Download - ASSG. BMM 3104
Zunaida Zainol 770710025546
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-
Nya dapat saya menyiapkan tugasan bagi subjek BMM 3104 Pengajaran
Kemahiran Bahasa Melayu ini dengan selamat. Biarpun pada peringkat awal untuk
menyiapkan tugasan ini saya menghadapi pelbagai kesukaran dan masalah, namun
akhirnya ianya dapat disempurnakan juga, walaupun tidak sebaik yang dipinta.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak
terhingga kepada para pensyarah yang mengajar saya di IPGM Kampus Darulaman.
Terutamanya, khas buat Encik Abdul Manaf bin Ahmad diatas kesudian membantu
dan membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan ini, sukar bagi
saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Biarpun subjek BMM 3104 ini adalah satu subjek yang agak sukar di mana
ianya merupakan satu subjek baru bagi saya, dimana masa di peringkat diploma
dahulu saya tidak pernah mempelajarinya namun dengan teknik dan skill yang
gunakan oleh Encik Abdul Manaf seperti teknik pembentangan dan perbincangan
dapat membantu saya untuk memahami serba sedikit mengenai subjek ini. Ianya
secara tidak langsung dapat membantu saya untuk mengajar murid- murid di sekolah
saya. . Di samping itu juga, ucapan penghargaan terima kasih juga saya rakamkan
buat rakan- rakan sekelas PGSR Pendidikan Khas 2008 , Guru- guru SKDHZ dan
murid- murid PKBP SKDHZ diatas kesudian kalian membantu saya. Bantuan dan
sumbangan kalian amat dihargai. Terima kasih sekali lagi. Sekian, Wasallam.
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 1
Zunaida Zainol 770710025546
PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN LISAN
Apabila kita menyebut lisan kita akan tergambar dua orang atau lebih sedang
bertutur, berinteraksi mahupun berkomunikasi. Walau apapun perkataan atau istilah
yang digunakan namun perlakuan yang terlibat ialah mereka menerima mesej dan
menghasilkan maklumat berdasarkan mesej yang diterima itu tadi. Maksudnya,
kemahiran lisan melibatkan dua komponen lain yang sama penting iaitu kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur. Dengan itu, kita boleh simpulkan sekali lagi
bahawa kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan
mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang
melibatkan aktiviti penghasilan maklumat. Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh
memahami dan memproses maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur
dengan lancar, pastinya dia dapat mengembangkan daya pemikiran dan
pengertiannya terhadap sesuatu perkara atau situasi yang dialaminya ketika itu.
Terdapat dua kemahiran lisan, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
Kemahiran Mendengar
i. Pengenalan
Dalam proses pemerolehan bahasa kita terlebih dahulu terdedah kepada
berbagai-bagai bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa. Dengan itu kita menguasai
bahasa daripada apa yang didengar dan dialami daripada orang-orang yang berada
di sekeliling kita, dan kemudian kita cuba meniru serta menuturkannya berulang
kali. Persekitaran inilah yang menjadi model kepada kita. Jika model itu merupakan
model yang baik iaitu mereka yang menggunakan bahasa yang baik (yang standard),
maka keadaan ini akan menguntungkan kita. Jika sebaliknya, kita akan rugi kerana
memperoleh contoh dan meniru model yang salah.
ii.Jenis Kemahiran Mendengar
Penyataan di atas menyatakan bahawa kemahiran bertutur itu terhasil
daripada proses mendengar. Apakah yang terjadi dalam proses mendengar itu?
