bab 1 pengenalan - bab... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. bagi sesebuah syarikat...

33
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Pada masa kini, kebanyakkan rakyat Malaysia gemar makan kerepek tidak kira usia muda dan tua. Antara kerepek yang biasa ada dijual dipasaran adalah kerepek pisang , kerepek ubi kentang, kerepek bawang dan kerepek ubi keledek. Kebiasaanya untuk penghasilan kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk. Ini kerana lain orang lain cita rasanya , ada yang mungkin suka kepada kerepek pisang yang tebal manakala ada juga yang suka akan kerepek yang halus atau nipis. Ada juga sesetengah pelanggan yang memilih pada segi bentuk kerepek seperti bulat , memanjang ataupun beralun. Disebabkan itu , tercetusnya idea untuk mencipta inovasi baru iaitu mesin pengiris yang baik dan pelbagai guna. Melalui ciptaan mesin pengiris ini dapat memberikan pelbagai manfaat terutamanya kepada Industri Kecil Sedarhana (IKS) yang mengeluarkan produk makanan. Ia dapat membantu industri pemakanan dari segi meningkatkan produktiviti. Hasil daripada hirisan mesin yang seragam dan dalam kuantiti yang banyak. Mata pisau penghiris juga dapat dilaraskan dan juga boleh ditukar bentuknya mengikut kehendak syarikat. Dengan itu, ia dapat menghasilkan pelbagai jenis saiz dan bentuk dengan hanya menggunakan satu mesin sahaja. Mesin ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik.

Upload: others

Post on 14-Aug-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN.

Pada masa kini, kebanyakkan rakyat Malaysia gemar makan kerepek tidak kira usia

muda dan tua. Antara kerepek yang biasa ada dijual dipasaran adalah kerepek pisang , kerepek

ubi kentang, kerepek bawang dan kerepek ubi keledek. Kebiasaanya untuk penghasilan

kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan

kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk. Ini kerana lain orang

lain cita rasanya , ada yang mungkin suka kepada kerepek pisang yang tebal manakala ada juga

yang suka akan kerepek yang halus atau nipis. Ada juga sesetengah pelanggan yang memilih

pada segi bentuk kerepek seperti bulat , memanjang ataupun beralun.

Disebabkan itu , tercetusnya idea untuk mencipta inovasi baru iaitu mesin pengiris yang

baik dan pelbagai guna. Melalui ciptaan mesin pengiris ini dapat memberikan pelbagai manfaat

terutamanya kepada Industri Kecil Sedarhana (IKS) yang mengeluarkan produk makanan. Ia

dapat membantu industri pemakanan dari segi meningkatkan produktiviti. Hasil daripada

hirisan mesin yang seragam dan dalam kuantiti yang banyak. Mata pisau penghiris juga dapat

dilaraskan dan juga boleh ditukar bentuknya mengikut kehendak syarikat. Dengan itu, ia dapat

menghasilkan pelbagai jenis saiz dan bentuk dengan hanya menggunakan satu mesin sahaja.

Mesin ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik.

Page 2: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

1.2 PENYATAAN MASALAH.

Penciptaan mesin ini bertujuan untuk menjaga keselematan sewaktu melakukan kerja penghirisan

jika menggunakan kaedah manual dimannyebabkan kecederaan dan tidak selamat. Jadi , dengan

menggunakan mesin ini yang bergerak secara automatik ia lebih selamat selain juga dapat

menjimatkan tenaga kerja.

Selain itu, permasalahan perlu menggunakan mesin yang berlainan untuk menghasilkan saiz dan

bentuk yang berlainan. Kebiasaannya satu mesin hanya boleh menghasilkan satu bentuk dan

ketebalan yang sama ini kerana mata pemotongannya tidak boleh dilaraskan. Ia juga memakan

perbelanjaan yang tinggi untuk membeli mesin bagi setiap jenis pemotongan yang berbeza.

