Download - Antologi Harga Remaja
Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)
Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak
berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta
masyarakat. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh
sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang terletak
di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Disebabkan itu,
kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatkan masa silam
bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan
Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia
kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik
mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang
mengalami konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang
sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah
membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya, Mir mula beransur pulih daripada
konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu
Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan
beransur pulih.
Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar. Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan
oleh rumah ayahnya akan dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau
sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan
bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada kalanya
bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit
skizofrenia.
Sinopsis
Tema
1. Persoalan kemiskinan para nelayan
Kehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan
rumah dan juga tempoh masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segala-galanya serba
kekurangan.
2. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan
Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan
dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk
bercuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah
beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut.
3. Persoalan keinsafan untuk mendekati ajaran agama.
Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri
kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku.
4. Persoalan kepetingan menjaga alam sekitar
Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai
banyak kepentingan kepada manusia. Oleh itu, Amirah sering membayangkan akan keindahan
pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.
Secara keseluruhannya plot cerpen digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak Amirah yang mengalami tekanan
perasaan. Amirah dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan tinggal
bersama seorang rakan bernama Hakimah.
Persoalan
Plot
(ii) Perkembangan
Amirah sering memikirkan kehidupan ayahnya di kampung yang telah berpindah ke
rumah panjang kerana rumah mereka di tepi pantai akan dirobohkan untuk dijadikan
tempat peranginan. Dia juga sering teringat akan pesanan ayahnya untuk menjaga
pantai daripada sebarang pencemaran. Sahabatnya Hakimah cuba membantu dengan
cara membawanya pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya.
(iii) Konflik
Sikap Amirah semakin berubah kerana fikirannya semakin bercelaru memikirkan
masalah keluarganya.
(iv) Klimaks
Ibu Hakimah menyuruhnya mengajar Amirah mendekati diri Tuhan lalu, Ibu Hakimah
menghadiahkan kain telekung.
(v) Peleraian
Amirah berjanji akan menggunakan kain telekung tersebut. Akhirnya Amirah sembuh
dan kembali seperti biasa.
1. Pemerian
Pengarang memerikan perihal kehidupan ayah Amirah yang bekerja sepanjang hari di
dalam lautan mencari rezeki.
2. Dialog
Perbualan antara Amirah dengan Hakimah membincangkan soal lautan dan juga ombak
yang sering didengari oleh Amirah.
3. Imbas Kembali
Teknik Penceritaan
Mir mengimbas kembali kata-kata ayahnya yang menyuruh dan memesannya agar menjaga
lautan daripada pencemaran.
4. Suspens
Pengarang membiarkan pembaca tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada rumah Mir di
tepi pantai.
5. Monolog Dalaman
Mulut Mir terkumat-kumit mengingati tentang khazanah kehidupan nelayan yang perlu
dijaga untuk kelangsungan ekosistem.
6. Monolog Luaran
Mir mengulangi kata-kata ayahnya tentang apa yang harus dilakukan ketika rumah
kesayangan mereka dirobohkan. “apa yang harus kulakukan?”
Watak Utama
Mir / Amirah
Anak seorang nelayan yang menuntut ilmu di universiti tempatan.
Ibunya telah meninggal dunia ketika dia dilahirkan.
Anak tunggal.
Mengidap penyakit skizofrenia yang menyebabkan Mir menjadi pendiam.
Memiliki rambut yang cantik.
Seorang yang penyayang - Amirah anak yang baik kerana sentiasa memikirkan nasib
dan pesanan ayahnya yang tinggal di rumah panjang.
Watak dan Perwatakan
Suka menyendiri - Amirah mula berubah sikap mengasingkan kerana tekanan
perasaan.
Tabah - Amirah tetap meneruskan pembelajaran walaupun, dihimpit oleh kesusahan
hidup keluarganya.
Watak Sampingan
1. Hakimah
Gadis yang sedang menuntut di universiti tempatan bersama-sama dengan Amirah.
Ibu yang tinggal di kampung.
Sahabat yang baik - Sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan
perasaan.
Prihatin - Membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya.
Penyayang - Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah
kepada ibunya.
2. Ayah
Ayah kepada Amirah.
Bekerja sebagai nelayan.
Sudah tua
Tinggal di rumah panjang di kampung.
Badannya agak kurus.
Kehidupannya miskin - Rumah yang dibina di atas tanah kerajaan akan dirobohkan
untuk pembangunan
Redha dengan takdir Tuhan - Menerima nasib dirinya yang terpaksa berkongsi rumah
panjang kerana rumahnya di tepi akan dirobohkan.
Gigih - Ayah seorang yang kuat semangat untuk terus mencari rezeki di laut bagi
menampung kehidupan dia dengan anaknya.
3. Ibu
Ibu kepada Hakimah
Tinggal di kampung.
Seorang yang baik hati - menghadiahkan Amirah telekung dengan niat agar Amirah
mendekatkan diri dengan Tuhan.
Penyayang - Mendidik anaknya dengan baik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke
luar negara.
Prihatin - Menyedari sahabat Hakimah sakit lalu ibu membantu Amirah agar mendekati
diri dengan Tuhan.
Patuh kepada ajaran agama - Sentiasa mengingati Hakimah agar mengajar Amirah
membaca al-Quran dan mengenali Tuhan yang satu.
Latar Masa
Latar Masa
Waktu Hujan - Ketika itu Amirah kembali teringat kata-kata dan juga pesanan ayahnya.
Hari Sabtu - Hakimah mengajak Amirah berjalan-jalan di kota untuk menenangkan
fikiran.
Latar Tempat
Di laut- tempat ayah Amirah yang menjadi nelayan mencari rezeki.
Latar
Di rumah Hakimah – Hakimah membawa Amirah bercuti juga menceritakan masalah
Amirah.
Di Kampung - Bapa Amirah tinggal di rumah panjang di kampung.
Di Kampus - Tempat Amirah dan Hakimah belajar.
Latar Masyarakat
Masayarakat yang saling sayang menyayang - Amirah menyayangi ayahnya yang
tinggal di kampung.
Masyarakat yang prihatin - Hakimah mengambil berat soal kesihatan sahabatnya
yang mengalami tekanan perasaan.
Masyarakat yang berpendidikan tinggi - Amirah dan Hakimah menuntut di Intitusi
Pendidikan tinggi tempatan.
Masyarakat yang miskin - Ayah amirah mewakili sekumpulan nelayan yang tinggal
di rumah panjang secara berkongsi dan miskin.
Masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama - Ibu Hakimah meminta
Hakimah menghadiahkan telekung agar Amirah kembali kepada Tuhan yang satu.
1. Simile - “Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau Mir”.
2. Sinkope – kau, ku dan tak
3. Repitasi - Berpintal-berpintal dan bergulung-gulung. Berpintal-pintal dan bergulung-gulung.
4. Peribahasa - hati perut.
5. Hiperbola - “Aku bercakap dengan ombak dengan samudera.”
1. Nilai kasih sayang - Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi.
2. Nilai prihatin - Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan
kepadanya.
Gaya Bahasa
Nilai
3. Nilai kesabaran – Hakimah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda
hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan.
4. Nilai rasional - Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan
dirobohkan untuk pembangunan.
5. Nilai patuh kepada agama – Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada
ajaran agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah.
1. Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang
sedang dalam kesusahan.
2. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan
tenang untuk melalui kehidupan seharian.
3. Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar
kita tidak bertindak di luar batasan.
4. Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang
keseorangan di kampung.
5. Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan
memberi pendidikan kepada kita.
1) Jelaskan sebab-sebab berlakunya konflik jiwa kepada watak utama cerpen tersebut.
2) Nyatakan perwatakan Hakimah berserta contoh berdasarkan cerpen tersebut.
Pengajaran
Latihan
1. Sebab-sebab berlakunya konflik jiwa kepada watak utama:
Rumah mereka akan dirobohkan
Ayahnya terpaksa tinggal di rumah panjang berramai-ramai.
Memikirkan soal kehidupan ayahnya yang miskin yang telah kehilangan rumah.
2. Perwatakan Hakimah:
Seorang sahabat yang baik iaitu sentiasa bersedia membatu rakannya yang
mengalami tekanan perasaan.
Seorang prihatin iaitu sanggup membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk
bertemu dengan ibunya.
Seorang yang penyayang contohnya, Hakimah amat baik dengan ibunya dan
sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya.
Jawapan
Cerpen Ibu dan Ceper
(Shahnon Ahmad)
Sinopsis
Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai
Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-
liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam,
Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya
kembali cergas.
Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan
melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung
makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim
kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga
menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun
yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.
Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi
sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh
tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin
dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya
menjaga cucu dan menjaga ibu.
Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir
lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan
isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan
tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.
Tema
Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan
Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai
sumber air kepada tanaman.
Persoalan
1. Persoalan kepentingan air dalam kehidupan.
Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya.
2. Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.
Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah
sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di
dalamnya
3. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam.
Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di
kampungnya.
Plot
Binaan Plot
(i) Permulaan
Aku menerangkan perasaan sayang dan cinta akan Sungai Ceper dan ibu yang
banyak berjasa kepadanya.Aku terkenang akan sungai ini yang jernih ,tenteram,
deras dan menjadi lubuk ikan. Ibu juga seperti Ceper yang aktif bersawah dan
bekerja. Namun, ibu berehat pada waktu malam manakala Ceper sama sahaja pada
siang atau malam.
(ii) Perkembangan
Kemarahan ibu kepada Sungai Ceper yang melimpah akibat hujan lebat sehingga
memusnahkan tanaman . Ibu juga memarahi sikap suaminya yang sambalewa
terhadap tanggungjawab keluarga dan asyik dengan ketitir. Kemarahan ibu semakin
memuncak apabila Sungai Ceper semakin cetek akibat kemarau. Hal ini
menyebabkan sawah-sawahnya kering , sumber makanan dan minuman terjejas
sehingga memaksa ibu menggunakan telaga sebagai sumber air. Setelah 40 tahun
berlalu,Sungai Ceper semakin tercemar akibat pengabaian masyarakat. Ibu dan
ayah sudah meninggal dunia dan aku telah pun berkeluarga dan mempunyai cucu.
(iii) Klimaks
Ibu meninggal dunia dan Sungai Ceper semakin sakit. Sungai ini semakin cetek,
alirannya lambat dan banyak sampah daripada pelbagai bahan buangan berada di
perutnya. Airnya busuk kerana bangkai binatang , kain-kain buru , plastik, dan sisa-
sisa makanan dibuang ke dalamnya. Bapa juga telah meninggal dunia.
(iv) Peleraian
Sungai Ceper masih mengalir tetapi amat lambat. Keadaannya semakin parah. Aku
dan isteri telah tua dan anak-anak pula menggantikan kami. Ceper dikatakan sudah
mati kerana airnya sudah tidak bergerak dan timbunan sampah tindih-menindih. Ibu
benar-benar telah mati tetapi Ceper walaupun masih wujud tetapi sudah tidak
berfungsi lagi.
Teknik Penceritaan
1. Pemerian
Ceper pun serupa. .Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang
baru saja lepas dari busurnya.Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk
yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama-sama ikan yang bercahaya matanya,
bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan
dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.
2. Dialog
“Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak
masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!”
3. Imbas Kembali
Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga.Dia marah sangat kepada Ceper
sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Ibu
1. Cekap bekerja.
Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga
hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja.
2. Rajin .
Ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpa
bantuan suaminya yang menjadi kaki burung.
3. Bermasyarakat.
Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di
kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia.
4. Kuat semangat.
Walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak
berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula.
Watak Sampingan
Aku
1. Anak tunggal dalam keluarga.
2. Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah.
3. Sudah berumah tangga .
4. Penyayang.
Aku merupakan seorang anak yang penyayang kerana masih mengingati
pengorbanan ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu.
5. Bertanggungjawab.
Aku bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua.
Sungai Ceper
1. Panjang, berliku-liku, jernih, pasir-pasir berbiji halus dan kelikirnya berkilat.
2. Sumber air bagi kehidupan di sekelilingnya.
3. Tercemar kerana menjadi tempat pembuangan sampah sarap.
Latar
Latar Masa
1. Masa kini - Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu.
2. 10 tahun yang lalu setelah ibu jatuh, lumpuh dan meninggal dunia-ibu sudah tidak
dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah diteruskan oleh aku dan isteri.
3. 40 tahun yang lalu - Ketika ibu masih muda dan aku masih teruna.
4. Siang - sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya.
5. Malam - gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap cergas.
Latar Tempat
1. Di sebuah desa - tempat tinggal ibu, aku dan ayah.
2. Kawasan sawah padi - tempat ibu dan orang kampung bekerja.
3. Sebatang sungai - tempat anak-anak kampung merangau ikan.
4. Telaga - tempat ibu mengambil air ketika kemarau.
5. Rimba belantara - tempat bapa berdenak ketitir.
6. Sungai Ceper - tempat penduduk kampung termasuk ibu mendapat sumber air.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat petani
Mereka mengusahakan tanaman padi secara tradisional. Keluarga aku mewakili
sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman padi
secara tradisional seperti menajak dan menyisir selut.
2. Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup.
Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper
melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah
ketika musim kemarau.
3. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya.
Gaya Bahasa
1. Kata ganda - kehijauan-hijauan
2. Simpulan bahasa - naik angin
3. Simile - Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang
pisang
4. Personifikasi - ….kudengar ngauman Ceper
5. Hiperbola - …Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah,
hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing
Nilai
1. Nilai bertanggungjawab.
Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang
mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya.
2. Nilai kegigihan.
Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara
keluarga.
3. Nilai kesabaran.
Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian
terhadap kebajikan keluarga.
Pengajaran
1. Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak
hidup dalam kesusahan.
2. Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham
antara suami dengan isteri.
3. Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara.
4. Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa
keburukan kepada masyarakat.
Latihan
1. Siapakah aku dalam cerpen Ibu dan Ceper?
2. Apakah hobi bapa yang tidak disukai oleh ibu?
Jawapan
1. Aku ialah anak tunggal dalam keluarga, mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah
dan sudah berumah .
2. Hobi bapa yang tidak disukai oleh ibu ialah mendenak ketitir.
Cerpen Israk
(Erda Roslan Khairi) Sinopsis
Cerpen Israk mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah, telah balik ke kampung bersama-
sama isterinya Siti Hawa dan anak-anaknya, Israk dan Mikraj di Kampung Sayong Perak.
Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan keselesaan
menyebabkan anaknya Israk berasa kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan
kehidupan kampung . Namun adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan
mereka sering bertikam lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar
negara.Tindakan Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah menimbulkan rasa
kurang senang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah.
Perbezaan pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah tidak
suka mereka bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semula
walaupun hati Wah terluka. Suatu hari, bekalan air paip di kampung Sayong telah terputus
menyebabkan Mikraj mencadangkan agar abangnya mandi di sungai. Namun, Israk telah
terjatuh dan Wahlah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Akhirnya,
Israk insaf dan berubah. Dia mula memakai baju Melayu, makan nasi, dan mencari jering serta
tempoyak untuk dimakan.
Tema
Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sebuah keluarga sehingga mencetuskan
pertentangan pandangan dan nilai.
Israk yang dibesarkan di Perth, Australia mempunyai pandangan yang berbeza dengan adiknya
tentang kampung, kehidupan dan diri neneknya Wah.
Persoalan
1. Persoalan jati diri
Israk yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran akibat
persekitaran dan cara dia dibesarkan. Hal ini bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj
yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran.
2. Persoalan kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya.
Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun cucunya amat ego dan selalu
melukakan hatinya namun Wah tetap sabar.Hal ini terpancar apabila Wah menyelamatkan
Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya.
3. Persoalan tanggungjawab bapa terhadap keluarga.
Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia membiasakan anak-anak
dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar anak-anaknya tidak sombong
dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar.
Plot
Binaan Plot
1. Permulaan
Adam, Siti Hawa, Israk dan Mikraj telah pulang ke rumah Wah di Kampung Sayong. Israk
anak teruna Adam, kelihatan kurang selesa dengan suasana di kampung kerana selama ini
dia dibesarkan oleh datuknya di Perth Australia.
2. Perkembangan
Mikraj, adik kepada Israk seorang remaja yang mudah menyesuaikan diri dengan
kehidupan di kampong. Israk pula ego dengan statusnya sebagai orang bandar dan bakal
bergelar ahli korporat. Perselisihan pendapat antara dua beradik ini semakin memuncak
apabila kelakuan dan tingkah laku Israk semakin keterlaluan terhadap Wah. Israk tidak
patut menyakiti hati Wah kerana Wahlah yang menjaganya sejak berumur sehari.
Pertikaman lidah antara dua beradik itu berlarutan dan telah menyebabkan Wah masuk
campur serta menasihati kedua-dua cucunya agar jangan bertekak pasal dirinya lagi.
3. Klimaks
Keputusan air di kampung Sayong telah memaksa Israk ke sungai untuk mandi, setelah
dicabar oleh adiknya Mikraj. Israk telah terjatuh ke dalam sungai dan telah diselamatkan
oleh neneknya.
4. Peleraian
Israk keluar dari bilik dengan berpakaian baju Melayu telah mengejutkan keluarganya.
Israk mulai mencedok nasi dan gulai malah mencari jering dan tempoyak yang merupakan
makanan yang paling tidak disukainya.
Teknik Penceritaan
1. Teknik Dialog
“Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang menjadi ahli korporat
nanti,” rayu Mikraj.