Ketika mendengar seseorang itu akan menangkap gabungan bunyi-bunyi bahasa,
dan berasaskan pengetahuan serta pengalamannya, dia akan menghubungkaitkan
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 2
Zunaida Zainol 770710025546
bunyi itu dengan makna. Bunyi yang bermakna itu kemudiannya akan menjadi asas
bagi seseorang itu membuat tindakan. Dengan itu dapat kita simpulkan bahawa
proses mendengar itu melibatkan proses memaham, menghurai dan menilai apa
yang didengar sebelum sesuatu tindakbalas yang sewajarnya perlu dibuat. Terdapat
dua jenis kemahiran mendengar iaitu kemahiran mendengar pasif dan kemahiran
mendengar aktif.
a. Mendengar Pasif
Lazimnya, didalam sesuatu situasi, guru akan menerangkan nama sejenis
pokok dengan menggunakan istilah saintifiknya. Pelajar-pelajarnya berdiam diri
menunjukkan bahawa mereka tidak faham apa yang dikatakan oleh gurunya. Jadi,
apakah yang berlaku dalam proses mendengar ini? Inilah yang dinamakan
mendengar pasif. Mendengar pasif ialah sejenis komunikasi sehala. Murid
mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak balas secara
lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang diterima.
b. Mendengar Aktif
Cuba anda fikirkan,mengapa pelajar-pelajar dalam situasi tertentu pula
menjawab penyataan gurunya? Sebab pelajar-pelajar itu faham apa yang dikatakan
oleh gurunya itu. Inilah yang dikatakan mendengar aktif. Oleh itu, mendengar aktif
melibatkan komunikasi dua hala. Maksudnya, pelajar memberi tindak balas secara
lisan terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau didengar.
c. Peringkat Kemahiran Mendengar dan Memahami
Pada hakikatnya,apabila kita berkata tentang proses, kita tidak dapat lari daripada
sesuatu keadaan yang berlaku secara berperingkat dan mengikut aras-aras tertentu.
Begitulah juga dengan proses kemahiran mendengar ini. Terdapat dua peringkat
kemahiran mendengar yang mempunyai aras rendah dan aras tinggi.
Aras Rendah
· Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci
· Mengenal maklumat khusus
· Mengesan urutan
· Mengenal sebab dan akibat
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 3
Zunaida Zainol 770710025546
· Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi
· Mengenal sikap dan perasaan orang
· Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci
· Mengenal maklumat khusus
· Mengesan urutan
· Mengenal sebab dan akibat
· Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi
Aras Tinggi
· Mengenal isi-isi penting
· Mengenal peranan dan perhubungan yang bercakap
· Mentafsirkan maksud orang yang bercakap
· Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi
· Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar
iv.Aktiviti Kemahiran Mendengar
Contoh aktiviti yang boleh dilakukan
Antara aktiviti-aktivitinya adalah seperti yang terkandung di dalam jadual di bawah:
(a) mengenal dan mengecam
· Mengenal dan mengecam jenis-jenis bunyi.
· Mengecam sebutan baku dan tidak baku dan bunyi kata.
· Mengecam pelbagai jenis nada, intonasi, gaya pengucapan serta sikap penutur
daripada perbualan, lakonan atau drama yang diperdengarkan.
· Mendengar rakaman perbualan, wawancara, cerita dan berita.
· Perbualan melalui telefon.
· Mengenal pasti erti kata-kata.
(b) Membuat inferens
Menerangkan sebab-sebab kejadian sesuatu perkara. Misalnya, jelaskan sebab-
sebab terjadinya tanah runtuh?
(c) Menganalisis maklumat
Mencari makna perkataan berdasarkan konteks dengan merujuk kamus.
(d) Membuat rumusan
Membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara berdasarkan maklumat yang telah
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 4
Zunaida Zainol 770710025546
dianalisis.
(e) Membuat penilaian
Memberi pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara yang didengar atau
dibincangkan.
v. Pembinaan dan Penggunaan Bahan untuk Kemahiran Mendengar
Kita sedia maklum bahawa untuk menarik penumpuan dan minat pelajar-
pelajar untuk mendengar, situasi pembelajaran itu mestilah menarik juga. Di samping
pengajaran guru bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting. Ini
bermaksud, seseorang guru yang masuk ke bilik darjah dengan hanya menggunakan
kata-kata, suara, isyarat (gestures), papan tulis dan papan kapur sahaja, tidak akan
dapat mengembangkan keintelektualan pelajar dengan berkesan. Kenapa tidaknya?