Tambahan lagi , mesin ini juga dapat menghasilkan produktiviti dalam kuantiti yang banyak dan

berkualiti. Menjaga kualiti bahan sangat lah penting bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan

untuk menjamin keyakinan pelanggan untuk membeli produk kita.

Page 3: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian projek ini adalah untuk :

I. Mereka bentuk sebuah mesin pengirisan yang pelbagai guna dan selamat digunakan.

II. Mencipta mesin pengiris yang mempunyai mata pisau yang boleh ditukar.

III. Menguji dan menganalisa keberhasilan bahan hirisan.

1.4 SKOP KAJIAN.

I. Saiz yang agak besar.

II. Memerlukan penggunaan eletrik.

III. Berat.

IV. Sukar dibawa kemana-mana.

1.5 RUMUSAN BAB

Kesimpulan yang diperolehi daripada pengenalan ini ialah mengenal dan memilih tajuk projek

yang sesuai untuk dilaksanakan dengan baik, terlebih dahulu pemberian idea bersama-sama ahli

kumpulan bagi pemilihan projek yang akan dilaksanakan, kemudian dengan keizinan oleh penyelia

telah bersetuju untuk memilih tajuk “Mesin Penghiris” sebagai tajuk projek yang akan

dilaksanakan dan mendapat pengesahan daripada beliau untuk meneruskan dengan tajuk ini.

Seterusnya, pemilihan projek juga penting supaya tajuk projek yang dipilih dapat dilaksanakan

dengan sempurna dan tidak akan menimbulkan masalah daripada pemilihan projek ini.

Page 4: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN BAB

Bagi memperjelaskan lagi projek yang telah dihasilkan, di sini disertakantentang reka bentuk, cara binaan

dan kelebihan “Mesin Pengiris” yang dihasilkan berbanding dengan alat yang telah sedia ada di

pasaran pada masa kini.

2.2 KONSEP/TEORI

2.2.1 Sejarah mesin pengiris.

Otto Frederick Rohwedder ( manusia pertama yang mencipta mesin pengiris)

Rajah 2.1: Pencipta pertama mesin Pengiris Roti

Otto Frederick Rohwedder Otto Frederick Rohwedder (7 Julai 1880 - 8 November, 1960) adalah

seorang pencipta Amerika dan jurutera pertama yang mencipta mesin automatik untuk menghiris

roti yang telah digunaan secara komersial. Ia pertama kali digunakan oleh Chillicothe Baking

Company.

Page 5: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

Pada tahun 1905, beliau menetap di St. Joseph, Missouri. Selepas tujuh tahun berikutnya dia

Berjaya memperoleh tiga kedai barang kemas dan mula mencipta alat baru dan mesin dengan

keuntungan yang sederhana.

Pada masa itu, semua roti telah dijual keseluruhannya bagi mengekalkan kesegaran. Tetapi

Rohwedder mula mendengar aduan biasa di kalangan suri rumah: roti menghiris membebankan,

memakan masa, dan kadang-kadang berbahaya (keras, roti basi diperlukan pisau sangat tajam).

Pada tahun 1927, dia hendak membina satu lagi mesin roti menghiris - satu lebih baik daripada

satu dekad pertama sebelumnya. Kali ini, dan bukannya menggunakan pin, mesin ketat dibalut roti

dihiris dalam kertas lilin, kedua-duanya untuk mendapatkan kepingan individu dan ia kekal segar.

Setahun kemudian, beliau memfailkan paten untuk "mesin penghirisan roti langkah tunggal," dan

menubuhkan syarikat sendiri, Mac-Roh Sales & Manufacturing, mengikut skala pengeluaran

ciptaannya.

Bagaimana mesin ini bekerja ?

Dua tebing nipis bilah keluli tajam digunakan. Bahagian memotong tepi adalah semua dalam satah

yang sama dan berselang-seli supaya manakala bergerak bilah menaik dan menurun kebawah.

