang atau
pisang kedalam lubang hirisan yang telah disediakan.
ii Susunkan kentang atau pisang didalam mesin dengan kemas dan teratur.
iii Jika sudah pastikan semua selamat boleh menghidupkan suiz
iv Biarkan mesin menghiris bahan hirisan sehingga semuanya selesai.
v Apabila sudah selesai mengiris matikan suis mesin.
vi Keluarkan barang hirisan
3.11 RUMUSAN BAB
Metodologi kajian perlulah dikaji terlebih dahulu supaya kajian yang dikaji mendapat metodologi
kajian yang diingini. Metodologi projek ini menunjukkan kaedah atau pendekatan atau kerangka
yang digunakan di dalam penyelesaian projek ini. Kajian metodologi menunjukkan kaedah dan
pendekatan yang digunakan seperti kaedah pengumpulan data, model, carta alir, membuat
pemilihan idea, pemilihan kaedah, dan bahan yang terbaik. Selain itu, 3membuat perubahan
rekabentuk, ataupun sistem dan juga membuat pengujian pada bahan projek. Seterusnya, kajian
metodologi projek ini juga menunjukkan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam
pemilihan sesuatu kaedah atau pendekatan tertentu