Sebab, pelajar hanya mendengar dan mempelajari sesuatu itu secara abstrak, jauh
dan kabur. Ini tidak memungkinkan berlakunya perkongsian maklumat, idea,
pandangan, sikap dan nilai antara pelajar dengan guru, pelajar dengan pelajar serta
pelajar dengan bahan. Mana mungkin pelajar hanya mendengar sahaja sedangkan
kemahiran bahasa perlu dikuasai dengan yakin melalui visual dan pengalaman.
Dengan itu, sebaiknya, guru bahasa perlu menggunakan alat dan bahan yang
sesuai, menarik dan mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
agar semua deria pelajar dilatih untuk menerima pembelajaran yang berkesan,
khususnya dalam kemahiran mendengar ini. Untuk menyediakan bahan-bahan yang
sesuai, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ia digunakan.
Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah,
membina, menggunakan dan menilai.
Kemahiran Bertutur
i. Pengenalan
Umumnya, kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara
untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan,
serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
spontan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan
tatabahasa yang betul, dan juga berdasarkan konteks yang sesuai. Kesimpulannya,
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 5
Zunaida Zainol 770710025546
pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur membolehkan pelajar menguasai
kemahiran bercakap dengan tenang, dalam gaya (nada, intonasi dan tekanan) yang
betul, lancar dan fasih mengikut situasi dan keperluan.
ii.Jenis Pertuturan
a. Pertuturan Sehala
Pertuturan sehala bolehlah ditakrifkan sebagai penyampaian mesej yang
tidak menerima sebarang maklum balas secara spontan. Pengirim menyampaikan
mesej manakala penerima tidak memberi sebarang maklum balas sesuai secara
spontan. Ciri-cirinya :
· Penyampai aktif
· Penerima pasif
· Tiada maklum balas spontan
· Bahasa jelas dan sesuai
· Keberkesanan komunikasi bergantung kepada penyampai
· Khalayak besar
Jenis-jenis Aktiviti
Taklimat
Pengumuman
Pengucapan Awam
Memberi arahan/panduan
Pengacaraan Majlis
b. Pertuturan Dua Hala
Pertuturan dua hala pula boleh berlaku dalam pelbagai situasi.Apa yang
terjadi ialah satu pihak menyampaikan maklumat dan satu pihak lagi menerima dan
memberi respons kepada pihak penyampai tadi. Komunikasi ini berlaku secara
spontan dalam satu masa dan di tempat yang serupa. Ciri-cirinya ialah penyampai
dan penerima saling berinteraksi, penyampai dan penerima saling bersemuka, dan
ada maklum balas atau tindak balas yang spontan. Jenis-jenis aktiviti dua hala ialah;
· Dialog
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 6
Zunaida Zainol 770710025546
· Forum
· Wawancara / temu bual
· Perbincangan
· Perbahasan
· Mesyuarat
iii. Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur
Pada hakikatnya, bagi mencapai objektif pengajaran bertutur iaitu bertutur
dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa
yang tepat dan sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan di sekolah dan dalam
masyarakat, maka sudah tentulah kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara
berperingkat-peringkat. Dengan itu, mari kita lihat peringkat- peringkat kemahiran
bertutur iaitu peringkat pertuturan rendah dan peringkat pertuturan tinggi.
a. Peringkat Rendah
* Pertuturan tentang hal-hal yang berlaku di sekitar diri dan pengalaman murid
seperti;
· Berbual tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian dengan
menggunakan kata, sebutan dan intonasi, serta nada yang sesuai.
· Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan
pelbagai soalan.
· Menyatakan perasaan secara terus terang dan beradab tentang sesuatu perkara.
b. Peringkat Tinggi
* Pertuturan untuk membuat analisis atau inferens, ramalan, pandangan, dan
justifikasi seperti;
· Mengemukakan pendapat/cadangan yang bernas dalam perbincangan.
· Berunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan mencari kata
sepakat.
· Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan.
· Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu
· Memberi respons peribadi tentang karya sastera
iv. Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 7
Zunaida Zainol 770710025546
Teknik pengajaran boleh direalisasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti-
aktiviti pembelajaran. Sepertimana teknik, terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh
dijalankan semasa mengajar kemahiran bertutur ini.
a. Perbualan
Aktiviti perbualan dijalankan untuk melatih pelajar berbicara dengan
menggunakan kata, intonasi dan nada, ayat dan ungkapan yang sesuai dan betul
semasa berhubung dengan orang lain dalam kehidupan hariannya. Selain daripada
itu ianya juga boleh menyampaikan maksud yang tersurat atau tersirat berdasarkan
bahan yang dikemukakan kepadanya.
b. Memberi Pendapat
Aktiviti memberi pendapat membolehkan pelajar mencetuskan, menghuraikan
dan mengemukakan idea yang bernas dalam perbincangan. Pelajar boleh
mengaitkan pengalaman dan pemerhatian sendiri untuk menyokong pandangan
misalnya tentang kesan perisa yang digunakan dalam makanan terhadap kesihatan.
Pelajar boleh melanjutkan pandangannya seperti memberikan akibat, tujuan atau
sebab- musabab.
c. Simulasi
Teknik simulasi ialah teknik yang memerlukan keadaan atau situasi sosial
yang sebenar. Para pelajar perlu membayangkan keadaan tersebut terlebih dahulu
sebelum melakonkannya dalam situasi tiruan berdasarkan bahan rangsangan yang
disediakan.
d. Main Peranan
Main Peranan ialah teknik pengajaran bahasa yang melibatkan gambaran
pelajar terhadap situasi dan melakonkan peranan yang diberi berdasarkan situasi
tertentu tanpa bantuan skrip. Teknik ini mementingkan interaksi pelajar secara
individu atau kumpulan.
e. Perbincangan
Perbincangan ialah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan. Sewaktu
perbincangan dijalankan, pelajar-pelajar dikehendaki mengambil bahagian aktif untuk
menyatakan pandangan dan pendapat mereka mengenai sesuatu topik.
KEMAHIRAN MEMBACA
Pengenalan
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 8
Zunaida Zainol 770710025546
Secara dasarnya, kebanyakan pengertian yang telah diberi, menyatakan
bacaan menekankan aspek-aspek yang khusus seperti kognitif atau pengamatan
dan peringkat-peringkat bacaan iaitu mod yang berupa bacaan secara nyaring atau
secara senyap. Pengertian ini tidak mampu memberi gambaran yang jelas dan
menyeluruh tentang apa yang terjadi apabila seseorang itu membaca. Oleh itu, cuba
kita bincangkan definisi-definisi ini.
i. Haris dan Sipay (1980:8) menyifatkan proses membaca sebagai satu proses
mendapatkan interpretasi yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau
bertulis.
ii. Kenedy (1981:5) mentafsir proses membaca sebagai keupayaan seseorang untuk
mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau
perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah
diketahui dan seterusnya, berasaskan pengalaman lalu, memahami dan
mengintegrasikan maksudnya.
iii. Smith dan Johnson (1980:4) menganggap proses membaca sebagai satu proses
komunikasi kerana dalam sesebuah perlakuan membaca, berlaku pertukaran idea-
idea di antara penulis dan pembaca. Dengan itu, seseorang itu tidak dikatakan
membaca sekiranya dia tidak berjaya mendapatkan mesej atau apa yang hendak
disampaikan oleh penulis di dalam penulisannya.
Kesimpulannya, kita boleh rumuskan bahawa;
i. Terdapat dua komponen dalam perlakuan membaca iaitu kemahiran
mengenal atau mengecam perkataan-perkataan dan kemahiran
memahami apa yang dibaca;
ii. Aspek yang ditekan dalam proses membaca ialah aspek kepentingan
berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca.
iii. Proses membaca adalah untuk memahami isi, maklumat, penerangan
atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis;
iv. Seseorang pembaca (contohnya, pelajar) akan membawa tujuan,
jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu kepada apa yang
dibacanya.