Seperti bilah melalui roti lembut, menutup roti segera di belakang bilah dan disimpan dengan

sempurna. Ini permukaan sempurna muat dengan satu sama lain dan sekali gus mengekalkan

kesegaran roti. "

Mesin besar-besaran telah dipasang di Chillicothe, Missouri di Chillicothe Baking Company, dan,

pada 7 Julai 1928, sebuku pertama roti dihiris secara komersial telah dijual. Roti dihiris, yang

dihasilkan diberikan nama Kleen Maid itu, adalah amat popular.

Page 6: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

Jadual 2.1 : Matlumat mesin Penghiris roti.

Nama objek Bread slicer

Tarikh Dicipta 1928

Pembuat Micro Machine Company

Bahan Fizikal Keluli

Ukuran 57 × 38 × 72 Kedalaman.

144.78 cm × 96.52 cm × 182.88 cm.

No. ID 1975.315261.1

Nombor Kesertaan 1975.315261

Rajah Skematik 2.2 : Bahagian operasi mesin pengiris roti

Page 7: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

Rajah Skematik 2.3 : Bahagian operasi mesin pengiris roti

Rajah 2.4 : Menunjukkan kesegaran roti selepas melalui pisau pengiris.

Page 8: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

2.3 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DI PASARAN.

Spesifikasi rekabentuk di pasaran pada masa kini lebih kepada satu mesin yang complek yang

hanya boleh menghiris dengan satu mata pemotongan. Ianya tidak dipelbagaikan dan hanya

menghasilkan satu jenis hirisan. Seperti mesin-mesin dibawah :-

Mesin Pengiris Pisang yang memiliki body stainless steel sehingga dapat menjaga kualiti produk.

Kegunaan dari mesin ini untuk pengirisan pisang dengan proses cepat dengan menghasilkan

kerepek dengan bentuk dan ukuran yang sama.dalam kuantiti yang banyak.

2.3.1 MESIN PEMOTONGAN PISANG

Rajah 2.5 : Mesin pemotong pisang

Spesifikasi Mesin Pemotong Pisang:

Jenis : PSG-100

Kapasiti : 100-200 kg/jam (bergantung kepada operator)

Dimensi : 63 cm x 66 cm x 84 cm

Listrik : 200 watt

Material : stainless steel

Hasil potongan pisang : bulat dan memanjang

2.3.2 Mesin pengiris bawang.

Page 9: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

Rajah 2.6 : Mesin pengiris bawang

Mesin pengiris bawang ini sangat membantu proses pengirisan bawang. Mesin dengan body

stainless steel ini memiliki pisau baja yang tajam, sehingga boleh mengiris bawang dengan hasil

yang baik.

Mesin pengiris bawang ini akan sangat membantu usaha-usaha yang berhubungan dengan proses

pengirisan bawang, misalnya : usaha bawang goreng, dan usaha kulinari lainnya.

Dengan menggunakan mesin ini maka Anda akan mendapatkan beberapa keuntungan,

diantaranya :

1. Proses produksi akan jauh lebih cepat

2. Sangat mudah dalam mengiris bawang

3. Mata sakit pedih pada proses pengirisan bawang manual tidak akan terjadi lagi.

4. Waktu kerja lebih cepat

5. Kos tenaga kerja menurun.

Fungsi mesin : mengiris / merajang bawang dengan ukuran yang sesuai untuk digoreng.

Jenis : PRJ-100 BW

Dimensi : 66x63x88 cm

Kapasiti : 100-150 kg/jam

Listrik : 1/4 HP (200 watt)

Jumlah pisau : 2 buah

Pisau : 3 buah (baja)

Disk : stainless steel

Cover : stainless steel

Page 10: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

2.6 RUMUSAN BAB.

Kajian literatur perlulah dikaji terlebih dahulu supaya bahan yang dikaji menepati kajian literatur

yang diingini. Kajian literatur projek ini menunjukkan tentang sejarah mesin pengiris, fungi

komponen , reka bentuk dipasaran dan kajian komponenyang dilakukan untuk mengiris.