“Tak perlu!” Israk menghayun kata-kata
2. Teknik Imbas Kembali
Mikraj teringat akan peristiwa yang berlaku pada Wah semasa muda.
Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa kini), Lebai Saleh pernah
bertakhta di hati Wah. Tetapi terpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir………….Mikraj
tersentak daripada lamunan yang melangit ketika Wah mengacannya.
3. Teknik Pemerian
Pagi nirmala. Camar menyanyi mesra bersaing dengan cengkerik menunjuk ketangguhan.
Daun-daun melambai-lambai setenang air Sungai Perak. Bot tambang sudah mula
beroperasi.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Israk
1. Anak teruna Adam dan Siti Hawa.
2. Merupakan cucu sulung Wah.
3. Ego dan sombong - Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan
kampung. seperti petai dan jering.
4. Biadap – Dia sering menyindir dan merungut tentang ketidakselesaan tinggal sehingga
menyakiti hati neneknya.
5. Degil – Dia tidak menghormati Wah sebagai neneknya walaupun dinasihati oleh Mikraj.
6. Insaf – Dia sedar akan kesalahannya setelah dia jatuh ke dalam sungai dan
diselamatkan oleh Wah.
Mikraj
1. Anak kedua pasangan Adam dan Siti Hawa.
2. Adik perempuan Israk dan cucu kedua Wah.
3. Berjiwa seni – dia berminat dalam bidang sastera dan mengajak Israk berkenalan
dengan alam.
4. Penyayang - dia amat menyayangi Wah.
5. Bertanggungjawab - Tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan
terhadap neneknya Wah.
Wah
1. Merupakan ibu kepada Adam dan nenek kepada Israk dan Mikraj.
2. Sudah lanjut usia tetapi masih kuat dan bertenaga.
3. Alim dan taat akan agama – dia sentiasa berwuduk .
4. Penyayang - dia amat menyayangi cucu-cucunya.
5. Tabah - Wah memelihara anaknya seorang diri setelah kematian suaminya yang
meninggal dunia sebelum kelahiran anak mereka.
Latar
Latar Masa
1. Musim durian
2. Pada waktu pagi - Israk jatuh di sungai ketika hendak mandi akibat ketiadaan air paip.
3. Kebanyakan peristiwa berlaku pada waktu siang.
Latar tempat
1. Kampung Sayung iaitu tempat tinggal Wah.
2. Sungai Perak iaitu sungai yang terletak di tepi rumah Wah.
3. Rumah kayu milik Wah.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang menghormati orang tua – Mikraj amat menghormati Wah
2. Masyarakat muda yang sukar menyesuaikan diri dengan suasana kampung.
Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan
jering.
3. Masyarakat yang bertanggungjawab
Mikraj tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap
neneknya Wah.
4. Masyarakat yang penyayang
Wah amat menyayangi cucu-cucunya.
Gaya bahasa
1. Simile
……pantas dan teratur sekali laksana seorang primadona.
2. Dialog
“Lama sampai?” aju Wah dan salam dihulurkan oleh tetamu dari Bukit Antarabangsa itu
disambut dengan pantas.
“Baru”.Adam, anak tunggal Wah, segera menjawab.
3. Peribahasa
Sudah terhantuk baru terngadah
Macam anjing dengan kucing .
Bagai air dengan minyak. Entah bila akan bercantum.
Cari-cari bulu ayam bercantum jua akhirnya.
4. Pesonifikasi
Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengeji.
5. Metafora
Bara kata-kata
Nilai
1. Nilai menghormati ibu bapa.
Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganya
2. Nilai ketabahan.
Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami.
3. Nilai keprihatinan
Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan
dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan
miskin neneknya.
4. Nilai kasih sayang
Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup menggunakan tenaga tuanya
untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu
menyakiti hatinya.
Pengajaran
1. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi
percakapan dan perbuatan kita.
2. Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak
agama dan masyarakat.
3. Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang
di sekeliling kita tidak merasa tersinggung dan kurang senang kepada kita.
4. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada
orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita.
5. Kita mestilah berterima kasih terhadap apa-apa bantuan yang telah diterima.
Latihan.
1. Mengapakah Israk berasa tidak selesa hidup di kampung?
2. Mengapa Wah tidak mahu menjualkan rumah uzurnya kepada Majlis Daerah?
Jawapan.
1. Israk berasa tidak selesa hidup di kampung kerana dia dibesarkan di Perth, Australia
yang mewah dengan kekayaan dan dia bakal menjadi orang korporat.
2. Wah tidak mahu menjualkan rumah uzurnya kerana masih memegang amanah ibunya
dan rumah itu menyimpan sejuta rahsia hati dan kenangan kehidupan Wah.
Mellisa
(Abdullah Hussain)
Sinopsis
Mellisa, seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke
pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu
telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam
iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersama-
sama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah
menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar
nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu
sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih peristiwa 13 Mei sebagai
latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah.
Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka
semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa
meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana tugas dan
tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih untuk
mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu
peristiwa 13 Mei berulang lagi.
Tema
Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya.
Mellisa seorang gadis berketurunan Cina, pernah menyulam kasih semasa zaman
kanak-kanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian
menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei. Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan
Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa
meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera.
Persoalan
1. Persoalan pengorbanan demi cinta akan negara.
Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang
yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.
2. Persoalan persengketaan antara kaum
Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan
Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan
Stadium Negara.
3. Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara.
Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui
tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air.
Plot
Binaan Plot
1. Permulaan
Mellisa atau Mei terperanjat melihat Syahid yang persis Hisyam kekasih zaman kanak-
kanaknya setelah diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat khabar. Bagi Mei, Hisyam
seolah-olah wujud dalam diri jejaka itu menyebabkan mereka mudah mesra dan
akhirnya Mei menerima pelawaan Syahid untuk makan tengah hari. Mei seolah-olah
telah jatuh cinta pandang pertama kepada Syahid.
2. Perkembangan
Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu bermain dan menjaga
keselamatannya. Hisyam juga sering menyatakan hasratnya akan mengahwini Mei
apabila dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam rusuhan kaum 13 Mei cukup berbekas
dalam dirinya menyebabkan dia sering dihantui pertanyaan demi pertanyaan tentang
punca peristiwa tersebut boleh meletus dalam kehidupan masyarakatnya. Akhirnya,
persoalan tersebut mendapat penjelasan apabila Mei menjalankan latihan ilmiah untuk
ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Hubungan kilatnya dengan Syahid semakin
akrab.
3. Klimaks
Mei mendapat panggilan menjadi tentera setelah selesai menghabiskan pengajiannya
dalam bidang Sejarah. Keputusan Mei meninggalkan Syahid untuk mencapai impiannya
membuahkan perasaan marah dalam diri Syahid kerana Syahid berasa seolah-olah
dipermain-mainkan oleh Mei.
4. Peleraian.
Akhirnya gadis keturunan Cina ini melupakan keperluan dan angan-angannya untuk
menjadi kekasih yang baik dan isteri yang taat demi ingin melihat negara dan rakyatnya
hidup dengan aman damai dan harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka. Yang
penting sekali agar peristiwa 13 Mei itu tidak akan berulang lagi.
Teknik penceritaan
1. Imbas kembali
“Mei, Mei!” kata Hisyam.“Apabila aku sudah bekerja nanti kita kahwin.Mak aku pasti
suka. Aku akan ajar kau agama Islam.”
Dia tersenyum. Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu.
2. Teknik Pemeriaan
Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur
dengan deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang
sedang berdiri di samping Farid.
3. Teknik Monolog Dalaman
Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik.
4. Teknik Dialog
“Siapa?”
“Mei! Ada telefon.”
“Okey.Saya datang.”
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Mellisa
1. Nama panggilannya ialah Mei.
2. Gadis berketurunan Cina dan nenek moyangnya berasal dari Guangdong.
3. Seorang yang lincah, suka bercakap dan bersifat terbuka.
4. Bersemangat patriotik
Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata
kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera.
5. Mempunyai daya ingatan yang tinggi.
Ingatan Mellisa terhadap semua peristiwa yang pernah berlaku pada zaman kanak-
kanaknya bersama Hisyam seolah-olah baru berlaku sedangkan pada masa itu dia
baru berumur 5 tahun. Ingatannya ini juga yang menyebabkan dia nekad mencari
jawapan punca rusuhan yang meragut nyawa „hero‟nya berlaku.
6. Seorang yang terpelajar.
Mellisa merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera.
Watak Sampingan
Hisyam
1. Berketurunan Minang.
2. Seorang yang warak - rajin ke masjid terutama pada waktu maghrib.
3. Penyayang - amat menyayangi Mellisa.
4. Rajin – sering membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak setiap pagi.
5. Bercita-cita tinggi – dia ingin menjadi peguam atau tentera.
Syahid
1. Pengarah Syarikat surat khabar
2. Wajahnya persis Hisyam.
3. Berani – dia berani menghulurkan salam perkenalan kepada Mellisa.
4. Suka berterus terang – dia berterus terang tentang perasaannya terhadap Mellisa.
Latar
Latar Masa
1. Siang - Pertemuan antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar.
2. Senja atau waktu Maghrib - Hisyam ke masjid untuk sembahyang berjemaah.
3. 13 Mei – berlakunya rusuhan kaum yang telah mengorbankan Hisyam.
Latar Tempat
1. Pejabat Syahid - Mellisa dan Farid berjumpa atas urusan kerja
2. Rumah Mellisa, - Hisyam menumbuk anak orang putih yang memegang tangan
Mellisa.
3. Kampung Baru- tempat responden Mellisa menghantar sahabat baiknya balik ke
rumah pada 13 Mei 1969, yang akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal dunia
dan mukanya berparut semasa bergelut dengan perusuh.
4. Jalan Petaling, tempat berakhirnya riwayat Hisyam dan ibunya yang dibunuh
perusuh.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat muda yang amat cinta akan negara
Mellisa amat cinta akan negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang
menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu.
2. Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni
Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga
Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.
3. Masyarakat pelajar yang gigih.
Mellisa amat tekun menyiapkan tesisnya dengan membuat rujukan terperinci
dengan menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah.
4. Masyarakat miskin
Hisyam tinggal di rumah setinggan.
5. Masyarakat majmuk yang bersengketa
Akibat sentimen yang ditanam oleh penjajah kepada penduduk Tanah Melayu
menyebabkan rusuhan kaum berlaku.
Gaya bahasa
1. Simile
Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam
2. Peribahasa
Bertegang urat leher
Tidak lari gunung dikejar.
3. Pesonifikasi
Angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya.
4. Metafora
Bisul rusuhan
Nilai
1. Nilai kasih sayang
Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap
terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu.
2. Nilai kegigihan.
Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan
peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan
daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang
terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu.
3. Nilai keberanian.
Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris
yang memegang tangan Mellisa.
4. Cinta akan tanah air
Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata
kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera
Pengajaran
1. Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan
masalah.
2. Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan
yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan.
3. Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan
terhadap kita.
4. Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara kerana dengan semangat inilah
kita boleh hidup dengan aman dan sejahtera.
Latihan
1. Mengapakah Mellisa mudah jatuh hati dengan Syahid?
2. Jika Hisyam masih hidup, apakah impian yang mungkin akan dicapainya?
Jawapan
1. Mellisa mudah jatuh hati kepada Syahid kerana wajah dan perwatakannya persis
Hisyam yang telah meninggal dunia pada rusuhan kaum 13 Mei 1969.
2. Jika Hisyam masih hidup, mungkin Mellisa akan menjadi isterinya dan akan
mencapai cita-citanya untuk menjadi peguam atau tentera.
Cerpen Memori Seorang Tua
(Zahari Affandi)
Sinopsis
Pak Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali
keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk
mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang untuk menjemput
wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke majlis berkenan bagi berkongsi
kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan
paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura.
Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman.
Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala
persiapan untuk majlis itu dan turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif
dan Jali. Pada hari yng ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu.
Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa
kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana
wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul.Pak Itam merasakan segala pengorbanannya
selama ini telah dilupakan.
Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas
cuba memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak
Itam yang terbaring di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir
membacakan surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua
mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan
identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam
untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai.
Tema
Semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh yang ingin berkongsi memori
lampaunya dengan masyarakat.
Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan anak cucunya dalam usaha
beliau membebaskan negara ini daripada penjajahan.
Persoalan
1. Persoalan kesediaan menghadapi cabaran.
Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk
penjara kerana perjuangannya bertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu.
2. Persoalan rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa.
Atas dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia ingin
melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di negara
sendiri.
3. Persoalan jati diri yang teguh.
Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dari usia muda sehingga usianya
mencecah 85 tahun.
Plot
Binaan Plot
(i) Permulaan
Mengisahkan kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk penjara
kerana menentang penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat
menebal dalam jiwa Pak Itam.
(ii) Perkembangan
Pak Itam melahirkan hasrat beliau untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang
ke-85 tahun. Sambutan yang julung kali diadakan ini turut bertujuan untuk berkongsi
pengalamannya sebagai seorang pejuang. Pak Itam juga turut menyatakan harapannya
untuk melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada sebarang
bentuk penjajahan. Tetamu yang hadir pada sambutan majlis hari jadinya agak kurang
dan ini menjadikan Pak Itam berasa sedih dan beranggapan bahawa pengorbanannya
selama ini kian dilupakan.
(iii) Klimaks
Pak Itam menghembuskan nafas terakhirnya di atas sejadah. Orang ramai yang hadir
membaca surah Yasin untuknya.
(iv) Peleraian
Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematiannya membawa
sejambak ros merah menjadikan penduduk kampung tertanya-tanya. Hanya Tuk Mat
mengerti dan berfikir dalam hatinya, hajat Pak Itam kesampaian juga.
Teknik Penceritaan
1. Pemerian
Pak Itam toleh kiri kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas, serai, betik dan rumput-rampai
sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di
perkampungan, tetapi…
2. Dialog
“Dah kaujemput budak-budak suratkhabar?” tanya Pak Itam.
“Sudah!” jawab Tuk Mat.
3. Imbas Kembali
Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan dimana
Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah.
4. Monolog dalaman
Pak Itam sudah berfikir-fikir, budak-budak surat khabar sudah tentu akan
mengerumuninya, menghulur berbelas, mungkin berpuluh kaset perakam suara mahu
menemuramahnya.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Pak Itam
1. Berasal dari Kuala Semantan, Pahang.
2. Berumur 85 tahun.
3. Mempunyai isteri iaitu, Siti Nurhidayah dan dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani
Iman yang terpisah sejak isterinya meminta fasakh ketika dia di penjara.
4. Mempunyai seorang anak angkat bernama Sidah.
5. Suka membaca. -, Pak Itam suka membaca akhbar dan majalah di kerusi malas di
kaki lima rumahnya.
6. Seorang nasionalis tulen. - Pak Itam berjuang bukan untuk kepentingan diri
sendiri tetapi untuk bangsanya.
7. Seorang yang taat akan perintah agama.- Pak Itam sentiasa beribadat dan
menggunakan waktu malam untuk mendekatkan diri kepada tuhan.
8. Baik hati - Pak Itam bersedia melayan tetamu yang datang untuk bertemu
dengannya di rumah.
Watak Sampingan
Tuk Mat
1. Bekas anggota polis.
2. Jiran Pak Itam.
3. Bertubuh sasa, kulit dan batang lengannya masih pejal dan kemas.
4. Rajin. - beliau banyak membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan sambutan hari
lahirnya.
5. Boleh diharapkan dan berdisiplin -, hal ini diakui oleh Pak Itam apabila
membandingkan sifat anak-anak muda seperti Isa dan Latif dengan watak Tuk Mat.
Siti Nurhidayah
1. Bekas isteri Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam berada di dalam penjara.
2. Sempat hadir pada hari kematian Pak Itam.
3. Mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman.
Latar
Latar Masa
1. Sehari sebelum hari lahir Pak Itam yang ke-85 tahun- Tuk Mat dan penduduk
kampung sibuk menguruskan persiapan untuk majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam.
2. Sebelum Zuhur - Pak Itam masih menanti. Dia amat kecewa. Tuk Mat menyuruhnya
berehat.
3. Selepas Zuhur - Kiah menjerit memberitahu Tuk Mat bahawa Pak Itam sakit. Pak Itam
meninggal dunia dan bacaan Yasin diadakan.
Latar Tempat
1. Kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya- tempat majlis kenduri sempena hari jadi
Pak Itam dan pameran diadakan .
2. Di kaki lima rumah Pak Itam - tempat Pak Itam duduk sambil membaca akhbar dan
majalah seharian di atas kerusi malas.
3. Kampung Pak Itam di Hulu Langat- perkampungan yang nyaman tetapi mula tercemar
apabila dua buah kilang dari Korea dan Jepun mula beroperasi.
4. Penjara di Singapura - Siti Nurhidayah, isteri Pak Itam datang bersama dua orang
anaknya membawa surat kadi meminta fasakh ketika Pak Itam meringkuk di situ.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat pejuang yang mencintai bangsa dan negara.
Pak Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang
akan bangsa dan negara.
2. Masyarakat penulis dan wartawan.
Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah menggunakan
mata pena.
3. Masyarakat kampung yang masih mengamalkan amalan gotong royong serta
bekerjasama.
Tuk Mat dan beberapa orang pemuda kampung yang membantu Pak Itam
mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam secara besar-besaran.