Dengan itu, dapatlah disimpulkan membaca memerlukan proses pengalihan
maksud dari minda ke minda iaitu pengalihan mesej dari penulis kepada pembaca.
Akan tetapi, sudah tentu ini tidak semudah kita fikirkan kerana kita terpaksa
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 9
Zunaida Zainol 770710025546
meneroka bagaimana kita memperoleh maksud melalui pembacaan dan bagaimana
pembaca serta penulis teks akan memberi sumbangan kepada proses membaca itu
sendiri.
Jenis Bacaan
Pada dasarnya, bacaan terbahagi kepada dua jenis iaitu bacaan mekanis atau
bersuara dan bacaan mentalis atau senyap. Cuba and baca dan fahami penyataan di
bawah ini.
i. Bacaan Mekanis
Umumnya, bacaan mekanis di atas dapat kita simpulkan bahawa membaca mekanis
itu adalah satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap
dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Ini
bermaksud, orang yang membaca itu harus mempunyai kemampuan untuk
memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Oleh yang
demikian, dia terlebih dahulu harus menguasai keterampilan persepsi yang
menglibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya mengenal, dan
memahami kata-kata dengan cepat dan betul. Begitu juga, dia mesti mampu dan
cekap mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya
dengan baik dan lancar. Jadi, berdasarkan penerangan di atas kita sudah faham
bahawa sebab-sebab pelajar tidak dapat membaca dengan lancar, tersekat-sekat
dan berhenti pada tempat yang salah yang akhirnya menjejaskan wacana sesuatu
teks yang dibaca itu adalah kerana mereka tidak cekap menanggap dan memberi
makna kepada kata-kata yang dibacanya. Lantas, mereka tidak dapat membunyi dan
menggayakan kata-kata atau ungkapan yang dibaca itu dengan nada dan intonasi
yang betul mengikut konteks dan wacana teks yang dibacanya itu.
ii. Bacaan Mentalis
Membaca mentalis atau membaca senyap adalah gaya membaca dalam hati yang
merupakan kegiatan membaca yang melibatkan pengaktifan mata dan ingatan
(visual memory). Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh
informasi dan pemahaman. Bacaan senyap ini juga lebih bertepatan dengan
membaca secara perseorangan (personalized reading). Ini menyatakan bahawa
seseorang itu lebih selesa membaca bahan yang sesuai dengan selera dan pilihan
masing-masing. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan individu tersebut
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 10
Zunaida Zainol 770710025546
secara berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca
pula, iaitu yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar mencari, memilih, dan maju
sendiri, program membaca senyap secara perseorangan ini adalah satu strategi
yang amat menarik.
Teknik Bacaan
i. Bacaan pantas
Membaca pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan
dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuaannya menjimatkan masa.
Walaubagaimanapun, kelajuan membaca itu disesuaikan dengan apa yang dibaca
dan tujuan membaca ketika itu. Membaca pantas ini melibatkan pergerakan mata.
Mata bergerak berperingkat-peringkat mengikut urutan baris-baris yang bercetak.
Bagi pembaca yang lemah, mata mereka akan berhenti membaca pada tahap-tahap
tertentu untuk menyerap perkataan atau berundur ke belakang kepada perkataan
yang sebelumnya. Namun, pembaca yang baik akan melakukan perkara yang sama
terutama apabila teks itu sangat sukar difahami. Oleh itu pergerakan mata penting
dalam hubungan dengan kelajuan membaca. Dalam keadaan membaca pantas,
pergerakan mata boleh mempengaruhi kandungan yang dibaca. Oleh yang
demikian, kadar kelajuan membaca itu menentukan maklumat visual yang dapat
diperoleh para pelajar dan ini memperlihatkan tahap keupayaan membaca para
pelajar.