Seterusnya kajian literatur projek ini juga menunjukkan ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan

dalam pemilihan suatu kaedah atau pendekatan tertentu.

Page 11: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Kaedah mereka bentuk atau metodologi merupakan satu kaedah yang diguna pakai dalam

membangunkan atau mereka bentuk sesuatu projek. Metodologi yang digunakan adalah untuk

membantu menghasilkan satu projek yang kreatif dan inovatif untuk mencapai objektif

penghasilan dalam projek pada semester akhir ini. Reka bentuk bagi projek mesin pengiris ini

adalah direka sendiri berdasarkan cadangan dan juga pandangan semua ahli kumpulan serta

selepas perbincangan dan persetujuaan penyelia projek. Rekaan bagi alat ini mengambil kira segala

aspek dan juga mestilah mengikut dan kemudahan pengguna untuk menghasilkan pengirisan yang

baik dan berkualiti. Reka bentuk yang telah kami hasilkan sangatlah selamat digunakan. Selain

daripada itu, projek ini juga senang dan mudah untuk diterangkan kepada pensyarah ketika sesi

pembelajaran dan sesi pengajaran berlangsung. Saiz dan keseimbangan bagi projek ini juga telah

diambil kira untuk mempermudahkan sesi pembelajaran.

3.2 PROSES MEREKA CIPTA

Proses carta alir penyelidikn merupakan sebahagian daripada kerja-kerja yang perlu

dilakukan bagi menghasilkan sesuatu projek baru atau pengubahsuaian ke atas sesuatu

projek atau lebih dikenali sebagai proses penambahbaikkan. Antara langkah-langkah

yang perlu dilakukan dalam proses mereka cipta ialah :

i. Mengenalpasti Masalah.

ii. Pencetusan idea mereka cipta.

iii. Rekaan dan pemilihan projek.

Page 12: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

iv. Perancangan projek

3.2.1 Mengenalpasti Masalah

Bagi mengenalpasti masalah dalam projek ini ialah melalui beberapa cara seperti masalah yang

dikemukakan oleh penyelia, hasil perbincangan antara ahli kumpulan serta masalah-masalah lain

yang timbul. Masalah boleh juga dikenalpasti melalui kaedah perbincangan dan pengalaman.

Kajian dan rujukan yang telah didapati dan diperolehi daripada penyelia, ahli kumpulan dan laman

sesawang yang berkaitan dengan projek ini juga banyak membantu dalam mengatasi dan

mengenalpasti masalah yang akan timbul apabila menghasilkan rekaan projek ini.

3.2.2 Pencetusan Idea Mereka Cipta

Cara penyelesaian yang terbaik akan dibuat sekiranya masalah yang timbul telah dikenalpasti.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilaksanakan atau dilakukan bagi mencetus idea mereka cipta.

Pada kebiasaannya, pencetusan idea berlaku apabila terdapat beberapa masalah ataupun kesulitan

untuk kita melakukan sesuatu pekerjaan. Di situlah tercetusnya idea untuk mereka cipta. Melalui

penyelidikan,kajian keperluan dan pemerhatian yang penggunaan sekeliling. Projek yang

dilaksanakan ini bukanlah suatu penghasilan projek yang baru tetapi penambahbaikkan , inovasi

yang diperbaharui dan juga mereka bentuk stuktur yang bahaaru tetapi masih menggunakan teori

yang sama. Pencetusan idea ini sebenarnya berdasarkan masalah yang diambil semasa proses

pemerhatian dan penyelidikkan.

3.2.3 Pemilihan Projek

Di dalam proses pemilihan projek, kriteria dan faktor-faktor tertentu perlu dititikberatkan di

antaranya dari segi pemilihan bahan, kos, dan keselamatan dan juga bahan yang digunakan mesti

bersesuaian dengan produk yang dihasilkan.