.
Gaya Bahasa
1. Simile - …kian mengecil seperti sebiji debu
2. Peribahasa - seperti enau di belukar
3. Metafora -tangisan ketakwaan
4. Penggunaan Bahasa Inggeris - vision, Happy Birthday To You
5. Personifikasi - Pungguk di belakang rumah terus merintih, merindu bulan…
Nilai
1. Nilai pengorbanan.
Pak Itam sanggup menolak jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa dan
negara.
2. Nilai cinta akan negara.
Pak Itam berjuang untuk membebaskan anak bangsanya daripada dibelenggu
kemiskinan dan mahu melihat anak bangsanya mendapat pendidikan tinggi.
3. Nilai bekerjasama.
Semua penduduk kampung tidak kira muda atau tua berganding bahu menjayakan
persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam.
Pengajaran
1. Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara agar tidak dijajah oleh bangsa lain.
2. Kita wajarlah saling membantu dalam setiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah.
3. Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah tuhan dengan meningkatkan amal ibadah
agar mendapat kesenangan di kemudian hari.
4. Kita haruslah mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan
negara walaupun masa berubah.
Latihan
1. Siapakah yang membantu Pak Itam menguruskan persiapan majlis sambutan hari
jadinya?
2. Nyatakan 2 tujuan Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadinya?
Jawapan
1. Tuk Mat merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan persiapan majlis
sambutan hari jadi Pak Itam.
2. Tujuan Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadinya adalah untuk menjamu
anak-anak Kampung Langat,cucu cicitnya di pusat pengajian tinggi yang datang
menemu ramahnya untuk membuat buku dan ingin berkongsi pengalaman beliau
sebagai seorang pejuang.
Pemain Catur
(Zaharah Nawawi)
Enam beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk, Ur dan
Um. Mereka terkenal kerana berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan Abu Bakar
Muhammad Yahya as-Suli, iaitu salah seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani di
dunia. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut mengajak Um adik bongsunya
berlawan permainan catur. Bagi Uj, Um ialah adik yang paling mudah untuk dibentuk
berbanding adik-beradiknya yang lain. Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai
tonggak keluar. Um semakin berminat untuk bermain catur setelah mendengar kisah
kehebatan pemain catur ternama di dunia. Kempen Uj berhasil.
Uj mengajak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. Um menolak dengan
alasan bahawa dia hilang fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang sedang
sakit. Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk berlawan catur secara terbuka. Perlawanan
berlangsung dengan sengit. Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi perlawanan tersebut. Uj
hampir kalah. Um berkalih untuk minum. Beberapa detik kemudian buah caturnya telah
berubah. Um segera mengalih semula buah catur tersebut. Uj tidak berpuas hati lalu menjerit
dan menghentak meja. Uj menuduh Um penipu dan memaksa Um mengaku kalah. Um ke bilik
air mencuci muka untuk menenangkan diri. Sekembalinya ke meja apabila duduk, kakinya
terkuis sebotol asid di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibunya yang ketika itu sedang sakit
berasa amat hiba sehingga diserang angin ahmar.
Keadaan semakin haru-biru, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab
meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh menuduh antara Um dengan Uj. Ibu meminta mereka
bertenang namun, diabaikan. Keluarga tersebut mula berpecah kepada dua, iaitu ada yang
menyokong Uj dan ada yang menyokong Um.
Sinopsis
Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya
perpecahan.
Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara
Uj dengan Um. Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur. Malah
pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga mereka. Ibu mereka yang
sedang sakit juga telah diabaikan.
1. Persoalan sikap bangga yang menguasai diri.
Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebab mereka bertelagah.
Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.
2. Persoalan keharmonian dalam keluarga harus diutamakan.
Ibu yang sedang sakit amat risau tentang pergaduhan anak-anaknya yang boleh menyebabkan
keharmonian terganggu.
3. Pengkhianatan sesama ahli keluarga.
Ahli keluarga terutama Uj dan Um bertindak di luar batasan semata-mata untuk menentukan
kehebatan mereka dalam permainan catur.
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Persoalan
Plot
Tema
Cerita dimulakan dengan apabila Um mengajak Uj berlawan catur bagi menentukan
siapa yang lebih hebat.
(ii) Perkembangan
Uj berusaha menanam semangat dalam permainan catur kepada adiknya agar
mengulangi sejarah kecemerlangan keluarga mereka sebagai pemain catur terhebat.
Cerita diteruskan lagi dengan Uj dan Um mula berlawan catur. Perlawanan berlangsung
dengan sengit untuk mencari kemenangan.
(iii) Konflik
Uk berbisik kepada Uj kononnya Um sedang membaca buku catur besar dan tebal yang
dibelinya dari luar negara untuk mengalah Uj dan mendapatkan kehormatan keluarga.
(iv) Klimaks
Pengkhianatan berlaku apabila kaki Um terkena asid yang diletakkan di bawah meja
catur.
(v) Peleraian
Ibu mereka diserang angin ahmar dan keluarga mereka berpecah kepada dua. Satu
pihak menyokong Um dan satu pihak lagi menyokong Uj.
Watak Utama
Uj
Abang sulung yang menjadi ketua keluarga.
Mempunyai lima orang adik dan pandai bermaina catur.
Beliau juga adalah penyadang anugerah IGM dalam pertandingan catur.
Watak dan Perwatakan
Pemarah – cepat panas baran apabila berhadapan dengan cabaran terutama ketika
bermain catur.
Berbangga akan keturunan - Mendedahkan keturunannya yang hebat iaitu al-Hakam
juara catur terbaik dunia pada kurun ke-17 kepada Um.
Bersemangat tinggi - sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang
disertai, serta mahu menaikan nama keluarganya setaraf dengan pemain catur ternama
dunia.
Pilih kasih - hanya mengagungkan adik-beradiknya yang pandai bermain catur sahaja
untuk mewarisi penguasaan keluarganya.
Watak Sampingan
1. Um
Adik bongsu kepada Uj.
Masih muda dan berpotensi dalam permainan catur.
Mempunyai semangat juang yang tinggi - sanggup membaca buku dari luar negara
untuk mendalami permainan catur.
Berani – sanggup menyahut cabaran abangnya walaupun sudah mengetahui akan
kehebatan Uj dalam permainan catur.
Mengambil berat – Um sentiasa berfikir tentang kesihatan ibunya sedang sakit darah
tinggi.
Mementingkan diri sendiri – Um tetap bertelingkah dengan Uj walaupun, telah dilarang
oleh ibunya sehinggakan ibunya mengalami angin ahmar.
1. Pemerian
Pengarang menceritakan tentang watak Uj yang telah berjaya memperoleh gelaran IGM
dalam permaian catur.
Teknik Penulisan
2. Dialog
Perbualan di antara Uj dengan Um ketika hendak memulakan perlawanan catur sehingga
menceritakan akan kehebatan keluarga mereka.
3. Imbas Kembali
Mengimbas kembali akan moyang mereka iaitu keturunan al-Hakam yang amat terkenal
dalam permainan catur pada kurun ke 17.
4. Suspens
Pembaca tertanya-tanya akan keputusan perlawanan catur antara Uj dengan Um yang tidak
berkesudahan.
Latar masa
Berlaku selama tiga hari tiga malam semasa pertandingan berlangsung antara Uj
dengan Um.
Latar tempat
Rumah keluarga Uj
Biliik air
Latar masyarakat
Masyarakat yang mahir dalam permainan catur contohnya keluarga Uj.
Masyarakat yang bangga dengan keturunan contohnya Uj yang seringkali menceritakan
kehebatan keluarganya bermain catur kepada Um.
Latar
Masyarakat yang kaya raya contohnya Uj dan adik beradiknya menugaskan dua orang
doktor untuk merawat ibu mereka yang sakit
1. Bahasa asing contohnya bahasa Indonesia (ruwet), bahasa Arab (kudrat)
2. Metafora contohnya cahaya kepintaran
3. Simile contohnya … Abang Uj seperti David the Gnome…
4. Sinkope contohnya … kota saya tadi di kanan, ni kenapa di kiri pula? …
5. Peribahasa contohnya … batu api ….
1. Nilai keberanian contohnya Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding
catur.
2. Nilai kegigihan contohnya Um berusaha bersungguh-sungguh menelaah buku tentang
permainan catur.
3. Nilai kasih sayang contohnya Uj menyayangi adiknya Um.
1. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup
2. Semangat keberanian perlulah dimiliki oleh setiap individu agar semua cabaran yang
ditempuh dapat diatasi dengan baik.
3. Kita hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik kita agar kehidupan bahagia dan
harmoni.
Gaya bahasa
Nilai
Pengajaran
1. Nyatakan tema cerpen Pemain Catur karya Zaharah Nawawi.
2. Berikan tiga perwatakan Uj dalam cerpen Pemain Catur karya Zaharah Nawawi.
1. Tema cerpen Pemain Catur karya Zaharah Nawawi ialah keruntuhan moral dalam
institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya perpecahan. Sikap tidak mahu
mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara Uj dengan Um.
Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur. Malah pergaduhan itu juga
telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga mereka. Ibu mereka yang sedang sakit
juga telah diabaikan.
2. Tiga perwatakan Uj dalam cerpen Pemain Catur ialah Uj berbangga dengan keturunan
contohnya dia bangga mendedahkan keturunannya yang hebat iaitu al-Hakam juara catur
terbaik dunia pada kurun ke-17 kepada Um. Dia juga bersemangat tinggi contohnya dia
sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertai, serta mahu
menaikkan nama keluarganya setaraf dengan pemain catur ternama dunia. Dia juga
seorang yang pilih kasih contoh dia hanya mengagungkan adik-beradiknya yang pandai
bermain catur sahaja untuk mewarisi dominasi keluarganya dalam permainan catur.
Jawapan
Latihan
Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)
Sinopsis
Babak 1
Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah.
Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Mereka mengintai melalui
lubang pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka
masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter , pensyarah
Antropologi dan Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan
mereka, Prof. Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya
hendak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di
dinding.
Babak 2
Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar,
zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Mereka berbincang tentang
bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil parang, Prof. Peter
muncul ditemani oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Ketika Zaman
mengambilkan Cempaka bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula. Berlaku lagi
pertengkaran antara Prof. Peter dan Zaman. Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka
yang berwarna perang. Zaman membuat kesimpulan, Maliklah yang menjadi orang perantaraan
Prof. Peter. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini. Semasa
perang Jepun, ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan ditemui
oleh Mak Jah. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam
keluarganya. Sewaktu pertengkaran berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu
melepaskan tembakan. Cempaka rebah berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat keadaan
Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof.
Peter telah melarikan diri ke dalam hutan. Zaman mengejarnya dengan parang. Tiba-tiba
terdengar satu das tembakan dan semuanya tercengang. Mak Jah bersyukur kerana Zaman
selamat dan mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu.
Pemikiran
Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar.
Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof.
Peter.
Persoalan
1. Persoalan kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan.
2. Persoalan pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga.
3. Persoalan mempertahankan hak dengan cara yang betul.
4. Persoalan peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga.
5. Persoalan tentang usaha mencari adik kandung yang hilang semasa perang Jepun.
Plot
Plot drama ini terbahagi kepada dua babak cerita.
1. Permulaan
Plot bermula di rumah Mak Jah yang sederhana di sebuah kampung. Mak Jah dan
Cempaka sedang mengemas rumah sementara menanti kepulangan Zaman yang belajar
di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
2. Perkembangan
Plot berkembang apabila kedatangan Prof. Peter ke rumah Mak Jah. Tujuannya adalah
untuk membuat penyiasatan kerana dia ialah Profesor Antropologi dan Sosiologi. Prof.
Peter juga memperkenalkan bahawa dia ialah pensyarah Zaman. Peristiwa Prof. Peter
melihat gambar Cempaka yang menarik perhatiannya. Plot terus berkembang apabila
Zaman dan Cempaka masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil buah
bidara, akar kayu dan bunga kenanga.
3. Konflik
Pada tahap perumitan, Zaman bertemu dengan Prof.Peter yang diiringi Malik dan berlaku
pertengkaran. Prof.Peter dan Malik beredar untuk menembak burung dan kera di bukit.
Sejurus selepas itu, mereka datang semula iaitu semasa Zaman cuba mengambilkan
Cempaka bunga kenanga. Berlaku lagi pertengkaran yang lebih hebat apabila Prof. Peter
mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang.Prof. Peter mendakwa Cempaka
ialah adiknya. Mak jah datang dan memarahi Prof. Peter.
4. Klimaks
Klimaks cerita ialah peristiwa Prof. Peter yang hendak menembak ular di atas kepala
Cempaka tetapi tertembak Cempaka. Seterusnya, berlaku pergelutan antara Zaman dan
Prof. Peter. Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter.
5. Peleraian
Prof. Peter melarikan diri ke dalam belukar. Zaman mengambil parangnya mahu mengejar
Prof. Peter. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan letupan senapang yang menyebabkan
mereka tercengang. Akhirnya, Zaman berjalan ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur
kerana Zaman selamat. Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan
diri.
Teknik Plot
1. Teknik pemerian
Pengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka,
contohnya :
Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan Zaman
yang belajar di sebuah university di Kuala Lumpur.(ms 243)
2. Teknik imbas kembali
Pengarang telah menggunakan teknik ini semasa dialog antara Prof. Peter dan Mak Jah
tentang adiknya yang telah disembunyikan semasa Perang Jepun.
Contohnya:
Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih
sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku.(ms257)
Watak dan Perwatakan
1. Zaman
Watak utama
Anak Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka.
Dia merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur.
Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa
jenis penyakit.
Dia seorang yang penyayang.
Zaman amat menyayangi adiknya Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk
mendapatkan bunga kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar.
Dia seorang yang berani.
Zaman berani bergaduh dengan Prof. Peter kerana mempertahankan Cempaka
daripada diambil oleh Prof. Peter..
Dia seorang yang bijak
Zaman bijak menghidu niat sebenar Prof. Peter yang mahu membuat kajian di
kampungnya.
Dia seorang yang keras hati.
Zaman dikatakan keras hati oleh Prof. Peter dan diakui oleh Mak Jah kerana suka
menentang cakap orang lain..
Dia seorang yang tekun belajar
Zaman tekun belajar kerana berada pada tahun akhir dan akan menghadapi
peperiksaan diuniversitinya.
2. Mak Jah
Ibu Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka
Dia seorang yang penyayang
Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat.
Dia seorang yang tegas.
Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun
diterangkan oleh Prof. Peter.
Dia seorang yang bertanggungjawab.
Mak Jah bertanggungjawab memastikan keselamatan Cempaka dan menyuruh Cempaka
masuk apabila Prof. Peter datang ke rumahnya.
3. Prof.Peter
Seorang lelaki Inggeris
Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan..
Dia seorang yang bijak
Dia menggunakan alasan sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan
sebenar mencari adiknya yang hilang.
Dia seorang yang sombong
Prof Peter mengatakan bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor.
Seorang yang tegas
Prof. Peter tegas dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu adiknya.
Seorang yang sanggup berkorban.
Prof.Peter sanggup bekerja di Malaysia semata-mata untuk mencari adiknya yang hilang
semasa zaman Jepun.
Latar
Latar masa
1. Pada sekitar tahun 60-an
2. Pada waktu menjelang tengah hari
Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari
Kuala Lumpur.
3. Pada waktu petang
Ketika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik
serta Prof.Peter.
Latar tempat
1. Di rumah Mak Jah
Prof.Peter datang ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya.
2. Di pinggir belukar dalam kampung
Zaman dan Prof. Peter bertengkar tentang Cempaka.
Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mempertahankan hak.
Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter
kerana Cempaka telah dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah.
2. Masyarakat yang penyayang
Mak Jah menyayangi anak-anaknya.Prof Peter juga menyayangi adiknya .
3. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita
Mak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah tinggi.
4. Masyarakat yang tidak menghormati budaya masyarakat tempatan.
Prof.Peter bersikap biadap kerana merendahkan orang Melayu dan tidak berunding
secara berhemah dengan Mak Jah dan Zaman.
5. Masyarakat yang prihatin
Mak Jah telah mengambil Cempaka sebagai anak angkat setelah ibu Cempaka
terpaksa meninggalkannya.
Gaya bahasa
1. Sinkope
Tuan nak buat apa di sini?
Mak Jah tak adakah anak lelaki?
2. Peribahasa
Keras hati, keras kepala
3. Kata ganda
betul-betul, lihat-lihat
4. Sinkope
Yang itu tak pulak disebut!.
Nilai
1. Nilai kasih sayang
Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat.
2. Nilai keberanian
Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter.
3. Nilai hormat-menghormati
Mah Jah menghormati tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah.
4. Nilai bertanggungjawab
Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil
bunga kenanga akar.
5. Nilai kerajinan
Zaman rajin belajar sehingga tahun ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian.
Pengajaran:
1. Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara
yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
2. Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat
mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan.
3. Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana
perbuatan itu membahayakan kita.
4. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus
dibelenggu kemiskinan.
5. Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu
merupakan tanggungjawab mereka.
6. Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan
oleh mereka.
7. Kita berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang
diinginkan akan memperoleh kejayaan.
Latihan
1.Nyatakan tujuan sebenarnya Profesor Peter ke rumah Mak Jah.
2.Pada pendapat anda, wajarkah Zaman mempertahankan hak keluarganya?