Membaca pantas hanya berlaku melalui bacaan senyap atau membaca dalam
hati. Berbanding dengan bacaan kuat atau bersuara, pelajar sebenarnya
menurunkan keupayaan membaca pada kadar kelajuan bercakap. Ini adalah kerana
sewaktu membaca kuat, pembaca melibatkan pergerakan bibir dan lain-lain alat
pengucapan manusia. Oleh itu, bacaan pantas adalah bacaan senyap yang
melibatkan mental, manakala bacaan kuat pula adalah sebagai latihan bercakap.
ii. Bacaan Intensif
Definisi
·Umumnya, ia merupakan satu jenis bacaan yang dilakukan secara teliti serta
melibatkan proses telaah isi dan bahasa dimana telaah isi melibatkan membaca
untuk memahami, membaca kritis dan membaca idea. Manakala telaah bahasa pula
menumpukan kepada aspek yang berkaitan dengan bahasa.
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 11
Zunaida Zainol 770710025546
KEMAHIRAN MENULIS
Pengenalan
Seperti yang kita semua sedia maklum, menulis merupakan satu proses untuk
menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan kepada
khalayak atau pembaca. Kemahiran menulis mempunyai hubungan yang erat
dengan kemahiran bahasa yang lain. Oleh itu pengajarannya harus dirancang
dengan teliti melalui gabung jalin kemahiran bahasa supaya murid-murid dapat
menyampaikan idea dengan tepat dan berkesan. Kemahiran menulis amat penting
untuk dikuasai kerana penulisan merupakan satu bentuk komunikasi yang penting
dalam kehidupan harian. Di samping itu dalam sistem peperiksaan am di negara ini,
pelajar-pelajar diuji dalam bentuk penulisan.
a) Jenis-jenis Penulisan
Kemahiran tersebut ialah kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran
mentalis (pelahiran)
· Kemahiran Mekanis
Anda perlu ketahui bahawa kemahiran menulis mekanis bertujuan supaya pelajar-
pelajar menguasai kemahiran huruf-huruf kecil dan besar dalam abjad dengan betul
dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.
Anda harus memberi penekanan kepada kepentingan kemahiran ini kerana
kemahiran ini harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat
menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.
Kemahiran Mentalis
Kemahiran menulis mentalis melibatkan proses mental dan lazimnya dikuasai
setelah murid-murid menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Oleh yang
demikian, aktiviti-aktiviti latihan mental boleh anda jalankan untuk membantu pelajar-
pelajar anda menguasai kemahiran ini.
Kemahiran-kemahiran Mengarang
Adakah anda mempunyai bakat sebagai pengarang. Syabas, dan anda boleh
mewariskannya kepada pelajar-pelajar anda! Jika sebaliknya jangan putus asa.
Seseorang itu masih boleh menjadi penulis yang berpotensi jika tahu kemahiran-
kemahiran yang diperlukan dalam penulisan karangan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran menulis karangan, anda harus memberikan penekanan kepada
perkara-perkara berikut:
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 12
Zunaida Zainol 770710025546
· Mengenal pasti audiens
· Mengenal pasti tujuan
· Mengaitkan isi dengan tajuk dan tujuan
· Kemahiran koheran dan kohensi
· Kemahiran pemerengganan
· Aspek kemahiran mekanis
· Mengenal pasti audien
Audien amat penting dalam penulisan karangan. Jika anda tidak mengenali audien,
karangan yang anda tulis tidak mungkin dapat menepati kehendak dan keperluan
mereka. Dalam konteks ini audien ialah rakan-rakan pelajar dan guru-guru yang
akan membaca dan memeriksa karangan tersebut. Dalam pengajaran bahasa, anda
perlu mempelbagaikan pendekatan pengajaran supaya penyampaian pengajaran
dan pembelajaran anda berkesan. Pelajar yang lemah mungkin perlukan bimbingan
yang lebih berbanding dengan pelajar yang lain.