Page 13: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.2.4 Perancangan Projek

Proses bagi membentuk rangka dan teknik pembuatan yang sesuai juga memerlukan ketelitian dan

perancangan yang rapi kerana struktur yang hendak dibuat bersesuaian dengan produk antaranya

mengkaji keperluan peralatan dan bahan yang sesuai, pemilihan bahan yang ekonomi, berkualiti

serta mesra pengguna dan mesra alam. Untuk merancang proses membuat projek ini memerlukan

perancangan yang rapi supaya dapat menepati apa yang dikehendaki di samping dapat

menjimatkan kos supaya tidak terdapat sesuatu perlaksanaan yang salah atau membeli peralatan

berlebihan dalam perlaksanaan projek ini.

3.2.5 Konsep Analisis

Mesin Pengiris merupakan projek yang sudah ada di pasaran tetapi ianya sudah ditambah baik

dengan beberapa ciri dan penggunaan yang baru. Kelebihan Mesin Pengiris yang utama ialah dapat

menjimatkan dari semua aspek masa , tenaga kerja dan berbelanjaan untuk membeli mesin yang

berbeza bagi setiap jenis hirisan. Selain menjaga kualiti dan kuantiti bahan yang akan dihasilkan.

Selamat digunakan dan mesra pengguna.

Page 14: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.3 REKA BENTUK KAJIAN.

3.3.1 Rekabetuk yang pertama.

GAMBAR 3.1 : Mesin Penghiris Manual.

Gamabr 3.1 menunjukkan rekabentuk pertama bahawa rekabentuk tersebut lebih mudah untuk

dipasang. Selain daripada itu, rekabentuknya juga lebih ringan akan tetapi permasalahan yang

dihadapi ialah ia memerlukan pergerakan secara manual.

Page 15: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.3.2 Rekabentuk Kedua.

Gambar 3.2 : Mesin Penghiris rekabentuk kedua

Gambar 3.2 menunjukkan rekabentuk kedua bahawa rekabentuk tersebut complek dan sedikit

tidak selamat digunakan kerana ia terlalu terdedah. Selain daripada itu, rekabentuknya juga lebih

berat berbanding rekabentuk yang pertama. akan tetapi ianya dapat mengiris dengan kuantiti yang

banyak.

Page 16: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.3.3 Rekabentuk Ketiga.

Gambar 3.3 : Mesin Penghiris rekabentuk ketiga.

Menunjukkan rekabentuk ketiga bahawa rekabentuk yang tidak memerlukan apa-apa pemasangan

dan lebih selamat digunakan. Selain daripada itu, rekabentuknya juga lebih berat berbanding

rekabentuk sedikit ringan berbanding rekabentuk yang pertama. Dapat menghasilkan hirisan

dengan kuantiti yang banyak.

Page 17: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.4 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN REKABENTUK

3.4.1 RekaBentuk Pertama

Jadual 3.1 Kelebihan dan Kekurangan Rekabentuk Pertama

Kelebihan Kekurangan

Lebih ringan Penghasilan yang sedikit

Mudah dipasang Memerlukan tenaga manual

3.4.2 RekaBentuk Kedua

Jadual 3.2 Kelebihan dan kekurang RekaBentuk Kedua.

Kelebihan Kekurangan

Tahan lasak Tidak selamat digunakan

Penghasilan hirisan yang banyak Berat

3.4.3 RekaBentuk Ketiga

Jadual 3.3 Kelebihan dan Kekurangan RekaBentuk Ketiga.

Kelebihan Kekurangan

Lebih kuat/kukuh Berat

Tahan lasak Kos Mahal

Page 18: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.5 CARTA ALIR.