Jawapan
1. Tujuan sebenar Profesor Peter ke rumah Mak Jah adalah untuk menyiasat tentang
kehilangan adiknya semasa Perang Jepun. Di samping itu, dia juga mahu memaklumkan
Mak Jah tentang perkembangan Zaman di universiti.
2. Pada pendapat saya, Zaman wajar mempertahankan hak keluarganya kerana adiknya
Cempaka hendak dirampas oleh Prof. Peter. Zaman juga bimbang apabila Prof. Peter
menyatakan bahawa dia mahu Cempaka hidup dalam keluarganya dan akan pergi
membawa Cempaka bersama-samanya.
Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)
Sinopsis
Forum Remaja 2020 memaparkan peranan dan tanggungjawab tiga orang remaja iaitu
Salmah, Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. Mereka berjumpa dengan dua orang
makhluk Utopia yang yang datang ke bumi untuk menjayakan satu misi.
Kedatangan mereka didorong atas rasa tanggungjawab moral untuk mengingatkan
makhluk bumi bahawa situasi kini sudah mencapai tahap kritikal ke arah kemusnahan. Makhluk
Utopia memilih Malaysia kerana Malaysia berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah negara
model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. Mereka
berpendapat segala pembangunan sekarang bukan sumbangan generasi muda yang diwakili
oleh Salmah, Chandran dan Chong tetapi sumbangan generasi yang terdahulu. Generasi muda
kini belum berbuat apa-apa. Sebagai bakal pemimpin masa depan, remaja perlu mempunyai jati
diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan
matlamat tersebut.Masalah keruntuhan moral generasi muda berada dalam satu era kritikal
dari segi moral, sosial dan mental. Mereka mesti bersatu padu sesama rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, bersemangat patriotik dan mengamalkan nilai keagamaan dalam aspek
kehidupan.
Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu pun tersedar dan
mereka rupanya bermimpi. Ketiga-tiga remaja itu berbincang tentang kritikan yang diberi oleh
makhluk Utopia dan mereka menyetujuinya. Sebagai remaja, mereka perlu merancang strategi
kepimpinan untuk merealisasikan pembangunan negara di samping melahirkan generasi yang
berdisiplin .
Pemikiran
Peranan dan tanggungjawab remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang diwakili oleh
watak Salmah, Chandran dan Chong.
Persoalan
1. Persoalan remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan.
2. Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja.
3. Persoalan tentang kepentingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan.
4. Persoalan semangat patriotik sebagai pegangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa.
5. Persoalan tentang jati diri, moral dan ilmu pengetahuan sebagai teras kepada remaja untuk
merealisasikan Wawasan 2020.
Plot
Plot drama ini digarap secara kronologi, melalui empat peringkat:
1. Permulaan
Plot dimulakan dengan perbincangan serius antara Salmah, Chandran dan Chong sehingga
mereka tertidur.
2. Perkembangan
Kedatangan dua makhluk Utopia ke bumi dengan membawa misi suci dan memilih Malaysia
kerana Malaysia mempunyai potensi yang boleh dimajukan sebagai sebuah negara model
dunia. Chong berhujah tentang Malaysia yang sudah mempunyai kualiti pembangunan dan
bangsa Malaysia mempunyai etika kerja berdasarkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah.
Salmah turut mengemukakan hujah bahawa rakyat Malaysia hidup dalam suasana yang
muhibah di samping bangunan pencakar langit yang setanding negara maju. Chandran
mahukan penjelasan sebab mereka dipilih untuk berdialog. Makhluk Utopia menjelaskan
bahawa mereka merupakan bakal pemimpin negara. Perdebatan sengit berlaku antara tiga
sahabat dan dua makhluk Utopia. Hujah tentang keagamaan dan ketuhanan turut
diperkatakan oleh Salmah. Agama sepatutnya diutamakan dan dipraktikkan dengan fikiran
yang rasional dan niat yang ikhlas serta suci. Perkara yang membimbangkannya ialah
keadaan anak muda sekarang yang longgar kepercayaan agamanya yang menjadi punca
kemerosotan moral.
3. Konflik
Pada peringkat ini konflik timbul apabila Chandran merasai bahawa mereka sedang
bermimpi. Chong berpendapat kemungkinan makhluk itu menyamar. Bagi Salmah, mereka
meragui tentang makhluk itu kerana pendapat-pendapat yang bersanggah.
4. Klimaks
Salmah, Chandran dan Chong akhirnya bersetuju akan perkara-perkara yang dihujahkan
oleh makhluk Utopia.
5. Peleraian
Akhirnya, tiga sahabat ini menjelaskan bahawa mereka harus merancang strategi
kepimpinan untuk merealisasikan perkara yang dihujahkan. Mereka mesti menyelesaikan
masalah kemerosotan moral generasi muda dan memperkemaskan disiplin supaya setiap
yang dirancang akan lebih berkesan. Mereka harus memulakannya dari sekarang.
Teknik Plot
1. Teknik dialog
Dialog antara watak Salmah, Chandran dan Chong, contohnya
Chandran:Ah, Makhluk Utopia yang berdebat dengan kita tadi tu!
Chong: Entah, aku rasa macam mimpi saja.
Salmah:Tapi, takkanlah ketiga-tiga kita bermimpi serentak?
2. Teknik suspens
Kedatangan dua Makhluk Utopia dan menghampiri Salmah, Chandran dan Chong. Mereka
hendak lari.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
1. Salmah
Mahasiswa berusia 22 tahun
Wajah tipikal seorang gadis Melayu dan berkulit sawo matang
Berfikiran objektif, terbuka ,petah dan berani mengemukakan pendapat - Salmah berdialog
dengan Chong yang menegaskan bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup menerima
kritikan.
2. Chandran
Mahasiswa berusia 22 tahun
Wajah tipikal seorang pemuda India dan fasih berbahasa Melayu
Berperawakan sederhana.
Bijak berhujah,kritis dan banyak memberikan pendapat - Chandran menyatakan
pendapatnya bahawa generasi dewasa harus bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku
kepada generasi muda.
3. Chong
Mahasiswa berusia 22 tahun
Wajah tipikal seorang pemuda Cina fasih berbahasa Melayu dan bijak berhujah
Mudah emosional dan cepat sejuk - Chong marah kerana tidak bersetuju dengan
pendapat Makhluk Utopia bahawa generasi mereka belum buat apa-apa.
Watak Sampingan
1. Makhluk Utopia I dan II
Makhluk asing dari planet Utopia
Watak mereka muncul dalam mimpi
Bijak mengemukakan pendapat - Makhluk Utopia memberikan pendapat bahawa
makhluk bumi berada dalam situasi yang kritikal ke arah kemusnahan.
Latar
Latar masa
waktu petang pada tahun 2020
Latar tempat
Kampus universiti tempat Salmah, Chandran dan Chong belajar
Latar masyarakat
1. Masyarakat kampus - Salmah, Chandran dan Chong.
2. Masyarakat dari planet Utopia - Makhluk Utopia 1 dan 2.
3. Masyarakat yang bijak berhujah - Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk
Utopia.
4. Masyarakat remaja yang cinta akan negara - hujah-hujah Chong menunjukkan
cintanya kepada tanah air.
Gaya Bahasa
Kata ganda, contohnya bangunan-bangunan
Sinkope, contohnya tak ada satu pun yang baik
Peribahasa, contohnya bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Nilai
1. Nilai keberanian - Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran
untuk membangunkan negara.
2. Nilai cinta akan tanah air - Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu
menjadi pemimpin pada masa akan datang.
3. Nilai baik hati - Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran
kepada penduduk bumi.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam hidup
bermasyarakat seperti yang ditunjukkan oleh Salmah, Chandran dan Chong.
2. Remaja hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam
kehidupan.
3. Remaja hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan memiliki jati diri yang kental.
4. Remaja hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa
hadapan.
Latihan
1. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik dalam
kalangan generasi muda?
2. Nyatakan bukti-bukti bahawa negara Malaysia sudah mengalami pembangunan yang pesat.
Jawapan
1. Usaha-usaha memupuk semangat patriotik dalam kalangan generasi muda idapat dilakukan
dengan cara melalui mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan di sekolah. Peranan
media massa seperti tayangan dokumentari . Selain itu, kempen kewarganegaraan di
seluruh sektor awam dan sektor swasta.
2. Bukti Negara Malaysia pesat membangun ialah pembinaan bangunan pencakar langit,
pembinaan Jambatan Pulau Pinang,kereta nasional dan lebuh raya nasional.
Gelanggang Tuk Wali (Ismail Kassan)
Sinopsis
Babak 1
Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali, untuk memaklum jemputan bersilat di majlis
perkahwinan rumah Haji Kodri. Kedatangannya disambut oleh Mak Umi. Tuk Wali mahu
memenuhi jemputan tersebut walaupun demam,. Tuk Wali juga berbual dengan Ripin tentang
kerakusan manusia yang menyebabkan kepupusan spesies pokok-pokok herba di hutan
sebagaimana yang dilakukan oleh Si Guan. Tuk Wali kesal oleh sebab harga akar-akar kayu
semakin rendah Tuk Wali meminta Ripin memastikan murid-murid silat berkumpul kerana
wartawan akan datang pada malam itu.
Babak 2
Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan berpakaian baju Melayu
yang lengkap dengan samping dan bersongkok. Tidak lama kemudian, Imam dan Siak
berkunjung ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh Mak Umi. Siak menyatakan
perasaan tidak senang kerana, dia masih bersilat di gelanggang. Baginya Tok Wali sepatutnya
menghabiskan masa di masjid. Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini
suaminya tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap
malam. Bagi Mak Umi, Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis, tidak
melanggar adat dan agama. Mak Umi meminta Imam dan Siak bercakap dengan Tuk Wali
sendiri tentang hal itu. Dia juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam kepada Tok Wali.
Babak 3
Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee cucu tirinya, Piee yang telah
memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. Mak Umi mahu Tuk Wali mengubatkan Piee yang
menagih dadah. Tuk Wali menyuruh Mak Umi menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi.
Tuk Wali terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wang tambang Tuk Wali ke
Mekah yang berjumlah RM2000.00. Mak Umi memaklumkan nasihat Imam dan Siak kepada
Tok Wali. Tuk Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu
mengubatkan orang yang patah kaki, terseliuh, dan histeria. Tuk Wali mengimbas dirinya ketika
muda dahulu sering dipuji,dan dianggap hebat. Apabila dia sudah tua segala yang
dilakukannya dipandang tidak elok. Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya seperti Ripin
menggantikan tempatnya untuk bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali mengatakan bahawa silat
sudah sebati dengan dirinya. Tok Wali dikunjungi oleh Ripin dan Mariam. Tuk Wali
menyarankan Ripin dan Mariam mengambil tempatnya untuk mengajar silat tetapi mereka
berdua tidak bersedia Mereka merayu agar Tuk Wali terus mengajarkan silat. Tuk Wali
mengambil sebilah keris dan menceritakan asal usul keris tersebut Tok Wali merasakan
Ripinlah yang layak untuk menjadi pewaris keris itu. Dua orang wartawan dari majalah
Pejuang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu ramahnya.. Piee cucu
tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Setelah kedua-dua wartawan itu
pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dalam biliknya. Empat orang
pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Menyangka Tuk Wali tiada di rumah mereka bermain
gitar, menyanyi sambil menari-nari. Tuk Wali memarahi mereka. Salah seorang pemuda telah
ditampar oleh Tuk Wali kerana bersikap biadap.
Babak 4
Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak
berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka
bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari Ripin untuk meleraikan pergaduhan
tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak
menyelesaikan masalah dengan cara berunding.. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke
rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak
akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi
indah.
Babak 5
Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta sebilah keris yang tersisip di
dinding beranda itu. Tuk Wali menyedari perkara itu dan marahi Piee Kemudian berlaku
pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali dengan Piee. Semasa Tuk Wali ingin mengambil
biola yang dijatuhkan oleh Piee, Tuk Wali ditikam oleh Piee. Tikaman itu terkena di perut Tuk
Wali. Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee. Tuk Wali semakin lemah apabila
banyak darah keluar daripada lukanya. Ripin terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring
berlumuran darah. Ripin mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan. Tuk
Wali sempat menyerahkan keris tersebut kepada Ripin sebelum meninggal. Ripin ingin
menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali. Siak
dan Imam muncul dan melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali telah terbujur
kaku. Imam menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Berlaku tuduh menuduh
antara Siak dan Ripin Mariam dan Mak Umi sampai lalu menerpa ke arah mayat Tuk Wali.
Mak Umi dan Mariam ingin tahu orang yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Ripin saling
menuduh sekali lagi. Mak Umi menafikan Ripin membunuh Tuk Wali.
Pemikiran Drama:
Pemikiran drama Tok Wali ialah perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa.
Tok Wali mengajarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung.
Dia juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara
warisan hutan tersebut pada masa akan datang.
Persoalan:
1. Persoalan sikap hormat –menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap
orang yang berilmu
Ripin amat menyanjung tinggi Tok Wali yang telah mengajarnya ilmu silat.
2. Persoalan budaya warisan bangsa yang diremehkan.
Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tok Wali kerana bersilat dalam
majlis perkahwinan.
3. Persoalan masalah penagihan dadah yang sukar dirawat.
Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh
ibu bapanya.
4. Persoalan perasaan dengki dan khianat.
Ada pihak yang dengki kepada Tok Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di
rumah Haji Kodri.
5. Persoalan dendam yang berpanjangan.
Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tok Wali kerana Tok Wali berkahwin
dengan bekas tunangnya
6. Persoalan keprihatin dan dalam kalangan masyarakat.
Tok Wali merawat orang sakit, menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa
meminta sebarang upah.
Plot:
Jenis Plot :
Bersifat kronologi – peristiwa berkembang mengikut urutan waktu babak demi babak. Walau
bagaimanapun terdapat unsur imbas kembali, contohnya sejarah keris yang diwarisi oleh Tok
Wali.
Pembinaan Plot:
Terdapat empat peringkat binaan plot iaitu
(i) Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak utama iaitu Tok Wali dan watak-watak
sampingan iaitu Mak Umi dan Ripin. Tok Wali diundang membuat pertunjukan silat di
majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.
(ii) Perkembangan
Tok Siak berkunjung ke rumah Tok Wali dan berjumpa dengan Mak Umi. Mereka
berhasrat menasihati Tok Wali agar berhenti bersilat kerana usia Tok Wali telah
lanjut dan tidak manis dipandang jika masih lagi bersilat di gelanggang.Tok Wali
kesal kerana peranannya tidak lagi dihargai oleh orang-orang kampung. Berlaku
pertarungan antara Siak dan Tok Wali kerana Tok Wali telah menampar anak
saudara Tok Wali.
(iii) Klimaks
Tok Wali telah ditikam oleh Piee semasa Piee mencuri keris dan biola milik Tok Wali.
Tok Wali mati setelah sempat menyerahkan keris kepada Ripin.
(iv) Peleraian
Berlaku tuduh-menuduh antara Ripin dan Siak tentang pembunuh yang telah
menikam Tok Wali.
Teknik Penceritaan:
1. Teknik pemerian
Pengarang menggambarkan ruang hadapan rumah Tok Wali yang dipamer dengan
pelbagai jenis senjata lama.
2. Teknik dialog
Sebahagian besar drama disampaikan dalam bentuk dialog antara watak.
3. Teknik imbas kembali
Tok Wali menceritakan peristiwa dia menewaskan 4 orang perompak kedai emas
.Secara kebetulan dia sedang duduk di bangku kedai emas tersebut.
4. Teknik suspens.
Pembaca tertanya-tanya pihak yang akan menang dalam pertarungan antara Siak dan
Tok Wali.
Watak dan Perwatakan
1. Tok Wali
1. Watak utama
2. Nama sebenarnya ialah Wak Raja Waliudin bin Raja Agus.
3. Dia berumur dalam lingkungan 70-an.
4. Dia merupakan guru silat yang membuka gelanggangnya sendiri di halaman rumah.
5. Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis
penyakit.
6. Dia seorang yang tegas dengan pendirian
Tok Wali tetap mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri walaupun dinasihati
oleh isterinya, Siak dan Imam.
7. Dia seorang yang berani.
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
8. Dia seorang yang pantas bertindak
Tok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.
9. Dia seorang yang taat akan perintah agama.
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat
sunat.
10. Dia seorang yang suka membantu orang lain
Tok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah tanpa
meminta upah.
2. Ripin
1. Anak murid Tok Wali
2. Berusia dalam lingkungan 30-an
3. Anak murid yang dipercayai oleh Tok Wali untuk mewarisi kerisnya.
4. Dia seorang yang menghormati orang tua
Ripin sangat menghormati Tok Wali dan bersopan ketika bercakap dengan Tok Wali.
5. Dia seorang yang taat suruhan gurunya.
Apabila disuruh oleh Tok Wali mengumpulkan anak-anakmuridnya kerana ada pemberita
datang, Ripin patuh akan kehendak Tok Wali
6. Dia seorang pendendam
Ripin mahu menuntut bela atas kematian Tok Wali.
3. Mak Umi
1. Dia ialah isteri Tok Wali.
2. Berusia dalam lingkungan 50-an.
3. Dia mahir ilmu persilatan semasa muda.
4. Dia seorang yang bijak
Mak Umi bijak membalas percakapan Siak dan Imam yang mahu menasihati Tok
Wali.
5. Dia seorang yang penyabar
Mak Umi sabar melayan kerenah Tok Wali yang membidas kata-katanya.