· * Mengenal pasti tujuan
Salah satu faktor yang penting dalam penguasaan kemahiran menulis ialah minat
pelajar-pelajar untuk menulis. Minat menulis dan ditambah pula mempunyai tujuan-
tujuan tertentu, merupakan adunan yang sangat baik untuk menghasilkan penulisan
karangan yang bermutu. Tujuan mengarang:
· - Mengeluarkan idea/pendapat
· - Meluahkan perasaan
· - Mempertahankan hujah
· - Menghasilkan cereka/imiginasi
· - dengan bahasa yang retorik
Berdasarkan tujuan penulisan ini juga anda boleh mengajar pelajar-pelajar,
membuat pemilihan kosa kata yang sesuai dan tatabahasa yang betul. Anda juga
dapat membantu mereka mengolah ayat dengan berkesan, menggunakan format
karangan yang betul dan menggunakan gaya bahasa yang sesuai. Apakah tujuan
anda mengajar pelajar-pelajar anda kemahiran mengarang ?
· Mengaitkan isi dengan tajuk dan tujuan
Pelajar-pelajar anda harus benar-benar memahami tajuk karangan. Tersalah
mentasfsir tajuk akan meyebabkan isi karangan terpesong. Isi karangan harus jelas,
logik relavan dan menarik minat orang yang membaca. Isi harus diolah dan
disampaikan dengan teratur, kemas dan padat. Pemilihan dan pengolahan isi juga
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 13
Zunaida Zainol 770710025546
harus sesuai dengan tujuan penulisan karangan tersebut. Memahami tajuk karangan
dengan tepat dan mengetahui tujuan penulisan, akan dapat membantu kita memilih
teknik- teknik mengarang dan penggunaan kosa kata yang tepat serta format
yang sesuai.
· Koheran dan kohensi
Setiap isi karangan mestilah bersifat koheran iaitu mempunyai pertalian isi
antara satu sama lain. Pertalian antara isi menampakkan satu pola atau keseluruhan
karangan. Penyusunan isi harus mengikut susunan keutamaan tanpa mengabaikan
pertalian antara isi-isi tersebut. Contohnya, jika kita melihat kesan akibat sesuatu
tindakan, kesan itu harus disusun mengikut kesan keutamaan hasil kesan tersebut.
Mungkin kesan ke atas faktor ekonomi menerima akibat yang paling banyak, diikuti
oleh kesan sosial atau politik. Dalam kita mengolah isi karangan, kita akan
menghuraikan kesan terhadap ekonomi terlebih dahulu, diikuti akibat kepada faktor
sosial dan akhirnya kesan terhadap politik. Setiap isi yang ditulis akan
memperlihatkan pertalian kesan antara faktor ekonomi, sosial dan politik akibat
tindakan tersebut. Umpama permainan jisaw, keping-keping kecil yang disusun
dengan betul akan menghasilkan satu gambar yang lengkap dan sempurna.
Kohensi pula merupakan unsur-unsur pertautan idea-idea utama yang didukung
dengan huraian dan bukti, contoh-contoh dan fakta sokongan yang jelas dan bernas
serta mempunyai pertalian dengan pokok persoalan. Setiap penulisan sesuatu
perenggan isi mestilah dalam lengkongan tema yang sama. Pengolahan isi karangan
sedemikian lebih menyakinkan audien dan dapat mengelakkan daripada penulisan si
karangan yang terpesong dan kabur.
· Kemahiran Pemerengganan
Penyusunan pemerengganan penting dalam penulisan karangan. Perenggan
pendahuluan yang sesuai dan menarik hendaklah ditulis terlebih dahulu.
Pemerenganan pendahuluan harus ditulis dengan mengunakan bahasa yang tepat,
padat dan ekonomis. Pendahuluan yang meleret-leret akan membosankan. Isi-isi
penting perlu ditulis dalam perenggan yang berasingan mengikut keutamaan
susunan isi karangan. Setiap perenggan isi perlu padat dan berfokus mengikut tema.