Rajah 3.3 menunjukkan carta alir proses bagi menjayakan projek ini. Selain itu, terdapat juga

beberapa langkah perlu dilakukan dan juga perlu dipatuhi dalam melaksanakan projek yang akan

dijalankan ini. Antara langkahnya adalah seperti dibawah. Seterusnya perlaksanaan projek ini juga

boleh dilihat berdasarkan aktiviti mingguan dalam bentuk carta yang mana telah dilampirkan pada

Lampiran D. Oleh hal yang demikian, dengan adanya penggunaan carta alir ini, catatan aktiviti

bagi menjayakan projek ini dapat dilakukan dengan lancar dan tersusun.

TIDAK BERJAYA

MULA

PENYATAAN MASALAH

IDEA

PENGUBAHSUAIAN

PENYELIDIKAN

PENILAIAN

TAMAT

Page 19: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.5.1 PENERANGAN CARTA ALIR.

i. MULA

Perbincangan mengenai pemilihan bahan, pembahagian kerja kepada ahli kumpulan dan

sebagainya.

ii. PERNYATAAN MASALAH

Merujuk kepada sesuatu isu/masalah yang memerlukan penyelesaian berpandukan latar

belakang kajian yang diterangkan secara terperinci di bab 1.

iii. PENYELIDIKAN

Merujuk kepada kajian yang dilakukan terhadap projek dan ia diterangkan terperinci di

dalam bab 2.

iv. IDEA

Percambahan idea terhadap projek yang dihasilkan, ia diterangkan secara terperinci di

dalam bab 3.

v. PENGUBAHSUAIAN

Berkaitan pengubahsuaian produk atau menambah baik projek berdasarkan kelemahan

projek untuk menjadikan projek lebih baik, ia diterangkan secara terperinci di dalam bab

3.

vi. PENILAIAN

Melakukan penilaian untuk mendapatkan data yang terhasil melalui analisa projek, ia

diterangkan secara terperinci di dalam bab 4.

vii. TAMAT

Tamat menyiapkan projek.

Page 20: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.6 PERALATAN, BAHAN DAN KOS.

3.6.1 Peralatan

Alatan bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan projek dan juga semasa proses untuk

membina projek yang dilakukan. Tanpa alat bantuan kerja ini, projek yang dilakukan tidak akan

dapat dibuat dan tidak akan dilakukan dengan sempurna. Antara alatan yang digunakan untuk

membina “ mesin Pengiris”

Jadual 3.5 : Peralatan dan Kegunaan

Peralatan Kegunaan

Vernier Caliper

Digunakan untuk mengukur ketebalan

bahan kerja dan juga digunakan untuk

mengukur diameter lubang pada bahan

kerja.

Mata Gerudi

Digunakan untuk menebuk lubang pada

bahan kerja. Saiz mata gerudi juga

berbeza mengikut saiz lubang yang

hendak dibuat

Kikir

Digunakan untuk mengikir bahan kerja.

Kikir digunakan bagi tujuan mengikir

tempat yang mempunyai lebihan besi

selepas dipotong. Kerja ini dilakukan bagi

tujuan kekemasan projek.

Page 21: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

Pita Pengukur

Alat ini digunakan untuk mengukur

sesuatu yang panjang dan jangka Sudut

Spanar

Digunakan untuk mengetatkan bolt dan

nat yang terdapat pada projek.

Cermin Mata Keselamatan

Alat ini digunakan untuk melindungi

mata daripada terkena serpihan yang

terpercik semasa melakukan kerja.

Mesin mencanai

Mesin ini digunakan untuk

mencantumkan sesuatu bahan dengan

bahan yang lain dengan

menggunakan bahan khas seperti logam.

Page 22: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.7 BAHAN PROJEK

3.7.1 Motor Mesin Basuh

Rajah 3.6 : Motor Mesin Basuh

Merujuk pada rajah 3.5 projek ini menggunakan motor mesin basuh yangmempunyai

nilai torque yang tinggi. Tujuan bagi memillih motor ini adalah keranaprojek ini memerlukan

motor yang mampu untuk mengangkat beban yang berat.Motor mesin basuh ini mempunyai voltan

sebanyak 220v bersamaan kuasa 70w dan 1320 rpm.