6. Seorang yang prihatin
Mak Umi mengambil berat tentang Piee yang menjadi penagih dadah.
Latar
Latar masa
1. Pada waktu pagi
Ketika Ripin datang ke rumah Tok Wali.
2. Pada waktu petang
Ketika Tok Wali bersiap sedia hendak pergi ke majlis kenduri di rumah Haji Kodri.
3. Pada waktu malam
Ketika Tok Wali bermain biola dan berbual-bual dengan Mak Umi.
Latar tempat
1. Di rumah Tok Wali
2 orang pemberita datang menemu ramah Tok Wali di rumahnya.
2. Di gelanggang silat
Tok Wali bertarung dengan Siak di gelanggang silat.
Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mempertahankan warisan bangsa.
Tok Wali mengajarkan ilmu silat supaya dapat diwarisi oleh anak-anak muda
kampungnya.
2. Masyarakat yang beradab.
Tok Wali memenuhi jemputan Haji Kodri supaya membuat pertunjukan silat di majlis
kenduri di rumahnya.
3. Masyarakat yang saling menghormati
Ripin menghormati Tok Wali kerana memiliki ilmu persilatan dan melayan percakapan
Tok Wali dengan sopan.
4. Masyarakat yang hipokrit
Siak menggunakan alasan agama untuk mengurangkan pengaruh Tok Wali di kampung
itu.
5. Masyarakat yang tidak berakhlak.
Piee menjadi penagih dadah dan sukar dipulihkan lagi.
6. Masyarakat yang taat perintah agama.
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid.
Gaya bahasa
1. Penggunaan bahasa Arab
Assalamualaikum Insya-Allah , Astagfirullahal’azim
2. Bahasa Inggeris
Sorryl-ah..
3. Bahasa Indonesia
Bisa copot jantungku
4. Sinkope
Yang itu tak pulak disebut!.
Kerana dah tualah tak jadi manis tu!
5. Simile
Kawannya macam lalat
ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya.
macam rimau tak ada gigi
6. Simpulan bahasa
kambing hitam
7. kata ganda
bertalu-talu, gegak-gempita
Nilai
1. Nilai ketegasan
Tok Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri
kerana baginya perbuatannya itu tidak salah.
2. Nilai keberanian
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
3. Nilai taat akan perintah agama
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat
sunat.
4. Nilai hormat-menghormati
Ripin menghormati Tok Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya.
5. Nilai bertanggungjawab
Tok Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat
kepada anak-anak muda kampung tersebut.
6. Nilai tolong-menolong
Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara
Tok Wali dan Siak.
7. Nilai keprihatinan
Tok Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti
menggali kubur dan memandikan jenazah.
Pengajaran:
1. Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan dating berpeluang
mendapat manfaatnya.
2. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka
banyak berjasa kepada kita.
3. Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan
balasan agar masyarakat hidup harmoni.
4. Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang
negatif.
5. Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak
berlaku kecederaan atau pertumpahan darah.
6. Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sejahtera.
7. Kita hendaklah bijak menangani masalah yang timbul agar tidak menimbulkan
kesusahan kepada diri sendiri kelak.
Latihan
1. Jelaskan tiga persoalan yang terrdapat dalam drama Tok Wali.
2. Sebutkan empat peranan Tok Wali dalam kalangan masyarakat kampungnya.
Jawapan :
1. Persoalan dalam drama Tok Wali ialah persoalan budaya warisan bangsa yang
diremehkan, contohnya ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tok Wali
kerana bersilat dalam majlis perkahwinan. Terdapat juga persoalan masalah penagihan
dadah yang sukar dirawat, contohnya Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan
kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya. Persoalan ketiga ialah
persoalan perasaan dengki dan khianat, contohnya ada pihak yang dengki kepada Tok
Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.
2. Peranan Tok Wali dalam kalangan masyarakat kampungnya ialah sebagai tukang urut
jika ada yang patah atau terseliuh, melakukan tugas meminang, menjadi tok mudim dan
sebagai penggali kubur.
Puisi Tradisional
(Gurindam 12 Fasal yang Keenam)
Maksud
Rangkap 1
Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.
Rangkap 2
Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan
setiap kemusykilan.
Rangkap 3
Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.
Rangkap 4
Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan
Tema
Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi.
Persoalan
1. Persoalan kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan.
2. Persoalan kebijaksanaan dalam memilih guru .
3. Persoalan kepentingan mempunyai isteri yang setia
Bentuk
1. Terdiri daripada empat rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada dua baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara empat hingga lima.
Cahari olehmu akan sahabat (4 perkataan)
Yang boleh tahukan tiap seteru (5 perkataan)
4. Terdiri daripada sembilan hingga sebelas suku kata.
Yang boleh dijadikan ubat ( 9 suku kata)
Cahari olehmu akan isteri ( 11 suku kata)
5. Rima akhir syair ini ialah aa
6. Bentuk gurindam ini terikat dengan puisi tradisional.
Gaya Bahasa
1. Asonansi - Cahari olehmu akan sahabat – pengulangan vokal a
2. Aliterasi - Yang boleh menyerahkan diri - pengulangan konsonan n
3. Sinkope - Cahari olehmu akan sahabat (rangkap 1 baris 1)
4. Penggunaan kata klasik : cahari
5. Penggunaan bahasa kiasan - Yang boleh menyerahkan diri (mahu menurut kata
suami)
Nilai
1. Nilai kebijaksanaan.
Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat
kepadanya.
2. Nilai ketaatan.
Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami.
3. Nilai keikhlasan
Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.
Pengajaran
1. Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah
dan senang.
2. Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat
membimbing kita.
3. Seseorang suami haruslah bijak memilih isteri yang setia agar perhubungan mereka
berkekalan.
Latihan
1. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu memilih sahabat yang baik?
2. Berikan dua nilai yang terdapat dalam Gurindam 12 Fasal yang Keenam
Jawapan
1. Pada pendapat saya, kita perlu memilih sahabat yang baik kerana sahabat dapat
membantu kita ketika menghadapi kesusahan dan menjadi penghibur ketika kesunyian.
2. Nilai yang terdapat dalam Gurindam 12 Fasal yang Keenam ialah nilai kebijaksanaan.
Contohnya, semasa memilh sahabat, guru dan isteri, seseorang itu hendaklah
menggunakan akalnya yang bijaksana agar mendapat calon yang sesuai. Selain itu,
menerusi puisi ini juga terdapat nilai keikhlasan. Contohnya, seseorang itu perlulah
ikhlas terhadap sahabatnya agar perhubungan mereka berkekalan.
Mengintai Ruang Insaf
(Shukri Abdullah)
Rangkap 1 Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya dari rahmat Allah s.w.t. Rangkap 2 Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran dari Ilahi. Rangkap 3 Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya. Rangkap 4 Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka. Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat. 1. Persoalan fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup..
2. Persoalan keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu.
3. Persoalan keinginan untuk kembali mendapat keampunan dan rahmat Allah.
4. Persoalan kesukaran mendapat rahmat Allah akibat berterusan melakukan dosa dalam
hidup.
Maksud
Tema
Persoalan
1. Terdiri daripada empat rangkap
2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada empat baris, rangkap kedua ada
enam baris, rangkap ketiga terdiri daripada lima baris manakala rangkap keempat terdiri
daripada tiga baris.
3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris.
4. Rima akhirnya bebas abab,abcdbe,aabcd dan abb.
5. Sajak ini berbentuk bebas.
Melankolik.
1. Pemilihan kata atau diksinya indah.
Contoh : tubuhku tercalar duri pidana.
2. Aliterasi :pengulangan konsonan n Contoh : Tanpa kembali ke tunjang makna (rangkap 3 baris 2)
3. Pengulangan konsonan k
Contoh : kerap kakiku tersadung selirat akar (rangkap 2, baris 2)
4. Dialog Contoh : “Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?”
5. Asonansi :pengulangan vokal i
Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup. (rangkap 2, baris 1)
Bentuk
Nada
Gaya bahasa
6. Pengulangan vokal u Contoh : masih terbuka ruang untuk (rangkap 3, baris 4)
7. Metafora Contoh : Sewaktu berlari di padang hidup (rangkap 2, baris 1)
8. Hiperbola
Contoh : Tubuhku tercalar duri pidana (rangkap 2, baris 3)
9. Penggunaan bahasa asing. Contoh : Rabb (bahasa arab)
10. Sinkope
Contoh : Kerap kakiku tersadung selirat akar.
1. Nilai keinsafan, contohnya timbulnya perasaan insaf yang mendalam untuk bertaubat akibat
kesalahan masa lampaunya.
2. Nilai rasional, contohnya penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya.
3. Nilai kesedaran, contohnya penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan.
1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu.
2. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu.
3. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu.
4. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.
Nilai
Pengajaran
Soalan
1. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini.
2. Nyatakan dua faktor yang boleh mendorong seseorang itu insaf. Jawapan :
1. Dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini ialah penggunaan bahasa asing iaitu Rabb (bahasa arab) dan sinkope ,contohnya, Kerap kakiku tersadung selirat akar.
2. Dua faktor yang mendorong seseorang itu insaf ialah sedar akan kesilapan yang lampau dan mempunyai keinginan untuk bertaubat.
Prosa Tradisional
(Hikayat Indera Nata)
Sinopsis
Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian
lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya
tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera
Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang.
Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera
Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah
Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka.
Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit
yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat
sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan
dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya
mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata
dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang
puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh
sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma
bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu
Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.
Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan
puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka
cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas.
Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak
dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi
berburu . Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik
gajah bergading emas.
Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari
kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai
tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk
emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada
masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah
bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu.
Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan
memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading
emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera
mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera
Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila
mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara
Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan
naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga
tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik
Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik
raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.
Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh
malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat
gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku
dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka
semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.
Tema
Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran
Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja
Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang
buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri
daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa.
Persoalan
1. Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja
Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka daripada
dibaham binatang buas yang terdapat di dalam hutan.
Indera Nata berani masuk ke mahliga raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri.
Indera Nata mempunyai kebolehan bercakap atau berinteraksi dengan haiwan.
2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik darpada
mengembara.
Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika
menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.
3. Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri
Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah
bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia
bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas segera.
Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah sekali lagi dengan menyuruh raksasa lelaki
mencari kijang putih bertanduk emas dan raksasa perempuan mencuci kain hitam menjadi
putih sebagai tanda sayang kepada mereka. Sebenarnya dia bertujuan untuk melarikan diri
bersama Indera Nata dan puteri-puteri yang lain semasa ketiadaan raksasa.
4. Persoalan tolong-menolong sesama manusia
Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas di
hutan.
Indera Nata membantu menyelamatkan ketujuh-tujuh puteri daripada tawanan raksasa.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Indera Nata
Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati
Digelar Si Piatu
Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat
bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.
Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh
bercakap dengan binatang.
Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas
Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa.
Watak Sampingan
Tuan Puteri Cendera Kesuma
Anak Raja Mesir
Memiliki rupa paras yang cantik
Menjadi tawanan raksasa .
Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan
berpantun.
Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan
diri daripada raksasa
Raksasa suami isteri
Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi.
Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan.
Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut
Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk
mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom
Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma
Indera Jenaka
Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar
Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikan
dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya.
Seorang yang berterus terang - Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si
Piatu iaitu Indera Nata.
Latar
Latar Tempat
i. Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar)
Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nata
ii. Negeri Pattani
Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata
boleh bercakap dengan haiwan.
iii. Sebuah bukit yang tinggi
Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-
sama tujuh orang puteri yang ditawan.
iv. Sebuah peti emas
Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa
balik ke mahligai.
v. Tepi Laut / Pantai
Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.
Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati)
Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri.
Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ.
Latar Masa
Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas.
Waktu petang – raksasa tidur.
Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas.
Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama tujuh
puteri.
Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri.
Latar Masyarakat
Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan
Puteri Cendera Kesuma
Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya
dimakan oleh raksasa
Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara
mencari gajah bergading emas
Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan
bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta
bantuan Betara Gangga.
Masyarakat raksasa – sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit.
Masyarakat haiwan – gajah bergading emas, ular sakti dan naga
Gaya Bahasa
Bahasa Klasik – sebermula, hatta
Bahasa istana - tuanku , kakanda , anakanda .
Simile – maka ia mendengar bunyi seperti ribut , ia berani dengan segala binatang itu
adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga.
Puisi – pantun contoh:
Ikan pari bertelur beribu
Bertelur sejengkal juga;
Hujan arah ke langit biru,
Tawakalku dapat juga.
Bahasa Arab – Allah
Hiperbola – gajah bergadingkan emas , kijang putih bertandukkan emas , parasnya gilang-
gemilang, cahayanya kilau-kilauan.
Nilai
Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri.
Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan
tujuh puteri.
Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.
Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan
raksasa dan Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah
bergading emas bagi membantu Indera Nata.
Pengajaran
Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.
Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni.
Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.
Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya.
Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.
Latihan
1. Nyatakan empat latar masyarakat yang terdapat dalam prosa tradisional Hikayat Indera
Nata.
2. Jelaskan 3 watak sampingan dan perwatakannya dalam prosa tradisonal Hikayat Indera
Nata.
Jawapan:
1. Latar Masyarakat
Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan
Puteri Cendera Kesuma
Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya
dimakan oleh raksasa
Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom
mengembara mencari gajah bergading emas
Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan
bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta
bantuan Betara Gangga.
1. Watak Sampingan
Tuan Puteri Cendera Kesuma
Anak Raja Mesir
Memiliki rupa paras yang cantik
Menjadi tawanan raksasa bersama enam puteri yang lain untuk dimakan oleh raksasa
apaabila mereka besar
Petah berkata-kata
Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk
menyelamatkan diri daripada raksasa
Menetap di rumah Tuan Puteri Cenderawati bonda Indera Nata selepas bebas daripada
tawanan raksasa
Raksasa suami isteri
Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi bersama tujuh orang puteri yang
ditawan.
Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut
Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk
mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom
Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma
Indera Jenaka
Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar
Pernah bersama-sama Indera Nata dan diselamatkan oleh Indera Nata daripada serangan
binatang buas di dalam hutan
Menghargai jasa Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan Indera Nata
kepada kedua-dua ibu bapanya.
Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si Piatu iaitu Indera Nata.
Prosa Tradisional (Hikayat Khoja Maimun)
Bab 1 :
Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik
bernama Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung
Bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat
ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat
keuntungan hasil daripada menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja
Maimun turut membeli seekor burung tiung betina.
Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah.
Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika
itu dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati. Bibi
Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun, tiung
melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan
hukum Allah. Bibi Zainab amat marah mendengar nasihat itu, lantas menghempas tiung
sehingga mati. Seterusnya, dia meminta pandangan daripada Bayan pula. Bayan berusaha
melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya.
Bab 2: Cetera Pertama
Cetera pertama berkisar tentang Kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri
saudagar. Isteri saudagar berbuat demikian kerana mengesyaki bahawa Bayan telah
membocorkan dia telah bermukah dengan seorang fakir kepada suaminya. Bayan
menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan isteri
saudagar tersebut mengganggap Bayan telah mati
Isteri saudagar menberitahu kepada suaminya bahawa bayan telah mati akibat dimakan
kucing. Namun, helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar tersebut marah dan
menghalau isterinya. Dia telah pergi ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar
suaminya menerimanya kembali. Setelah bulu bayan tumbuh kembali, dia keluar dari tempat
Sinopsis
persembunyian lalu terbang ke kubur Tuan Syeikh untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat.
Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas
dendam. Bayan menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke
pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan isterinya yang
membunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima kembali.
Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah
siang. Pada hari yang lain Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja itu, namun
Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya.
Bab 3: Cetera Kedua
Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang
dicurahkannya selama ini. Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan yang
menganugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam suatu majlis keramaian, Taif
telah menyatakan hasrat untuk melawan Isteri Syah Alam sehingga menyebabkan rajanya
murka.
Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara perempuan.
Raja menitahkan Taif untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif
inginkan daulat raja Tabristan bertambah dan umur baginda dipanjangkan, dia harus
membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut, namun
dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif.
Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia
dianugerahi sebuah negeri dan harta yang banyak. Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab
menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Malam berikutnya, Bayan
bercerita lagi.
Bab 4 : Cetera Ketiga
Terdapat seorang suami yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala
tindak tanduk isterinyanya dikawal. Isterinya telah bercerita tentang seorang suami yang terlalu
memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku sumbang terhadapnya.
Hal ini demikian kerana, dia pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan oleh isterinya.
Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untuk membawanya
berjalan-jalan, kerana bimbang isterinya akan bersenda gurau dengan lelaki lain.
Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia
setia, namun kesetiaannya masih diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai
kain kesumba ketika suaminya pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akan layu dan
kain itu akan luntur
Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim
kemarau. Raja di negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyebabkan saudagar itu
menceritakan hal sebenar. Kebijaksanaan isteri saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji
kesetiaan isteri saudagar dengan menghantar seorang hamba raja menemuinya namun gagal.
Seterusnya, tiga orang hamba dihantar untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi, namun
turut mengalami kegagalan. Akhirnya raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi.
Isteri saudagar menasihati Raja agar takut akan azab Allah dan segera bertaubat.
Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian
apabila Bayan bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya, Bibi
Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya.
Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri. Cerita-cerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan seseorang isteri dan perlu memiliki etika yang murni untuk menghindarkan daripada berlaku curang.
1. Persoalan kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan.
Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, bayan berpura-
pura tidur.