Dalam penulisan karangan, setiap perenggan perlu didahului oleh ayat topik iaitu
ayat yang menggambarkan tema atau isi penting dan disusuli dengan ayatayat
huraian yang menghuraikan idea utama tersebut. Bukti-bukti atau contoh yang
sesuai akan memperkukuh isi-isi karangan. Secara keseluruhannya, setiap
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 14
Zunaida Zainol 770710025546
perenggan dalam sesebuah karangan mesti mempunyai perkaitan antara satu sama
lain.i. Apakah perenggan pendahuluan menarik dan berkaitan dengan tajuk dan
menarik?
ii. Apakah setiap perenggan mengandungi satu isi penting dan isi itu dihuraikan
dengan baik?
iii. Adakah terdapat keseimbangan panjang sesebuah perenggan? Jika sebuah
perenggan itu terlalu panjang bolehkan perenggan itu dipecahkan kepada subtopik?
iv. Jika terdapat perenggan yang pendek berbanding perenggan yang lain, bolehkah
perenggan itu digabungkan berdasarkan tema yang sama?
· - Kemahiran kosa kata, sistem bahasa dan gaya bahasa
Seseorang itu harus menguasai kemahiran sesuatu bahasa untuk memudahkan
penyampaian idea dengan baik dan berkesan. Pemilihan kosa kata yang tepat dan
bersesuaian amat penting dalam menghasilkan. Karangan yang baik. Pengetahuan
tentang sistem bahasa yang merangkumi tatabahasa, ragam bahasa dan gaya
bahasa yang bersesuaian amat perlu untuk menghasilkan sebuah karangan yang
menarik. Anda harus mengambil kira persoalan-persoalan yang berikut untuk melihat
ketepatan penggunaan bahasa anda?
i. Adakah pemilihan kosa kata pelajar-pelajar anda sesuai dan
tepat?
ii. Adakah bahasa yang digunakan oleh pelajar-pelajar anda
menarik, tepat, jelas dan mudah difahami?
iii. Adakah ayat-ayat yang pelajar-pelajar anda gramatis dan
beragam jenis dari segi dan strukturnya?
iv. Adakah penulisan karangan pelajar-pelajar anda lancar?
v. Adakah gaya penulisan pelajar-pelajar anda menarik?
· Kemahiran Aspek Mekanis
Aspek-aspek kemahiran bahasa yang perlu diambil kira semasa
mengajarkan penulisan karangan.
· Tulisan tangan pelajar-pelajar mesti kemas dan mudah dibaca.
· Pastikan pelajar-pelajar anda tidak melakukan kesilapan ejaan.
· Pastikan pelajar-pelajar anda menggunakan tanda baca yang betul.
c. Perancangan Aktiviti-aktiviti Pengajaran Mengarang
· Objektif :
i. Membolehkan pelajar-pelajar melahirkan fikiran dan perasaan
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 15
Zunaida Zainol 770710025546
dalam bentuk penulisan.
ii. Menyuburkan minat suka menulis di kalangan pelajar.
iii. Memperkaya pengetahuan pelajar tentang kosa kata, sistem
bahasa, dan gaya bahasa.
iv. Memperluas pengetahuan, pengalaman, dan meneroka ilmu-ilmu
baru melalui peringkat prapenulisan.
· Peringkat-peringkat Pengajaran Mengarang
Ada 3 tahap penulisan karangan yang perlu anda lalui untuk
menghasilkan karangan yang baik. Berikut ialah tiga tahap penulisan
yang perlu anda lalui untuk menghasilkan karangan yang baik:
Tahap tahap penulisan
Prapenulisan Semasa penulisan Pasca penulisan
Tahap prapenulisan
Tahap prapenulisan ialah proses memahami kehendak tajuk karangan,
mencari, merangka, dan menyusun serta mengolah isi karangan. Anda
haruslah membuat rujukan sama ada melalui media cetak atau media
eletronik untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai bagi mendapatkan
isi karangan yang mantap dan sesuai.
Peringkat Semasa Mengarang
Tahap penulisan bermaksud menulis draf karangan yang merangkumi
perenggan pendahuluan, isi-isi penting dan kesimpulan atau penutup.
Secara umumnya tahap penulisan ini melibatkan aktiviti yang berikut:
i. Membentuk ayat-ayat yang konkrit dan jelas bagi menyampaikan
dan mengolah
PGSR Nov. 2008/PK/MP/BMM 3104 Page 16