Page 23: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.7.2 Hollow steel

Rajah 3.6 : Hollow steel

Rajah 3.6 menunjukkan besi hollow yang berukuran 66 cm lebar serta 37 cm tinggi hollow steel

ini digunakan untuk membuat rangka badan pada projek ini.

Page 24: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.7.3 Perspek

Rajah 3. 7: Perspek

Rajah diatas digunakan untuk menutupi bahagian proses pengirisan. Ia membolehkan kita

melihat proses hirisan berlaku dari laur.

Page 25: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.7.4 Aluminium

Rajah 3.8 : Aluminium

Rajah diatas menunjukkan bahan aluminium diguankan untuk membuat plat pemegang mata

pisau. Ia digunakan kerana bersesuaian untuk bahan makanan.

Page 26: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.7.5 Mata Pisau bergerigi

Rajah 3.9: Mata Pisau penyagat

Rajah diatas digunakan sebagai mata pergiris bergerigi yang membolehkan hasil

hirisan menjadi beralun. Asalnya ia digunakan pada penyagat makanan akan tetapi

kami mengambil mata pisaunya sahaja untuk dipasang pada plat pengirisan.

Page 27: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.8 BAHAN DAN KOS

Jadual 3.10 : Senarai Bahan Dan Kos

Bahan Kuantiti Kos

AC Motor mesin basuh 1 RM 52.00

Stainless steel 5 keping ( 40 x 30 cm ) RM 171.00 ( Seunit )

Skru and nat 2kg RM 4.00 ( Sekilo )

Besi Hallow 12 Batang ( 5 x 2 cm ) RM 58.00

Fibre 4 keping RM 51.00

Aluminium 4 keping RM23.50

Perspek 2 keping RM 33.50

Mata pisau bergerigi 1 keping RM4.30

Page 28: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.9 PROSES MEMBINA

3.9.1 Membuat Lakaran Dan Lukisan Projek

Proses pertama untuk memulakan kerja atau membina projek ialah dengan membuat lakaran bagi

tujuan untuk memudahkan proses atau perlaksanaan seterusnya dan secara tidak langsung dapat

mempermudahkan perlaksanaan kerja dalam membina projek kami ini. Dengan terdapatnya

lakaran atau lukisan ini perbincangan dapat dibuat dengan lebih jelas dan perlaksanaan kerja lebih

teratur dan lebih lancar. Dimensi projek boleh dibuat dan juga dihasilkan. Rajah 3.6 menerangkan

tentang lakaran awal projek ini.

Rajah 3.6 : Lakaran Mesin

Rajah ini menunjukkan lakaran dan lukisan pada mulanya dibuat pada kertas sahaja dan lukisan

tersebut dilakar dengan mengunakan kaedah lukisan kejuruteraan. Lukisan dilakar atau dilukis

dalam bentuk ortografik dan juga isometrik supaya mudah dilihat dan difahami. Ini kerana, projek

boleh dilihat dan difahami dari tiga sudut serentak iaitu pada sudut pandangan atas, hadapan dan

tepi. Lukisan ortografik dan juga isometrik dapat dilihat dengan jelas pada Lampiran A dan

Lampiran B. Selepas proses membuat lukisan asas projek, setiap komponen pada projek dilukis

secara berasingan bagi tujuan untuk memudahkan kerja-kerja dalam melaksanakan dan membina

projek. Seterusnya projek ini terbahagi kepada empat bahagian yang asas. Antara bahagian asas

tersebut adalah bahagian rangka projek, tapak dan landasan, sistem projek dan badan pro2923jek.

Page 29: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.9.2 Proses Membina Rangka Projek

Gambar 3.7: Lukisan Isometrik

Lukisan atau lakaran bagi setiap bahagian asas tersebut telah dilukis dalam Software Autodesk

Inventor 2016 supaya lakaran atau lukisan tersebut nampak lebih jelas dan menarik. Dalam proses

melakar tersebut ukuran projek ini telah dikeluarkan dan dicatat dengan lebih tepat dan terperinci.