Tema
Persoalan
2. Persoalan kecurangan seorang isteri
Semasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh hati dengan anak raja.
3. Persoalan kewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.
Khoja Maimun keluar berniaga untuk mencari rezeki.
4. Persoalan kejujuran dalam sebuah perhubungan
Isteri saudagar jujur terhadap suaminya walaupun banyak lelaki cuba mendekatinya.
Secara keseluruhannya plot prosa tradisional digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu:
i. Permulaan
Khoja Maimun digambarkan sebagai seorang saudagar yang kaya dan memiliki isteri
yang cantik bernama Bibi Zainab. Mereka membeli burung bayan jantan dan tiung
betina. Khoja Maimun mengusahakankan perniagaannya di tempat lain tanpa membawa
isterinya.
ii. Perkembangan
Bibi Zainab rindu akan suaminya yang pergi belajar. Bibi Zainab jatuh hati kepada anak
raja. Dalam Cetera Pertama, Bayan bercerita kisah seekor burung Bayan yang dicabut
bulunya oleh isteri saudagar. Manakala dalam cetera kedua, Bayan bercerita kisah Taif
dengan Raja Tabristan. Seterusnya dalam Cetera Ketiga, Bayan bercerita kisah suami
yang amat cemburu kepada isterinya.
iii. Konflik
Bibi Zainab ingin bertemu dengan anak raja semasa ketiadaan suaminya.
iv. Klimaks
Bibi Zainab berpakaian cantik untuk bertemu kekasihnya. Bayan menasihati Bibi Zainab
supaya tidak berpakaian yang keterlaluan kerana boleh mendatangkan fitnah.
Plot
v. Peleraian
Bibi Zainab melupakan hasrat untuk bertemu kekasihnya kerana lebih berminat dengan
cerita Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya Bibi Zainab insaf kerana berniat
curang terhadap suaminya.
Watak Utama
Burung Bayan
Bersaiz kecil
Taat pada tuannya – Burung Bayan cuba mengelakkan Bibi Zainab daripada berlaku
curang kepada tuannya Khoja Maimun.
Pandai membuat ramalan – Ramalan Burung Bayan bahawa akan datang kafilah untuk
membeli sanbal benar-benar terjadi.
Bijak bercerita – Cerita yang disampaikan Bayan menarik hati Bibi Zainab sehingga dapat
mengelakkannya daripada berlaku curang.
Watak Sampingan
Bibi Zainab
Cantik
Penyayang terhadap suami – Dia ingin bersama-sama suaminya pergi berlayar.
Curang – Dia jatuh hati kepada putera raja dan ingin berjumpa pada waktu malam.
Kejam - Dia membunuh Tiung yang cuba menasihatinya.
Watak dan Perwatakan
Khoja Maimun
Bertanggungjawab – Dia pergi belayar demi mencari rezeki.
Penyayang – Dia terlalu kasih akan isterinya Bibi Zainab.
Bijak – Khoja Maimun bijak menjalankan perniagaan.
Taif
Setia – Taif tetap berbakti kepada raja walaupun dimurkai oleh raja.
Rela berkorban - Dia sanggup kematian anaknya demi Raja Tabristan.
Taat perintah – Taif menurut perintah Raja Tabristan yang mahu dia menyiasat tentang
bunyi suara yang didengar.
Latar Masa
Waktu malam
Bibi Zainab berhias dengan cantik untuk menemui kekasih hatinya.
Waktu pagi
Bayan selesai bercerita pada waktu pagi .
Latar Tempat
i. Negeri Ajam
Khoja Maimun menetap di situ
ii. Pekan
Khoja Maimun dan Bibi Zainab membeli burung bayan dan tiung di pekan.
Latar
iii. Jendela
tempat Bibi Zainab melihat anak raja
iv. Kubur Tuan Syeikh
Isteri saudagar berdoa di kubur dan bertemu semula dengan Bayan.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan ajaran agama -Isteri saudagar menasihati raja agar
bertaubat
2. Masyarakat yang menurut hawa nafsu - Bibi Zainab tidak dapat menahan perasaan
berahinya terhadap anak raja
3. Masyarakat yang pemurah - Raja Tabristan menganugerahi Taif pelbagai hadiah.
4. Masyarakat yang jujur memikul amanah yang diberikan - Taif begitu setia dan jujur
kepada Raja Tabristan.
Pemerian
Pengarang menceritakan suasana ketika Khoja maimun hendak pergi belayar –
Setelah sudah maka Khoja Maimun pun bermohonlah kepada isterinya lalu dipeluk
diciumnya akan isterinya yang cantik molek itu, muda molek dengan kelakuannya yang baik
dengan tiada yang tidak baiknya itulah adanya, antara keduanya itu bertangisan dengan air
matanya serta menaruh akan dua ekor burung itu. Maka Khoja maimun pun pergilah
belayar.
Teknik Penceritaan
Dialog
Dialog antara Khoja Maimun dengan penjual burung bayan di pekan –
“Hendakkah tuan hamba membeli Bayan?”
Maka sahut Khoja Maimun, “Berapa harganya?” Maka kata orang itu, “Seribu dinar
Bayan hamba ini harganya.”
Monolog dalaman
Taif pun fikir di dalam hatinya, “Jikalau aku katakan yang sebenarnya pada raja bahawa
sekali-kali raja tiada percaya seperti kataku. Jikalau demikian baik aku katakan yang
lainlah.”
a) Simile
….dan ia seumpama air yang masin…kuning seperti muka orang durjana
b) Penggunaan bahasa Arab
Allah azzawajalla
c) Perlambangan
….emas itu berkuasa….
d) Inversi
“ seribu dinar bayan hamba ini harganya”
1. Nilai kasih sayang terhadap pasangan
Contoh: Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati.
Gaya Bahasa
Nilai
2. Nilai ketaatan terhadap ketua
Contoh: Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh
anaknya.
3. Nilai prihatin terhadap keluarga
Contoh: Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari
nafkah buat keluarga
4. Nilai keinsafan atas kesalahan yang dilakukan -
Contoh: Bibi Zainab insaf atas kesalahan yang dilakukan kerana cuba menduakan
suaminya.
1. Kita mestilah patuh kepada perintah Allah agar dapat menghindarkan diri daripada
kemungkaran
2. Kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki buat keluarga agar kehidupan lebih
sejahtera.
3. Kita perlulah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati agar memperoleh
kebahagian yang berkekalan.
4. Kita mestilah bijak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi agar tidak
mendatangkan kemudaratan.
Pengajaran
1. Senaraikan tiga perwatakan Bayan seperti yang terdapat dalam Hikayat Khoja Maimun.
2. Tuliskan tiga nilai yang di peroleh dalam Hikayat Khoja Maimun berserta contoh.
1. Tiga perwatakan Bayan seperti yang terdapat dalam Hikayat Khoja Maimun ialah
Bayan merupakan binatang yang bijaksana. Selain itu, taat kepada tuannya dan boleh
membuat ramalan tentang sesuatu yang bakal berlaku pada masa depan.
2. Tiga nilai yang terdapat dalam cerita ini ialah nilai kasih sayang terhadap pasangan
contohnya Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati. Kedua nilai
ketaatan terhadap ketua contoh Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga
rela membunuh anaknya. Ketiga nilai prihatin terhadap keluarga contoh Khoja Maimun
dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga
Latihan
Jawapan
Prosa Tradisional
(Merah Silu)
Sinopsis
Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah
dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya Merah
Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah
kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut. Merah Gajah mahu mencabut
rambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah
mencabut rambut tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga
menyebabkan kematiannya.
Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja
Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah iaitu
Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehingga berlaku peperangan
sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar rakyat. Hanya yang
tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku
taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu.
Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana
tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan
negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka
perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat banyak ikan dan
dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu yang ditahannya dipenuhi dengan
cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil keputusan membawa balik cacing gelang-
gelang itu dan merebusnya di dalam kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan
buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.
Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya.
Pada suatu hari , Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi oleh
Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya memalukan
dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum telah meminta Merah Silu
menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak
mahu mendengar katanya. Akhirnya Merah Silu mencari petempatan baru dengan membawa
segala harta dan kerbaunya. Merah Silu tiba di hulu Karang dan menetap di situ tetapi
kehadirannya tidak disenangai oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbau itu memakan
tanaman mereka.
Merah Silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di sini beliau
bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri tersebut
dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Megat Iskandar bersetuju membenarkan
Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada ladang yang luas. Merah
Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang
menyabung ayam dan yang menontonnya. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan
rakyat telah melantik Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Sultan Maliku’l- Nasar tidak
bersetuju dan menyerang Merah Silu. Beberapa siri peperangan berlaku antara Merah Silu
dengan Sultan Maliku”l- Nasar dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba
Jerun.
Tema
Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup.
Merah Silu menjadi yatim piatu setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan terpaksa merantau
dengan adiknya Merah Hasum meninggalkan Semerlanga dan membuka petempatan baru di
Beruana. Merah Silu terpaksa berpindah lagi kerana sikapnya tidak disenangi oleh adiknya. Dia
berpindah ke Hulu Karang tetapi tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbaunya
telah merosakkan tanaman mereka. Merah Silu menetap pula di Buluh Telang apabila dipelawa
oleh Megat Iskandar. Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-
Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun.
Persoalan
1. Persoalan perselisihan antara adik-beradik
Perselisihan faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah
Silu yang menangkap kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap
memalukannya.
2. Persoalan perkara di luar logik akal
Keistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh
misalnyanya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas
dan buihnya menjadi perak.
3. Persoalan keberanian anak raja
Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-Nasar sehingga
dia dirajakan di Rimba Jerun.
4. Persoalan sikap pemurah dalam kalangan masyarakat
Merah Silu yang suka menyabung ayam memberi hadiah seekor kerbau kepada orang
yang terlibat menyabung ayam dan juga kepada yang hanya datang melihat sahaja
malah dia juga memberi semula wang pertaruhan kepada mereka yang kalah.
5. Persoalan kegemaran berjudi dalam kalangan masyarakat
Merah Silu suka menyabung ayam dan mengunakan wang pertaruhan .
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Merah Silu
Anak sulung Merah Gajah dengan Puteri Betong
Mempunyai saudara bernama Merah Hasum
Menjadi yatim piatu sejak kecil setelah kematian ibu dan ayahnya
Kaya - Cacing gelang-gelang yang direbusnya bertukar menjadi emas dan buihnya
menjadi perak.
Suka menyabung ayam – Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan
Merah Silu.
Seorang yang tidak berputus-asa- Merah Silu berulang kali menahan bubu walaupun
hasilnya hanya cacing gelang-gelang.
Seorang yang berani- Merah Silu terlibat dalam beberapa siri peperangan.
Seorang yang pemurah- Merah Silu suka memberi hadiah kerbau kepada sesiapa yang
terlibat dalam sabung ayam.
Watak Sampingan
1. Merah Hasum
Adik kepada Merah Silu
Menghormati saudara- Dia bersetuju dengan pandangan Merah Silu untuk berpindah dari
negeri Semerlanga.
Tidak suka perkara sia-sia- Dia marahkan Merah Silu kerana menangkap kerbau liar.
Bersikap tegas – Dia menyuruh Merah Silu meninggalkan Beruana jika tidak mahu
menghentikan perbuatan menangkap kerbau liar.
2. Megat Iskandar
Saudara kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku”l-Nasar.
Tinggal di Buluh Telang.
Mempunyai ladang yang luas.
Bapa angkat kepada Merah Silu.
Tetap pendirian - Dia berperang di Kumat dengan saudaranya Sultan Maliku’l-Nasar
yang tidak bersetuju Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun
Seorang yang menghormati tetamu - Dia menjamu Merah Silu semasa kedatangan
Merah Silu ke Buluh Telang.
3. Sultan Maliku”l- Nasar
Adik kepada Megat Iskandar dan Megat Kedah
Tegas- Dia tidak bersetuju dengan tindakan Megat Iskandar untuk melantik Merah Silu di
Rimba Jerun.
Mempertahankan haknya sebagai raja di Rimba Jerun
Berani – Dia berperang dengan Megat Iskandar di Kumat.
Latar
Latar Tempat
1. Negeri Semerlanga
Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan kedua-duanya
terbunuh.
Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau.
2. Beruana
Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum.
Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya di hulu sungai
telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan
Merah Silu menjadi kaya.
3. Kerbau Kampung
Tempat Merah Silu menangkap kerbau liar.
4. Hulu Karang
Merah Silu tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbau Merah Silu
merosakkan tanaman padi dan pisang mereka.
5. Negeri Buluh Telang
Menetap di situ setelah dipelawa oleh Megat Iskandar.
Tempat Merah Silu mengamalkan hobinya menyabung ayam.
6. Rimba Jerun
Peperangan antara Sultan Maliku”l-Nasar dengan Merah Silu.
Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Maliku’l-Nasar ditewaskan oleh Megat
Iskandar di Kumat.
Latar Masa
1. Bermula dari kelahiran Merah Silu hingga dilantik menjadi raja di Rimba Jerun.
2. Waktu malam – semasa Puteri Betong tidur dan Merah Gajah mencabut sehelai rambut
Puteri betong yang berwarna keemasan menyebabkan kematiannya.
3. Waktu siang - Merah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan.
Latar Masyarakat
1. Golongan bangsawan – Merah Silu, Merah Hasum, Puteri Betong, Merah Gajah, Raja
Ahmad, Raja Muhammad, Megat Iskandar,Megat Kedah, Sultan Maliku’l-Nasar
2. Masyarakat yang suka menyabung ayam - Ramai juara sabung ayam datang bermain
menyabung dengan Merah Silu.
3. Golongan bawahan – orang yang diupah untuk mengorek lubang besar (anderak) bagi
menangkap kerbau liar
Golongan askar – golongan yang terlibat dalam beberapa siri peperangan.
Masyarakat yang suka membantu - Megat Iskandar mempelawa Merah Silu
menetap di situ.
Gaya Bahasa
1. Bahasa Klasik – anderak, dibantunnya), senawat
2. Bahasa istana - baginda, adinda, kakanda , anakanda
3. Bahasa Arab – berkat , Allah Taala
4. Personifikasi – matahari mati
5. Metafora – kerbau jalang
6. Hiperbola
- Bukit yang dilalui Merah Silu menjadi lekuk bekas kerbau itu berjalan .
- Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus.
Nilai
1. Nilai Taat Setia – rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan
banyak kehilangan nyawa.
2. Nilai Murah Hati - Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang
hadir ke gelanggang sabung ayam.
3. Nilai Keberanian - - Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku’l-Nasar untuk
menjadi raja di Rimba Jerun.
4. Nilai Berdikari – Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau
oleh Merah Hasum.
Pengajaran
Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan bukannya
peperangan.
Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu- gugat.
Kita hendaklah menghormati tetamu.
Kita janganlah menganiayai binatang.
Kita hendaklah menyelidik dahulu sesuatu perkhabaran sebelum mengambil sebarang
tindakan.
Latihan
1. Terangkan tiga latar tempat yang terdapat dalam cerita Merah Silu.
2. Jelaskan empat nilai murni yang terdapat dalam cerita Merah Silu.
Jawapan:
1. Latar Tempat
Negeri Semerlanga
Merah Gajah telah mencabut sehelai rambut berwarna keemasan Puteri Betong yang
menyebabkan kematiannya. Merah Gajah dibunuh oleh Raja Muhammad.
Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan kedua-duanya
terbunuh.
Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau.
Beruana
Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum.
Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya di hulu sungai
telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan
Merah Silu menjadi kaya.
Rimba Jerun
Di perintah oleh Sultan Maliku”l-Nasar.
Megat Iskandar mahu merajakan Merah Silu di situ.
Peperangan antara Sultan Maliku”l-Nasar dengan Merah Silu.
Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Maliku’l-Nasar ditewaskan oleh Megat
Iskandar di Kumat.
2. Nilai
Nilai taat setia
Contoh: Rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak
kehilangan nyawa.
Nilai murah hati
Contoh: Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke
gelanggang sabung ayam.
Megat Iskandar menjamu Merah Silu dan mempelawa Merah Silu menetap di negerinya.
Nilai keberanian
Contoh: Merah Silu berani keluar merantau dari Beruana setelah di halau oleh adiknya ,
Merah Hasum
Contoh: Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku’l-Nasar untuk menjadi
raja di Rimba Jerun.
Nilai berdikari
Contoh: Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh
Merah Hasum.
Prosa Tradisional (Pelayaran Yang Penuh Peristiwa)
Sinopsis
Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa dengan menaiki geliung (kapal) menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri
Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal
mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung
Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi
dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanya Awang Sulung tidak
bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas
sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru
geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin.
Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk
mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora. Sekali lagi Awang Sulung
menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih menyebabkan air
menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar daripada
pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa
Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu
daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata
jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga hari
tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa
sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri
baginda iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan
mencari kayu. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah
laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut
seperti yang diminta oleh tuan puteri, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan
sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri
memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang Sulung.
Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil oleh Awang Sulung yang
dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis.
Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua
anak kapal memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang
banyak lanun. Tuanku Nakhoda berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan
puterinya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan
menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan
Pulau Salah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan
diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang
Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila
mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan
limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan
memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarung
pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung.
Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama
ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang
Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas.
Setelah menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar
Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil tindakan untuk
terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuan puteri pengsan
tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan
puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu makan dan minum serta
memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing.