Bahagian ini sangat penting kerana bahagian ini adalah bahagian utama projek ini dan bahagian

ini adalah tempat perlaksanaan atau tempat sistem projek ini diletakkan. Setiap ukuran dan juga

dimensi mestilah tepat supaya tidak berlaku perkara yang dapat menghalang pergerakan sistem

projek ini. Rajah 3.7 menunjukkan tentang rangka projek.

Page 30: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.9.3 Proses Mengimpal

Gambar 3.8 : Proses Kimpalan

Rajah menunjukkan proses kimpalan dengan meggunakan mesin kimpal Arka. Kimpalan adalah

sesuatu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu

bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan

sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikan sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan

struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan

kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan

(pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri. Proses kimpalan ini

digunakan adalah kerana bahagian yang hendak dikimpal kecil dan juga hasil kimpalan lebih

kemas dari jenis kimpalan yang lain dan jenis kimpalan ini lebih bersesuaian digunakan ke atas

projek ini.

Page 31: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.9.4 Proses Mencanai

Gambar 3.9 : Proses Mencanai

Rajah menunjukkan proses mencanai. Proses mencanai adalah proses yang dilakukan selepas

proses mengimpal atau menebuk lubang untuk melicinkan permukaan dari kesan tebuk dan kesan

kimpalan yang tidak kemas. Dalam proses melicinkan ini alat yang telah digunakan ialah mesin

canai dan prinsip keselamatan bengkel perlu dipatuhi seperti memakai safety goggle. Tujuan utama

bagi prinsip keselamatan ini adalah supaya sebarang kecederaan teruk dapat dikurangkan atau

dielakkan jika berlakunya kemalangan ketika melakukan kerja mencanai.

Page 32: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.9.5 Proses pemotongan besi

Gambar 3.10 : Proses Pemotongan Besi

Merujuk rajah proses memotong adalah proses untuk memotong besi Square Hollow Bar

mengikut ukuran yang ditetapkan dalam lakaran Software Autodesk Inventor 2016 untuk dijadikan

sebagai rangka utama bagi projek ini. Dalam melaksanakan projek ini beberapa prinsip-prinsip

keselamatan bengkel seperti memakai penghadang muka dan ruang kerja yang selesa telah

diterapkan.

Page 33: BAB 1 PENGENALAN - BAB... · kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk

3.10 Evaluation

Kaedah yang ditunjukkan adalah kaedah untuk menggunakan produk “ Mesin Pengiris”

i Langkah pertama dalam menggunakan mesin pengiris ialah masukkan kentang atau

pisang kedalam lubang hirisan yang telah disediakan.

ii Susunkan kentang atau pisang didalam mesin dengan kemas dan teratur.

iii Jika sudah pastikan semua selamat boleh menghidupkan suiz

iv Biarkan mesin menghiris bahan hirisan sehingga semuanya selesai.

v Apabila sudah selesai mengiris matikan suis mesin.

vi Keluarkan barang hirisan

3.11 RUMUSAN BAB

Metodologi kajian perlulah dikaji terlebih dahulu supaya kajian yang dikaji mendapat metodologi

kajian yang diingini. Metodologi projek ini menunjukkan kaedah atau pendekatan atau kerangka

yang digunakan di dalam penyelesaian projek ini. Kajian metodologi menunjukkan kaedah dan

pendekatan yang digunakan seperti kaedah pengumpulan data, model, carta alir, membuat

pemilihan idea, pemilihan kaedah, dan bahan yang terbaik. Selain itu, 3membuat perubahan

rekabentuk, ataupun sistem dan juga membuat pengujian pada bahan projek. Seterusnya, kajian

metodologi projek ini juga menunjukkan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam

pemilihan sesuatu kaedah atau pendekatan tertentu