Selepas lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah
yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda. Dia
menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda
Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya
dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram dengan tindakan
ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui perkara sebenar Tuanku Nakhoda
Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya
dengan tuan puteri.
Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi
beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput
naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh
jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama
Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan
rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi . Awang
Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal
pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung ayam itu
berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam barulah
Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu.
Tema
Kelebihan dan kehebatan anak raja
Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh
menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mecmpakkan
tulang pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin menjadi manis, semasa ketibaan
Awang Sulung ke Negeri Pati Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam
berbunyi seolah-olah menyambutnya . Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya
Kinantan Suci yang hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan
lawannya, Si Jalak .
Persoalan
1. Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat
kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot
dan hitam.
2. Persoalan perasaan dengki dan iri hati
Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik
daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina
memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung.
3. Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat
Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda.
4. Persoalan menipu untuk mencapai sesuatu tujuan
Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang
menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada
serangan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia
dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
5. Persoalan menghormati tetamu
Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu
semasa naik ke balairung seri.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Awang Sulung Merah Muda
Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih
Anak kepada Tuanku Si Helang Laut
Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai
Menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa
Berwajah tampan – setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan
sabun wangi terserlahlah ketampanannya .
Memiliki keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya
Berhutang dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam
Berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Ditakuti lanun
Memiliki pelbagai kesaktian – Dia dapat menenangkan air laut yang bergelora,
menukarkan air masin menjadi manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk
menggerakkan geliung.
Patuh kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat
bergelanggang sebelum menyabung ayam.
Merendah diri – apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa dia mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi penghalau
ayam, penunggu itik atau tukang sapu rumah .
Watak Sampingan
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Anak Tuanku Nakhoda Tua
Mengemudi geliung setelah jurumudi pengsan
Mudah jatuh cinta - Jatuh hati kepada Awang Sulung Merah Muda setelah melihat
kelebihan dan kehebatan Awang Sulung
Suka menguji - dia menguji kelebihan Awang sulung dengan menyuruhnya mengambil
air
Prihatin - Marah apabila Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi dalam tempurung
berbulu dan ketika jurumudi dengki kepada Awang Sulung
Sensitif – dia cuba membunuh diri hendak terjun ke laut apabila mendengar Awang
Sulung hendak kembali ke Bandar Mengkalih.
Jurumudi
Jjurumudi geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Penipu - Menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan
geliung dengan menunjukkan keris berdarah
Pendengki – Dia berasa dengki kepada Awang Sulung
Pengecut - Lari menyelamatkan diri semasa serangan lanun
Tuanku Nakhoda Tua
Ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Mudah terpedaya – terpedaya dengan penipuan jurumudi.
Insaf - berasa kesal dengan kesilapannya yang memandang rendah kepada Awang
Sulung
Menepati janji - Dia mengahwinkan puterinya dengan Awang Surung Merah Muda
yang berjaya menyelamat baginda dan puterinya daripada serangan lanun.
Si Kembang Cina
Orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Taat perintah – Taat akan suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Pandai memujuk – Dia memujuk Awang Sulung sehingga bersetuju untuk mengemudi
geliung
Latar
Latar Tempat
Geliung panjang
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa belayar menaiki geliung panjang dari Bandar Mengkalih
menuju ke negeri Semarang di Tanah Jawa.
Pulau Tapai
Tempat Geliung berlabuh di Pulau Tapai untuk mendapatkan kayu dan air. Pada
mulanya geliung tidak boleh berlabuh kerana laut bergelora. Awang Sulung
menggunakan kelebihannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih yang diikat
dengan benang banyak warna. Akhirnya air laut menjadi tenang dan geliung dapat
berlabuh.
Pulau Salah Nama
Sekumpulan lanun menyerang geliung di Pulau Salah Nama. Anak-anak kapal lari
menyelamatkan diri termasuk jurumudi. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta
bantuan Awang Sulung menentang lanun.
.
Negeri Pati Talak Terangganu
Awang Sulung menyabung ayamnya Kinantan Suci .
Latar Masa
Tiga hari tiga malam semasa geliung berlabuh di Pulau Tapai.
Waktu siang - ketika anak-anak kapal mencari kayu api dan air di pulau.
Latar Masyarakat
Golongan bangsawan – Awang Sulung, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuanku
Nakhoda Tua, Tuan Puteri Pinang Masak, Raja Negeri Pati Talak Terengganu.
Golongan bawahan – anak-anak kapal
Masyarakat lanun yang melakukan rompakan di laut
Golongan taat kepada perintah – Si Kembang Cina dan Bujang Selamat taat akan
perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Awang Sulung Merah Muda.
Masyarakat penipu – jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang
telah menyelamatkan geliung dengan menunjukkan keris berdarah
Masyarakat yang suka menyabung ayam - Awang Sulung Merah Muda menyabung
ayam dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu
Gaya Bahasa
Bahasa klasik – geliung
Bahasa istana - beta, santap, kakanda, ayahanda
Peribahasa – enau mencari sigai, dan lesung mendapatkan antan, berkecil hati
Simile – bagai pucuk dilancarkan, bagai air di kuali, bagai purnama empat belas har
ibulan, bagai kilat sembur-menyembur
Puisi : Pantun :
Bintang tujuh tinggal enam,
Jatuh satu ke Gunung Daik;
Bercahayalah sepuh hilang senam
Itulah tanda emas yang baik.
Seloka:
Nobat merpati di gunung,
Memberi salam murai di pintu,
Berbega burung di bumbungan,
Berkokok si tambang denak,
Membalas kinantan suci,
Bertutu ketitir jantan,
Berkokok balam tembaga tiga gaya,
Berbunyi sekalian bunyi-bunyian.
Nilai
Nilai merendah diri – contohnya Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup
menyamar sebagai budak hitam yang comot
Nilai keyakinan – contoh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sanggup mengambil alih
mengemudi kapal sewaktu jurumudi pengsan
Nilai berani – contoh Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang
geliung kenaikan Tuan puteri Dayang Seri Jawa.
Nilai kasih Sayang – contoh Awang Sulung dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
saling menyayangi selepas berkahwin.
Nilai bertimbang rasa- contohnya Awang Sulung membantu Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa mengemudi geliung.
Nilai keinsafan – contoh Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan
kepada Awang Sulung.
Nilai rasional – contoh Tuanku Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan puterinya
agar tidak terpengaruh dengan kata-kata jurumudi.
Nilai hormat kepada raja – contoh lanun tidak menyerang geliung setelah mendapati
Awang Sulung berada di atas geliung tersebut.
Pengajaran
Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita
akan dihormati.
Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat.
Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
Kita hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan
pertolongan.
Kita hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan
kekesalan pada masa hadapan.
Latihan
1. Terangkan empat persoalan yang terdapat dalam prosa tradisional Pelayaran Yang Penuh
Peristiwa.
2. Jelaskan watak utama dan perwatakannya dalam prosa tradisonal Pelayaran Yang Penuh
Peristiwa.
Jawapan:
1. Persoalan
a. Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras.
Contohnya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana
melihat kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung
comot dan hitam.
b. Persoalan perasaan dengki dan iri hati
Contohnya jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang
baik daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang
Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung.
c. Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat
Contohnya, lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda.
d. Persoalan menipu untuk mencapai sesuatu tujuan
Contohnya ,jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang
menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada
serangan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia
dapat berkahwin denganTtuan Puteri Dayang Seri Jawa.
2. Watak dan perwatakan watak utama
Awang Sulung Merah Muda
Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih
Anak kepada Tuanku Si Helang Laut
Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai
Menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa
Berwajah tampan – setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan
sabun wangi terserlahlah ketampanannya .
Memiliki keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya
Berhutang dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam
Berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Ditakuti lanun
Memiliki pelbagai kesaktian – Dia dapat menenangkan air laut yang bergelora,
menukarkan air masin menjadi manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk
menggerakkan geliung.
Patuh kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat
bergelanggang sebelum menyabung ayam.
Merendah diri – apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa dia mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi penghalau
ayam, penunggu itik atau tukang sapu rumah .
Adat Sezaman
(Wan Nazihah Wan Abdullah) Rangkap 1 Peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada masyarakat. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian. Sikap gadis timur yang penuh kesopanan dan sang teruna yang mempunyai pegangan agama yang sangat sepadan untuk digandingkan bersama di atas pelamin. Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam kehidupan masyarakat. Kini gadis yang bersopan santun amat sedikit dan lelaki yang kuat pegangan agama dan nilai ketimuran mulai lenyap ditelan arus globalisasi. Golongan tua kini berasa malu dengan sikap anak muda yang suka berkelakuan tidak sopan di tempat awam tanpa segan silu. Sehinggakan ada sesetengahnyayang melampaui batasan agama. Perubahan adat tradisi akibat arus modenisasi.
1. Persoalan adat ketimuran yang tinggi nilainya. Adat timur amat indah dan mulia dalam kehidupan masyarakat terdahulu.
2. Persoalan pergaulan bebas dalam kalangan anak muda. Pada hari ini anak muda bergaul bebas tanpa rasa malu.
3. Persoalan perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda. Golongan tua berasa sangat kecewa dan sedih apabila melihat budaya kuning yang menjadi ikutan dan sanjungan.
4. Persoalan pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negatif. Gadis yang mempunyai pegangan agama mampu mengelakkan diri daripada perbuatan yang negatif seperti pergaulan bebas.
Maksud
Tema
Persoalan
be
1. Sajak ini terdiri dari 1 rangkap.
2. Panjang pendek baris tidak sama dengan jumlah perkataan yang tidak terkawal.
3. Terdiri daripada 4 – 13 suku kata.
4. Sajak berbentuk bebas.
Melankolik.
1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : warak si teruna jadi ikatan
2. Aliterasi :pengulangan konsonan l Contoh : terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1,baris 4)
3. Asonansi :pengulangan vokal a Contoh : sama cantik sama padan
4. Metafora Contoh : si tua berduka lara (rangkap 1, baris 16)
5. Anafora Contoh : terlalu indah apabila dipandang (rangkap 1, baris 3) Terlalu mulia apabila diselidik (rangkap 1, baris 4)
6. Inversi Contoh : adat sezaman ditinggal jauh (rangkap 1, baris 4) Adat agama dipandang remeh (rangkap 1, baris 21)
Bentuk
Nada
Gaya bahasa
1. Nilai ketinggian budi bahasa. Pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi..
2. Nilai ketakwaan. Ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang melampaui batas agama.
3. Nilai jati diri. Gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjunjung adat ketimuran.
1. Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Adat dan agama mampu menjadi panduan untuk mengekang masyarakat daripada melakukan perkra yang melanggar norma-norma hidup.
2. Kita hendaklah mempunyai nilai jati diri yang utuh. Sekiranya remaja mempunyai nilai jati diri yang tinggi, mereka pasti akan menjunjung adat ketimuran.
3. Kita hendaklah bijak memilih pasangan. Seseorang yang rasional akan memilih pasangan yang berpegang teguh kepada ajaran agama supaya terhindar daripada pergaulan bebas.
Soalan
1. Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak Adat Sezaman.
2. Mengapakah golongan muda perlu memelihara adat mengikut ajaran agama? Jawapan:
1. Tiga persoalan yang terdapat dalam sajak Adat Sezaman ialah persoalan adat ketimuran yang tinggi nilainya, persoalan pergaulan bebas dalam kalangan anak muda serta persoalan perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda yang menyanjung budaya kuning.
Nilai
Pengajaran
2. Golongan muda perlu memelihara adat mengikut ajaran agama untuk menghindarkan mereka daripada terjebak dengan budaya kuning yang mengagungkan pergaulan bebas.
Di Perpustakaan
(Shafie Abu Bakar) Rangkap 1 Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah. Rangkap 2 Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia. Rangkap 3 Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diterokainya. Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu.
1. Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan.
2. Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya. 3. Persoalan cinta akan ilmu pengetahun.
1. Terdiri daripada tiga rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada sepuluh baris, rangkap
kedua ada lima belas baris dan rangkap ketiga terdiri daripada enam baris. 3. Mengandungi antara dua hingga lima patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abccdddddd, abacdbbefegehcc,, abbaba. 5. Sajak ini berbentuk bebas.
Maksud
Tema
Persoalan
Bentuk
Sinis
1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : Gua pendeta bersamadi.
2. Aliterasi :pengulangan konsonan n
Contoh : Ke kedinginan yang menerpa (rangkap 1 baris 4) Pengulangan konsonan t
Contoh : satu pertukaran yang kontras
3. Asonansi :pengulangan vokal a Contoh :Dahaga tak pernah langsai (rangkap 3, baris 6)
Pengulangan vokal i Contoh : hanya sebiji dari mutiara (rangkap 2, baris 12)
4. Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris Contoh : Di puncak sepi
Di sana sini (rangkap 1, baris 7-8)
5. Metafora Contoh : Di dada samudera (rangkap 3, baris 3)
Bahtera ilmu (rangkap 2, baris 7) 6. Sinkope
Contoh : Melangkah ke ruangmu Yang akan kucatat
7. Personifikasi
Contoh : Ke kedinginan yang menerpa
8. Imejan Contoh : Gua pendeta bersemadi. (rangkap 1, baris 6)
1. Nilai kerajinan, contohnya rajin menuntut ilmu. 2. Nilai ketekunan, contohnya tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan. 3. Nilai bertanggungjawab contohnya berminat untuk mendalami ilmu
pengetahuan.
Nada
Gaya bahasa
Nilai
1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu.
2. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu.
3. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu.
4. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.
Soalan
1. Mengapakah penyajak berasa kagum apabila melangkah ke ruang perpustakaan?
2. Nyatakan dua kepentingan perpustakaan kepada masyarakat. Jawapan:
1. Penyajak kagum apabila melangkah ke ruang perpustakaan kerana dipenuhi pelbagai buku ilmiah yang membezakan perpustakaan daripada tempat-tempat lain.
2. Dua kepentingan perpustakaan kepada masyarakat ialah tempat rujukan kepada pencinta ilmu dan sumber ilmu dalam pelbagai bidang.
Pengajaran
Harga Remaja
(Rahman Shaari)
Rangkap 1 Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan. Rangkap 2 Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu. Rangkap 3 Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu. Rangkap 4 Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna. Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda. Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.
1. Persoalan tentang kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
2. Persoalan jati diri remaja.
3. Persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.Tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
Maksud
Tema
Persoalan
4. Persoalan hala tuju hidup dalam diri remaja. Zaman remaja dapat diisi dengan sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan matlamat hidup.
1. Terdiri daripada empat rangkap 2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada
enam baris, manakala rangkap keempat terdiri daripada dua baris. 3. Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris. 4. Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa. 5. Sajak ini berbentuk bebas.
Sinis
1. Ayatnya pendek-pendek. Contoh: pendirian (rangkap 3, baris 5)
2. Diksinya mudah difahami. Contoh: dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)
3. Aliterasi :pengulangan konsonan m Contoh : remaja amat mahal (rangkap 3, baris 1)
4. Pengulangan konsonan t Contoh : dengan ketentuan tuju (rangkap 4, baris 2)
5. Asonansi :pengulangan vokal a Contoh :dengan apakah akan kaupenuhi (rangkap 2, baris 1)
Pengulangan vokal i Contoh : di pinggir perjalanan ini? (rangkap 1, baris 6)
6. Anafora – pengulangan perkataan pada awal baris Contoh : bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon (rangkap 1, baris 4-5)
Bentuk
Nada
Gaya Bahasa
7. Metafora Contoh : piala remajamu (rangkap 2, baris 2)
cuka kesangsian (rangkap 2, baris 3) madu ajaran (rangkap 2, baris 5)
8. Simile Contoh : bagai kehijauan daun (rangkap 1, baris 4)
9. Sinkope Contoh : Penuhilah remajamu Dengan apakah akan kau penuhi
1. Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.
2. Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.
3. Nilai kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.
1. Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
2. Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.
3. Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai
keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang
penuh masalah dan pengaruh.
4. Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.
Nilai
Pengajaran
Soalan
1. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak Harga Remaja.
2. Nyatakan dua pengajaran yang diperoleh daripada sajak Harga Remaja. Jawapan: 1. i) Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.
ii) Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu. 2. i) Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
ii) Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.
Mahsuri
(Zurinah Hassan)
Rangkap 1 Sajak ini mengisahkan tentang diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi lagenda di Pulau Langkawi. Mahsuri digambarkan sebagai lambing wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang yang menzalimi dirinya. Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ketika dia dibunuh telah menjadi lagenda. Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh keturunan, kini langkawi telah membangun dengan pesat dan maju. Rangkap 2 Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat tentang kewujudan Mahsuri kerana ada yang mengatakan kisah Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman.Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsuri itu telah digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya menjadikan lagenda itu lebih mahsyur. Lagenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada kemajuan Langkawi. Hasil karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan kesusasteraan tanah air tercinta. Sejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi Negara.
1. Persoalan fitnah dalam kalangan masyarakat. Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang menimpa dirinya. Disebabkan itu warna darahnya yang mengalir telah menjadi putih.
2. Persoalan sumpah dan dendam. Kezaliman yang berlaku ke atas dirinya telah menimbulkan dendam sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan.
3. Persoalan sastera dan sejarah. Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai.
Maksud
Tema
Persoalan
4. Persoalan mengharumkan nama Negara di persada dunia. Lagenda Mahsuri telah memahsyurkan nama Langkawi diserata dunia.
1. Terdiri daripada dua rangkap
2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada enam belas baris manakala
rangkap kedua ada sebelas baris.
3. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris.
4. Rima akhirnya bebas iaitu abbaccdedfaaaaba dan abbaccdeeed.
5. Sajak ini berbentuk bebas.
Melankolik.
1. Pemilihan kata atau diksinya indah.
Contoh : air matamu dingin embun.
2. Aliterasi :pengulangan konsonan m Contoh : rambutmu menjadi jalur hitam (rangkap 1 baris 5)
3. Asonansi :pengulangan vokal u Contoh : menyambut tetamu pulau
4. Metafora Contoh : terapung di laut malam (rangkap 1, baris 6)
5. Hiperbola Contoh : melengkung tujuh tanjung (rangkap 1, baris 10) Putihlah pulau ini (rangkap 1, baris 11)
6. Sinkope Contoh : kerana tanpamu
Bentuk
Nada
Gaya bahasa
7. Personifikasi Contoh : nyanyian ombak pagi (rangkap 1, baris 4)
1. Nilai menghargai. Sejarah dan sastera perlu dihargai sebagai warisan negara yang bernilai tinggi.
2. Nilai kesetiaan. Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada
suaminya.
3. Nilai patriotisme. Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya.
4. Nilai kreativiti penulis.Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah.
1. Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mempunyai kebaikannya kepada pembangunan negara.
2. Janganlah kita suka menfitnah seseorang tanpa usul periksa.
3. Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara. Soalan
1. Nyatakan tema sajak Mahsuri.
2. Nyataka dua faktor Pulau langkawi popular sebagai destinasi pelancongan negara. Jawapan
1. Tema sajak Mahsuri ialah sejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi negara.
2. Dua faktor Pulau Langkawi menjadi popular sebagai destinasi pelancongan negara ialah kisah lagenda Mahsuri dan keindahan dan keunikan pulau itu.
Nilai
Pengajaran
Tiba Waktunya (Ghazali Lateh)
Rangkap 1 Arus globalisasi telah berlaku dengan pantas meliputi pelbagai bidang. Oleh itu, manusia perlu merebut peluang yang ada selari dengan perubahan zaman. Rangkap 2 Wanita tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan kekeliruan untuk membuat pilihan kerana akan merugikan masa. Perkara yang lebih penting ialah wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga. Rangkap 3 Penyajak menyarankan agar wanita zaman siber berani meluahkan idea ke tengah arena negara. Penglibatan wanita dalam pelbagai bidang mampu memacu negara mencapai wawasan. Rangkap 4 Mereka perlu keluar daripada kongkongan kedaifan dan meleraikan semua yang mengelirukan. Mereka juga perlu berani, berkeyakinan tinggi, tabah di samping menjaga budi pekerti serta hebat semua bidang. Rangkap 5 Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat martabat mereka dengan kekuatan akal dan tenaga fizikal. Dengan berbekalkan keimanan dan kecekalan, penyajak menyarankan wanita menggerakkan keupayaan maksimum. Rangkap 6 Sekaranglah masanya untuk wanita berada di puncak pentas dunia. Usaha mengangkat martabat wanita.
Maksud
Tema
1. Persoalan persaingan manusia dalam mengejar kemajuan pada zaman moden.
2. Persoalan keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup.
3. Persoalan peranan wanita dalam masyarakat.
4. Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani. 1. Terdiri daripada enam rangkap.
2. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama mengandungi lima baris, rangkap kedua
mengandungi tujuh baris, rangkap ketiga mengandungi empat baris, rangkap keempat mengandungi enam baris,rangkap kelima mengandungi lima baris dan rangkap terakhir mengandungi dua baris.
3. Jumlah patah kata antara tiga hingga enam.
4. Jumlah suku kata antara tujuh hingga empat belas.
5. Rima akhirnya bebas : aabcc, aaaaabb, abcc, aabbbb, aabbb dan aa.
6. Sajak ini berbentuk bebas. Patriotik
1. Pemilihan kata atau diksinya indah. Contoh : dari putik dan pucuk berembun kemilau
Persoalan
Bentuk
Nada
Gaya bahasa
2. Kata ganda.
Contoh : tunas-tunas, gerak geri, sisa-sisa.
3. Aliterasi :pengulangan konsonan n Contoh : merebut tunas-tunas harapan yang hijau
4. Asonansi :pengulangan vokal u Contoh :dari putik dan pucuk berembun kemilau
5. Sinkope.
Contoh : kautanya
6. Hiperbola. Contoh : angin musim semakin deras dan ganas
7. Metafora Contoh : tunas-tunas harapan 8. Imajan / simbolik.
Contoh : persada dunia ( puncak kejayaan)
9. Inversi Contoh : usah kautanya persoalan dilemma
1. Nilai keberanian. Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam pelbagai bidanguntuk pembangunan negara.
2. Nilai kecekalan. Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang.
3. Nilai keyakinan diri. Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus perdana dalam hidup.
4. Nilai berpandangan jauh. Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapai matlamat hidup.
Nilai
1. Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan diri
sendiri.
2. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan hidup.
3. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia. 4. Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalkan kekuatan
mental dan fizikal. Soalan
1. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Tiba Waktunya.
2. Nyatakan dua nilai yang dapat dipetik dalam sajak ini.
Jawapan: 1. Dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini ialah gaya bahasa imajan/simbolik
contohnya persada dunia yang menjadi simbolik kepada puncak kejayaan dan juga gaya bahasa inverse iaitu usah kautanya persoalan dilemma.
2. Antara nilai yang dapat dipetik dalam sajak ini ialah nilai keberanian iaitu wanita perlu
berani melibatkan diri dalam pembangunan negara. Selain itu nilai kecekalan juga harus ada dalam diri wanita kerana ia penting untuk mencapai kejayan dalam sesuatu bidang.
Pengajaran
Puisi Tradisional
(Pantun Empat Kerat (Budi))
Maksud
Rangkap 1
Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut.
Rangkap 2
Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia.
Rangkap 3
Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang.
Rangkap 4
Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan
mereka berterusan ke akhir hayat.
Tema
Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik
Persoalan
1. Persoalan budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia.
2. Persoalan ketinggian nilai budi.
3. Persoalan kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan.
Bentuk
1. Terdiri daripada empat rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara tiga hingga lima.
Anak itik terenang-renang (tiga perkataan)
Jika tak kenang kepada saya (lima perkataan)
4. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata.
Terang bulan terang di paya (9 suku kata)
Orang yang mati meninggalkan nama (11 suku kata)
5. Rima akhir pantun ini ialah abab
6. Bentuk pantun ini terikat dengan puisi tradisional.
Gaya Bahasa
1. Asonansi - Terang bulan terang di paya - pengulangan vokal a
2. Aliterasi – Orang yang mati meninggalkan nama. –pengulangan konsonan g
3. Kata ganda - Anak ikan terenang-renang
4. Sinkope – Jika tak kenang kepada saya
5. Repitasi - Terang bulan terang di paya
Nilai
1. Nilai menghargai budi.
Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun orang itu telah tiada.
2. Nilai keihlasan.
Keikhlasan menghulurkan budi kepada insan lain.
Pengajaran
1. Kita haruslah berbudi kepada orang lain agar disanjung oleh masyarakat.
2. Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sejahtera.
3. Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan
berkekalan.
Latihan
1. Berikan maksud rangkap kedua bagi Pantun Empat Kerat (Budi)
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.
2. Huraikan tiga ciri Pantun Empat Kerat.
Jawapan
1. Maksud rangkap kedua Pantun Empat Kerat ialah seseorang yang berbudi akan terus
menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia.
2. Antara ciri pantun Empat Kerat ialah terdiri daripada empat rangkap dan setiap rangkap
terdiri daripada empat baris. Selain itu, jumlah perkataan dalam setiap baris antara tiga
hingga lima patah kata.
Puisi Tradisional
Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)
Maksud
Rangkap 1
Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak tahu
melakukan kerja-kerja dapur.
Rangkap 2
Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia akan
ditertawakan.
Rangkap 3
Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya telah hilang
Rangkap 4
Perasaan bimbang apabila seseorang yang melakukan sesuatu di luar berkemampuan.
Rangkap 5
Perasaa hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya mengambil alih kuasa daripada
seseorang pemimpin yang berpengaruh.
Tema
Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa.
Persoalan
1. Persoalan tanggungjawab seorang isteri terhadap urusan rumah tangga.
2. Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan.
3. Persoalan pemimpin yang kehilangan kuasa.
4. Persoalan kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa .
5. Persoalan musibah yang berlaku akibat kelalaian.
Bentuk
1. Terdiri daripada lima rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.
kupu-kupu terbang melintang (3 perkataan)
kalau tak pandai menumbuk sambal (5 perkataan)
4. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata.
Apa guna berkain batik (9 suku kata)
Apalah guna beristeri cantik (11 suku kata)
5. Rima akhir pantun ini ialah abab kecuali rangkap kedua, abac
6. Pantun ini adalah puisi terikat.
Gaya Bahasa
1. Asonansi - Kalau tidak memakai capal – pengulangan vokal a
2. Aliterasi - Melihat ikan memanjat kayu – pengulangan konsonan m
3. Sinkope - Kalau tak pandai menumbuk sambal
4. Personikasi
Ikan kering lagi ketawa
Mendengar tupai membaca kitab
5. Unsur alam
Haiwan – ikan, tupai, harimau, kambing, burung, kupu-kupu
Tumbuhan – rotan,saga
Nilai
1. Nilai bertanggungjawab
Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik.
2. Nilai kegigihan
Seseorang yang gigih berusaha bagi mencapai matlamatnya.
3. Nilai rasional
Seseorang yang rasional dalam melakukan sesuatu perkara.
Pengajaran
1. Kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih
harmoni.
2. Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah.
3. Kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak mendatangkan masalah
kepada orang lain.
Latihan
1. Berikan dua persoalan yang dikemukakan dalam Pantun Empat Kerat (Jenaka dan
Sindiran).
2. Nyatakan tiga pengajaran berdasarkan Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran).
Jawapan
1. Dua persoalan yang terdapat dalam Pantun Empat Kerat ialah tanggungjawab seorang
isteri terhadap urusan rumah tangga dan persoalan kepentingan memiliki ilmu
pengetahuan.
2. Antara pengajaran yang terdapat dalam Pantun Empat Kerat ialah kita haruslah
bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih harmoni dan
kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah. Selain itu,
kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak mendatangkan masalah
kepada orang lain.
Puisi Tradisional
(Seloka Emak Si Randang)
Maksud
Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan
untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-
habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu.
Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu
pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan
padi yang ditanamnya tidak menjadi.
Tema
Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.
Persoalan
1. Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan
2. Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan .
3. Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.
Bentuk
1. Terdiri daripada satu rangkap.
2. Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 4.
Dagang lalu ditanakkan (3 perkataan)
Tiada kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan)
4. Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata.
Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)
Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)
5. Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac
6. Seloka ini berbentuk bebas.
Gaya Bahasa
1. Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6 kali
2. Aliterasi - Anak dipangku diletakkan - k diulang 4 kali
3. Sinkope - Beras habis padi tak jadi ( baris 8)
4. Anafora-
Anak pulang kelaparan
Anak di pangku diletakkan
5. Penggunaan peribahasa - Kera di hutan disusui
6. Hiperbola - Tiada kayu rumah diruntuhkan
Nilai
1. Nilai kebijaksanaan.
Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu
tindakan
2. Nilai bertanggungjawab.
Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.
3. Nilai berbudi
Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada..
Pengajaran
1. Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga
sendiri agar kehidupan lebih harmoni.
2. Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar
tidak mendapatkan kesan yang buruk.
3. Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya
pembaziran.
Latihan
1. Apakah tema seloka Emak Si Randang?
2. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam Seloka Emak Si Randang
Jawapan
1. Tema seloka Emak Si Randang ialah sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan
orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.
2. Gaya bahasa yang terdapat dalam seloka Emak Si Randang ialah sinkope iaitu
penggunaan kata tak, contohnya, beras habis padi tak jadi. Selain itu, gaya bahasa
yang digunakan ialah hiperbola, contohnya, tiada kayu rumah diruntuhkan.
Puisi Tradisional
(Syair Definisi Orang Berakal)
Maksud
Rangkap 1
Manusia yang berakal dipandang mulia,malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan
ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan memperoleh kebahagian.
Rangkap 2
Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai
ketua dan menegakkan keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka
dia bakal mendapat balasan.
Rangkap 3
Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang
yang baik sahaja, sebaliknya mengenepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan
sikap negatif mereka.
Rangkap 4
Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. Selain
berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini
tidak kekal.
Rangkap 5
Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengada-ngada,
tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan.
Rangkap 6
Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada.
Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan, merendah diri dan
sedia berkhidmat.
Rangkap 7
Orang yang berakal tidak bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat
penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya.
Tema
Ciri-ciri orang yang berakal.
Persoalan
1. Persoalan ketinggian status orang yang berilmu (rangkap 1)
2. Persoalan kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah (rangkap 2)
3. Persoalan keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan (rangkap 4)
4. Persoalan kepatuhan kepada hukum syarak (rangkap 4)
5. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan (rangkap 6)
Bentuk
1. Terdiri daripada tujuh rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.
Tiadalah ia melanja-lanja (3 perkataan)
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat (5 perkataan)
4. Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.
Jika ia dikasihi raja (9 suku kata)
Sangatlah mengasihi orang yang jahat (11 suku kata)
5. Rima akhir syair ini ialah aaaa
6. Syair ini adalah puisi terikat.
Gaya Bahasa
1. Asonansi - Menjadi kepala bela bermacam - pengulangan vokal e
2. Aliterasi - Menjauhkan tamak hendak tawakal - pengulangan konsonan k
3. Sinkope – Ibanya tahu dunia tak kekal
4. Anafora - Tiadalah ia melanja-lanja
Tiadalah menyombong pada bekerja
5. Penggunaan kata klasik - tersunjam, ibanya, melanja-lanja, tersemu
Nilai
1. Nilai kebijaksanaan.
Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia.
2. Nilai kasih sayang
Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya.
3. Nilai ketaatan.
Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak.
4. Nilai kerajinan.
Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa rasa
jemu.
Pengajaran
1. Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para anbia dan aulia agar
kehidupan akan lebih bahagia.
2. Kita mestilah menyayangi sahabat yang baik dan menjauhi orang-orang yang bersikap
negatif agar tidak terpengaruh.
3. Kita haruslah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhindar
daripada sifat riak dan takbur.
4. Kita hendaklah patuh pada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran.
Latihan
1. Nyatakan tema Syair Definisi Orang Berakal.
2. Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam Syair Definisi Orang Berakal.
Jawapan
1. Tema Syair Definisi Orang Berakal ialah ciri-ciri orang yang berakal.
2. Dua gaya bahasa yang terdapat dalam Syair Definisi Orang Berakal ialah sinkope iaitu
penggunaan perkataan tak dalam rangkai kata ibanya tahu dunia tak kekal dan
penggunaan kata klasik, contohnya tersunjam, ibanya, melanja-lanja dan tersemu.
Puisi Tradisional
(Syair Siti Sianah)
Maksud
Rangkap 1
Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan
membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya.
Rangkap 2
Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan
menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.
Rangkap 3
Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang
masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.
Rangkap 4
Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan
tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias.
Rangkap 5
Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk
menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu.
Rangkap 6
Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata
untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.
Rangkap 7
Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal
lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki.
Rangkap 8
Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat.
Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan
mereka diketahui Allah.
Rangkap 9
Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada
segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak
berakhlak.
Rangkap 10
Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya
selama ini.
Rangkap 11
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang
tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.
Tema
Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri.
Persoalan
1. Persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak.
2. Persoalan ketaaatan kepada Allah.
3. Persoalan kesan buruk perjudian.
4. Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Bentuk
1. Terdiri daripada sebelas rangkap.
2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah kata.
mudah-mudahan dilepaskanlah (2 perkataan)
kaki dan tangan lengan dan jari (6 perkataan)
4. Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata.
Ianya elok tiada tandingnya (9 suku kata)
Sesetengah perempuan terlalu janggalnya (11 suku kata)
5. Rima akhir syair ini ialah aaaa
6. Syair ini adalah puisi terikat.
Gaya Bahasa
1. Asonansi - Pengulangan huruf vokal - Sesetengah perempuan perangainya cela
pengulangan vokal e
2. Aliterasi - Melihat laki-laki ditampakkan muka pengulangan konsonan ki
3. Kata ganda - dibelek-belek, berjela-jela
4. Simile - Seperti taji berandam di keningnya ,
Seperti buaya besar mulutnya
5. Bahasa klasik - molek, cemara, intan serudi dan sempolah
6. Peribahasa - makan angkat
Nilai
1. Nilai kesopanan
Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan
ketawa mengilai-ngilai.
2. Nilai kesederhanaan
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri.
3. Nilai ketaatan kepada agama.
Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama.
4. Nilai kesyukuran.
Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.
Pengajaran
1. Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain..
2. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara
berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.
3. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya
pembaziran.
4. Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar
terpelihara daripada maksiat.
Latihan
1. Nyatakan sifat-sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah
2. Berikan dua persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah.
Jawapan
1. Antara sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah ialah mencukur bulu roma di
muka dan kening. Selain itu, terdapat juga wanita yang ketawa mengilai-ngilai dan
berhias dengan tujuan memikat lelaki.
2. Persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah ialah persoala sikap wanita yang suka
berhias hingga melanggar hukum syarak dan persoalan ketaaatan kepada Allah.